anatomi malik ok

17
1.0 PENGENALAN 1.1 Anatomi Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomikasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomimikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop. 1.2 Fisiologi Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. 1.3 Organisasi Struktur Manusia Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom danberada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabung sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel merupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai pengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO2 daripada tubuh manusia. Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsi khusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf. Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenis tisu seperti hati, ginjal dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu seperti organ-organ sistem respiratori. Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah aras organisma yang merangkumi kesemua aras yang berfungsi untuk mencapai kesejahteraan kehidupan. 2.0 SISTEM OTOT MANUSIA

Upload: billeo2

Post on 19-Dec-2015

65 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

anatomi

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

1.1 Anatomi

Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi

juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300tahun

dahulu dan masih berkembang sehingga kini.

Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong

atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi

kepada beberapa subdisiplin seperti anatomikasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar

mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur

tulang, paru-paru dan otot. Anatomimikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan

mikroskop.

1.2 Fisiologi

Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan.

Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula

dapat menyokong berat badan kita.

1.3 Organisasi Struktur Manusia

Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom

danberada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabung

sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel merupakan

benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai pengangkut nutrien

dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO2 daripada tubuh

manusia. Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsi

khusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu epitilium, tisu

penghubung, tisu otot dan tisu saraf.

Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua

atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenis tisu seperti hati, ginjal

dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang berbeza

bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu seperti organ-organ sistem respiratori. Seterusnya,

aras organisasi tertinggi ialah aras organisma yang merangkumi kesemua aras yang

berfungsi untuk mencapai kesejahteraan kehidupan.

2.0 SISTEM OTOT MANUSIA

Sistem otot adalah sistem tubuh yang memiliki fungsi seperti untuk alat gerak,

menyimpan glikogen dan menentukan postur tubuh. Pergerakan tubuh badan manusia

berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot. Pergerakan dihasilkan

olehpenguncupan dan pemanjangan otot.

Rajah 1: sistem otot manusia

2.1 Komponen Sistem Rangka

i. Fiber otot

Merupakan sel-sel otot

Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues.

Berjalur dan bersaiz besar.

Diameter diantara 10-100 µm

Panjang sehingga 40cm

Rajah 2: fiber otot

ii. Tisu penghubung

• EndomisiumSetiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang

dikenalisebagai endomisium

• PerimisiumPerimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber

ototbagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel

• EpimisiumKeseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti

tisupenghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium

Rajah 3: tisu-tisu penghubung

iii. Tendon

• Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang

• Tendon tidak begitu kenyal

• Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi

• Tendon yang lebar di panggil aponeurosisiv.Ligamen

• Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawanyang boleh

bergerak.

• Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang padakedudukannya

serta membolehkan pergerakan pada sendi.v.Kartilej

• Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyalutihujung-

hujung tulang yang membentuk sendi.

• Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseranantara sendi

dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakanpada tulang.

Rajah 4: Tendon, Ligamen dan Kartilej

2.2 Fungsi Otot

i. Menghasilkan pergerakan

Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan

menulis.

ii. Mengekalkan postur

Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan danmengekalkan

postur.

iii. Menstabilkan sendi

Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga

membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.

iv. Menghasilkan habaSel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan

otot. Habapenting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka

menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan

terdiridaripada otot rangka.

2.3 Jenis-Jenis Otot

Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. Otot-otot ini

dapatdibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya

Rajah 5: Jenis-jenis Otot

i. Otot Rangka

Rajah 6: Sel otot rangka

Ciri- ciri Huraian

Lokasi Melekat pada tulang atau kulit

Bentuk Sel Tunggal, panjang dan berjalur

Kekerapan kontraksi Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf

Kelajuan kontraksi Dari perlahan ke cepat

Rentak kontraksi Tiada

ii. Otot kardiak

Rajah 7: Otot Kardiak

Ciri- ciri Huraian

Lokasi Dinding jantung

Bentuk Sel Berangkai dan berjalur

Kekerapan kontraksi Luar kawal dan dikawal oleh perentak jantung

Kelajuan kontraksi Perlahan

Rentak kontraksi Ada

iii. Otot licin

Rajah 8: Otot licin

Ciri- ciri Huraian

Lokasi Dinding organ viseral seperti perut, pundi

kencing dan saluran kencing

Bentuk Sel Tunggal dan tidak berjalur

Kekerapan kontraksi Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf,

hormon, bahan kimis dan regangan

Kelajuan kontraksi Sangat perlahan

Rentak kontraksi Ada pada otot-otot tertentu sahaja

2.4 Ciri-ciri Otot

i. Kebolehujaan

• kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan

yang diterima.

ii. Kebolehkucupan

• keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan.

iii. Kebolehpanjangan

• keupayaan otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal.

iv. Kebolehanjalan

• keupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas meregang atau

menguncup.

2.5 Jenis-jenis otot rangka

Otot rangka terbahagi kepada dua jenis iaitu:

i. Otot aksial

• Otot aksial terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti tulang vertebra,

tulang tusuk dan sternum.

• Contoh- frontalis, rectus abdominis, pactoralis major.

ii. Otot apendikular

• Otot apendikular terletak dan melekat pada tulang apendikular sepertiradius,

ulna, femur, humerus, patella.

• Contoh- scapula, deltoid, biseps, grastrocnemius

2.6 Otot-otot rangka yang utama

Rajah 9: pandangan hadapan dan belakang badan

• Bahagian kepala

Rajah 10 : Otot muka

Rajah 11: Otot leher

• Bahagian badan

Rajah 12: Otot tengah badan

• Bahagian lengan

Rajah 13: Otot lengan

• Bahagian kaki

Rajah 14: Otot kaki

2.7 Lekatan otot

Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang

atautisu-tisu penghubung yang lain. Terdapat dua tempat lekatan otot iaitu proksimal

dandistal.

i. Proksimal

• Bermaksud lekatan otot pada tulang yang hampir dengan tubuhbadan.

• Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak.

• Dikenali sebagai origin.

ii. Distal

• Bermaksud lekatan otot pada tulang yang jauh dari tubuh badan.

• Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak.

• Dikenali sebagai insertion

2.8 Interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka

Saling tindakan otot-otot

• Bermaksud otot-otot dalam tubuh badan saling bertindak atau bekerjasama

dalam melakukan suatu pergerakan. Otot-otot akanbertindak secara

berkumpulan iaitu melibatkan:

i. Agonis

Otot-otot penggerak utama (prime movers)

Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakankhusus

Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus

Contoh: biseps brakii dan brakialis

ii. Antagonis

Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan ototpenggerak utama.

Apabila agonis menguncup, antagonis akan mengendur ataurelaks.

Mengawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yangdilakukan oleh

agonis.

Contoh: triseps brakii

iii. Sinergis

Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama.

Sinergis menambah daya pada pelekatan otot.

Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat.

Contoh: Otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan brakialis bertindak sebagai

sinergis untuk membengkok sendi siku

Rajah 15: Perlekatan otot

2.9 Penguncupan otot rangka

i. Jenis-jenis penguncupan otot

Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa

yangumumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya

hasildaripada interaksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha kedua-

duanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalamfiber

otot. Terdapat tiga jenis penguncupan otot rangka iaitu:

• Penguncupan isometrik (penguncupan statik)

Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan tetapi menghasilkan daya.

Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada kepanjangan otot.

Contoh: Aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok. Dinding tidak bergerak

tetapi otot triseps brakii menguncup dan menghasilkan daya.

Rajah 16 : Menolak dinding

• Penguncupan Isotonik

Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan

daya mengatasi rintangan yang bergerak.

Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau

esentrik.Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot.

Contoh: Penguncupan bisep semasa mengangkat ‘dumbell’.Penguncupan

esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.

Rajah 17 : Biceps curl

• Penguncupan Isokinetik

Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap sepanjang

pergerakan.

Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang dapat

mengawal halaju pergerakan tersebut.

Contoh: Pengunaan mesin “multi-gym’.

Rajah 18: Bench press

ii. Halaju Penguncupan

Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot.

Halajupenguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan.

Terdapatdua jenis fiber otot yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu fiber

sentak cepat dan fiber sentak lambat . Peratusan fiber sentak cepat dan lambat

ini dalam otot begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang individu.

• Fiber sentak cepat

Dikenali sebagai fiber jenis II.

Saiz lebih besar dan berwarna putih.

Mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan sesuai untukaktiviti

berintensiti tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek.

Contoh: lari pecut.

Fiber ini menyebabkan atlet mudah menjadi lesu.

• Fiber sentak lambat

Dikenali sebagai fiber jenis I.

Saiz lebih kecil dan berwarna merah.

Mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti jarak jauh.

Contoh: jogathon.

Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan penguncupan dalam jangka

masa yang panjang.

CONTOH GAMBAR DAN ANALISIS PERGERAKAN

SERVIS RENDAH DALAM PERMAINAN BADMINTON

Servis Rendah

Servis rendah selalu digunakan dalam permainan beregu. Pergerakan bulu tangkis yang rendah dan hampir terkena jarring menyukarkan pihak lawan untuk melakukan serangan.

 Berdiri di dalam petak servis

 Pegang raket dengan teknik pegang depan

 Pegang bulu tangkis separas pinggang

 Ayun raket ke belakang sambil siku fleksi

 Mata ke arah bulu tangkis

 Kunci pergelangan tangan

 Bulu tangkis dilepaskan ke bawah sedikit dari paras pinggang

 Kontak bulu tangkis pada tengah raket

REFLEKSI

1- BAHASA

Kebanyakan rujukan dalam bahasa inggeris dan sukar diterjemahkan dalam

bahasa melayu. Setelah berbincang dengan rakan maka saya dapat mencari

istilah yang sesuai dlam bahasa melayu.

2- ANATOMI, SUBJEK SAINS DAN BERAT

Anatomi merupakan satu subjek yang baru bagi saya, oleh sebab itu banyak

kekangan yang saya hadapi terutamanya dalam memahami dan mengingati

istilah-istilah sains.

3- LEBIH MEMAHAMI ANATOMI

Setelah mempelajari subjek tersebut saya dapat memahami dan dapat

mengaplikasikan dalam kehidupan harian.

4- LEBIH MENGHARGAI ANATOMI BADAN

Bersyukur kepada tuhan kerana anatomi badan manusia yang kompleks dan

ianya penting kepada kita. Subjek ini sangat menarik untuk dipelajari.