kaedah p&p

25
PEMBENTANGAN KUMPULAN AHLI KUMPULAN: 1. JUWITA SAMBATAN 2. KUINIE RANDAH 3. REGINA KATONG 1

Upload: juwitasambatan

Post on 07-Oct-2015

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

PEMBENTANGAN KUMPULANAHLI KUMPULAN:

JUWITA SAMBATANKUINIE RANDAHREGINA KATONG

1KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURKAEDAH Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar kemahiran bertutur adalah:

i.Kaedah Terus*Kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama secara natural.

* Murid akan belajar bertutur dengan cara mendengar ,meniru dan mengulangi perlakuan yang dilihat dan didengarnya.Akhirnya mereka dapat membentuk kelaziman berbahasa.

2CIRI-CIRI KAEDAH TERUS:Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa.Jika murid tidak faham,guru perlu menggunakan BBM.Aspek tatabahasa perlu diajar melalui tunjuk cara dan contoh yang sesuai.Murid dilatih untuk membuat kesimpulan terhadap bentuk struktur yang dipelajari secara induktif3LANGKAH PENGAJARAN:Guru memperdengarkan perbualanMurid dilatih berbualLatih tubi dilakukan agar murid dapat menguasai sebutan dan intonasi.

* Contoh Pengajaran:

- Ketika mengajar Perkataan konkrit contohnya sudu akan diajar dengan menunjukkan objek sudu. -Pengajaran sesuatu topik baharu pula adalah berdasrkan sesuatu topik lain yang telah diajarkan tetapi mempunyai kaitan dengan topik baharu tersebut.

*Contoh:

Untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama,haruslah berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelumnya.

*Contoh ayat:

- Saya minum (ayat sebelumnya)

- Saya minum susu ( ayat baru ) 4KAEDAH FONETIK/LINGUISTIKPengajaran dimulakan dengan:

1.Latihan pendengaran

Latihan penyebutan -dimulakan dengan penyebutan bunyi,perkataan,frasa dan ayat-ayat. -ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini dan digabungkan menjadi dailog dan cerita.Kaedah ini menggunakan simbol-simbol fonetik.MisalnyaNahu atau tatabahasa diajar secara induktif,iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa dikemukakan kepada murid sebelumperaturan dan rumus.*Melalui kaedah ini murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang didengar atau dibaca.5 KAEDAH EKLEKTIKKaedah ini mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan menggabungkannya.Turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain.Berdasarkan kaedah ini,kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan iaitu: i. Bertutur ii. Menulis iii. Memahami v. MembacaAspek tatabahasa diajar mengikut situasi,iaitu sama ada secara deduktif ataupun induktif. 6 KAEDAH AUDIO-LINGUALGabungan kemahiran mendengar ( audio ) dan kemahiran ( lingual ).Mementingkan penggunaan BBM seperti alat audio ( radio,pita rakaman,compact disk (audio) dan piring hitam.Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid seperti petikan bunyi haiwan,bunyi sesuatu suasana misalnya suasana seram,senikata lagu,nyanyian ,petikan cerita,sajak dan sebagainya.Melalui kaedah ini murid akan mendengar dan melalui pengalaman mendengar tersebut,murid-murid akan berlatih menyebut perkataan,frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi.Melalui kaedah ini juga muri lebih mudah mengingat maklumat yang didengar.Ingatan murid dapat diperkukuhkan dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan.77KAEDAH KOMUNIKATIFMementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa.

Menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa,iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur.Ketika melalui proses pemerolehan bahasa,murid akan menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. 8 TEKNIK PENGAJARANTeknik pengajaran merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran.

Teknik dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran.

Setiap teknik yang digunakan adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang dipegang.9 TEKNIK SOAL JAWABTeknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan.Berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan.Dilaksanakan dengan cara mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran,dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.

10 Tujuan Teknik Soal jawabi. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid

ii. Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif,inovatif,logik dan kritis.

iii. Untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

*Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamikdan berkesan. 11 TEKNIK MAIN PERANANBermaksud melakonkan satu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.Satu bentu drama yang tidak memerlukan penghafalan skrip.Murid yang berlakon dalam teknik ini akan cuba untuk menjelaskan sesuatu situasi kepada murid lain.Murid lain pula akan mempraktikkan peranan murid-murid yang berlakon tadi secara spontan.Berdasarkan apa yang dibaca,dilihat didengar murid akan melakukan main peranan manakala murid lain akan mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan.12TEKNIK LAKONAN/DRAMATujuan teknik ini untuk melatih murid-murid menggunakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur,unsur paralinguistik ( jeda,nada,intonasi ),dan bukan linguistik ( mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Dapat menimbulakan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid serta menyuburkan sahsiah mereka.13TEKNIK PERMAINAN BAHASATeknik mempelajarai bahasa melalui permainan.Memberi peluang kepada murid bagi memperolehi latihan intensif,bermakna dan sebagai alat pengesanan ( diagnostik ).Merangsang kemahiran lisan, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran ,serta sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. 14JENIS-JENIS PERMAINAN BAHASAPERMAINAN TEKALAH SAYAPERMAINAN MENYAMPAIKAN PESANANPERMAINAN MEMERHATI DAN MENGINGATPERMAINAN BERPASANGANPERMAINAN SLIP UNDIAN

15 TEKNIK HAFAZANTurut dikenali sebagai teknik latih tubi.Pengajaran dibahagi kepada dua;Demontrasi Latih tubi

*DEMONSTRASIPengajaran tentang tatabahasa atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata.Dilakukan oleh guru yang terdiri daripada penutur jati.

16 LATIH TUBI

Guru akan membaca beberapa baris ayat,manakala urid mengajuk sebutan sehingga ayat-ayat itu dapat dihafal.

Berdasarkan teknik hafazan,tatabahasa diajar secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh.17 TEKNIK LATIH TUBIAktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari.

Tujuan teknik ini untuk mencapai penguasaan kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

Melalui teknik ini,murid akan mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan itu.

Teknik ini memberi penekanan kepada lima aspek iaitu:18Sebutan- menyebut perkataan atau suku kata dengan betul termask intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

Tatabahasa- penggunaan bahasa yang tepat berdasarkan hukum-hukum bahasa daripada semua aspek19Perbendaharaan kata

- meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai berdasarkan konteksnya dalam situasi tertentu.

Kefasihan- menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa menitikberatkan maksudnya.

Kefahaman- latihan memahami soalan dan mengemukkan jawapan yang wajar.20 TEKNIK PERBINCANGANDidefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk.Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan guru.Terdapat beberapa langkah untuk menjalankan teknik ini:21 LANGKAH-LANGKAH 1. Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.2. Guru membahagiakan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua.3. Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan.Mereka perlu berbincang sesama mereka dan semasa perbincangan berjalan,guru memantau perbincangan tersebut supaya terarah.4. Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.22TEKNIK PENYELESAIAN MASALAHAktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan,teka teki ,silang kata dan kuiz.Teknik in memerlukan murid menggunakan kemahiran, pinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan.Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti; i. membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalahii. megingat semula pengalaman laluiii. memilih strategi yang sesuaiV. menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian.23PRINSIP MENJALANKAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI TEKNIK INI1. Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid murid memperolehi ilmu pengetahuan atau menguasai kemahiran yang berkaitan.2. Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.3. sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan , guru perlu membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti masalah itu.4. Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.5. Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan masalah.Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid .

24SEKIAN TERIMA KASIH...25