p & p kaedah p.jasmani

Upload: gengkapak

Post on 05-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    1/57

    TOPIK 7

    PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

    PENDIDIKAN JASMANI

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    2/57

    7.1 KONSEP DAN DEFINISI PENDEKATAN,GAYA DAN KAEDAH

    7.1.1 Pendekatan

    Bermaksud mendekati. Pendekatan merupakan pelbagai sumber latihan

    dan prinsip yang menjadi pegangan dalamsesuatu pengajaran.

    Merujuk kepada cara untuk mencapai objektifjangka panjang dalam satu matapelajaran.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    3/57

    7.1.1 Pendekatan

    Ciri-ciri pendekatan ialah:

    Objektif-objektif yang hendak dicapai berbentukjangka panjang

    Pendekatan berdasarkan teori dan modelpengajaran

    Merangkumi gaya, kaedah dan teknik yang akandigunakan

    Bersifat aksiomatik, iaitu diterima tanpakeraguan

    Mencerminkan satu falsafah

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    4/57

    7.1.2 Gaya

    Adalah cara bagaimana sesuatu isipelajaran itu disampaikan oleh guru.

    Terdapat tiga kategori gayapembelajaran, iaitu gaya langsung,

    gaya tidak langsung dan gaya

    gabungan.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    5/57

    7.1.2 Gaya

    Dalam menentukan gaya pembelajaranbeberapa faktor perlu diambilkira:

    Kaedah dan teknik yang hendak digunakan Bahan bantu mengajar dan belajar yang

    tersedia

    Pengetahuan sedia ada pelajar

    Ciri-ciri pelajar

    Kepakaran guru

    Kawalan kelas

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    6/57

    7.1.3 Kaedah

    adalah satu tindakan guru yang sistematik sertaberurutan bertujuan mencapai objektif yangspesifik.

    Definisikan sebagai satu perancangan atau

    prosedur dalam melaksanakan satu pengajaranyang teratur, kemas dan sistematik.

    Kaedah pengajaran hendaklah berasaskankepada pendekatan dan gaya yang dipilih.

    Guru perlu kreatif dan pandai memilih kombinasikaedah yang sesuai serta merancang secarasistematik.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    7/57

    7.2 PENDEKATAN

    3 pendekatan:

    1. Tradisional

    2. Humanistik

    3. Gabungan

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    8/57

    7.2.1 Tradisonal

    Menggunakan prinsip pengajarantradisional.

    Akan memberi arahan dan pelajar akanmengikuti arahan.

    Mengaplikasikan pembelajaran sehala.

    Menganggap guru sebagai pengajar.

    Kebaikan ialah mudah dirancang dandiurus.

    Sesuai diaplikasikan dalam kegiatanberisiko tinggi atau kemahiran khas.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    9/57

    7.2.1 Tradisonal

    Ciri-ciri pendekatan tradisional ialah:

    Kurikulum yang ditetapkan oleh agensipendidikan digunakan

    Mementingkan pengajaran

    Guru menentukan tugasan yang perludilaksanakan oleh pelajar

    Tugasan yang sama diberikan kepada semua

    pelajar Guru menentukan ujian piawai Mengukur pengajaran dan pembelajaran

    mengikut gred

    Berfokuskan guru

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    10/57

    7.2.2 Humanistik

    Menumpukan pada apa berlaku dalam diri seseorangindividu seperti perasaan atau emosinya.

    Menekan kepada cara berfikir, pengamatan sertainterpretasi individu tentang sesuatu peristiwa ataukejadian.

    Kuasa motivasi seseorang individu ialah kecenderunganuntuk berkembang serta mencapai hasrat diri.

    Menitikberatkan perkembangan secara bebas.

    Pelajar bebas belajar apa yang mereka kehendaki dan

    ingin diketahui. Guru bertindak sebagai fasilitator yang akan memotivasi

    pelajar, memberi kesedaran kepentingan belajar danmerangsang proses pembelajaran di kalangan pelajar.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    11/57

    7.2.2 Humanistik

    Ciri-ciri pendekatan humanistik ialah:

    Guru menentukan kurikulum sendiri dan muridmenetapkan matlamat untuk membuat pilihandan bertindak

    Mementingkan pembelajaran Murid menentukan tugasan sendiri Tidak mementing ujian piawai Gred bukan pengukur pengajaran Guru berperanan mencungkil potensi murid,

    memberi galakan dan maklumbalas pelakuanaktiviti

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    12/57

    7.2.3 Gabungan

    Mengabungkan pendekatan tradisonal danhumanistik.

    Diaplikasikan berdasarkan kandungan dan

    risiko matapelajaran, keadaanpersekitaran serta ciri-ciri pelajar.

    Guru perlu membuat analisis keadaanfizikal, ciri pelajar dan jenis risiko yangditanggung sebelum memilih gaya,kaedah dan teknik pengajaran danpembelajaran.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    13/57

    7.2.3 Gabungan

    Ciri-ciri pendekatan gabungan ialah:

    Kurikulum dibekalkan oleh kementerian pendidikannamun guru mempunyai ruang untuk mencapai objektifkurikulum dengan cara sendiri.

    Guru memilih kaedah pengajaran atau pembelajaran

    berdasarkan kesesuaian pelajar dan kurikulum. Guru menganalisis ciri-ciri pelajar sebelum memberi

    tugasan keupayaan pelajar.

    Ujian dilakukan berasaskan ciri-ciri pelajar.

    Pelajar dan sekolah mempunyai ruang untuk menilai dirisendiri.

    Memperluaskan penilaian gred dengan mempelbagaikayu pengukur, penilai dan bentuk ujian.

    Guru berperanan sebagai fasilitator atau pengajarmengikut keperluan objektif.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    14/57

    7.3 GAYA PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

    Gaya-gaya yang dipraktikan mestilahmembawa kepada satu objektif iaitu setiapmurid dapat manfaat daripada gaya yang

    dikemukakan. 3 kategori yang utamaiaitu:

    1. Gaya Langsung

    2. Gaya Gabungan

    3. Gaya Tidak Langsung

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    15/57

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    16/57

    7.3.1 Gaya Langsung

    Jadual 7.2: Kelemahan dan Kelebihan Gaya Langsung

    Kelebihan Kelemahan

    1. Kaedah yang berkesan.

    2. Berfokus kepada yang

    ingin dipelajari.3. Tidak banyak peluang

    untuk salah faham dansalah interpretasi.

    4. Persekitaranpembelajaran yangberstruktur.

    1. Tidak ambilkira perbezaanindividu (kesesuaianperkembangan), anggappelajar mencapai tahappembelajaran dan kemajuanyang sama (kesesuaianumur kumpulan).

    2. Lebih mementingkanmatlamat atau hasilpengalaman pembelajarandaripada proses

    pembelajaran itu.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    17/57

    7.3.1 Gaya Langsung

    Contoh gaya langsung ialah:

    Gaya Arahan

    Gaya Tugasan

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    18/57

    7.3.1 Gaya Langsung

    Gaya Arahan

    Guru mengawal pembelajaran dan

    pengajaran serta bagaimana pengajarandan pembelajaran dilakukan.

    Memberi kuasa penuh kepada guru

    menjalankan aktiviti dari mula hinggaakhir.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    19/57

    7.3.1 Gaya Langsung

    Gaya ArahanLangkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut:

    Guru Pelajar

    1. Mengawal penuhpengajaran.

    2. Memilih aktiviti.

    3. Menentukan bagaimana

    dan bila proses pengajarandan pembelajarandilakukan.

    4. Mengawal tingkah laku.

    5. Menilai keputusan.

    1. Menjimatkan masauntuk membuatpercubaan.

    2. Pengembanganindividu kurangmendapat perhatian.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    20/57

    7.3.1 Gaya Langsung

    Ciri-ciri gaya arahan: Guru memberi penerangan ringkas dan

    membuat demonstrasi tentang kemahiran yangakan dipelajari oleh pelajar.

    Pelajar berlatih.

    Guru memberi komen am tentang prestasi kelas. Jika perlu, guru memberi penerangan lanjut dan

    membuat demonstrasi lanjut. Pelajar berlatih. Guru memberi tunjuk ajar

    kepada pelajar yang memerlukan bantuansecara individu atau berkumpulan.

    Pelajar menggunakan kemahiran yang dipelajaridalam aktiviti yang sesuai.

    Guru menilai pelakuan.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    21/57

    Gaya Tugasan

    Guru mempunyai kuasa penuh dalam menentukan arah

    pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri gaya tugasan ialah:

    Dalam gaya tugasan guru akan menetapkan tugasanyang diberikan kepada pelajar.

    Guru memberi arahan secara lisan atau menggunakankad latihan.

    Pelajar membuat latihan dalam masa yang diperuntukan

    oleh guru. Guru memerhatian pelakuan pelajar seterusnya

    memberi maklum balas kepada pelajar tentangpelakuannya.

    7.3.1 Gaya Langsung

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    22/57

    7.3.2 Gaya Tidak Langsung

    Berpusatkan pelajar. Pembelajaran seharusnya melibatkan proses

    kognitif iaitu melalui percubaan, penyelesaianmasalah dan penemuan diri.

    Gaya tidak langsung berpandukan teoripembelajaran kognitif yang menganggapkanpembelajaran sebagai satu proses yang berlaku

    dari dalam ke luar dan proses pembelajaran ituadalah sama penting dengan hasil pembelajaranberkenaan.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    23/57

    7.3.2 Gaya Tidak Langsung

    Jadual 7.3: Kelebihan dan Kekurangan Gaya Pembelajaran Tidak Langsung

    Kelebihan Kelemahan

    1. Membolehkan pelajarmenetapkan matlamat dengancara mencapainya.

    2. Memberi kebebasan kepadapelajar dan memberi peluangkepada mereka untukbertanggungjawab.

    3. Mengambilkira perbezaan di

    kalangan pelajar.

    4. Memberi peluang kepada pelajarmerasai kejayaan pada tahapkebolehan sendiri.

    1. Memakan masa yang panjang.Lebih masa untuk cuba-jaya,bersoaljawab.

    2. Memerlukan guru-guru untukberlatih dan bersabar. Guruyang tidak biasa dengan gaya inisentiasa menghadapi masalahuntuk menggunakannya secara

    berkesan.3. Sukar untuk mengawal kelas.

    4. Sukar untuk memastikankesinambungan dalampelajaran.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    24/57

    7.3.2 Gaya Tidak Langsung

    Contoh gaya tidak langsung ialah:

    Gaya penyelesaian masalah

    Gaya tindakbalas

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    25/57

    7.3.2 Gaya Tidak Langsung

    Gaya Penyelesaian Masalah

    Memerlukan pelajar memberi tumpuan

    masa yang panjang.

    Pelajar perlu memahami masalah serta

    memikir dengan logik dan sistematik.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    26/57

    7.3.2 Gaya Tidak Langsung

    Gaya Penyelesaian Masalah

    Pelajar-pelajar perlu menyelesaikan masalah mengikut

    langkah-langkah berikut:

    1. menganalisis dan memahami masalah.

    2. menyenaraikan keperluan dan syarat untukmenyelesaikan masalah.

    3. menguna pelbagai kemahiran untuk mendapatkanmaklumat-maklumat.

    4. meramal jawapan yang mungkin.5. memilih dan uji penyelesaian alternatif.

    6. memilih penyelesaian paling sesuai.

    7. menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    27/57

    7.3.2 Gaya Tidak Langsung

    Kelebihan menggunakan gaya penyelesaianmasalah:

    1. Menggalakkan interaksi antara pelajar-pelajar.

    2. Memupukkan tahap pemikiran kognitif

    yang tinggi.3. Menggalakan ingatan tentang apa yang

    dipelajari.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    28/57

    7.3.2 Gaya Tidak Langsung

    Kelemahan menggunakan gaya penyelesaianmasalah:

    1. Memakan masa yang lama.2. Sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan

    berkesan.

    3. Pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan

    masalah tidak akan dapat menikmati pelajarandengan sepenuhnya.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    29/57

    7.3.2 Gaya Tidak Langsung

    Kejayaan gaya penyelesaian masalahbergantung kepada:

    1. Kesediaan pelajar untuk mengambilbahagian dalam pengalamanpembelajaran.

    2. Keupayaan guru untuk memberi masalahdan membimbing proses penyelesaianmasalah.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    30/57

    7.3.2 Gaya Tidak Langsung

    Gaya Tindakbalas

    Seperti gaya penyelesaian masalah di

    mana kebanyakkan proses pengajaranberpusatkan pelajar.

    Nilai kerjasama dan bantu membantu

    dapat diserapkan dengan menggunakangaya ini.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    31/57

    7.3.2 Gaya Tidak Langsung

    Ciri-ciri gaya tindakbalas ialah:

    Guru menetapkan latihan atau di dalam kad latihan yangdisediakan.

    Latihan dalam kumpulan kecil dibahagikan mengikut

    kebolehan atau secara rawak. Kerjasama antara pelajar dengan pelajar juga pelajar

    guru ditekankan.

    Pasangan atau ahli kumpulan akan bekerjasama dalam

    menilai dan membantu rakan kumpulan. Guru menjadi pemerhati pelakuan pelajar yang

    menjalani latihan dan cara rakannya memberimaklumbalas.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    32/57

    7.3.3 Gaya Gabungan

    Mengabungkan antara gaya pembelajaranberpusatkan pelajar dan guru.

    Sesuatu pembelajaran akan berlaku denganberkesan sekiranya guru dapat memilih gayapembelajaran mengikut kesesuaian kurikulum

    dan ciri pelajar. Pelajar akan menyelesaikan masalah dan guru

    bertindak sebagai pembimbing serta memberimotivasi kepada pelajar dalam menyelesaikanmasalah.

    Pelajar digalakkan menyelesaikan masalahsecara kreatif dan kritis.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    33/57

    7.3.3 Gaya Gabungan

    Ciri-ciri gaya gabungan:

    Mengamalkan aspek-aspek positif dari kedua-dua gaya langsung dan tak langsung.

    Membenarkan guru menyesuaikan caramengajar mengikut situasi yang dihadapinya.

    Memberi peluang kepada murid-muridmenunjukkan kebolehan masing-masing.

    Menggalakkan daya pemikiran di kalangan

    murid semasa mencuba sesuatu gerak kerja. Pelajaran dikendalikan dalam suasana yang

    informal.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    34/57

    7.3.3 Gaya Gabungan

    Penemuan Terbimbing

    Juga dikenali sebagai kaedah llimitasi.

    Ini memberi pelajar banyak peluang untukmeluahkan perasaan, mencuba danmenjadi kreatif.

    Pelakuan pelajar dihadkan dengan tugasyang diberi oleh guru.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    35/57

    7.3.3 Gaya Gabungan

    Kelebihan-kelebihan:

    1. Membenarkan penglibatan lebih oleh

    pelajar dalam proses pembelajaran.2. Mengambilkira perbezaan di kalangan

    pelajar dan pelajar mempunyai peluang

    belajar mengikut tahapnya sendiri.3. Memupuk pembangunan arah kendiri.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    36/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Terdapat pelbagai kaedah dalam proses pengajarandan pembelajaran.

    Antara kaedah yang selalu digunakan ialah:

    1. Kaedah Kuliah2. Kaedah Demonstrasi3. Kaedah Pembelajaran Masteri

    4. Kaedah Pembelajaran Koperatif5. Kaedah Perbincangan6. Kaedah Projek7. Kaedah Pembelajaran Kolaboratif

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    37/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARPENDIDIKAN JASMANI

    Kaedah Kuliah

    Digunakan dalam kelas yang memerlukankedua-dua bahagian teori dan praktikal.

    Merupakan sesi taklimat berkenaandengan pengajaran dan pembelajaran.

    Boleh memberi manfaat jika dirancangdengan rapi dan disampaikan denganpenuh semangat.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    38/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Contoh langkah kuliah yang boleh digunakandalam sesi pengajaran dan pembelajaranPendidikan jasmani:

    (a) Pengenalan

    - Menerang dan menjelaskan skop pelajaran

    - Memberitahu pelajar apa yang dikehendaki

    daripada mereka

    - Cuba membangkitkan minat- Sentiasa senyum, menghadap kelas dan

    bercakap dengan pelajar termasuk pelajar

    di barisan belakang.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    39/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    (b) Persembahan

    - Kuat tetapi nada mesra

    - Jelaskan arahan dengan memilih perkataan

    yang sesuai- Huraikan istilah yang digunakan

    - Bercakap dengan semua pelajar

    - Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan,

    papan tulis, demonstrasi dan lain-lain- Ulang butiran penting

    - Guna unsur kecindan namun tidak keterlaluan

    - Mengetahui isi kandungan pelajaran dan yakin

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    40/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    (c) Penutup

    - Mengulangi isi-isi utama- Menggalakkan perbincangan

    - Meneguhkan isi yang lemah

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    41/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Kaedah Demonstrasi Merupakan kaedah utama digunakan oleh guru,

    pelajar atau kumpulan pelajar. Melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan. Digunakan bagi menerangkan keadaan yang

    sukar hendak diterangkan dengan perkataanatau eksperimen yang terlalu mahal, mustahilatau bahaya untuk dilaksanakan.

    Memberi peluang kepada pelajar melihat secaralangsung sesuatu tugasan dilaksanakan. Juga boleh menggunakan alatan sebagai bahan

    bantu mengajar.

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    42/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang bolehdipraktikkan:

    (a) Pendahuluan- Susun pelajar supaya mereka boleh

    mendengar dan melihat dengan jelas- Perkenalkan tajuk atau aktiviti dengan

    menggunakan kaedah kuliah- Hubungkan kemahiran dengan apa yangdipelajari sebelum ini

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    43/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    (b) Demonstrasi

    - Melakukan demonstrasi mengikutkadar pergerakan sebenar

    - Ikut cara dan prosedur yang piawai

    - Gunakan istilah yang piawai untukmengelakkan kekeliruan

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    44/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    (c) Demonstrasi dan pengajaran- Semasa membuat pelakuan, beri butiran yang

    sepatutnya- Beri setopik tentang cara sesuatu pergerakan

    dilakukan- Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan

    yang tidak dapat- Gunakan kaedah ansur maju dan mengikut turutan

    yang sebenarnya.- Kaitkan pertalian antara kemahiran yang baru

    belajar dengan pengalaman lepas- Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan- Beri butiran penting

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    45/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    (d) Penutup

    - Ulang butiran penting- Galakkan pelajar berbincang tentang

    kemahiran yang dipelajari

    - Bentuk pengukuhan kepada pelajar

    KAEDAH DALAM PENGAJARAN

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    46/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Kaedah Masteri Dipercayai boleh menangani masalah pelajar yang

    mempunyai pelbagai peringkat kebolehan.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), mentakrifkanpembelajaran masteri ialah pendekatan pengajaran danpembelajaran yang bertujuan memastikan semua pelajarmenguasai hasil pembelajaran yang ditentukan dalamsatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unitpembelajaran seterusnya.

    Memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan

    perancangan juga pelaksanaan yang berkualiti. Setiap pelajar boleh belajar mengikut kebolehan serta

    objektif mereka.

    Juga membenarkan pelajar menggunakan bahan yangberbeza mengikut kebolehan mereka.

    7 4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    47/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Prinsip asas dalam pembelajaran masteri iaitu:

    (i) Setiap murid berpotensi untuk diajar oleh guru

    (ii) Pembelajaran boleh dipecahkan kepadabeberapa unit kecil bagi memudahkanpelajaran dikuasai

    (iii) Pelajar perlu diberi masa yang mencukupi

    untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran(iv) Guru perlulah memberi arahan dengan jelas

    bagi setiap pengajaran dan pembelajaran.

    7 4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    48/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Prinsip asas perancangan pembelajaran masteri melibatkan

    beberapa langkah iaitu:

    (i) Guru menyediakan satu set hasil pembelajaran yanghendak dicapai oleh pelajar

    (ii) Hasil pembelajaran perlu disusun mengikut hieraki atau

    unit pembelajaran(iii) Guru perlu menyediakan aktiviti yang bermakna, berkesan,

    menarik dan mengembirakan(iv) Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (UKR)(v) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan

    berkaitan(vi) Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang telah

    ditetapkan sebelum berpindah ke unit pembelajaran lain(vii) Melaksanakan aktiviti permulihan bagi pelajar yang belum

    menguasai aras masteri(viii) Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid cemerlang

    7 4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    49/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Langkah melaksanakan pembelajaran masteri

    adalah seperti berikut:

    (i) Mengajar dan menyampaikan pelajarankepada pelajar

    (ii) Memberikan latihan dan melihat maklumbalas(iii) Melaksanakan ujian formatif untuk mengukur

    sama ada objektif sesuatu unit pelajaran ituboleh dikuasai oleh pelajar

    (iv) Menyediakan aktiviti pemulihan bagi pelajaryang tidak menunjukkan penguasaan

    (v) Memberi semula ujian formatif kepada pelajaryang telah mengikuti aktiviti pemulihan

    7 4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    50/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Kaedah Pembelajaran Koperatif

    Digunakan di dalam bilik darjah yang mempunyai pelajardari kumpulan yang mempunyai keupayaan yang berlainan.

    Pelajar akan bekerja dalam kumpulan kecil ke arahmencapai objektif dan matlamat pembelajaran yang sama.Contohnya kemahiran membawa bola dalam hoki, guruboleh mengadakan aktiviti permainan dalam kumpulan.

    Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan berkongsi

    pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan kumpulanmereka memenangi pertandingan.

    Guru memfokus peranannya untuk memupuk perhubungankumpulan selain daripada pengajaran.

    7 4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    51/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Kaedah Pembelajaran Koperatif

    Guru bertindak sebagai fasilitator untuk menggalakkaninteraksi antara murid serta menyelia aktivitipembelajaran.

    Kaedah ini boleh membina kemahiran berkomunikasisecara lisan, kemahiran sosial, berfikiran kritis untuksama-sama menyelesaikan masalah atau terlibat dalamsatu projek yang bermakna.

    Menggalakkan pelajar berdikari, bebas memberi danmendengar pendapat serta menghormati pendapatorang lain.

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    52/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Kaedah Perbincangan

    Melibatkan interaksi dua hala antara pelajar denganpelajar atau pelajar dengan guru.

    Merupakan kaedah dinamik yang dapat merangsang

    perhubungan ahli bilik darjah dan melibatkan pelajarsecara aktif dalam pembelajaran.

    Berkongsi maklumat, memberi dan menerima pendapatuntuk mendapatkan satu persetujuan bagi

    menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan yangberkaitan.

    Dapat dilatih berfikiran secara kiritis, kreatif dan analitik.

    7 4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    53/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Kaedah Perbincangan

    Pelajar akan dapat berfikiran dengan rasional,menerima perbezaan pemikiran sebagai satu

    keuntungan dan sentiasa berusaha membericadangan untuk menyelesaikan masalah.

    Menggalakkan mereka menilai logik denganpandangan sendiri atau rakan-rakan yang lain.

    Perbincangan juga memberi maklum balasserta-merta kepada guru tentang kefahamanpelajar terhadap konsep-konsep yang berkaitan.

    7 4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    54/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Kaedah Perbincangan

    Tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru:

    (i) Kemahiran menyoal(ii) Kemahiran mengurus aliran maklumat atau

    jawapan(iii) Reaksi terhadap soalan pelajar

    Boleh dijadikan sebagai alat dalam mengukurdan menilai pengetahuan, kemahiran dansikap pelajar.

    7 4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    55/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Kaedah Projek

    ialah aktiviti pembelajaran secara individu ataukumpulan yang banyak dilakukan di luar kelas.

    Memerlukan tempoh masa tertentu untuk disiapkan.

    Sesuatu projek boleh merangkumi beberapa konsep dankemahiran yang telah dipelajari.

    Guru perlu mengenal pasti terlebih dahulu objektif yanghendak dicapai.

    Pelajar perlu mencari bahan yang sesuai danmerancang langkah-langkah yang diperlukan untukmelaksanakan serta menjayakan projek tersebut.

    7 4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    56/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Kaedah Projek

    Berkonsepkan belajar sambil mempraktik

    (learning by doing) boleh mempercepatkanpembentukan kefahaman dalam prosespembelajaran.

    Objektif projek perlulah diberitahu pada awal

    pembelajaran supaya pelajar lebih bermatlamatdan boleh merancang strategi dalammenyiapkan projek berkenaan dengan jayanya.

    7 4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN

  • 8/2/2019 p & p Kaedah p.jasmani

    57/57

    7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI

    Kaedah Pembelajaran Kolaboratif

    Pembelajaran berlaku apabila pelajar belajar menerusiinteraksi dengan orang lain. Kolaborasi mempunyaidua aspek asas iaitu:

    (i) Membentuk hubungan antara para pelajar, pelajarakan dapat bekerja bersama-sama sebagai rakansebaya.

    (ii) Guru perlu bertugas sebagai model dan penunjukarah, menunjukkan bagaimana untukmemperkembangkan pengetahuan mereka danmemberikan tunjuk ajar apabila mereka mempunyaikesulitan.