sce 3108 interaksi 2(topik 4,5,6)

81
SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG TAJUK 4 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SINOPSIS Tajuk empat mengandungi tiga subtajuk iaitu format rancangan pelajaran harian umum, model konstruktivis dan model inkuiri. Format umum menstrukturkan pengajaran dengan urutan yang jelas dengan padanan hasil pembelajaran dengan aktiviti guru serta sumber yang digunakan.Model konstruktivis menjurus kepada pelajar sendiri membina pengetahuan manakala model inkuairi menekankan tentang penyiasatan dan penemuan. Format dan model ini bertujuan memaksimumkan proses pemindahan pembelajaran dari guru kepada murid HASIL PEMBELAJARAN a. Menyatakan tujuan merancang rancangan pelajaran harian. b Menerangkan kebaikan dan keburukan kelima-lima model iaitu Model Lima Fasa Needham,dan model pengajaran inkuiri (5E, induktif, deduktif dan penyelesaian masalah ). KERANGKA TAJUK-TAJUK 41

Upload: norizan-omar

Post on 08-Aug-2015

1.158 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

TAJUK 4 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

SINOPSIS

Tajuk empat mengandungi tiga subtajuk iaitu format rancangan pelajaran harian

umum, model konstruktivis dan model inkuiri. Format umum menstrukturkan pengajaran

dengan urutan yang jelas dengan padanan hasil pembelajaran dengan aktiviti guru

serta sumber yang digunakan.Model konstruktivis menjurus kepada pelajar sendiri

membina pengetahuan manakala model inkuairi menekankan tentang penyiasatan dan

penemuan. Format dan model ini bertujuan memaksimumkan proses pemindahan

pembelajaran dari guru kepada murid

HASIL PEMBELAJARAN

a. Menyatakan tujuan merancang rancangan pelajaran harian.

b Menerangkan kebaikan dan keburukan kelima-lima model iaitu Model

Lima Fasa Needham,dan model pengajaran inkuiri (5E, induktif, deduktif

dan penyelesaian masalah ).

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI

41

Page 2: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

4.0 Rancangan Pelajaran Harian

4.1 Format umum

4.2 Model pengajaran konstruktivisme

-Model Lima Fasa Needham

4.3 Model pengajaran inkuiri

4.3.1 - Kitar pembelajaran 5 Es

4.3.2 - Pengajaran deduktif berasaskan inkuiri

4.3.3 - Pengajaran induktif berasaskan inkuiri

4.3.3 - Pengajaran berasaskan penyelesaian masalah

Aktiviti : Jawab soalan berikut dan hantar kepada pensyarah anda melalui OLL dan simpan dalam folio sebagai bukti

a. Nyatakan 10 sebab dan fungsi penyediakan rancangan pelajaran harian

b. Baca dengan teliti contoh lima model rancangan pelajaran harian dari 4.2 hingga 4.3. Nyatakan kebaikan dan keburukan setiap model

c. Berikan pendapat anda dalam 200 perkataan adakah sepatutnya guru menggunakan adunan (blended) pendekatan atau satu pendekatan atau satu model sahaja dalam pengajaran mereka.

d. Bahagikan setiap model satu kumpulan ( 5 model ). Bincangkan kebaikan dan keburukan setiap model. Jadikan perbincangan kelas.

4.0 Rancangan Pelajaran Harian

Rancangan pelajaran harian dirancang secara terperinci dari rancangan mingguan dan

tahunan. Ianya bukan untuk dibaca didalam kelas tetapi distrukturkan untuk kegunaan

guru itu sendiri atau guru ganti. Penstrukturan itu penting kerana ia menyebabkan guru

itu menyampaikan maklumat, memindahkan isi pelajaran, ilmu, kemahiran(skill) dan

pengetahuan dengan teratur. Matlamat rancangan pelajaran harian mestilah jelas

dengan matlamat, objektif dan hasil pembelajaran dari Huraian Sukatan Pelajaran

Malaysia Sains Disekolah Rendah.

42

Page 3: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Langkah dalam merancang rancangan pelajaran harian

a. kenalpasti tajuk dari kurikulum yang hendak diajar,aktiviti dan kerja yang pelajar

perlu lakukan.

b. Kenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar

c. Kenalpasti sekurang-kurangnya satu cara untuk menilai pelajar

d. Kenal pasti cara untuk mengenalpasti hasil pembelajaran tercapai

4.1 Format umum

Format umum adalah seperti terdapat dalam tajuk 1 iaitu tarikh, masa, kelas, bilangan

pelajar, mata pelajaran, tajuk, hasil pembelajaran, pengetahuan sedia ada, kemahiran

proses sains, nilai murni, sumber pengajaran dan pembelajaran dan langkah.

Seterusnya format umum adalah seperti berikut :

Langkah/Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran

& Pembelajaran

Catatan

Set Induksi/

Orientasi

Perkembanga

n

Penutup

43

Page 4: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Umumnya guru tidak boleh terus memindahkan ilmu atau isi pelajaran secara terus

tetapi guru itu perlu menyediakan aktiviti mengajaran dan pembelajaran kepada pelajar

supaya pelajar dapat mencapai ilmu tersebut kedalam mindanya. Rancangan pelajaran

harian ini adalah cara guru tersebut menyampaikan isi pelajaran bertujuan untuk

memaksimakan pemindahan pembelajaran pelajar. Berikut adalah beberapa

pendekatan yang dicadangkan untuk pengajaran sains seperti yang terdapat dalam

praforma kursus

4.2 Model Pengajaran Konstruktivisme - Model Lima Fasa Needham

Satu fahaman bahawa murid bina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep

berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak

menerima pengetahuan secara pasif dari alam sekeliling. Urutan langkah dalam 5 fasa

Needham ialah orientasi, pencetusan idea, penstrukturan idea, aplikasi dan refleksi.

Contoh rancangan pelajaran harian adalah seperti berikut :

Tahun : 4 Bestari (kelas cemerlang)

Masa : 60 minit

Bilangan pelajar 30 orang

Tema : Menyiasat Alam Bahan

Tajuk Bahan Yang Mengalirkan Arus

Elektrik

Bidang Pembelajaran (LA) : Sifat Bahan

Objektif Umum(LO) : Memahami sifat bahan

Hasil Pembelajaran(LOT) :

Di akhir pengajaran dan pembelajaran tajuk ini murid dapat:

44

Page 5: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

i. mengenalpasti 10 jenis bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran : Konstruktivisme

Strategi : Aktiviti `Hands-on`

Pengetahuan Sedia Ada : Litar lengkap, simbol, alatradas dan cara menyambungkan litar umum.

Kemahiran Proses Sains : Memerhati, Mengelas & Membuat Inferens

Nilai Murni : : Rasional & Kerjasama

Sumber Pengajaran : Alat Radas Menyambungkan litar

Fasa Pengajaran

Isi Kandungan

Aktiviti P&P Catatan

Set Induksi

/Orientasi(5 minit)

Membina litar elektrik

Soalan : Adakah mentol akan menyala?Mengapa?

Soalan:Adakah mentol akan menyala sekarang?Mengapa?

Jenis Aktiviti : Simulasi

1. Guru memberi gambar bateri, mentol, dan suis – digantungkan kepada murid untuk menghasilkan satu litar .

2. Murid berpegang tangan untuk menunjukkan satu litar elektrik lengkap.(Murid telah ada pengetahuan membina litar elektrik.)

3. Murid yang memakai gambar suis melepaskan tangan

BBM: Gambar mentol, bateri, dan suis

Kemahiran Proses Sains: Memerhati

Kemahiran Berfikir: Membuat gambaran mental

Nilai Murni:Bekerjasama, minat, sifat ingin tahu tentang alam sekeliling

Pelbagai Kecerdasan: Visual dan pergerakan kinestatik

Tahap Kognitif: Pengetahuan

Perkembangan

Mengenalpasti objek

Jenis Aktiviti : Mengelas BBM: Bahan yang sedia ada dan

45

Page 6: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Langkah 1

Pencetusan Idea

5 minit

yang boleh mengalir arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Soalan Adakah murid-murid membawa objek yang diminta?

SoalanDaripada pengetahuan kamu, kelaskan objek mengikut kebolehan mengalirkan arus elektrik.

1. Murid meletakkan objek-objek yang dibawa di atas meja.

2. Murid mengelas objek kepada boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik

dibawa oleh murid:Sudu plastik, limau, kunci, sapu tangan, pembaris kayu, gelas, pemadam, syling satu sen, surat khabar, lidi pensil, air kopi, gelang getah, klip kertas, dan paku

Kemahiran Proses Sains: MengelasKemahiran Berfikir: menghubungkait dan meramal

Nilai Murni:Sistematik dan berfikir secara rasionalTahap Kognitif: Pengetahuan, pemahaman

1. Rujuk Lampiran 1

Langkah 2

Pengstrukturan idea

17 minit

Menyambungkan litar

Menguji objek yang boleh mengalir arus elektrik

Jenis aktiviti : `Hands-on

Pelajar cuba sambungkan litar dan alat radas yang diberikan oleh guru.ArahanGuru meminta murid menguji objek yang dikelaskan tadi dan merekodkan pemerhatian.

1. Murid menguji objek yang telah dikelaskan dengan menggunakan litar elektrik.

2. Murid merekodkan hasil dapatan

BBM: bateri, wayar, mentol, suis, kad manila, dan markerKemahiran Proses Sains: Memerhati, inferens, mengelas, eksperimen, dan komunikasiKemahiran Berfikir: membanding dan membeza, serta mengumpulNilai Murni:Jujur dalam merekod, sabar dalam menjalani sesuatu perkara,

46

Page 7: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

kritis dan analitis, serta kerjasama Pelbagai Kecerdasan: verbal, visual, dan pergerakan kinestatikTahap Kognitif: Pengetahuan

Langkah 3

15 minit

Pengstrukturan idea

Laporan hasil dapatan murid

Jenis aktiviti : Pembentangan

1. Wakil daripada setiap kumpulan melaporkan hasil dapatan.

2. Murid membuat perbandingan jawapan dengan ramalan yang telah dibuat.

3. Guru membuat perbandingan hasil dapatan antara kumpulan. (Cara merekod yang paling sesuai adalah jadual)

Kemahiran Proses Sains: komunikasi

Nilai Murni:Berani, yakin dan berdikari

Pelbagai Kecerdasan: interpersonal

Rujuk Lampiran 2

Langkah 4

8 minit

Aplikasi idea

Soalan1.Apa akan berlaku jika kita memegang suis dengan tangan yang basah?2. Mengapa wayar elektrik disalut dengan bahan plastik?

Besi dan keluli boleh mengalirkan

Jenis aktiviti : Perbincangan

1. Guru membimbing murid menyenaraikan jenis bahan berdasarkan objek yang telah dikelaskan.

2. Murid mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

BBM: mentol, bateri, dan suis

Kemahiran Proses Sains: komunikasi

Kemahiran Berfikir: menilai dan membuat kesimpulan

Nilai Murni:Berfikir secara rasional, berhati-hati semasa mengendalikan alatan elektrik

Tahap Kognitif:

47

Page 8: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

arus elektrik.Plastik, kain, getah, kayu, kaca tidak boleh mengalirkan arus elektrik.*air limau dan lidi pensil (karbon) boleh mengalirkan arus elektrik.

*air paip adalah konduktor elektrik yang lemah

*plastik boleh mengelakkan daripada renjatan elektrik kerana tidak boleh mengalirkan arus elektrik

aplikasi dan penilaian

Penutup

5 minit

Refleksi

5 minit

Peneguhan Jenis aktiviti : Nyanyian

1. Murid menyanyi lagu . (Adaptasi lagu Satu Dua Tiga Empat oleh Ariswatan)

Lampiran 3

1. Guru menunjukkan 10 objek satu persatu kepada murid untuk dikelaskan kepada yang boleh mengalirkan arus

BBM : botol plastik, majalah, sudu besi, straw, dawai, kertas, cermin, pembaris keluli, klip rambut besi, dan

48

Page 9: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik.

2. Murid mengangkat kad warna (merah- tidak, hijau – ya)

rod besi.

Lampiran 1

Contoh ramalan murid sebelum eksperimen.

Objek yang boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Boleh mengalirkan arus elektrik Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

KunciSyiling satu sen

Klip kertasPaku

Sudu plastikSapu tangan

*Air limau*Lid pensilPemadam

Surat khabar

Lampiran 2Hasil Dapatan Murid Contoh 1

Boleh mengalirkan arus elektrik Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

KunciSyiling satu sen

Klip kertasPaku

*Air limau*Lid pensil

Sudu plastikSapu tangan

PemadamSurat khabar

Lampiran 3: Lagu (Adaptasi lagu satu dua tiga- Ariswatan)

Kunci, klip kertas dan paku

Objek yang boleh mengalirkan arus elektrik

Pemadam, pembaris kayu,

Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

49

Page 10: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Ingat wahai kawan-kawan

Sifat bahan juga mempengaruhinya

Apa yang dipelajari bahan besi dan keluli

Boleh mengalirkan arus elektrik

Ingat janganlah lupa

Setiap bahan ada cirinya

Pastikan kita mengetahui

Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik

4.3 Model pengajaran inkuiri

4.3.1 Kitar pembelajaran 5 Es

Terdapat lima fasa kitar pembelajaran 5Es seperti berikut :

Fasa(Phase) Matlamat(Purpose) Tindakan guru(Teacher

action)

Tindakan murid(Student

action)

Penglibatan (Engage)

Pencetusan pengetahuan sedia adaMemotivasiMemberi tumpuan

Menilai pengetahuan sedia ada murid

Baca cerita, Memberi soalan, Melakukan

demonstrasi bagi menunjukkan hasil bukan intuitif(satu peristiwa bercanggah) Tunjuk satu klip vide, atau mengendalikan beberapa akti ringkas yang boleh mencetuskan pengetahuan sedia ada murid..

Murid menggunakan peta konsep, kuiz dan membuat perbincangan dalam meningkatkan kefahaman topik

Pelajar mendedahkan pemahaman mereka terhadap topik

Penerokaan Melengkapkan Merekabentuk Bekerja dalam

50

Page 11: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

(Explore) aktiviti yang membantu murid menggunakan pengetahuan sedia ada.

aktiviti-aktiviti dan pengalaman pembelajaran

Menyediakan tugas untuk meneroka

Menyediakan sumber-sumber

Monitor penglibatan

Soalan-soalan, isyarat, menggalakkan pemikiran

kumpulan atau individu dalam menyelesaikan tugasan atau aktiviti

Menjana idea mengeksplorasi soalan-soalan dan kemungkinan-kemungkinan

mereka bentuk dan menjalankan siasatan awal.

Penjelasan (Explain)

Membina pengetahuan melalui penjelasan secara perkongsian

Menyediakan penjelasan,

• menerangkan kefahaman semasa mereka konsep utama.

membuat persembahan, berkongsi idea dengan satu sama lain dan membuat pengkajian

menyediakan poster-poster,

mendengar membaca

Pengolahan (Elaborate)

Mengaplikasi dan menambahkan kedalaman topik

Guru membantu murid untuk mereka bentuk tugas baru, ,Mengenal pasti atau membantu pelajar mengenalpasti masalah untuk diselesaikan

Murid menghuraikan pemahaman mereka terhadap konsep itu dengan menjalankan aktiviti-aktiviti tambahan.Learners elaborate their understanding of the concept by conducting additional

51

Page 12: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

activities. Menyelesaikan

masalah dengan menggunakan pengetahuan mereka

Penilaian (Evaluate)

Fasa penilaian membantu kedua-dua pelajar dan pengajar menilai sejauh mana pelajar memahami konsep dan sama ada mereka telah memenuhi hasil pembelajaran.

Mengendalikan penilaian

Laporan Menjalani proses

penilaian Berkongsi

kefahaman

4.3.2 - Pengajaran deduktif berasaskan inkuiri

Mengikut David Ausubel, kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk mengorganisasi

maklumat kepada sesuatu yang bermakna secara deduktif ia itu dari umum kepada

spesifik seperti berikut :

Pendekatan Induktif

52

Contoh-contoh pengalaman sesuatu konsep atau

prinsip

Menerima idea-idea dan penjelasan sesuatu konsep atau pun prinsip

Page 13: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Berikut adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian secara deduktif Hari : Selasa

Tarikh : 01 Februari 2010

Masa : 60 minit

Kelas : 4 MAJU

Tema : Menyiasat Alam Kehidupan

Bidang Pembelajaran : Hidupan memerlukan keperluan asas

Objektif Pembelajaran : Memahami bahawa haiwan memerlukan

keperluan asas.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat: i) Mengenalpasti keperluan asas haiwan.

ii) Memberikan sebab haiwan memerlukan makanan, air, udara dan tempat berlindung.

Pendekatan P& P : Pembelajaran MasteriKaedah : MengeksperimenKPS Berkomunikasi, Meramal, Menginferens,

Mengeksperimen, Membina hipotesis, Mengawal Pemboleh ubahKMS Mengguna dan mengendalikan bahan dan peralatan

sains Mengendalikan spesimen hidup betul dan cermat

BBM Bekas, kasa dawai, kadbod, belalang, air, daun, pita pelekat, akuarium, ikan, tumbuhan air

Perancangan P & P :Fasa Pengajaran

Isi Kandungan Aktiviti Catatan

Orientasi(5 minit)

Menyatakan haiwan peliharaan murid

Guru bersoal-jawab:1. Siapakah yang

memelihara haiwan di rumah?

2. Apakah nama

53

Page 14: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

haiwan kesayangan kamu?

3. Bagaimana kamu menjaga haiwan kesayangan

4. kamu?Pencetusan idea(15 minit)

Keperluan asas haiwanSoal-jawab:1. Mengapakah kamu memberikan haiwan peliharaan kamu makanan?2.Mengapakah kamu memberikan haiwan kamu air?3.Mengapakah kamu menyediakan haiwan peliharaan kamu tempat berlindung?4.Apakah akan berlaku jika haiwan peliharaan kamu tidak mendapat udara, air, makanan dan tempat berlindung?

Berdasarkan soalan-soalan tersebut, guru mengaitkan dengan keperluan asas haiwan.Contoh :Udara, air, makanan, dan tempat berlindung

KPS: 1. Berkomunikasi2. Meramal3. Menginferens

KBKK:1. Menghubungk

aitkan2. Mencirikan3. Menginferens

Nilai Murni:1. Minat dan

bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling.

Tahap Kognitif:

1. Pengetahuan2. Kefahaman

Penstrukturan semula idea(25 minit)

Mengenalpasti keperluan asas haiwan:

1. Udara2. Air3. Makanan4. Tempat

berlindung

Guru memberi arahan kepada kaedah menjalankan eksperimen:

1. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji keperluan asas haiwan iaitu air, udara, dan

KPS:1. Mengeksperim

en2. Mengawal

pemboloeh ubah

3. Membuat pemerhatian

54

Page 15: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

makanan.a. Murid

memasukkan haiwan kecil seperti belalang ke dalam empat buah bekas.

Stesen 1Bekas A : Mengandungi makanan kering dan ditutup dengan jaring.

Stesen 2 Bekas B:

Mengandungi air tanpa makanan dan ditutup dengan jaring

Stesen 3Bekas C:Mengandungi air dan makanan dan ditutup rapat supaya udara tidak boleh masuk

Stesen 4Bekas D:Mengandungi air, makanan dan ditutup dengan jaring

2. Murid diminta membina hipotesis menentukan pemboleh ubah, membuat pemerhatian serta cadangan dan akhirnya membuat

KBKK: 1. Membanding

dan membezakan keperluan asas hidupan.

2. Menghubungkait

3. Menjana idea4. Membina

hipotesis

Nilai Murni

1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling.

3. Baik hati dan penyayang

4. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan

Borang Pemerhatian

Lembaran Kerja

55

Page 16: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

kesimpulan tentang apa yang mereka dapati daripada eksperimen yang dijalankan.(Murid menulis dalam lembaran kerja yang disediakan:a) Lembaran kerjab) Borang

pemerhatianAplikasi idea(10 minit)

Mengenalpasti keperluan asas haiwan:

1. Udara2. Air3. Makanan4. Tempat

berlindung

Projek memelihara ikan secara kumpulan

1. Murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti :a) Akuariumb) Pam udarac) Makanand) Ikane) Tumbuhan airf) Air bersih

Nilai murniMenyayangi haiwan

Bekerjasama

Tahap kognitif

Pengetahuan Aplikasi

Refleksi(5 minit)

Peta minda berkaitan dengan keperluan asas hiawan

Guru meminta murid melengkapkan peta minda berdasarkan pelajaran hari ini

Tahap kognitif

Pengetahuan Kefahaman

56

Keperluan asas haiwan

Airr

Tempat berlindung

Makanan

Udara

Page 17: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Borang pemerhatian

Bekas Hari Pertama

Hari Kedua Hari Ketiga Hari Keempat

A

B

C

D

Lembaran KerjaKumpulan :.................................................................Nama ahli :..................................................................

.....................................................................

...................................................................

..................................................................

........................................................................

Arahan : Jawab semua soalanTujuan : Menyiasat keperluan asas haiwan.

1. Bina satu hipotesis berdasarkan eksperimen yang akan dijalankan.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

57

Page 18: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

2. Nyatakan pemboleh ubah yang boleh dikenalpasti dalam eksperimen ini.

i. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan(diubah-ubah)

......................................................................................................................

......................................................................................ii. Pemboleh ubah yang bergerak balas(berubah)

......................................................................................................................

.....................................................................................iii. Pemboleh ubah yang dimalarkan(ditetapkan)

......................................................................................................................

........................................................................................

4.3.2 Pengajaran induktif berasaskan inkuiri

Jerome Bruner`s menyatakan guru perlu menyediakan pelajar dengan aktiviti berpengalaman untuk menolong mereka mengenalpasti konsep dari spesifik kepada umum seperti berikut :

Pendekatan Induktif

Contoh rancangan pelajaran harian mengikut pendekatan induktif

Tema : Menyiasat Alam Bahan

Tajuk : Sifat-sifat Bahan

Sub Topik : Sifat Bahan

Tempoh : 60 minit

Tahun : 4

58

Contoh-contoh pengalaman sesuatu konsep atau prinsip

Penemuan serta merekabentuk sesuatu konsep atau prinsip

Page 19: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan

Hasil Pembelajaran : Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat;

Mengenalpasti bahan konduktor/penebat

elektrik

Pendekatan/ Kaedah/ Strategi :Pendekatan - Inkuri – penemuan

Strategi – Mengeksperimen dan Perbincangan

Fasa(Masa)

Isi kandungan Aktiviti pengajaran & pembelajaran Catatan

Set Induksi(5 minit)

Mengapa terdapat jenis bahan dalam satu alat elektrik

Jenis aktiviti : Bercerita

- Guru menceritakan tentang pengalaman terkena kejutan elektrik yang kecil.- Bersoal jawab tentang pengalaman sedia ada murid.

Kemahiran saintifik:Komunikasi

Nilai murni :Berhati-hati

MeramalIdea

(10 minit)

Mengenalpasti objek konduktor dan penebat elektrik.

1. Mengedarkan pelbagai jenis objek kepada murid,Seperti paku, kertas buku, pensil kayu, pembaris plastik, karbon pensil, duit syiling 10 sen, sudu plastik, getah pemadam dan rod kaca.

2. Murid mengelaskan bahan kepada 2 kumpulan konduktor dan penebat elektrik.

Kemahiran saintifik:Meramal,Mengelas

Nilai murni :Kerjasama,berani

Pemerhatian

(25 minit)

Mengeksperimen bahan yang diberi dalam litar elektrik.

1. Murid membina litar lengkap.2. Murid menyambungkan objek yang diberi dalam

satu litar yang lengkap.3. Murid membuat pemerhatian tentang nyalaan

mentol bagi setiap objek yang disambung dalam litar lengkap.

4. Murid merekodkan hasil pemerhatian dalam borang yang diberi.

Kemahiran saintifik:Mengeksperimen,Pemerhatian

Nilai Murni :BerkerjasamaJujur

1. Guru meminta setiap kumpulan murid

59

Page 20: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Penjelasan(15 minit)

- Bahan konduktor (pengalir elektrik)

- Bahan penebat (bukan pengalir elektrik)

membentangkan hasil keputusan eksperimen.2. Setiap kumpulan murid memberikan kesimpulan

berdasarkan hasil eksperimen masing-masing. ( Aras tinggi)

3. Guru mengukuhkan hasil dan memberi takrifan konduktor elektrik dan penebat elektrik.

Refleksi(5 minit)

Senarai bahan konduktor dan penebat elektrik

1.Murid membuat peta minda.

i)Bahan konduktor

ii)Bahan penebat

2.(Lampiran kerja disediakan)

Lampiran 1

Standarad Kandungan: 5.1 Memahami sifat-sifat bahan.Standard Pembelajaran: 5.1.3 Mengenalpasti konduktor dan penebat

Tandakan ( / ) bagi objek yang dapat menyalakan mentol.

OBJEKKEADAAN MENTOL SELEPAS

DISAMBUNGKAN OBJEK

MENYALA TIDAK MENYALA

Getah Pemadam

60

Page 21: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Pensil kayu

Pembaris plastic

Karbon pensil

Duit Syiling 10 sen

Sudu plastic

Rod Kaca

Paku

Kertas buku

4.4.3 Pengajaran berasaskan penyelesaian masalah – Contoh Rancangan Pelajaran Harian.

Tahun : 4 BestariMasa : 60 MinitTema : Menyiasat Alam KehidupanBidang Pembelajaran : Proses HidupObjektif Pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid akan dapat :

1. Berwaspada mengenai tabiat yang menganggu proses hidup

Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid akan dapat :1. Memberi contoh tabiat yang membawa keburukan

kepada kehidupan manusia

2. Menyatakan kesan merokok terhadap paru-paru

61

Page 22: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Fasa(Masa)

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi(5 minit)

Tabiat buruk manusia

Guru menyediakan beberapa keratan akhbar mengenai tabiat buruk manusia

Guru memilih 3 orang murid untuk membaca berita yang disediakan dan mengarahkan murid membaca berita seperti pembaca berita ditelevisyen.(Skrip berita)

Guru bertanya soalan-soalan berkaitanContoh

Soalan 1:Mengapakah murid itu dibuang sekolah?

Soalan 2:Mengapakah ibu malang itu di kelar lehernya oleh anaknya?

Soalan 3:Mengapakah kereta yang dipandu oleh pemuda tersebut terbabas?

KPS-Memerhati-Berkomunikasi

KBKK-Menjana idea-Membandingkan dan membezakan

Nilai Murni-Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

BBMTeks berita

62

Page 23: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Langkah 1(10 minit)

Contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia

Jenis aktiviti Soal-JawabPeta minda1. 2. Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah.Guru menyoal murid:

a) Berdasarkan berita-berita yang dibacakan adakah tabiat-tabiat tersebut baik atau buruk.

JawapanYa buruk

b) Bina Peta Minda

Tabiat-tabiat buruk

2. Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah.

KBKK-mengumpul-mengelas

KPS-berkomunikasi-pemerhatian

Nilai Murni-berfikir secara rasional

BBMSlide gambar-gambardari internet

Langkah 2

Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paru-paru

Jenis aktiviti : ‘hands-on’ aktiviti

Langkah-langkah1. Memasukkan kapas kedalam botol air mineral.2. Menutup tutup botol dengan plastisin3. Tebuk lubang pada plastisin dengan menggunakan pensil.4. Masukkan rokok ke dalam lubang yang disediakan.5. Nyalakan rokok tersebut.6. Memicit botol plastik menggambarkan manusia bernafas7.Keluarkan plastisin dan rokok .8. Buat pemerhatian terhadap kapas.

Dapatan1. Guru meminta murid merekodkan dapatan eksperimen.(contoh catatan eksperimen di bawah)

KPS-berkomunikasi

KBKK-mengikut urutan-menganalisis-membanding dan membeza

Nilai Murni-berkerjasama-sistematik

BBM-botol plastik-kapas-rokokGambarajah di ‘powerpoint’

63

Mengambil dadah

Minum arak

Page 24: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Langkah 3(10 minit)

Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paru-paru

Jenis Aktiviti : Gambar

1. Guru menunjukkan gambar menggunakan komputer kesan merokok terhadap paru-paru

2. Guru menyoal murid:(a)Apakah perbezaan antara paru-paru yang

ditunjukkan?

Jawapan:Paru-paru elok dan rosak

(b) Apakah kesan daripada tabiat tersebut

terhadap manusia?

Jawapan:Kanser paru-paru

KPS-pemerhatian-berkomunikasi-meramal

KBKK-Membanding dan membeza-menjana idea

Nilai Murni-Berfikiran kritikal dan analitis

BBMGambar dari ‘powerpoint’

Langkah 4(10 minit)

Kesimpulan Jenis Aktiviti: Percambahan Fikiran

1. Guru meminta murid membuat kesimpulan daripada eksperimen yang telah dijalankan.

Jawapan :Merokok membahayakan kesihatanMerosakkan gigiBau nafas dan badanMencemarkan udaraMenjejaskan kesihatan orang sekeliling

2. Guru merumuskan dari percambahan fikiran tersebut.

- Mengingatkan murid supaya tidak mendekati rokok

KPS-membuat inferens

KBKK-menjana idea

Nilai Murni-Bertanggungjawab keselamatan diri, rakan dan alam sekeliling

Langkah 5(10 minit)

Refleksi Jenis Aktiviti: Pertandingan melukis karikatur

1. Guru meminta murid melukis kartun “Kempen anti merokok”

BBMKertas lukisanPensil warna

64

Page 25: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Catatan eksperimen

Warna kapas sebelum eksperimen Warna kapas selepas eksperimen

a) Apakah organ pernafasan yang diwakili oleh kapas ?

………………………………………………………………………………………

b) Kenapakah kapas itu bertukar warna?

………………………………………………………………………………………

c) Bagaimana eksperimen ini menunjukkan kesan merokok terhadap paru-paru?

………………………………………………………………………………………

Sinopsis

65

TAJUK 5 MERANCANG RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Page 26: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Rancangan pelajaran harian ialah perancangan guru bagi mengstrukturkan

pengajaran pada hari tersebut. Ini penting bagi guru tersebut dan pelajar yang terlibat

supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Ia bukan lah perlu dibaca

didalam kelas tetapi perancangan rapi menolong pelajar dan guru melicinkan proses

pengajaran dan pembelajaran seterusnya mencapai hasil pembelajaran. Perancangan

rancangan pelajaran harian perlu mengambilkira objektif pembelajaran, hasil

pembelajaran aktiviti pembelajaran, penggunaan sumber dan penilaian

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1.1 Merancang rancangan pelajaran harian yang mengambil kira objektif, hasil pembelajaran, sumber, aktiviti yang memberi pengalaman dan penilaian.1.2 Membina rancangan pelajaran harian menggunakan model konstruktivisme Lima Fasa Needham.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.1 Merancang Rancangan Pelajaran Harian

1.1.1 Langkah Perancangan Pelajaran Harian

Perancangan pelajaran harian perlu merujuk kepada Kurikulum Sains Sekolah

Rendah, rancangan tahunan, semester dan mingguan. Langkah dalam

merancang rancangan pelajaran harian termasuklah menyediakan ,

66

Page 27: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

a. tajuk –rujuk kepada Kurikulum Sains Sekolah Rendah, buku teks dan

buku rujukan.

b. objektif – pilih objektif umum dan khusus.

c. isi-isi penting – skop isi , penegasan, membuat urutan penyampaian isi

serta menorganisasi maklumat. Ianya mestilah spesifik dan jelas.

d. aktiviti pembelajaran – aktiviti guru dan murid diatur supaya menjadi

satu , bahan dan penilaian.

e. penilaian – kaedah menilai pelajar termasuklah kerja rumah, kuiz

dan ujian selepas pengajaran. Bagaimana menilai pencapaian objektif.

f. sumber yang digunakan semasa aktiviti

g. kemahiran berfikir

h. kemahiran saintifik & kemahiran proses sains yang terlibat

67

Aktiviti 1Seorang guru merancang untuk membawa sekumpulan pelajar untuk membuat kajian lapangan di satu kawasan pantai. Beliau mengarahkan pelajar untuk mengenalpasti dan menguji sampel berikut :

a) Menentukan pH air

b) Mengenalpasti hidupan di air

c) Mengenalpasti pokok atau tumbuhan yang hidup di tepi pantai

d) Menentukan jenis pasir, saiz pasir dan bentuk muka bumi

e) Menentukan tahap kemasinan air

f) Mengambil sampel tanah

Page 28: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Aktiviti 1 : Baca dan teliti aktiviti di atas seterusnya dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah, lengkapkan jadual 1 berikut dalam rangka untuk membuat rancangan pelajaran harian tersebut.

Jadual 1

Perkara Spesifikasi

Objektif (dari HSP)

hasil pembelajaran (masukkan

ABCDS )

sumber (apakah sumber yang perlu)

68

Aktiviti 1Seorang guru merancang untuk membawa sekumpulan pelajar untuk membuat kajian lapangan di satu kawasan pantai. Beliau mengarahkan pelajar untuk mengenalpasti dan menguji sampel berikut :

a) Menentukan pH air

b) Mengenalpasti hidupan di air

c) Mengenalpasti pokok atau tumbuhan yang hidup di tepi pantai

d) Menentukan jenis pasir, saiz pasir dan bentuk muka bumi

e) Menentukan tahap kemasinan air

f) Mengambil sampel tanah

Page 29: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Isi – isi penting

aktiviti yang memberi pengalaman.

(Senaraikan aktiviti guru dan aktiviti

murid)

kemahiran berfikir, kemahiran

saintifik

penilaian (bagaimana anda akan

menilai pelajar anda dan mengetahui

objektif tercapai)

1.1.2 Bahagian Rancangan Pelajaran Harian

Membina rancangan pelajaran harian dibahagikan kepada tiga iaitu input, proses dan

output. a.Input merujuk kepada

i. bahan fizikal dan sumber yang akan digunakan.

ii. maklumat yang diperlukan dalam proses termasuklah,maklumat pelajar

(umur, pengetahuan sedia ada pelajar dan keperluan pembelajaran

pelajar)

iii. perancangan masa yang diperlukan untuk setiap aktiviti

iv. apakah arahan guru untuk melakukan aktiviti, huraian bagaimana

memulakan pengajaran, kemahiran atau arahan menggunakan peralatan.

b. Proses ialah perancangan yang menyenaraikan aktiviti guru dan aktiviti murid.

c. Output merujuk kepada apa yang pelajar perlu pelajari.

Input proses output

REKOD PENGAJARAN HARIAN (SAINS)

69

Aktiviti 2Teliti rancangan pelajaran harian berikut Tuliskan anggaran masa yang diperuntukkan

dan apa yang pelajar perlu pelajari – isi pelajaran (out put) untuk setiap aktiviti dalam

ruang yang disediakan di bawah.

Page 30: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Nama Guru:En Abd Hadi bin AzizTingkatan/Kumpulan:Tahun 5 Hijau

Bidang/Tema: MENYIASAT ALAM KEHIDUPAN

Tajuk Pelajaran: Jangka masa:60 minit (2 waktu)Objektif

1. membina satu siratan makanan mengandungi sekurang-kurangnya enam organisma

2. menerangkan kesan kepupusan haiwan terhadap siratan makanan.

Pengetahuan Perlu Ada:1. murid-murid telah mengetahui:

a) istilah pengguna, pengeluar, pemangsa dan rantaian makananb) menghubung kait haiwan dan makanannyac) melukis rantaian makanan

Isi Kandungan1. membina siratan makanan2. memberi definisi siratan makanan3. membanding dan membeza antara rantaian dan siratan makanan4. menghuraikan kesan kepupusan haiwan terhadap kesetabilan siratan

makanan

Nilai Murni bekerjasama menjalankan aktiviti menghargai kepentingan ekosistem mensyukuri nikmat luwes dan berfikiran terbuka

Bahan Bantu Belajar poster kad gambar kad imbasan CD-ROM lembaran kerja

Prosedur Pelaksanaan: Proses Pengajaran & Pembelajaran

1. OrentasiMurid memerhati dan meneliti kad gambar yang dipaparkan

Anggaran Masa

Out put

tujuan paparan kad gambar ialah .....................

...........................................2. Pencetusan Idea

Edarkan sekeping gambar kepada setiap murid.

tujuan menyusun gambar ialah ......................................................................

70

Page 31: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Minta mereka bentukkan kumpulan mengikut rantaian makanan

Susunkan gambar berdasarkan kumpulan yang dibina dan namakan rantaian makanan mengikut habitat

.......................................

3. Penstrukturan Semula Idea Murid mengakses maklumat

melalui CD-ROM yang dibekalkan.

Murid membanding dan membeza rantai makanan yang dibina dengan yang diperolehi melalui CD-ROM

Bina siratan makanan mengikut habitat berkenaan

Maklumat yang diakses dalam CD-ROM ialah ..................................................................................................................

4. Aplikasi Idea Ramalkan apa yang berlaku jika

salah satu orgnisma dalam siratan pupus

Ramalkan apakah yang berlaku jika siratan makanan kumpulan pupus.

5. RefleksiMurid menyatakan: Kepentingan siratan makanan Kepentingan kepada ekosistem

dan kemandirian hidupan

1.2 Pembentukan Rancangan Pelajaran Harian

Dalam menyediakan rancangan pelajaran harian sains menggunakan model

konstruktivisme Lima Fasa Needham, rajah menunjukkan tujuan serta contoh aktiviti

pengajaran yang sesuai pada setiap fasa pengajaran konstruktivisme 5 – Fasa

Needham.

71

Page 32: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Fasa Pengajaran

( masa )

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Orientasi (5 minit)

Menimbulkan minat dan menyediakan suasana.

Menarik perhatian, minat dan motivasi murid

Menjurus kepada tajuk dan isi pelajaran hari itu

Pertunjukan Filem dan video, demonstrasi, penyelesaian masalah, sesuatu yang luar biasa, analogi, bercerita, tugasan, soalan

SPS: LR: picture 1,2 & CDTS :

Pencetusan Idea(10 minit)

Mengenalpasti idea sedia ada murid

Supaya murid dan guru sedar idea terdahulu

Perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan persembahan, POE, IAI, peti surat.Membincangkan perbendaharaan kata dalam sains dan tekaan intuitif.

SPS: LR: picture 1,2 & CDTS : (loc 1 @ 2 @ 3)

Penstrukturan Idea(40 minit)Step 1Step 2Step 3

Untuk merealisasikan kemunculan idea-idea alternatif yang wujud, idea-idea perlu diperbaiki, akan dikembangkan atau diganti dengan idea-idea saintifik.

i. Penjelasan dan pertukaran idea-idea

ii. Pendedahan kepada idea-idea konflik.

iii. Perkembangan idea-idea baru

iv. Penilaian

Main peranan Role playKerja lapangan Field tripMembina sistem pengkodan Perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep and persembahan, POEPertunjukan filem dan video, demonstrasi, penyelesaian masalah,Perbincangan dalam kumpulan kecil dan persembahan.Perbincangan, bacaan, dan input guru.Eksperimen, projek dan demonstrasi.Menguji keesahan idea-idea baru

SPS: LR: picture 1,2 & CDTS : (Objective 1)(Objective 2)(Objective 3)

Aplikasi idea(10 minit )

– Mengaplikasi idea dalam situasi berbeza

Menulis laporan individu menerusi tugasan projek

Worksheet 2 , 3 & 4.(Objective

72

Page 33: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Fasa Pengajaran

( masa )

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

1,2 & 3)Refleksi(5 minit)

Untuk menampung sesuatu idea yang diperolehi kepada idea-idea saintifik.

Pautan kognitifPenulisan laporan mengenai kerja projek individu, kumpulan perbincangan, nota peribadi.Ringkasan, pengulangan titik utama, memeriksa tugasan , cadangan aktiviti selanjutnyaPautan SosialBina kepuasan dalam pencapaian dan pengukuhan positif

Poem(Objective 1,2 & 3)

1.3 Kesilapan Dalam Rancangan Pelajaran Harian

Dalam pembentukan rancangan pelajaran, kesilapan yang biasa guru pelatih lakukan

adalah:

a. Objektif – penulisan objektif tidak selaras dengan isi pelajaran dan aktiviti pelajar.

b. Penilaian – penilaian pelajar tidak selaras dengan objektif pembelajaran.

c. Bahan –penggunaan bahan tidak sesuai dengan aktiviti pelajar.

73

Aktiviti 3

Pilih satu tajuk dari Kurikulum Sains Sekolah Rendah, pilih aktiviti dari rajah 1.2 dan bina

satu rancangan pelajaran harian .

Page 34: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

d. Arahan guru – tidak sesuai dengan aras kognitif pelajar.

e. Aktiviti pelajar- tidak selaras dengan objektif

RANCANGAN PENGAJARAN CIK GU ROS

Kelas : 4 BESTARITema : Menyiasat Benda HidupBidang Pembelajaran : 1. Keperluan asas benda hidup Objektif Pembelajaran : 1.2 Memahami keperluan asas haiwan Hasil Pembelajaran:

Menyatakan keperluan asas haiwan Memberikan hujah mengapa haiwan perlukan makanan, air, udara dan tempat

perlindungan Tempoh : 1 hourKehahiran Saintifik : 1. Memerhati

2. Berkomunikasi Kemahiran manipulative : Mengendalikan haiwan dengan betul Nilai Murni : Cinta dan perihatin Sumber BBM : Cd-Rom Sains Tahun 3, lembaran lagu, Gambar-gambar haiwan ,

Gambar makanan, air, udara dan tempat perlindungan yang berbezaLembaran tugasan, Kad-kad Perkataan, Carta, Tag biru.Klip Video.

Langkah/AKTIVITI

ISI KANDUNGAN

PROSEDUR AKTIVITI GURU CATATAN

Pendahuluan(5 minit)

Untuk menarik perhatian murid (Memerhati)

1. Guru memainkan CD yang menunjukkan beberapa orang kanak-kanak

G:Selamat pagi semuaM: Selamat pagi Cikgu.G: Sekarang , Kita

74

Aktiviti 4

Cik gu Ros mengajar sains tahun 4 menggunakan rancangan pelajaran harian dibawah.

Apakah objektif, penilaian, bahan, arahan guru dan aktiviti pelajar dalam rancangan

pelajaran hariannya. Analisa kesilapan jika ada.

Page 35: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

dengan haiwan peliharaan masing-masing 2. Guru bertanyakan soalan kepada murid selepas tayangan

akan menonton tayang dari CD rakan anda dengan haiwan peliharaan masing-masing

Langkah 1(10 minit)

Nama-nama haiwan.(Berkomunikasi and Memerhati)

1. Guru menayangkan kad gambar haiwan dan meminta student mengenalpasti haiwan-haiwan tersebut.2. Guru menanyakan murid tentang pelajaran lepas seperti keperluan asas bagi manusia

G: Apakah yang awak Nampak dalam gambar ?Namakan haiwan-haiwan. M: Kucing.G : Bagus.(Guru menunjukkan pula dengan kad-kad imbasan lain) Bolehkah kamu ingat tentang apa yang anda belajar semalam? M : Ya, iaitu keperluan asas bagi manusia

Pengembangan 2 (15 minit)

Mengnalpasti keperluan asas bagi haiwan.(Berkomunikasi)

1. Guru meminta beb erapa orang murid mengambil kad-kad yang diletakkan di atas meja. 2. Murid mengenalpasti keperluan asas haiwan dan bandingkan dengan keperluan asas bagi manusia 3. Dan lekatkan di papan hitam.

G: Ali, dating ke depan dan ambil sekeping kad dan lekatkan pada papan hitam ( Guru melibatkan aktiviti kepada murid lain )

Ali : (Ali melekatkannya)Adakah iannya betul cikgu?

G : Ya, betul.Pengembangan 3(20 minit)

Memberikan hujah mengapa haiwan perlukan makanan,

1. Guru melakukan sumbang saran untuk menguji murid tentang sebab-sebab mengapa haiwan memerlukan

G: Mengapa anda fikir bahawa haiwan memerlukan …….M : Ia semuanya penting bagi setiap individu

75

Page 36: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

air, udara dan tempat perlindungan (Berkomunikasi,Meramal)

makanan, air, udara dan tempat tinggal. 2. Guru meletakkan carta pada haiwan dan keperluan asas mereka di papan hitam.3. Pupils say out sentences pertaining to the animals’ basic needs.4. Murid menyebut ayat-ayat yang berkaitan dengan keperluan asas haiwan.5. Murid membaca jalur-jalur potongan ayat yang dikemukakan oleh guru.

G: Menakjubkan .. Bahan tersebut sangat berguna dan penting untuk semua makhluk hidup. Kami menggunakan ia setiap hari dalam kehidupan kita. G: Kini anda boleh memberi saya beberapa contoh keperluan asas haiwan. Ahmad : AirG: Bagus. Mengapakah awak fikir air adalah penting kepada benda hidup M : Ianya member tenaga untuk kita mandiri.(Guru meneruskan penjelasan tentang keperluan asas lain bagi hidupan kepada murid-murid secara terperinci)

Penutup(10 minit)

Kesimpulan 1. Guru mengedarkan lirik lagu kepada murid untuk dinyanyikan bersama.2. Guru menyanyikan bersama-sama murid

G: Sekarang, saya akan mengedarkan lirik lagu. Mari kita membaca lirik bersama-sama. (Selepas membaca guru menyanyi untuk kelas). Sekarang mari kita menyanyi lagu bersama-sama.

Pussy Cat

Pussy Cat 2xWhere do you live,I live in a basket full of frills

76

Page 37: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Pussy Cat 2 xWhat did you need,I need freshly fried fish water and milk

Pussy Cat 2 xWhat did you do,Frighten a little mouse under the chair

Pussy Cat 2xWhere did you go,I went to the kitchen to look for some food.

77

Page 38: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

SINOPSIS

Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk

dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah

ditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang

disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran.Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru

untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa

yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Di dalam modul ini

ia menerangkan objektif pembelajaran dan hasil pembelajaran, aktiviti pembelajaran

yang sesuai dengan proses pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran dan refleksi di

dalam penulisan rancangan pengajaran harian.

HASIL PEMBELAJARAN

a. Membezakan objektif pengajaran dan hasil pembelajaran

b. Menunjukkan aktiviti yang sesuai dengan proses pengajaran dan pembelajaran

dalam penulisan rancangan pengajaran harian

c. Memberikan contoh-contoh pentaksiran yang sesuai di dalam penulisan rancangan

pengajian harian

d. Menulis refleksi yang sesuai selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

78

TAJUK 6 MENULIS RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Page 39: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

KANDUNGAN ISI

Menulis Rancangan Pelajaran

1.0 Objektif pengajaran &pembelajaran dan hasil pembelajaran2.0 Aktiviti-aktiviti pembelajaran3.0 Pentaksiran4.0 Refleksi

* Rujuk Kurikulum Sains Sekolah Rendah

Aktiviti : Jawab soalan berikut dan hantar kepada pensyarah anda melalui OLL dan simpan dalam folio sebagai bukti

a. Rujuk HSP dan pilih satu hasil pembelajaran untuk 1 jam pengajaran harian. Tulis satu hasil pembelajaran yang sesuai dengan komponen-komponen yang anda kehendaki.

b. Baca dengan teliti antiviti P & P dalam modul ini dan pilih yang sesuai dengan hasil pembelajaran anda.

c. Huraikan bagaimana anda menilai pelajar anda.

d. Bina satu RPH berdasarkan model 5 fasa Needham

e. Bincang dalam kumpulan dan tulis refleksi kekuatan dan kelemahan RPH anda.1.0 Perbezaan Objektif Pengajaran dan Hasil Pembelajaran

79

Page 40: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Untuk merancang objektif pembelajaran, guru harus dapat meramalkan beberapa tindakbalas pelajar yang mungkin muncul dalam sesi pelajaran itu berikut adalah beberapa contoh

Objektif Pengajaran Objektif Pembelajaran

1. Menunjukkan bagaimana fius dapat menyelamatkan rumah-rumah

1.Cuba menjalankan eksperimen bebankan satu fius dalam satu litar menyebabkan fius terbakar.

2.Menentukan syarat-syarat yang diperlukan bagi percambahan biji benih.

2. Cuba menanam /mencambahkan biji kacang hijau

3.Mempelajari bagaimana membaca jadual berkala

3. Cuba mencari kedudukan logam secara kala dan kumpulan

4. Mengajar prinsip-prinsip elektromagnet.

4.Cuba membentuk satu sistem yang boleh membunyikan jika seseorang melalui tempat itu

1.1 Perbezaan Di antara Objektif dan Hasil Pembelajaran?

( Sila rujuk interaksi 1 )

Objektif Hasil pembelajaran

Objektif menyatakan apa yang

guru perlu buat yakni apa yang perlu

diajar, dan apa yang perlu dirancang

untuk mengajar, bukan penyataan

akhir pendidikan.

Hasil pembelajaran menyatakan apa

yang pelajar tahu dan boleh buat

atau jangkaan apa yang

pelajar tahu dan boleh buat setelah

mengikuti kursus pengajian mereka.

80

Page 41: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

1.2 Objektif dan hasil pembelajaran dalam kurikulum sekolah rendah

Objektif Hasil pembelajaran

Objektif dibina untuk:

Memastikan perubahan

perlakuan dalam diri pelajar,

dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Menentukan senarai topik,

konsep, generalisasi atau

kandungan unsur-unsur lain

dalam kursus pengajian dan

mata pelajaran.

Menyediakan panduan dalam

penggubalan dan rekabentuk

kurikulum dan instruksi

kurikulum yang meliputi

kandungan dan perlakuan pelajar

dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Hasil pembelajaran dibina untuk:

Menilai prestasi pelajar daripada

segi apa yang pelajar tahu dan

boleh buat di akhir kursus

pengajian.

Memastikan pelajar

menguruskan pembelajaran

mereka.

Menjadikan apa yang diajarkan

dan dipelajari itu intentional.

Mengetahui apa yang perlu

diubah.

Memperbaiki dan

mempertingkatkan kualiti

pembelajaran.

Merancang ke arah memperbaiki

mutu pendidikan dan keberkesanan

institusi.

Mengetahui di mana sumber

manusia boleh dilaburkan.

Menyediakan akauntibiliti kepada

konstituen luar.

81

Page 42: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

1.3. Ciri-ciri hasil pembelajaran yang baik

Meliputi ilmu, kemahiran, dan sikap yang diperlukan dan signifikan

untuk kerjaya masa depan pelajar.

Mewakili peringkat prestasi minimum yang diperlukan untuk

seseorang pelajar itu lulus kursus pengajian.

Realistik dan boleh dicapai oleh pelajar lepasan sekolah menengah

(post- secondary).

Menggambarkan keperluan masakini dan jangkaan masa depan

dalam tempat kerja.

Boleh diverifikasikan dan diukur.

Memperlihatkan kebolehpindahan ke dalam pelbagai konteks.

Difahami oleh pelajar, pendidik, majikan, dan masyarakat.

Memperlihatkan prinsip-prinsip ekuiti dan keadilan, dan ada peruntukan

bagi pelajar yang berbeza.

1.4. Pembinaan hasil pembelajaran Cara Menulis Hasil Pembelajaran

( RUJUK INTERAKSI 1 )

Cara menulis hasil pembelajaran boleh dibuat mengikut klasifikasi kemahiran

kognitif Bloom. Peringkat kemahiran kognitif berdasarkan Kategori Bloom

Taksonomi ini sesuai digunakan untuk membina hasil pembelajaran dengan

82

Page 43: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

menggunakan perlakuan berkaitan (related behaviors) yang terdiri daripada

kata kerja aktif seperti yang berikut:

Kategori Definisi Perlakuan Berkaitan (Related Behaviors)

Pengetahuan

(Knowledge)

Mengingat atau

mengingat semula

sesuatu tanpa

memahami,

menggunakan

atau

menggantikannya

Mendefinisi (define), menghurai (describe),

mengenalpasti (identify), melabelkan (label),

menyenaraikan (list), memadankan (match),

menghafaz (memorize), menunjukkan (point

to), mengingat kembali (recall) memilih

(select), menyatakan (state)

Pemahaman

(Comprehension)

Memahami sesuatu

yang telah

dihubungkaitkan

tanpa keperluan

mengaitkannya

kepada apa jua

yang lain

Meminda (alter), mengambilkira (account for),

menganotasi (annotate), mengira (calculate),

mengubah (change), menukar (convert),

mengumpul (group), menerangkan (explain),

mengeneralisasi (generalize), memberikan

contoh (give example), membuat kesimpulan

(infer), mentafsir (interprete), memparafrasa

(paraphrase), meramal (predict), menilai

semula (review), meringkas (summarize),

menterjemah (translate)

83

Page 44: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Aplikasi

(Application)

Menggunakan

konsep

umum untuk

menyelesaikan

masalah dalam

situasi tertentu;

menggunakan

bahan- bahan yang

dipelajari dalam

situasi baru yang

konkrit

Mengaplikasi (apply), menerapkan (adopt),

menghimpun (collect), mengkonstruk

(construct), mendiagram (diagram),

menemukan (discover), mengilustrasi

(illustrate), menemuduga (menemuduga),

menggunapakai (make use of),

memanipulasi (manipulate), mengaitkan

(relate), menunjukkan (show),

menyelesaikan (solve), menggunakan (use)

Analisis

(Analysis)

Memecahkan

sesuatu ke dalam

bahagian-

bahagian;

mungkin

memfokuskan

pengenalpastian

bahagian-bahagian

atau analisis

perkaitan antara

bahagian- bahagian,

atau pengiktirafan

organisasi prinsip-

prinsip

Menganalisis (analyse), membanding

(compare), menunjukkan pertentangan /

pertentangkan (contrast), mendiagram

(diagram), membezakan (differentiate),

membedah (dissect), melihat perbezaan

(distinguish), mengenalpasti (identify),

mengilustrasikan (illustrate), membuat

kesimpulan (infer), menggariskan (outline),

menunjukkan (point out), memilih (select),

memisahkan (separate), mengasingkan

(sort), membahagikan (subdevide)

84

Page 45: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

2.0 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Pilihan aktiviti ialah kuliah, latih tubi, demonstrasi, simulasi-main peranan, kajian

lapangan, perbincangan kumpulan kecil @ besar (brain storming), kerja kumpulan,

eksperimen, projek, penyoalan, bercerita, jigsaw, koperatif, penerokaan,permainan,

kuiz, menyanyi, membaca, POE, IAI dan petisurat. Anda boleh juga memilih aktiviti

dalam model pengajaran inkuiri.

Berikut adalah contoh-contoh aktiviti.

TAJUK: Ciri-ciri bahan.(Menyiasat Alam Bahan Tahun 4)OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Memahami ciri-ciri bahan.LANGKAH :

Guru memberikan penerangan tentang topik yang dipelajari.

85

1. LATIH TUBI.

DEFINISI:Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan

kecekapan tentang apa yang telah diajar ia bertujuan untuk mencapai tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya ia

menjadi lebih kekal dalam ingatanTUJUAN:

. Kaedah menjawab soalan latih tubi secara berterusan membantu mengekalkan maklumat yang diproses oleh otak ke dalam memori

dalam jangka waktu yang lebih lama

Page 46: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Contoh : Guru memberikan penerangan tentang bahan yang mengalirkan arus eletrik dan bahan yang tidak mengalirkan arus eletrik.

Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid-murid.

Contoh: Guru memberikan lembaran kerja kepada murid-murid berkenaan bahan yang boleh dan tidak boleh mengalirkan arus eletrik iaitu beberapa soalan obkjektif.

Guru mengadakan penilaian.

Contoh :guru menyemak lembaran kerja yang diberikan dan mengarahkan murid-murid untuk melakukan pembetulan jika terdapat kesilapan.

TAJUK: ELETRIK ( TAHUN 5 )

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Memahami litar sesiri dan selari.

LANGKAH:

Guru menyediakan peralatan demonstrasi kepada murid-murid.

86

2.DEMONSTRASI.

DEFINISI:

Kaedah ini digunakan oleh guru sewaktu menjalankan pengajaran yang

memerlukan pelajar menguasai sesuatu kemahian terlebih dahulu sebelum aktiviti

sebenar dapat dijalankan.

TUJUAN:

Untuk memberikan pemahaman kepada pelajar sebelum mereka mencuba

atau membuat sendiri sesuatu aktiviti tersebut.

Guru dapat mengurangkan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar jika telah

menunjukkan cara yang betul terlebih dahulu.

Pelajar akan lebih berkeyakinan dalam melakukan aktiviti.

Dapat menjimatkan masa guru.

Page 47: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Contoh: Guru menyediakan mentol,wayar penyambung,suis dan bateri.

Guru melakukan demonstrasi di hadapan murid-murid.

Contoh: Guru membina litar selari dan sesiri di hadapan murid-murid.

Guru memberikan penerangan berkaitan dengan demontrasi.

Contoh: Guru menerangkan symbol bagi setiap komponen yang digunakan di

dalam litar.

Guru memberikan arahan seterusnya kepada murid-murid.

Contoh: Guru mengarahkan murid untuk membina litar sesiri dan selari serta

melukis gambar rajah litar yang dihasilkan.

87

3.SIMULASI.

DEFINISI.

Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai

keadaan sebenar dan memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan

peranan masing-masing bagi menyelesaikan masalah.

Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja

diwujudkan menyerupai situasi sebenar bertujuan menjalankan aktiviti penyelesaian

masalah.

TUJUAN:

Dapat menggabungkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan,

mencatat,menulis dan membuat keputusan.

Pelajar dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan

sesuatu peristiwa secara berpura-pura.

Aktiviti ini dapat menjadi sumber motivasi kepada pelajar kerana penglibatan

mereka yang meluas.

Page 48: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

TAJUK: BUMI, BULAN DAN MATAHARI (TAHUN 5)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Memahami pergerakan bumi,bulan dan matahari.

LANGKAH:

Guru perlu memilih satu situasi yang berunsur masalah dan

terangkan dengan jelas.

Contoh : Guru memilih tajuk Bumi, Bulan dan Matahari untuk di lakonkan

oleh murid-murid agar murid-murid dapat melihat dengan jelas situasi

pergerakan yang berlaku di orbit.

Guru menetapkan peranan berdasarkan watak-watak dan memilih

murid yang sesuai untuk melakonkan watak tersebut.

Contoh : Guru mengarahkan 3 orang pelajar untuk tampil ke depan dan

berlakon sebagai bumi, bulan dan matahari

Guru memberikan arahan kepada murid.

Contoh: Matahari akan tetap pada kedudukannya manakala pelajar yang

mewakili bumi akan beredar mengelilingi matahari.Pelajar yang berlakon

sebagai bulan pula akan beredar mengelilingi bumi.

Guru mengadakan perbincangan dan rumusan selepas simulasi.

Contoh: Guru menerangkan kepada pelajar bahawa, sewaktu bumi

beredar mengelilingi matahari, ia turut berputar pada paksinya dlaam

kitaran 24 jam .Guru juga menerangkan bahawa sewaktu mengelilingi

bumi, bulan turut berputar pada paksinya.

88

Page 49: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

TAJUK: RANTAIAN DAN SIRATAN MAKANAN. (TAHUN 5)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Mensintesis rantaian makanan untuk dijadikan siratan

makanan.

LANGKAH-LANGKAH:

Guru memberikan arahan kepada pelajar untuk membentuk kumpulan.

Contoh: Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil.

guru memberikan arahan kepada murid untuk bergerak ke kawasan kajian.

Contoh : Murid-murid diarahkan untuk berjalan di kawasan sekolah dan

memerhatikan siratan makanan di kawasan padang, kolam ,taman sains dan

pasu bunga serta merekodkan penemuan mereka.

Guru membuat rumusan tentang hasil pemerhatian murid.

89

4.KAJIAN LAPANGAN.

DEFINISI

Merupakan aktiviti susulan yang memberi pendedahan kepada pelajar selepas selesai

mempelajari topik tertentu.

-Pelajar berpeluang untuk memerhati sendiri bagaimana sesuatu itu berlaku atau dilakukan.

TUJUAN:

Pelajar dapat memerhati sendiri bagaimana sesuatu proses berlaku.

Pengalaman sebenar dapat membantu pelajar untuk mendapatkan kefahaman yang

lebih mengenai sesuatu topik yang dianggap sukar.

Page 50: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Contoh: Murid-murid diarahkan untuk kembali ke kelas serta membentangkan

hasil dapatan bagi setiap kumpulan.

TAJUK: TENAGA (TAHUN 5)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Memahami kegunaan tenaga.

LANGKAH :

Guru bertindak sebagai pembimbing.

Contoh: Guru mencetuskan idea dengan bertanya kepada murid-murid apakah

bentuk tenaga yang mereka ketahui.

Pelajar digalakkan untuk memberi pendapat dengan bersistematik.

Contoh: Murid-murid diarahkan untuk menyatakan kegunaan tenaga dalam

kehidupan mereka dan berbincang dalam kumpulan tentang punca-punca

tenaga.

Guru bertindak sebagai fasilitator

90

5.PERBINCANGAN.

DEFINISI

Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan para pelajarnya di

dalam kelas.Pelbagai cara perbincangan yang boleh dilakukan seperti perbincanagn secara

kelas,kumpulankecil (buzz),perbahasan, forum dan sebagainya.

TUJUAN

Melatih para pelajar memberikan pendapat mengenai sesuatu topik yang ditetapkan .

Dapat melatih pelajar mengeluarkan pendapat yang bernas dalam bahasa yang

teratur dan mudah difahami oleh orang lain.

Pelajar dapat didisiplinkan supaya mendengar dan menghormati pendapat rakan-

rakan yang lain walaupun tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

Page 51: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Contoh: Guru membuat kesimpulan bahawa matahari adalah sumber utama

untuk tenaga.

TAJUK: MENYIASAT ALAM BAHAN (TAHUN 5)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Memahami yang bahan wujud dalam bentuk

pepejal,cecair dan gas.

LANGKAH:

Guru memilih tajuk yang sesuai dan melibatkan murid-murid di dalam

perbincangan .

Contoh: guru memilih tajuk Menyiasat Alam Bahan.

Guru membahagikan murid-murid ke dalam kumpulan masing-masing.

91

6.PENGAJARAN KUMPULAN.

DEFINISI:

Penekanan terhadap interaksi sosial dalam situasi pengajaran

pembelajaran telah membawa kepada perkembangan teknik

pengajaran kumpulan.

TUJUAN:

Menggalakkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Pelajar akan mengalami variasi situasi yang luas semasa pembelajaran sebenar

Dapat mengaitkan hubungan yang terdapat antara prinsip baru dankonsep yang

telah dipelajari untuk menjadikan satu hubungan yang bermakna.

Page 52: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Contoh: Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan.

Guru memberikan bahan-bahan yang diperlukan untuk perbincangan.

Contoh:Guru memberikan 2 bekas yang mengandungi air dan minyak kepada

setiap kumpulan.

Guru mengawasi perbincangan pelajar.

Contoh: Guru mengarahkan murid untuk mengukur kelajuan cecair yang

mengalir dalam masa 1 saat sambil diawasi guru.Guru mengarahkan setiap

kumpulan berbincang dan membentangkan hasil dapatan mereka.

TAJUK : MENYIASAT KUASA DAN TENAGA. ( TAHUN 5)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Memahami bahawa cahaya boleh dipantulkan.

LANGKAH-LANGKAH :

Guru memilih tajuk yang sesuai bagi aktiviti eksperimen.

Contoh : Guru memilih tajuk pantulan cahaya dan menerangkan hukum

pantulan cahaya iaitu, cahaya bergerak dalam garis lurus akan

dipantulkan apabila terkena permukaan objek yang rata.

Guru menyediakan peralatan untuk eksperimen.

92

7.EKSPERIMEN.

DEFINISI:Eksperimen ialah proses terancang yang linear untuk menguji satu atau

beberapa hipotesis yang dapat menerangkan masalah atau fenomena alamiah yang dikajiTUJUAN.

Tujuan eksperimen ialah untuk menguji hipotesis bahawa pembolehubah tidak bersandar, X, menyebabkan perubahan dalam pembolehubah bersandar, Y, iaitu:

Jika X, jadi Y.

Page 53: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Contoh : Guru menyediakan cermin, pembalut aluminium.

Guru mengarahkan pelajar untuk merekod penemuan.

Contoh: Pelajar melukis gambar rajah sinar untuk menunjukkan pantulan

cahaya di dalam aktiviti di atas.

Guru membimbing pelajar untuk berbincang tentang hasil dapatan

eksperimen.

Contoh: Guru merumuskan bahawa cahaya akan dipantulkan apabila

terkena permukaan yang rata.

TAJUK : KEPERLUAN ASAS HAIWAN (TAHUN 4)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Memahami bahawa haiwan mempunyai keperluan

asas.

LANGKAH:

93

11.BERCERITA.

DEFINISI:

Kamus Dewan: cerita adalah jalinan dan susunan mengenai kejadian dan hal-hal yang

berlaku sama ada benar ataupun merupakan khayalan pencerita sahaja.

Bercerita pula bermaksud satu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi

pelajarannya melalui teknik bercerita.

TUJUAN:

Guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan.

Dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar

Dapat menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak.

Guru dapat menimbulkan keyakinan dalam diri kanak-kanak.

Page 54: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Guru memilih cerita yang sesuai dengan peringkat umur, minat dan

kesediaan pelajar.

Contoh:Guru bercerita tentang Sang Kancil dan Buaya.

Guru perlu memastikan semua pelajar bersedia mendengar cerita.

Contoh: Guru bertanya , mengapa Buaya ingin makan Sang Kancil?

Guru mengadakan sesi penilaian setelah sesi bercerita.

Contoh:Guru menerangkan bahawa, setiap haiwan memerlukan makanan untuk

hidup.Murid-murid diarahkan untuk mengenalpasti keperluan asas haiwan selain

dari makanan.

TAJUK: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN (TAHUN 6)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Memahami tanggungjawab manusia dalam melindungi

haiwan yang terancam.

LANGKAH:

Guru memberikan satu tajuk yang telah dipilih untuk dijadikan projek.

94

8.PROJEK.

DEFINISI:

Pelajar melakukan sendiri aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan

perhatian dalam sesuatu situasi.

TUJUAN:

Memberi pengalaman kepada pelajar

Pelajar dapat mengembangkan potensi diri

Untuk mengukuhkan kemahiran yang baru dikuasai.

Page 55: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Contoh: Guru memiilih tajuk Interaksi Antara Hidupan.

Guru meminta murid-murid untuk mengumpulkan maklumat.

Contoh:Guru meminta pelajar untuk mencari maklumat tentang haiwan yang

hampir pupus dan mengumpulkan gambar haiwan tersebut.

Guru mengarahkan murid-murid untuk mereka sesuatu berdasarkan

maklumat yang dikumpulkan.

Contoh: Guru mengarahkan pelajar membina buku skrap daripada maklumat

yang dikumpulkan.

TAJUK: BUMI, BULAN DAN MATAHARI (TAHUN 5)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Memahami pergerakan bumi,bulan dan matahari.

LANGKAH:

Guru mengajar topik yang dipilih.

95

9.JIGSAW

DEFINISI.- Salah satu pembelajaran secara koperatif yang melibatkan

semua pelajar.

TUJUAN.- Dapat mewujudkan semangat saling bekerjasama dan saling

bergantungan di dalam kumpulan.

Page 56: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Contoh : Guru memilih tajuk Bumi, Bulan dan Matahari untuk di ajar

dengan menunjukkan video tentang pergerakan bumu, bulan dan

matahari.

Guru menetapkan beberapa kumpulan di dalam kelas.

Contoh: guru memberi nombor kepada setiap pelajar dan mereka

berkumpul mengikut nombor masing-masing.

Pelajar berbincang dalam kumpulan pakar.

Contoh: Pelajar berbincang tentang pergerakan bumi pada paksinya dan

pergerakan bumi mengelilingi matahari di dalam kumpulan pakar.

Pelajar kembali ke kumpulan masing-masing berbincang dan

mengajar ahli kumpulan mereka.

Contoh: Wakil pelajar dari kumpulan pakar akan kembali ke kumpulan

mereka dan memberi penerangan tentang pergerakan bumi mengelilingi

matahari dan putaran bumi pada paksinya.

Guru memberikan kuiz kepada pelajar.

Contoh : Guru memberikan lembaran kerja untuk dijawab oleh pelajar.

Guru memberikan peneguhan kepada pelajar.

Contoh: Guru memberikan peneguhan positif seperti pujian apabila pelajar berjaya memberikan jawapan yang tepat.

96

12.KOPERATIF.

DEFINISI:

Koperatif: bekerja bersama-sama bagi mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan

bersama.

Pembelajaran koperatif: Merujuk kepada penggunaan kaedah kumpulan-kumpulan kecil

bagi memaksimakan hasil pembelajaran,samaada secara individu atau kumpulan.

Page 57: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

TAJUK: MAGNET (TAHUN 3)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Setiap magnet mempunyai kekuatan yang berbeza.

LANGKAH-LANGKAH:

Guru memulakan pengajaran secara kelas.

Contoh: Guru menerangkan kepada pelajar tentang jenis-jenis magnet dan

kekuatan magnet.

Guru membahagikan kelasnya kepada kumpulan-kumpulan kecil.

Contoh: Setiap kumpulan dibekalkan dengan magnet yang berbeza bentuk serta

beberapa klip kertas.

Murid-murid sedar akan peranan masing-masing.

Contoh: Murid merekodkan hasil dapatan mereka di dalam lampiran yang telah

disediakan olah guru.

97

DEFINISI:

Koperatif: bekerja bersama-sama bagi mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan

bersama.

Pembelajaran koperatif: Merujuk kepada penggunaan kaedah kumpulan-kumpulan kecil

bagi memaksimakan hasil pembelajaran,samaada secara individu atau kumpulan.

13. INKUIRI PENEMUAN.

DEFINISI:Merangkumi segala proses soal selidik bagi mendapatkan jawapan daripada

soalan-soalan atau masalah yang dikemukakan.TUJUAN:

Membolehkan pelajar mendapat jawapan atau membuat kesimpulandaripada soalan-soalan atau permasalahan-permasalahan yangdikemukan melalui pengumpulan data dan pengujian hipotesis.

Page 58: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

TAJUK: ELETRIK ( TAHUN 5 )

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Memahami litar sesiri dan selari.

LANGKAH:

Guru menyediakan peralatan kepada murid-murid.

Contoh: Guru menyediakan mentol,wayar penyambung,suis dan bateri.

Guru berbincang dengan murid tentang objektif diadakan kajian tersebut.

Contoh: murid perlu mengkaji bagaimana litar sesiri dan selari dibina.

Guru menerangkan langkah-langkah kajian dengan terperinci.

Contoh: Guru menerangkan symbol bagi setiap komponen yang digunakan di

dalam litar.

Guru mengawasi pelajar dalam setiap peringkat.

Contoh: Guru memantau setiap langkah yang diambil oleh pelajar dalam

membina litar sesiri dan selari.

98

15.BERMAIN.

DEFINISI:

Bermain dapat mengembangkan kemahiran belajar di kalangan pelajar (Froebel).

Peringkat rendah,permainan tertumpu kepada jasmani tetapi pada peringkat lebih tinggi ia

lebih tertumpu kepada latihan minda.

TUJUAN:

Dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial dalam kalangan

pelajar.

Dapat menimbulkan perasaan gembira kepada pelajar.

Menggalakkan interaksi positif dan menyatukan pelajar yang mempunyai

pengalaman dan potensi berlainan.

Page 59: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

HAIWAN (TAHUN 2)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Memahami haiwan juga turut membesar seperti manusia.

LANGKAH: Guru memilih aktiviti permainan yang sesuai dengan keupayaan pelajar.

Contoh: Guru memilih permainan Jigsaw Puzzle.

Penerangan tentang permainan perlu diberikan sebelum aktiviti dimulakan.

Contoh: Guru mengedarkan kepingan gambar kepada setiap kumpulan dan memberi penerangan tentang permainan “Jigsaw Puzzle”.Guru mengarahkan murid untuk mencantumkan gambar tersebut dan menamakan haiwan yang terdapat pada gambar.Guru mengarahkan murid untuk menyusun turutan gambar haiwan daripada anak kepada dewasa.

Memastikan aktiviti permainan tersebut memberi faedah kepada pelajar.

Contoh: Guru menerangkan kepada murid-murid bahawa haiwan turut mengalami proses tumbesaran seperti manusia.

3.0 Pentaksiran

Menentukan prosedur pentaksiran pencapaian

Tentukan bagaimana guru mentaksir pencapaian objektif pengajaran Nilai keberkesanan penggunaan media, material dan peranan guru sebagai

fasilitator.

Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

99

DEFINISI:

Bermain dapat mengembangkan kemahiran belajar di kalangan pelajar (Froebel).

Peringkat rendah,permainan tertumpu kepada jasmani tetapi pada peringkat lebih tinggi ia

lebih tertumpu kepada latihan minda.

TUJUAN:

Dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial dalam kalangan

pelajar.

Dapat menimbulkan perasaan gembira kepada pelajar.

Menggalakkan interaksi positif dan menyatukan pelajar yang mempunyai

pengalaman dan potensi berlainan.

Page 60: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran Memperbaiki pengajaran pembelajaran

Pentaksiran pencapaian objektif pengajaran Pentaksiran secara pemerhatian, lisan dan penulisan.

Rumusan Pentaksiran

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Maklumat meliputi hal berkaitan topik, bukti dan prestasi.

Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil.

4.0Refleksi

Refeksi P&P berdasarkan kepada : Pengajaran guru Pembelajaran murid Penggunaan bahan bantu mengajar

CONTOH-CONTOH PENULISAN REFLEKSI SELEPAS SETIAP P&P

1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ……………….

2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / ………….

3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.

4. Murid berjaya menguasai konsep ……..

5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan

6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan

datang.

7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.

8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.

9. Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada

tugasan baru.

10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.

11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.

12. Periksa sama ada murid membawa ….. ke dalam kelas.

13. Cari lebih banyak contoh ….. untuk membantu murid lebih memahami …………..

100

Page 61: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman

mereka.

15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …… semasa pengajaran.

16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .

17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P

akan datang.

18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.

19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.

20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.

21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.

22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan …….

23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ……..

24. Gerakan …. Dan …… ke hadapan pada P&P akan datang.

25. Beri pujian ……… kerana usaha yang bersungguh-sungguh

Jenis-jenis Penulisan Refleksi

Penulisan Deskriptif

Refleksi Deskriptif

Refleksi Dialog

Refleksi Kritikal

Kajian oleh Hatton dan Smith (1995) menunjukkan bahawa terdapat empat jenis penulisan yang

telah dikenal pasti dalam penulisan reflektif. Pertama, penulisan deskriptif (descriptive writing)

yang merupakan penulisan yang menerangkan keadaan atau peristiwa di bilik darjah dengan

hanya menulis tarikh, tempat tanpa sebarang penerangan berkenaan sebab, akibat dan kaitan

peristiwa serta kesannya terhadap sikap dan kepercayaan penulis.

Kedua, penulisan refleksi deskriptif (descriptive reflection) yang merupakan penulisan jurnal

yang mempunyai penerangan sebab dan akibat terhadap peristiwa yang terjadi secara jelas

dengan ciri-ciri taakulan dan renungan terhadap peristiwa dan memberi alasanalasan/justifikasi

terhadap perkara yang berlaku.

Ketiga, penulisan refleksi dialog (dialogical reflection) yang merupakan penulisan refleksi yang

mengandungi kata-kata yang merujuk kepada bisikan hati penulis kepada peristiwa yang

sedang direnungkannya melalui siri soal jawab tentang persoalan yang difikirkan.

Keempat, penulisan refleksi kritikal (critical reflection) yang merupakan penulisan refleksi yang

mengaitkan peristiwa di bilik darjah dengan halhal di luar rutin bilik darjah seperti falsafah diri

insan guru sendiri, falsafah pendidikan, isu-isu wawasan, perpaduan, politik, ekonomi dan

sosial.

101

Page 62: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

Contoh Penulisan Refleksi

Penulisan Refleksi Tahap Pertama (penulisan deskriptif)

1. Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat hadir ke kelas.

2. Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran. Kelas terpaksa dibatalkan.

3. Pelajar mengantuk di dalam kelas.

4. Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa ditangguhkan kepada pengajaran

akan datang.

Penulisan Refleksi Tahap Kedua (penulisan refleksi deskriptif)

1. Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham apa yang

disampaikan oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam bahasa

Melayu.

2. Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan tidak

menghiraukan pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan

bertanyakan soalan yang berkaitan.

Penulisan Refleksi Tahap Ketiga (Refleksi Dialog)

1. Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip geometri pada hari ini.

Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba. Saya tidak dapat menumpukan

satu persatu pelajar untuk menjawab soalan. Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurang

persediaan mengenai tajuk yang di ajar.

Penulisan Refleksi Tahap Keempat (Refleksi Kritikal)

1. Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Walaupun begitu saya suka ketawa

semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya

semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan memarahi pelajar yang tidak

mengendahkan pengajaran saya. Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila

mengajar kerana saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar sejarah beliau menggunakan

pendekatan yang sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya menjadi

insan yang berjaya. Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar

mempelajari sejarah.

BIBLIOGRAFI.

1. http://members.fortunecity.com/sploo/Pel6.htm

2. http://sciencefairproject.virtualave.net/observation.html

102

Page 63: Sce 3108 Interaksi 2(Topik 4,5,6)

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

103