kerja khusus edu 3108

17
EDU 3108 1.0 PEGENALAN Berliner (1988) telah mengemukakan model lima peringkat perkembangan guru yang memberi fokus terhadap pemikiran guru berdasarkan tingkah laku guru dalam bilik darjah. Model perkembangan Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan (Sani dan Norzaini, 2007, 218). Melalui pengamatan saya,Cikgu Stacey berada di peringkat tiga iaitu guru cekap. Tanpa pengalaman mengajar di mana-mana sekolah, Cikgu Stacey dapat menyelesaikan segala masalah yang timbul dan seterusnya telah memberi impak yang sangat mendalam dalam jiwa murid murid itu. Trotter(1986) mengatakan peringkat perkembangan guru ke peringkat guru cekap mengambil masa tiga hingga lima tahun.Walaupun baru guru permulaan, Cikgu Stacey tanpa pengalaman mengajar telah berjaya memberi ilmu pengetahuan, kemahiran ,perubahan sikap murid dan impak kepada murid dan masyarakat di kawasan perlindungan itu seperti seorang guru yang telah lama mengajar. Hari pertama di dalam kelas di tempat perlindungan itu. 1.1 AKAUNTABILITI KEGURUAN 1

Upload: poobalan-paramasivam

Post on 28-Oct-2015

346 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

tentang cikgu stacey yang mengajar murid bermasalah

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

1.0 PEGENALAN

Berliner (1988) telah mengemukakan model lima peringkat perkembangan guru

yang memberi fokus terhadap pemikiran guru berdasarkan tingkah laku guru dalam bilik

darjah. Model perkembangan Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai

“satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan

kecemerlangan” (Sani dan Norzaini, 2007, 218). Melalui pengamatan saya,Cikgu

Stacey berada di peringkat tiga iaitu guru cekap. Tanpa pengalaman mengajar di

mana-mana sekolah, Cikgu Stacey dapat menyelesaikan segala masalah yang timbul

dan seterusnya telah memberi impak yang sangat mendalam dalam jiwa murid –murid

itu.

Trotter(1986) mengatakan peringkat perkembangan guru ke peringkat guru

cekap mengambil masa tiga hingga lima tahun.Walaupun baru guru permulaan, Cikgu

Stacey tanpa pengalaman mengajar telah berjaya memberi ilmu pengetahuan,

kemahiran ,perubahan sikap murid dan impak kepada murid dan masyarakat di

kawasan perlindungan itu seperti seorang guru yang telah lama mengajar.

Hari pertama di dalam kelas di tempat perlindungan itu.

1

Page 2: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

1.1 AKAUNTABILITI KEGURUAN

Akauntabiliti seseorang guru difokuskan kepada empat aspek iaitu akauntabiliti

terhadap murid, akauntabiliti terhadap ibu bapa, akautabiliti terhadap rakan sejawat dan

profesion perguruan dan akauntabiliti terhadap masyarakat dan agama.

1.1.1 Akauntabiliti terhadap murid

Akauntabiliti terhadap murid ialah apabila seorang guru haruslah menjalankan

tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual

waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik

yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,kebajikan dan

keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang

bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap murid-muridnya tanpa mengira

bangsa,agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain.

Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta

sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka,sebaliknya guru sekali-sekala perlu

memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat

terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian

kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan

supaya murid memperoleh model yang baik.

Cikgu Stacey menunjukkan akauntabiliti yang sangat tinggi apabila membawa Maria

tinggal bersamanya. Dia rela menjaga Maria kerana bapanya kehilangan kerja kerana

mabuk dan terpaksa meninggalkan tempat perlindungan itu. Cikgu Stacey tidak mahu

Maria hidup di jalanan, maka beliau menjaganya sehingga bapanya mendapat kerja

yang baru dan mengambil anaknya semula. Saya sangat menghargai pengorbanan

yang dilakukan oleh Cikgu Stacey.

2

Page 3: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

1.1.2 Akauntabiliti terhadap ibu bapa

Seorang guru hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan

matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru

hendaklah memupuk nilai dan sikap murni murid dan sesuai dengan masyarakat

berbilang bangsa dalam diri murid. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai

rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan

masyarakat.Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di

kalangan guru dan ibu bapa murid. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku

baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu

sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan murid,

masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga

hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap murid yang dapat

membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,

menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di

samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut

berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu

menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta

mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat.

Cikgu Stacey telah dengan perlahan-lahan mewujudkan kerjasama ibubapa

dalam pengajaran beliau. Ketrampilan dan sifat tegas tapi lembut Cikgu Stacey telah

menyebabkan ibubapa yang langsung tidak mempedulikan anak mereka telah berubah

sehingga sanggup bekerjasama untuk melakukan kerja bergotong royong untuk

menghias tempat perlindungan itu untuk menjadi satu darjah yang kondusif untuk

pengajaran dan pembelajaran berlaku. Beliau juga telah mengadakan perjumpaan

ibubapa untuk membincangkan masalah anak-anak mereka dan seterusnya meminta

ibubapa membimbing dan bersama murid selama 2 jam setiap hari untuk menolong

mereka membuat kerja rumah. Tahniah Cikgu Stacey.

3

Page 4: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

1.2 PERANAN GURU

1.2.1 Pembimbing

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan

kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan

berkesan, guru perlu memastikan bahawa muridnya membina kemahiran untuk

menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya.Oleh itu, guru tidak boleh

mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada murid, bukan sahaja dalam mata

pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian

yang dihadapinya. Seorang pembimbing dapat membina nilai dan sikap yang sihat dan

positif terhadap diri muridnya, untuk meningkatkan kesedaran dirinya serta kefahaman

peranan dan tanggung jawabnya dalam hidup.

Kumpulan murid yang diajar oleh Cikgu Stacey datang daripada pelbagai

latarbelakang yang berlainan tetapi rata-rata mereka telah melalui hidup yang susah

dan mempunyai perasaan rendah diri yang sangat tinggi. Cigku Stacey dengan

kelembutannya telah mengubah diri mereka sehingga mereka boleh menumpukan diri

mereka untuk belajar dan seterusnya hidup bersama-sama. Dalam pengalaman

mengajar saya, pernah berlaku situasi seperti ini dan apabila sedikit kasih sayang

diberi, mereka akan berubah. Hanya sedikit kasih sayang dapat membimbing murid

4

Page 5: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

Cikgu Stacey menunjukkan keprihatinan beliau.

1.2.2 Pembentuk Tingkah Laku

Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai instrumental

bagi membentuk tingkah laku murid.Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk

tingkah laku (kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan

kesabaran). Sedikit –sedikit perubahan tingkahlaku akan berlaku. Guru harus bersabar

dalam menanggani murid yang bermasalah.

Danny tidak mempunyai keluarga sendiri dan dia dibela oleh sepasang suami

isteri yang lari selepas mencuri televisyen dari pusat perlindungan itu. Guru sebelum

Cikgu Stacey tidak dapat mengawal perangai Danny dan seterusnya menuduhnya

sebagai seorang yang bermasalah. Dengan kebijaksanaan dan keperihatinan Cikgu

Stacey, Danny berubah dari seorang murid yang degil dan nakal kepada seorang yang

mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan dihormati. Apabila seorang murid

diberikan sedikit perihatian dan kasih sayang, mereka mula berubah sikap.

Kasih sayang dan perihatian akan mengubah sikap murid.

5

Page 6: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

1.3 KEPIMPINAN GURU

The term teacher leadership refers to...skills demonstrated by teachers who

continue to teach students but also have an influence that extends beyond

their own classrooms to others within their own school and elsewhere.

(Danielson, 2006: 12)

Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran pada

seseorang guru yang selain daripada mengajar ada mempunyai pengaruh yang

diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya.

Kepimpinan guru ini menggerakkan guru-guru lain bagi meningkatkan prestasi sekolah,

khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini wujud bukan kerana guru

itu merupakan ketua organisasi (seperti dalam kes guru besar) tetapi disebabkan guru

tersebut mempunyai kepakaran dan kebolehan serta mampu mempengaruhi

rakan-rakan sejawat lain.

1.3.1 Kepimpinan Karismatik

Dalam jenis ini pemimpin mempunyai kemampuan menggerakkan orang lain

dengan mendayagunakan keistimewaan atau kelebihan peribadi yang dimiliki oleh

pemimpin, sehingga menimbulkan rasa hormat, segan dan patuh pada orang-orang

yang dipimpinnya. Adapun keistimewaan keperibadian yang umum dimiliki kepimpinan

jenis ini adalah akhlak yang terpuji.

Cikgu Stacey mempunyai kepimpinan karismatik. Melalui kepimpinan beliau,

para ibubapa yang berada di tempat perlindungan berubah dan menjadi lebih

bertanggungjawab terhadap persekitaran mereka berada dan juga terhadap anak-anak

6

Page 7: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

mereka. Mereka membersihkan kawasan untuk menjadikan persekitaran lebih kondusif

untuk pembelajaran anak-anak mereka.

1.3.2 Teori Kepimpinan Guru ( Teori X dan Y )

Teori ini telah diasaskan oleh Douglas McGregor (1960) yang membuat dua set

andaian terhadap manusia iaitu ‘Teori X’ dan ‘Teori Y’. Teori X ialah pendekatan ‘carrot

and stick (Razali Mat Zin, 1966). Teori X mengandaikan bahawa pekerja semulajadinya

malas dan akan mengelak daripada bekerja kecuali dipaksa, pekerja tidak mempunyai

cita-cita dan tidak mahu memikul tanggungjawab, pekerja tidak mempunyai motivasi

untuk menjayakan matlamat organisasi dan pekerja hanya mahu bekerja kerana

dirangsang oleh keperluan psikologi dan keperluan keselamatan mereka sahaja.

Teori Y pula lebih bercirikan motivasi dan pengiktirafan. Teori ini mengandaikan

bahawa kerja sebagai satu perkara semulajadi iaitu suatu perkara biasa sama seperti

bermain, bersukaria dan lain-lain jika keadaan kerja itu baik, tetapi mereka akan

menganggap kerja sebagai beban jika pengalaman bekerjanya pada masa lepas tidak

menyenangkan. Selain itu, pekerja sememangnya mencari dan mahukan

tanggungjawab kerana ia membawa kepada kepuasan jiwa.

Melalui filem “ Beyond The Blackboard”, motivasi Cikgu Stacey untuk mengajar

adalah daripada motivasi dalaman beliau seperti teori Y. Walaupun dengan banyak

cabaran, beliau masih meneruskan pengajaran beliau di tempat perlindungan itu kerana

inginkan mencapai kepuasan jiwa. Apabila suami Stacey bertanya mengapa beliau

masih mahu mengajar walaupun dalam cuti musim panas, jawaban beliau adalah,” I

had a good teacher( suaminya), I want to be one to them” Beliau sanggup

menghabiskan duit beliau untuk mencantikkan bilik darjah tersebut.

7

Page 8: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

1.4 KESIMPULAN

Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang

gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan

pertama ialah kesediaan dan kesanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma,

mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling

penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat seperti yang

ditunjukkan oleh Cikgu Stacey dalam filem ini.

Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan

bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan

mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya

di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah

dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua

tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.

8

Page 9: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

2.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Telok Pulai terletak di Taman Bertek,Klang, Selangor D.E.

Sekolah ini mempunyai 84 orang guru, 8 staf sokongan dan 1435 orang murid. Saya

telah mengajar di sekolah ini selama 2 tahun. Guru Besar, Pn Hjh Rozita Bt Hj

Sulaiman, merupakan seorang pengendalian organisasi yang berkaliber dan

berpandangan jauh sesuai dengan moto sekolah ,” SKTP Menyerlah Jauh Dari Yang

Biasa”. Kerjasama yang erat antara pihak pentadbir, guru-guru dan staf sokongan telah

menjulang nama sekolah di daerah Klang dalam banyak bidang, kurikulum dan

kokurikulum dan seterusnya menjadi penerima Bai’ah tahun 2011.

2.1 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN( STRUKTUR ORGANISASI KPM,

SEKOLAH & JANGKAAN GURU)

2.1.1 Struktur Organisasi Sekolah-sekolah

Struktur Organisasi Sekolah merupakan operasi pentadbiran pada paras yang

paling bawah dalam organisasi pentadbiran pendidikan negara.Kejayaan atau

kegagalan sesuatu aktiviti,program yang dirancangkan oleh pihak Jabatan Pelajaran

Negeri atau Kementerian Pelajaran akan ditentukan di peringkat sekolah dimana pihak

sekolah akan berinteraksi terus dengan pelangan iaitu murid,ibubapa dan komuniti

setempat. Guru Besar memainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan

sekolah. Guru –guru akan diberikan tugas-tugas khas untuk dijalankan.

Dalam struktur organisasi sekolah yang diajar oleh Cikgu Stacey, tiada satu

organisasi yang berstruktur, segala tanggungjawab pengendalian dilakukan oleh Cikgu

Stacey bersendirian. Beliau terpaksa menguruskan bilik darjah,mengajar,melayani

karenah murid-murid pelbagai latarbelakang, ibubapa dan seterusnya menguruskan

bekalan buku di sekolah itu. Beliau juga terpaksa berhubung terus dengan jabatan

pelajaran yang menguruskan sekolah itu.

9

Page 10: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

Dalam organisasi sekolah, murid-murid perlu dipastikan mempunyai segala

peralatan yang mencukupi seperti meja dan kerusi dan buku teks. Malangnya, dalam

situasi Cikgu Stacey, beliau terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan buku teks

daripada jabatan pelajarannya.

2.1.2 Jangkaan Guru

Kamus Dewan edisi keempat (2005) mendefinisikan jangkaan ialah sebagai

suatu bentuk dugaan dan ramalan. Dalam hal ini jangkaan berkait rapat dengan

ramalan atau jangkaan guru terhadap prestasi murid dalam bidang

akademik,sosial,afektif dan kepimpinan murid di sekolah. Jangkaan guru dalam dunia

pendidikan merangkumi bentuk jangkaan terhadap beberapa pihak seperti berikut.Biar

kita bincangkan jangkaan guru terhadap murid.

Sesorang guru menjangkakan muridnya berusaha bersungguh-sungguh

menguasai ilmu dan kemahiran yang diajarnya agar mencapai hasil pembelajaran yang

telah ditetapkan. Guru mengharapkan murid-murid mengalami perubahan tingkah laku

selepas setiap sesi pengajaran selesai dilaksanakan samada dalam aspek kognitif dan

tingkah laku. Jangkaan guru terhadap murid juga meliputi aspek sahsiah murid-

muridnya dimana murid-murid seharusnya sentiasa menghormati guru-gurunya dan

mematuhi arahan-arahan yang diberikan oleh guru agar menjadi insan cemerlang.

Cikgu Stacey juga menjangkakan sesuatu yang baik dari murid-murid beliau.

Jangkaan beliau tidak meleset apabila kesemua murid-murid beliau telah ada

perubahan tingkahlaku yang baik dan seterusnya menunjukkan peningkatan dalam

pembelajaran mereka. Kadang –kadang kita kecewa apabila jangkaan kita tidak

berjaya, namun dalam kes Cikgu Stacey, beliau tidak putus asa dan telah mencuba

sehabis baik untuk kemajuan anak muridnya. Sifat Cikgu Stacey amat disanjung tinggi.

10

Page 11: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

2.2 PERKEMBANGAN PROFESIONALISMA GURU

Sistem pendidkan negara pada masa kini memainkan peranan utama dalam

membangun negara ke arah negara yang maju dan berpendapatan tinggi. Justeru itu,

perkembangan profesionalisma guru sentiasa diberi perhatian sewajarnya. Warga

pendidik menjadi entiti yang penting dalam usaha melonjakkan kualiti tranformasi

sistem pendidkan negara ke tahap yang lebih tinggi lagi.

2.2.1 Pelan Pembelajaran Peribadi

Perubahan dan perkembangan dunia yang pantas memerlukan individu

meningkatkan kebolehan,keupayaan dan sikap. Disebabkan kemahiran memerlukan

pengetahuan, maka pembelajaran berterusan adalah penting untuk menjadikan

seseorang itu lebih profesional dan sentiasa relevan mengikut perubahan masa.

Pengetahuan seseorang individu adalah kunci kepada kejayaan dalam sesebuah

organisasi. Pengetahuan boleh digunakan bagi cabaran serta mewujudkan peluang di

masa hadapan. Syarat utama bagi membolehkan saya bersikap terbuka dan menerima

perubahan ialah melalui pembelajaran berterusan. Sebagai guru, saya perlu bersedia

dari segi mental,emosi dan fizikal untuk menjadi pengamal pendidikan dengan

melakukan pelan pembelajaran peribadi melalui cara pembelajaran sepanjang hayat.

Bagi diri saya, saya telah cuba merangka pelan pembelajaran peribadi dengan

mengikuti Rrogram Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Ini kerana saya

cuba meningkatkan taraf iktisas saya dari peringkat sijil kepada ijazah. Semasa belajar

di Institut Pendidikan Guru ini, saya telah mempelajari dan mengingat kembali teori-teori

serta kaedah pembelajaran yang telah saya pelajari dahulu. Secara tidak langsung,

saya boleh mengaplikasikannya sewaktu di sekolah. Sewaktu belajar ini juga saya telah

mempelajari cara-cara membuat kajian tindakan untuk meningkatkan amalan

pengajaran saya . Segala ilmu dan pengetahuan yang saya pelajari akan saya

praktikkan bagi meningkatkan mutu pengajaran. Saya juga akan meningkatkan

pengetahuan dengan cara mengikuti kursus-kursus jangka pendek untuk mencari lebih

11

Page 12: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

banyak pengetahuan dan pengalaman. Begitu jugalah yang harus Cikgu Stacey

lakukan. Mungkin kerana Cikgu Stacey seorang sahaja guru di sekolah tersebut, maka

peluang untuknya menghadiri kursus adalah terhad. Walau bagaimanapun, Cikgu

Stacey perlu mencari peluang untuk menambah pengetahuannya, tambahan pula

beliau adalah guru permulaan. Pengetahuan dan pengalaman berguna untuk kita

sebagai guru bagi menyelesaikan masalah pembelajaran maupun masalah sosial dan

emosi murid-murid.

2.2.2 Budaya Membaca

Dalam menuju arus globalisasi dan anjakan paradigma, sebagai guru saya perlu

memainkan peranan yang lebih agresif dan progresif. Bagi tujuan tersebut, saya

sentiasa mengingatkan diri supaya dengan memupuk budaya membaca dalam diri

dapat membantu saya mencari maklumat terkini bagi menyediakan diri agar dapat

memberi pendidikan yang berkualiti kepada anak murid saya. Antara budaya membaca

yang telah saya amalkan dan pupuk dalam diri anak murid saya ialah meminta anak

murid membaca buku cerita pendek setiap hari dan menceritakan semula kepada saya

dan rakan-rakan mereka. Saya juga membekalkan petikan cerita pendek kepada anak

murid saya untuk dibaca di rumah. Secara tidak langsung, saya juga telah memupuk

budaya membaca bersama –sama keluarga mereka. Ini kerana budaya membaca perlu

dipupuk sejak mereka masih kecil lagi. Usia ini sangat penting kerana ketika ini kanak-

kanak lebih mudah diajar dan akan sentiasa menuruti apa-apa yang dikehendaki oleh

guru. Cikgu Stacey juga ada mengamalkan budaya ini dengan meminta ibu bapa

membantu anak mereka di rumah. Walaupun Cikgu Stacey tidak membekalkan anak

muridnya dengan buku cerita,namun budaya membaca dapat dipupuk dengan

menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

12

Page 13: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

2.3 KESIMPULAN

Bagi merealisasikan sebuah sekolah yang berkesan dan berwatak, dengan

mempunyai dicapai sekiranya hanya didokong oleh sebelah pihak sahaja. Semua

warga sekolah perlu terlibat sama. Kepimpinan yang ditonjolkan haruslah menjurus

kepada matlamat meraih kejayaan bersama. Semua warga yang bergelar pendidik

harus merealisasikan visi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Bagi tujuan tersebut, anjakan paradigma harus dilakukan seiring dengan kemajuan

yang hendak dicapai. Guru perlu meningkatkan diri dengan mencari dan meninba

seberapa banyak ilmu untuk menghadapi globalisasi dalam bidang pendidkan yang

terus berkembang selaras dengan masa. Guru harus bersedia menyumbang usaha dan

mengembleng tenaga untuk meningkatkan potensi diri,menajamkan kepakarannya

serta memantapkan organisasi. Ini demi memartabatkan mutu pendidikan negara di

samping menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai.

13

Page 14: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

Kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa.

3.0 PENULISAN REFLEKTIF

Tugasan KKP EDU 3108 Asas Kepimpinan dan Profesionalisme Guru adalah

tugasan yang telah diwajibkan ke atas semua guru pelatih pengajian Matematik

Semester 8. Tugasan ini bertujuan untuk mengasah asas kepimpinan dan

profesionalisme seorang guru dalam menempuh cabaran di dunia pekerjaan sebenar.

Di samping itu, tugasan ini juga dapat membantu para guru untuk meningkatkan

kemahiran untuk memilih maklumat yang relevan dengan tugas dan menganalisa

maklumat untuk dipersembahkan sebagai satu hasil kerja yang berkualiti.Bagi

melaksanakan tugasan ini, saya perlu menonton filem yang bertajuk “ Beyond The

Blackboard “ dan perlu merujuk kepada filem tersebut untuk mengenal pasti peringkat

perkembangan guru dan menggaitkan dengan komponen-komponen seperti

akauntabiliti keguruan,peranan dan juga kepimpinan guru. Tugasan ini juga

memerlukan saya membanding beza pelaksanaan sistem pendidikan di sekolah saya

dengan sistem pendidikan sekolah yang terdapat di dalam filem yang saya tonton.

Tajuk yang nampak seperti mudah tetapi apabila perlu mengaitkan dengan filem

tersebut, ianya menjadi sukar buat saya.

Semasa menyiapkan tugasan ini saya telah menggunakan kemahiran yang telah

saya pelajari dalam bidang ICT untuk memuat naik filem daripada laman sesawang

youtube. Semasa memuat naik filem tersebut, saya terfikir, “ Kenapa mesti filem ini?

Kenapa tidak filem lain? Apa istimewanya filem ini?” Semasa menonton filem ini ,

airmata saya telah mengalir tanpa saya sedar.Pengorbanan yang dilakukan oleh Cikgu

Stacey dan impak yang berlaku terhadap murid-murid dalam kelas Cikgu Stacey.

Walaupun saya pernah melalui beberapa perkara yang berlaku dalam filem itu, namun

saya memandang tinggi dengan kebolehan Cikgu Stacey yang dapat mengendalikan

murid yang dari pelbagai latarbelakang yang berbeza.

Terdapat banyak kebaikan yang didapati semasa menyiapkan tugasan ini. Ia

memberi peluang untuk saya mengetahui lebih terperinci tentang tanggungjawab saya

14

Page 15: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

sebagai guru secara lebih mendalam. Pada mulanya saya menghadapi masalah dalam

memahami kehendak tugasan yang memerlukan saya mengenal pasti peringkat

perkembangan guru. Soalan yang bermain di minda saya, “ Ada ke peringkat

perkembangan guru? Tak pernah tahu pulak......” sebelum ini saya tidak pernah

mengkaji tentang peringkat perkembangan guru. Semasa mencari maklumat untuk

dimuatkan dalam tugasan ini, barulah saya mengetahui bahawa terdapat lima peringkat

perkembangan guru. Menurut Trotter( 1986), peringkat perkembangan tersebut ialah

peringkat novis, novis lanjutan,peringkat cekap,peringkat mahir dan akhir sekali

peringkat pakar. Mampukah saya mencapai tahap sehingga ke peringkat pakar? Saya

perlu bekerja keras untuk mencapai tahap ini.

Menyiapkan tugasan ini menambah pengetahuan yang lebih lagi berkenaan

dengan tugas dan tanggungjawab guru. Melalui filem yang saya tonton, saya

mengetahui betapa pentingnya peranan guru. Bukanlah mudah menjadi seorang guru.

Ini kerana profesion ini merupakan sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan

oleh orang yang mempunyai kelulusan serta latihan ikhtisas yang cukup bermutu.

Seorang guru haruslah bersikap jujur, berdedikasi, bertanggungjawab serta mempunyai

moral yang tinggi. Guru juga perlu mempunyai outonomi bertugas dan perlu mematuhi

kod etika yang telah ditentukan oleh organisasinya. Sifat bertanggungjawab harus ada

dalam diri seseorang guru. Guru juga perlu yakin pada diri sendiri. Ini kerana guru yang

mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi akan dihormati. Saya mahu menjadi guru

yang mempunyai kualiti kepimpinan. Oleh itu saya perlu mempunyai daya tarikan yang

tersendiri terhadap murid-murid. Saya juga harus mewarisi sifat kepimpinan agar

murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar. Dengan kualiti kepimpinan, segala

aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan berkesan.

Apabila melihat filem ini, saya telah mempertingkatkan lagi kefahaman untuk

menjadi guru yang berkesan iaitu dengan meningkatkan diri dengan sifat-sifat seperti

kepintaran, kebolehpercayaan, keikhlasan dan kemahiran berkongsi ( sharing ). Ini

kerana Cikgu Stacey mempunyai ciri-ciri tersebut walaupun beliau seorang guru novis.

Saya perlu memenuhi sifat-sifat guru yang berkualiti dan meningkatkan daya usaha

agar tidak berada dalam rutin yang sama. Guru yang menjunjung profesion keguruan

15

Page 16: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

akan sentiasa memikir dan mencuba pendekatan atau kaedah mengajar yang baru

agar pengajarannya sentiasa menarik dan berkesan. Saya mahu menjadi guru yang

bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu tetapi segala tingkah laku akan

menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Seperti Cikgu Stacey, saya perlu

mempunyai sifat dan kualiti peribadi,profesional dan sosial yang baik dan murni. Ini

kerana hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi berjaya menjalankan

tugasnya sebagai seorang pendidik yang sempurna.

Filem ini banyak memberi pengajaran kepada saya. Saya amat bersyukur kerana

tidak menghadapi masalah di sekolah seperti yang dihadapi oleh Cikgu Stacey. Ini

kerana Cikgu Stacey bukan sahaja menumpukan tugasnya mengajar ilmu pengetahuan

tetapi juga perlu menyelesaikanmasalah sosial dan emosi anak muridnya. Cikgu Stacey

juga umpama pemimpin kecil di sekolah tersebut. Mampukah saya sekiranya saya

berada ditempat beliau? Pengorbanan yang dilakukan oleh beliau amat menyentuh hati

saya dan memberi ikhtibar bahawa bukan semua manusia sempurna kehidupannya.

Saya amat beruntung mengajar disekolah yang ada semua keperluan asas, namun

kadang-kadang kita gagal membentuk sahsiah seseorang murid. Setiap dari kita akan

menempuh cabaran dan menghadapi masalah dan proses menangani masalah inilah

yang akan mematangkan kita.

Jika dulu peranan guru merupakan seorang penyampai maklumat ,kini peranan

guru amat mencabar. Guru sekarang perlu berperanan sebagai seorang

pembimbing,fasilitator dan juga pemberi perangsang di dalam bilik darjah. Dewasa ini,

guru perlu menunaikan tanggungjawab yang lebih besar iaitu mengembangkan potensi

murid secara menyeluruh dari aspek intelek,rohani,emosi dan jasmani serta mendidik

murid agar menjadi insan yang berilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran

dan komunikasi serta berakhlak mulia,berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup

di samping berguna untuk pembangunan negara. Bagi tujuan tersebut, sebagai guru

saya perlu memperkembangan profesionalisme dengan cara mempunyai pelan

pembelajaran sendiri. Ini bagi menyahut seruan pembelajaran sepanjang hayat. Selain

dari itu guru harus memupuk budaya membaca,menyelidik,berfikir, mengamalkan

budaya musyawarah serta budaya kolaborasi dan koperatif. Saya juga boleh

16

Page 17: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman dengan cara menghadiri latihan

dalam pengalaman dan mengakses maklumat pelbagai sumber. Ini berikutan dengan

kehendak dunia yang sedang berkembang dengan pesat dalam semua aspek

kehidupan.

Semoga pengalama dalam menyiapkan tugasan ini dapat membantu saya dalam

menangani masalah dalam menjalankan tanggungjawab saya sebagai guru yang

berkualiti. Bukan mudah mendidik anak bangsa seperti yang dihasratkan dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Namun demikian, kita mampu memikul amanah yang diberikan.

17

Page 18: Kerja Khusus Edu 3108

EDU 3108

18