kajian tindakan dalam pendidikan-proposal

Post on 02-Jun-2015

4.553 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKANKPR 4063

AHLI KUMPULAN

ARBAIYAH BT ARSAT L20112007412NAPISAH BT HUSSIN L20112007394

NURFATIHAH BT MD ZABIDI L20112007416SITI NUR AIDAH BT MD AYOB L20112007409

TAJUK KAJIAN :

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERBENTUK

AYAT ATAU CERITA MENGGUNAKAN KAEDAH VISUAL DAN GRAFIK

BAGI TAHUN 3 UMMAR SEKOLAH RENDAH ARAB MERLIMAU PASIR, MELAKA

BAB 1PENGENALAN

PENGENALAN

• Sistem pendidikan negara : KBSR / KSSR dan KBSM

• KSSR – 4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)

• Matematik • Melibatkan keempat-keempat komponen 4M • Menaakul : membuat rumusan dan keputusan

daripada input yang diterima, berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan menjana pemikiran secara sistematik dan logik terutamanya dalam penyelesaian permasalahan matematik yang berayat atau bercerita.

KEPERLUAN KAJIAN• Kepada guruMembantu para guru untuk mengenalpasti kaedah yang paling sesuai untuk membantu pelajar menguasai teknik menjawab soalan matematik yang berbentuk ayat atau cerita.

• Kepada pelajarMeningkatkan kemahiran mereka menyelesaikan permasalahan Matematik berbentuk ayat atau cerita dan bermotivasi tinggi untuk terus maju dalam mata pelajaran ini.

• PeperiksaanMembantu para pelajar menjawab soalan dalam peperiksaan dengan mudah seterusnya meningkatkan graf pencapaian akademik pihak sekolah.

• Keperluan hidup seharianMemberi pendedahan kepada pelajar perkaitan antara Matematik dan kehidupan harian terutama perkara yang melibatkan pengiraan dalam penyelesaian masalah kerana soalan yang berbentuk ayat dan cerita dibuat berdasarkan situasi yang sering berlaku.

PERNYATAAN MASALAH

• Masalah matematik berayat atau bercerita sememangnya komponen penting dalam kurikulum matematik KBSR dan KSSR

• Masalah utama– tidak dapat mengubah ayat yang terdapat

dalam permasalahan matematik ke dalam bentuk angka yang lebih mudah dilihat

– tidak boleh membuat penukaran daripada bentuk ayat kepada simbol serta tidak tahu operasi dan kemahiran yang perlu digunakan

OBJEKTIF KAJIAN

• OBJEKTIF UMUMMeningkatkan kemahiran menyelesaikan permasalahan matematik yang berbentuk ayat atau bercerita bagi Tahun 3 Ummar Sekolah Rendah Arab Merlimau Pasir, Melaka dengan menggunakan kaedah grafik dan visual

OBJEKTIF KAJIAN• OBJEKTIF KHUSUS

– Membantu pelajar membaca dan memahami pernyataan di dalam soalan matematik berayat atau bercerita

– Menggalakkan pelajar membina gambaran dalam pemikiran mereka ketika membaca soalan Matematik berayat atau bercerita

– Mengenalpasti lakaran visual dan grafik yang diterjemahkan oleh pelajar daripada gambaran dan pemikiran mereka berkaitan soalan yang diberi.

– Membantu pelajar memilih operasi yang sesuai untuk menyelesaikan soalan Matematik berayat atau bercerita.

SOALAN KAJIAN

• Bagaimana pelajar memahami soalan Matematik yang berayat dan bercerita?

• Apakah bentuk gambaran yang timbul dan dilakarkan oleh pelajar semasa menyelesaikan masalah Matematik berayat atau bercerita?

• Apakah jenis maklumat yang dikaitkan dengan imej grafik dan visual yang dilakarkan?

• Bagaimana murid menggunakan lakaran yang dibuat dalam memilih operasi dan memahami maksud soalan?

SOALAN KAJIAN

• Bagaimana pelajar memahami soalan Matematik yang berayat dan bercerita?

• Apakah bentuk gambaran yang timbul dan dilakarkan oleh pelajar semasa menyelesaikan masalah Matematik berayat atau bercerita?

• Apakah jenis maklumat yang dikaitkan dengan imej grafik dan visual yang dilakarkan?

• Bagaimana murid menggunakan lakaran yang dibuat dalam memilih operasi dan memahami maksud soalan?

RUMUSAN

• Kajian ini perlu dijalankan kerana kaedah visual dan grafik berpotensi untuk membantu pelajar menyelesaikan permasalahan Matematik yang berbentuk ayat atau cerita kerana daripada maklumat yang divisual dan digrafikkan, pelajar dapat memilih operasi dan menyelesaikan masalah matematik dengan lebih mudah.

BAB 2KAJIAN LITERATUR

Latar Belakang Kajian

• Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai kuantiti,corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah.

• Merupakan satu bidang yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kepentingan matematik

• Menurut National Council of Teachers of Mathematics

• “Mereka yang faham dan cekap dalam matematik akan mempunyai peluang dan pilihan yang dipertingkatkan dengan ketara untuk membentuk masa hadapan mereka. Satu kekurangan kecekapan matematik memungkinkan peluang mereka tertutup”

Masalah pembelajaran Matematik

• Kelemahan pelajar dalam mata pelajaran matematik adalah berhubungkait dengan kesedaran pelajar terhadap kepentingan mempelajari matematik, sikap ibu bapa dan pendekatan guru dalam membimbing pelajar melalui proses P&P matematik

• Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, tidak menghafal sifir, tidak faham konsep yang diajar, tidak mampu mengaplikasi konsep yang difahami dalam soalan berbentuk penyelesaian masalah

PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERBENTUK AYAT

• Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar selain seperti yang telah dinyatakan

• Masalah matematik berayat merupakan komponen penting dalam KBSR

• Kebanyakan murid tidak mampu menguasai kemahiran menjawab soalan seperti ini walaupun boleh melakukan operasi asas matematik

Kaedah visual dan grafik

• Satu teknik untuk membantu menyelesaikan masalah matematik berdasarkan kajian.–Moses (1982) menyatakan bahawa

visualisasi berguna pada setiap peringkat penyelesaian masalah matematik

– Visual dan grafik boleh membantu pelajar dengan menghasilkan imej visual yang mewakili situasi dalam masalah matematik.

Gambaran Imej Visual

• Terdapat tiga pola gambaran imej visual iaitu

a. Menggambarkan secara mental b. Membuat lakaran c. Membina perlambangan ikon

• Membantu mereka dalam menyatakan semula maksud soalan dengan menggunakan perkataan mereka sendiri

KAJIAN TEORETIKALTeori Gagne

• Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip.

• Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami.

Teori Kon Dale• Edgar Dale (1969) telah membina tahap-

tahap pengalaman pembelajaran murid-murid iaitu Kon Pengalaman Dale.

• Dale menyarankan agar pengajaran haruslah bermula daripada yang konkrit kepada abstrak.

• Hal ini dapat memudahkan proses penerimaan maklumat atau pengajaran kepada pelajar.

• Dale memperingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada tiga peringkat iaitu bermula dengan penglibatan, pemerhatian dan persimbolan.

top related