6)bab 4 p'atur'n iee njbe latest 231207 done

7
BAB 4 : PERATURAN IEE DAN JBE 4.1 KABEL I Setiap pengalir yang tidak mudah lentur yang digunakan untuk pemasangan kendalian voltan rendah hendaklah dipilih dari jenis pengalir yang sesuai. II Setiap kabel mudah lentur dan kod mudah lentur bagi kegunaan voltan rendah mestilah dipilih dari jenis yang sesuai. Ini sama dengan pvc dan getah. III Jenis penebat dan sebarang perlindungan bagi setiap kabel untuk pendawaian tetap mestilah dilindungi dari berlakunya kerosakan mekanikal, iaitu rosak seperti terkena wap, suhu dan karat. IV Saiz bagi pengalir tak bertebat atau pengalir kabel mestilah sesuai untuk susutan voltan dari punca penggunaan ke beban. Susunan voltan ini tidak melebihi 2.5% dari voltan bekalan. 36

Upload: kaixer-rhinox

Post on 24-Jun-2015

129 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6)BAB 4 P'Atur'n IEE nJBE Latest 231207 Done

BAB 4 : PERATURAN IEE DAN JBE

4.1 KABEL

I Setiap pengalir yang tidak mudah lentur yang digunakan untuk

pemasangan kendalian voltan rendah hendaklah dipilih dari jenis pengalir

yang sesuai.

II Setiap kabel mudah lentur dan kod mudah lentur bagi kegunaan voltan

rendah mestilah dipilih dari jenis yang sesuai. Ini sama dengan pvc dan

getah.

III Jenis penebat dan sebarang perlindungan bagi setiap kabel untuk

pendawaian tetap mestilah dilindungi dari berlakunya kerosakan

mekanikal, iaitu rosak seperti terkena wap, suhu dan karat.

IV Saiz bagi pengalir tak bertebat atau pengalir kabel mestilah sesuai untuk

susutan voltan dari punca penggunaan ke beban. Susunan voltan ini tidak

melebihi 2.5% dari voltan bekalan.

36

Page 2: 6)BAB 4 P'Atur'n IEE nJBE Latest 231207 Done

v) Kabel tak boleh lentur bagi voltan rendah hendaklah dipilih daripada

salah satu jenis yang berikut, bersesuian dengan pendawaian British

( B.S ), bagi apa pun jenis kabel yang digunakan luas keratan rentas

sama ada 10mm atau kurang, hendaklah dibuat daripada kuprum

yang bersarung dengan PVK atau plumbum atau PNMK ( Perencat

Nyalaan Minyak Dan Kepanasan ) untuk perenggang kabel ( ariel )

dibolehkan berada bersama-sama dengan dawai ketenori.

vi) Kabel PVK yang tidak berperisai bertebat PVK.

vii) Kabel bertebat PVK yang berperisai PVK ( BS 6364 ).

viii) Kabel bertebat PVK, pengalir kuprum sepusat yang berasingan.

ix) Kabel bertebat getah.

x) Kabel bertebat kertas terisi tepu bersarungkan aluminium atau

kuprum.

xi) Kabel bertebat bahan galian yang bersarungkan kuprum atau

aluminium kecuali kabel yang bertebat bahan galian yang

mempunyai pengalir kumpum @aluminium yang bersarungkan

aluminium pengalir aluminium yang digunakan itu lebih besar

daripada 10mm dan boleh terus digunakan selagi ia masih sesuai.

xii) Kabel konsak ( BS 5593 )

xiii) Kable yang diluluskan oleh peraturan 12 dalam peraturan pembekal

elektrik.

4.1 ROS SILING

Ros Siling tidak boleh dipasang untuk voltan yang melebihi daripada voltan

rendah.

Kabel hidup tidak boleh di sambung ke ros siling.

Tidak boleh disambung lebih daripada satu kod mudah lentur pada satu ros

siling .

Punca bumi di ros siling mestilah di sambung kepada pengalir terus ke bumi.

37

Page 3: 6)BAB 4 P'Atur'n IEE nJBE Latest 231207 Done

4.2 PEMASANGAN SOKET ALIR KELUAR DAN PLUG

Kadar arus bagi kabel dalam litar jejari tidak boleh kurang dari fius atau

pemutus litar yang mengawal litar kecil akhir.

Setiap soket kembar atau berbilang adalah dianggap sebagai satu soket

sahaja.

Sambungan plug dan soket alir keluar adalah seperti :

Huruf “ L “ – Wayar Hidup

Huruf “ N “ – Wayar Neutral

Huruf “ E “ – Wayar Bumi

4.3 LITAR AKHIR LAMPU

Bagi menentukan litar akhir lampu, jumlah permintaan arus mestilah sesuai

dengan alat perlindungan litar.

Setiap litar akhir lampu mestilah dilindungi dengan alat perlindungan arus

norminalnya 5A dan bilangan maksima beban yang boleh disambung iaitu

10 unit.

Bagi menentukan litar akhir lampu discas jumlah permintaan arus mestilah

didarabkan dengan 1.8 dan sesuai dengan alat perlindungan litar.

Kapasiti membawa arus kabel mestilah tidak boleh kurang daripada kadaran

alat perlindungan.

38

Page 4: 6)BAB 4 P'Atur'n IEE nJBE Latest 231207 Done

4.4 LITAR AKHIR ( KEPERLUAN UMUM )

Bagi sesuatu pemasangan yang mempunyai lebih daripada satu litar

akhir, setiap litar itu mestilah disambung kepada fius atau pemutus

litar yang berasingan dalam kotak fius agihan.

Pendawaian bagi setiap litar akhir mestilah diasingkan daripada litar

kecil yang lain. Bagi memudahkan tujuan pemeriksaan pengaliran

neutral hendaklah disambung didalam kotak fius agihan. Sama

seperti pengaliran fasa.

Kapasiti membawa arus kabel yang digunakan di setiap litar akhir

mestilah tidak boleh kurang daripada kadar arus norminal alat

perlindungan litar kecuali bagi litar akhir gelang.

Soket alir keluar mestilah dipasang sekurang-kurangnya 150mm dari

lantai.

Apabila soket alir keluar dipasang mestilah dikawal supaya air tidak

dapat masuk.

Punca bumi soket alir keluar disambung ke pengalir keterusan bumi

litar kecil akhir.

Tidak dibenarkan dipasang pada bilik mandi.

Soket alir keluar tidak boleh digunakan pada voltan bekalan yang

melebihi 250V kecuali ia dibuat khas.

4.5 PEMASANGAN SUIS

39

Page 5: 6)BAB 4 P'Atur'n IEE nJBE Latest 231207 Done

Dipasang 2 dawai bekalan. Satu daripadanya mestilah berbumi. Semua

suis dan alat kawalan satu kutub mestilah disambung ke dawai hidup

sahaja.

Setiap suis pemutus litar yang tidak diketahui tugasnya mestilah ditanda.

Suis yang digunakan untuk mengawal peralatan lampu dan peralatan

elektrik mestilah diasingkan daripada peralatan tersebut kecuali pengalir

hidup suis hendaklah sependek yang boleh dan dihadang sekelilingnya.

Arus minima bagi setiap suis yang mengawal litar lampu dicas mestilah tidak

boleh kurang daripada 2 kali ganda jumlah arus tetap yang mengalir didalam

litar.

Sekiranya suis tersebut digunakan untuk mengawal litar lampu discas atau

filamen, arus minimanya mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah arus

lampu tersebut dan 2 kali ganda jumlah arus tetap bagi lampu discas

4.7 ALAT PERLINDUNGAN

40

Page 6: 6)BAB 4 P'Atur'n IEE nJBE Latest 231207 Done

Alat perlindungan arus lebih hendaklah dipasang kepada bahagian

permulaan litar.

Kadaran arus mestilah tidak melebihi kadaran arus wayar yang paling kecil

melainkan litar gelang.

Alat pelindungan arus berlebihan boleh dikadarkan 2 kali ganda kadaran

arus wayar jika :

i. Wayar digunakan untuk menyambung alat kawalan utama.

ii. Wayar tersebut mestilah tidak lebih daripada 2 meter

panjangnya.

iii. Wayar yang digunakan untuk menyambung papan fius agihan

kepada sistem kawalan utama.

41

Page 7: 6)BAB 4 P'Atur'n IEE nJBE Latest 231207 Done

39