aplikasi p & p berdasarkan teori tingkahlaku atau mentalis untuk diterapkan dalam sistem ejaan,...
DESCRIPTION
Teori Tingkahlaku & Mentalis Dalam Aplikasi P & P Berkaitan Sistem Ejaan, Morfologi dan SintaksisTRANSCRIPT
Pendahuluan.
Persembahan guru berhubung rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran melalui
kaedah yang dipilih untuk digunakan di bilik darjah. Pengajaran yang baik adalah pengajaran
yang berjaya menyampaikan semua isi pelajaran mengikut objektif yang dirancang dan difahami
oleh pelajar. Ini bukan bererti isi pengajaran yang disampaikan itu banyak, tetapi ia bersesuaian
dengan perancangan, objektif pengajaran dan keupayaan daya berkomunikasi guru. Dalam hal
ini, pengaplikasian teori dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting kepada guru.
Teori pembelajaran mempunyai dua nilai utama menurut Hill (2002). Salah satunya adalah
dalam menyediakan guru dengan kosa kata dan rangka kerja konseptual untuk menafsirkan
contoh pembelajaran yang diamati. Seterusnya adalah dalam mencadangkan kaedah bagi
mencari penyelesaian untuk masalah-masalah praktikal. Teori – teori pengajaran tidak
memberikan guru penyelesaian, tetapi mengarahkan perhatian guru kepada mencipta
pembolehubah yang sangat penting dalam mencari penyelesaian dalam pengajaran.
Pengaplikasian teori pembelajaran adalah penting dalam setiap mata pelajaran di sekolah rendah
terutamanya bagi membantu guru dalam melaksanakan sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini tidak dapat dielakkan juga dalam aktivit pengajaran Bahasa Melayu di
sekolah rendah. Perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah apakah teori yang paling
bersesuaian serta tepat malah menjadi panduan yang paling berguna untuk seseorang guru dalam
memastikan penghasilan kualiti yang optimum dan mudah diikuti oleh semua pelajar sekolah
rendah. Berdasarkan pengajaran dalam Bahasa Melayu sekolah rendah yang mana kebiasaannya
menekankan tentang penguasaan para pelajar dalam beberapa aspek iaitu aspek ejaan, morfologi
atau pembentukan kata, sintaksis atau pembinaan ayat. Oleh itu berbalik kepada persoalan
asasnya ialah sejauhmanakah serta cara yang sesuai bagi menerapkan dan mengaplikasikan teori-
teori pembelajaran tingkahlaku atau behaviourisme dalam keberhasilan pengajaran dan
pembelajaran antara guru dan pelajar sekolah rendah.
Penerangan Tentang Teori Tingkah Laku atau Behaviorisme.
Tokoh – tokoh yang terkenal dalam teori behaviourisme ini terdiri daripada Pavlov, E.L.
Thorndike dan B.F. Skinner. Mereka telah mengemukakan pelbagai jenis teoti pembelajaran
serta implikasi kepada guru. Teori behaviourisme dikatakan teori pembelajaran terbaik yang
perlu diterapkan oleh guru semasa mengajar. Teori behaviourisme adalah hasil perkaitan antara
rangsangan dan gerak balas. Teori behaviourisme juga adalah teori perkembangan perilaku,
yang dapat diukur, diamati dan dihasilkan oleh respons pelajar terhadap rangsangan. Tanggapan
terhadap rangsangan dapat diperkuat dengan peneguhan positif atau negatif terhadap perilaku
yang diinginkan. Hukuman kadang - kadang digunakan dalam menghilangkan atau mengurangi
tindakan tidak benar, diikuti dengan menjelaskan tindakan yang diinginkan. Teori pengajaran
dan pembelajaran behaviourisme adalah mengutamakan unsur-unsur dan bahagian kecil,
menekankan peranan lingkungan, mementingkan pembentukan reaksi atau respon, menekankan
pentingnya latihan, mementingkan peranan kemampuan dan hasil pembelajaran yang diperoleh
melalui perilaku yang diinginkan. Guru yang mengamalkan teori ini berpandapat bahawa
tingkahlaku pelajar merupakan reaksi terhadap lingkungan dan tingkahlaku hasil dari
pembelajaran. Pengaplikasian teori tingkah laku atau behaviourisme dalam aktiviti pembelajaran
bergantung berdasarkan beberapa perkara seperti tujuan pembelajaran, sukatan pelajaran, ciri –
ciri pembelajaran, media dan kemudahan pembelajaran yang tersedia. Pembelajaran yang
dirancang dan berasaskan pada teori behaviorisme menyatakan bahawa pengetahuan adalah
bersifat objektif, tetap, dan tidak berubah. Fungsi minda atau fikiran adalah untuk menghasilkan
struktur pengetahuan yang sudah sedia ada melalui proses berfikir yang dapat menganalisis dan
mengolah sehingga makna yang dihasilkan dari proses berfikir seperti ini ditentukan oleh
karakteristik struktur pengetahuan tersebut.
Pengaplikasian Teori Tingkah Laku Dalam Pengajaran Sistem Ejaan, Morfologi, dan
Sintaksis di Sekolah Rendah.
Penjelasan tentang teori pembelajaran tingkah laku yang mana bagi diaplikasikan dalam
aktiviti pengajaran adalah mempunyai pelbagai cabang dan cara bagi seseorang guru dalam
matapelajaran di sekolah rendah terutamanya bagi pengajaran bahasa melayu. Seperti yang
diketahui bahawa perkara asas yang membawa kepada pemahaman dalam matapelajaran bahasa
melayu adalah mengetahui terlebih dahulu tentang perkara asas dalam pelajaran bahasa melayu
iaitu sisitem ejaan, morfologi dan sintaksis. Contohnya dalam pengajaran pembelajaran bahasa
melayu berkaitan sistem ejaan, morfologi dan sintaksis ,guru haruslah menerangkan setiap
definisi ejaan, morfologi dan sistaksis terlebih dahulu pada permulaan pengajaran. hal ini bagi
membolehkan seseorang guru itu dapat menarik perhatian pelajar dengan menyediakan bahan
bantu mengajar yang boleh menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik
terutamanya untuk menerangkan tentang tajuk mengenai asas pembentukan sistem ejaan, asas
pembentukan kata dan asas pembentukan ayat ke dalam kelas. Ejaan atau kaedah mengeja
merupakan sukatan yang membatangkan suku kata seperti b, a,=ba, t, u=tu. Kemudian suku kata
ini digabungkan menjadi perkataan ba/tu=batu. Melalui penerapan teori behaviorisme ini,
pelajar – pelajar akan mampu mengeja. Hal ini kerana pelajar dilatih mengeja tiap – tiap
perkataan yang dibacanya. Kaedah yang diamalkan oleh guru ini akan memudahkan pengajaran
kerana sesuatu pelajaran itu tidak payah dirancang dengan cermat dan tidak berkehendak alatan –
alatan mengajar dengan banyak.
Kesukaran sesetengah guru mengajar membaca ialah kerana mereka kurang menyiasat
dan memahami sebab kepada kesukaran pelajar atau tahap kebolehan pelajar memahami setiap
kata atau semasa membentuk perkataan. Oleh itu berlaku kesalahan ejaan dalam setiap
percubaan membentuk perkataaan seterusnya dalam penghasilan ayat. Oleh itu guru haruslah
menyiasat dan mengetahui bahasa-bahasa yang digunakan oleh pelajarnya dan pengaplikasian
teori behaviorisme boleh digunakan iaitu guru terlebih dahulu menarik minat pelajar. Melalui
konsep pelaziman yang digunakan oleh Skinner iaitu penggunaan teori pelaziman operan dalam
bilik darjah yang menggunakan peneguhan positif dan negatif. Semasa mengajar morfologi,
pelajar yang menyatakan sesuatu kata yang betul atau menberikan jawapan yang betul diberikan
pujian, senyuman, atau hadiah . ianya sebagai ransangan dan perkara ini dilakukan berulang-
ulang dan kosisten bagi menjamin peningkatan minat dan kehendak pelajar dalam pembelajaran.
Konsep diskriminasi juga perlu bagi menbolehkan pelajar megetahui sesuatu hal yang lebih
penting berbanding hal yang lain misalnya penggunaan kata yang betul dan tepat dalam
morfologi. Sebagai contoh , guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk memahami
secara mudah sesuatu cara membentuk ejaan, membentuk kata atau morfologi dan seterusnya
menhasilkan ayat yang gramatis dan berkualiti. Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk
ini sangat menarik dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas
mengenai cara yang membawa kepada penciptaan dan pembentukan sesuatu kata atau pun ayat
Seterusnya ialah pengaplikasian teori behaviorisme dalam pengajaran sintaksis. Sintaksis
ialah suatu bidang yang mengkaji hubungan antara perkataan dengan perkataan dalam
pembentukan ayat. Dalam erti kata lain, kajian sintaksis adalah kajian mengenai ayat. Di
dalamnya, termasuklah juga kajian tentang frasa dan klausa. Di peringkat sekolah rendah,
sintaksis digunakan atau boleh dijelaskan melalui satu cara membina atau menggabungkan satu
perkataan dengan perkataan yang lain, menyusun bahagian – bahagian yang kecil menjadi satu
benda yang besar yang boleh dikatakan sebagai ayat. Misalnya, guru mengajar perkataan seperti
“meja” terlebih dahulu diperkenalkan huruf – huruf tunggal iaitu ‘m’ ‘e’ ‘j’ ‘a’ dan menjadi satu
perkataan iaitu “meja”. Cara ini boleh juga dipanggil sebagai cara membina. Perkataan yang
digabungkan akhirnya menjadi satu ayat yang lengkap. Teori behaviorisme yang dikemukakan
oleh Thorndike yang menyatakan pengajaran guru yang dilakukan melalui latihan yang diberikan
kepada pelajar akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Selain itu, ia membolehkan
berlakunya peningkatan kemahiran dan ingatan pelajar – pelajar. Melalui teori ini, pengajaran
sintaksis yang diajar oleh guru akan menjadikan pelajar lebih mudah memahami konsep yang
diajar. Peneguhan yang diberikan oleh guru sedikit sebanyak akan membuatkan pelajar lebih
senang memahami pembelajaran yang diajar.
Kesimpulan.
Secara keseluruhannya pengaplikasian teori pembelajaran tingkahlaku atau behaviorisme
dalam pengajaran Bahasa Melayu khususnya dalam bidang ejaan, morfologi dan sintaksis.
Malahan, teori ini juga boleh diaplikasi dalam matapelajaran lain. Hal ini kerana teori ini
amatlah penting dan sangat berkesan sekiranya penggunaan teori tersebut bersesuaian dengan
cara mengajar, situasi mengajar, melibatkan pelajar atau berpusatkan pelajar dan bersistematik.
Hal ini juga berkaitan dengan peranan yang mana guru perlu memberitahu pelajar tentang
objektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah selesai mengikuti pengajaran dan
pembelajaran . Contohnya ,guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini amat penting untuk di
pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar . Selain itu , sebelum
memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran , seorang guru itu harus merangsang
pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang telah di pelajari sebelum ini . Guru juga
harus mempersembahkan bahan yang merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan , suara guru
haruslah jelas dan berintonasi , susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga
menggunakan pelbagai media yang relevan contohnya carta alir , gambarajah dan juga slaid
projektor . Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar
rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu . Guru haruslah
mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar
dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari berdasarkan apa yang telah dipelajari sebelum itu.
Rujukan
Abdul Hamid Mahmood, 2004. Kuasai Sistem Ejaan Baharu Dalam Bahasa Melayu, Tanjung
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan sultan Idris.
Abdullah Hassan dan ainon Mohd, 2001, Mendorong Kreativiti Kanak-Kanak, PTS Publications
And Distributors Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan, Prof., 1980. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia,Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Anderson, J., 1985. Introduction to Teaching and the study of Education, New Jersey: Prentice-
Hall, Inc., Englewood Cliffs.
Abruscato, 1985,Introduction to Teaching and The study of Education, New Jersey: Prentice-
Hall, Inc., Englewood Cliffs.
Atan bin Long, 1982. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Ee ah Meng, 1994. Psikologi Dalam Bilik darjah, Kuala Lumpur: Penerbit fajar bakti Sdn.Bhd.
Habibah Elias dan Rahil Hj. Mahyuddin, 1990. Psikologi Pembelajaran, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Liaw Yock Fang, 1979. Penggolongan Jenis Kata Dalam Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pavlov, I.P., 1927. Conditioned Reflexes, London: Oxford University Press.
Prof. Dr. Henry Guntur Taringan, 1988, Pengajaran Morfologi, Indonesia: Penerbit Angkasa
Bandung.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, 1985. Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan,
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
_, Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia untuk Sekolah Rendah, 1975, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Skinner, B.F., 1938. The Behaviour of Organisms: An Experimental Analysis. Appleton-Century
Crofts.