aktiviti sastera oleh abdul nassir said pelestarian · pdf filepantun, teromba, mantera,...

1
P ihak DBP Wilayah Selatan (DBPWS) bukan sahaja menumpukan bengkel atau kursus penulisan karya kreatif kepada golongan pelajar sekolah sahaja, tetapi juga mengadakan kursus sebegini buat bakal guru yang akan mendidik para pela- jar di sekolah. Buat julung kali- nya DBPWS bersama Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO), Batu Pahat, Johor de- ngan kerjasama Persatuan Penulis Johor (PPJ) mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Asas Penulisan Puisi Guru Pelatih IPTHO pada 29 Februari - 1 Mac 2008 di IPTHO, Batu Pahat, Johor. Seramai 110 peserta yang terdiri daripada bakal guru yang mengambil pengajian Ba- hasa Melayu, Prasekolah dan Pemulihan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) menyertai kursus ini. Turut serta dalam kursus ini ialah ketua jabatan dan para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPTHO. Antara tujuan diadakan kur- sus asas ini adalah untuk men- cungkil bakat guru pelatih dalam penulisan puisi, memupuk semangat cinta kepada karya sastera, menggalakkan bakal guru menghasilkan karya yang bermutu, dan memperluas serta memasyarakatkan karya sastera dalam kalangan pendidik. Selain itu, pihak IPTHO juga ingin menerbitkan sebuah antologi puisi khas yang dihasilkan oleh bakal pendidik. Sepanjang kursus para peserta telah didedahkan dengan teknik asas penulisan karya puisi selain ceramah dan motivasi tentang kesedaran dan kepen- tingan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebang- saan termasuklah dalam karya kreatif. Penceramah yang diun- dang khas, Encik Azhar Salleh juga menerapkan kepentingan penguasaan tatabahasa dan kosa kata yang baik bagi menghasil- kan sesebuah puisi yang ber- mutu. Sebelum kursus ini bermula, pihak penganjur mewajibkan para peserta menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah karya puisi untuk dinilai tahap kemampuan peserta. Pada akhir kursus juga para peserta dike- hendaki menyiapkan beberapa karya puisi dan penceramah membuat penilaian serta per- bandingan dengan karya awal mereka. Para peserta juga harus menghasilkan dua buah puisi bertemakan dunia pendidikan dan IPTHO berhasrat untuk menerbitkannya dalam bentuk antologi. Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008 SASTERA PENGGERAK BAHASA Kursus Asas Penulisan Puisi Guru Pelatih IPTHO BH PILIH L10 19 emel S esi dialog antara Ahli Jawatankuasa Bahasa Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar, Pengarah Jabatan Bahasa DBP, Puan Hajah Noresah Baharom, pegawai-pegawai kanan DBP dengan wakil etnik di Sabah membincangkan bentuk kerjasa- ma antara DBP dengan etnik di Sabah diadakan di Sudut Penulis, DBP Cawangan Sabah, pada bulan Februari yang lalu. Majlis diha- diri oleh 15 orang yang terdiri daripada 10 subetnik di Sabah, iaitu Bajau Sama, Sungai, Bisaya, Iranun, Lundayeh, Brunei, Rungus, Dusun, Kedayan dan Kagayan. Menurut Profesor Emeritus Datuk Dr. Asmah, warisan peribumi di Malaysia termasuk bahasa etnik harus dikekalkan. Pengekalan dan pelestarian bahasa sukuan di Sabah mesti dimasukkan ke dalam kamus dengan disertakan takrif, kata ter- bitan, contoh ayat, dan lain-lain. Sesi dialog tersebut diadakan sempena kunjungan muhibah Profesor Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar bersama-sama Pengarah Jabatan Bahasa DBP, Puan Hajah Noresah Baharom dan para pega- wai kanan DBP ke Sabah dan Sarawak pada 26 hingga 29 Februari lalu. Kunjungan ini diadakan bagi merangka pelan induk dan rangka kerja projek Penyusunan Kamus Bahasa Sukuan. Perbendaharaan kata bahasa Melayu diserapkan daripada pelbagai bahasa utama dunia. Lazimnya daripada bahasa Inggeris yang mengalami penyesuaian dari- pada peraturan pembentukan kata bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dan bahasa Arab juga antara baha- sa yang banyak diserapkan dalam usaha memperkaya perbendaha- raan kata bahasa Melayu. Namun, penyerapan kata dari- pada bahasa asing menjadi pilihan kedua sekiranya ada perbendaha- raan kata bahasa etnik atau suku bangsa di Malaysia yang boleh mewakili makna kata tertentu. Sama ada kata atau istilah dalam kalangan bahasa orang asli di Semenanjung atau bahasa etnik di Sabah dan Sarawak, keutamaan haruslah diberikan berbanding bahasa asing dalam proses penye- rapan ke dalam bahasa Melayu. Maka, wujud istilah “kudapan” yang menggantikan perkataan “minum pagi” dan “minum petang”, dan istilah “merarau” yang meng- gantikan perkataan “makan tengah hari”. Sesi kunjungan diadakan ke Kadazandusun Language Foun- dation (KLF) di Penampang, Sabah dan Yayasan Tun Jugah di Sarawak, iaitu badan-badan yang menjalankan penyelidikan bahasa Kadazandusun dan bahasa Iban. Rombongan yang diketuai oleh Datuk Dr. Asmah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif KLF Encik Majuis dan Puan Rita Lasimbang. Hasilnya, satu bentuk kerjasama antara DBP dan KLF direncanakan untuk menyusun Kamus Kadazandusun - Melayu. Rancangan penyusunan kamus tersebut kerana keperluan pembela- jaran di sekolah yang mengajarkan bahasa Kadazandusun sejak tahun 2003. Bersesuaian dengan pelak- sanaan pengajaran bahasa elektif di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah di Malaysia yang bertu- juan mewujudkan integrasi nasio- nal, penghasilan kamus dwibahasa amat perlu sebagai rujukan makna dan penjelasan sesuatu kata atau istilah. Pelestarian Bahasa Sukuan Sabah Oleh Abdul Nassir Said Oleh Rusdi Abd. Rahman MAKLUMAT SASTERA Cerita Kanak-kanak Cerita kanak-kanak ialah cerita yang dihasilkan khusus untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Lazimnya tema cerita ini adalah ringan dan mempunyai nilai-nilai murni dan unsur-unsur peng- ajaran, mempunyai ilustrasi gambar yang menarik dan berwarna-warni, serta saiz tu- lisan yang besar. Cerita Dongeng Cerita dongeng ialah cerita yang tidak benar, direka untuk memberikan hiburan kepada pembaca. Cerita khayalan yang menampilkan watak yang tidak wujud di dunia nyata, seperti pari-pari, dewa- dewi, mambang dan sebagai- nya. Watak-watak dalam cerita ini biasanya mempunyai kekuatan, kebijaksanaan dan kebolehan yang luar biasa dan sering terlibat dalam pengem- baraan-pengembaraan yang menakjubkan. Cerita Rakyat Cerita rakyat ialah cerita yang tergolong dalam sastera rak- yat berbentuk naratif yang merupakan cerita rekaan yang disampaikan secara lisan dari- pada satu generasi kepada satu generasi dan tidak diketa- hui penciptanya. Cerita-cerita rakyat yang tergolong dalam cerita rakyat ini termasuklah cerita penglipur lara, cerita binatang, cerita jenaka dan cerita asal-usul. Cerita Tradisional Cerita tradisional dapat diba- hagikan kepada dua bahagian utama, iaitu sastera lisan dan sastera tulisan. Dari segi ben- tuk, dapat dibahagikan kepa- da dua, iaitu prosa dan puisi. Cerita-cerita lisan terbahagi kepada dua bentuk, iaitu cerita dan bukan cerita. Bentuk cerita termasuk cerita asal-usul, bi- natang, jenaka, mitos dan le- genda dan lipur lara. Bentuk bukan cerita ialah peribahasa, pantun, teromba, mantera, zi- kir, gurindam, seloka dan teka- teki. Manakala, sastera tulisan juga dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu bentuk cerita dan bukan cerita. Bentuk cerita ialah yang mengandungi sas- tera hikayat, sastera epik, sas- tera panji, sastera sejarah dan kisah para nabi dan tokoh- tokoh Islam. Bentuk bukan cerita pula ialah sastera kitab, sastera undang-undang dan kepustakaan ilmu tradisional. Cerpen Cerpen didefinisikan sebagai cerita rekaan pendek, dihasil- kan dalam bentuk prosa, dan lazimnya mengandungi 500 hingga 15,000 perkataan. Cer- pen mengemukakan cerita dalam latar yang terbatas, jangka masa yang pendek dan pertalian cerita yang tidak kompleks. AKTIVITI SASTERA TEKUN: Bakal guru "memerah otak" menyelesaikan tugasan yang diberi. BERSEDIA: Peserta yang terdiri daripada pelbagai etnik di Sabah bergambar kenangan bersama ahli panel sesi dialog. Penyusun bahan: Roziah Mohd Yunus

Upload: lethu

Post on 06-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: AKTIVITI SASTERA Oleh Abdul Nassir Said Pelestarian · PDF filepantun, teromba, mantera, zi-kir, gurindam, seloka dan teka-teki. Manakala, sastera tulisan juga dibahagikan kepada dua

Pihak DBP Wilayah Selatan (DBPWS) bukan sahaja menumpukan bengkel atau

kursus penulisan karya kreatif kepada golongan pelajar sekolah sahaja, tetapi juga mengadakan kursus sebegini buat bakal guru yang akan mendidik para pela-

jar di sekolah. Buat julung kali-nya DBPWS bersama Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO), Batu Pahat, Johor de-ngan kerjasama Persatuan Penulis Johor (PPJ) mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Asas Penulisan Puisi Guru Pelatih IPTHO pada 29 Februari - 1 Mac 2008 di IPTHO, Batu Pahat, Johor.

Seramai 110 peserta yang terdiri daripada bakal guru yang mengambil pengajian Ba-hasa Melayu, Prasekolah dan Pemulihan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) menyertai kursus ini. Turut serta dalam kursus ini ialah ketua jabatan dan para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPTHO.

Antara tujuan diadakan kur-sus asas ini adalah untuk men-cungkil bakat guru pelatih dalam penulisan puisi, memupuk semangat cinta kepada karya sastera, menggalakkan bakal guru menghasilkan karya yang bermutu, dan memperluas serta memasyarakatkan karya sastera dalam kalangan pendidik. Selain itu, pihak IPTHO juga ingin menerbitkan sebuah antologi

puisi khas yang dihasilkan oleh bakal pendidik.

Sepanjang kursus para peserta telah didedahkan dengan teknik asas penulisan karya puisi selain ceramah dan motivasi tentang kesedaran dan kepen-tingan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebang-saan termasuklah dalam karya kreatif. Penceramah yang diun-dang khas, Encik Azhar Salleh juga menerapkan kepentingan penguasaan tatabahasa dan kosa kata yang baik bagi menghasil-kan sesebuah puisi yang ber-mutu.

Sebelum kursus ini bermula, pihak penganjur mewajibkan para peserta menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah karya puisi untuk dinilai tahap kemampuan peserta. Pada akhir kursus juga para peserta dike-hendaki menyiapkan beberapa karya puisi dan penceramah membuat penilaian serta per-bandingan dengan karya awal mereka. Para peserta juga harus menghasilkan dua buah puisi bertemakan dunia pendidikan dan IPTHO berhasrat untuk menerbitkannya dalam bentuk antologi.

Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008

SASTERA PENGGERAK BAHASA

Kursus Asas Penulisan PuisiGuru Pelatih IPTHO

BH PILIH L10 19 emel

Sesi dialog antara Ahli Jawatankuasa Bahasa Lembaga Pengelola Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar, Pengarah Jabatan Bahasa DBP, Puan Hajah Noresah Baharom, pegawai-pegawai kanan DBP dengan wakil etnik di Sabah membincangkan bentuk kerjasa-ma antara DBP dengan etnik di Sabah diadakan di Sudut Penulis, DBP Cawangan Sabah, pada bulan Februari yang lalu. Majlis diha-diri oleh 15 orang yang terdiri daripada 10 subetnik di Sabah, iaitu Bajau Sama, Sungai, Bisaya, Iranun, Lundayeh, Brunei, Rungus, Dusun, Kedayan dan Kagayan. Menurut Profesor Emeritus Datuk Dr. Asmah, warisan peribumi di Malaysia termasuk bahasa etnik harus dikekalkan. Pengekalan dan pelestarian bahasa sukuan di Sabah mesti dimasukkan ke dalam kamus dengan disertakan takrif, kata ter-bitan, contoh ayat, dan lain-lain.

Sesi dialog tersebut diadakan sempena kunjungan muhibah Profesor Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar bersama-sama Pengarah Jabatan Bahasa DBP, Puan Hajah Noresah Baharom dan para pega-wai kanan DBP ke Sabah dan Sarawak pada 26 hingga 29 Februari lalu. Kunjungan ini diadakan bagi merangka pelan induk dan rangka kerja projek Penyusunan Kamus Bahasa Sukuan.

Perbendaharaan kata bahasa Melayu diserapkan daripada pelbagai bahasa utama dunia. Lazimnya daripada bahasa Inggeris yang mengalami penyesuaian dari-

pada peraturan pembentukan kata bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dan bahasa Arab juga antara baha-sa yang banyak diserapkan dalam usaha memperkaya perbendaha-raan kata bahasa Melayu.

Namun, penyerapan kata dari-pada bahasa asing menjadi pilihan kedua sekiranya ada perbendaha-raan kata bahasa etnik atau suku bangsa di Malaysia yang boleh mewakili makna kata tertentu. Sama ada kata atau istilah dalam kalangan bahasa orang asli di Semenanjung atau bahasa etnik di Sabah dan Sarawak, keutamaan haruslah diberikan berbanding bahasa asing dalam proses penye-

rapan ke dalam bahasa Melayu. Maka, wujud istilah “kudapan” yang menggantikan perkataan “minum pagi” dan “minum petang”, dan istilah “merarau” yang meng-gantikan perkataan “makan tengah hari”.

Sesi kunjungan diadakan ke Kadazandusun Language Foun-dation (KLF) di Penampang, Sabah dan Yayasan Tun Jugah di Sarawak, iaitu badan-badan yang menjalankan penyelidikan bahasa Kadazandusun dan bahasa Iban. Rombongan yang diketuai oleh Datuk Dr. Asmah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif KLF Encik Majuis dan Puan Rita

Lasimbang. Hasilnya, satu bentuk kerjasama antara DBP dan KLF direncanakan untuk menyusun Kamus Kadazandusun - Melayu. Rancangan penyusunan kamus tersebut kerana keperluan pembela-jaran di sekolah yang mengajarkan bahasa Kadazandusun sejak tahun 2003.

Bersesuaian dengan pelak-sanaan pengajaran bahasa elektif di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah di Malaysia yang bertu-juan mewujudkan integrasi nasio-nal, penghasilan kamus dwibahasa amat perlu sebagai rujukan makna dan penjelasan sesuatu kata atau istilah.

Pelestarian Bahasa Sukuan SabahOleh Abdul Nassir Said

Oleh Rusdi Abd. Rahman

MAKLUMAT SASTERA

Cerita Kanak-kanakCerita kanak-kanak ialah cerita yang dihasilkan khusus untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Lazimnya tema cerita ini adalah ringan dan mempunyai nilai-nilai murni dan unsur-unsur peng-ajaran, mempunyai ilustrasi gambar yang menarik dan berwarna-warni, serta saiz tu-lisan yang besar.

Cerita DongengCerita dongeng ialah cerita yang tidak benar, direka untuk memberikan hiburan kepada pembaca. Cerita khayalan yang menampilkan watak yang tidak wujud di dunia nyata, seperti pari-pari, dewa-dewi, mambang dan sebagai-nya. Watak-watak dalam cerita ini biasanya mempunyai kekuatan, kebijaksanaan dan kebolehan yang luar biasa dan sering terlibat dalam pengem-baraan-pengembaraan yang menakjubkan.

Cerita RakyatCerita rakyat ialah cerita yang tergolong dalam sastera rak-yat berbentuk naratif yang merupakan cerita rekaan yang disampaikan secara lisan dari-pada satu generasi kepada satu generasi dan tidak diketa-hui penciptanya. Cerita-cerita rakyat yang tergolong dalam cerita rakyat ini termasuklah cerita penglipur lara, cerita binatang, cerita jenaka dan cerita asal-usul.

Cerita TradisionalCerita tradisional dapat diba-hagikan kepada dua bahagian utama, iaitu sastera lisan dan sastera tulisan. Dari segi ben-tuk, dapat dibahagikan kepa-da dua, iaitu prosa dan puisi. Cerita-cerita lisan terbahagi kepada dua bentuk, iaitu cerita dan bukan cerita. Bentuk cerita termasuk cerita asal-usul, bi-natang, jenaka, mitos dan le-genda dan lipur lara. Bentuk bukan cerita ialah peribahasa, pantun, teromba, mantera, zi-kir, gurindam, seloka dan teka-teki. Manakala, sastera tulisan juga dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu bentuk cerita dan bukan cerita. Bentuk cerita ialah yang mengandungi sas-tera hikayat, sastera epik, sas-tera panji, sastera sejarah dan kisah para nabi dan tokoh-tokoh Islam. Bentuk bukan cerita pula ialah sastera kitab, sastera undang-undang dan kepustakaan ilmu tradisional.

CerpenCerpen didefinisikan sebagai cerita rekaan pendek, dihasil-kan dalam bentuk prosa, dan lazimnya mengandungi 500 hingga 15,000 perkataan. Cer-pen mengemukakan cerita dalam latar yang terbatas, jangka masa yang pendek dan pertalian cerita yang tidak kompleks.

AKTIVITI SASTERA

TEKUN: Bakal guru "memerah otak" menyelesaikan tugasan yang diberi.

BERSEDIA: Peserta yang terdiri daripada pelbagai etnik di Sabah bergambar kenangan bersama ahli panel sesi dialog.

Penyusun bahan:Roziah Mohd Yunus