diorama aquarium done

14
MATAPELAJARAN : Dunia Seni Visual AKTIVITI : Diorama TAHUN : 4 Amanah MASA : 9.30 pagi 10.30 tengahari (60 minit) TARIKH : 11 September 2015 MODUL : Membentuk Dan Membuat Binaan TAJUK : Aquarium TEMA : Alam Semula Jadi ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK) : Elemen kreativiti dan inovasi, Teknologi dan Maklumat Komunikasi (TMK), keusahawanan, nilai murni

Upload: previn-harry

Post on 08-Sep-2015

298 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nnjnkmlmojoijnunbhjvhgbjknmlkmomiubhybjnkjkmlkmolkm

TRANSCRIPT

MATAPELAJARAN: Dunia Seni Visual

AKTIVITI : Diorama

TAHUN: 4 Amanah

MASA: 9.30 pagi 10.30 tengahari (60 minit)

TARIKH: 11 September 2015

MODUL: Membentuk Dan Membuat Binaan

TAJUK : Aquarium

TEMA : Alam Semula Jadi

ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK): Elemen kreativiti dan inovasi, Teknologi dan Maklumat Komunikasi (TMK), keusahawanan, nilai murni

STANDARD KANDUNGAN: 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, kepelbagaian serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan diorama.2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan diorama. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan diorama. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN:

3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada diorama.3.1.1 Unsur seni3.1.1.1 Bentuk - konkrit3.1.1.2 Ruang - nyata3.1.2 Prinsisp Rekaan3.1.2.1 Kepelbagaian - bahan dan warna dan saiz3.1.2.2 Ritma dan pergerakan objek

3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan diorama.3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media3.2.1.1 Alat - gunting, gam3.2.1.2 Bahan - kotak kasut, benang, lidi, krayon atau pensel warna, cat poster, berus cat, pensel, pasir, cengkerang laut, dan mangkuk kertas, gambar-gambar kehidupan laut3.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya3.2.2.1 Teknik - gabungan pelbagai teknik (montaj, kolaj, lukisan dan lain- lain).

3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan diorama secara kreatif.3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan diorama

3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual.3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan3.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya3.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1. menyatakan dan menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam menghasilkan diorama aquarium,2. mengenal media, proses dan teknik dalam penghasilan diorama aquarium,3. menghasilkan diorama aquarium menggunakan pelbagai teknik (montaj, kolaj, lukisan dan lain- lain) dan; 4. berasa bangga dengan hasil karya sendiri dan rakan.

PELAKSANAANLANGKAHAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)CATATAN

Set Induksi (5 Minit) 1. Guru menayangkan lagu yang bertajuk Lets Go To Beach . 2. Guru mula menyanyi lagu tersebut dengan membuat pergerakan anggota badan yang kemudiannya diikuti oleh murid-murid. 3. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang lagu yang dinyanyikan bersama-sama. Contohnya: a. Apakah yang anda dapat dilihat dalam video tersebut?Murid-murid: pelbagai jenis kehidupan laut.b. Nyatakan kehidupan laut yang anda tahu selain daripada yang terdapat dalam video tadi.Murid-murid: ketam, sotong, tapak sulaiman dan ikan. 4. Guru menghubungkaitkan video yang ditayangkan dengan dengan pengajaran iaitu penghasilan diorama aquarium.

EMK- TMK

KBKK- menjana Idea- menghubung kait

Nilai Murni - kesungguhan

EMK Keusahawanan : EK 1 (1.14 Boleh membina jaringan sosial). Indikator : Murid - boleh berkomunikasi dengan baik

Persepsi Estetik (10 Minit) 1. Guru menerangkan definisi diorama kepada murid-murid dengan menunjukkan contoh-contoh diorama menggunakan perisian microsoft power point dengan iringan lagu. 2. Kemudian, guru bertanya kepada murid tentang bahasa seni visual yang terdapat pada diorama yang ditayangkan. Contohnya : a) Apakah unsur seni visual yang terdapat pada diorama yang cikgu tunjukkan?Murid-murid : ruang yang nyata, warna dan saiz objek yang pelbagai serta objek konkrit.3. Guru menerangkan unsur seni visual dan prinsip rekaan dari segi bentuk, ruang serta kepelbagaian saiz, warna dan bahan yang terdapat pada diorama. EMK- TMK

KBKK - menganalisis - menghubung kait- membanding beza

Nilai Murni- keyakinan

EMK Keusahawanan : EK 1 (1.14 Boleh membina jaringan sosial). Indikator : Murid - boleh berkomunikasi dengan baik

Aplikasi Seni (8 minit)1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid berkaitan dengan bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan diorama aquarium.

Contohnya : a) Apakah bahan-bahan yang kita boleh guna untuk menghasilkan diorama aquarium ?Murid-murid: Kita boleh menggunakan kota kasut, lidi, benang dan gambar-gambar binatang laut.2. Guru memperkenalkan bahan-bahan seperti gunting, kotak kasut, gam, benang, lidi, krayon atau pensel warna, cat poster, berus cat, pensel, pasir, cengkerang laut, dan mangkuk kertas.

Guru menunjukkan bahan-bahan untuk menghasilkan diorama aquarium

3. Guru memastikan setiap murid menggunakan bahan dan peralatan di atas dengan selamat semasa penghasilan diorama aquarium. Contohnya: Murid-murid menggunakan surat khabar sebagai alas semasa mengecatkan kotak kasut menggunakan cat poster. EMK - Kreativiti dan Inovasi

KBKK - menghubung kait- membanding beza

Nilai Murni- keberanian - keyakinan

EMK Keusahawanan :EK1 Berorientasikan masa depan.

Indikator : Murid boleh berimaginasi terhadap sesuatu yang belum berlaku boleh membuat perancangan

Ekspresi Kreatif (20 minit)1. Guru membahagikan 30 orang murid kepada 6 kumpulan. 2. Setiap kumpulan dilantik seorang ketua dan tugasan bagi setiap ahli kumpulan dibahagikan oleh guru terlebih dahulu.3. Kemudian, guru memastikan setiap kumpulan mempunyai bahan serta peralatan untuk menghasilkan diorama aquarium. 4. Guru juga menunjukkan contoh diorama aquarium yang siap sedia oleh guru. 5. Murid melihat, meneliti dan memegang contoh hasil karya tersebut. 6. Murid-murid bersoal jawab dengan guru akan cara-cara untuk menghasilkan diorama aquarium .7. Guru membuat demonstrasi akan cara menghasilkan diorama aquarium secara berperingkat-peringkat kepada murid-murid. 8. Murid-murid melihat cara yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti.9. Setiap kumpulan mula menghasilkan diorama aquarium kemudian menamakan diorama aquarium masing-masing mengikut kreativiti. 10. Guru membimbing murid-murid dari awal hingga akhir dalam penghasilan diorama aquarium yang cantik. 11. Murid-murid melakukan aktiviti penghasilan diorama aquarium dengan bimbingan guru.LANGKAH-LANGKAH

Aquarium Haritha

Mulakan dengan mengecat bahagian dalam kotak dengan cat poster biru.

EMK - Kreativiti dan Inovasi- keusahawanan

KBKK - mereka cipta - membuat urutan

Nilai Murni- kesungguhan- keberanian - keyakinan

EMK Keusahawanan :EK1Daya kreativiti dan inovasi.

IndikatorMurid: boleh mencipta atau merekacipta sesuatu

EK2Malaksanakan idea dalam bentuk produk teknologi abstrak atau konkrit.

Indikator: Murid : boleh mengaplikasi ilmu/ teknologi untuk merealisasikan idea yang telah dipilih.

Apresiasi Seni (10 minit)

1. Setelah menyiapkan diorama aquarium, setiap kumpulan diminta untuk mempamerkan diorama masing-masing di hadapan kelas. 2. Semua murid diberi masa untuk melihat akan hasil karya kumpulan-kumpulan yang lain.3. Kemudian secara rawak, guru bertanya akan perasaan murid-murid sepanjang aktiviti ini.4. Murid-murid menceritakan hasil kerja dan perasaan mereka di hadapan kelas. Contohnya : a) Apakah perasaan anda sepanjang aktiviti ini? Murid: Saya berasa seronok dan gembira, kerana saya dapat mempelajari cara membuat diorama bersama-sama dengan rakan-rakan saya. 5. Kemudian guru memberi pujian atas usaha yang diambil oleh semua murid dalam penghasilan diorama aquarium yang sangat kreatif dan sebagai tanda penghargaan guru meminta semua murid-murid untuk menepuk tangan untuk diri mereka sendiri. EMK - Kreativiti dan Inovasi

KBKK - mereka cipta - membuat urutan

Nilai Murni- kesungguhan- kerjasama - keyakinan

EMK Keusahawanan : EK5Prinsip ketelusan.

Indikator: Murid: menyatakan atau menyampaikan maklumat dengan betul atau jelas

Penutup (5 minit)

1. Guru merumuskan pelajaran hari ini dengan menerapkan nilai murni memelihara flora dan fauna dengan menyanyikan lirik lagu Flora dan Fauna oleh Amy Mastura bersama-sama dengan murid-murid. EMK - TMK

KBKK- merumus

Nilai Murni- bersyukur - menghargai

REFLEKSI25 murid-murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan 5 orang murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembelajaran yang akan datang.

PENGHAYAAN Murid-murid yang dapat mencapai objektif pembelajaran diberikan tugasan untuk menghasilkan origami taman bunga.

PEMULIHANMurid-murid yang tidak dapat mencapai objektif pembelajaran diberikan semula aktiviti menghasilkan diorama aqarium.

LAMPIRAN

GURU MENUNJUKKAN BAHAN-BAHAN UNTUK MENGHASILKAN DIORAMA AQUARIUM

GURU MENUNJUKKAN CONTOH-CONTOH DIORAMA.

GURU MENUNJUKKAN DIORAMA AQUARIUM YANG SEDIA DISIAP.

Flora dan Fauna hidup di duniaMemberi makna pada makhluk segalaNamun kita lupa untuk peliharaKeseimbangannya air dan udara

Hutan dan rimba yang memeliharaUdara dan air juga untuk manusiaPembalasan kita kepada jasa ciptaanTuhan Maha KuasaDengan meracun, menghapus dan mencemarAlangkah sedihnya

(KORUS)Kawan oh mengapaKita biar kehidupan di duniaPupus hingga kura-kuraMenggelengkan kepala(MENITIS AIR MATA)LIRIK LAGU FLORA DAN FAUNA OLEH AMY MASTURA