fonetik dan fonologi bmm 3108 (autosaved)

61
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013 Bilanga n Isi Kandungan Muka surat 1 PENGENALAN 2 2 FONETIK DAN FONOLOGI 3-5 3 ALAT ARTIKULASI 5-6 4 ORGAN PERTUTURAN MANUSIA 6-10 5 ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN FUNGSINYA 10-14 6 DAERAH ARTIKULASI 14-15 7 BUNYI BAHASA 16 8 VOKAL 16-22 9 KONSONAN 23-24 10 DIFTONG 25 11 FONEM 26 12 ALOFON 26 13 SUKU KATA 27-28 14 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU 29-30 15 TEKS BACAAN DAN TRANSKRIPSI TEKS 31-42 16 REFLEKSI 43-44 17 BIBLIOGRAFI 45 1

Upload: kemeterian-pendidikan-malaysia

Post on 20-Jun-2015

1.213 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Fonetik dan Fonologi

TRANSCRIPT

Page 1: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Bilangan Isi Kandungan Muka surat

1 PENGENALAN 2

2 FONETIK DAN FONOLOGI 3-5

3 ALAT ARTIKULASI 5-6

4 ORGAN PERTUTURAN MANUSIA 6-10

5 ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN FUNGSINYA 10-14

6 DAERAH ARTIKULASI 14-15

7 BUNYI BAHASA 16

8 VOKAL 16-22

9 KONSONAN 23-24

10 DIFTONG 25

11 FONEM 26

12 ALOFON 26

13 SUKU KATA 27-28

14 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA

MELAYU

29-30

15 TEKS BACAAN DAN TRANSKRIPSI TEKS 31-42

16 REFLEKSI 43-44

17 BIBLIOGRAFI 45

1

Page 2: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

1.0 PENGENALAN

Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut sebagai pertuturan,

kalimat atau ujaran, iaitu satu system bunyi yang teratur atau pencantuman bunyi yang

hadir secara berurutan dan berulang-ulang. Menurut Gumperz (1971), apa yang

dituturkan itu ialah bahan percakapan yang merupakan buah fikiran atau idea atau

huraian sesuati situasi atau perlakuan sosial yang diceritakan.

Pendengar memahami perkara yang dilafazkan berdasarkan strukturnya yang

teratur itu. Pendengar akan memilih beberapa ciri tertentu daripada percakapan itu

serta menghubungkannya dengan makna dan situasi yang umum bagi bahasa itu.

Penalosa (1981), berpendapat bahasa bertindak melalui dua bentuk. Pertama

melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia. Keduanya

merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kedua-dua bentuk ini berhubungan

erat dan saling bertindak balas. Hubungan kedua-duanya amat rumit dan berbeza

antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Penutur asli sessuatu bahasa dapat

menuturkan bahasanya secara natural dan mudah. Sebaliknya, bagi penutur asing, hal

ini mungkin sesuatu yang sukar dilakukan kerana struktur bahasa mereka yang

berbeza.

Terdapat sebilangan orang yang berupaya untuk menginterpretasikan perkara yang

dituturkan oleh orang lain dengan membaca pergerakan bibir penutur. Walau

bagaimanapun, masalahnya ialah terdapat pula sebilangan yang lain mempunyai

pergerakan bibir yang tidak menepati ujaran yang dilafazkan. Kita dapat melihat

keadaan ini dengan lebih jelas apabila kita menonton televisyen atau filem, iaitu apabila

kita melihat dialog yang dialih suara tidak menepati suara sebenar penutur dan bunyi

yang didengar itu tidak selaras dengan apa yang kita tonton.

Kita menggunakan udara yang bergerak keluar dari paru-paru untuk bertutur. Pada

masa yang sama, kita mungkin berhenti seketika apabila menyedut udara dan

menggunakan kemasukan udara tersebut untuk bertutur. Keadaan ini juga memberikan

kesan kepada penghasilan ujaran yang nyaring, kuat atau perlahan dan tidak jelas

kepada pendengar. Perkara sedemikian ada kaitannya dengan penghasilan bunyi

2

Page 3: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

bahasa atau bidang fonologi. Fenomena ini lebih difahami oleh pakar terapi pertuturan

yang mendalami bidang fisiologi pertuturan manusia. Mereka memanfaatkan ilmu ini

dalam latihan dan pemulihan bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh sebahagian

daripada kita yang mengalami masalah pertuturan. Pengetahuan ini juga penting

kepada pakar yang terlibat dengan penggunaan suara kesan ekstrem seperti guru vocal

dan jurulatih suara untuk pelakon teater.

2.0 Fonetik dan Fonologi

2.1 Takrif Fonetik

Asal perkataan Fonetik ialah daripada bahasa Greek yang kemudiaanya disebut

sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran

manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa

dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Kajian fonetik

lebih tertumpu kepada bunyi-bunyi bahasa itu sendiri daripada melihat konteks bunyi-

bunyian itu digunakan dalam sesuatu bahasa. Fonetik menyelidik bagaimana bunyi-

bunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-orang

pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut.

Ringkasnya bidang fonetik melihat dari segi fizikal sesuatu bunyi bahasa itu

dihasilkan. Fonetik juga merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan

dengan penyebutan kata dan lambing-lambang yang menunjukkan sebutannya. Rajah

yang berikut menunjukkan kedudukan fonetik dalam hubungannya dengan bidang

linguistik yang lain.

Rajah 2.1

3

Fonetik

Fonologi

MorfologiSintaksis

WacanaPragmatik

Page 4: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Sebagai tambahan, fonetik dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu fonetik

penghasilan bunyi, fonetik akustik dan fonetik auditori.

a) Fonetik Artikulasi – bidang ini mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan

oleh manusia. (Bunyi vokal dan Konsonan) dengan menggunakan alat tutut.

Misalnya kedudukan dan pergerakan bibir, lidah, laluan udara dan sebagainya.

b) Fonetik Akustik – Bidang ini mengkaji gelombang bunyi dan cara gelombang

tersebut mencapai pendengaran manusia. Misalnya bunyi yang kuat dan jarak

bunyi.

c) Fonetik Auditori – Bidang ini mengkaji cara otak memproses bunyi yang

diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterpretasikan. Dengan

kata lain, bidang ini mengkaji cara telinga manusia bertindak balas terhadap

bunyi yang didengar dan cara otak menganalisis bunyi tersebut.

2.2 Takrif Fonologi

Fonologi ialah kajian tentang system bunyi bahasa. Bahasa itu sendiri merupakan

satu bidang yang sangat luas dan mempunyai berbagai-bagai teori bahasa. Bidang ini

sukar dikaji secara umum kerana memerlukan pengetahuan khusus tentang aspek-

aspek yang diliputinya seperti fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam erti kata lain,

fonologi berhubung dengan anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ

ujaran dan bagaimana manusia menggunakan organ-organ tersebut. Ada juga yang

mengaitkan fonologi dengan bidang sosiolinguistik, iaitu yang berhubung tingkah laku

sosial dan kaitannya dengan ciri-ciri bunyi yang digunakan untuk berhubung atau Me

Bidang kajian fonologi termasuklah cara standard untuk merakamkan suara dan

kemudiannya menggambarkannya semula menggunakan simbol-simbol khusus. Dalam

kajian fonologi, misalnya untuk mengetahui sebutan sebenar sesuatu perkataan,

kitaperlu mengaplikasikan simbol-simbol fonetik agar kajian itu lebih bermakna. Ciri ini

berbeza dengan kajian yang berkaitan kesusasteraan kerana kajian kesusasteraan

lebih menekankan gaya bahasa, kesan bunyi dalam persembahan dan ciri-ciri bahasa

4

Page 5: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

dalam puisi seperti asonansi, rima dan anomatopia. Dengan kata lain, kajian ini

memerlukan traskripsi fonetik secara khusus.

Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji

sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Hal ini

jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan: “The study of the systematic

organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has

variously been called “phonology”.

Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan satu bidang yang mengkaji

sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.

Menurut Chomsky dan Halle (1968), fonologi adalah alat pentafsir yang

menghubungkan struktur luar dengan bentuk fonetiknya. Seterusnya kamus dewan

mendefinisikan fonologi adalah merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu

bahasa. (1996:354)

Di samping itu, fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik

merupakan bidang ilmu yang mengkaji ilmu bahasa dari segi cara pengeluaran dan sifat

fizikalnya. Fonetik ini bertumpu kepada panjang dan pendek, keras dan lembut, tekanan

dan, intonasi dan irama dalam satu-satu bahasa. Bagi fonemik pula, merupakan bidang

yang mengkaji bunyi-bunyi penting dalam satu-satu bahasa. Fonemik mempunyai

fungsi atau ciri pembeza yang dinamakan fonem.

3.0 Alat Artikulasi

Alat artikulasi memainkan peranan yang penting dalam mengeluarkan dan

menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini terdiri daripada bibir atas dan bibir bawah,

hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita

suara. Kesemua alat yang dinyatakan di atas berfungsi sebagai menghasilkan bunyi

bahasa iaitu vocal, konsonan dan diftong yang dilabelkan mengikut alat dan daerah

pengeluaran yang terlibat. Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa bunyi bahasa

merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.

5

Page 6: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Selain itu, bunyi-bunyi bukan bahasa ialah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat

artikulasi manusia tetapi belum dapat dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di

dunia ini. Contoh bunyi bukan bahasa ialah seperti ketawa, batuk, siulan, berdehem,

sendawa, mendengkur dan sebagainya.

4.0Alat Artikulasi Atau Organ Pertuturan Manusia

Alat artikulasi ialah alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi

bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu

alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk

menghasilkan bunyi. Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa.

Lantaran itu, Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu;

i. Alat yang boleh digerak-gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada

beberapa kedudukan di dalam mulut.

ii. Daerah pengeluaran, iaitu tempat yang tetap dan terletak di bahagian sebelah

atas pengeluar itu. Tempat ini boleh dicapai oleh alat-alat pengeluar itu.

4.1 Paru-paru

Paru paru merupakan organ yang bertanggungjawab menyedut udara dan

mengepam udara keluar yang seterusnya menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

Kebanyakan bunyi yang dihasilkan merupakan proses daripada pengepaman keluar

udara dari paru-paru. Kualiti bunyi yang dihasilkan adalah proses daripada

pengembangan dan penguncupan paru-paru. Lazimnya, apabila kita bercakap, udara

yang disedut masuk ke dalam paru-paru tidaklah sama seperti kita bernafas.

6

Page 7: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

4.2 Trakea

Trakea merupakan saluran udara antara larinks dan paru-paru. Alat ini

membolehkan laluan udara dari rongga hidung dan mulut masuk ke paru-paru dan

keluar kembali. Udara yang keluar dari paru-paru inilah yang dimanipulasikan oleh alat

dan daerah artikulasi bagi menghasilkan bunyi.

4.3 Larinks

Organ ini pula merupakan bahagian pipa yang mengandungi tisu yang dinamakan

pita suara. Lariks merupakan alat yang terlibat dalam menghasilkan semua suara.

4.4 Pita Suara

Organ ini terdiri daripada dua keeping tisu nipis yang dipanggil pita suara. Dua

keeping tisu nipis ini dirapatkan menjadi tertutup dan direnggangkan menjadi terbuka

luas. Apabila pita suara ini dibiarkan terbuka luas, udara akan keluar dengan cepat.

Namun, apabila pita suara ini dirapatkan, saluran udara akan menyempit. Hal ini akan

menyebabkan udara keluar menghasilkan bunyi seperti kita melafazkan buka awal kata

dalam bahasa Melayu.

Pada waktu yang sama, apabila tisu nipis ini dirapatkan hinga tertutup, iaitu

sehingga tisu pita suara ini menyentuh antara satu sama lain, maka udara yang

melaluinya menyebabkan bergetar. Tinggi rendah kelangsingan bergantung kepada

bagaimana pita suara ini diubah suai. Ruang antara pita-pita ini dinamakan sebagai

Glotis. Di kawasan inilah terhasilnya bunyi hentian glotis.

7

Page 8: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

4.5 Kotak Suara

Kotak suara merupakan tempat letaknya pita suara. Hal ini terdiri daripada

beberapa keeping tulang rawan pada bahagian luarnya. Bahagian ini juga dikenali

sebagai halkum. Fungsi kotak suara boleh dipecahkan kepada dua, iaitu fungsi biologi

dan fungsi bahasa. Fungsi biologi ialah melindungi paru-paru dengan menahan butir-

butir makanan dan juga cecair daripada memasuki trakea. Manakala, fungsi bahasa

menghasilkan bunyi-bunyi bahasa mengikut kedudukan posisinya yang diubahsuai.

4.6 Epiglotis

Epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke

larinks. Hal ini tidak mempunyai fungsi menghasilkan bunyi. Epiglotis hanya

memberikan laluan kepada udara melalui larinks dan semua sistem pernafasan yang

lain.

4.7 Farinks

Alat ini berbentuk seperti saluran paip yang membentuk kerongkong yang

menghubungkan larinks dengan bahagian atas rongga tekak, anak tekak dan rongga

hidung.

8

Page 9: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Rajah 4.0 Organ Pengeluaran Bunyi Bahasa

Berdasarkan rajah 4.0, hal ini dapatlah membantu kita memahami organ

pertuturan seseorang individu. Walau bagaimanapun, adalah lebih mudah jika kita

memahami organ pertuturan kita sendiri. Pada hari ini, saintis dapat meletakkan kamera

yang sangat kecil ke dalam rongga mulut untuk tujuan memeriksa dan meneliti

sebahagian daripada pergerakan fizikal yang berkaitan pertuturan. Kebanyakan

daripada kita menggerak-gerakkan organ melalui pemantulan atau kebolehan

mengenal pasti bunyi-bunyi yang hendak kita hasilkan. Hal ini tidaklah semudah cara

kita memahami dan meneliti pergerakan serta kedudukan huruf-huruf vokal dalam

sesuatu perkataan.

9

Page 10: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Di samping itu, rajah ini dapat membantu kita memahami cara sesuatu bunyi bahasa

itu dihasilkan. Tamsilnya, di bahagian mana pengaliran udara disekat apabila

menghasilkan bunyi frikatif, iaitu sama ada di lelangit, gigi gusi, gigi atau gigi dan bibir

secara bersama-sama. Di dalam tengkorok pula, terdapat pita suara yang akan

bergetar apabila udara melaluinya, terutama apabila mengeluarkan bunyi bersuara

seperti bunyi vokal. Udara yang bergetar ini seterusnya akan melalui rongga-rongga

yang akan mengubah suai bunyi tersebut dan akhirnya akan diartikulasikan.

Sebelum itu, bunyi ini akan melibatkan penggunaan organ-organ tertentu sama ada

artikulator yang pasif seperti lelangit keras, gigi gusi dan gigi atas ataupun artikulator

yang aktif seperti lidah. Tegasnya, penghasilan bunyi-bunyi bahasa akan melibatkan

organ pertuturan seperti farinks, lelangit lembut, gusi dan gigi bawah, bibir dan yang

paling aktif ialah lidah.

5.0Alat-alat Artikulasi Dan Fungsinya

Alat-alat artikulasi merupakan alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi. Alat-

alat ini seperti bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi,

batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat ini dapatlah dibahagikan

kepada dua bahagian iaitu alat aktif dan alat pasif. Alat artikulasi yang aktif ialah alat

yang boleh digerakkan manakala pasif pula adalah sebaliknya. Antara alat artikulasi

aktif ialah lidah, lelangit lembut dan gigi bawah.

Seperti mana yang diketahui, bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami halangan

atau hambatan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci bahagian-bahagian tubuh

yang menentukan baik secara langsung atau pun tidak langsung dalam hal ini

terjadinya bunyi bahasa itu adalah alat artikulasi.

Alat artikulasi atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-

bunyi bahasa terdiri daripada alat-alat yang ditunjukkan seperti gambar rajah yang

berikut;

10

Page 11: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Rajah 5.1 Bahagian Alat Artikulator

1. Bibir atas

2. Bibir bawah

3. Gigi atas

4. Gigi bawah

5. Gusi

6. Lelangit keras

7. Lelangit lembut

8. Anak tekak

9. Hujung lidah

10. lidah

11.Tengah lidah

12.Belakang lidah

13.Akar lidah

14.Epiglottis

15.Pita suara

16.Rongga tekak

17.Rongga hidung

18.Rongga mulut

19.Rahang

20.Tenggorok

11

Page 12: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Lidah

Lidah merupakan alat yang paling aktif dalam menghasilkan bunyi bahasa. Lidah

terbahagi kepada hujung lidah, depan lidah, dan belakang lidah. Hujung lidah dapat

digerakkan ke depan dan ke belakang bagi menghasilkan bunyi. Depan lidah pula boleh

diangkat ke atas menyentuh lelangit keras dan belakang lidah boleh diangkat untuk

menyentuh lelangit lembut.

Bibir

Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang

boleh berfungsi menyekat perjalanan udara. Hal ini terdiri daripada otot –otot yang

kenyal yang boleh dihampar dan dibundarkan. Contohnya, apabila membunyikan huruf

[ i ] keadaan bibir akan menjadi hampar. Sebaliknya, apabila membunyikan bunyi [ u ]

bibir akan menjadi bundar. Lain daripada itu, bibir juga berfungsi dalam membuat

sekatan udara yang keluar daripada rongga mulut untuk membunyikan [ m ]. Misalnya

udara disekat di hujung bibir.

Gigi

Gigi juga mempunyai peranan di dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa tetapi

peranannya tidaklah begitu aktif. Bahagian ini tidaklah boleh digerak-gerakkan dan

fungsinya ialah menahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga mulut.

Dalam penyebutan bunyi-bunyi [ e ], [ ĵ ] dan [ ð ] gigi turut sama berperanan iaitu

sebagai daerah penyebutan.

12

Page 13: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Lelangit

Lelangit dapatlah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit

lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Lelanngit keras ini

juga berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi-bunyi. Sementara

lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum

anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan.

Apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui

rongga hidung. Oleh hal yang demikian, alat ini amatlah penting untuk menentukan

sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Apabila lelangit lembut

diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan jikalau dinaikkan, bunyi yang

akan keluar bukanlah bunyi sengau.

Gusi

Gusi ialah alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan lelangit keras.

Keadaannya cembung dan berfungsi sebagai daerah alat artikulasi. Iaitu daerah

penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [ t ], [ d ], [ i ] dan

sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Rongga

Rongga terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu rongga hidung, rongga mulut dan

rongga tekak. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat lalunya udara

yang keluar dari paru-paru. Rongga tekak bermula daripada bahagian di sebelah atas

selepas pita suara sehinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula

dari ruang hadapan belakang lidah membawa kepada ke bahagian bibir sebelah dalam.

Sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak hinggalah ke

hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada

keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan ataupun diturunkan.

13

Page 14: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Rahang

Rahang tidaklah begitu memainkan peranan yang amat penting dalam proses

pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, kedudukannya lebih penting di

dalam pembunyian bunyi-bunyi vokal. Keadaan buka antara kedua rahang iaitu rahang

atas dan bawah berkeadaan sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal [ i ] dan [ u ]

dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [ a ] dan [ ɜ ]

6.0 Daerah Artikulasi

Daerah artikulasi merupakan tempat atau kedudukan organ yang terlibat dalam

menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Daerah artikulasi yang berperanan dalam

menghasilkan bunyi bahasa ialah, bibir, gigi, gusi, dan lelangit. Daerah artikulasi ini ada

yang boleh digerakkan seperti lelangit lembut yang boleh dinaikkan atau diturunkan dan

ada juga yang kedudukannya tetap seperti lelangit keras, gigi dan gusi.

Rajah 6.1 Daerah Artikulasi

14

Page 15: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Sebagai tambahan, daerah artikulasi juga turut dikenali sebagai kawasan tempat

sentuhan alat artikulasi semasa menghasilkan sesuatu bunyi. Pelbagai bunyi bahasa

dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan alat sebutan dimanipulasikan. Alat

artikulasi yang sama menghasilkan bunyi yang berlainan apabila menyentuh daerah

artikulasi yang berlainan. Penamaan bunyi-bunyi bahasa berdasarkan kepada cara

tertentu bunyi itu dihasilkan. Hal ini melibatkan alat dan daerah yang disentuh oleh alat

artikulasi tersebut.

Sebagai contoh, jika hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi dan

lelangit lembut pula menyentuh rongga belakang tekak, maka bunyi yang dihasilkan

adalah bunyi [ t ]. Bunyi ini dilabelkan sebagai letupan gusi tidak bersuara kerana udara

yang tersekat di belakang lidah dilepaskan secara serta-merta dengan tidak

menggetarkan pita suara.

Dalam hal ini, pita suara menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu

diklasifikasikan sebagai bersuara ataupun sebaliknya. Jikalau pita suara bergetar, maka

bunyi yang dirujuk itu dikatakan bersuara. Sebaliknya, kija tidak bergetar maka bunyi

yang dihasilkan itu dinamakan tidak bersuara.

Selain itu, cara lain yang boleh dilakukan ialah meletakkan jari di dalam telinga.

Kemudian lafazkan bunyi bersuara, maka akan yang akan kedengaran nanti ialah bunyi

berdesir. Hal ini menunjukkan bahawa pita suara tersebut sedang bergetar.

15

Page 16: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

7.0 Bunyi Bahasa

Asmah Hj. Omar (1986) mengatakan bahasa merupakan alat yang digunakan oleh

manusia untuk berhubung dengan manusia lain, yakni dengan menggunakan bunyi-

bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh manusia. Bunyi-

bunyi itu tersusun menurut makna yang ada dalam sesuatu masyarakat pengguna

bahasa tertentu sehingga dapat melambangkan, bukan sahaja buah fikiran yang sudah

dan sedang dilahirkan tetapi juga yang akan dilahirkan.

Selain itu, bunyi bahasa merupakan gelombang-gelombang udara yang keluar

daripada kedua-dua belah paru-paru seterusnya melalui pita suara menuju ke rongga

tekak dan akhirnya keluar terus melalui rongga mulut atau rongga hidung. Ketika udara

itu melalui rongga tekak dan mulut, udara itu mungkin mengalami gangguan atau

sekatan atau juga mungkin tidak. Jadinya udara yang keluar itu akan mengenai

bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi-bunyi bahasa

melayu dikelaskan kepada tiga golongan iaitu vocal, konsonan dan diftong.

Tegasnya, bahasa merupakan satu sistem yang menghubungkan bunyi kepada

makna. Kita boleh katakan bahawa sesuatu bahasa itu terdiri daripada semua bunyi

perkataan dan ayat yang berhubungan antara satu sama lain. Apabila dikatakan

seseorang itu tahu bahasa bermakna dia tahu bunyi-bunyi bagi bahasa tersebut dan

gabungan peraturannya. Dengan kata lain, bahasa merupakan sistem berkomunikasi

secara bunyi yang diucapkan melalui alat-alat pertuturan dan pendengaran dan

melaluinya terbitlah symbol-simbol yang diproses dan diterima umum.

8.0 VOKAL

Vokal merupakan bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya,

udara dari paru-paru keluar berterusan menerusi rongga tekak dan rongga mulut tanpa

sebarang gangguan dan sekatan. Selain itu, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri

kelantangan dan kepanjangan. Dalam kata lain, bunyi itu dapat didengar dengan jelas

itu lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.

16

Page 17: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Terdapat enam jenis vokal dalam Bahasa Melayu;

Lambang Fonetik Contoh Perkataan

[ a ] ada, nangka, apa

[ è ] elak, ela, semak

[ i ] Pita, syiling, ikan

[ e ] emak,emas ketul,

[ o ] Otak, orang, obor

[ u ] Hujan, ulat, paku

Bunyi Vokal

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut apabila tidak

mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah,

keadaan rongga mulut dan bentuk bibir itu sendiri.

Rajah di atas menunjukkan kedudukan vocal di dalam Bahasa Melayu

17

Page 18: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Berdasarkan gambar rajah di atas, dapatlah digambarkan kedudukan lidah

mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian

hadapan lidah, bahagian di sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah

manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah.

Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang

berfungsi dalam penghasilan bunyi–bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi

vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal

ditunjukkan seperti daam gambar rajah yang berikut;

Rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

18

Page 19: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Berdasarkan gambar rajah tersebut, menunjukkan bahawa lidah amat berfungsi

dalam pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah juga

mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang dibunyikan. Bibir juga memainkan

peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal.

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996), keadaan bibir boleh berbentuk seperti

hampar, separuh hampar, bundar dan separuh bundar yang akan menghasilkan vokal

hampar, separuh hampar atau bundar dan separuh bundar. Keadaan bibir semasa

menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti yang berikut;

Rajah di atas menunjukkan kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

19

Page 20: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Penghasilan Bunyi Vokal

Vokal Hadapan Sempit [ i ]

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, hadapan lidah dinaikkan sehingga hamper

menyentuh lelangit keras. Sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit

lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga

mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang

boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampar. Pita

suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput udara.

Contoh :

[ itik ] [ ikan ] [ lari ] [ lihat ]

Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ]

Hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah dari bunyi vokal [ i ] tadi, iaitu kira-kira

1/3 daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal depan sempit dan lidah tidak

menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan dan glottis dirapatkan. Lelangit

lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar.

Contoh :

[ elak ] [ekor ] [ ekar ] [ segak ] [semak ]

20

Page 21: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Vokal Hadapan Separuh Luas [ɛ]

Untuk menghasilkan vokal separuh luas, [ e ] hujung lidah diturunkan kira-kira 2/3

daripada kedudukan semasa menghasilkan vokal hadapan sempit dan udara tidak

menyekat arus udara dari paru-paru. Keadaan bibir dihamparkan dan glotis diratakan.

Lelangit lembut dinaikkan, udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar.

Vokal ini hadir dalam beberapa dialek.

Contoh : [ bɛlot ] [ bɛlon ] [ gɛlɛk ]

Vokal Hadapan Luas [ a ]

Untuk mengeluarkan bunyi vokal hadapan luas, bahagian depan lidah diturunkan

serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak

dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain sama seperti

menghasilkan vokal [ i ] dan [ e ].

Contoh : [ apa ] [ pandai ] [ siapa ]

Vokal Belakang sempit [ u ]

Dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi-tinggi yang mungkin. Tetapi

tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir berkeadaan bundar. Glotis dirapatkan

dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara

bergetar.

Contoh :

[ ulat ] [ ubat ] [ udang ] [ ular ]

21

Page 22: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]

Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling

tinggi dan tempat yang paling rendah. Lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru.

Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar

dari paru-paru dan pita suara bergetar.

Contoh :

[ obor ] [ solo ] [ orang ] [ ombak ]

Vokal Belakang Separuh Luas [ Ɔ ]

Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh

sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Lidah tidak menyekat arus udara dari paru-

paru. Glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-

paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam dialek-dialek dan bahasa baku

merupakan kelainan bagi vokal [ o ]. Misalnya [ oleh ]. Vokal ini tidak terdapat dalam

bahasa melayu.

Vokal Tengah Pendek [ ǝ ]

Bahagian tengah lidah dinaikkan kea rah pertemuan antara lelangit keras dan lelangit

lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung, pita

suara dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya, pita suara akan bergetar.

Contoh : [ ǝmpat ] [ kǝnduri ] [ pǝrahu ] [ tǝmpat ]

22

Page 23: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Vokal Tengah Panjang

Vokal ini hamper-hampir sama dengan vokal tengah pendek tetapi vokal ini lebih

rendah dan dari segi bunyinya lebih tegas dan panjang. Cara membunyikannya ialah,

tengah lidah dinaikkan, lebih tinggi dari keadaan semasa menghasilkan vokal separuh

sempit, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung, pita

suara dirapatkkan supaya bunyi yang keluar itu bersuara. Umumnya vokal ini hanya

terdapat pada akhir pekataan.

Contohnya : [ dia ] [ kereta ] [ manja ]

9.0 KONSONAN

Konsonan atau secara tradisional dinamakan huruf mati ialah huruf-huruf selain

vokal. Bunyi-bunyi konsonan mungkin bersuara dan mungkin tidak. Konsonan ialah

bunyi selain vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh

alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada:

a) Konsonan bersuara – Konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang

keluar dari paru-paru dan menggetarkan pita suara.

b) Konsonan tidak bersuara – merupakan konsonan yang terhasil apabila udara

dari paru-paru tidak menggetarkan pita suara.

Dalam Bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada dua, iaitu; konsonan asli dan

konsonan pinjaman. Konsonan asli Bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia

ada dan diguna oleh penutur Bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh

penutur. Manakala, konsonan pinjaman adalah sebaliknya. Penghasilan bunyi

konsonan tersebut melibatkan alat artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras,

lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung. Oleh itu, yang berikut merupakan

beberapa jenis konsonan melayu asli dan konsonan melayu pinjaman;

23

Page 24: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

I. KONSONAN MELAYU ASLI

[ p ] Konsonan letupan dua bibir tidak

bersuara

[ b ] Konsonan letupan dua bibir bersuara

[ t ] Konsonan letupan gusi tidak bersuara

[ d ] Konsonan letupan gusi bersuara

[ k ] Konsonan letupan lelangit lembut tidak

bersuara

[ g ] Konsonan letupan lelangit lembut

bersuara

[ ? ] Hentian glotis

[ w ] Separuh vokal dua bibir bersuara

[ m ] Konsonan sengau dua bibir bersuara

[ s ] Konsonan geseran gusi tidak bersuara

[ r ] Konsonan getaran gusi bersuara

[ n ] Konsonan sengau gusi bersuara

[ i ] Separuh vokal lelangit keras bersuara

II. KONSONAN MELAYU PINJAMAN

[ f ] Konsonan geseran bibir gigi tidak

bersuara

[ z ] Konsonan geseran gusi bersuara

[ v ] Konsonan geseran bibir gigi bersuara

[ x ] Konsonan geseran lelangit lembut tidak

bersuara

[ Š ] Konsonan geseran gusi lelangit keras

24

Page 25: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

tidak bersuara

10.0 DIFTONG

Diftong berasal daripada perkataan phtong yang terdapat dalam Bahasa Yunani

yang bermakna suara atau disuarakan. Daripada makna tersebut, terhasillah dipthtong

yang bermaksud dua vokal atau dua bunyi yang hanya menduduki satu suku kata.

Dalam Bahasa Melayu, dipthtong disebut sebagai diftong.

Menurut Arbak Othman (1986), diftong bermaksud rentetan dua vokal yang

mempunyai satu puncak kelantangan yang tatkala menghasilkannya tidak ada hentian

sebentar atau ‘hiatus’ yang memisahkan kedua-dua vokal binaannya. Oleh sebab

sifatnya yang dicirikan oleh satu puncak kelantangan, maka diftong adalah silabis.

Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak. Bunyi

diftong adalah terhasil apabia bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi

menggeluncur kea rah vokal di mana pada mula-mulanya hadir tanpa menampakkan

sebarang puncak kelantangan.

Keadaan semasa ketiadaan puncak kelantangan tatkala proses penghasilan bunyi

diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suka kata sahaja semata-mata. Diftong

hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, yakni yang merupakan urutan dua vokal

penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua suku kata.

Contoh vokal rangkap terdapat pada kata daulat. Vokal a dan u pada kata tersebut

ialah merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku kata, iaitu

dau dan lat. Terdapat tiga diftong dalam Bahasa Melayu iaitu /ai/, /oi/, dan /au/. Bunyi

/u/ akan mengeluncur ke bunyi /a/ dan bunyi /u/tersebut akan hilang puncak

kelantangannya. Sama juga dengan /i/ iaitu pada diftong /oi/ dan juga /u/ pada diftong

/au/. Lambing [ ˆ ] dapatlah digunakan untuk menggambarkan sesuatu diftong.

25

Page 26: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Rajah 10.0 di atas menunjukkan kedudukan diftong dalam Bahasa Melayu

11.0 FONEM

Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi dan boleh dipenggal-penggalkan.

Hal ini bersesuaian dengan sifat fonem yang memang boleh diasing-asingkan antara

satu sama lain. Di samping itu, fonem juga merupakan satu unit ujaran yang bermakna,

atau perkataan, terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu m, a, l, u. unit-unit bunyi ini

dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika m diganti dengan p, maka malu

akan bertukar menjadi palu. Lantaran itu, p dan m merupakan unit terkecil yang

berfungsi, kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

12.0 ALOFON

Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya, fonem m

dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir

yang sempurna. Tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak

sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas,

fonem p mempunyai dua alofon.

26

Page 27: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

13.0 SUKU KATA

Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata

ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan

konsonan. Dalam Bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang

berakhir dengan vokal dikenali sebagai suku kata terbuka. Suku kata lain selain vokal

dikenali sebagai suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan.

Kata tunggal satu suku kata

Suku Kata Contoh

KV Su

VK Am

KKVK Draf

Kata tunggal dua suku kata

Suku Kata Contoh

V + KV Ibu

V + VK Air

V + KVK Emas

VK + KV Anda

VK + KVK Untuk

KV +KVK Dekat

27

Page 28: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Kata tunggal tiga suku kata

Suku Kata Contoh

KV +V + KV Biasa

KV + V + KV Kaedah

V + KV + V Usia

KV + KV +VK Maruah

KV + KVK + KVK Kumandang

Kata tunggal empat suku kata

Suku Kata Contoh

KV + KV + KV + KV Panaroma

KV + KV + KV + KVK Masyarakat

KVK + KV + V + KV Sentiasa

Kata tunggal lima suku kata

Suku Kata Contoh

V +KV + KVK + KV + KV Universiti

28

Page 29: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

14.0 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU

Huruf vokal

Dalam Bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal yang standard. Huruf-

huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti yang tedapat

dalam rajah di bawah.

Huruf Simbol Awalan Pertengahan Akhiran

a [ a ] [ api ] [ badi ] [ rupa ]

e [ e ] [ enak ] [ petah ] [ tauge ]

[ ǝ ] [ ǝmak ] [ sǝmat ] [ patriotismǝ ]

i [ i ] [ ikan ] [ simpan ] [ kuli ]

o [ o ] [ obor ] [ kuota ] [ tomato ]

u [ u ] [ ulat ] [ tunas ] [ paku ]

Huruf Konsonan

Dalam Bahasa Melayu ada Sembilan belas fonem atau bunyi konsonan standard.

Fonem-fonem tersebut ialah; b, c, d, g, gh, h, j, k, l, m, n, ng, p, r, s, t, w, dan y. Hal ini

seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Huruf Simbol Awalan Pertengahan Akhiran

b [ b ] [ batuk ] [ lambat ] [ kelab ]

c [ c ] [ campak ] [ benci ] [ mac ]

d [ d ] [ dayang ] [ baldi ] [ abad ]

g [ g ] [ gagal ] [ ligat ] [ monolog ]

h [ h ] [ hapus ] [ saham ] [ sahih ]

j [ ǰ ] [ ǰalan ] [ manǰa ] [ koleǰ ]

k [ ? ] [ ?ami ] [ pa?sa ] [ kata? ]

29

Page 30: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

l [ l ] [ lekas ] [ alas ] [ kesal ]

m [ m ] [ maka ] [ kami ] [ diam ]

n [ n ] [ nangka ] [ anak ] [ daun ]

ng [ ŋ ] [ ŋilu ] [ aŋin ] [ pulaŋ ]

ny [ ɲ ] [ ɲaɲi ] [ haɲa ] [ ɲaɲuk ]

p [ p ] [ perang ] [ apa ] [ siap ]

r [ r ] [ rumah ] [ bara ] [ tegar ]

s [ s ] [ siap ] [ susah ] [ panas ]

t [ t ] [ tiang ] [ atap ] [ sakit ]

w [ w ] [ wanita ] [ hawa ] [ straw ]

y [j] [jang] [pajung] -

Konsonan Pinjaman

Huruf Simbol Awalan Pertengahan Akhiran

f [ f ] [ feri ] [ safari ] [ tawaf ]

v [ v ] [ van ] [ universiti ] -

th [ θ ] [ θelasa ] [ peθan ] [ wariθ ]

kh [ x ] [ xamis ] [ axir ] [ tarix ]

z [ z ] [ zaman ] [ azimat ] [ lafaz ]

dh [ ð ] [ ðif ] - -

sy [ ʃ ] [ ʃarikat ] [ maʃarakat ] -

Huruf Diftong

Huruf Simbol Awalan Pertengahan Akhiran

ai [ ai ] [ aising ] [ ghairah ] [ pandai ]

au [ au ] [ aurat ] [ saudara ] [ harimau ]

oi [ oi ] [ oidium ] [ boikot ] [ amboi ]

30

Page 31: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

15.0 TEKS BACAAN

LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk

melambangkan signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia.

Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti

Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia.

Bahasa Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu' yang

disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan gagasan 1 Malaysia.

Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu dilaksanakan demi memartabatkan Bahasa

Malaysia dalam kalangan masyarakat?

Langkah-langkah yang patut diambil termasuklah menggesa semua urus rasmi

dan surat-menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa

ibunda. Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih Bahasa Inggeris

yang dianggap berdarjat tinggi berbanding Bahasa Malaysia untuk digunakan dalam

urusan syarikat mereka. Sifat nafsi yang menggunung dalam jiwa mereka wajar

diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana mereka persis mengenepikan sebuah

bahasa yang telah mendewasakan pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah

menjaga martabat Bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.

Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris (PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris dalam

kehidupan kita tidak harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memadamkan

kegemilangan Bahasa Malaysia di peringkat lokal.Jika teras pentarbiahan turut

dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada satu era nanti, generasi akan

datang tidak mengenali lagi perkataan apakah itu 'melayu'?. 

31

Page 32: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

   Sementelahan pula, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan

Tamil juga tidak harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan

memperkasakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa

ibunda di sekolah-sekolah berkenaan. Jika dilihat dari perspektif berbeza, hal ini dapat

menimbulkan nafsi perkauman bahkan tidak sejajar dengan penerapan 1 Malaysia

dalam kalangan masyarakat. Maka, polemik ini mungkin tidak dapat mencapai

objektif kemenjadian bahasa sebagai agen perpaduan yang utuh bagi semua rakyat di

negara ini. Tuntasnya, pihak-pihak yang berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka

(DBP) harus berfikir secara kreatif dan kritis demi menaikkan imej bahasa ibunda

secara holistik.

  Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan Bahasa Malaysia dalam sanubari

rakyat rencamangolongan, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggapai

minat umum terhadap keindahan Bahasa Malaysia. Aktiviti seperti Sayembara Pidato

Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan

dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai

anjakan paradigma yang berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat

antarabangsa.

Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang sudah

dilaksanakan terhadap Bahasa Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa rojak. Lihat

sahaja di kiri dan kanan jalan raya serta di bangunan-bangunan pencakar langit,

banyak papan tanda memaparkan penggunaan bahasa rojak. Perkara ini tidak patut

dibiarkan berlarutan kerana keupayaannya untuk mencemarkan bahasa adalah tinggi.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak harus berpeluk tubuh dan mendiamkan diri,

sebaliknya perlu mengambil tindakan undang-undang bagi menyedarkan pihak

berkenaan bahawa Bahasa Malaysia bukanlah sebuahwadah mainan komersial. Oleh

itu, 'pidana bahasa' ini perlu dibejat bagi mewujudkan rakyat kontemporariyang

berpegang teguh dengan bahasa ibunda.

32

Page 33: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga

untuk meledakkan darjat Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan

harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi

manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa

asing sebaliknya menidakkan kebolehan Bahasa Malaysia untuk membawa kita ke

mata dunia. Pepatah Melayu ada disebut, 'yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,

yang baik itu budi, yang indah itu bahasa'. Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak

di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak

lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'.

Analisis Fonem Segmental

Ejaan Sebutan

Langkah [ laŋ.kah ]

langkah [ laŋ.kah ]

memartabatkan [ mǝ.mar.ta.bat.kan ]

bahasa [ ba.ha.sa]

melayu [ me.la.ju ]

bahasa [ ba.ha.sa]

jiwa [ ǰi. wa. ]

bangsa [ baŋ.sa ]

itulah [ itu. lah ]

frasa [ frasa ]

yang [jaŋ]

paling [ pa. liŋ ]

sesuai [ sǝ.su.ai ]

untuk [ un.tu? ]

melambangkan [ mǝ.lam.baŋkan ]

signifikan [ sig.ni.fi.kan ]

sesuatu [ sǝ.su.wa.tu ]

bahasa [ ba.ha.sa]

33

Page 34: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

kepada [ kǝ.pa.da ]

bangsa [ baŋ.sa ]

bangsa [ baŋ.sa ]

di [ di ]

Malaysia [ ma.laj.sia ]

pelbagai [ pǝl.ba.gai ]

polemik [ po.le.mi? ]

telah [ tǝ.lah ]

di [ di ]

bangkitkan [ baŋ.kit.kan ]

sejak [ sǝ.jak ]

akhir [ axir ]

akhir [ axir ]

ini [ ini ]

bagi [ ba.gi ]

membicarakan [ mǝm.bi.ca.ra.kan ]

identiti [ i.dǝn.ti.ti ]

bahasa [ ba.ha.sa]

Malaysia [ ma.laj.sia ]

sebagai [ sǝ.ba.gai ]

bahasa [ ba.ha.sa]

kebangsaan [ kǝ.baŋ.sa.an ]

bagi [ ba.gi ]

sebuah [ sǝ.bu.ah ]

rumpun [ rum. pun ]

bernama [ bǝr.na.ma ]

Malaysia [ ma.laj.sia ]

bahasa [ ba.ha.sa]

Malaysia [ ma.laj.sia ]

telah [ tǝ.lah ]

diadaptasikan [ di.a.dap.ta.si.kan ]

34

Page 35: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

daripada [ da.ri.pa.da ]

frasa [ frasa ]

asal [ a.sal ]

bahasa [ ba.ha.sa]

melayu [ mǝ.la.ju ]

yang [ jaŋ ]

disifatkan [ di.si.fat.kan ]

berjiwa [ ber.ǰi.wa ]

perkauman [ pǝr.kau.man ]

sekaligus [ sǝ.ka.li.gus ]

tidak [ ti.da? ]

relevan [ re.le.van ]

dengan [ dǝŋan ]

gagasan [ ga.ga.san ]

1 malaysia [ 1 ma.laj.sia ]

namun [ na.mun ]

begitu [ bǝ.gi.tu ]

apakah [ a.pa.kah ]

inisiatif [ i.ni.si.a.tif ]

yang [jaŋ]

perlu [ per.lu ]

dilaksanakan [ di.la?.sa.na.kan ]

demi [ dǝ.mi ]

memartabatkan [ mǝ.mar.ta.bat.kan ]

bahasa [ ba.ha.sa]

Malaysia [ ma.laj.sia ]

dalam [ da.lam ]

kalangan [ka.laŋ.an ]

masyarakat [ ma.ʃa.ra.kat ]

Langkah [ laŋ.kah ]

langkah [ laŋ.kah ]

35

Page 36: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

yang [jaŋ]

patut [ pa.tut ]

diambil [ di.am.bil ]

termasuklah [ tǝr.ma.suk.lah ]

menggesa [ mǝŋ.ge.sa ]

semua [ sǝ.mu.a ]

urus [ u.rus ]

rasmi [ ras.mi ]

dan [ dan ]

surat [ su.rat ]

menyurat [ mǝ.ɲu.rat ]

di [ di ]

semua [ sǝ.mu.a ]

jabatan [ ja.ba.tan ]

kerajaan [ kǝ.ra.ja?.an ]

diimplimentasikan [ di.im.pli.mǝn.ta.si.kan ]

dalam [ da.lam ]

bahasa [ ba.ha.sa]

ibunda [ i.bun.da ]

Mutakhir [ mu.ta?.hir ]

ini [i.ni]

jabatan [ ja.ba.tan ]

jabatan [ ja.ba.tan ]

kerajaan [ kǝ.ra.ja?.an ]

lebih [ lǝ.bih ]

gemar [ gǝ.mar ]

memilih [ mǝ.mi.lih ]

bahasa [ ba.ha.sa]

inggeris [ iŋ.gǝ.ris ]

yang [jaŋ]

dianggap [ di.aŋ.gap ]

36

Page 37: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

berdarjat [ bǝr.dar.jat ]

tinggi [ tiŋgi ]

berbanding [ ber.ban.diŋ ]

bahasa [ ba.ha.sa]

Malaysia [ ma.laj.sia ]

untuk [ un.tu? ]

digunakan [ di.gu.na.kan ]

dalam [ da.lam ]

urusan [ u.ru.san ]

syarikat [ ʃa.ri.kat ]

mereka [ mǝ.re.ka ]

sifat [ si.fat ]

nafsi [ naf.si ]

yang [jaŋ]

menggunung [ mǝŋ.gu.nuŋ ]

dalam [ da.lam ]

jiwa [ ĵi.wa ]

mereka [ mǝ.re.ka ]

wajar [ wa.jar ]

diibaratkan [ di.i.ba.rat.kan ]

seperti [ sǝ.pǝr.ti ]

kacang [ ka.caŋ ]

lupakan [ lu.pa.kan ]

kulit [ ku.lit ]

kerana [ kǝ.ra.na ]

mereka [ mǝ.re.ka ]

persis [ pǝr.sis ]

mengenepikan [ mǝ.ŋǝ.nǝ.pi.kan ]

sebuah [ sǝ.bu.ah ]

bahasa [ ba.ha.sa]

yang [jaŋ]

37

Page 38: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

telah [ tǝ.lah ]

mendewasakan [ mǝn.de.wa.sa.kan ]

pemikiran [ pǝ.mi.ki.ran ]

mereka [ mǝ.re.ka ]

oleh [ o.leh ]

itu [ i.tu ]

pihak [ pi.ha? ]

pihak [pi.ha? ]

ini [ i.ni ]

haruslah [ ha.rus.lah ]

menjaga [ mǝn.ja.ga ]

martabat [ mar.ta.bat ]

bahasa [ ba.ha.sa]

Malaysia [ ma.laj.sia ]

supaya [ su.pa.ja ]

tidak [ ti.da? ]

hilang [ hi.laŋ ]

ditelan [ di.tǝ.lan ]

zaman [ za.man ]

selain [ sǝ.la.in ]

itu [ i.tu ]

idea [ i.de.a ]

pengajaran [ pǝ.ŋa.ja.ran ]

dan [ dan ]

pembelajaran [ pǝm.bǝ.la.ja.ran ]

sains [ sa.ins ]

dan [ dan ]

matematik [ ma.tǝ.ma.tik ]

dalam [ da.lam ]

bahasa [ ba.ha.sa]

inggeris [ iŋ.ge.ris ]

38

Page 39: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

juga [ ju.ga ]

harus [ ha.rus ]

dilupuskan [ di.lu.pus.kan ]

sifat [ si.fat ]

dominan [ do.mi.nan ]

bahasa [ ba.ha.sa]

inggeris [ iŋ.gǝ.ris ]

dalam [ da.lam ]

kehidupan [ kǝ.hi.du.pan ]

kita [ ki.ta ]

tidak [ ti.da? ]

harus [ ha.rus ]

dinafikan [ di.na.fi.kan ]

tetapi [ tǝ.ta.pi ]

langkah [ laŋ.kah ]

ini [ i.ni ]

berpotensi [ bǝr.po.ten.si ]

memadamkan [ mǝ.ma.dam.kan ]

kegemilangan [ kǝ.gǝ.mi.lan.gan ]

bahasa [ ba.ha.sa]

Malaysia [ ma.laj.sia ]

di [ di ]

peringkat [ pǝ.riŋ.kat ]

lokal [ lo.kal ]

jika [ ji.ka ]

teras [ tǝ.ras ]

pentarbiahan [ pǝn.tar.bia.han ]

turut [ tu.rut ]

dilaksanakan [ di.la?.sa.na.kan ]

dalam [ da.lam ]

bahasa [ ba.ha.sa]

39

Page 40: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

asing [ a.siŋ ]

tidak [ ti.da? ]

mustahil [ mus.ta.hil ]

pada [ pa.da ]

satu [ sa.tu ]

era [ e.ra ]

nanti [ nan.ti ]

generasi [ gǝ.nǝ.ra.si ]

akan [ a.kan ]

datang [ da.taŋ ]

tidak [ ti.da? ]

mengenali [ mǝ.ŋe.na.li ]

lagi [ la.gi ]

perkataan [ pǝr.ka.ta.an ]

apakah [ a.pa.kah ]

itu [ i.tu ]

melayu [ me.la.ju ]

Transkripsi Teks

[ Laŋkah- laŋkah mǝmartabatkan Bahasa Melaju ]

[ ‘Bahasa ǰiwa baŋsa’/ itulah frasa jaŋ paliŋ sǝsuai untu? Mǝlambaŋkan signifikan

sǝsuwatu bahasa kǝpada baŋsa- baŋsa di malajsia// Pǝlbagai polemi? tǝlah di

baŋkitkan sǝjak axir-axir ini bagi mǝmbicarakan idǝntiti bahasa malajsia sǝbagai

bahasa kǝbaŋsaan bagi sǝbuah rumpun bǝrnama malajsia bahasa Malajsia tǝlah

40

Page 41: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

diadaptasikan daripada frasa asal bahasa mǝlaju jaŋ disifatkan berǰiwa pǝrkauman

sǝkaligus tida? relevan dǝŋan gagasan 1 malajsia// Namun bǝgitu/ apakah inisiatif jaŋ

perlu dila?sanakan dǝmi mǝmartabatkan bahasa Malajsia dalam kalaŋan maʃarakat ? ]

[Laŋkah- laŋkah jaŋ patut diambil tǝrmasuklah mǝŋgesa sǝmua urus rasmi dan

surat mǝɲurat di sǝmua jabatan keraja?an diimplimǝntasikan dalam bahasa ibunda//

Muta?hir ini/ jabatan-jabatan keraja?an/ lǝbih gǝmar mǝmilih bahasa Iŋgǝris jaŋ

diaŋgap bǝrdarjat tiŋgi berbandiŋ bahasa Malajsia untu? digunakan dalam urusan

ʃarikat mǝreka// Sifat nafsi jaŋ mǝŋgunuŋ dalam ǰiwa mǝreka wajar diibaratkan sǝpǝrti

kacaŋ lupakan kulit kǝrana mǝreka pǝrsis mǝŋǝnǝpikan sǝbuah bahasa jaŋ tǝlah

mǝndewasakan pǝmikiran mǝreka// Oleh itu/ piha?-piha? ini haruslah mǝnjaga

martabat bahasa Malajsia supaja tida? hilaŋ ditǝlan zaman//]

[ Sǝlain itu/ idea pǝŋajaran dan pǝmbǝlajaran sains dan matǝmatik dalam

bahasa Iŋgǝris juga harus dilupuskan sifat dominan bahasa Iŋgǝris dalam kǝhidupan

kita tida? harus dinafikan/ tǝtapi laŋkah ini bǝrpotensi mǝmadamkan kǝgǝmilangan

bahasa Malajsia di pǝriŋkat lokal jika tǝras pǝntarbiahan turut dila?sanakan dalam

bahasa asiŋ tida? mustahil pada satu era nanti gǝnǝrasi akan dataŋ tida? mǝŋenali lagi

pǝrkataan apakah itu ‘melaju’ ? ]

[ Sǝmǝntǝlahan pula/ kǝwujudan Sǝkolah Jǝnis Kǝbaŋsaan (SJK) Cina dan

Tamil juga tida? harus dikerliŋ enteŋ berikutan pǝrkara tersebut bǝrkǝmampuan

mǝmpǝrkasakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil lantas mǝnjatuhkan darjat bahasa

ibunda di sǝkolah-sǝkolah bǝrkena?an// Jika dilihat dari pǝrspektif bǝrbeza/ hal ini

dapat mǝnimbulkan nafsi pǝrkauman bahkan tida? sǝjajar dǝngan pǝnǝrapan 1

Malajsia dalam kalaŋan maʃarakat// Maka/ polemik ini muŋkin tida? dapat mǝncapai

objektif kǝmǝnjadian bahasa sǝbagai agen pǝrpaduan jaŋ utuh bagi sǝmua rakyat di

nǝgara ini// Tuntasɲa/ piha?-piha? jaŋ bǝrwajib sǝpǝrti Dewan Bahasa dan Pustaka

(DBP) harus bǝrfikir secara kreatif dan kritis dǝmi mǝnaikkan imej bahasa ibunda

secara holisti?//]

  [ Di sampiŋ itu/ bagi meɲukuhkan kedudukan Bahasa Malajsia dalam sanubari

ra?jat/ DBP harus mǝlaksanakan pelbagai aktiviti jaŋ meŋgapai minat umum terhadap

kǝindahan Bahasa Malajsia// Aktiviti sǝpǝrti Sajǝmbara Pidato Antarabaŋsa anjuran

41

Page 42: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Kǝmǝntǝrian Kǝbudayaan/ Kǝsǝnian/ Warisan dan Pǝlancongan deŋan usahasama

Radio Televiʃen Malajsia (RTM) baru-baru ini dilihat sǝbagai anjakan paradigma jaŋ

bǝrpotensi mǝmpǝrkenalkan bahasa kebaŋsaan di pǝringkat antarabaŋsa// ]

[ Mǝndǝpani arus globalisasi kini/ pǝlbagai pǝrubahan sǝrta modifikasi jaŋ sudah

dilaksanakan tǝrhadap Bahasa Malajsia asal sǝhiŋga tǝrbentuk bahasa rojak// Lihat

sahaja di kiri dan kanan jalan raya sǝrta di baŋunan-baŋunan pǝncakar laŋit/ baɲak

papan tanda mǝmaparkan peŋgunaan bahasa rojak// Perkara ini tidak patut dibiarkan

bǝrlarutan kerana keupayaanɲa untuk mencemarkan bahasa adalah tiŋgi// Pihak

Bǝrkuasa Tǝmpatan (PBT) tidak harus berpǝluk tubuh dan mendiamkan diri/ sǝbalikɲa

perlu meŋambil tindakan undaŋ-undaŋ bagi mǝnyǝdarkan pihak bǝrkǝnaan bahawa

Bahasa Malajsia bukanlah sǝbuah wadah mainan komǝrsial// Oleh itu/ 'Pidana Bahasa'

ini pǝrlu dibejat bagi mǝwujudkan rakyat kontemporari jaŋ bǝrpǝgaŋ tguh dengan

bahasa ibunda//]

[ Konklusiɲa/ sǝmua piha? haruslah mǝŋgembleŋ tǝnaga untu?  mǝlǝda?

kan darjat Bahasa Malajsia sǝbagai bahasa rasmi dalam sǝmua urusan harian/ sǝlain

status utamaɲa sǝbagai bahasa kebaŋsaan// Jaŋanlah kita mǝnjadi manusia jaŋ xusyuk

mǝɲǝlami sungai pǝmodenan deŋan mǝmǝntiŋkan bahasa asiŋ/ sǝbalikɲa mǝnida?kan

kǝbolehan Bahasa Malajsia untu? mǝmbawa kita kǝ mata dunia// Pǝpatah Melaju ada

disǝbut/ ' jaŋ kurik itu kendi/ jaŋ merah itu saga/ jaŋ baik itu budi/ jaŋ indah itu bahasa'//

Oleh hal jaŋ dǝmikian/ marilah kita berpijak di bumi jaŋ ɲata deŋan menjaga bahasa

kebaŋsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan/ tak lekaŋ dek panas'// ]

16.0 REFLEKSI

Melalui kerja kursus ini dapatlah saya simpulkan bahawa terdapat banyak maklumat

yang baharu saya pelajari. Hal ini demikian kerana. Dalam Bahasa Melayu terdapat

bidang yang mengkaji tentang bunyi yang bermakna yang dipertuturkan oleh manusia.

Fonetik dan fonologi merupakan dua perkara yang berbeza. Fonetik berkaitan dengan

penyebutan kata serta lambing-lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala

fonologi pula mengkaji sistem bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada

42

Page 43: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

fonetik, iaitu cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikan serta cara bunyi-

bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Pada waktu yang sama, fonologi

terbahagi kepada dua bahagian iaitu fonemik dan fonetik.

Di samping itu, saya juga telah mempelajari bahawa kajian fonetik dan fonologi ini

melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut

sebagai alat artikulasi atau pun artikulator. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan

setiap satunya mempunyai kedudukan serta pelbagai fungsi yang berbeza dalam

menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

Pada waktu yang sama juga, saya telah mengetahui bagaimana penghasilan

sebuah vokal, konsonan dan diftong. Setelah mengkaji, vokal merupakan bunyi

bersuara kerana tidak ada halangan semasa udara keluar daripada peparu. Lidah dan

bibir turut memainkan peranan yang amat besar dalam penghasilan bunyi vokal.

Manakala konsonan mempunyai bunyi yang bersuara dan tidak bersuara. Hal ini

demikian kerana, bunyi konsonan terhasil daripada gangguan atau halangan semasa

udara keluar dari paru-paru dan dua bibir , gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita

suara, glotis, dan rongga hidung memainkan peranan yang sangat penting dalam

penghasilan bunyi konsonan.

Selain itu, saya turut juga mempelajari apakah itu sebenarnya diftong? Diftong

merupakan hasil daripada penggabungan dua vokal. Misalnya ai, oi, dan au. Bunyi

vokal, konsonan dan diftong merupakan bunyi-bunyi bahasa. Manakala batuk dan

siulan bukanlah bunyi bahasa walaupun dihasilkan oleh alat artikulasi kerana bunyi

tersebut tiadalah jua maknanya.

Lantaran itu, jelaslah bahawa kajian fonetik dan fonolgi ini amatlah menarik untuk

dikaji, kerana dengan kajian yang dilakukan lebih mendalam, kita akan lebih mengenali

bahagian-bahagian alat artikulasi yang mana memainkan peranan yang penting dalam

menghasilkan bunyi bahasa terutama bunyi bahasa yang dapat diterima maknanya.

43

Page 44: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

17.0 BIBLIOGRAFI

Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana

Sdn.Bhd

Arbak Othman, 1985. Mengajar Tatabahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

44

Page 45: Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI 2013

Asmah Haji Omar, 1993. Susur-Galur Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Gumperz, 1971. Language in Social Groups, Stanford: Stanford University Press.

Penalosa, 1981. Introduction to the sociology of Language, Rowley, Massachusetts:

Newburry House Publishers Inc.

Raminah Haji Sabran, 1986. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan,

Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 2008. Bahasa Melayu 1 Siri Pendidikan Guru, Kuala Lumpur:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

45