69691885-edu-3108

Upload: share4u

Post on 03-Apr-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 69691885-EDU-3108

    1/7

    EDU 3109 : GURU DAN CABARAN SEMASA

    BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

    Soalan Objektif

    1. Berikut merupakan tanda-tanda awal gangguan emosi, kecuali

    A. Kecemasan dan marah yang keterlaluan.

    B. Tidak mampu menunjukkan rasa sayang, kepercayaan, marah ataupenolakan.

    C. Kesulitan untuk berhubung dengan orang lain.

    D. Kegembiraan yang keterlaluan.

    2. Seorang guru sedang berhadapan dengan muridnya yang sering marah,

    merasa takut dan kadang kala berasa sedih.

    Apakah jenis gangguan emosi yang dihadapi oleh murid berkenaan :

    A. Gangguan emosi ringan.

    B. Gangguan emosi sederhana.

    C. Gangguan emosi berat.

    D. Gangguan emosi luar kawalan.

    3. Gangguan emosi boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu gangguan

    emosi ringan, gangguan emosi sederhana dan gangguan emosi berat.

    Apakah cirri-ciri murid yang mengalami gangguan emosi ringan?

  • 7/28/2019 69691885-EDU-3108

    2/7

    A. Tidak mahu berkongsi barang dengan rakan-rakan.

    B. Marah takut dan sedih.

    C. Marah, mengamuk, menjerit dan menyakiti diri-sendiri.

    D. Pucat dan menangis sekuat hati.

    4. Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak juga telah menggariskan beberapa

    hak kanak-kanak yang perlu diberi petimbangan sewajarnya oleh pihak

    berkuasa.

    Antara hak setiap kanak-kanak adalah seperti berikut : -

    i. Peroleh kewarganegaraan

    ii. Mempunyai keluarga

    iii. Makanan yang mencukupi

    iv. Dilindungi dan bantuan diberi secukupnya.

    A. i dan ii

    B. iii dan iv

    C. i, ii dan iv

    D. i, ii, iii dan iv

    5. Dalam perkara 34, Negara-negara Pihak mengaku berjanji untuk melindungi

    kanak-kanak daripada segalabentuk pengeksploitasian seks dan penderaanseksual. Antara berikut adalah langkah-langkah yang diambil oleh

  • 7/28/2019 69691885-EDU-3108

    3/7

    kebangsaan, dwi pihak dan berbilang pihak yang sewajarnya untuk

    mencegah perkara diatas kecuali :

    A. Dorongan atau paksaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam

    apa-apa aktiviti seks yang menyalahi undang-undang.

    B. Penggunaan bersifat mengeksploitasi kanak-kanak dalam

    penggunaan pil-pil.

    C. Penggunaan bersifat mengeksploitasi kanak-kanak dalam

    pelacuran atau apa-apa amalan seks yang menyalahi undang-

    undang.

    D. Penggunaan bersifat mengeksploitasi kanak-kanak dalam

    persembahan dan bahan lucah

    Soalan Struktur

    Pendidikan menyeluruh adalah satu hak asasi manusia. Oleh itu, adalah menjadi

    tanggungjawab pemerintah untuk menyediakan pendidikan yang baik dan ia akan

    menghasilakan pertimbangan sosial yang baik kepada semua lapisan masyarakat

    termasuk kanak-kanak. Menuruti hak asasi manusia, setiap warganegara layak

    mendapat peluang pendidikan.

    Nyatakan ciri-ciri Hak Asasi Manusia dari aspek mendapat peluang pendidikan.

    i. ___________________________________________________

    ___________

    ii. ___________________________________________________

    ___________

    iii. ___________________________________________________

    ___________

  • 7/28/2019 69691885-EDU-3108

    4/7

    iv. ___________________________________________________

    ___________

    Soalan Esei

    Murid yang mengalami gangguan emosi harus dibantu, mereka tidak seharusnya

    dibiarkan mengalami sesuatu masalah secara berterusan dan akhirnya akan

    memberi kesan kepada perkembangan mental dan menjejaskan pencapaian

    akademik mereka.

    Berdasarkan pernyataan di atas, sebagai seorang guru, huraikan langkah-langkah

    menangani gangguan emosi dalam kalangan murid.

    JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF

    1. D

    2. B

    3. A

    4. D

    5. B

    JAWAPAN SOALAN STRUKTUR

  • 7/28/2019 69691885-EDU-3108

    5/7

    i. Belajar bersama-sama.

    Semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama.

    ii. Tidak didiskriminasi

    Kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau didiskriminasi dengan disisih

    atau dihantar ke tempat lain kerana kekurangan atau kesukaran pembelajaran

    mereka.

    iii. Tiada pengasingan

    Orang dewasa yang kurang upaya menggambarkan diri mereka sendiri

    sebagai orang yang terselamat di sekolah khas, mendesak untukmengakhirkan pengasingan.

    iv. Tiada unsur bias

    Tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada

    pendidikan mereka. Kanak-kanak memiliki bersama dengan kelebihan-

    kelebihan dan faedah-faedah untuk semua. Mereka tidak perlu untuk

    dilindungi daripada satu sama lain.

    JAWAPAN SOALAN ESEI

    i. Peranan ibubapa

    Ibu bapa menjaga kebajikan, kepentingan atau kesejahteraan kanak-

    kanak yang berada di bawah jagaan mereka.

    Memberi perhatian secukupnya.

    Membentuk tingkah laku dan personaliti anak-anak dengan didikan

    semenjak dari kecil lagi.

    Ibu bapa memainkan pelbagai peranan dalam membentuk disiplin dan

    peribadi anak-anak.

  • 7/28/2019 69691885-EDU-3108

    6/7

    ii. Tindakan guru

    Guru menyusun aktiviti kurikulum untuk menyemai pembentukan emosi

    yang positif dalam kalangan murid.

    iii. Gaya pengajaran

    Guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa,

    peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab

    dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih.

    iv. Kepimpinan guru

    Autokratik menjejaskan emosi murid.

    Demokratik menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

    lebih menarik dan menyeronokan.

    Laissez Faire kebebasan sepenuhnya. Bilik darjah tidak terurus,

    kucar kacir dan interaksi guru dan murid menjadi tidak akrab dan

    mesra.

    v. Kefahaman terhadap minat dan sikap pelajar

    sesi p&p berlaku dengan aktif dan berkesan.

    vi. Kerjasama

    interaksi dua hala berlaku dengan aktif.

    vii. Penerapan nilai

    mewujudkan perhubungan personal dan sosial dalam kalangan murid.

  • 7/28/2019 69691885-EDU-3108

    7/7

    guru memberi nasihat dan bimbingan yang sewajarnya.

    viii. Suasana ceria

    Guru melayani kepelbagaian murid melalui layanan yang saksama

    terhadap semua murid tanpa mengira murid berkenaan lemah, miskin

    atau kurang upaya.

    Guru dan murid saling berkongsi dan mendalami perasaan.

    Perkembangkan pengalaman murid dengan cara menggunakan alat

    bantu mengajar yang sesuai mengikut kehendak kurikulum dan ciri-ciri

    murid.

    ix. Penerangan jelas.

    Penerangan jelas dan terperinci semasa sesi pengajaran.

    Mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka

    bersedia menerima segala aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan.