report trends 6

24
Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer Atau Pengajaran Matematik Tanpa Menggunakan Komputer 1.0 Pengenalan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik,liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah. Bajet 2003 yang dibentang oleh Perdana Menteri ketika itu, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad memperuntukkan RM 5 billion untuk tempoh antara 2002 hingga 2008 bagi melengkapkan prasarana perisian dan latihan kepada tenaga pengajar untuk memastikan kelancaran perlaksanaan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Untuk memastikan bahawa pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat dilaksanakan secara berkesan, guru- guru akan dibekalkan dengan komputer notebook, LCD projector untuk sekolah dan peralatan berkaitan. Bagi tujuan ini, sebanyak

Upload: herwanaherman

Post on 21-May-2015

3.692 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Report trends 6

Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer Atau Pengajaran Matematik Tanpa

Menggunakan Komputer

1.0       Pengenalan

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa

penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik

seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat. Bermula dari

kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar

kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik,liquid

crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.

Bajet 2003 yang dibentang oleh Perdana Menteri ketika itu, Yang Amat Berhormat Datuk

Seri Dr. Mahathir Mohamad memperuntukkan RM 5 billion untuk tempoh antara 2002 hingga

2008 bagi melengkapkan prasarana perisian dan latihan kepada tenaga pengajar untuk

memastikan kelancaran perlaksanaan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

di sekolah-sekolah.

Untuk memastikan bahawa pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

dapat dilaksanakan secara berkesan, guru-guru akan dibekalkan dengan komputer notebook,

LCD projector untuk sekolah dan peralatan berkaitan. Bagi tujuan ini, sebanyak 978.7 juta

ringgit telah dibelanjakan pada tahun 2003 (Mahathir, 2002). Peruntukan kewangan yang tinggi

ini adalah untuk menjadikan pendidikan di Malaysia adalah berteknologi tinggi.

Becta (2003) telah meringkaskan bahawa ICT dapat menggalakkan kerjasama dan

komunikasi yang baik di antara pelajar serta berkongsi pengetahuan di antara satu sama lain.

Selain itu, ICT juga dapat memberikan maklum balas yang cepat dan tepat kepada pelajar dan

hal ini dapat mempengaruhi motivasi yang positif kepada pelajar. Di samping itu, ICT juga

membolehkan mereka memfokuskan  pada strategi dan tafsiran jawapan daripada menghabiskan

masa pada computational calculations yang membosankan.

Page 2: Report trends 6

Dalam kajian ini, isu yang akan dibincangkan adalah berkaitan dengan penggunaan ICT

dalam mengajar Matematik. Pengajaran dan pembelajaran Matematik yang berkesan kepada

guru dan pelajar sama ada menggunakan komputer atau tanpa menggunakan komputer.

2.0       Definisi Istilah

2.1       Information Communication Technology (ICT)

Information Communication Technology (ICT) adalah teknologi yang berkaitan dengan

pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan

teknologi komputer dan telekomunikasi (Kamus Dewan Edisi Keempat 2005).

Di samping itu, ICT juga adalah teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan

maklumat, khususnya penggunaan komputer, peranti komunikasi dan aplikasi perisian untuk

menukar, menyimpan, melindungi, proses, menghantar dan mengambil maklumat dari mana-

mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Mengikut definisi kami sendiri, ICT bermaksud perkakasan, perisian dan sistem

telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. ICT juga

adalah satu teknologi yang bergantung kepada komputer dan perkakasan elektronik lain untuk

memudahkan urusan seharian manusia. Selain itu, ICT juga berkait dengan internet di mana

internet memudahkan manusia berhubung antara satu sama lain. Contoh ICT dalam kehidupan

seharian adalah seperti perbankan, pendidikan, kerajaan dan perniagaan.

2.2       Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah penggunaan

komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta

membolehkan maklum balas. Criswell (1989) dalam Abdul Wahab Ismail Gani et. al. (2006).

Page 3: Report trends 6

Pada pendapat kami, PBBK adalah satu situasi pembelajaran di mana komputer

digunakan sebagai medium untuk penyampaian maklumat di antara tenaga pengajar dan

individu. PPBK menggunakan komputer sebagai alat untuk menyampaikan maklumat sama ada

dalam pengajaran, melatih, membimbing dan menilai prestasi pelajar dengan menggunakan

komputer untuk menjadikan pelajar lebih berminat serta menambah keberkesanan pengajaran.

Selain itu PPBK juga boleh didefinisikan sebagai satu strategi atau bentuk pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan komputer untuk menyampaikan seluruh atau sebahagian dari

isi kandungan mata pelajaran. Ia merupakan satu pengajaran terancang seperti menggunakan

bahan perisian kursus.

2.3       Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di definisikan sebagai

menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan

dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran matematik. (Pusat Perkembangan

Kurikulum KPM, 2001)

(Sehingga Sekolah Bestari)

Perkembangan Penggunaan Teknologi Komputer Dalam Pendidikan Di Malaysia telah

bermula pada tahun 1986 sehinggalah sekolah bestari ditubuhkan iaitu pada tahun 1999. Jadual

di bawah menunjukkan perkembangan penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan di

Malaysia secara umum.

TAHUN TINDAKAN

1986 Program Pengenalan kepada komputer

1989-1992 Program Literasi Komputer yang bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan

kemahiran dan pengetahuan asas mengenai komputer dan pengguna.

1993 Program Literasi Komputer diperluas dengan memasukkan unsur PBK

Page 4: Report trends 6

1994 KPM memperluaskan bidang penggunaan komputer melalui Jaringan Pendidikan

seluruh Negara berinteraksi melalui aktiviti terancang yang berorientasikan

kemahiran mencari, menilai dan menggunakan maklumat untuk tujuan pendidikan

1997 Pengajian Komputer dilaksanakan sebagai mata pelajaran elektif untuk pelajar

tingkatan 4 & 5.

1999 Pelaksanaan Sekolah Bestari

Jadual 1 : Perkembangan Penggunaan Teknologi Komputer Dalam Pendidikan Di Malaysia

4.0       ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Pada 20 Mei 2002, kabinet mengumumkan mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar

dalam bahasa Inggeris untuk Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah pada tahun

hadapannya, iaitu tahun 2003 (Utusan Malaysia, 10 Ogos 2002). Pengajaran dan pembelajaran

Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam

tempoh masa yang sangat singkat. Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik bagi membantu dan memudahkan guru

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

5.0       Pengajaran Matematik Tanpa Menggunakan Komputer (Secara Tradisional)

Menurut Havice (1999) pengajaran matematik tanpa menggunakan komputer adalah pengajaran

secara tradisional yang melibatkan penggunaan buku teks dan kaedah pengkuliahan sahaja.

Selain itu, pengajaran dan pembelajaran secara tradisional merupakan kaedah ‘kapur dan cakap’

atau kaedah menggunakan transperansi (OHP), manakala media yang digunakan adalah buku

bercetak. Neo & Rafi (2007). Di samping itu, Azura Ishak et. al (2009) menyatakan bahawa

pengajaran berasaskan tradisional merupakan kaedah penyampaian guru Matematik

menggunakan peralatan yang lazim terdapat di semua sekolah seperti papan hitam atau putih,

kapur tulis atau pen marker dan buku teks Matematik.

Page 5: Report trends 6

6.0       Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer

Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah

mengubahkan kepentingan sesuatu topik dalam matematik. Aktiviti penyelesaian masalah adalah

bahagian yang terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik

tidak bermakna jika seorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah.

Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada

sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini

memerlukan fahaman yang lengkap terhadap konsep yang terkandung dalam masalah tersebut.

Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar.

Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui komputer Lim (1989) dalam A/P Ramakrishnan

(2005). Pada pandangan pelajar-pelajar, pendidikan matematik merupakan sesuatu yang amat

sukar, membosankan dan penuh dengan pola nombor dan hafalan. Pandangan ini dapat dikikis

dengan penggunaan komputer.

Penggunaan perisian seperti Microsoft-Excel, The Geometer's Sketchpad dan Logo

menarik minat pelajar-pelajar Matematik. Perisian-perisian ini boleh membantu pelajar

meneroka dan menyiasat pola nombor, memahami konsep dan prinsip-prinsip Matematik dengan

mudah dan berkesan. Rajah di bawah menunjukkan contoh pengajaran matematik dengan

menggunakan perisian The Geometer's Sketchpad bagi tajuk graf, penjelmaan dan sudut.

Rajah 1 : Graphical visualisation tools untuk tajuk Graf

Rajah 2 : Graphical visualisation tools untuk tajuk Sudut

7.0       Pendirian: Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer Berkesan, Namun

Bergantung Kepada Kemampuan Pelajar dan Prasarana ICT

Bagi pembentangan isu bertajuk penggunaan ICT dalam mengajar matematik, pendirian yang

dipilih adalah pengajaran marematik menggunakan komputer adalah berkesan, namun

Page 6: Report trends 6

bergantung kepada kemampuan pelajar dan prasarana ICT. Berdasarkan pendirian yang dipilih,

beberapa hujan yang relevan telah dikemukakan.

8.0       Hujah

8.1       Hujah 1: Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran matematik

Hujah yang pertama adalah mengenai keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran

matematik. Hujah ini disokong dengan beberapa hasil kajian berkaitan penggunaan komputer

dalam subjek matematik yang pernah dijalankan.

Hasil kajian yang pertama adalah Shaharuddin Md Salleh (2008), yang telah mengkaji

keberkesanan PBK bagi Tajuk Trigonometri yang disediakan oleh KPM bagi pelajar-pelajar

tingkatan empat di empat buah sekolah di Johor Bahru. Beliau mendapati pembelajaran

matematik dengan menggunakan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) meninggalkan

kesan yang positif yang mana ianya telah memupuk minat, keseronokkan dan menarik perhatian

pelajar terhadap pembelajaran matematik. Ia banyak membantu mempertingkatkan pemahaman

dan seterusnya pencapaian peperiksaan pelajar.

Dalam kajian beliau, seramai 120 orang pelajar tingkatan empat daripada empat buah

sekolah menengah berkenaan telah dipilih sebagai sampel kajian dengan 59 orang pelajar

diambil sebagai kumpulan rawatan manakala 61 orang lagi dijadikan sebagai kumpulan kawalan.

Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu satu set soalan ujian pencapaian matematik

bagi Tajuk Trigonometri yang terdiri daripada 4 soalan struktur dan soalselidik.

Dapatan kajian beliau menunjukkan min pencapaian dalam ujian pra bagi kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan masing-masing tidak berbeza secara signifikan (t=-1.694,

p>.05). Manakala min pencapaian dalam ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan min

pencapaian kumpulan rawatan pula berbeza secara signifikan (t= -5.442, p<.05). Dapatan ini

menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan di antara min pencapaian ujian pasca

bagi Tajuk Trigonometri dikalangan pelajar-pelajar dalam kumpulan rawatan dan kumpulan

Page 7: Report trends 6

kawalan. Oleh itu, ini jelas menunjukkan bahawa Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

berupaya meningkatkan pencapaian pelajar.

Hasil kajian yang kedua adalah Nor Hayati (2003) yang mengkaji keberkesanan perisisan

“The Geometer’s Sketchpad” (GSP) bagi Tajuk Penjelmaan, Matematik Tingkatan 2 di Sekolah

Menengah Kebangsaan Jitra (SMKJ), Kedah Darul Aman. Beliau mendapati penggunaan

perisian GSP telah meningkatkan pencapaian serta minat para pelajar dalam matematik, oleh itu

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dengan menggunakan perisian GSP

adalah berkesan.

GSP merupakan satu perisian khusus yang dapat digunakan untuk membina rajah-rajah

geometri, melukis garisan, mengukur panjang, sudut dan mengira perimeter, luas dan lain-lain.

Perisian GSP yang berkapasiti 1.33 MB telah dihasilkan oleh Nicholas Jackiw pada Mac 1993

bagi memudahkan para pengguna melukis apa jua bentuk geometri, seperti segitiga, bulatan,

garisan-garisan lurus, bongkah-bongkah serta pelbagai bentuk dalam tiga dimensi.

Tajuk Penjelmaan sesuai dipelajari menggunakan perisian GSP, kerana dengan perisian

ini, pelbagai perubahan daripada suatu titik atau suatu bentuk yang asal kepada titik atau bentuk

yang baru mudah dilakukan dan dapat dilihat terus melalui skrin komputer. Cara ini telah dapat

menimbulkan minat para pelajar untuk mencuba sendiri pelbagai bentuk serta warna yang

digemari. Perisian tersebut dapat membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran

translasi, pantulan, putaran dan pembesaran, di samping dapat membuat pengiraan dan

pengukuran dengan lebih cepat dan tepat. Secara tidak langsung, ia membantu para pelajar

memperoleh sendiri konsep-konsep sesuatu isi pelajaran dengan lebih mudah, cepat dan

berkesan.

Selain itu, dengan berbantukan perisian GSP, pengguna boleh melukis sebuah segitiga

dengan hanya memberi arahan secara “mengklik” pada menu bar yang bersesuaian.

Pengubahsuaian ke atas bentuk segitiga yang dibina boleh dilakukan dengan menyeret salah satu

bucu segitiga tersebut tanpa perlu melukis rajah segitiga yang baru. Perisian GSP juga secara

automatik boleh membuat pengiraan kepada sudut, panjang sisi, mencari nisbah dan boleh

Page 8: Report trends 6

dikemas kini pada bila-bila masa dengan hanya mengubah angka-angka atau pun rajah-rajah

yang telah dilukis. Oleh itu melalui perisian GSP, para pelajar akan dapat belajar secara kendiri

dan ini akan membantu mereka untuk mengingati sesuatu konsep dalam mata pelajaran

matematik dengan lebih berkesan. Pelajar juga dapat meneroka pelbagai rajah baru tanpa

memadam atau melukis semula rajah berkenaan.

Selain daripada dua kajian yang dinyatakan, beberapa kajian lain yang terdahulu juga

menyatakan sokongan terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran matematik kerana

keberkesanannya. Hasil beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Funkhouser (1993)

Henderson and Landersman (1992), Chazan (1988), McCoy (1991), Al Ghamdi (1987) di dalam

Norella Kadir (2004) menyatakan pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik

mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan

menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Selain itu perisian komputer yang digunakan

dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik

dengan mudah dan berkesan dan seterusnya pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir

menunjukkan peningkatan yang ketara. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer

mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat

menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Gagne & Briggs dalam Rosenberg (2000) pula menyatakan komputer memiliki

keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer.

Antara keistimewaan tersebut adalah hubungan interaktif, pengulangan, maklum balas &

peneguhan. Hubungan interaktif yang dimaksudkan oleh pengkaji adalah kemampuan komputer

memberikan respon yang serta merta semasa pengguna menggunakan perisian, aplikasi dan

program-program tertentu. Contohnya dalam sesebuah permainan komputer (games), pengguna

akan dapat melihat dan mengetahui sebarang perubahan terhadap objek yang dimainkan. Selain

itu pemain akan mendapat maklum balas berbentuk ganjaran yang diperolehi dengan serta merta

apabila berjaya mencapai mata atau peringkat tertentu.

Berdasarkan kajian-kajian terdahulu jelas menunjukkan bahawa penggunaan komputer

dalam pembelajaran dapat memberikan kesan berbeza yang lebih baik yang tidak dapat dicapai

Page 9: Report trends 6

melalui pembelajaran tradisional. Kesan yang lebih baik menerusi penggunaan komputer ini juga

dapat dilihat dalam pembelajaran subjek-subjek lain selain daripada matematik.

8.2       Hujah 2: Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)

matematik bergantung kepada kemampuan pelajar.

Hujah yang kedua adalah mengenai penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

(P&P) matematik bergantung kepada kemampuan pelajar. Hujah ini disokong dengan dapatan

kajian berkaitan perbandingan pengajaran yang menggunakan komputer dengan pengajaran

tanpa menggunakan komputer.

Hasil kajian Azura Ishak et. al (2009) menyatakan penggunaan multimedia dalam P&P

matematik tidak semestinya berkesan secara menyeluruh bagi segenap lapisan pelajar

terutamanya pelajar berisiko yang terdiri daripada kelas aliran lemah. Pelajar berisiko dalam

kajian beliau adalah terdiri daripada para pelajar tingkatan dua yang mempunyai masalah

akademik yang rendah yang ditempatkan di dalam kelas aliran yang paling lemah seperti kelas D

dan E.

Beliau dan rakan-rakannya telah menjalankan kajian di dua buah sekolah di Serdang,

Selangor. Kajian dijalankan selama 10 minggu ke atas pelajar tingkatan dua yang merangkumi

tiga topik dalam sukatan pelajaran matematik tingkatan dua iaitu bab satu hingga tiga. (Chapter

1: Directed Numbers; Chapter 2: Squares, Square Roots, Cubes and Cube Roots dan Chapter 3:

Algebraic Expressions II).

Subjek kajian yang terlibat dalam kumpulan multimedia adalah seramai 25 orang pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah Selangor dan 29 orang bagi kumpulan tradisional di

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang Selangor. Bagi kumpulan multimedia, guru

mengajar menggunakan sokongan multimedia iaitu perisian “Mathematics Form Two” yang

disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan alat sokongan teknologi

komputer yang lain seperti komputer riba, projektor paparan cecair kristal (LCD) dan skrin

papan putih bagi kumpulan multimedia. Manakala agi kumpulan tradisional, guru mengajar

Page 10: Report trends 6

menggunakan kaedah manual, iaitu buku teks “Mathematics Form Two” dengan alat sokongan

papan putih dan pen marker. Kedua-dua kumpulan pengajaran Matematik ini adalah berdasarkan

kepada sukatan pelajaran Matematik tingkatan dua yang telah ditetapkan oleh KPM dan

perancangan pengajaran yang sama bagi mengelakkan unsur-unsur ‘bias’ berlaku semasa

eksperimen dijalankan.

Hasil kajian dinilai menerusi pencapaian matematik pelajar bersadarkan ujian yang

dijalankan selepas eksperimen dijalankan. Dapatan kajian beliau menunjukkan min ujian

pencapaian matematik bagi pelajar di bawah kumpulan multimedia adalah 23.067, manakala

bagi pelajar di bawah kumpulan tradisional pula adalah 22.471. Min pencapaian ujian tidak

menunjukkan perbezaan yang ketara bagi kedua-dua kumpulan. Dapatan ini menunjukkan

bahawa penggunaan multimedia tidak semestinya berkesan secara menyeluruh bagi segenap

lapisan pelajar terutamanya pelajar berisiko yang terdiri daripada kelas aliran lemah seperti yang

digembar gemburkan dalam kebanyakan kajian sebelum ini.

Dapatan kajian Azura Ishak et. al (2009) selari dengan Al-Mikhlafi (2006) yang

menyatakan kesan penggunaan multimedia terhadap pembelajaran tidak semestinya berkesan. Ini

kerana keberkesanannya juga bergantung kepada perisian multimedia itu sendiri, kumpulan

pelajar yang menggunakannya, kaedah pengajaran dan tempoh penggunaannya.

Kajian yang seumpamanya juga pernah dilakukan oleh Ahmad Hanizar Abdul Halim

(2007) yang menjalankan kajian kesan pembelajaran menggunakan perisian SSMS sekolah

bestari berbanding pengajaran dan pembelajaran secara tradisional dalam mata pelajaran fizik

tingkatan empat. Sampel kajian terdiri daripada 62 orang pelajar aliran Sains Tingkatan 4 di

sebuah sekolah bestari di Malaysia. Kajian beliau juga melibatkan perbandingan P&P diantara

dua kumpulan iaitu kumpulan yang belajar menggunakan perisian SSMS berbantukan komputer

(PBK) dengan kumpulan yang belajar secara bersemuka dalam topik-topik Fizik yang sama.

Dua dapatan penting diperolehi dari penyelidikan ini adalah kecanggihan ICT dalam

pendidikan bukan satu-satunya jaminan untuk meningkatkan kualiti sesuatu P&P. Guru masih

Page 11: Report trends 6

mempunyai peranan yang penting dalam sesuatu P&P untuk membimbing dan mengawal kadar

dan suasana pembelajaran.

8.3       Hujah 3: Penggunaan komputer dalam p&p matematik bergantung kepada

prasarana ICT di sekolah

Hujah yang ketiga adalah mengenai penggunaan komputer dalam P&P matematik yang mana

kebolehlaksanaannya bergantung kepada prasarana ICT di sekolah. Hujah ini disokong oleh

beberapa permasalahan yang dikemukakan oleh beberapa pengkaji yang menjalankan kajian

berkaitan penggunaan dan prasarana ICT disekolah.

Antara permasalahana yang dikenalpasti menjadi punca mengapa pengajaran matematik

menggunakan ICT sukar dilaksanakan secara konsisten adalah masalah makmal komputer yang

terhad. Masalah ini menjadi kekangan utama ke atas kesukaran melaksanakan P&P matematik

menggunakan ICT. Ini kerana, didapati tidak semua sekolah menyediakan makmal khas yntuk

matematik seperti makmal sains. Oleh itu, P&P matematik lebih banyak dilakukan di dalam

kelas. Jika perlu keluar kelas dan melaksanakan P&P di bilik-nilik khas yang lain seperti bilik

media atau bilik tayangan, guru terpaksa membawa banyak peralatan seperti ” laptop”,  ”LCD”, 

buku rekod mengajar dan lain-lain ke dalam kelas. Ting Kung Shiung et. al (2005) menyatakan

jika infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak efisyen, guru dan pelajar tidak dapat menjalani

P&P dengan baik dan pelaksanaan ICT dalam P&P akan gagal.

9.0       Kekangan Lain

Di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Matematik menggunakan ICT,

terdapat pelbagai kekangan lain selain kekangan dari sudut kemampuan pelajar itu sendiri dan

prasarana yang ada di sekolah. Hal ini selari dengan apa yang dikatakan oleh Gagne (1971) di

dalam Pendidik (2004) yang menyatakan bahawa tidak ada satu media yang sempurna dan boleh

memenuhi semua keperluan pelajar. Dengan itu, kekangan-kekangan lain di dalam melaksanakan

pengajaran menggunakan ICT adalah seperti berikut :

Page 12: Report trends 6

9.1       Masalah Perisian Kursus

Hasil temuduga yang telah dijalankan ke atas seorang guru Matematik SMK Seri Ampang

mendapati antara masalah utama penggunaan perisian kursus yang dibekalkan oleh pihak

kerajaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah dari segi bahasa inggeris

yang digunakan di dalam perisian kursus tersebut di mana slanga yang digunakan adalah slanga

luar negara. Perkara ini di sokong oleh Norhayati Mat Ali (2003) di dalam kajiannya yang

mendapati bahawa timbulnya permasalahan bahasa inggeris yang digunakan di dalam perisian

kursus tersebut. Ianya menyukarkan pemahaman pelajar yang menggunakan perisian kursus itu

lebih-lebih lagi kepada mereka yang lemah dalam penguasaan bahasa inggeris.

Selain itu juga, guru berkenaan menyatakan bahawa pelajar sukar memahami apa yang

diajar di dalam perisian kursus dan memerlukan bantuan guru untuk memahami pelajaran

tersebut. Hal ini dipersetujui oleh dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Azizah Jaafar (2002)

yang mana mendapati perisian kursus tidak dapat menarik minat para guru untuk

menggunakannya. Ini kerana guru berpendapat bahawa perisian kursus masih belum mampu

menandingi pengajaran dan pembelajaran konvensional.

Ini berikutan model pembelajaran yang dikemukakan oleh Alessi dan Trollip (2001) yang

menyatakan bahawa bimbingan adalah antara elemen penting di dalam pengajaran berkesan.

Bimbingan guru melalui penerangan dan penulisan di papan putih lebih bermakna untuk pelajar

memahami apa yang dipelajari. Ianya akan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap apa yang

dipelajari berbanding hanya melihat apa yang diterangkan di dalam perisian kursus. Dengan

adanya pengajaran secara konvensional di dalam pengajaran matematik, ianya dapat membantu

pelajar memahami pelajaran dengan lebih efektif di mana pelajar boleh bertanya secara terus

kepada guru berkenaan apa yang mereka tidak fahami.

9.2       Masalah Guru

Nor Azan Mat Ali (2005) di dalam Bushro Ali (2007) menyatakan bahawa saiz kelas yang besar,

bebanan kerja yang tinggi dan had masa menyukarkan guru memberi tumpuan khusus kepada

Page 13: Report trends 6

pelajar yang lemah dalam mata pelajaran matematik sekaligus menjadi penghalang kepada guru

untuk menyediakan pengajaran yang pelbagai yang bersesuaian dengan kecerdasan mereka. Ini

kerana selain mengajar, guru juga perlu melakukan hal-hal pentadbiran dan pengurusan yang

mana mengganggu masa guru untuk membuat penyediaan rancangan dan bahan pengajaran yang

berkesan.

Perkara ini disokong oleh Norhana Aini Mohamed Amin et al (2008) yang menyatakan

bahawa permasalahan yang dikenal pasti di kalangan guru adalah guru tidak mempunyai cukup

masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana dibebani dengan

masa mengajar yang penuh disamping tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan. Di mana

perkara ini dipersetujui Norida Suhadi (2001) di dalam Norhana Aini Mohamed Amin et al

(2008) yang mendapati hanya 10% daripada 100 orang guru-guru menghasilkan bahan

pengajaran berbentuk multimedia. Ini bermaksud 90% guru hanya menggunakan bahan sedia ada

seperti buku teks untuk pengajaran mereka.

Dengan banyaknya tanggungjawab atau tugas guru ini, maka tahap pengetahuan dan

kemahiran guru-guru terhadap penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran berada

pada tahap yang sederhana. Ini disokong oleh kajian Nazamud-din Alias (2004) yang mendapati

tahap keperluan latihan adalah besar. Maka guru-guru ini perlu menjalani program latihan yang

tersusun dan komprehensif bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan ICT

dalam pengajaran mereka.

9.3       Masalah Dalam Pengendalian Perkakasan ICT

Kajian yang dilaksanakan oleh Norhana Aini Mohamed Amin et al. (2008) mendapati 66.7%

guru matematik mengambil masa yang lama untuk memasang peralatan ICT berbanding guru

sains hanya 44.4%. Ini kerana peralatan ICT yang diperlukan untuk pengajaran telah

dilengkapkan di makmal-makmal sains manakala untuk matematik, guru perlu membawa dan

memasang sendiri peralatan ICT di dalam kelas seperti laptop, lcd, dan extension wire. Perkara

ini mendatangkan masalah kepada guru-guru yang tidak mempunyai kemahiran dalam teknikal

Page 14: Report trends 6

untuk pemasangan alatan tersebut secara tidak langsung ianya akan mengambil masa yang lama

untuk memasangnya.

Dapatan kajian Norhana Aini Mohamed Amin et al. (2008) juga mendapati bahawa

hanya 40% sahaja daripada guru matematik yang boleh mengatasi masalah teknikal yang

berlaku. Ini bermaksud 60% guru matematik tidak boleh mengatasi masalah teknikal yang

berlaku. Hal ini berikutan ketiadaan kakitangan terlatih untuk membantu mereka dalam

penggunaan media komputer dalam pengajaran. Berbanding guru sains yang mempunyai

makmal sendiri serta pembantu makmal yang dapat membantu mereka dalam menyediakan

peralatan ICT sebelum pengajaran bermula.

Selain itu, kajian Thomas O.J. (2006) menyatakan bahawa permasalahan guru adalah

dengan tidak boleh fokus kepada matematik. Kesannya, dengan menggunakan ICT ini para guru

hanya lebih memberi fokus terhadap peralatan-peralatan ICT tersebut. Ianya menjadikan guru

kaku di hadapan kelas untuk mengajar. Penggunaan komputer tidak mengubah kemahiran

mengajar seseorang guru. Perkara ini disokong oleh pelajar dari SMK Melaka, SMK Terengganu

dan SMK Perak yang telah ditemuduga di mana menyatakan bahawa pembelajaran menjadi

bosan kerana guru tidak berfungsi di hadapan.

10.0     Cadangan

Daripada kekangan-kekangan tersebut, di sini dinyatakan beberapa cadangan yang boleh diambil

kira oleh pihak tertentu untuk mengatasi permasalahan-permasalahan yang ada. Di antaranya

adalah:

1) Kerajaan perlu menyediakan bilik darjah yang boleh akses kepada internet secara terus

untuk melaksanakan proses pengajaran menggunakan ICT dengan lebih efektif.

2) Kerajaan haruslah mengkaji dan menilai semula keberkesanan penggunaan perisian

kursus yang dibekalkan untuk P&P.

3) Guru perlulah bersedia untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi

menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah

konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.

Page 15: Report trends 6

4) Guru haruslah mengambil inisiatif lain selain mengharapkan kepada kursus yang diberi

kerana kemahiran komuter guru bergantung kepada minat dan kekerapan seseorang guru itu

menggunakan komputer.

11.0     Kesimpulan

Walaupun dengan penggunaan teknologi dapat menjadikan pelajar lebih seronok, namun

terdapat pelbagai kekangan yang harus diambil kira sebelum dapat menjalankan perlaksanaannya

secara menyeluruh. Ini berdasarkan kepada sumber yang digunakan, kemampuan pelajar dan

juga kelengkapan prasarana yang diperlukan untuk menjalankan pembelajaran berasaskan

teknologi tersebut.

Selain itu, kesediaan guru juga penting di dalam penggunaan ICT untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran ini. Ini kerana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

berasaskan teknologi maklumat adalah merujuk kepada kebolehan guru dalam mengintegrasikan

aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar untuk

belajar dari bahan yang disediakan.

Hal ini kerana menurut Hillis, P. (2002), penggunaan ICT dalam P&P harus menekankan

kepada aspek pedagogi dan bukannya teknologi. Jika guru mengajar tanpa kesediaan yang

mencukupi, apa yang ditakuti akan berlaku adalah guru lebih menekankan kepada teknologi

berbanding aspek pedagogi sekaligus murid juga akan lebih mementingkan teknologi berbanding

isi pelajaran mereka seperti mana Thomas M.O.J. (2006) yang menyatakan :

“Reliance on technology rather than understanding content and sometimes some students

rely too heavily on technology without really understanding basic concept and unable too

calculate by hand ”

            Dengan itu, penggunaan ICT di dalam matematik terdapat pelbagai cabarannya dan ianya

hanya dikatakan sesuai untuk diajar pada topik-topik tertentu sahaja. Ini kerana penerangan guru

masih diperlukan untuk memastikan pelajar memahami konsep asas subjek tersebut.