ketaksamaan peluang pendidikan (done)

35
KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN 1.0 PENDAHULUAN merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein (Perutusan Hari Guru, 2006) Pernyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishamuddin (2006) tentang pentingnya kesamarataan dalam memberikan peluang pendidikan kepada semua rakyat Malaysia. Berkaitan hal ini, beliau menegaskan supaya ketidaksamaan peluang ini dapat dihapuskan supaya para pelajar mendapat pendidikan yang sama rata. Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat penting kepada pembangunan negara. Ini kerana pendidikan merupakan penyalur kepada modal insan negara. Namun begitu, masih terdapat ketaksamaan peluang pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik di Malaysia. Dalam konteks pendidikan, pendemokrasian pendidikan bererti memberi peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkannya. Kesamaan peluang pendidikan merujuk kepada kesamaan hasil jika diberi input secara individu yang sama (Coleman, 1968 : 14). Manakala konsep ketidaksamaan boleh ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan peralatan, peluang kerjayaan dan sebagainya (Noriati A. Rashid, 2011: 69). Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kedudukan sekolah, latar belakang pelajar, status sosial 1

Upload: vener-js

Post on 29-Apr-2017

2.332 views

Category:

Documents


220 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

1.0 PENDAHULUAN

“ … merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara

bandar dengan luar bandar; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ;

jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas; agar tidak

ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.”

YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein

(Perutusan Hari Guru, 2006)

Pernyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishamuddin (2006)

tentang pentingnya kesamarataan dalam memberikan peluang pendidikan

kepada semua rakyat Malaysia. Berkaitan hal ini, beliau menegaskan supaya

ketidaksamaan peluang ini dapat dihapuskan supaya para pelajar mendapat

pendidikan yang sama rata. Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat

penting kepada pembangunan negara. Ini kerana pendidikan merupakan

penyalur kepada modal insan negara. Namun begitu, masih terdapat

ketaksamaan peluang pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik di Malaysia.

Dalam konteks pendidikan, pendemokrasian pendidikan bererti

memberi peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkannya.

Kesamaan peluang pendidikan merujuk kepada kesamaan hasil jika diberi

input secara individu yang sama (Coleman, 1968 : 14). Manakala konsep

ketidaksamaan boleh ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan

kepercayaan bahawa terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok

etnik lain dengan kumpulan atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti

kemudahan peralatan, peluang kerjayaan dan sebagainya (Noriati A. Rashid,

2011: 69). Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin

disebabkan oleh beberapa faktor seperti kedudukan sekolah, latar belakang pelajar, status sosial ekonomi, pencapaian akedemik, minat pelajar, peluang hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa.

Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (Sistem Feudal) dan

masih tidak dapat dihapuskan sehingga zaman globalisasi ini. Rakyat

1

Page 2: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

bawahan, golongan pembesar, dan golongan istana menerima sistem

pendidikan yang berbeza. Diteruskan lagi pada zaman penjajah. Pada masa

itu, jurang pendidikan telah pun wujud kerana pihak penjajah telah

mewujudkan jurang antara kaum pendekatan divide & rules bertujuan

mengelakkan pembangkitan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA KETAKSAMARATAAN MASIH BERTERUSAN

Terdapat beberapa faktor yang sering kali menyebabkan

ketaksamarataan peluang pendidikan ini berlaku dalam kehidupan kita pada

masa kini.

2.1 Jurang Kelas Sosial

Kelas sosial merujuk kepada lapisan sosial atau kedudukan sesuatu

kelompok yang sama dalam masyarakat tanpa membezakan apakah dasar

pembahagian kelas itu sama ada dari segi kewangan, kuasa, politik,

pekerjaan atau dasar lain (Noriati A. Rashid, 2011: 70). Ketaksamaan

peluang pendidikan boleh wujud dalam sesuatu kumpulan kaum itu sendiri

atau juga antara kaum. Sebagai contohnya, Masyarakat Melayu iaitu

golongan pembesar dan rakyat bawahan; Masyarakat India iaitu kasta dalam

masyarakat manakala bagi Masyarakat Cina iaitu antara golongan berada

dan kurang berkemampuan.

Konsep diskriminasi pula ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran

dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap

kelompok etnik yang lain. Hal Ini mudah berlaku apabila wujud prejudis dan

stereotaip dalam sesebuah masyarakat. Diskriminasi boleh berlaku dalam

pelbagai bentuk iaitu sama ada individu atau kumpulan etnik serta mencapai

tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara

terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

Ketaksamaan Peluang Pendidikan juga merupakan satu bentuk

diskriminasi yang perlu dielakkan. Diskriminasi dan ketaksamaan peluang

2

Page 3: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya kelas sosial masyarakat

dari Sistem Feudal lagi. Hal ini kerana rakyat bawahan, golongan pembesar

dan golongan istana menerima sistem pendidikan yang berbeza. Di samping

itu, pihak penjajah meneruskan dasar yang sama yang mana anak-anak dari

golongan pentadbir dan pembesar diberikan peluang untuk belajar di sekolah

yang dikhaskan untuk mereka.

Ketidaksamaan sosial (Social Inequality) merujuk kepada

ketidaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam

kedudukan sosial berbeza akibat daripada sistem stratifikasi sosial. Menurut

Rohand Meighan (1986), beliau mengatakan bahawa ketidaksamaan sosial

mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan sesuatu bangsa yang

sama. Berdasarkan Max Weber (1989), beliau mengatakan terdapat 5 Kelas

Sosial iaitu golongan bangsawan (Aristokrat), golongan pertengahan atasan

(profesional), golongan pertengahan bawahan, kelas pekerja (kolar biru) dan

golongan bawahan (kelulusan amat rendah). Ini jelas bahawa ketaksamaan

kelas sosial telah mencetus keadaan ketaksamaan peluang-peluang

terutamanya dalam peluang pendidikan.

Dari aspek ekonomi, keluarga yang kaya lebih berupaya untuk

menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Sebaliknya keluarga yang miskin tidak mampu untuk menghantar anak

mereka untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Bagi

masyarakat di kawasan luar bandar pula, mereka biasanya mengamalkan

pekerjaan tradisional untuk sara diri. Mereka tidak berupaya mendapat

pendapatan yang banyak melalui sektor ekonomi traditional dan secara tidak

langsung keadaan ini akan menjejaskan perbelanjaan mereka termasuk

menampung perbelanjaan untuk persekolahan anak-anaknya. Selain itu,

sesetengah ibu bapa lebih mengalakkan anak mereka mewarisi pekerjaan

tradisi keluarga daripada melanjutkan pelajaran ke bandar dan meninggalkan

kampung. Memang tidak dapat dinafikan bahawa isu kemiskinan merupakan

salah satu faktor utama yang menyebabkan berlakunya jurang pendidikan di

negara kita. Oleh yang demikian, peluang pendidikan bagi pelajar-pelajar di

luar bandar agak terhad atas kesempitan kewangan dan kemudahan

3

Page 4: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

mendapatkan pendidikan yang sempurna. Adalah menjadi lumrah di mana

susun lapis kedudukan sosial, masih terdapat golongan kerja yang miskin.

Menurut kajian Saifuddin Hj Masduki (1977) mendapati terdapat

hubungan signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan

ibubapa dan tahap pendidikan ibubapa. Sebagai contohnya, semakin tinggi

pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi tahap

pencapaian akademik anak-anak mereka. Rusli Md Zain (1988), dalam

kajiannya juga melaporkan terdapat hubungan positif di antara pencapaian

akademik dengan pendapatan keluarga. Fakta ini dapat diperkukuhkan lagi

dengan keadaan pencapaian murid-murid luar bandar adalah kurang

daripada murid-murid bandar ini dapat dilihat dalam tahun 80-an (Victort. King

1992:376). Ibubapa yang berpendapatan tinggi akan dapat memenuhi segala

perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka dengan mudah jika

berbanding dengan keluarga yang miskin. Sebagai contohnya, tahap

kesihatan seperti kemudahan mendapatkan rawatan, makanan berkhasiat

dan kawalan penyakit juga menjadi punca kepada penerimaan peluang

belajar dalam kalangan murid. Selain itu, persekitaran tempat tinggal yang

lengkap dengan kemudahan asas turut memberikan impak kepada jurang

pendidikan. Hal ini membuktikan bahawa tahap pendidikan yang secukupnya

perlu diberikan kepada semua murid agar tahap ekonomi mereka juga terus

bertambah baik.

Dari segi kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) juga,

jurang digital berlaku kerana kelas sosial mereka yang baik dapat

menyediakan pelbagai jenis peralatan seperti komputer, perisian komputer

canggih dan internet supaya murid dapat mengakses maklumat dan bahan

bantuan pembelajaran dengan cepat dan pantas. Sebaliknya golongan

kurang kemampuan tidak dapat perolehan maklumat dengan mudah kerana

terbatas akibat daripada kurang kemampuan membekalkan peralatan dan

akses internet. Hal tersebut berkait rapat dengan peluang pendidikan di mana

akses melalui internet dapat menyediakan skop tanpa sempadan untuk

pelajar daripada kelas sosial tinggi bagi merebut peluang pendidikan.

4

Page 5: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

Kesimpulannya, hal ini dapat menjelaskan bahawa masalah

ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia masih berterusan sehingga kini

disebabkan oleh masalah jurang kelas sosial yang berbeza antara

masyarakat.

2.2 Jurang Jantina (Perbezaan layanan di antara lelaki dan perempuan)

Ketidaksamaan peluang pendidikan mengikut jantina telah berlaku

sejak sekian lama lagi. Pada zaman penjajahan, peluang melanjutkan

pengajian diutamakan untuk golongan lelaki manakala golongan wanita

seolah-olah dinafikan peluang untuk menerima pendidikan pada ketika itu.

Pada tahun 1892, pendidikan rendah diwajibkan kepada kanak-kanak lelaki

dan diberi secara percuma (Victort. King, 1992:367). Sesebuah masyarakat

tidak ada imbangan sekiranya menghadapi masalah dalam bilangan jantina,

sama ada jumlah lelaki lebih daripada perempuan atau sebaliknya (Noran

Fauziah,1987).

Menurut kajian Sharifah Alwiah Alsagoff (1985: 210-211) melaporkan

bahawa kadar enrolmen murid perempuan adalah lebih rendah berbanding

dengan kadar enrolmen murid lelaki bagi semua ras di Malaysia. Perbezaan

kadar enrolmen ini paling besar di kalangan orang-orang miskin, dan yang

tinggal di luar bandar. Menurut kajian United Nation pada tahun 2011, 64%

daripada penduduk dunia yang buta huruf merupakan wanita. Kebanyakan

ibu bapa yang miskin akan memberi keutamaan kepada lelaki untuk

menghadiri sekolah kerana mereka berpendapat bahawa wanita belajar

banyak merupakan satu pembaziran. Kebanyakan ibubapa dari pelbagai

masyarakat percaya bahawa anak lelaki mereka berupaya mencapai

kejayaan dibandingkan dengan anak perempuan. Oleh itu mereka lebih

mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan. Bagi anak-anak

perempuan pula, mereka diharapkan untuk tinggal di rumah bagi membantu

membuat kerja rumah.

Ibubapa juga kurang memberi sokongan untuk anak perempuan

mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi. Ibubapa beranggapan

bahawa anak perempuan tidak perlu mendapat pendidikan yang tinggi kerana

akhirnya mereka akan berumah tangga. Hasil kajian mendapati bahawa kadar

5

Page 6: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

pencapaian murid perempuan di Pengajian Tinggi telah meningkat daripada

0.5% pada tahun 1970 kepada 4.9% pada tahun 1991. Peningkatan

pencapaian dalam pendidikan formal telah mempengaruhi kadar penglibatan

guna tenaga. Tambahan pula, Bernama 2008 pernah mengeluarkan

kenyataan 65.3% pelajar institut pengajian tinggi adalah perempuan (sesi

akademik 2008/09) dan hanya 34.7% terdiri daripada pelajar lelaki. Kajian ini

membuktikan bahawa peluang pendidikan harus diberi secara sama rata

terhadap jantina lelaki dan perempuan.

Seorang penyelidik Aminah Ahmad (2000), beliau menyatakan bahawa

penglibatan wanita menggalakkan tetapi masih wujud segreagasi mengikut

gender terutamanya dalam pendidikan sekolah menengah teknik atau

vokasional, dan juga institusi pengajian tinggi khususnya di politenik (IPT). Di

pusat pengajian tinggi, kebanyakan ruang dan peluang untuk berjaya

dimonopoli oleh golongan perempuan. Oleh yang demikian ketaksamaan

dalam pendidikan kesannya dalam pencapaian akademik kini amat ketara di

mana golongan perempuan lebih dominan di IPT.

Seterusnya, mereka masih beranggapan bahawa kaum lelaki adalah

lebih hebat dan berkemampuan untuk mengendalikan semua jenis perkara

berbanding dengan kaum perempuan. Amalan ini masih diamalkan sehingga

kini terutamanya masyarakat luar bandar. Dari aspek pendidikan, kebanyakan

murid perempuan dan lelaki lebih cenderung untuk memilih mata pelajaran

yang bersifat lebih kearah mereka. Dapat disimpulkan pemilihan ini secara

langsung akan menjadi ketaksamaan pendidikan terus dalam masyarakat

kita. Oleh itu, peluang pendidikan antara jantina juga masih wujud

ketaksamaan peluang pendidikan khususnya dalam kalangan ibu bapa di luar

bandar.

2.3 Kekurangan Kemudahan Asas

Berdasarkan Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), terdapat

pelbagai program pendidikan telah dirancang bagi merapatkan jurang

perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara yang kaya dengan yang

6

Page 7: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembangunan sumber

dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama. Ini merupakan

salah satu cara sebagai panduan kepada kerajaan untuk mengimbangkan

ketidaksamaan peluang pendidikan di Malaysia terutamanya dalam aspek

menyediakan kemudahan yang lengkap di sekolah. Perkembangan

pendidikan di Malaysia pada peringkat awalnya lebih tertumpu kepada

pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama

negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan dan

peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih serta sumber yang mencukupi.

Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan

pedalaman adalah amat terhad.

Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat perbezaan pendidikan

antara bandar dan luar bandar. Didapati bahawa jurang pendidikan antara

sekolah bandar dan luar bandar masih ketara terutamanya daripada aspek

kemudahan-kemudahan asas dan sumber pendidikan. Sekolah luar bandar

sering mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur di sekolah.

Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan

dalam peluang pendidikan. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein,

Menteri Dalam Negeri telah mendedahkan sehingga September 2006, masih

terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah di

Malaysia masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Menurut beliau,

kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali sebanyak 1,517

buah sekolah rendah dan 68 buah sekolah menengah tidak mempunyai

bekalan air awam.

Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid, secara tidak langsung

menjadi sebagai satu halangan atau beban kepada murid untuk menuntut

ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik

pergi ke sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri. Di samping itu, sikap

ibubapa di pedalaman yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak serta

diri mereka sendiri yang tidak berpelajaran turut memberi kesan negatif

terhadap pendidikan anak-anak mereka. Oleh itu, kerajaan perlu berusaha

merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar dengan

pembahagian sumber serta kemudahan secara adil dan saksama.

7

Page 8: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

2.4 Kurang Tenaga Pengajar terlatih

Isu ketaksamaan peluang pendidikan yang jelas adalah berpunca

daripada kekurangnya guru terlatih. Antaranya seperti terdapat kekurangan

guru dalam bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris; kurangnya guru

berkelayakan mengikut opsyen ditempatkan di pedalaman menimbulkan

masalah pengendalian aktiviti kokurikulum serta bilangan Guru Sandaran

Tidak Terlatih (GSTT) masih ramai di sekolah pedalaman. Kerajaan perlu

befikir wajar untuk menempatkan guru-guru di kawasan pedalaman. Majoriti

guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman pada masa sekarang ini

sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana. Kebanyakan mereka

hanya ingin mendapat elaun yang diberikan itu sahaja. Oleh itu, pihak

kerajaan perlu memilih tenaga-tenaga pengajar yang memang betul ingin ke

kawasan pedalaman dan mereka ini perlu diberikan lebih elaun. Dengan hal

demikian, akan mewujudkan suasana mengajar yang lebih kondusif.

Di samping itu, isu ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat

pedalaman juga berlaku disebabkan kurangnya guru pakar yang

berpengalaman dalam satu bidang. Kementerian Pendidikan Malaysia juga

menghadapi kesukaran menempatkan guru-guru terlatih dan berpengalaman,

terutamanya bagi mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan

pedalaman. Sebagai contoh, terdapat seramai 190,336 orang guru di sekolah

rendah dan 136,598 orang guru di sekolah menengah. Daripada jumlah

15,444 guru di sekolah rendah dan 2,895 guru di sekolah menengah ialah

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru dalam latihan dan guru sambilan

atau sementara. KPM menghadapi kesukaran menempatkan guru-guru

terlatih dan berpengalaman terutamanya bagi mata pelajaran kritikal di

kawasan luar bandar dan pedalaman. Bagi menyelesaikan masalah ini, KPM

melaksanakan program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) dan

pengambilan GSTT. Cabaran KPM adalah untuk memastikan guru terlatih

mengikut opsyen ditempatkan di semua sekolah di kawasan luar bandar dan

pedalaman bagi memastikan PDP berjalan dengan lancar dan berkesan

Sehubungan itu, lebih menarik lagi kementerian telah memutuskan akan

menambah baik insentif dan mewujudkan skim ansuran khusus kepada guru

8

Page 9: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan

kemudahan asas yang sempurna (Utusan Malaysia, Sabtu, 17 Jan. 2007).

Dapat disimpulkan bahawa kekurangan guru dalam bidang kritikal,

kekurangan guru–guru Pendidikan Khas, guru–guru lelaki mengikut opsyen

dan bilangan guru sandaran yang tidak terlatih yang masih ramai telah

menjadi punca ketaksamaan peluang pendidikan berlaku.

2.5 Kumpulan Minoriti

Kumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah

masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. Jumlah ini sangat kecil

dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain.

Menurut Kamus Dewan (2007), kumpulan minoriti merujuk kepada kumpulan

kecil masyarakat yang sama keturunan, agama, budaya ddan sebagainya

yang tinggal di sebuah tempat yang majoriti penduduknya berlainan

keturunan, agama dan sebagainya. Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu

mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Contohnya di Malaysia,

orang Melayu merupakan kumpulan majoriti manakala golongan Kadazan,

Iban, Bidayuh, Orang Asli dan kumpulan etnik yang lain merupakan kumpulan

minoriti (Noriati A. Rashid, 2011:76). Mereka hanya menerima pendidikan

tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibubapa mereka.

Golongan minoriti biasanya mempunyai masalah dalam komunikasi

disebabkan bahasa yang berbeza dan sering menjadi mangsa diskriminasi.

Oleh itu, kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak

terus tercicir dalam arus pendidikan. Diskriminasi terhadap mereka perlu

dihapuskan untuk memastikan mereka lebih selesa untuk mendapatkan

pendidikan mereka.

Orang asli dianggap sebagai kumpulan minoriti di Malaysia kerana

bilangannya tidak mencecah 141,230 orang (statistik 2005) dan kedudukan

mereka di pedalaman dan kawasan terpencil menyebabkan mereka terpinggir

dalam kebanyakan aspek (Noriati A. Rashid, 2011: 76). Orang Asli masih

terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang

9

Page 10: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

kurang lengkap di tempat tinggal. Kadar keciciran pendidikan Orang Asli di

Malaysia adalah 31,939 pada tahun 2008 (untuk tahap sekolah rendah dan

sekolah menengah) (Pemandu, 2008) merupakan antara isu yang perlu

ditangani secara bersama supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian

pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu

pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi. Cara

hidup Orang Asli yang berharmoni dengan alam persekitaran membolehkan

mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan

yang bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai

menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal,

2002).

Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Bong Muk Shin,

ibubapa Orang Asli masih belum memahami bahawa kepentingan pendidikan

dan kesedaran untuk belajar. Manakala hubungan kekeluargaan masyarakat

Orang Asli yang sangat rapat menjadikan murid-murid Orang Asli enggan ke

sekolah memandangkan jarak sekolah yang jauh dan mereka terpaksa tinggal

di asrama dan berpisah dengan keluarganya. Malah, katanya lagi,

kebanyakan pelajar perempuan tidak menyambung persekolahan ke

peringkat menengah kerana biasanya akan dikahwinkan pada usia yang

muda. Tambahan pula, kajian menunjukkan bahawa tahap pendidikan yang

rendah di kalangan Orang Asli menyebabkan mereka tidak mendapat peluang

pekerjaan bergaji tinggi. Sebahagian besar mempunyai pendapatan hanya di

bawah RM1000. Ini memberi impak yang besar untuk mewujudkan

ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan golongan Orang Asli.

Menurut Mustaffa Omar (2004), beliau menyatakan bahawa

kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang

rendah. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula melaporkan bahawa

minat belajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli masih berada dalam

tahap yang agak rendah di mana keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah

45.8% dan kadar buta huruf adalah 49.2% (Kadar Nasional 6.4%) serta 34.31

% murid Orang Asli tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara

46.28 % dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

Tambahan pula, kajian Kementerian Pelajaran, mendapati bahawa terdapat di

10

Page 11: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

kalangan ibu bapa Orang Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa

sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka. Majoriti ekonomi

Orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri

menyebabkan masalah kekurangan kewangan untuk menampung peluang

persekolahan kepada anak-anaknya. Dari aspek pendidikan, pencapaian

orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan

pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia.

Seterusnya, kebanyakan Orang Asli masih terpinggir dalam arus

pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di

kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air

bersih dan jalan, masih tidak diadakan. Biasanya pembekalan kemudahan-

kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai ke perkampungan Orang Asli.

Di sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi, prasaran seperti kipas, bilik

darjah yang selesa tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat Orang

Asli. Hal ini telah menyebabkan minat belajar dalam kalangan anak Orang

Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Ini turut didorong

oleh faktor persekitaran seperti ibu bapa yang kurang mengambil berat

mengenai pelajaran anak-anak mereka. Cara hidup mereka masih tertumpu

kepada hutan telah mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih

awal untuk mengikut bapa mereka misalnya mencari rotan, membantu di

ladang ubi dan menanam padi bukit. Taraf ekonomi yang rendah juga

menyebabkan kebanyakan kanak-kanak Orang Asli menghadapi masalah

kesihatan kerana tidak mendapat makanan yang seimbang. Faktor-faktor

tersebut telah memberi kesannya berlakunya keciciran pelajaran dalam

kalangan mereka sehingga mencetusnya ketaksamaan peluang pendidikan.

Dari aspek Indigenious, indigenious merujuk kepada kaum pribumi di

pendalaman Sabah dan Sarawak. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga

terdiri daripada pelbagai kaum, mereka dapat dibezakan dari segi kawasan

tempat tinggal. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban,

Bidayuh, Penan dan Kelabit. Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang

terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei. Masyarakat

indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal

jauh di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia

11

Page 12: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

luar. Mereka biasa tinggal di kawasan pendalaman dan sukar dihubungi oleh

pengangkutan awam.

Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat

indigenious kerana sistem pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah

air belum menyentuh sistem belajar asli (Indigenious Learning System)

masyarakat tradisional. Sistem belajar asli memiliki banyak aspek positif,

antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan

mempelajari sesuatu. Masyarakat indigenious masih belum bersedia

menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang

kepada budaya hidup tradisional mereka.

Sistem pendidikan di Malaysia dengan sistem belajar asli mempunyai

perbezaan dan kurang dapat dikaitkan antara satu sama lain. Hal ini kerana

penyataan sistem pendidikan nasional yang kurang memberi tumpuan

tehadap kesinambungan antara kurikulum sekolah dengan budaya belajar

yang mewarnai masyarakat tradisional. Sistem belajar asli masyarakat

indigenous diwarisi secara turun-temurun yang berpandukan pengalaman

merupakan satu proses pendidikan yang berbentuk manusiawi. Dikatakan

berbentuk manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan

perkembangan manusia.

Bagi masyarakat pedalaman pula, ketaksamaan peluang pendidikan

bagi masyarakat pedalaman berlaku disebabkan kerana kurangnya guru

pakar yang berpengalaman dalam satu bidang. Hal yang demikian

menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam

kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik.

Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-

murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada

kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri.

Dengan itu, kaedah pengajaran guru adalah penting bagi membolehkan

sebahagian besar pelajar tertarik dengan mata pelajaran. Sesetengah pelajar

yang poteng kelas dan benci kepada guru adalah disebabkan oleh cara

pengajaran guru yang tidak sesuai dan sukar difahami (Mohd Salleh Lebar,

2000:206). Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa

12

Page 13: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

pertuturan satu-satu kaum agar apa yang disampaikan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak

langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan

tahap pencapaian akademik mereka.

Pertumbuhan pusat bandar yang lembab turut memberi kesan kepada

sistem pendidikan di kawasan pedalaman. Hal ini juga akan mencetusnya

jurang digital iaitu perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT antara

lokasi dan penguasaan kemahiran ICT. Walaupun kini kerajaan telah

melaksanakan program kampung tanpa wayar, namum keluarga di luar

bandar masih tidak mampu untuk membayar bil internet dan penggunaanya

belum meluas. Kesimpulannya, isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan di

Malaysia masih lagi tidak dapat diselesaikan sepenuhnya. Isu-isu luar bandar

dan pedalaman masih lagi menjadi duri dalam daging.

Keadaan taburan etnik-etnik minoriti ini yang tidak sama rata dan

terpinggir dari arus kemajuan pendidikan menyebabkan mereka agak

terkebelakang dalam mendapat peluang pendidikan. Justeru kadar

perkembangan kemajuan mereka adalah tidak sama.

2.6 Murid Keperluan Khas

Murid berkeperluan khas merupakan golongan yang mengalami

pelbagai masalah kecacatan yang menyebabkan mereka bermasalah dalam

mendapatkan pendidikan seperti kanak-kanak normal. Mengikut Dr Chua Tee

Tee (1982), Murid Berkeperluan Khas merupakan satu program pendidikan

yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi

intelek, jasmani dan sosial atau emosi. Kanak-kanak yang berkeperluan khas

biasa menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu tingkah laku terbias. Kanak-

kanak ini juga bersifat pendiam, sensitif, pasif, tidak suka berkawan dan

mudah tersinggung. Murid keperluan khas juga didapati menghadapi tingkah

laku ketidakmatangan yang agak ketara iaitu kurang menumpukan perhatian

dalam pelajaran, tidak minat belajar dan sering berkhayal. Di samping itu,

mereka ini sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin

13

Page 14: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

sekolah seperti memeras ugut, mencuri dan ponteng. Mereka mempunyai

tingkahlaku yang suka menentang autoriti, tidak mematuhi undang-undang,

kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang lain. Terdapat tujuh 7

kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas

iaitu, kerencatan mental, masalah pembelajaran, kecelaruan tingkah laku,

cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi, cacat penglihatan, cacat

fizikal dan pintar cerdas atau berbakat istimewa.

Menurut Kirk and Kirk (1994), beliau berpendapat bahawa murid

keperluan khas berbeza dari murid biasa dari segi mental (kognitif), fizikal

(keupayaan otot-otot dan sendi), sosial (interaksi dan komunikasi

interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Terdapat juga

murid berkeperluan khas perpunca daripada proses perkembangan yang

lewat, hiperaktif, pintar-cerdas dan ADHD (Attention Deficit Hyperactiviti

Disorder). Murid ini biasa kurang memberi perhatian, kurang mengekalkan

perhatian dalam penglibatan setiap aktiviti dan tidak dapat memyempurnakan

tugasan dengan baik. Bagi murid ADHD dengan hiperaktiviti-impulsif, murid

ini menunjukkan tanda-tanda kurang senang duduk diam-diam, suka

berkeliaran, aktif, menunjukkan inpulsiviti dan sering menggangu orang lain.

Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya

mereka tidak tercicir serta mewujudkan ketaksamaan pendidikan dalam

masyarakat.

Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan. Oleh itu, guru

harus memberi fokus terhadap masalah sosio-emosi mereka. Menurut

Woitaszewski (2003), faktor persekitaraan seperti masalah berkomunikasi,

diskriminasi terhadap golongan ini, masalah keluarga, masalah tidak dapat

menyesuaikan diri dengan sistem persekitaran dan pandangan orang lain

terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin

bertambah. Masalah-masalah yang mereka hadapi menyebabkan mereka

perlu ditempatkan berasingan daripada murid-murid normal. Mereka amat

sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain dan menyebabkan

pemerolehan dan pemberian ilmu daripada guru amat terbatas. Penempatan

mereka yang berasingan menyebabkan kemahiran komunikasi dan sosial

mereka terbantut dan sering disisihkan. Keperluan asasi dan perkembangan

14

Page 15: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

pendidikan mereka kadangkala tidak diberi perhatian yang menyeluruh oleh

pihak sekolah disebabkan oleh kesukaran untuk mengukur tahap pencapaian

mereka. Di samping itu, guru biasanya kurang memberi perhatian kepada

keperluan murid-murid pendidikan Khas ini kerana mereka lebih cenderung

mengajar semua murid dengan cara yang sama (Ting Len Siong, 2013: 64)

Ini telah mewujudkan ketidaksamaan pendidikan yang amat besar bagi

golongan murid berkeperluan khas.

15

Page 16: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Apa yang kita sedia maklum, banyak faktor yang menyebabkan

masyarakat peribumi serta pedalaman tidak mendapat peluang pendidikan

yang sama berbanding dengan masyarakat yang berada di kawasan Bandar

dan kampung. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil pelbagai langkah

untuk menangani isu ini. Mari kita meneliti Dasar Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM), dasar KPM ini adalah untuk merapatkan jurang pendidikan

antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat

Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk memastikan semua sekolah

dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang

termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis

Kebangsaan (SJK). Di dalam buku Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan dasar bagi

merapatkan jurang pendidikan yang wujud seperti antara lokasi, tahap

sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Dengan hal ini, KMP telah

mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperuntukkan RM 1 Billion

untuk keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program

pembangunan pendidikan dalam usaha mengatasi ketaksamaan pendidikan

di Malaysia. Pihak kerajaan juga boleh melaksanakan pelbagai inisiatif yang

lain untuk tangani isu ketaksamaan tersebut. Menurut Datuk Razali Ismail,

beliau menyatakan bahawa jumlah RM 3 Bilion merupakan jumlah peruntukan

yang paling tinggi dalam usaha merapatkan jurang pendidikan di Malaysia.

Namun begitu, jumlah ini masih tidak mencukupi, pihak kementerian akan

menambah peruntukan ini dari semasa ke semasa.

Satu penyelesaian utama untuk mengurangkan jurang antara kelas

atasan dengan seluruh penduduk adalah meningkatkan kesamaan peluang

pendidikan dalam kalangan penduduk tanpa mengira jantina dan ras (Noriati

A. Rashid, 2011: 68). Dalam era pembangunan Negara kita ini, apabila

ketaksamarataan dalam apa jua pembangunan masih ada di dalam suatu

16

Page 17: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

struktur masyarakat ini masih wujud, maka pembangunan sepenuhnya masih

belum dikecapi dan akan terus menjadi kesan negatif yang harus diperbaiki.

Hal ini demikian, masalah ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia

masih memerlukan usaha yang lebih dan berterusan dalam menjamin

pendidikan dapat diberi kepada semua rakyat.

3.1 Peranan guru dalam menangani isu ketaksamaan peluang pendidikan

Robiah Sidin (1994) menyatakan bahawa guru merupakan aset utama

bagi memastikan perkembangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan

berkesan di sekolah. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam

menangani isu isu ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid

pelbagai etnik dan budaya. Kelancaran dan penyampaian Pembelajaran dan

Pengajaran (PdP) yang baik oleh guru mampu membentuk perkembangan

minda murid dan menarik minat murid. Guru harus menjadikan

tanggungjawab untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai

material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini adalah penting

apabila murid keluar dari sistem persekolahan nanti, mereka mempunyai

budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang

terdiri dari pelbagai kaum untuk merealisasikannya. Tidak dapat dinafikan

bahawa pemupukan nilai yang baik dan menghormati budaya kaum lain

dalam kalangan masyarakat haruslah bermula daripada peringkat akar umbi

lagi. Bak kata pepatah, “Melentur buluh biar dari rebungnya”, amalan budaya

ini harus dididik sejak kecil lagi dalam jiwa kanak-kanak supaya sifat prejudis

dan stereotaip tidak wujud dalam kalangan generasi muda lagi. Justeru, guru-

guru sekolah rendah amat memainkan peranan yang besar bagi membentuk

dan memupuk nilai-nilai sosial yang positif di dalam jiwa setiap muridnya

tanpa mengira bangsa dan agama. Pendidikan awal murid-murid mampu

mencorakkan dan melahirkan masyarakat yang berupaya bekerjasama dan

bertoleransi bagi membangunkan negara sebagai satu masyarakat dan

organisasi yang utuh bukan sahaja dari aspek luaran malah dari pelbagai

aspek lain.

17

Page 18: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

Selain itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam

merancang strategi, kaedah dan pemilihan aktiviti yang sesuai untuk meningkat kemahiran belajar murid. Guru haruslah memahami budaya

orang Asli, peribumi dan masyarakat pedalaman. Hal ini demikian kerana

gaya pembelajaran mereka adalah berbeza daripada masyarakat bandar dan

budaya lain. Sekiranya guru gagal dalam memilih kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dalam bilik darjah, hal ini akan menyebabkan

murid-murid ini kurang berminat untuk belajar. Maka, guru haruslah

mendalami gaya pembelajaran dan kognitif bagi murid-murid Orang Asli,

pribumi dan murid pedalaman supaya proses PdP dijalankan lebih efektif.

Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik juga amat

diperlukan untuk meningkatkan kefahaman di samping menarik perhatian

serta minat murid. Guru juga perlu berusaha menangani masalah komunikasi

dalam bahasa ibunda murid dan belajar adat resam mereka bagi memastikan

salah kefahaman sehingga menimbulkan persepsi tidak baik pada pandangan

mereka. Menurut Sparks (2000), beliau mencadangkan pembelajaran

koperatif, bahan pengajaran visual, pendekatan menggunakan cerita dan

lagu. hal ini demikian kerana masyarakat orang Asli dan pribumi sangat suka

bercerita tentang peristiwa lampau mereka. Justeru pembelajaran secara

kontekstual amat berkesan dilaksanakan. Pembinaan soalan aras tinggi oleh

guru juga boleh digunakan untuk mengembangkan pemikiran mereka secara

kritis dan kreatif. Tambahan juga, guru harus menyesuaikan diri dengan

kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya pengetahuan dan kemahiran

yang disampaikan dapat diterima oleh murid-murid orang asli dan pribumi.

Di samping itu, guru juga harus menyediakan bilik darjah yang kondusif iaitu merupakan bilik darjah yang dapat memberikan persekitaran

yang mampu meningkat keinginan murid untuk belajar. Sebagai contohnya,

guru boleh menyediakan pelan susunan meja yang memudah guru untuk

mengawal kelas. Penyusunan kedudukan meja murid-murid dalam bilik darjah

hendaklah melibatkan semua kaum. Dengan itu, mereka dapat melakukan

pelbagai aktiviti bersama-sama di sepanjang sesi persekolahan. Selain itu,

peranan guru juga penting dalam mengendalikan kelas dengan aktiviti yang

melibatkan percampuran murid dari pelbagai latar belakang. Guru tidak harus

18

Page 19: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

mengajar dengan mengelompokkan murid mengikut kaum masing-masing.

Sebagainya contohnya guru tidak seharusnya mengelaskan dan membina

kumpulan murid mengikut kaum sahaja seperti berkumpulan murid Cina

dengan kaum Cina sahaja. Guru perlu mengambil langkah dengan setiap

murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam

satu kumpulan yang sama supaya memberi peluang untuk mereka

berinteraksi secara terbuka. Melalui aktiviti ini, perkongsian dan pertukaran

ilmu tentang budaya masing-masing akan berlaku secara tidak langsung.

Di dalam bilik darjah, terdapat perbezaan kelas sosial di kalangan

murid, guru harus memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid dari kelas sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial atasan. Guru harus

bijak dalam menggalakkan murid–murid untuk bergaul dengan bebas tanpa

ada sekatan budaya. Guru juga boleh menerapkan nilai murni di dalam kelas

yang mempunyai perbezaan kelas sosial dengan menggalakkan murid dari

kelas atasan untuk saling membantu murid dari kelas sosial bawahan serta

meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan. Oleh itu, guru harus

dapat menyesuaikan dan mengadaptasi kurikulum sedia ada supaya mesra

budaya dan semua murid tanpa mengira kaum, agama dan budaya dapat

menerimanya.

Selain daripada itu, guru perlu peka terhadap amalan dan kepercayaan yang dipegang oleh murid. Guru perlu mengelakkan dari

menyentuh atau mempertikaikan amalan kepercayaan oleh murid. Ini penting

sekiranya seorang guru itu mempunyai murid berketurunan Orang Asli yang

mengamalkan amalan nenek moyang mereka. Guru perlu memikirkan dan

merancang aktiviti pengajaran yang sesuai supaya mereka tidak tersinggung.

Sebagai contoh, jika seseorang guru itu mempunyai murid yang

mengamalkan pelbagai kepercayaan, guru perlu mengelak dari menjadikan

kepercayaan mereka itu sebagai contoh kerana dikhuatiri akan menjadi

bahan ejekan murid lain. Oleh itu, guru perlu mengetahui dan mengkaji latar

belakang murid agar perancangan aktiviti pengajaran besesuaian dengan

semua kepercayaan, nilai, dan agama murid. Guru juga harus bijak bertindak

sekiranya berhadapan dengan situasi dimana berlakunya pertelingkahan atau

19

Page 20: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

perselisihan faham antara murid yang melibatkan kaum yang berbeza atau

berlainan kelas sosial atau berlainan jantina.

Tambahan lagi, penggunaan bahasa perlu dititik beratkan oleh guru

ketika mengajar di dalam kelas. Dialek bahasa yang pelbagai akan dikesan

sekiranya mempunyai murid yang berbilang kaum. Guru perlu menggunakan

bahasa standard iaitu bahasa baku (Bahasa Kebangsaan) bagi mengelakkan

jurang jika menggunakan bahasa dialek. Penggunaan bahasa standard akan

membuka peluang yang sama rata untuk murid mengambil bahagian dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan sesi pengajaran

kerana murid dapat memahami dengan penggunaan bahasa tersebut.

Sebagai contohnya, jika guru berasal dari Kelantan, dialek Kelantan tidak

boleh digunakan apabila mengajar di luar kawasan Kelantan kerana tidak

semua murid dapat memahami dialek Kelantan dengan baik.

3.2 Program Pembestarian Sekolah

Menurut Organisation for Economic Co-operation and Development

(OECD) pada tahun 2001 pula, jurang digital telah ditafsirkan sebagai satu

jurang yang wujud di antara individu, isi rumah, perniagaan dan kawasan

geografi pada peringkat sosio-ekonomi yang berbeza untuk mendapatkan

peluang menggunakan internet dan mengakses ICT. Cabaran Kementerian

Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan infrastruktur, perkakasan,

perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah-sekolah di

kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan kemudahan Information

dan Communication Techology (ICT) berbanding kawasan luar bandar.

Program pembestarian sekolah ini menggambarkan komitmen dan

kesungguhan pihak kerajaan dalam membangunkan pendidikan berkualiti

yang bertaraf dunia. Program pembestarian sekolah yang sedang dijalankan

termasuk menyediakan sekolah luar bandar dilengkapkan dengan makmal

komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah

juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar School Net dan bagi

sebahagian sekolah di luar bandar dan pendalaman. Menurut Hishamuddin

20

Page 21: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

(2006) telah menyatakan bahawa usaha turut diadakan untuk membestarikan

sekolah luar bandar dengan memberi tumpuan khusus kepada sistem

pengajaran dan pembelajaran termasuk penyediaan makmal komputer, pusat

akses, kelengkapan teleconferencing dan web-TV serta sistem komunikasi

termasuk telefon satelit dan faksimili. Infrastruktur ini mestilah setaraf dengan infrastruktur yang terdapat di sekolah-sekolah kawasan Bandar.

Tambahan pula, konsep Sekolah Bestari, projek Sekolah Net, projek

Smart Lab dan projek Sekolah Vista adalah sebagai lonjakan kepada

pemantapan sektor pendidikan negara. Dari aspek Sekolah Bestari, sekolah

ini tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran

dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia. Dari aspek

Projek Sekolah Net, sekolah dibekalkan dengan penggunaan komputer

peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai

penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar

dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada

pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan

mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

Dari aspek Projek Smart Lab, projek ini menggunakan jaringan

komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada

pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan

pemudahcara. Akhir sekali, Projek Sekolah Vista iaitu perisian aplikasi bagi

pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi

membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi

peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan

guru. Usahasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan National

Implementation Task Force (NITF) untuk menambah baik jurang pendidikan

adalah komitmen kerajaan bagi memperkasa pendidikan negara.

21

Page 22: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

3.3 Menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar, orang Asli, pedalaman dan peribumi

Dari aspek bekalan elektrik, kerajaan perlu berusaha untuk

membekalkan bekalan elektrik yang sepenuhnya ke kawasan pedalaman.

Pada apa yang kita sedia maklum, bekalan elektrik di kawasan pedalaman

masa sekarang hanyalah seketika sahaja. Terdapat juga beberapa sekolah di

pedalaman hanya menggunakan generator untuk bekalan elektrik mereka.

Jika masalah ini tidak diselesaikan, sesi pengajaran dan pembelajaran di

sekolah akan terganggu. Selain daripada bekalan elektrik, kerajaan juga perlu

menyediakan kemudahan-kemudahan lain yang boleh melancarkan

kehidupan masyarakat di pedalaman. Antaranya adalah bekalan air bersih

dan juga klinik-klinik desa serta kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah

itu sendiri untuk keselesaan pelajar dan juga guru. Melalui projek berimpak

tinggi, Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (BBPN) telah membantu untuk

memastikan kemudahan asas seperti bekalan elektrik 24 jam bagi 900

sekolah dan bekalan air bersih untuk 300 sekolah ditingkatkan. Sebanyak

2,600 buah sekolah rendah dan menengah juga akan dinaik taraf melalui

penyediaan kemudahan bilik darjah yang mencukupi, sekolah baru, bangunan

tambahan dan bangunan gantian.

Di samping itu, Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga telah merancang

strategi untuk menyebar cara pendidikan kanak-kanak dari dalam rahim

hingga umur tiga tahun. Tindakan ini diambil untuk menentukan supaya

jurang perbezaan antara masyarakat bandar dan luar bandar tidak menjadi

begitu ketara (Wan Azmi Ramli, 1992: 326). KPM juga akan memperluaskan

penawaran Mata Pelajaran Vokasional (MPV) kepada 480 buah sekolah luar

bandar bagi meningkatkan peluang pelajar kurang cenderung akademik.

Tambahan pula, KPM dan agensi-agensi lain juga telah menyediakan

bantuan tempat tinggal melalui pembinaan sekolah-sekolah berasrama.

Status sosio-ekonomi murid dan juga pecapaian dalam peperiksaan

kebangsaan menjadi kriteria untuk memasuki sekolah berasrama (Victort.

King, 1992: 374).

22

Page 23: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

Kerajaan juga harus menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM). Di

Malaysia, sekolah yang bersaiz kecil adalah merujuk kepada sekolah kurang

murid (SKM) dengan yang bilangan murid yang kurang daripada 150 orang.

Kebanyakan sekolah-sekolah ini adalah sekolah luar bandar di pedalaman

seperti sekolah orang asli dan sekolah pedalaman di Sarawak. Kewujudan

sekolah bersaiz kecil ini sangat diperlukan terutamanya untuk

menyempurnakan tuntutan dan tanggungjawab sosial kerajaan yang perlu

memastikan bahawa setiap individu rakyat mendapat pendidikan percuma

tanpa mengira perbezaan taraf ekonomi, sosial, politik dan kaum. Pada tahun

2005, masih terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan

sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang.

Sebagai contoh sekolah ialah SJK (C) Ming Chiang, Bintagor, Sarawak (SKM)

yang hanya terdiri daripada 31 orang murid pada 2012. Selain itu,

penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada

jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM

mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu

mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

Jurang digital merupakan salah satu bentuk kemiskinan yang perlu

ditangani di sekolah luar bandar dan pedalaman. Pemahaman situasi sebenar

di peringkat akar umbi serta pengumpulan sumber adalah elemen yang perlu

ditangani dalam masalah jurang digital. Omar Hashim (1991) berpendapat

bahawa guru harus memiliki beberapa kemahiran dengan keperluan zaman

globalisasi ini dan salah satunya adalah kemahiran menggunakan media

elektronik serta komputer untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran.

Guru yang tidak mempunyai kemahiran menggunakan media elektronik

dalam pengajaran akan menyusahkan pelajarnya dan seterusnya

menjejaskan prestasi pencapaian akademik, terutamanya mata pelajaran

Sains dan Matematik. Di samping itu, berdasarkan RMKe- 8, KPM telah

menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer; perkakasan

seperti komputer riba, projektor LCD dan pelayan (server), membangunkan

perisian khusus dan program TV Pendidikan bagi membantu p&p, melatih

guru bagi meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam PdP dan

melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan. Dengan

23

Page 24: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang

mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah.

Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru

dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi

penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas. Justeru, kerajaan haruslah

menyediakan peruntukan bagi membantu para pendidik dalam meningkatkan

kemahiran mereka dengan cara yang lebih efektif.

Bagi memastikan pembudayaan ICT juga berlaku di luar bandar, KPM

telah menghubungkan sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama

Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) serta merangkaikan

infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi

tanpa wayar. Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur,

perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-

sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT

berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian sekolah, semua

sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik

komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan

dirangkaikan dengan akses jalur lebar School-Net dan bagi sebahagian

sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina. Pada waktu

yang sama, KPM akan menambah baik kaedah penyampaian program TV

Pendidikan dan merintis penggunaan video teleconferencing sebagai kaedah

untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan PdP kepada

pelajar dan guru di kawasan pedalaman.

3.4 Peningkatan bilangan guru berpengalaman

Peningkatan bilangan guru berpengalaman juga tidak kurang penting

dalam usaha mengurangkan jurang pendidikan antara bandar dan luar

bandar. Dalam hal ini, kerajaan harus meningkatkan elaun atau

menambahbaikan infrastuktur di luar bandar untuk menarik minat guru untuk

terus berusaha di kawasan luar bandar. Selain itu, pihak kerajaan harus

mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman. Tujuannya adalah

supaya guru tersebut diberi pendedahan awal terhadap pengalaman-

24

Page 25: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

pengalaman pendidikan yang berlaku di sekolah pedalaman. Pengalaman ini

penting bagi guru-guru baru memantapkan lagi pengetahuan baru dalam

opsyen mereka dari semasa ke semasa.

Selain itu, guru juga harus diberi latihan penggunaan media elektonik

agar guru dapat menggunakan alat media elektronik yang berkenaan untuk

menarik minat pelajar untuk belajar. Memberikan latihan serta bengkel

kemahiran kepada guru-guru di setiap sekolah. Hal ini demikian bertujuan

mengurangkan kadar guru-guru buta komputer. Dalam bengkel kemahiran

tersebut, para pendidik harus diberikan penekanan dalam penggunaan

komputer serta ICT bagi tujuan menambahkan pengetahuan mereka

mendidik pelajar dalam menggunakan ICT. Dengan menjaminkan keperluan

dan kualiti guru barulah sistem pendidikan di kawasan luar bandar dapat

berkembang dan meningkatkan kualiti pelajar. Maka program Latihan Dalam

Perkhidmatan (LDP) telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memberi taklimat

khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pembelajaran dalam pengajaran

pelajar oleh tenaga pengajar terlatih. Di samping itu, guru juga harus selalu

mengikuti perkembangan pendidikan global untuk menimbakan ilmu dan

meningkatkan kaedah pengajaran.

3.5 Mengembangkan Program Pendidikan Khas

Golongan kurang berupaya biasanya memerlukan kemudahan

teknologi yang canggih bagi membantu mereka dalam sistem pembelajaran

dan pengajaran. Dengan itu, pihak sekolah seharusnya menyediakan

pelbagai kemudahan yang sesuai dengan tahap kebolehan masing-masing.

Pada 1 oktober 1995, Jabatan Pendidikan khas di bawah kementerian

pelajaran telah mewujudkan pelbagai perkhimatan pembelajaran demi

golongan murid berkepeluan khas. Perkhimatan pendidikan ini adalah untuk

mereka yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran,

tidak dapat menguasai 3M (Membaca, Menulis Dan Mengira) serta

pembangunan pendidikan murid Orang Asli dan Penan (Ting Len Siong

2013:77-78).

25

Page 26: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

Pada tahun 2004, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Program

Pendidikan Prasekolah Khas di semua SKPK. Pada tahun 2005, sebanyak 32

program Pendidikan Khas Intergrasi untuk murid bermasalah pembelajaran

diwujudkan di sekolah harian biasa. Manakala Kementerian Pelajaran

Malaysia telah mempertingkatkan pengisian program khas integriti

bermasalah pembelajaran, iaitu dengan menyediakan guru pendidikan khas

yang terlatih serta menyediakan pembantu pengurusan murid yang

mencukupi. Selain itu, KPM harus menyediakan lebih banyak infrastruktur,

kemudahan ICT yang sesuai dan program yang releven. Untuk memberi

peluang kepada murid yang pintar cerdas pula, Kelas Rancangan Khas (KRK)

diadakan di sekolah biasa. Mereka akan diberi penekanan yang lebih untuk

meningkatkan lagi potensi mereka dalam pelajaran.

Dengan meminda Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk

menerima pelajar dua kecacatan. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

telah menyediakan pendidikan kepada pelajar kurang upaya dengan lebih

daripada satu jenis kecacatan kerana sebelumnya KPM hanya menyediakan

pendidikan bagi pelajar yang mempunyai hanya satu jenis kecacatan sahaja

serta boleh mengurus diri seperti yang tertakluk dalam Peraturan Pendidikan

(Pendidikan Khas) 1995. Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh membuka

kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua

kecacatan. PDK sepatutnya memberi ceramah kepada ibubapa tentang

program yang disediakan supaya mereka boleh menghantar anak-anak

kurang berupaya untuk mendapat pendidikan yang seperti murid-murid

normal. Ibu bapa seharusnya mempunyai kesedaran tentang kepentingan

pendidikan dan tidak harus menganggap anak kurang berupaya sebagai satu

beban.

Secara keseluruhnya, kementerian pelajaran malaysia telah berusaha

merapatkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan kumpulan berkeperluan

khas dengan Program Pendidikan khas Integrasi, Kelas Inkusif, selain

menambah Sekolah Pendidikan Khas. Di samping itu, intervensi awal melalui

program Kia2M, program pemulihan khas, program Gerak Gempur bagi 3 M

PROTISM (Program pemulihan 3M merupakan sokongan dan pengukuhan

26

Page 27: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

kepada pemulihan khas) dapat menangani masalah pembelajaran yang

dihadapi murid pada peringkat awal persekolahan.

3.6 Sekolah Dalam Hospital diperluas

Kini ibu bapa tidak perlu bimbang jika anak-anak mereka terpaksa

tinggal di hospital dalam tempoh lama. Terdapat lapan buah Sekolah Dalam

Hospital (SDH) di seluruh negara yang membolehkan pelajar mengikuti

pelajaran seperti biasa walaupun hanya empat mata pelajaran teras iaitu

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kokurikulum. Idea SDH

yang dicetuskan oleh Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee

Abd. Rahman yang prihatin dengan nasib kanak-kanak yang ketinggalan

pembelajaran apabila terpaksa dimasukkan ke hospital.

Sekolah Dalam Hospital yang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu

diperluaskan ke semua hospital di seluruh negara termasuk di Sabah dan

Sarawak sebagai satu inisiatif berterusan kerajaan dalam menyediakan

pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang menjalani

rawatan di hospital. Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan

berkata, pada masa ini terdapat lapan buah hospital yang mempunyai

kemudahan Sekolah Dalam Hospital manakala dua lagi dalam perancangan

untuk diwujudkan iaitu masing-masing satu di Sabah dan Sarawak. Fungsi

SDH adalah bagi mengimbangkan pembelajaran di mana murid berada

walaupun mereka mempunyai masalah kesihatan yang serius. Pendekatan

pembelajaran Sekolah Dalam Hospital berbeza daripada sekolah biasa iaitu

berasaskan 'fun learning' yang menekankan pembelajaran secara santai dan

menyeronokkan. Persekitaran pembelajaran yang tenang, menarik dan penuh

warna-warni merupakan terapi secara semula jadi bagi pelajar dan kanak-

kanak di hospital.

Matlamat penubuhan Sekolah Dalam Hospital adalah bagi

membolehkan golongan murid yang tidak bernasib baik dan terganggu

masalah kesihatan supaya mendapatkan kemudahan pendidikan lebih baik

melalui sistem pembelajaran yang teratur serta sistematik ketika menjalani

27

Page 28: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

rawatan di hospital kerajaan. Program sekolah dalam hospital ini akan

dibahagikan kepada tiga peringkat persekolahan iaitu peringkat prasekolah,

sekolah rendah dan sekolah menengah. Kanak- kanak berusia antara tiga

hingga 18 tahun boleh menyertai program SDH ini. Sukatan pelajaran SDH

adalah berteraskan kepada kurikulum kebangsaan Kementerian Pelajaran

Malaysia yang telah sedia ada di peringkat sekolah rendah dan menengah

dan digunakan secara fleksibel berdasarkan Akta Pendidikan 1996 dengan

kaedah pengajaran serta pembelajaran disesuaikan mengikut keupayaan

pesakit. Proses pengajaran dan pembelajaran SDH dilaksanakan secara

berkumpulan di kelas dan secara individu di wad. Sesi pembelajaran di SDH

bermula pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari dan 2 petang hingga 4 petang

dari hari Isnin hingga Jumaat. SDH menyediakan dua ruang pembelajaran di

tingkat yang sama disediakan untuk murid sekolah rendah dan menengah

dengan kemudahan komputer, ruang santai untuk pelajar serta ruang

menunggu untuk ibu bapa.

Ketika diwujudkan pada Julai 2011, tiga perintis Sekolah Dalam

Hospital ialah di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang

dan Hospital Serdang. Kemudian diteruskan di Hospital Universiti Sains

Malaysia Kubang Kerian; Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras (kasa kedua

projek). Seterusnya, Sekolah Dalam Hospital di Hospital Pakar Sultanah

Fatimah, Muar, Johor merupakan yang kelapan dan telah beroperasi bermula

1 April lalu manakala perluasan ke Sabah dan Sarawak telah dilaksanakan

pada akhir 2013. Setakat ini, lebih 22,000 murid yang mempunyai masalah

kesihatan telah mendapat akses pendidikan menerusi projek itu sejak Julai

2011 hingga April 2013.

Kewujudan SDH mampu menghilangkan rasa bimbang para ibu bapa

terhadap pembelajaran anak-anak mereka apabila menerima rawatan di

hospital. Kebimbangan ini tentunya lebih tinggi jika anak-anak mereka akan

menduduki peperiksaan awam pada tahun berkenaan. Pelaksanaan SDH

sekurang-kurangnya mengelakkan anak-anak mereka daripada ketinggalan

dalam pelajaran dan seterusnya membantu dalam mengulangkaji pelajaran

untuk peperiksaaan yang bakal dihadapi. Dengan SDH ini, isu ketaksamaan

28

Page 29: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

peluang pendidikan bagi golongan murid yang sakit berpanjangan dapat

diatasi dengan efektif. Maka SDH seharusnya memperluaskan lagi di merata-

rata tempat untuk memudahkan lagi bagi masyarakat pedalaman serta luar

bandar mendapatkan pendidikan.

3.7 Meningkatkan Taraf Sosio-Ekonomi Masyarakat

Faktor kemiskinan dalam kalangan ibu bapa luar bandar juga

menyebabkan anak-anak mereka tidak mendapat peluang pendidikan yang

sempurna (Ting Len Siong, 2013:73). Berdasarkan kajian bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar (BPPDP), Kemeterian Pendidikan pada

tahun 1996 melaporkan bahawa kebanyakkan kes keciciran datang daripada

keluarga berpendapatan rendah atau sederhana dan tinggal di kawasan yang

persekitarannya tidak menggalakkan untuk pembelajaran. Kemiskinan telah

menyebabkan murid-murid dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang

tidak memberikan kelebihan dalam bidang akademik. Para ibubapa miskin

dikatakan tidak mampu menyediakan peralatan persekolahan yang cukup

untuk anak-anak mereka (Ting Len Siong, 2013: 76).

Usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan perlu dijalankan

merangkumi pemberian bantuan kewangan yang bersifat bantuan kebajikan

penuh. Hal ini perlu mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat,

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan lain-

lain agensi yang berkaitan. Selain daripada itu, bantuan kewangan di dalam

menyokong penglibatan mereka di dalam kegiatan-kegiatan saraan hidup

baru perlu diberikan. Ini termasuk menggalakkan mereka menceburi bidang-

bidang keusahawanan, pertanian moden, perniagaan dan lain-lain. Apabila

taraf sosio-ekonomi masyarakat Orang Asli berjaya ditingkatkan, secara tidak

langsung anak-anak mereka berpeluang untuk belajar di sekolah tanpa perlu

ponteng untuk membantu menyara keluarga.

Pengubalan Dasar Pembagunan Nasional (DPN) yang mengekalkan

strategi asas Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah menetapkan langkah

permulaan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dari semua

29

Page 30: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

segi termasuk keadilan sosial, nilai dan etika, ekonomi dan politik, kualiti

hidup dan kecekapan pentadbiran kerajaan (Pentadbiran dan Pengurusan

Awam Malaysia, 2006:194). Tujuan dasar ini diperkenalkan adalah untuk

meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat. Oleh kerana kadar

kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-

an, pelaksanaan DEB (1971-1990) telah memperlihatkan penglibatan terus

perkhidmatan awam melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi

besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan

membantu meningkatkan pendapatan mereka.

Program-program berbentuk kerja-kerja kemasyarakatan yang

melibatkan pelajar-pelajar Universiti dan persatuan-persatuan pelajar harus

disemarakkan bagi mendekatkan mereka dengan golongan yang

berpendidikan tinggi. Ini sekaligus menanam keinginan pelajar-pelajar Orang

Asli untuk ke diperingkat lebih tinggi lagi. Selain itu, Yayasan Basmi

Kemiskinan(YBK) ditubuhkan pada 16 Mac 1990 yang berdaftar di bawah

Akta Amanah Ordinan, 1952. YBK ini dilancarkan secara rasmi pada April

1990 oleh Tan Sri Haji Muhammad Haji Muhd. Taib untuk memastikan

kemiskinan dan ketaksamaan dapat dikurangkan serta mempelbagaikan

program terus pembangunan di luar bandar.

3.8 Pertubuhan Sekolah Integriti (Pendidikan untuk semua)

Sejajar dengan slogan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan

Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), 'Pendidikan

untuk Semua', Kementerian Pelajaran tidak mengenepikan pesalah Juvana

untuk mendapatkan pendidikan seperti murid lain di sekolah biasa. Dengan

menyedari pentingnya pendidikan untuk semua, kerajaan menubuhkan

sekolah integriti, institusi pendidikan untuk pesalah juvana pada 2008.

Penyediaan kemudahan itu sebagai usaha menjana modal insan tidak kira

tempat mereka berada atau tahap umur pelajar.

Bagi pesalah juvana mereka akan mengikuti pembelajaran di Sekolah

Integriti yang terletak di enam zon, iaitu Penjara Kajang di kawasan tengah;

30

Page 31: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

Kluang (selatan); Marang, Terengganu (timur); Sungai Petani, Kedah (utara);

Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah (Malaysia Timur). Sekolah-

sekolah ini berfungsi sama seperti sekolah kebangsaan atau sekolah

menengah kebangsaan di luar. Ia mengguna pakai kurikulum dan sukatan

pelajaran, tempoh pembelajaran dan guru-guru yang sama ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran dengan ditawarkan kelas-kelas seperti pemulihan 3M

(membaca, menulis dan mengira), persediaan Penilaian Menengah Rendah

(PMR), PMR, persediaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Darussalam Budi (2010) berkata, usaha penjara ini adalah selaras

dengan falsafah “Pendidikan Untuk Semua” oleh Pertubuhan Pendidikan,

Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO)

dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Jabatan itu percaya peluang

pembelajaran yang disediakan kepada mereka dengan ilmu, kemahiran dan

membentuk sikap yang positif supaya pelajar itu dapat kembali ke pangkuan

masyarakat sebagai warganegara yang produktif dan berguna kepada

bangsa, agama serta negara.

Ketua Unit Pendidikan, Ibu Pejabat Penjara, Shamsuddin Mustapha,

berkata kini ada 89 guru bertugas di enam sekolah integriti dan tiga Sekolah

Integriti Henry Gurney. Beliau juga berkata, sekolah integriti menggunakan

kurikulum sama dengan sukatan pelajaran sekolah biasa dan mempunyai

kemudahan sama di sekolah luar penjara iaitu bilik darjah, makmal komputer,

padang atau gelanggang sukan, surau dan bilik guru.

3.9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang

dilancarkan pada 6 September 2013 merupakan inisiatif yang selari dengan

strategi Unesco bagi mencapai matlamat pendidikan untuk semua, kata

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pelan ini merupakan

dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara serta dalam

masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta

31

Page 32: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

berkeperibadian tinggi. Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 seperti:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti

bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa

Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap

sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian

khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di

Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara

meluas.

10.Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11.Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Pelan pembangunan pendidikan ini berhasrat untuk mencapai lima

keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaaan sistem pendidikan

Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan

kecekapan (Ekshibit 7). Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari

dengan aspirasi yang disuarakan oleh peserta Dialog Nasional Pendidikan

Kebangsaan.

Dari segi Akses, setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat

kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai

potensi masing-masing. Kementerian perlu memastikan kadar akses sejagat

dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat

menengah atas (Tingkatan 5) menjelang tahun 2020.

32

Page 33: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

Dari aspek kualiti, semua kanak-kanak akan berpeluang mendapatkan

pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia

dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Sistem pendidikan di

Malaysia menetapkan aspirasi untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok

sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran

TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan

PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan

yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia

boleh dimasukkan apabila dimensi itu diterima di peringkat antarabangsa.

Dari segi Ekuiti, sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan

pendidikan berkualiti kepada setiap kanak-kanak tanpa sosioekonomi. Sistem

pendidikan yang direncanakan bagi Malaysia ialah semua kanak-kanak,

tanpa mengira siapa ibu bapa mereka, atau tempat mereka belajar, akan

dilengkapi dengan keperluan untuk membuka segala peluang masa depan

mereka. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian

antara murid bandar dan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian

antara jantina sehingga 50% menjelang tahun 2020.

Dari aspek perpaduan, murid yang berumur antara 7 hingga 17 tahun

menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Oleh

itu, sekolah berperanan untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan

murid. Melalui interaksi bersama murid lain dari pelbagai latar belakang

sosioekonomi, agama dan etnik, dan belajar untuk memahami, menerima

serta menghayati perbezaan, suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi

dapat dibentuk. Kementerian berhasrat untuk menjanakan suatu sistem

pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan

aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat

Malaysia.

Dari segi Kecekapan, Sistem pendidikan Malaysia telah menerima

peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak

setanding dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun

Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan masa kini, Kementerian

33

Page 34: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap

peruntukan semasa. Secara kesimpulanya, Pelan pembangunan pendidikan

malaysia 2013-2025 dilancarkan merupakan satu usaha kerajaan untuk

merapatkan jurang pendidikan untuk pembangunan negara secara efektif

supaya negara kita dapat setanding dengan negara maju yang lain. Bak kata

pepatah, “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”.

34

Page 35: Ketaksamaan Peluang Pendidikan (Done)

4.0 Rumusan

"Dalam kita menyediakan pelbagai kemudahan di kawasan luar

bandar, bagi saya tiada gunanya kita membekalkan komputer jika tiada

bekalan elektrik. Tiada gunanya mengadakan kedua-duanya jika tiada guru

yang dapat dihantar ke kawasan ini. Dan, tiada gunanya jika kita mengadakan

segala kemudahan, jika ibu bapa sendiri tidak serius tentang pendidikan anak

mereka.

YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein

Ketaksamaan peluang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar

bandar merupakan tinggalan sejarah pembangunan pendidikan yang tidak

setara antara lokasi. Fenomena ini amat merugikan pelajar berkaitan serta

boleh menjejaskan perpaduan, pembangunan tenaga manusia, keharmonian

dan kemajuan negara. Bukannya kerana tiada usaha, tetapi kerana tiadanya

komitmen yang telus dalam menangani isu ini. pelbagai bantuan, dana dan

program-program telah dicetuskan oleh kerajaan bagi memastikan semua

rakyat di negara ini dapat menikmati peluang pendidikan yang sama bagi

semua orang.

Sebagai Warganegara Malaysia yang berdaulat, masalah mereka juga

harus mendapat pembelaan yang sewajarnya. Oleh itu, semua pihak tidak

kira kerajaan, swasta, NGO mahupun individu itu sendiri perlu memainkan

peranan yang penting untuk mengatasi masalah-masalah ketaksamaan

peluang pendidikan di kalangan masyarakat yang ketinggalan dalan bidang

pendidikan. Semua pihak juga perlu sedar dan saling bantu-membantu

terutamanya para guru amat diharapkan untuk merapatkan jurang perbezaan,

dikriminasi serta pengasingan. Hal ini perlu diberi perhatian serius bagi

memastikan fokus membina masyarakat Malaysia yang berilmu dan progresif

tidak tersimpang daripada landasan untuk mempersiapkan Malaysia sebagai

sebuah negara maju pada tahun 2020.

35