analisis ciri interteks berdasarkan mantera angin dewa muda

46
BML 3092 ANALISIS WACANA TUGASAN KUMPULAN ANALISIS CIRI INTERTEKS BERDASARKAN MANTERA (JAMPI DAN SERAPAH ) MANTERA ANGIN DEWA MUDANURUL FATIN ASYIKIN BINTI OMAR D20131063367 NURUL SYAHIDA BINTI ABDUL GHANI D20131063314 SITI NURJANNAH BINTI ABDUL HALIM D20131063365 SUWANNY BUNSIRIKH A/P NET D20131063352 ATO5: ISMP BAHASA MELAYU KUMPULAN D PROF. MADYA DR. HJ. MOHD RASHID BIN MD. IDRIS FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SEMESTER 2 SESI 2015/2016

Upload: tugasan-semester

Post on 15-Apr-2017

275 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

BML 3092

ANALISIS WACANA

TUGASAN KUMPULAN

ANALISIS CIRI INTERTEKS BERDASARKAN

MANTERA (JAMPI DAN SERAPAH )

‘MANTERA ANGIN DEWA MUDA’

NURUL FATIN ASYIKIN BINTI OMAR D20131063367

NURUL SYAHIDA BINTI ABDUL GHANI D20131063314

SITI NURJANNAH BINTI ABDUL HALIM D20131063365

SUWANNY BUNSIRIKH A/P NET D20131063352

ATO5: ISMP BAHASA MELAYU

KUMPULAN D

PROF. MADYA DR. HJ. MOHD RASHID BIN MD. IDRIS

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SEMESTER 2 SESI 2015/2016

Page 2: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang

1.2 Tujuan Kajian

1.3 Objektif Kajian

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Batasan Kajian

1.6 Metodologi Kajian

2.0 Dapatan Kajian 4

2.1 Sinopsis Mantera Angin Dewa Muda

2.2 Fungsi Mantera Angin Dewa Muda

2.3 Perkaitan Interteks melalui Baris

2.4 Perkaitan Interteks melalui Perenggan

3.0 Kesimpulan 21

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 3: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

1

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), wacana didefinisikan kepada keseluruhan

tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. Perbincangan atau

pertukaran idea secara lisan. Kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun

tulisan. Menurut Asmah Haji Omar (1986), wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh

penutur atau penulis, iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang

menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang

bermakna dalam berkomunikasi. Menurut Kamus Dewan wacana ini direalisasikan dalam

bentuk karangan yang utuh (novel, buku, siri ensiklopedia dan sebagainya), paragraf, kalimat

atau kata yang membawa amanat yang lengkap (Harimurti Kridalaksana,1982)

Perkataan mantera pula berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu “mantra” “manir” atau

“matar” yang merujuk kepada:

“That part of each Veda which comprises the hyms (as distinguished from brahmanas,

or theological portions);a passage of the vedas, a holy text: a formula sacred to any particular

deity: a Mystical verse)”

(Plates 1960,1071)

Kalau diperhatikan pengertian dalam petikan itu menunjukkan mantera mempunyai

kaitan rapat dengan kitab suci Hindu yang pastinya melibatkan kekudusan, dan magik yang

berhubung langsung dengan jampi serapah. Ini menunjukkan mantera satu bentuk amalan yang

merangkumi seluruh hidup masyarakat Hindu.

Masyarakat Bali memahami mantera seperti yang dimaksudkan dalam bahasa Sanskrit

yang dinyatakan di atas. Penerimaan pengertian itu memang sesuai kerana 95% daripada

penduduk Bali adalah beragama Hindu. Malah lebih sesuai lagi bagi masyarakat bali-

majapahit yang mengekalkan sistem kasta dan menggunakan mantera daripada kitab Veda

yang memuja dan menyeru.

Pengertian mantera dalam masyarakat jawa bergantung kepada penggunaan bahasanya.

Bagi bahasa jawa kuno, erti mantera hampir sama dengan makna dalam bahasa Sanskrit, iaitu

menekankan kepada teks atau ucapan yang suci dan nyanyian yang berbentuk puji-pujian

kepada tuhan.

Interteks bermaksud sesuatu wacana bergantung pada wacana lain. Melalui interteks,

sesuatu wacana lebih mudah difahami oleh pembaca atau pendengar. Semakin banyak teks

Page 4: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

2

yang didengar dan dibaca, tahap penerimaan semakin tinggi kerana mereka dapat memahami

tujuan wacana yang ingin disampaikan. Kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacana yang

dibaca atau didengar, membantunya menghasilkan wacana. Selain itu, antara teks dengan teks

haruslah mempunyai pertalian. Oleh itu, perlunya pertautan dan kesinambungan antara teks

dan idea dan antara teks dengan teks saling bergantung bagi mewujudkan pemahaman dan

wacana itu bermakna. Ayat juga boleh merujuk kepada sebuah teks.

1.1 Latar Belakang

Interteks bermaksud sesuatu wacana bergantung pada wacana lain. Melalui interteks, sesuatu

wacana lebih mudah difahami oleh pembaca atau pendengar. Semakin banyak teks yang

didengar dan dibaca, tahap penerimaan semakin tinggi kerana mereka dapat memahami tujuan

wacana yang ingin disampaikan. Kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacana yang dibaca

atau didengar, membantunya menghasilkan wacana. Selain itu, antara teks dengan teks

haruslah mempunyai pertalian. Oleh itu, perlunya pertautan dan kesinambungan antara teks

dan idea dan antara teks dengan teks saling bergantung bagi mewujudkan pemahaman dan

wacana itu bermakna. Ayat juga boleh merujuk kepada sebuah teks.

1.2 Tujuan Kajian

Tujuan ini dilakukan adalah untuk memperlihatkan penggunaan ciri wacana, iaitu interteks

dalam mantera “Angin Dewa Muda”. Dengan melakukan analisis, pengkaji dapat mengetahui

perkaitan antara teks dengan teks melalui perkaitan antara baris demi baris, perenggan dengan

perenggan bagi mewujudkan sesuatu wacana itu bermakna dan dapat difahami oleh penerima

yang memperlihatkan hubungan interteks dalam wacana.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif barikut :

i. Mengenal pasti fungsi ciri interteks dalam jampi dan serapah.

ii. Menganalisis ciri interteks dalam jampi dan serapah.

Page 5: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

3

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini dilakukan bagi menjawab persolan berikut :

i. Apakah peranan ciri interteks dalam mantera, jampi, dan serapah?

ii. Apakah ciri-ciri interteks dalam mantera, jampi, dan serapah?

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini dibataskan terhadap mantera jampi dan serapah, iaitu mantera Angin Dewa Muda

sahaja. Pengkaji hanya menganalisis perkaitan ciri-ciri wacana dari segi interteks. Dalam

menjalankan analisis mantera Angin Dewa Muda, pengkaji analisis perkaitan ciri interteks baris

dengan baris dan perenggan dengan perenggan sahaja.

1.6 Metodologi Kajian

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat adalah melalui:

1.6.1 Kaedah Kepustakaan

Kaedah ini dijalankan di Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sumber rujukan bahan ilmiah digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai mantera

jampi dan serapah.

Page 6: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

4

2.0 DAPATAN KAJIAN

2.1 Sinopsis Mantera

Mantera Angin Dewa muda mengisahkan tentang mantera yang digunakan dalam mengubati

orang sakit. Mantera ini juga mengisahkan tentang Raja Kecik Dewa Muda yang dijaga oleh

raja Jawa. Mantera ini dibaca kepada orang yang sakit. Mantera ini juga menceritakan tentang

pengembaraan Raja Kecik Dewa Muda yang mendapat penyakit dan cuba mengubatinya.

Sebagai contoh, mencari wau beremas yang dikatakan dapat mengubati penyakit yang teruk.

Di antara cara “melepas angin” dalam kalangan orang Melayu ialah main pateri. Tok

pateri yang dibantu oleh Tok Minduk membangkitkan beberapa jenis angin termasuk “angin

Dewa Muda”, iaitu angin yang ada pada diri orang yang sukakan keseronokan. Dalam bentuk

cerita, Dewa muda yang ditemani pengasuh bernama awang si jambul lebat berusaha

mendapatkan kekasihnya iaitu puteri Ratna Mas. Secara simbolik dari segi psikoanalisis,

terdapat nafsu dalam diri dewa muda. Dewa muda di sepanjang perjalanannya diawasi

pengasuh. Pengasuh inilah yang berusaha mencari air ketika dewa muda dahaga apabila sesat

dalam hutan. Pengasuh itulah yang menemani Dewa muda naik ke kayangan melalui Wau

Beremas, untuk menemui Puteri Ratna Mas. Pengasuh itulah yang menjaga Dewa muda

Semasa pengsan kerana terkena belantik embak.

Dalam persembahan main pateri, Mantera Angin Dewa Muda diucapkan oleh Tok

Pateri kerana bertolak daripada pemikiran orang Melayu bahawa dalam jiwa pesakit terdapat

desakan hati yang didorong oleh kehendak nafsu yang dibendung oleh suatu keadaan yang

menyebabkan nafsu atau anginnya tidak dapat dilepaskan lalu mengakibatkan semangat dirinya

tidak kuat dan jatuh sakit. Akhirnya dewa muda yang pengsan kerana terkena belantik embak

telah dipulihkan oleh kekasihnya, puteri ratna mas yang menyamar sebagai bomoh, kemudian

dewa muda tahu bahawa “bomoh” itu adalah kekasihnya dan dia tidak sakit lagi.

Page 7: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

5

2.2 Fungsi Mantera

Mantera Angin Dewa Muda ini tergolong di bawah mantera jenis perbomohan dan perubatan.

Dalam konteks ini, ianya bermaksud semua mantera digunakan oleh bomoh bagi

menyembuhkan penyakit atau menjadikan seseorang itu sakit (Haron Daud, 2001:101).

Perbomohan merupakan salah satu institusi sosial yang penting dalam masyarakat Melayu pada

zaman silam kerana bomoh memainkan peranan penting bagi menjadi perantaraan atau

penghubung dengan mahkluk yang ghaib.

Terdapat pelbagai penyakit yang dihadapi oleh orang Melayu pada zaman silam. Secara

umumnya, penyakit-penyakit ini boleh dibahagikan kepada penyakit biasa, penyakit

berbahaya, penyakit urat saraf dan patah tulang, penyakit yang berpunca dari gangguan

mahkluk ghaib, penyakit angin dan penyakit yang berhubung dengan perbidanan. Penyakit

yang telah dinyatakan tersebut memerlukan khidmat bomoh bagi merawat dan berusaha untuk

menyembuhkannya.

Mantera Angin Dewa Muda ini tergolong atau berfungsi sebagai mantera penyembuh

penyakit angin. Kedudukan angin yang seimbang dengan unsur-unsur alam iaitu api, air, dan

tanah di dalam badan yang amat penting untuk kesihatan. Unsur air dan tanah mengimbangi

sifat yang sejuk, air dengan angin mengimbangi sifat yang lembab, angin dengan api

mengimbangi sifat panas, api dengan tanah mengimbangi sifat kering dan setiap sifat tersebut

hendaklah seimbang dalam badan. Sekiranya salah satu sifat tersebut mengatasi yang lain,

maka keseimbangan badan menjadi kacau. Kekacauan ini mengakibatkan badan seseorang

menjadi tidak sihat dan mudah dijangkiti penyakit (Nasr, 1993b: 283-284 dalam Haron Daud,

2001: 126).

Konsep angin dalam perubatan tradisi dipercayai terdapat sebanyak seratus sembilan

puluh sembilan jenis angin di dalam badan manusia, namun secara umumnya ia boleh

dipecahkan kepada tiga iaitu angin berupa gas, angin berupa makhluk halus dan angin

kejiwaan. Angin berupa gas akan berkumpul di dalam perut dan usus, boleh menyebabkan

penyakit medu. Pesakit akan berasa mual dan kurang selera makan. Manakala angin makhluk

halus dikenali sebagai angin ahmar atau angin merah. Angin ahmar boleh menyebabkan

kematian dan angin merah disebabkan terkena lintasan yang berkaitan dengan kepercayaan

masyarakat kepada Iblis (Haron Daud, 2001: 126-128).

Page 8: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

6

Mantera Angin Dewa Muda tergolong di bawah angin kejiwaan. Mantera ini

diwujudkan bagi mengatasi penyakit yang berkaitan angin kejiwaan. Angin kejiwaan

merupakan angin jenis hawa nafsu serta kehendak yang tidak terbatas dan ia berusaha seboleh

mungkin bagi memenuhi kehendak tersebut. Kehendak nafsu angin jenis ini harus dipenuhi

kerana jika ianya dibiarkan akan mengakibatkan badan dan jiwa si pesakit tidak sihat

sehinggakan tidak boleh bangun. Penyakit angin kejiwaan lazimnya diwarisi secara turun

termurun dan oleh kerana itu ia turut dikenali sebagai angin pusaka (Haron Daud, 2001: 130).

Rawatan tradisional yang diberikan ke atas pesakit kejiwaan kebanyakannya meibatkan

ritual dan magik. Bomoh biasanya akan memulakan rawatan dengan menilik penyakit dengan

menggunakan bertih. Seterusnya, bomoh berusaha memulihkan pesakit dengan

membangkitkan anginnya. Antara jenis angin kejiwaan adalah angin kedewaan. Para dewa

digambarkan sebagai makhluk yang cantik, indah dan hidup dalam kebesaran dan kemewahan

sehingga menjadi idaman bagi setiap makhluk yang hidup. Mantera Angin Dewa Muda terdiri

daripada mantera Angin Dewa Tujuh. Mantera Angin Dewa Muda merupakan mantera yang

paling kerap dan mengambil masa yang lama untuk dibangkitkan, iaitu antara tiga hingga tujuh

malam.

Angin Dewa Muda yang ada pada pesakit dibayangkan sebagai seorang raja yang sering

menghadapi kesulitan sehingga ia sentiasa merasa sedih (Haron Daud, 2001: 134). Misalnya,

waktu memburu kijang emas, ia tersesat dan terpaksa berlapar, wau emas yang dinaikkannya

tersangkut di udara ketika dia menemui kekasihnya, Puteri Rakna Mas, di kayangan kerana ia

terkena belantik embak, iaitu perangkap panah. Namun Dewa Muda akhirnya diselamatkan

oleh kekasihnya yang menyamar sebagai bomoh. Rintangan dan penderitaan Dewa Muda

mencerminkan keadaan pesakit.

Mantera Angin Dewa Muda

Timbul tersebut titih Dewa Muda

Sultan Kamariah tidak dapat anak

baginda berniat serta berkaul

kalau dapat anak nak serah kepada raja jawa

maka sekarang dapatlah anak

lalu diserah kepada raja jawa

letaklah nama Raja Kecik Dewa Muda

Page 9: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

7

sampai ke masa itu kecil hati

siang tak kata malam tak kata

tak sedar diri

dia kata dia ni anak raja jawa

kerana disusut sembunyi oleh bondanya.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Maka hilang pula disitu dulu

timbul tersebut jalan tuan hamba

memburu rusa bertuah

hilang panduan di dalam alas

secara ringkasan hikayat,

baginda berburu itu di dalam alas

sesatlah baginda raja kechik dewa muda

maka air mata baginda terberai-berai

jangankan gulai air setitik pun tida berjumpa

maka teraniayalah raja kechik dewa muda

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

(Tuan Mat Tuan Kecik

Pasir Puteh, Kelantan)

Pada umumnya, orang yang terkena penyakit angin kedewaan dipulihkan dengan cara

Main Puteri Mak Yong, iaitu persembahan yang menyerupai Mak Yong. Pesakit akan dihiasi

dengan pakaian watak Mak Yong. Ia dibantu oleh orang lain untuk menari dan melakonkan

cerita Dewa Muda dalam Mak Yong. Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa Mantera Angin Dewa

Muda ini merupakan salah satu mantera bagi menyembuhkan penyakit angin kedewaan iaitu

angin yang didorong oleh hawa nafsu.

Page 10: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

8

2.3 Perkaitan Interteks melalui Baris dalam Mantera Angin Dewa Muda

Bab ini hanya menganalisis perkaitan interteks, iaitu teks demi teks melalui baris dalam

perenggan satu hingga perenggan terakhir, perenggan kesepuluh, iaitu sebanyak 360 baris

sahaja. Berdasarkan konteks mantera ini, teks tersebut merupakan ayat penyata. Ayat penyata

dalam mantera tersebut saling berhubungan bagi menjelaskan maksud yang ingin disampaikan.

Oleh itu, pembaca perlu membaca baris demi baris bagi memperoleh maksud yang hendak

disampaikan, iaitu dalam perenggan satu hingga empat.

1. Menceritakan siapa Dewa Muda dalam mantera ini, iaitu Dewa Muda atau namanya

Raja Kecik Dewa Muda anak kepada Sultan Kamariah. Hal ini dapat dilihat hubungan

interteksnya pada bahagian A1, A2, A5, dan A7.

(A1) Timbul tersebut titih Dewa Muda

(A2) Sultan Kamariah tidak dapat anak

(A5) maka sekarang dapatlah anak

(A7) letaklah nama Raja Kecik Dewa Muda

2. Menunjukkan bahawa sikap Sultan Kamariah yang menepati janji.

(A3) baginda berniat serta berkaul

(A4) kalau dapat anak nak serah kepada Raja Jawa

(A6) lalu diserah kepada Raja Jawa

3. Memperlihatkan berkecil hati

(A8) sampai ke masa itu berkecil hati

(A9) siang tak kata malam tak kata

(A10) tak sedarkan diri

4. Menceritakan siapa pengasuh Raja Kecik Dewa Muda.

(A16) diserah kepada pengasuh

(A17) pengasuh kecik Betara Dewa

(A18) pengasuh besar Awang Si Jambul Lebat

Page 11: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

9

5. Menunjukkan taat setia pengasuh yang menjaga Raja Kecik Dewa Muda.

(A34) siang tak kata malam tak kata

(A35) berbuah dengan pinggang

(A36) deka dengan siku

(A37) sujud dengan kepala

(A38) siang tidak makan malam tidak tidur

(A39) air mata berderai-derai

6. Memperlihatkan kisah dan nasib duka Raja Kecik Dewa Muda yang hidup bukan

bersama bapanya.

(A40) sebab ingatkan nasib dia

(A42) lain ibu di lain bapa

(A44) sedihnya Raja Kecik Dewa Muda

7. Menunjukkan jawatan yang dipegang oleh Raja Kecik Dewa Muda.

(A48) melantik Raja Kecik Dewa Muda

(A49) menjadi pemangku kerajaan negeri

8. Menunjukkan sikap rakyat yang meraikan perlantikan Raja Kecik Dewa Muda sebagai

pemangku kerajaan negeri.

(A50) dalam sebelah negeri Tanah Jawa

(A53) dengan peran tua peran muda

(A54) dengan permainan Mak Yong tujuh

(A55) rakyat riuh ramai gegak gempita

9. Menampakkan pakaian adat istiadat pelantikan Raja Kecik Dewa Muda sebagai

pemangku kerajaan negeri.

(A60) ambil keris tuan hamba, keris pusaka ayah

(A61) seluar patelung berbalut di kaki

(A62) kain sarung selindang jantan

(A63) baju lentik, di kulit manis, letak

(A64) bila tubuh berbalut dengan kain

Page 12: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

10

10. Menunjukkan sikap Raja Kecik Dewa yang mendahului bondanya, Tuan Puteri Ratna

Bulan dengan meminta izin untuk pergi berburu.

(A76) baginda memohon kepada bonda

(A77) nak berburu kijang emas kijang ucana

(A83) waktu ia meminta kepada bonda baginda

(A84) yang bernama Tuan Puteri Ratna Bulan

11. Memperlihatkan keperitan raja Kecik Dewa Muda semasa berburu

(A91) siang tak kata malam tak kata

(A93) tak tahu pangkal

(A94) tak tahu hilir

(A95) tak tahu penaik

(A96) tak tahu penjatuh

(A97) dua kali tujuh hari

(A98) dua kali tujuh malam

(A99) baginda tak bertemu makanan

(A100) muka pucat dengan muka

(A101) layu dengan tubuh

(A102) serah dengan badan

12. Memperlihatkan Raja Kecik Dewa Muda yang menitikberatkan kerajaannya walaupun

dalam keadaan sakit.

(A103) Maka terkenangkan nasib badan

(A107) jangan membawa sesat barat

(A108) jangan siapa membawa dengki khianat

(A109) jangan siapa membawa sembab bera

(A111) kepada kerajaan mangku negeri

13. Menunjukkan harapan Raja Kecik Dewa Muda yang ingin menyembuhkan

penyakitnya.

(A114) waktu dia letak niat

(A115) kalau sejati dia anak Raja jawa

(A116) nak minta hilanglah penyakit dia

(A117) nak minta hilang daripada sesat

Page 13: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

11

14. Menceritakan tentang rupa dan bentuk wau.

(A123) sayap besar tujuh gaz

(A124) tinggi tujuh ledang

(A125) berkepala emas

(A126) sayap suasa sebelah perak sebelah

15. Menjelaskan kepentingan wau beremas.

(A128) maka cerahlah

(A129) kalau letih jadi segar

(A130) kalau demam jadi kebah

(A131) kalau bengkak jadi surut

(A132) kalau bingung jadi cerdik

16. Menampakkan kepayahan menaikkan wau.

(A146) pergi menaik wau di padang luas saujana padang

(A147) di bawah pokok nyior gading sepohon

(A148) di bawah pokok puding mas puding perak

(A149) di tengah padang luas saujana padang

(A150) dilayangan kota

17. Menunjukkan kesaktian wau tersebut.

(A157) itu wau bukan sembarangan

(A158) nik nak tambat di mana wau itu

(A159) tambat di bukit, bukit runtuh

(A160) tambat di pokok, pokok tumbang

(A161) tambat di rumput, gelang sambal Seurat

(A162) wau itu baru lekat

Page 14: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

12

18. Menjelaskan pengembaraan Raja Kecik dewa Muda ke negeri kayangan.

(A164) Awang berdua Raja Kecik Dewa Muda

(A165) turutlah naik ikut tali wau

(A166) naik dua kali tujuh hari

(A167) dua kali tujuh malam

(A168) mana jatuh ke mana jatuh

(A169) jatuh ke negeri Raja Bota di kayangan

19. Menjelaskan siapakah Tuan Puteri Rakna Emas

(A172) Puteri Rakna Emas, anak Maharaja Bota

(A173) anak Maharaja Bota itu pelihara baginda

20. Memperlihatkan rasa suka Tuan Puteri Rakna Mas terhadap Raja Kecik Dewa Muda.

(A175) hendak berjumpa sangat dengan Dewa Muda

(A178) Puteri Rakna Mas dok kasih

(A179) dok mabuk dok gila mabuk

(A180) masuk bilik masuk anjung istana

(A181) dengan Raja Kecik Dewa Muda

21. Menunjukkan sikap Raja Kecik Dewa Muda dan Puteri Rakna Mas yang tidak

disenangi oleh Mak Inang Bongsu.

(A176) Maka kelakuan itu ditengok oleh

(A177) Mak Inang Bongsu

(A182) kerana ditengok oleh Mak Inang Bongsu

(A183) maka ditahannya belantik embak

22. Menjelaskan hukuman yang dikenakan kepada Raja Kecik Dewa Muda oleh Mak Inang

Bongsu.

(A186) bila ditahan belantik embak di pintu natang

(A188) maka kenalah Dewa Muda akan belantik itu

(A189) di situ baginda siang tak kata malam tak kata

(A190) maka selak pengsanlah Raja Kecik Dewa Muda

Page 15: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

13

23. Menampakkan kemarahan Raja Kecik Dewa Muda akibat hukuman tersebut.

(A196) kata sebenar mula angina Dewa Muda

(A197) jangan siapa dok tegah

(A198) jangan siapa dok taat

(A199) jangan siapa dok keji-terji

24. Memperlihatkan sikap pengasuh Raja Kecik Dewa Muda, iaitu Awang panglima yang

sangat bertanggunggawab kepadanya.

(A204) siapa tolong?

(A205) melainkan sahabatnya Awang Panglima Pengasuh

(A206) tolong meriba kepala

(A207) dok kata tak hidup-hidup dah

25. Mempamerkan kebijaksanaan Awang Panglima menyeru tok bomoh.

(A209) Hei jemagan malu bayu

(A210) jebudak dewa terbidang lari

(A211) terowong bidara

(A212) ela tersebut

(A213) jin hibur diru tersebut

(A219) nak bomar kepada Raja Kecik Dewa Muda ni

26. Memperlihatkan sikap Raja Kecik Dewa Muda yang tergilakan Puteri Rakna Mas.

(A239) maka gilalah hati kepada Puteri Rakna Mas

(A240) siang tak kata malam tak kata

(A241) habis tak sedarkan diri

(A242) kalau tak dapat kahwin dengan Puteri Rakna Mas

(A243) mati pun pejam mata tak rapat

27. Menunjukkan keperibadian Raja Kecik Dewa Muda yang menjaga kehormatan dan

perhubungannya dengan Puteri Rakna Mas.

(A246) kalau sejati kita baka baik

(A247) jangan bawa kembung

(A248) jangan bawa sekak

(A249) jangan bawa sebak

Page 16: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

14

(A250) jangan bawa bengkak

28. Menceritakan kasih sayang Raja Jawa terhadap Raja Kecik Muda dengan memberi

peringatan terhadapnya alam perhubungan.

(A256) maka ayah nak angkat ni

(A257) mu kena dengar dulu

(A258) mu jangan bawa sakit

(A259) mu jangan bawa sekak sebak

(A260) mu jangan bawa bengkak bekil

29. Menyatakan niat untuk membuang puaka dalam diri Raja Kecik Dewa.

(A297) ayah nak pelepas puaka ni

(A298) dari sejak kecik hingga besar

(A299) hingga ke masa sekarang ni

(A300) empat puaka pada ketika ni

(A310) ayah lempar ke laut

(A316) ayah nak hantar ke padang saujana luas

30. Menyatakan tempat untuk membuang puaka tersebut.

(A317) tempat angin tak kena

(A318) ribut tak sampai

(A319) panas tak berhawa

(A320) di mana tempat berpuaka

(A321) padang tak kena angin

(A322) padang tak kena panas

(A323) padang tak kena pokok

Page 17: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

15

2.4 Perkaitan Interteks melalui Perenggan dalam Mantera Angin Dewa Muda

Bab ini turut menganalisis interteks melalui perenggan demi perenggan bagi memperlihatkan

kesinambungan idea yang diberi makna kepada pembaca yang dapat membantu pemahaman

pembaca mengenai teks mantera ini. Dalam mantera ini, kesemua, iaitu sepuluh perenggan

diambil dalam teks mantera diambil untuk dianalisis ciri interteksnya.

Perenggan 1

kalau dapat anak nak serah kepada Raja Jawa

maka sekarang dapatlah anak

lalu diserah kepada Raja Jawa

Perenggan 2

diserah kepada pengasuh

pengasuh Kecik Betara Dewa

pengasuh besar Awang Si Jambul Lebat

duk mengasuh Raja Kecik Dewa Muda

Perenggan satu dan perenggan kedua mempunyai hubungan interteks kerana

menerangkan kepada pembaca bahawa anak itu, iaitu Raja Kecik Dewa Muda lahir, akan

diserahkan kepada Raja Jawa dan diasuh oleh Bertara Dewa dan Awang Si Jambul Lebat.

Perenggan 1

Sultan Kamariah tidak dapat anak

baginda berniat serta kaul

kalau dapat anak nak serah kepada Raja Jawa

maka sekarang dapatlah anak

lalu diserahkan kepada Raja Jawa

letaklah nama Raja Kecik Dewa Muda

Perenggan 2

sebab diingatkan nasib dia

ingat untung dia

lain ibu di lain bapa

bila ingatkan nasib dikenangkan untung

sedihnya Raja Kecik Dewa Muda

Page 18: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

16

Dalam perenggan satu dan perenggan dua saling bergantungan bagi menjelaskan

perasaan belas kasihan terhadap Raja Kecik Dewa Muda kerana terpaksa diserahkan kepada

Raja Jawa. Beliau tidak dapat tinggal bersama ibu bapa kandungnya.

Perenggan 4

semasa tuan hamba Raja Kechik Dewa Muda

baginda memohon kepada bonda

Perenggan 5

waktu ia memohon kepada bonda baginda

yang bernama Tuan Puteri Ratna Bulan

nak masuk ke dalam alas belantara

maka nak berburu rusa bertuah

Perenggan keempat dan kelima mempunyai hubungan interteks kerana menerangkan

kepada pembaca bahawa Raja Kechik Dewa Muda meminta keizinan dari bondanya iaitu Tuan

Puteri Ratna Bulan untuk masuk ke dalam hutan belantara untuk memburu rusa.

Perenggan 3

Timbul tersebut Raja Jawa

melantik Raja Kechik Dewa Muda

menjadi pemangku kerajaan negeri

Perenggan 6

Kepada kerajaan mangku negeri

dalam negeri seluruh Tanah Jawa

Perenggan ketiga dan perenggan keenam mempunyai hubungan interteks kerana

menerangkan kepada pembaca bahawa Raja Jawa melantik Raja Kechik Dewa Muda menjadi

pemangku kerajaan negeri di seluruh Tanah Jawa.

Perenggan 5

baginda tak bertemu makanan

maka pucat dengan muka

layu dengan tubuh

serah dengan badan

Page 19: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

17

Perenggan 6

maka terekenangkan badan

teringatkan nasib baginda

Perenggan 7

kalau sejati dia anak Raja Jawa

nak minta hilanglah penyakit dia

nak minta hilang daripada sesat

nak minta dia segar

nak minta dia bertemu jalan

Perenggan kelima, keenam dan perenggan ketujuh mempunyai hubungan interteks

kerana menerangkan kepada pembaca bahawa baginda Raja Kechik Dewa Muda yang sakit

dan hilang selera makan, jika baginda benar anak Raja Jawa maka permintaannya agar kembali

pulih dan tidak lagi sesat.

Perenggan 5

timbul Awang Panglima

pengasuh dengan Dewa Muda

Perenggan 9

oleh Raja Kecik Dewa Muda

duk pengsan di bawah pokok pisang gala tunggal

siapa tolong?

melainkan sahabatnya Awang Panglima Pengasuh

tolong meriba kepala

Dalam perenggan kelima dan perenggan sembilan saling bergantungan bagi

menjelaskan kesetiaan dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab pengasuh Raja Kecik

Dewa Muda, iaitu Awang Panglima yang sentiasa bersama beliau sama ada waktu susah atau

senang.

Perenggan 6

teringatkan nasib baginda

samalah atas sifat baginda

dengan diri, (sebut nama si sakit)

jangan membawa sesat barat

Page 20: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

18

jangan siapa membawa dengki khianat

jangan siapa membawa sembab bera

Perenggan 10

maka nak minta

mu sifat yang bernama (sebut nama orang sakit)

nak angkat dengan gong tujuh

nak angkat dengan cepat

sebagaimana segera

Perenggan di atas saling bergantungan bagi menjelaskan maksud sebenar yang ingin

disampaikan kepada pembaca, iaitu fungsi Mantera Angin Dewa Muda untuk mengubati

penyakit.

Perenggan 7

bila pegang tali Raja Kechik Dewa Muda

wau beremas pun naik

itu wau bukan sembarangan

Perenggan 8

maka jatuh ke mana jatuh

jatuh ke negeri Raja Bota di kayangan

di mana wau terlekat di pintu natang

Puteri Rakna Mas, anak Maharaja Bota

Perenggan ketujuh dan kelapan, mempunyai hubungan interteks yang menerangkan

kepada pembaca tentang Raja Kechik Dewa Muda yang memegang tali wau emasnya, namun

wau tersebut telah jatuh tersangkut ke negeri Raja Bota di kayangan di pintu Puteri Rakna Mas

iaitu anak kepada Raja Bota itu.

Perenggan 7

maka siapa yang mengayun wau

selain daripada Awang Inang Pengasuh

yang mengayun wau

manakala Raja Kecik Dewa Muda memegang tali

bila pegang tali Raja Kecik Dewa Muda

Page 21: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

19

wau beremas pun naik

Perenggan 8

Hilang kisah di situ timbul tersebut

Awang berdua Raja Kecik Dewa Muda

turutlah naik ikut tali wau

naik dua kali tujuh hari

dua kali tujuh malam.

Dalam perenggan ketujuh dan dan kelapan memperlihatkan hubungan interteks di

dalamnya kerana dengan membaca perenggan tersebut, dapat diketahui bahawa Awang Inang

Pengasuh dan Raja Kecik Dewa Muda bersama-sama berusaha dalam menaikkan wau beremas.

Perenggan 9

kerana Rakna Mas merenjiskan air ke mukanya

mengambil cincin Dewa Muda

menyarung cincin di jari manisnya

Raja Kecik Dewa Muda pun sedar

terlihat cincin di jari Rakna Mas

Perenggan 10

waktu Raja Kecik Dewa Muda sakit

sekarang telah segar

siapa pulih?

Puteri Rakna Mas, tunang baginda

Perenggan kesempilan dan kesepuluh mempunyai hubungan interteks kerana

menerangkan kepada pembaca tentang Puteri Rakna Mas memulihkan Raja Kecik Dewa Muda

melalui merenjiskan air ke muka setelah menyarungkan cincin Dewa Muda.

Perenggan 9

Raja Kecik Dewa Muda pun sedar

terlihat cincin di jari Rakna Mas

maka gilalah hati kepada Puteri Rakna Mas

Page 22: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

20

Perenggan 10

Puteri Rakna Mas, tunang baginda

kalau sejati mu baka baik

Dalam perenggan di atas saling bergantungan bagi menjelaskan maksud sebenar yang

ingin disampaikan kepada pembaca, iaitu hubungan antara Raja Kecik Dewa Muda dengan

Puteri Rakna Mas. Puteri Rakna Mas merupakan tunang kepada Raja Kecik Dewa Muda.

Page 23: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

21

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sesebuah wacana adalah bermakna kerana wacana merupakan kesatuan

bahasa yang lengkap. Wacana berada hierarki paling tinggi dalam pertuturan dan penulisan

bahasa yang memperlihatkan kesinambungan fikiran sama ada dari aspek komunikasi dan

konteks. Menurut Mohd Rashid Md. Idris et. al (2012), wacana dianggap penggunaan bahasa

dalam konteks yang membawa makna. Hal ini demikian kerana setiap bahasa melibatkan

wacana. Wacana akan lebih mudah difahami oleh pembaca atau pendengar melalui interteks.

Menurut Mohd Rashid Md Idris et.al (2012) interteks adalah pengetahuan sedia ada

pembaca mahupun pendengar tentang perkara yang diperkatakan tahap penerimaan semakin

tinggi apabila masyarakat banyak mendengar dan membaca sesuatu maklumat. Melalui ciri

interteks, pembaca atau pendengar akan lebih memahami tujuan sesuatu wacana disampaikan.

Dapat dirumuskan bahawa dalam analisis mantera Angin Dewa Muda, pembaca dapat

mengetahui keseluruhan maksud mantera dengan adanya ciri wacana, iaitu ciri interteks antara

baris dengan baris dan perenggan dengan perenggan. Pembaca juga dapat memahami perkaitan

yang terdapat dalam mantera semasa dibaca. mantera Angin Dewa Muda digunakan untuk

manyambuhkan penyakit. Dengan adanya ciri interteks, pembaca dapat memahami fungsi-

fungsi penggunaan unsur tertentu dalam mantera. Melalui analisis mantera Angin Dewa Muda

ini juga dapat dilihat sesuatu baris dengan baris yang lain saling memerlukan, perkaitan antara

perenggan dengan perenggan yang lain bagi memperjelaskan maksud penyampaian mantera

dan saling bergantungan penting dalam mencapai tujuan mantera tersebut dibaca. Keadaan ini

jelas menunjukkan dalam mantera Angin Dewa Muda mempunyai ciri wacana, iaitu interteks.

Sekiranya tiada ciri tersebut dalam mantera, pembaca tidak dapat memahami perkaitan maksud

mantera tersebut.

Page 24: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

22

BIBLIOGRAFI

Haron Daud. (2001). Mantera Melayu: Analisis Pemikiran. Pulau Pinang: Penerbit Universiti

Sains Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012).

Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publications.

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012).

Analisis Wacana Berdasarkan Teks KOMSAS Terpilih. Tanjong Malim: Emeritus

Publications.

Page 25: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

23

LAMPIRAN 1

Mantera Angin Dewa Muda

(A1) Timbul tersebut titih Dewa Muda

(A2) Sultan Kamariah tidak dapat anak

(A3) baginda berniat serta berkaul

(A4) kalau dapat anak nak serah kepada Raja Jawa

(A5) maka sekarang dapatlah anak

(A6) lalu diserah kepada Raja Jawa

(A7) letaklah nama Raja Kecik Dewa Muda

(A8) sampai ke masa itu berkecil hati

(A9) siang tak kata malam tak kata

(A10) tak sedarkan diri

(A11) dia kata dia ni anak Raja Jawa

(A12) kerana disusut sembunyi oleh bondanya

(A13) sekarang ringkas

(A14) nak angkat titih angin sebelah Dewa Muda

(A15) siang tak kata malam tak kata

(A16) diserah kepada pengasuh

(A17) pengasuh kecik Betara Dewa

(A18) pengasuh besar Awang Si Jambul Lebat

(A19) pada masa mengganti ayah

(A20) tatkala turun menurun

(A21) sibang mengerbang titih menitih

(A22) kalau sebenar-benar mu

(A23) Awang Panglima pengasuh Tok Peran asal

(A24) peran asal peran tua

(A25) mari di mana!

(A26) mari titih oleh Semar Kecik

(A27) bila begitu anak ni

(A28) lekat cewong lekat cending badi

(A29) maka nak mintalah daripada Awang panglima

(A30) pengasuh manakala baka sejati

(A31) pengasuh kecik Betara Dewa

(A32) pengasuh besar Awang Si Jambul Lebat

(A33) duk mengasuh Raja Kecik Dewa Muda

(A34) siang tak kata malam tak kata

(A35) berbuah dengan pinggang

(A36) deka dengan siku

(A37) sujud dengan kepala

(A38) siang tidak makan malam tidak tidur

(A39) air mata berderai-derai

(A40) sebab ingatkan nasib dia

Page 26: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

24

(A41) ingat untung dia

(A42) lain ibu di lain bapa

(A43) bila ingatkan nasib terkenangkan untung

(A44) sedihnya Raja Kecik Dewa Muda

(A45) duduk tinggal bersama Raja Dewa

(A46) hilang kesah di situ

(A47) Timbul tersebut Raja Jawa

(A48) melantik Raja Kecik Dewa Muda

(A49) menjadi pemangku kerajaan negeri

(A50) dalam sebelah negeri Tanah Jawa

(A51) maka setiap handalan, halimkan napi

(A52) nak letak kepada rakyat asal dulu

(A53) dengan peran tua peran muda

(A54) dengan permainan Mak Yong tujuh

(A55) rakyat riuh ramai gegak gempita

(A56) dalam negeri sebelah Tanah Jawa

(A57) kalau sejati nak jadi kerajaan

(A58) kalau sejati nak jadi pemangku kerajaan

(A59) tatkala atas takhta

(A60) ambil keris tuan hamba, keris pusaka ayah

(A61) seluar patelung berbalut di kaki

(A62) kain sarung selindang jantan

(A63) baju lentik, di kulit manis, letak

(A64) bila tubuh berbalut dengan kain

(A65) bukan sebarang mudah

(A66) hantar nak letak kerajaan mangku negeri

(A67) melantik Raja Kecik Dewa Muda ni

(A68) tetapi dengar baik-baik

(A69) ayah nak angkat titih

(A70) pada masa pusaka Dewa Muda ni

(A71) maka pada waktu dia bersuka ria

(A72) riuh ramai gegak gempita

(A73) semakin hari semakin segar

(A74) hak letih jadi cergas

(A75) Maka hilang tersebut, timbul pula

(A76) semasa tuan hamba Raja Kecik Dewa Muda

(A77) baginda memohon kepada bonda

(A78) nak berburu kijang emas kijang ucana

(A79) tatkala yang menjaga alas belantara

(A80) ini nak pecah kepada titih

(A81) kepada Raja Kecik Si Dewa Muda ni

(A82) Maka hilang tersebut

(A83) waktu ia meminta kepada bonda baginda

(A84) yang bernama Tuan Puteri Ratna Bulan

Page 27: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

25

(A85) nak masuk ke dalam alas belantara

(A86) maka nak memburu rusa bertuah

(A87) tatkala jumlah sesebalah sudah

(A88) timbul Awang Panglima

(A89) pengasuh dengan Dewa Muda

(A90) maka Kecik Dewa Muda

(A91) siang tak kata malam tak kata

(A92) tak tahu hujung

(A93) tak tahu pangkal

(A94) tak tahu hilir

(A95) tak tahu penaik

(A96) tak tahu penjatuh

(A97) dua kali tujuh hari

(A98) dua kali tujuh malam

(A99) baginda tak bertemu makanan

(A100) muka pucat dengan muka

(A101) layu dengan tubuh

(A102) serah dengan badan

(A103) Maka terkenangkan nasib badan

(A107) jangan membawa sesat barat

(A108) jangan siapa membawa dengki khianat

(A109) jangan siapa membawa sembab bera

(A111) kepada kerajaan mangku negeri

(A114) waktu dia letak niat

(A115) kalau sejati dia anak Raja jawa

(A116) nak minta hilanglah penyakit dia

(A117) nak minta hilang daripada sesat

(A118) nak minta dia segar

(A119) nak minta dia bertemu jalan

(A120) kalau tidak membawa sesat barat

(A121) tidak membawa mabuk bingung

(A122) maka dia berkaul nak main wau beremas

(A123) sayap besar tujuh gaz

(A124) tinggi tujuh ledang

(A125) berkepala emas

(A126) sayap suasa sebelah perak sebelah

(A127) Maka tuan hamba lihat dari situ

(A128) maka cerahlah

(A129) kalau letih jadi segar

(A130) kalau demam jadi kebah

(A131) kalau bengkak jadi surut

(A132) kalau bingung jadi cerdik

(A133) Maka baginda balik meminta kepada bonda

(A134) kerana bonda menaruh kerangka wau itu

Page 28: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

26

(A135) di dalam peti di atas kepala tidur

(A136) Mak Setinjau Bungsu

(A137) bukan kerana mudah

(A138) ia taruh kepada baginda juga

(A139) bukan untuk orang lain

(A140) maka ketika baginda pergi meminta

(A141) kerangka wau kepada bonda

(A142) Tuan Puteri Rakna Bulan

(A143) kata bondanya tidak ada

(A144) maka hilang tersebut

(A145) waktu bonda memberi kerangka wau

(A146) pergi menaik wau di padang luas saujana padang

(A147) di bawah pokok nyior gading sepohon

(A148) di bawah pokok puding mas puding perak

(A149) di tengah padang luas saujana padang

(A150) dilayangan kota

(A151) maka siapa mengayun wau

(A152) selain daripada Awang Inang Pengasuh

(A153) yang mengayun wau

(A154) manakala Raja Kecik Dewa Muda memegang tali

(A155) bila pegang tali Raja Kecik Dewa Muda

(A156) wau beremas pun naik

(A157) itu wau bukan sembarangan

(A158) nik nak tambat di mana wau itu

(A159) tambat di bukit, bukit runtuh

(A160) tambat di pokok, pokok tumbang

(A161) tambat di rumput, gelang sambal seurat

(A162) wau itu baru lekat

(A163) Hilang kisah di situ timbul tersebut

(A164) Awang berdua Raja Kecik Dewa Muda

(A165) turutlah naik ikut tali wau

(A166) naik dua kali tujuh hari

(A167) dua kali tujuh malam

(A168) mana jatuh ke mana jatuh

(A169) jatuh ke negeri Raja Bota di kayangan

(A170) di mana wau terlekat di pintu natang

(A171) Puteri Rakna Emas, anak Maharaja Bota

(A172) anak Maharaja Bota itu pelihara baginda

(A173) kerana Tuan Puteri Rakna Mas itu

(A174) hendak berjumpa sangat dengan Dewa Muda

(A175) Maka kelakuan itu ditengok oleh

(A176) Mak Inang Bongsu

(A177) Puteri Rakna Mas duk kasih

(A178) duk mabuk duk gila mabuk

Page 29: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

27

(A179) masuk bilik masuk anjung istana

(A180) dengan Raja Kecik Dewa Muda

(A181) kerana ditengok oleh Mak Inang Bongsu

(A182) maka ditahannya belantik embak

(A183) pada pintu natang itu

(A184) tempat Dewa Muda turun

(A185) bila ditahan belantik embak di pintu natang

(A186) tempat Raja Kecik Dewa Muda turun itu

(A187) maka kenalah Dewa Muda akan belantik itu

(A188) di situ baginda siang tak kata malam tak kata

(A189) maka selak pengsanlah Raja Kecik Dewa Muda

(A190) dan jatuh ke mana jatuh

(A191) jatuh di bawah pokok pisang gala tunggal

(A192) selak pengsan Raja Kecik Dewa Muda

(A193) jemagan sahaja yang ada

(A194) tatkala ingat baka baik

(A195) kata sebenar mula angin Dewa Muda

(A196) jangan siapa duk tegah

(A197) jangan siapa duk taat

(A198) jangan siapa duk keji-terji

(A199) sebab titih menitih

(A200) oleh Raja Kecik Dewa Muda

(A201) duk pengsan di bawah pokok pisang gala tunggal

(A202) siapa tolong?

(A203) melainkan sahabatnya Awang Panglima Pengasuh

(A204) tolong meriba kepala

(A205) duk kata tak hidup-hidup dah

(A206) Raja Kecik Dewa Muda ni.

(A207) Hei jemagan malu bayu

(A208) jebudak Dewa terbidang lari

(A209) terowong bidara

(A210) ela tersebut

(A211) jin hibur diru tersebut

(A212) anak Maharaja Bota

(A213) berlari basah

(A214) elat menjadi tiga kali bongkok

(A215) sebab jadi wak tok bomar

(A216) nak bomar kepada Raja Kecik Dewa Muda ni

(A217) asal tatkala sebab di bawah pokok pisang gala tunggal

(A218) maka timbullah dia buat jadi tok bomar

(A219) bertanya Raja Kecik Dewa Muda

(A220) kenapa sampai tak sedarkan diri

(A221) maka tatkala itu anak Maharaja Bota

(A222) pergi cabut belantik embak

Page 30: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

28

(A223) kena lambungan kanan terus ke lambungan kiri

(A224) maka itulah sesetengah ulama berkata

(A225) penyakit Dewa Muda ni

(A226) buat jadi kembung

(A227) naik jadi sekak sebak

(A228) nak jadi bengkak

(A229) nak jadi sembab bera

(A230) kerana apa?

(A231) kerana Rakna Mas merenjiskan air ke mukanya

(A232) mengambil cincin Dewa Muda

(A233) menyarung cincin di jari manisnya

(A234) Raja Kecik Dewa Muda pun tersedar

(A235) terlihat cincin di jari manisnya

(A236) maka gilalah hati kepada Puteri Rakna Mas

(A237) siang tak kata malam tak kata

(A238) habis tak sedarkan diri

(A239) kalau tak dapat kahwin dengan Puteri Rakna Mas

(A240) mati pun pejam mata tak rapat

(A241) Hilang kisah di situ timbul tersebut

(A242) titih Raja Kecik Dewa Muda

(A243) kalau sejati kita baka baik

(A244) jangan bawa kembung

(A245) jangan bawa sekak

(A246) jangan bawa sebak

(A247) jangan bawa bengkak

(A248) ayah nak angkat titih

(A249) waktu Raja Kecik Dewa Muda sakit

(A250) sekarang telah segar

(A251) siapa pulih?

(A252) Puteri Rakna Mas, tuning baginda

(A253) kalau sejati mu baka baik

(A254) maka ayah nak angkat ni

(A255) mu kena dengar dulu

(A256) mu jangan bawa sakit

(A257) mu jangan bawa sekak sebak

(A258) mu jangan bawa bengkak-bekil

(A258) sebab dikatakan oleh Awang Si Jambul Lebat

(A259) bukan perkara mudah

(A260) jadi boleh membawa peran

(A261) peran asal, peran keturunan

(A262) titih kepada semar tujuh

(A263) kepada Betara Kala

(A264) Betara Langit, Betara Laut

(A265) maka jatuh kepada siapa?

Page 31: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

29

(A266) jatuh kepada Sang Senohong

(A267) aku nak minta kepada Betara Guru

(A268) minta selesai kepada angin

(A269) titih si Dewa Muda

(A270) jika sebenar kita sejati

(A271) maka nak minta

(A272) mu sifat yang bernama (sebut nama orang sakit)

(A273) nak angkat dengan gong tujuh

(A274) nak angkat dengan cepat

(A275) sebagaimana segera

(A276) nak angkat mambang nyiur rani

(A277) nak angkat dengan sahabat yang asal

(A278) nak angkat sekali dengan mahkota emas

(A279) nak angkat sekali dengan mahkota perak

(A280) nak angkat sekali dengan seluar pataelung

(A281) berbalut di kaki

(A282) nak angkat dengan selindang jantan

(A283) nak angkat sekali dengan keris kecil

(A284) nak minta segar dulu

(A285) nak ghoyat ni

(A286) kalau sejati kita baka baik

(A287) kalau sebenar kita baka molek

(A288) nak minta segar nak pelepas niat

(A289) nak bayar kaul

(A290) nak angkat bayar tak bertitih

(A291) berlepas puaka

(A292) jangan perkara puaka ni dibuat mudah

(A293) nak habis ketika ni

(A294) ayah nak pelepas puaka ni

(A295) dari sejak kecik hingga besar

(A296) hingga ke masa sekarang ni

(A297) empat puaka pada ketika ni

(A298) satu puaka jati jawa

(A299) dua puaka kemudu tunggal

(A300) tiga puaka rumput gelang sambal tunggal

(A301) empat puaka pisang gala tunggal

(A302) kalau adamu titih puaka

(A303) jangan membawa sesat barat

(A304) ayah nak titih menitih

(A305) kepada Dewa Muda

(A306) puaka kemudu tunggal

(A307) ayah lempar ke laut

(A308) anak ru yang muda-muda

(A309) nak hantar ke Tanah Jawa

Page 32: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

30

(A310) maka rumput gelang sambal tunggal

(A311) tempat angin tak kena

(A312) panas tak berhawa

(A313) di mana tempat berpuaka

(A314) padang tak kena angin

(A315) padang tak kena panas

(A316) padang tak kena pokok

(A317) di situlah ayah nak lempar puaka

(A318) rumput gelang sambal tunggal

(A319) maka pokok pisang gala tunggal

(A320) nak tahuk dalam dusun lama

(A321) jangan siapa bawa sekak sebab

(A322) jangan siapa bawa sembab bera

(A323) jangan siapa bawa kurus kering

(A324) jangan siapa bawa haru kacau

(A325) nak minta senang dulu

(A326) nak angkat dengan Pak Yong asal

(A327) nak angkat dengan Pak Yong Mula

(A328) nak angkat dengan bidang ketujuh

(A329) nak angkat dengan sahabat Ayu

(A330) dengar ayah nak pesan ni

(A331) senanglah lagi tempat sebak

(A332) senang lagi tempat tidak senang

(A333) di dalam kedi di dalam gerak ajar

(A334) gertak emas, gertak perak

(A335) di kota kedi di mana tempat senang angina

(A336) di mana Raja Beliak Angin

(A337) di dalam raja Syamsi

(A338) di mana tempat senang

(A339) takhta Beliak Angin di negeri Semeliak

(A340) di mana tempat angin di negeri Amrak

(A341) tok puan tanpa negeri

(A342) maka nak senanglah angina

(A343) angin pelantik,

(A344) angin pelampung,

(A345) angin penyakit,

(A346) angin pelantik,

(A347) angin pedaya di udara,

(A348) angin pelekat,

(A349) angin sifat,

(A350) angin tak boleh dibawa

(A351) kepada makan tak sedap

(A352) duduk tak boleh

(A353) tidur tak jenera

Page 33: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

31

(A354) nak minta senang dulu angina

(A355) bagi tahu titih

(A356) kepada (sebut nama orang sakit)

(A357) senang dibawa dalam batil mas

(A358) batil perak

(A359) minta senang dengan berkat

(A360) kata La ilaha illa ‘llah

(Tuan Mat Tuan Kecik,

Pasir Putih, Kelantan)

LAMPIRAN 2

Mantera Angin Dewa Muda

Perenggan 1

Timbul tersebut titih Dewa Muda

Sultan Kamariah tidak dapat anak

baginda berniat serta berkaul

kalau dapat anak nak serah kepada Raja Jawa

maka sekarang dapatlah anak

lalu diserah kepada Raja Jawa

letaklah nama Raja Kecik Dewa Muda

sampai ke masa itu kecil hati

siang tak kata malam tak kata

tak sedarkan diri

dia kata dia ni anak Raja Jawa

kerana disusut sembunyi oleh bondanya.

Perenggan 2

Sekarang ringkas cerita

nak angkat titih angin sebelah Dewa Muda

siang tak kata malam tak kata

Page 34: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

32

diserah kepada pengasuh

pengasuh kecik Betara Dewa

pengasuh besar Awang Si Jambul Lebat

pada masa mengganti ayah

tatkala turun menurun

sibang menggerbang titih menitih

kalau sebenar-benar mu

Awang Panglima pengasuh Tok Peran asal

peran asal peran tua

mari di mana!

mari titih oleh Semar Kecik

bila begitu anak ni

lekat kewong lekat cending badi

maka nak mintalah daripada Awang Panglima

pengasuh manakala baka sejati

pengasuh kecik Betara Dewa

pengasuh besar Awang Si Jambul Lebat

siang tak kata malam tak kata

berbuah dengan pinggang

deka dengan siku

sujud dengan kepala

siang tidak makan malam tidak tidur

air mata terberai-berai

sebab ingatkan nasib dia

ingat untung dia

lain ibu di lain bapa

bila ingatkan nasib terkenangkan untung

sedihnya Raja Kecik Dewa Muda

duduk tinggal bersama Raja Dewa

Page 35: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

33

hilang kesah di ditu.

Perenggan 3

Timbul tersebut Raja Jawa

melantik Raja Kecik Dewa Muda

menjadi pemangku kerajaan negeri

dalam sebelah negeri Tanah Jawa

maka setiap handalan, halimkan napi

nak letak kepada rakyat asal dulu

dengan peran tua peran muda

dengan permainan Mak Yong tujuh

rakyat riuh ramai gegak gempita

dalam negeri sebelah Tanah Jawa

kalau sejati nak jadi pemangku kerajaan

tatkala atas takhta

ambil keris tuan hamba, keris pusakan ayah

seluar patelung berbalut kaki

kain sarung selindang jantan

baju lentik, di kulit manis, letak

bila tubuh berbalut dengan kain

bukan sebarang mudah

hantar nak letak kerajaan mangku negeri

melantik Raja Kecik Dewa Muda ni

tetapi dengar baik-baik

ayah nak angkat titih

pada masa pusaka Dewa Muda ni

maka pada waktu dia bersuka ria

riuh ramai gegak gempita

semakin hari semakin segar

Page 36: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

34

hak letih jadi cergas.

Perenggan 4

Maka hilang tersebut, timbul pula

semasa tuan hamba Raja Kecik Dewa Muda

baginda memohon kepada bonda

nak berburu kijang emas kijang ucana

tatkala yang menjaga alas belantara

ini nak pecah kepada titih

kepada Raja Kecik Si Dewa Muda ni.

Perenggan 5

Maka hilang tersebut

waktu ia meminta kepada bonda baginda

yang bernama Tuan Puteri Ratna Bulan

nak masuk ke dalam alas belantara

tatkala jumlah sesebalah sudah

timbul Awang Panglima

pengasuh Dewa Muda

maka Kecik Dewa Muda

siang tak kata malam tak kata

tak tahu hujung

tak tahu pangkal

tak tahu hilir

tak tahu penaik

tak tahu penjatuh

dua kali tujuh hari

dua kali tujuh malam

baginda tak bertemu makanan

Page 37: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

35

maka pucat dengan muka

layu dengan tubuh

serah dengan badan.

Perenggan 6

Maka terkenangkan badan

teringkatkan nasib baginda

samalah atas sifat baginda

dengan diri, (sebut nama si sakit)

jangan membawa sesat barat

jangan siapa membawa dengki khianat

jangan siapa membawa sembab bera

sebab kita nak angkat

dalam negeri seluruh Tanah Jawa

Perenggan 7

Maka hilang kesah timbul tersebut

waktu dia letak niat

kalau sejati dia anak Raja Jawa

nak minta hilanglah penyakit dia

nak minta hilang daripada sesat

nak minta dia segar

nak minta dia bertemu jalan

kalau tidak membawa sesat barat

tidak membawa mabuk binggung

maka dia berkaul nak main wau beremas

sayap besar tujuh gaz

tinggi tujuh ledang

berkepala emas

Page 38: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

36

sayap suasa sebelah perak sebelah

Maka tuan hamba lihat dari situ

maka cerahlah

cerah kalau letih jadi segar

kalau demam jadi kebah

kalau bengkak jadi surut

kalau bingung jadi cerdik

Maka baginda balik meminta kepada bonda

kerana bonda menaruh kerangka wau itu

di dalam peti di atas kepala tidur

Mak Setinjau Bungsu

bukan kerana mudah

ia taruh kepada baginda juga

bukan untuk orang lain

maka ketika baginda pergi meminta

kerangka wau kepada bonda

Tuan Puteri Rakna Bulan

kata bondanya tidak ada

maka hilang tersebut

waktu bonda memberi kerangka wau

pergi menaik wau di padang luas saujana padang

di bawah pokok nyiur gading sepohon

di bawah pokok puding mas, puding perak

di tengah padang luas, saujana padang

di layangan kota

maka siapa menganyun wau

selain daripada Awang Inang Pengasuh

yang mengayun wau

manakala Raja Kecik Dewa Muda memegang tali

Page 39: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

37

bila pegang tali Raja Kecik Dewa Muda

wau beremas pun naik

itu wau bukan sebarangan

nik nak tambat di mana wau itu

tambat di bukit, bukit runtuh

tambat di pokok, pokok tumbang

tambat di rumput, gelang sambal seurat

wau itu baru melekat.

Perenggan 8

Hilang kisah di situ timbul tersebut

Awang berdua Raja Kecik Dewa Muda

turutlah naik ikut tali wau

naik dua kali tujuh hari

dua kali tujuh malam

Maka jatuh ke mana jatuh

jatuh ke negeri Raja Bota di kayangan

di mana wau terletak di pintu natang

Puteri Rakna Mas, anak Maharaja Bota

anak Maharaja Bota itu pelihara baginda

kerana Tuan Puteri Rakna Mas itu

hendak berjumpa sangat dengan Dewa Muda

Perenggan 9

Maka kelakuan itu ditengok oleh

Mak Inang Bongsu

Puteri Rakna Mas duk kasih,

duk mabuk duk gila mabuk

masuk bilik masuk anjung istana

Page 40: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

38

dengan Raja Kecik Dewa Muda

kerana ditengok oleh Mak Inang Bongsu

maka ditahannya belatik embak

pada pintu natang itu

tempat Dewa Muda turun

bila ditahan belantik embak di pintu natang

tempat Raja Kecik Dewa Muda turun itu

maka kenalah Dewa Muda akan belantik itu

di situ baginda siang tak kata malam tak kata

Maka selak pengsanlah Raka Kecik Dewa Muda

dan jatuh ke mana jatuh

jatuh di bawah pokok pisang gala tunggal

selak pengsan Raja Kecik Dewa Muda

jemagan sahaja yang ada

tatkala ingat kepada baka baik

kata sebenar mula angin Dewa Muda

jangan siapa duk tengah

jangan siapa duk taat

jangan siapa duk keji-terji

sebab titih menitih

oleh Raja Kecik Dewa Muda

duk pengsan di bawah pokok pisang gala tunggal

siapa tolong?

melainkan sahabatnya Awang Panglima Pengasuh

tolong meriba kepala

duk kata tak hidup-hidup dah

Raja Kecik Dewa Muda ni

Hei jemagan malu baya

jebudak Dewa terbidang hari

Page 41: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

39

terowong bidara

ela tersebut

jin hibur diru tersebut

anak Maharaja Bota

berlari basah

elat basah

bongkok tiga kali betul

sebab jadi wak tok bomar

nak bomar kepada Raka Kecik Dewa Muda ni

asal tatkala sebab di bawah pokok pisang gala tunggal

maka timbullah dia buat jadi tok bomar

bertanya Raja Kecik Dewa Muda

kenapa sampai taka sedarkan diri ni

maka tatkala itu anak Maharaja Bota

pergi cabut belantik embak

kena lambungan kanan terus ke lambungan kiri

maka itulah setelah ulama berkata

penyakit Dewa Muda ni;

buat jadi kembung

naik jadi jadi sekak sebak

nak jadi bengkak

nak jadi sembab bera

kerana apa?

kerana Rakna Mas merenjiskan air ke mukanya

mengambil cincin Dewa Muda

menyarung cincin di jari manisnya

Raja Kecik Dewa Muda pun sedara

terlihat cincin di jari Rakna Mas

maka gilalah hati kepada Puteri Rakna Mas

Page 42: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

40

siang taka kata malam tak kata

habis tak sedarkan diri

kalau tak dapat kahwin dengan Puteri Rakna Mas

mati pun pejam tak rapat.

Perenggan 10

Hilang kisah di situ timbul tersebut

titih Raja Kecik Dewa Muda

kalau sejati kita baka baik

jaangan bawa kembung

jangan bawa sekak

jangan bawa sebak

jangan bawa bengkak

ayah nak angkat titih

waktu Raja Kecik Dewa Muda sakit

sekarang telah segar

siapa pulih?

Puteri Rakna Mas, tunang baginda

kalau sejati mu baka baik

maka ayah nak angkat ni

mu kena dengar dulu

mu jangan bawa sakit

mu jangan bawa sekak sebak

mu jangan bengkak-bekil

sebab dikatakan oleh Awang Si Jambul Lebat

bukan perkara mudah

jadi boleh membawa peran

peran asal, peran keturunan

titih kepada Semar tujuh

Page 43: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

41

kepada Betara Kla,

Betara Langit, Betara Laut

maka jatuh kepada siapa?

jatuh kepada Sang Senohong

aku nak minta kepada Betara Guru

minta selesai kepada angin

titih si Dewa Muda

jika sebenar kita sejati

maka nak minta

mu sifat yang bernama (sebut nama orang sakit)

nak angkat dengan gong tujuh

nak angkat dengan cepat

sebagaimana segera

nak angkat mambang nyiur rani

nak angkat dengan sahabat yang asal

nak angkat sekali dengan mahkota emas

nak angkat sekali dengan mahkota perak

nak angkat sekali dengan seluar patelung

barbalut di kaki

nak angkat dengan selindang jantan

nak angkat sekali dengan keris kecil

nak minta segar dulu

nak ghoyat ni

kalau sejati kita baka

kalau sebenar kita baka molek

nak minta segar nak pelepas niat

nak bayar kaul

nak angkat bayar tak bertitih

berlepas puaka

Page 44: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

42

jangan perkara puaka ini dibuat mudah

nak habis katika ini

ayah nak pelepas puaka ni

dari kecik hingga ke besar

hingga ke masa sekarang ni

empat puaka ketika ini

satu puaka jati jawa

dua puaka kemudu tunggal

tiga puaka rumput gelang sambal tunggal

empat puaka pisang gala tunggal

kalau adamu titih puaka

jangan membawa sesat barat

ayah nak titih menitih

kepada Dewa Muda

puaka kemudu tunggal

ayah lempar ke laut

anak ru yang muda-muda

nak hantar ke Tanah Jawa

maka rumput gelang sambal tunggal

ayah nak hantar ke padang saujana luas

tempat angin tak kena

ribut tak sampai

panas tak berhawa

padang tak kena angin

padang tak kena panas

padang tak kena pokok

disitulah ayah nak lempar puaka

rumput gelang sambal tunggal

maka pokok pisang gala tunggal

Page 45: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

43

nak tahuk dalam dusun lama

jangan siapa bawa sekak sebak

jangan siapa bawa sembab bera

jangan siapa bawa kurus kering

jangan siapa bawa haru kacau

nak minta senang dulu

nak angkat dengan Pak Yong asal

nak angkat dengan Pak Yong mula

nak angkat dengan bidan ketujuh

nak angkat dengan sahabat Ayu

dengar ayah nak pesan ni

senanglah lagi tempat sebak

senang lagi tempat tidak senang

di dalam kedi di dalam gerak ajar

gertak emas, gertas perak

di kota kedi di mana tempat senang

di mana Raja Beliak Angin

di dalam Raja Syamsi

di mana tempat senang

takhta Beliak Angin di negeri Semeliak

di mana tempat angin di negeri Amrak

tok puan tanpa negeri

maka nak senanglah angin

angin pelantik,

angin pelampung,

angin penyakit,

angin peluntik,

angin pedaya di udara,

angin pelekat,

Page 46: Analisis Ciri Interteks berdasarkan Mantera Angin Dewa Muda

44

angin sifat,

angin tak boleh dibawa

kepada makan tak sedap

duduk tak sedap

tidur tak jenera

nak minta senang dulu angin

bagi tahu titih

kepada (sebut nama orang sakit)

senang dibawa dalam batil mas

batil perak

minta senang dengan berkat

kata La ilaha illa ‘llah.

(Tuan Mat Tuan Kecik,

Pasir Putih, Kelantan)