10)bab 8 pemeriksaan & pengujian latest 231207 done

27
BAB 8 : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN 8.1 PENGENALAN Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas pemasangan pengguna atau alat-alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatu pemasangan telah terlaksana mengikut peraturan IEE, LLN atau JKR dan berfungsi dengan betul serta selamat digunakan. Pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan ke atas perkara-perkara berikut: Pemasangan baru Pemasangan penambahan atau pengubahsuian. Pemasangan elektrik yang sedia ada. 93

Upload: kaixer-rhinox

Post on 24-Jun-2015

4.420 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

BAB 8 : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

8.1 PENGENALAN

Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas pemasangan pengguna

atau alat-alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatu pemasangan

telah terlaksana mengikut peraturan IEE, LLN atau JKR dan berfungsi dengan betul

serta selamat digunakan.

Pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan ke atas perkara-perkara berikut:

Pemasangan baru

Pemasangan penambahan atau pengubahsuian.

Pemasangan elektrik yang sedia ada.

93

Page 2: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

8.2 PEMERIKSAAN PENGLIHATAN

Tujuan pemeriksaan penglihatan dijalankan ialah:

Untuk memastikan bahan-bahan dan alat-alat yang dipasang mengikut

piawaian British (BS=British Standard) atau dengan kelulusan SIRIM.

Untuk memastikan pemasangan tersebut dijalankan mengikut peraturan

IEE, LLN, dan JKR.

Untuk memastikan kerosakan yang nyata (boleh dilihat) ke atas

pemasangan atau kelengkapan elektrik.

8.2.1 Senarai Pemeriksaan Penglihatan

Sambungan pengalir-pengalir kabel.

Tanda pengenalan kabel.

Pemilihan pengalir kabel bagi kapasiti membawa arus dan susutan

voltan.

Sambungan suis kutub tunggal ke pengalir fasa sahaja.

Sambungan yang betul ke atas soket alur keluar dan pemegang lampu.

Wujudnya penahan api dan perlindungan daripada kesan haba.

Kaedah perlindungan daripada sentuhan terus.

Perlindungan dengan penebatan ke atas bahagian-bahagian hidup.

Perlindungan dengan penahan dan penutup.

Perlindungan dengan halangan.

Perlindungan dengan mengelak jangkauan.

Perlindungan dengan bahan bukan pengalir

94

Page 3: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

8.3 TURUTAN PENGUJIAN

Pengujian mestilah dijalankan mengikut turutan ini yang bertujuan bagi

menggelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk keselamatan pemasangan

serta alat-alat penguji. Berikut ialah senarai pengujian yang perlu dijalankan mengikut

turutan.

Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang.

Ujian pengalir perlindungan, ini termasuklah pengalir ikatan utama dan

tambahan.

Ujian rintangan elektrod bumi.

Ujian rintangan penebat.

Ujian penebatan bagi bahan struktur pemasangan pembinaan.

Ujian bahan perlindungan pemisah elektrik.

Ujian bahan perlindungan penutup dan penahan.

Ujian penebatan lantai dan dinding.

Ujian kekutuban.

Ujian galangan gelung kerosakan ke bumi.

Ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi.

95

Page 4: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

8.4 UJIAN LITAR GELANG

Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan setiap pengalir

mempunyai keterusan di sepanjang litar gelang. Terdapat dua kaedah ujian keterusan

litar gelang yang di cadangkan. Alat-alat penguji yang digunakan adalah jangka ohm.

Gambar 8.4.1 Ujian litar gelang pengguna

Mengikut peraturan langkah ujian adalah :

Pastikan alat uji dan pastikan dalam keadaan boleh digunakan

Ujian keterusan litar gelang seperti berikut :

95

Page 5: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Buka sambungan kabel fasa dan neutral.

Sambung satu kabel fasa dan satu kabel neutral dan ukur rintangan

merentas kabel yang terbuka di bahagian hujung.

Sambungan kabel terbuka dan sukat rintangan pada setiap soket keluaran

di antara punca fasa da neutral.

Jika kesemua bacaan sama, rekodkan bacaannya. Jika bacaannya tidak

sama sambungan semula fasa dan neutal dan uji semula.

Jika terdapat perbezaan bacaan, lakukan pemeriksaan keseluruhan litar.

8.5 UJIAN KETERUSAN KABEL PERLINDUNGAN

Ujian keterusan bertujuan untuk memastikan ia disambung secara betul dan

berkesan. Oleh yang demikian jika bacaan meter ohm di darab dengan kawasan

neutral, kemudiannya dibahagi dengan jumlah pengalir perlindung dan kawasan neutral

akan memberikan keputusan rintangan kabel perlindung. Ujian ini lazimnya

menggunakan alat uji seperti jangka ohm samada jenis analog pun jenis berdigit.

Gambar 8.5.1 Meter ohm untuk ujian keterusan litar

96

Page 6: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Dengan menggunakan seutas wayar, sambungkan punca tamatan neutral

dengan punca bumi di kotak agihan pengguna. Pilih satu punca soket keluaran dan

dengan alat jangka ohm sukatan keterusan litar di antara punca bumi dengan neutral.

Gambar 8.5.2 Ujian litar peerlindungan penggunaan

Pilih alat uji yang sesuai, periksa bateri.

Periksa dawai uji ( test leads ) dan keluaran ( probe ) – jika ada kerosakan.

Pelarasan sifar dan periksa penukaran ( calibration ).

Pilih julat meter yang betul – skala ohm.

Lakukan ujian dan rekodkan bacaan.

97

Page 7: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

8.6 UJIAN RINTANGAN PENEBATAN

Ujian ini adalah untuk memastikan tidak terdapat litar pintas di dalam

pemasangan. Peraturan IEE mencadangkan bahawa 2 jenis rintangan penebatan

patut dijalankan iaitu:

Ujian 1 – ujian di antara pengalir hidup.

Bagi sistem 1 fasa – di antara fasa dan neutral.

Bagi sistem 3 fasa – di antara pengalir fasa.

– di antara pengalir fasa dan neutral.

Ujian 2 – ujian di antara punca bumi dan semua pengalir yang membawa arus.

Pengujian kabel dengan kabel-kabel lain bagi memastikan tidak terdapat sebarang

kerosakan ke bumi yang boleh menyebabkan tripping pada peranti sistem

perlindungan.

Alat uji digunakan dalam pengujian ini adalah penguji megger ohm.

Gambar 8.6.1 Penguji megger ohm

Merujuk kepada gambar 7.6.1 menunjukkan sambungan bagaimana hendak

melakukan ujian penebatan ini.

98

Page 8: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Dalam peraturan langkah ujian adalah :

Periksa terlebih dahulu alat uji yang hendak digunakan.

Pilih samada hendak menguji litar individu atau pada kotak agihan.

Semua beban hendaklah ditanggalkan.

Suis pada sambungan kabel fasa hendaklah di “on” kan.

Suis utama dibuka.

Aksesori pendawaian dari jenis elektronik seperti kawalan pemalap

hendaklah ditinggalkan.

Bacaan penguji meggar hendaklah tidak kurang daripada satu Megaohm /

MΩ dan reakodkan bacaan.

Gambar 8.6.2 (a) Ujian penebatan di kotak agihan pengguna

99

Page 9: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Gambar 8.6.2 (b) Ujian penebatan litar individu

Dalam Rajah 8.6.3 dan 8.6.4 pula menunjukan sambungan bagi pengujian penebatan

bagi sistem tiga fasa.

Ujian di antara kabel fasa.

Ujian di antara kabel dengan neutral.

Gambar 8.6.3 Ujian penebatan di antara kabel-kabel fasa

100

Page 10: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Gambar 8.6.4 Ujian penebatan di antara kabel neutral dengan kabel – kabel fasa

8.7 UJIAN KEKUTUBAN

Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan berikut

memuaskan.

Semua suis dan alat kawalan kutub tunggal dipasangkan pada pengalir fasa

sahaja.

Sesentuh luar pemegang lampu jenis Edison skru disambungkan pada pengalir

neutral.

Sambungan pada soket alur keluar bagi setiap pengalir fasa, neutral dan bumi

disambungkan pada punca yang betul.

Ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Alat penguji

yang digunakan pada ujian kekutuban secara litar mati ialah jangka ohm atau loceng

penguji. Manakala bagi secara litar hidup lampu penguji atau jangka volt digunakan.

Dalam peraturan langkah ujian secara litar mati adalah :

101

Page 11: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Pilih alat uji yang sesuai untuk tujuan pemeriksaan kekutuban.

Periksa alat uji dan pastikan dalam keadaan boleh digunakan.

Suis utama hendaklah di ‘ off ‘ kan.

Semua beban hendaklah ditanggalkan dari litar.

Sambungkan dawai uji mengikut rajah ujian.

Nota : selepas menguji suis, sambungan sementara hendaklah ditinggalkan dari suis

hendaklah di ‘on’ kan sebelum menguji pemegang lampu.

Gambar 8.7.1 Ujian kekutuban suis dan pemasangan lampu

Sambungan sementara dibuat pada punca tamatan dengan punca tamatan

fasa pada soket keluaran. Ujian dilakukan pada kotak agihan dengan meletakkan

dawai uji pada tamatan bumi dengan fasa, rekodkan bacaan yang di peroleh daripada

alat uji.

102

Page 12: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Ujian kekutuban ketika mati boleh menggunakan alat uji seperti meter ohm atau

buzer elektrik dan ketika litar ada bekalan boleh menggunakan mentol lampu.

Gambar 8.7.2 Ujian kekutuban soket keluaran

8.8 UJIAN GALANGAN GELUNG BUMI

Tujuan utama galangan gelung bumi untuk mengetahui nilai galangan gelung

bumi dalam pemasangan bagi menentukan jenis perlindungan kebocoran ke bumi yang

sesuai digunakan.

Terdapat dua jenis ujian gelung impeden bumi.

Ujian gelung talian - bumi.

Ujian gelung neutral – bumi.

103

Page 13: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Gambar 8.8.1 Alat penguji gelung berdigit

Perlu dirujuk kembali gelung rosak ke bumi ( TN-S ) ujian dan pengukuran

galangan biasanya didalam keadaan atau situasi persekitaran suhu embien dan tidak

ketika berlakunya rosak ke bumi, kerana ketika ini biasnya suhu kabel akan meningkat.

Peningkatan perlu diambil kira jika merekodkan bacaan pengukuran ketika berlakunya

rosak ke bumi.

Gambar 8.8.2 Gelung Z, rosak ke bumi.

104

Page 14: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Z, merupakan pertentangan maksimum kepada aliran arus apabila berlaku arus rosak

ke bumi. Manakala panjang keseluruhan kabel perlindung bagi pemasangan pengguna

adalah gelung bumi. Alat uji yang lazim digunakan untuk ujian ini adalah alat penguji

gelung ( Loop Tester ).

Gambar 8.8.3 Penguji gelung ( Loop Tester )

Gambar 8.8.4 Ujian galangan gelung rosak bumi

105

Page 15: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Alat penguji gelung mempunyai butang ujian dan apabila ini ditekan arus akan

keluar mengalir dalam gelung bumi pengguna dan bacaan dalam nilai ohm ditunjukkan

pada penguji sebagai nilai galangan Z, jika tidak ada sambungan ke bumi pada litar,

dengan itu ujian yang dilakukan tidak dilakukan tidak dapat menunjukan sebarang

bacaan.

Dalam peraturan langkah ujian adalah :

Pilih alat uji yang betul dan periksa sebagai ujian pertama.

Lakukan ujian pada soket keluaran dan rekodkan bacaan yang maksimum.

8.9 UJIAN KENDALIAN PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI

( ELCB, RCD, RCCB )

Peraturan menyatakan di mana santuhan tak langsung atau perlindungan

tambahan oleh ELCB/RCD/RCCB kepada sentuhan terus, ianya hendaklah diuji bagi

menghuraikan kendaliannya dalam had tempoh masa yang dihendaki.

RCD - Residual Current Device.

RCCB - Residual Current Circuit Breaker.

ELCB – Eart Leakang Circuit Breaker.

106

Page 16: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Kesimpulanya ujian ini adalah untuk mengetahui keberkesanaan kendalian

perantis pemutus litar mengikut tempoh masa uang di tetapkan dalam peraturan

apabila berlaku arus bocor ke bumi.

Dalam pemasangan, peranti perlindungan ini mempunyai butang ujian sendiri.

Pengguna hanya perlu menekan butang bagi memastikan kendaliannya.

Konsep kendalian ditunjukan seperti pada rajah dibawah. Dalam ujian ini tidak

begitu lengkap sepertimana melakukan ujian menggunakan alat penguji RCD, iaitu

tempoh masa terpelantik dirakamkan bagi mempastikan kendalian yang sebenar. Ujian

ini hanya setakat menguji RCD/ELCB boleh mempelantik apabila butang ditekan.

Gambar 8.9.1 prinsip kendalian RCD

Peralatan yang digunakan untuk ujian ini adalah alat penguji RCD. Alat ini direka untuk

(simulate) arus rosak boleh di suntik ke dalam litar pendawaian mengikut kadaran arus

yang dikehendaki.

107

Page 17: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Gambar 8.9.2 Alat penguji RCD

Dalam keadaan kendalian normal arus Ip tidak seimbang dengan arus IN ketika

butang uji ditekan akan membuatkan pemutus litar terpelantik.

Mengikut peraturan langkah ujian adalah :

Pilih alat ujian dan semak ujian untuk pertama.

Ujian pada 50% kadaran arus mempelantik. Pelantikan mesti berlaku dalam

tempoh masa 200ms.

Ulang dengan gelombang sinus selisih 180o.

Peranti perlindungan dengan kadaran 10mA atau 30mA hendaklah dilakukan ujian

tambahan dengan alat uji diset lima kali arus perlantikan dan peranti harus

berkandali dalam tempoh masa kurang daripada 40ms.

Ulang 180o dan rekodkan masa yang maksimum.

108

Page 18: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

8.10 UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI

Dalam peraturan memerlukan ujian rintangan elektrod bumi sebagai

pengetahuan bagi kegunaan perlindungan. Ujian ini juga bagi mempastikan nilai

bacaan rintangan bumi yang terendah. Pealatan yang digunakan bagi ujian ini adalah

set penguji bumi.

Gambar 8.10.1 Set Penguji Bumi

Gambar 8.10.2 Ujian Elektrod bumi

109

Page 19: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Langkah ujian secara amnya adalah seperti berikut :

E adalah elektrod bumi yang ditanam dalam tanah.

Pancangkan elektrod tambahan P dan C mengikut jarak yang diberi.

Ketiga – tiga elektrod tersebut hendaklah dipancak selari dengan penguji

bumi.

Tekanan suis ujian dan laraskan pelaras ohm sehingga angka sifar.

Rekodkan bacaan rintangan yang di tunjukan olah pelaras ohm.

8.11 KAEDAH MENGESAN KEROSAKAN LITAR

Kerosakan Litar Buka.

Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan kerosakan litar

terbuka. Ini bermakana arus tidak dapat mengalir di dalam litar dan ini boleh

menyebabkan sesuatu atau kesemua punca bekalan terpotong di dalam sistem

pendawaian pengguna. Di antara punca yang menyebabkan berlakunya litar

tersebut adalah :

Pengalir di dalam kabel terputus.

Sambungan pengalir kabel terkeluar daripada punca tamatan.

Sesentuh suis tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kerosakan mekanikal pada pemengang lampu, soket keluaran, suis

menyebabkan tiada sentuhan.

Mengesan litar terbuka :-

110

Page 20: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Sistem Kondiut

‘ OFF ‘ kan suis utama.

Sambungkan punca tamatan hidup dan neutral dalam kotak agihan

pemgguna kepada punca bumi.

Suis 1 hendaklah di ‘on’ kan.

Menggunakan meter ohm sambungan dawai ujinya kepada punca bumi

kondiut dengan poin x, y dan z secara bergilir.

Jika bacaan meter tinggi atau infiniti ini menandakan :

Kabel putus.

Sambungan tamatan aksesori terbuka.

Suis rosak.

( a ). Memeriksa penabat pemasak nasi elektrik.

‘On’ kan suis soket keluaran sambungan pada beban sepertimana sebelum

berlakunya perlantikan satu persatu untuk mengesan punca kerosakan litar atau

peralatan elektrik. Jika salah satu daripada suis tersebut menyebabkan

perlantikan peranti perlindungan, periksa litar bahagian ini atau peralatanya.

Lakukan ujian yang bersesuian sepertimana pada langkah yang telah

disebutkan.

8.12 KEROSAKAN BUMI

111

Page 21: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Kadangkala berlaku juga kerosakan pada sistem perlindungan atau bumi.

Kerosakan ini berlaku apabila punca fasa bersentuhan dengan pengalir bumi atau

mana-mana bahagian logam bagi sistem pendawaian atau pun pada pekakas elektrik.

Kerosakan ini menyebabkan bahagian logam tersebut menjadi punca fasa. Ini

merbahaya kepada pengguna, jika tersentuh pada bahagian logam ini boleh

menyebabkan berlakunya renjatan elektrik.

8.12.1 Kerosakan Litar Pintas

Kerosakan ini lazimnya terjadi apabila punca fasa dan punca neutral bersentuh

di antara satu sama lain. Apabila berlaku litar pintas yang teruk akan menyebabkan

peranti perlindungan terpelantik lalu memotong bekalan elektrik. Jika peranti

perlindungan tidak berfungsi, ini boleh menyebabkan kabel menjadi panas dan boleh

menyebabkan kerosakan penebat dan boleh berlaku kebakaran. Di antara sebab

kemungkinan berlaku litar pintas adalah :

Berlaku kerosakan pada penebat kabel.

Sambungan pengalir kabel longgar di punca tamatan sehingga bersentuh

dengan pengalir kabel kutub yang berlawanan.

Berlaku kerosakan pintas pada aksesori pendawaian seperti suis, soket

keluaran, pemagang lampu pendaflour dan lain – lain.

Berlaku kerosakan pintas pada peralatan elektrik seperti kipas, seterika,

cerek elektrik, pemasak nasi elektrik, pengisar makanan, pembakar roti dan

pekakas elektrik lain.

Sambungan dawai penguji alat penguji megger.

Bagi pemasak yang baik, bacaan lat penguji megger hendaklah tidak kurang

daripada 0.5MΩ.

112

Page 22: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Jika bacaannya kurang daripada 0.5 MΩ, bermakna pemasak dalam

keadaan kurang baik dan perlu pemeriksa penabatan.

Periksa kabel pemasak, mungkin berlaku kerosakan pintas pada kabel.

Kabel yang luka penabatnya atau rosak perlu digantikan dengan yang

baru.

8.13 “DOING INSPECTION IN BUILDING SERVICES” (PRISON)

Dalam tempoh praktikal saya diarahkan pergi ke tapak bina untuk membuat

tinjauan. Di sini saya di tugaskan untuk membuat ‘inspection’ bagi setiap perkakasan

yang ada dalam sesebuah bangunan bersama dengan pihak kontraktor dan arkitek

yang terlibat di dalam melaksanakan projek ini. Dalam pada masa yang sama juga

untuk membuat ‘linking test’. Apa yang dilakukan ini adalah bagi memastikan setiap

perkakasan yang ada di dalam setiap bangunan dapat digunakan atau sebaliknya.

Apa yang dilakukan dalam membuat ‘inspection’ ini adalah menyemak bilangan

fitting yang ada seperti lampu, kipas, soket dan sebagainya. Dalam pada itu, ‘testing

soket’ diberikan bagi membuat ‘testing’ sama ada soket itu dapat digunakan atau tidak.

Ini adalah kerana memastikan penyambungan bagi ‘live, neutral and earth’ adalah

betul. Pada ‘testing socket’ yang diberikan ini, jika salah satu penyambungan tidak

menyala maka terdapat kesalahan pada penyambungan itu. Di sini kita dapat lihat

melalui nyalaan api kecil yang ada pada ‘testing socket’. Jika menyala kesemuanya

maka keadaan penyambungannya adalah betul. Dan soket ini tidak mempunyai

sebarang masalah dan begitu juga disebaliknya.

Dalam pada itu, kami juga membuat ‘linking test’ pada ‘sinki, wc, shower, dan

wash hand basin’. Apa yang dilakukan ini adalah untuk memastikan segala peralatan

113

Page 23: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

yang ada mestilah dibuat pengujian terlebih dahulu sama ada mempunyai kebocoran

pada perangkap atau berlakunya kelonggaran pada pemasangan paip yang di buat dan

sebaliknya. Selepas selesainya pengujian di buat di setiap bilik/bangunan maka

catatan di ambil bagi membuat penyemakan/analisis pada kerosakan dan masalah

yang lain.

Gambar 8.13.1: ‘Testing Socket’ bagi membuat pengujian ke atas soket.

114

Page 24: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Gambar 8.13.2 :‘Testing lampu’ bagi membuat pengujian ke atas lampu

Semasa pengujian dibuat terdapat beberapa masalah yang di temui dan

dihadapi seperti:-

i) Lampu di dalam bilik tidak menyala. Ini adalah kerana beberapa bilangan

lampu tidak mempunyai ‘starter’.

ii) Soket yang tidak menyala pada ‘testing socket’ menunjukkan terdapat

kesalahan pada pemasangan ‘live, earth and neutral’.

iii) Soket dan juga telefon outlet yang masih ada belum dipasang.

iv) Kelonggaran yang terdapat pada pemasangan kepala pili paip.

v) Terdapat seunit tandas yang tiada pemasangan bar control pada ‘water

cistern’.

vi) Pemasalahan pada pam water cistern. Tandas yang dipam airnya melimpah

di sebabkan air yang masuk tidak dapat di kawal kerana terdapat

kelonggaran pada pemasangan.

8.13.1 Contoh gambar bagi pemasalahan yang di hadapi ketika membuat

‘inspection’.

115

Page 25: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

Gambar 8.13.1.3: Pemasangan tidak mengikut spesifikasi yang betul.

116

Page 26: 10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

117