memotivasikan pelajar dalam p&p
DESCRIPTION
cara-cara pendekatan P&PTRANSCRIPT
No. K/P: 670222-02-5282
Soalan
Sebagai pendidik, bagaimanakah anda berusaha memotivasikan pelajar dengan
mewujudkan iklim pembelajaran kondusif ke arah pembelajaran yang lebih
menyeronokkan dan berkesan.
1. PENDAHULUAN
Kecemerlangan pendidikan merupakan agenda penting bagi menentukan
pembangunan dan kemajuan negara. Ia amat bergantung kepada sistem pendidikan
yang dilaksanakan oleh para pendidik dan rupa bentuk pelajar yang dihasilkan.
Pendidik memikul tanggungjawab yang amat besar untuk melaksanakan program
pendidikan disamping menyampaikan ilmu dan seterusnya membangunkan modal
insan. Kurikulum yang telah direncanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
akan menjadi dokumen beku dan sia-sia sekiranya ia tidak dilaksanakan sebaik
mungkin oleh para pendidik kepada generasi masa kini. Prasarana sekolah,
kemudahan fizikal, bantuan buku teks, aplikasi internet dan komputer serta segala
program mantap yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan
menjadi tidak bermakna jika guru gagal menggunakan kemudahan tersebut untuk
pelajar secara optimum. Guru sepatutnya dapat melahirkan pelajar minda kelas
pertama yang cemerlang, kritis, kreatif dan mempunyai daya saing yang kuat pada era
globalisasi ini. Pelajar merupakan harapan negara pada masa akan datang.
Merekalah modal insan yang bakal memimpin dan mencorakkan Malaysia kelak. Oleh
yang demikian, pendidik memainkan peranan yang penting untuk menentukan
kejayaan suatu generasi. Peranan ini bermula daripada bilik darjah, sejauh mana iklim
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------1
No. K/P: 670222-02-5282
pembelajaran kondusif dapat dihasilkan bagi membentuk pengajaran yang berkesan
dan menyeronokkan.
Terdapat beberapa elemen pengurusan yang amat penting yang perlu diberikan
penekanan bagi menghasilkan iklim pembelajaran kondusif supaya pelajar seronok
untuk belajar. Antaranya ialah pengurusan kurikulum yang mantap, proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan, pengurusan ko-kurikulum yang dinamik, fizikal
makmal serta kelas yang ceria, bersih, selamat dan yang tidak kurang juga pentingnya
ialah komunikasi berkesan di antara guru dengan pelajar. Oleh yang demikian di
dalam mengurus kurikulum yang mantap, sasaran Head-count yang telah dibuat oleh
guru harus dimaklumkan kepada pelajar supaya mereka tahu dan berusaha dengan
lebih tekun untuk mencapai kecemerlangan. Apabila hubungan dua hala terjalin antara
guru dan pelajar, maka hasrat serta harapan pihak sekolah dapat disampaikan kepada
pelajar dalam suasana yang tenang, bersemangat dan penuh rasa tanggung jawab.
Justeru, pelajar lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar maka
kes-kes pelajar ponteng kelas atau lewat ke kelas jarang berlaku. Penglibatan mereka
adalah lebih aktif dan suasana kelas adalah lebih mesra. Iklim pembelajaran yang
kondusif mampu mempengaruhi tingkah laku pelajar di samping membentuk
kemahiran intelektual serta membina semangat pelajar. Secara estetiknya
menyeronokkan seterusnya dapat menghasilkan keputusan akademik yang
memberangsangkan dan cemerlang. Gambarajah 1 menjelaskan garis panduan yang
telah saya laksanakan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif,
seterusnya dapat menjana pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan di
sekolah.
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------2
No. K/P: 670222-02-5282
Gambarajah 1
Menurut Kamus Dewan (2002), Pendidik ditakrifkan sebagai individu yang
menyampaikan sesuatu ilmu dan dalam masa yang sama cuba mendidik rohani,
jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu
yang telah dipelajari.
Motivasi adalah kemahuan dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu bagi
mencapai matlamat. Menurut Strenberg (2001), motivasi bererti dorongan atau
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------3
Pembelajaran menyeronokkan dan berkesan
Motivasibertambah
Pengurusan Ko-kurikulum
Komunikasi berkesan
P&Pberkesan
Kelas & makmal ceria
Pengurusan kurikulum
Iklim Pembelajaran Kondusif
No. K/P: 670222-02-5282
keperluan yang memimpin kepada sesuatu tindakan. Motivasi juga melibatkan
sesuatu proses yang memberikan kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku
seseorang. Menurut Mohd Zaaba dan Zuraida (2004), motivasi belajar ditakrifkan
sebagai usaha dan kemahuan individu untuk belajar, bekerja kuat dan mencapai
prestasi cemerlang di sekolah. Motivasi adalah aras insentif yang ada pada seseorang
dalam usaha untuk mencapai matlamat akademik. Motivasi juga berkait rapat dengan
keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohd
Zaaba dan Zuraida, 2004). Menurut mereka lagi, jika seseorang pelajar terdorong
untuk belajar dengan tekun bagi mencapai keputusan cemerlang maka pelajar itu
adalah pelajar bermotivasi. Antara ciri-ciri pelajar bermotivasi ialah mereka sentiasa
rajin untuk datang ke sekolah lebih awal, ingin ke perpustakaan, gemar membaca dan
menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran.
Kondusif mengikut takrifan berdasarkan Cambridge Advance Learner’s Dictionary
(2004) membawa maksud menyediakan keadaan yang betul ( the right condition) yang
dapat memberi rangsangan untuk memastikan sesuatu yang baik berlaku (Priceton
University, 2003). Dalam konteks iklim pembelajaran yang kondusif, United States
Department of Education (USDE) telah mentakrifkan iklim yang kondusif untuk
pembelajaran berkesan merupakan suatu bentuk persekitaran yang menarik dengan
reka bentuk dan pengurusan kemudahan yang sempurna dan mengambil kira
penghuni serta aktiviti di dalamnya. Ini bagi membolehkan pelajar menikmati proses
pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------4
No. K/P: 670222-02-5282
Di samping keadaan fizikal yang ceria, selamat dan bersih keadaan yang betul di sini
juga merujuk kepada kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap
pengetahuan pelajar. Kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar dapat
merangsangkan mereka untuk berfikir secara kreatif kerana mereka sendiri secara
aktif membina pengetahuan, konsep dan idea mengikut pengalaman masing-masing.
Pelajar didapati belajar dengan proaktif serta lebih berani mengemukakan soalan-
soalan dan isu-isu semasa. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah
bagi kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar, didapati pelajar lebih
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan menyelesaikan
masalah dengan panduan minima daripada guru. Oleh kerana pelajar diberi
kebebasan yang mencukupi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mereka
didapati lebih prihatin, bertanggungjawab dan lebih giat melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti pembelajaran.
2.0 PENGURUSAN KURIKULUM YANG MANTAP
Sebelum menjelang cuti akhir tahun setiap panitia akan membuat perancangan
kurikulum masing-masing. Sebagai seorang pendidik, saya juga tidak terlepas dari
melaksanakan tanggung jawab tersebut. Antara perancangan kurikulum yang
dilaksanakan ialah memastikan sukatan pelajaran bagi Tingkatan Lima dapat
dihabiskan pada bulan Julai, peperiksaan bulanan dapat dijalankan pada setiap bulan
serta topik-topik yang akan diuji juga dirancang dengan rapi supaya merangkumi topik
semasa di Tingkatan Empat. Perancangan Kecemerlangan Kurikulum juga
dilaksanakan berdasarkan kumpulan sasaran pelajar iaitu cemerlang, sederhana dan
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------5
No. K/P: 670222-02-5282
berpotensi. Saya telah ditugaskan untuk melaksanakan program bagi kumpulan
pelajar berpotensi iaitu dalam kalangan pelajar yang gagal mata pelajaran Fizik. Saya
telah merancang pendekatan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar seperti
Pembelajaran Kontekstual yang akan dibincangkan dengan lebih mendalam pada
subtopik 3.1 Pendekatan Kontekstual.
Penilaian Berasaskan Sekolah iaitu PEKA Fizik juga dirancang dengan rapi. Ujian
Peka Fizik diadakan setiap dua minggu sekali. Topik-topik yang diuji dimasukkan
dalam perancangan PEKA Fizik. Rancangan Pengajaran Tahunan serta Rancangan
Penilaian PEKA Fizik yang telah disiapkan itu diperbanyakkan dan diedarkan di setiap
kelas yang mengambil subjek Fizik. Taklimat kepada pelajar diberikan pada minggu
pertama apabila sesi awal persekolahan bermula. Saya selalu menitikberatkan soal
perancangan dan persediaan awal minda pelajar supaya setiap daripada mereka tahu
apa yang perlu mereka sediakan dan laksanakan sepanjang persekolahan
berlangsung. Dapatan daripada keputusan peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan
Empat dianalisa bagi menentukan potensi setiap pelajar agar unjuran untuk
peperiksaan SPM dapat dibuat dengan berkesan. Hasil unjuran itu atau juga dikenali
sebagai Head Count dibentangkan semasa perjumpaan waris bersama guru. Pelajar
dimaklumkan tentang potensi masing-masing. Saya menasihati dan menerangkan
strategi pembelajaran yang perlu diambil oleh pelajar untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang di dalam peperiksaan SPM kelak.
Perancangan pembelian alatan bantuan mengajar serta bahan-bahan yang diperlukan
bagi makmal fizik dibuat dengan awal supaya pihak pengurusan dapat membantu
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------6
No. K/P: 670222-02-5282
dalam pembelian peralatan Fizik di sekolah. Peralatan makmal yang mencukupi
dapat mempertingkatkan keyakinan pelajar terhadap subjek ini serta memudahkan
saya dalam menyediakan alatan yang diperlukan semasa mengajar dan
melaksanakan kerja – kerja amali Fizik.
Pengurusan kurikulum yang mantap memotivasikan pelajar membuat persediaan
minda yang lebih awal dan seterusnya membuatkan mereka merasa kondusif dan
tenteram dari segi jiwa mereka. Saya mendapati pendekatan yang telah saya lakukan
ini banyak memberi perubahan dari segi tingkah laku pelajar kepada yang lebih positif
berbanding sebelumnya. Jika semasa di tingkatan empat mereka malas menyiapkan
nota , kerja rumah dan tiada motivasi tetapi apabila lampiran perancangan kurikulum
serta gred sasaran mereka dimaklumkan, mereka menjadi lebih bersemangat,
membuat persediaan pembelajaran yang lebih awal sebelum topik baru diajar dan
berusaha lebih di dalam subjek ini.
3.0 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN
Pelajar pada umumnya didapati kurang berminat serta kurang keyakinan diri dalam
mata pelajaran Fizik dan situasi ini mungkin menyebabkan prestasi yang kurang
memuaskan dalam peperiksaan SPM. Selain faktor-faktor sosial, ekonomi dan
budaya, pendekatan pengajaran Fizik merupakan elemen penting yang memberi
impak terhadap pembelajaran pelajar. Oleh kerana pelajar-pelajar saya adalah
pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh maka majoriti mereka bercita-cita besar
untuk meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan dan perubatan. Pencapaian
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------7
No. K/P: 670222-02-5282
cemerlang dalam mata pelajaran Fizik sangat diperlukan bagi membolehkan mereka
memenuhi cita-cita dalam bidang berkenaan. Dari keputusan peperiksaan pertama
mereka di Tingkatan Empat didapati sebahagian besar pelajar adalah dari kumpulan
sederhana. Hasil perbincangan dengan ahli-ahli panitia di dalam mesyuarat Panitia
Fizik maka saya merasakan bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual dapat
membantu pelajar-pelajar saya memahami sebahagian besar konsep-konsep fizik
yang abstrak.
3.1 Kaedah Pengajaran Kontekstual
Saya telah kerap kali menggunakan pendekatan kontekstual di dalam bilik darjah.
Pendekatan kontekstual ialah strategi pengajaran dan pembelajaran yang
menggabungkan isi pelajaran dengan pengalaman harian pelajar dan
persekitarannya. Kaedah ini telah menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktiviti hands-on dan minds on. Semasa pengajaran topik tenaga di
Tingkatan Lima misalnya, pelajar telah diperkenalkan dengan topik Sumber Tenaga.
Antara sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah Tenaga Suria. Pelajar telah
diberikan motivasi semasa set induksi lagi bagi menyenaraikan kegunaan sel suria.
Bagaimana negara-negara maju telah menggunakan sel ini untuk menyimpan tenaga
suria dan menukarkannya kepada bentuk tenaga elektrik. Saya selalu menggunakan
realia sebagai alat bantu mengajar. Sel solar kecil yang berharga RM 10.00 satu telah
ditunjukkan kepada pelajar dan sambungan sel solar ini kepada multimeter di bawah
cahaya matahari telah menunjukan bacaan beza keupayaan. Pelajar cukup teruja dan
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------8
No. K/P: 670222-02-5282
ingin mencuba menggunakan sel tersebut. Apabila pelajar telah menunjukkan sikap
ingin tahu saya telah membawa mereka ke strategi berikutnya iaitu pemahaman.
Tahap pemahaman pula meliputi penerangan konsep dan sesi perbincangan di dalam
kelas. Murid diberikan kebebasan luas untuk mengutarakan perkara-perkara yang
berkaitan. Pada tahap ini pelajar saya telah mula memahami mengapa sel solar
berwarna hitam dan berbentuk kepingan, mereka telah mula memanipulasikan sel
solar ini. Saya telah menyediakan 4 sel solar untuk setiap kumpulan bagi membina
sebuah kereta solar dalam masa dua minggu. Aktiviti ini telah saya jadikan sebagai
salah satu eviden PEKA selain daripada kurikulum PEKA yang telah ditetapkan oleh
pihak Pusat Perkembangan Kurikulum.
Bagi tempoh dua minggu itu pelajar telah menggunakan pelbagai kemahiran dan
pengetahuan Sains untuk diaplikasikan semasa menghasilkan sebuah kereta solar
yang dapat bergerak paling pantas. Saya amat berbangga kerana semasa projek itu
diadakan mereka amat bermotivasi sekali. Setiap kali kelas Fizik di adakan mereka
akan sampai lebih awal ke makmal, setiap kali ada waktu terluang di dalam kelas
mereka akan berbincang bersama ahli kumpulan dan mencuba merekacipta bentuk
kereta yang aerodinamik dan larus serta ringan. Mereka tidak lokek membelanjakan
wang saku mereka untuk membeli pelbagai motor kereta mainan yang ada di pasaran
untuk digandingkan dengan kereta solar rekaan mereka. Kebanyakan pelajar saya
amat berminat dan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan mereka. Ada yang
menggunakan penuras warna yang berbeza-beza warnanya bagi menentukan warna
apa yang paling banyak menyerap tenaga suria oleh sel suria tersebut. Pada tahap ini,
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------9
No. K/P: 670222-02-5282
kemahiran dan potensi diri yang ada pada setiap individu di dalam kumpulan masing-
masing terserlah. Saya sedaya upaya cuba mencetuskan semangat bahawa
merekalah bakal jurutera automatif negara yang terbilang suatu hari nanti.
Akhir sekali, fasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual
adalah penilaian. Selain dari saya sendiri yang menilai pelajar, mereka juga dinilai
oleh rakan-rakan mereka. Bagi kes kereta solar ini saya melihat dan menilai laporan
yang dibuat oleh ahli kumpulan. Bagaimana kerangka eksperimen di jalankan dan
apakah pembolehubah yang telah digunakan oleh kumpulan tersebut. Pelajar amat
gembira dan sangat teruja pada hari mereka menguji kelajuan kereta solar masing-
masing. Setiap kumpulan menyampaikan hujah serta justifikasi tentang mengapa
mereka menggunakan bahan, reka bentuk serta warna untuk kereta masing-masing.
Semua pelajar menunjukkan minat yang luar biasa dan semangat berkobar-kobar
untuk menang. Pemenang pertandingan ini secara automatik akan dipilih mewakili
sekolah untuk pertandingan kereta solar peringkat daerah.
Kereta solar rekaan pelajar Pelajar melepaskan kereta solar untuk perlumbaan
Bagi saya pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui proses
motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------10
No. K/P: 670222-02-5282
pelajar melakukan aktiviti minds on dan hands on merupakan asas pendekatan
kontekstual. Paduan kedua-duanya akan mendorong naluri ingin tahu pelajar dan
menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Ia juga mampu merangsang pelajar belajar
dengan penuh motivasi, bekerjasama dan dapat mengaitkan kerelevenan apa yang
dipelajari dengan kehidupan seharian. Sesuatu konsep abstrak akan dapat dipelajari
dengan mudah kerana pelajar dapat melihatnya dengan lebih konkrit. Oleh kerana
pelajar terlibat secara aktif dalam membina pengetahuan baru, maka mereka dapat
mengingati konsep tersebut dengan lebih lama. Pengetahuan baru itu di peroleh hasil
daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar sendiri secara langsung, iaitu
aktiviti hands-on melalui pengajaran berpusatkan pelajar, dan bukan sekadar
pengajaran yang diterima secara pasif.
Semasa sesi soal jawab, saya mendapati bahawa pelajar yang didedahkan kepada
pendekatan konstekstual lebih cepat mengingat kembali fakta atau konsep yang telah
dipelajari berbanding dengan pelajar lain. Justeru, mereka sering memperoleh prestasi
yang lebih baik dalam ujian-ujian bulanan dan ujian topikal. Kebolehan pelajar
mengingat kembali konsep-konsep yang telah dipelajari juga memudahkan
pengajaran guru sekiranya konsep tersebut adalah berkait dengan topik baru yang
akan diajar. Dalam proses ini, saya mendapati mereka lebih yakin kepada diri sendiri
serta berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Selain
kontekstual, konstruktivisme juga diaplikasikan dalam pengajaran mengikut topik yang
disampaikan serta tahap pengetahuan pelajar-pelajar saya.
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------11
No. K/P: 670222-02-5282
Namun begitu kaedah pengajaran semata-mata tidak akan menjamin pembelajaran
menjadi bermakna sekiranya faktor alat bantuan mengajar dan kemudahan ICT tidak
disulam dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya mendapati pelajar-pelajar yang
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tidak terlalu bergantung kepada guru
kerana mereka boleh berdikari, bermotivasi tinggi dan dapat mengakses informasi
sendiri.
3.2 Penggunaan Kemudahan ICT
Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 oleh Tun Dr Mahathir Mohamed
telah mencadangkan beberapa panduan untuk kemajuan negara Malaysia dalam
abad ke dua puluh satu. Untuk mencapai objektif menjadikan Malaysia sebagai
negara maju pada tahun 2020 penggunaan sains dan teknologi serta teknologi
maklumat dan komunikasi secara pesat amat perlu. Malaysia perlu melahirkan tenaga
kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya
tetapi sentiasa bersedia untuk menerima perubahan. Bertitik tolak dari saranan ini
maka saya telah mengintegrasikan penggunaan ICT di dalam kelas saya.
Saya telah menjalankan temubual secara tidak langsung dengan para pelajar tentang
subjek Fizik. Kebanyakan mereka melahirkan perasaan takut serta risau dengan
subjek yang di anggap ”maut” ini. Saya merasakan bahawa keadaan ini timbul kerana
ia dikenalkan dengan pendekatan yang serius dan terlalu ilmiah. Pelajar sukar
mengkaitkan konsep-konsep yang ada dalam subjek ini dengan situasi harian yang
telah mereka lalui. Salah satu sebabnya ialah pelajar terlalu bergantung kepada guru
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------12
No. K/P: 670222-02-5282
untuk mempelajari ilmu-ilmu baru. Pelajar-pelajar ini tidak seharusnya dibiarkan
menerima sahaja isi pengajaran bulat-bulat atau spoonfeed kerana mereka akan
dapat menguasai pembelajaran jika menggunakan seberapa banyak deria
pembelajaran.
Dapatan psikologi kognitif menyatakan bahawa seorang pelajar dapat mengingat 10%
daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang
dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang
disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri. Dapatan tersebut
telah memberi implikasi bahawa pembelajaran berkesan boleh dicapai sekiranya
pelajar terlibat secara aktif di dalam pembelajaran. Saya telah mengambil pendekatan
bahawa penggunaan ICT, terutamanya pengunaan internet di dalam pengajaran
dapat membuktikan dapatan ini kerana pelajar sendiri yang mencari informasi tentang
konsep-konsep fizik yang dipelajari. Oleh yang demikian, setiap minggu pada satu
waktu terakhir saya membawa pelajar ke makmal komputer sekolah bagi
mendapatkan kemudahan penggunaan komputer dan internet. Pelajar dibenarkan
mengakses laman web yang berkaitan dengan topik yang diajar, mereka diminta
mengumpul sebanyak mungkin bacaan tambahan untuk dirujuk. Saya telah
mencadangkan beberapa laman web yang dapat membantu mereka dalam topik Fizik
seperti untuk topik Pengukuran mereka diminta mengakses url
http://homepage.mac.com/stray/ib/physics/SSC/topic1.html. Untuk mengetahui lebih
lanjut tentang Tenaga, laman web yang dibina oleh Cikgu Anuar daripada Kolej
Tunku Kurshiah telah dicadangkan iaitu laman web dengan url
http://www.geocities.com/TheTropics/Shores/5055/fizik.htm. Dengan menggunakan
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------13
No. K/P: 670222-02-5282
laman web-laman web tersebut mereka dapat belajar mengikut keupayaan masing-
masing kerana terdapat banyak animasi dan ia bersifat interaktif. Oleh kerana pelajar-
pelajar amat berminat meneroka subjek ini melalui internet maka tidak hairanlah
mereka sendiri dapat mencari laman-laman web lain yang turut menyumbangkan
pengetahuan yang sama. Saya mendapati dengan kaedah ini pelajar mempunyai
kebebasan mengawal pembelajaran sendiri dan belajar mengikut kehendak sendiri
dengan pantas serta tepat. Sebagai contoh dengan menggunakan enjin carian Google
mereka hanya perlu memasukkan kata kunci seperti radioactivity, fission maka
penjelasan tentang itu dapat dicapai oleh pelajar lengkap dengan teks, gambar dan
kadangkalanya turut disertakan animasi. Selain dari apa yang berlaku di dalam bilik
darjah sahaja belum memadai untuk pelajar berada di dalam suasana yang kondusif
dan menghasilkan pemikiran yang kritis dan kreatif kerana ia perlu ada
kesinambungan dengan aktiviti di luar bilik darjah. Maka saya merasakan bahawa
aktiviti ko-kurikulum iaitu kelab Sains perlu diurus dengan penuh kecerian, menarik
dan mencabar.
4.0 PENGURUSAN KO-KURIKULUM DINAMIK
Oleh kerana pelajar-pelajar saya adalah pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh di
mana kesemua pelajar tinggal di asrama maka masa mereka perlu diisi dengan
pelbagai aktiviti yang memberi manafaat dan berfaedah agar mereka tidak mudah
merasa jemu. Di antara penekanan yang diberikan ialah di dalam pengisian Kelab
Sains, Minggu Sains serta Lawatan Sambil Belajar atau pun School Excursion.
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------14
No. K/P: 670222-02-5282
Di antara aktiviti yang telah saya jalankan bersama pelajar sempena Minggu Sains
ialah mengadakan Hari Astronomi. Perancangan untuk Hari Astronomi ini telah dibuat
empat bulan lebih awal. Pihak Unit Astronomi Universiti Sains Malaysia telah
dihubungi lebih awal untuk membuat persediaan tarikh yang sesuai untuk pelajar –
pelajar menerokai bintang serta cakrawala di malam hari. Ahli jawatankuasa pelajar
diwujudkan untuk hari tersebut supaya mereka dapat turut serta merasai keseronokan
mengendalikan Hari Astronomi ini. Selain itu sifat kepimpinan dan semangat ingin tahu
tentang Astronomi dapat dipupuk dan disemai sejak di bangku sekolah lagi. Pada
siang harinya telah diadakan pameran folio Astronomi hasil tulisan pelajar-pelajar
sendiri. Ada di antara pelajar yang membuat Folio tentang Datuk Dr Mazlan, pengerusi
BAKSA, Malaysia. Beliau telah dijadikan idola di dalam bidang Astronomi, folio tentang
Dr Sheikh Muzaphar Shukor sememangnya begitu banyak dibuat. Sekurang-
kurangnya pelajar faham bahawa ilmu dan bidang pekerjaan ini amat luas. Seorang
pakar tulang di dalam bidang perubatan misalnya tidak perlu menghabiskan masa di
dalam bidang yang sama sahaja tetapi mampu beralih ke bidang yang lain seperti
dilakukan oleh Dr Sheikh Muzaphar. Mereka juga turut didedahkan dengan carta serta
poster-poster berkaitan komet, planet dan cakrawala serta alatan yang digunakan
untuk melihat bulan serta bintang yang berjarak beribu-ribu kilometer dari Bumi. Pada
malam harinya pelajar ini telah dibahagikan kepada enam stesen yang di lengkapi
dengan peralatan Teleskop berkuasa tinggi dari Unit Astronomi USM. Mereka amat
teruja sekali untuk mencuba dan mengaplikasi apa yang telah dipelajari di dalam kelas
dengan apa yang mereka alami pada malam tersebut. Pada malam itu mereka dapat
melihat buruj Scorpion dan planet Marikh. Pelajar-pelajar juga tidak jemu-jemu
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------15
No. K/P: 670222-02-5282
bertanya kepada kakitangan Unit Astronomi USM tentang bintang yang mereka lihat
serta peralatan canggih yang telah dibawa ke kawasan sekolah.
Pelajar mendengar penerangan daripada Pelajar melihat teleskop dengan lebih dekat.Kakitangan Unit Astronomi USM
Aktiviti malam itu sangat bermakna dan amat berjaya sekali kerana pelajar-pelajar
serta guru dapat merasai dan mengalami sendiri pengalaman mencerap bintang serta
mengendalikan teleskop. Semua memberi sokongan serta kerjasama yang amat baik .
Selain dari insentif dan motivasi yang diberikan kepada pelajar cemerlang, saya serta
ahli-ahli panitia lain merasakan perlu memberi penekanan dan peneguhan positif
kepada pelajar yang seringkali mendapat keputusan yang kurang memuaskan. Tiga
puluh orang pelajar Kelab Sains yang tercorot dalam mata pelajaran Fizik telah dipilih
untuk mengikuti lawatan anjuran Panitia Fizik atau lebih dikenali sebagai School
Excursion. Antara aktiviti yang dilakukan bersama pelajar ialah lawatan ke Pulau
Langkawi untuk lebih memahami topik Gelombang, pantulan gelombang, pembiasan
gelombang serta mengira halaju gelombang. Setiap pelajar dibekalkan modul
pembelajaran gelombang berserta aktiviti yang perlu mereka lakukan. Aktiviti ini lebih
bersifat minds on dan hands on. Pelajar lebih mudah memahami topik ini setelah
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------16
No. K/P: 670222-02-5282
mereka dibawa sendiri melihat bagaimana tiang-tiang didirikan di jeti Kuah untuk
memecah hempasan gelombang yang kuat bagi mengurangkan kesan hakisan. Bagi
saya, aktiviti seumpama ini bukan sahaja dapat membuka minda pelajar untuk
menghubungkan konsep atau teori yang diajar di dalam kelas tetapi mereka dapat
mengaitkan konsep tersebut dengan pengalaman harian serta dapat mengenalpasti
minat mereka di dalam kerjaya kelak. Selain dari ke Langkawi pelajar di dalam
kumpulan yang sama juga telah di bawa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar, Perlis
bagi memahami aplikasi radioaktiviti di dalam perubatan. Di sana kami sangat
bernasib baik kerana telah mendapat layanan istimewa daripada ketua Jabatan
Radiologi, Dr. Ahmad. Kami telah diterangkan bagaimana gelombang serta
radioisotop digunakan di dalam perubatan. Pelajar-pelajar di bawa masuk ke Bilik
Sinar X, Bilik Mamogram serta bilik MRI (Magnetic Resonance Imaging).
Pembelajaran pada hari tersebut sangat menjurus kepada sukatan pelajaran di
tingkatan Lima. Mereka bukan sahaja lebih faham apa yang telah dipelajari tetapi turut
menyimpan cita-cita untuk menjadi pakar Radiologi yang terkemuka di Malaysia satu
hari nanti.
Hasil daripada aktiviti School Excursion serta pengalaman mencerap Bintang, saya
dapati pelajar-pelajar saya lebih memahami bahawa Fizik bukanlah satu bidang yang
perlu didominasi oleh pelajar-pelajar Kejuruteraan sahaja malah ia juga adalah untuk
pelajar-pelajar Perubatan. Mereka di dapati lebih berminat, berfikiran terbuka serta
amat memberi tumpuan di dalam mata pelajaran ini. Di dapati keputusan Peperiksaan
Percubaan pada tahun 2007 adalah lebih baik berbanding 2006. Saya merasakan
aktiviti ini perlu diteruskan kerana ia menampakkan impak yang positif untuk
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------17
No. K/P: 670222-02-5282
melahirkan lebih ramai doktor perubatan, saintis dan jurutera negara yang ulung pada
masa akan datang.
5.0 PENGURUSAN KELAS DAN MAKMAL FIZIK
Bentuk fizikal bangunan kelas dan makmal sememangnya tidak dapat diubah tetapi
dekorasi dan keselamatan di dalam kelas serta makmal dapat dilaksanakan serta di
pertingkatkan. Kebanyakan kelas mempunyai peralatan asas seperti papan putih,
papan kenyataaan yang dihiasi dengan bahan-bahan bacaan, dan ruang yang selesa,
meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari dan bahan bantuan mengajar serta
peralatan sokongan. Di sekolah saya, bilik darjah dihiasi mengikut kumpulan rumah
masing-masing kerana pelajar ditempatkan di dalam kelas mengikut Sistem Rumah.
Setiap kelas akan berusaha untuk menjaga keceriaan dan kebersihan kelas masing-
masing. Papan kenyataan juga dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta
organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan,
kata-kata motivasi. Sebagai pendidik, saya sering mengingatkan pelajar untuk
memastikan bakul sampah dikosongkan pada waktu pertama persekolahan. Kelas
sentiasa bersih dan kemas sepanjang masa. Ruangan papan kenyataan yang
menempatkan Informasi tentang Fizik perlu ditukar setiap minggu. Ahli Jawatan Kuasa
Fizik di dalam kelas tersebut ditugaskan untuk menampalkan risalah-risalah serta
bahan bacaan berkaitan dengan mata pelajaran ini. Mereka akan bersungguh-
sungguh mencari bahan di dalam internet mahu pun daripada majalah .
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------18
No. K/P: 670222-02-5282
Meja dan kerusi dalam kelas disusun supaya pelajar mudah mengadakan aktiviti
pembelajaran berpusatkan pelajar serta juga mudah untuk berinteraksi dengan guru.
Cahaya yang mencukupi dan pintu serta tingkap yang terbuka membolehkan
pengedaran udara yang secukupnya. Namun begitu langsir terpaksa dipasang
memandangkan limpahan cahaya matahari yang masuk terlalu banyak dan
menganggu tumpuan pelajar mengikuti pelajaran sewaktu matahari naik.
Di makmal pula, terdapat enam buah makmal yang dilengkapi dengan perabut,
peralatan serta perkakasan yang baik. Terdapat dua buah makmal Fizik yang telah
dikhaskan untuk kegunaan tingkatan empat dan lima secara berasingan. Rasionalnya
ialah supaya pengkhususan peralatan dapat dibuat dan mudah untuk pembantu
makmal menyedia, menyemak serta menyimpan peralatan makmal.
Pelajar juga sering kali diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan makmal. Malah
mereka juga telah diminta menandatangani surat akuan bagi mematuhi peraturan
makmal pada awal sesi persekolahan bermula. Dengan itu mereka lebih serius dan
bertanggung jawab semasa mengendalikan amali di makmal.
Persekitaran makmal yang lengkap dan baik dapat menjana pembelajaran penemuan
baru, ia juga mampu menjadi media pembelajaran, menyediakan tempat untuk
berbincang dan bertukar-tukar pendapat di samping menyediakan tempat untuk
pembelajaran secara bersendirian. Knirk (1979) menyatakan semakin seseorang
individu itu merasakan dirinya serta pekerjanya (di rumah atau persekitaran sekolah)
bertambah baik maka kemampuan untuk bekerja atau belajar menjadi semakin
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------19
No. K/P: 670222-02-5282
produktif. Lantaran persekitaran pembelajaran perlulah menyediakan rangsangan
yang diingini sekaligus dapat mengurangkan tekanan atau menambahkan
keseronokan belajar. Dengan menggunakan kewangan panitia, saya telah menempah
signage yang diperbuat daripada plastik perspeks yang memaparkan penulisan ilmiah
di dinding-dinding di sebelah dalam dan luar makmal. Antara penulisan ilmiah tersebut
ialah perkataan kata kunci serta prosa Fizik yang mereka pelajari seperti yang di
senaraikan di dalam Jadual 1 di bawah.
Signage
C= 3 x 108 ms-1 ; c= speed of light
Wave= the vibration of molecules in a uniform pattern
Longitudinal waves= the propagation of waves is parallel with the vibration of the molecules of the
medium
Transverse waves= the propagation of waves is perpendicular to the vibration of the molecules
Jadual 1
Ia telah ditempah dengan saiz sebesar 1 kaki x 2 kaki serta 3 kaki x 5 kaki. Jadual
yang mempamerkan jenis-jenis gelombang elektromagnet juga dilekatkan ke dinding
dengan menggunakan Signage. Pelajar mudah melihat jenis-jenis gelombang yang
terlibat, nilai frekuensi serta jarak gelombangnya.
Signage itu bukan sahaja bertindak sebagai alatan bantuan mengajar tetapi juga telah
berupaya menceriakan persekitaran makmal. Pelajar didapati suka datang ke makmal
kerana mereka dapat melihat dan menghafal jenis-jenis fenomena yang berlaku di
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------20
No. K/P: 670222-02-5282
dalam gelombang serta elemen-elemen asas yang ada di dalam jadual perkalaan
kerana informasi ini boleh didapati di persekitaran makmal. Kaedah ini lebih berkesan
daripada melihat dan menghafalnya terus daripada buku teks.
6.0 KOMUNIKASI BERKESAN
Komunikasi berkesan memainkan peranan yang penting bagi menjamin ilmu yang
diluahkan kepada pelajar dapat dicernakan oleh mereka. Komunikasi berkesan juga
menentukan sejauh mana pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan
kondusif. Hubungan di antara guru dengan pelajar dapat dijalinkan serta disiplin
pelajar dapat dipantau. Saya telah mengamalkan beberapa ciri komunikasi berkesan
di dalam kelas bersama pelajar iaitu memanggil pelajar dengan nama mereka,
menyampaikan ilmu dengan adanya Eye Contact, bercakap dengan suara yang
lantang dan menyebutnya dengan perkataan yang jelas. Saya akan memastikan
sewaktu bercakap saya memandang ke dalam mata pelajar supaya saya dapat
melihat reaksi pelajar dan menunjukkan bahawa saya menghargai mereka.
Dalam keadaan tertentu ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu dilakukan
dengan cara dan pendekatan yang berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan
itu bukan bertujuan penderaan tetapi pengajaran. Sekiranya perlu pelajar berkenaan
diberikan nasihat, teguran dan kata-kata motivasi yang menggambarkan bahawa
pelajar itu dikasihi. Saya telah membahasakan diri saya dengan panggilan mummy
kerana pelajar-pelajar yang tinggal di asrama penuh ini jauh dari ibubapa dan keluarga
masing-masing. Dengan panggilan yang sedemikian hubungan guru dengan pelajar
dapat dieratkan. Suasana kekeluargaan dapat diwujudkan, pelajar merasa disayangi
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------21
No. K/P: 670222-02-5282
dan berada di dalam keadaan selamat dan dihargai. Suasana kondusif dari segi
kejiwaan dapat diwujudkan.
Saya dapati terdapat perbezaan dari segi hubungan di antara saya dengan pelajar
sewaktu saya memulakan profesion ini berbanding setelah saya berjaya mewujudkan
komunikasi berkesan terhadap pelajar di dalam kelas. Saya juga mendapati keputusan
peperiksaan SPM pelajar saya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Berikut adalah data
keputusan peperiksaan SPM sebelum dan selepas saya dapat melaksanakan ciri-ciri
pembelajaran kondusif di dalam pengajaran Fizik di sekolah saya
Tahun SPM Bilangan pelajar 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G GP
2005 154 28 30 21 25 22 12 13 2 1 3.56
2006 160 30 32 24 28 21 16 7 2 - 3.40
. Jadual 1
Justeru , saya merasakan bahawa komunikasi berkesan merupakan salah satu aspek
yang perlu diberi penekanan bagi memotivasikan pelajar dan menjana iklim
pembelajaran yang kondusif.
7.0 RUMUSAN DAN HARAPAN
Iklim pembelajaran yang kondusif bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan
peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah yang harmonis, kondusif dan
dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta
mencapai objektif. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan pasti
menjamin ilmu dapat disampaikan dengan berkesan. Proses pembelajaran bukan
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------22
No. K/P: 670222-02-5282
sahaja berlaku di dalam kelas malah harus turut berlaku di luar kelas. Ilmu pelajaran
yang diperolehi seharusnya dapat diaplikasi dalam kehidupan harian dan proses
tersebut berlaku sepanjang hayat. Bagi memastikan proses pembelajaran berlaku
dalam keadaan yang kondusif semua warga pendidik serta staf sokongan di dalam
organisasi sekolah perlu bekerjasama bagi memastikan semua elemen yang telah
dinyatakan di atas iaitu pengurusan kurikulum yang mantap, pengurusan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan, pengurusan ko-kurikulum yang dinamik, keadaan
fizikal kelas dan makmal yang ceria, bersih serta selamat dan interaksi berkesan di
antara guru dengan pelajar berlaku secara holistik. Dicadangkan agar program-
program yang telah digariskan di dalam kurikulum dan ko-kurikulum dibina bersama
guru-guru di dalam panitia tersebut. Hasilnya dibentangkan di dalam mesyuarat
panitia agar setiap guru faham akan kepentingan setiap program tersebut adalah
bertujuan menghasilkan pembelajaran yang kondusif. Manafaatnya bukan sahaja
berpihak kepada pelajar malah juga kepada guru. Ia merupakan suatu proses win- win
situation. Apabila pelajar berminat serta ada motivasi untuk datang menimba ilmu di
sekolah maka kes-kes disiplin akan dapat dikurangkan. Oleh yang demikian guru-guru
akan lebih mudah untuk menjalankan tugas sebagai pendidik. Setiap pendidik pula
harus maklum dengan tugas dan tanggung jawab masing-masing.
Seterusnya hasil daripada mesyuarat panitia tersebut perlu dibentangkan di dalam
mesyuarat kurikulum dan ko-kurikulum peringkat sekolah agar misi dan visi pihak
pengurusan sekolah adalah selari dengan guru-guru yang melaksanakannya. Sukacita
dimaklumkan di sini bahawa program-program yang telah dilaksanakan itu telah
mendapat persetujuan dan restu daripada Persatuan Ibubapa dan Guru. Sokongan ini
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------23
No. K/P: 670222-02-5282
dapat membantu melicinkan perjalanan program-program yang telah dirancang baik
dari segi moral mahu pun kewangan.
Adalah diharapkan dengan cadangan ini maka matapelajaran Fizik bukanlah dianggap
sebagai ”killer subject” lagi oleh para pelajar. Mereka dapat menerima subjek ini
sebagai salah satu subjek yang dapat dikuasai, mudah dipelajari, difahami serta
mempunyai kepentingan di dalam kehidupan mereka. Ia juga bukan satu subjek yang
perlu dipelajari oleh satu golongan pelajar yang bercita-cita untuk menjadi jurutera
sahaja.
Sebagai kesimpulannya iklim pembelajaran yang kondusif baik dari segi fizikal mahu
pun spiritual dapat menjana motivasi belajar yang tinggi di kalangan pelajar-
pelajarnya. Seterusnya dapat menjulang kecemerlangan dalam akademik serta
sahsiah mereka. Adalah menjadi aspirasi saya sebagai pendidik untuk sama-sama
melihat negara kita Malaysia menjadi sebuah negara yang setanding dengan negara-
negara maju lain di dalam bidang Fizik amnya dan Astronomi khasnya. Diharapkan
pada masa hadapan, kita bukan lagi menumpang untuk sama-sama ke stesen
angkasa lepas antarabangsa (ISS) malah kita turut sama memiliki dan melancarkan
kapal angkasa kita sendiri yang dikemudikan oleh anak-anak bangsa kita sendiri.
Rujukan:
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------24
No. K/P: 670222-02-5282
Akhbar Utusan (edisi On line) 16 November 2004. Perkenalkan Dasar Keselamatan, Kesihatan Di sekolah. http://www.utusn.online.com.my
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Penyelidikan (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010 Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Beyer, D (1997). School safety and The Legal Right of Students: Prentice Hall
Knirk, Frederick G. (1979). Designing Productive Learning Environments. Educational Technology Publications, United states of America.
Mok, Soon Sang (2002). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Edisi ketiga, Subang Jaya: Kumpulan Budiman.
Nik Azis Nik Pa (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Mohd Zaaba, Zuraida I (2004), Psikologi Pembelajaran dan Personaliti: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Mahathir Mohamed. 1991. Malaysia: The way forward. Kuala Lumpur: Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Poh Swee Hiang (1997). Pedagogi Sains 2 : Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (Julai 2001).Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Strenberg et.al (2001), Effect of Lesson Organization Achievement. American Educational Research Journal, 23, pg 337-347
Tan, Ay Ling (2003). Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Secara Kontekstual Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Kalangan Guru Fizik di Sek. Men. Teknik Seluruh Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia; Projek Sarjana Muda (PSM) Tesis.
http://homepage.mac.com/stray/ib/physics/SSC/topic1.html
http://www.geocities.com/TheTropics/Shores/5055/fizik.htm
----------------------------------------------------( )----------------------------------------------------25