65648713 52770629 04 kkd2063 unit 1 pengertian pembangunan sahsiah 1

16
Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 1 UNIT 1 PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan definisi am pembangunan sahsiah. 2. Membincangkan pengertian pembangunan sahsiah daripada pelbagai perspektif. 3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan sahsiah guru. 4. Membincangkan ciri-ciri sahsiah guru. 1.1 PENGENALAN pakah yang anda fikirkan apabila mendengar perkataan pembangunan sahsiah? Anda mungkin terbayang cara seseorang berpakaian dan menghias diri atau tergambar tingkah laku seseorang atau sekelompok manusia. Ramai orang melihat sahsiah dari aspek luaran tanpa meninjau secara terperinci aspek dalaman individu yang juga menggambarkan sahsiah dirinya. Rajah 1.1 Guru sebagai cermin keperibadian murid A

Upload: maznah-md-yasin

Post on 25-Nov-2015

38 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 1

    UNIT 1PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

    HASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menyatakan definisi am pembangunan sahsiah.2. Membincangkan pengertian pembangunan sahsiah daripada pelbagai perspektif.3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan sahsiah guru.4. Membincangkan ciri-ciri sahsiah guru.

    1.1 PENGENALANpakah yang anda fikirkan apabila mendengar perkataan pembangunan sahsiah? Anda mungkinterbayang cara seseorang berpakaian dan menghias diri atau tergambar tingkah laku seseorangatau sekelompok manusia. Ramai orang melihat sahsiah dari aspek luaran tanpa meninjau

    secara terperinci aspek dalaman individu yang juga menggambarkan sahsiah dirinya.

    Rajah 1.1 Guru sebagai cermin keperibadian murid

    A

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 2

    Mari kita fikirkan bagaimana guru sebagai cermin keperibadian murid dalam kontekspembangunan sahsiah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Pada pendapat anda,

    apakah perkara penting yang mampu diubah dan dibangunkan oleh guru terhadap sahsiah murid-muriddi sekolah?

    Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan,sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilaisahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikalyang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilaimasyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegangkepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalahlebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegangnilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat.

    Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam kontekspendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yangsempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakatdengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakansatu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek danemosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Guru merupakan penggerak utama dalam membangunkan sahsiah murid-murid serta menjadirole model dalam membangunkan modal insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia. Konseppembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkan dalam diri setiap pendidik sebagai satu misi yangpenting demi membangunkan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Sebelum membentuksahsiah murid-murid, pendidik terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi olehmurid-murid.

    1.2 PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAHelepas mendapat satu gambaran menyeluruh berkaitan dengan pembangunan sahsiah, marikita fahami dan dalami maksud sebenar pembangunan sahsiah secara am dan jugaberdasarkan beberapa perspektif yang berbeza.Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang

    membawa maksud keperibadian atau peribadi (KamusDewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagaidiri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yangsudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watakdirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unikindividu yang membezakan dirinya dengan individu yanglain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah

    S

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 3

    merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yangtersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majiddan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi danperlakuan manusia.

    Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi caraseseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah Meng,1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secarakeseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dannilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistempsikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus.Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman, 1995).Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama adaperubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentukindividu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawamakna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itubertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006). Maka, fokus pembangunantersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.

    Maka, dapat dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap padaseseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individuyang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya.

    Berdasarkan pembacaan anda, jelaskan maksud sahsiah mengikut pemahaman yanganda perolehi.

    ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    1.3 PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAMembangunan sahsiah yang unggul adalah suatu konsep yang berkaitan dengan kualiti insan.Setiap insan harus faham cara menguruskan hidup secara profesional daripada perspektifIslam agar tidak bertentangan dengan tuntutan al-Quran. Jika ditinjau dan dihalusi siratterdahulu, umat Islam berjaya kerana mereka mampu memaksimumkan segala kekuatan

    yang dianugerahkan Allah dalam hidup mereka. Dalam perspektif Islam, pembangunan sahsiah bukansahaja dilihat dari aspek jasmani, tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akalindividu.

    Terdapat beberapa pendapat yang berbeza berkaitan dengan pembangunan sahsiah mengikutperspektif Islam. Menurut Shahabuddin dan Rohizan (2007), sahsiah juga bermaksud akhlak. Akhlakterbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Islam memberi penekananpenting kepada kedua-dua akhlak tersebut. Menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997), sahsiah

    P

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 4

    bermakna personaliti atau secara umumnya akhlak. Mereka berpendapat bahawa faktor-faktor lainyang dianggap penting dalam pembangunan sahsiah ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t,interaksi roh dan jasmani serta peranan akal. Pendapat ini adalah selaras dengan Mohd Ismail (1999)yang menyatakan bahawa proses pembangunan sahsiah pada insan cemerlang terdiri daripada prosespembangunan insan yang cemerlang, diikuti dengan proses pembangunan anak cemerlang sertaproses pembangunan individu cemerlang.

    Selain itu, Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan empatunsur dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak (etika dan moral) danpenampilan (mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah mengaitkan sahsiah dengan aspekkerohanian atau dalaman manusia. Namun, aspek dalaman boleh dilihat menerusi Mazahir atautingkah laku luaran. Mazahir inilah yang dinamakan akhlak iaitu terjemahan dari akidah dan amalanatau ibadah seseorang. Tingkah laku luaran individu adalah berasaskan kepercayaan atau akidah yangdikenali sebagai akhlak. Maka, menerusi pembinaan akhlak inilah hakikat manusia itu hendak dibina.

    Menurut Iman Al Ghazali (1989), pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diriindividu iaitu melibatkan pengetahuan agama, akidah, penghayatan Al-Quran, adab kehidupanberkeluarga, mencari rezeki, perhubungan sesama manusia, akhlak, budi pekerti dan pembangunanjiwa serta hati. Namun begitu, Ibn Miskawah mempunyai takrifan yang berbeza terhadap pembangunansahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan perbuatanserasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panjang. Dengan kata lain, sifat yang tertanam dalamdiri individu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa melibatkanpemikiran, penelitian serta paksaan.

    Secara ringkasnya, pembangunan sahsiah dari perspektif Islam boleh diertikan sebagaimembina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun,berintelek, mempunyai nilai murni dan berdaya maju.

    1.4 PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF BARATDari perspektif Barat, pembangunan sahsiah lebih diperjuangkan untuk memenuhi keperluan jasmanimanusia sendiri. Berdasarkan pandangan para pemikir seperti Mark (1818 - 1883), Weber (1864 -1920) dan Maslow (1908 - 1970), antara keperluan jasmani yang ditekankan mengikut perspektif Baratialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia, meningkatkan status kuasa dan agama sertameningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukandan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia (Kamarul Azmi, 2002).

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 5

    Berdasarkan definisi-definisi sahsiah yang dikemukakan oleh pelbagai tokoh, sila isikandalam jadual di bawah intipati atau perkara asas yang mendefinisikan sahsiah secarakeseluruhan.

    Penilaian Perasaan

    Akal Naluri

    Minat Sikap

    Penampilan Ibadah

    Perhubungan Sesama Manusia Mencari Rezeki

    A

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 6

    Bina satu peta minda untuk merumuskan definisi-definisi pembangunan sahsiahberdasarkan pelbagai pendapat dan perspektif Islam.

    Kemudian, bincangkan dengan rakan-rakan sekumpulan berkaitan dengan pembangunansahsiah daripada perspektif agama Islam, Buddha, Kristian dan sebagainya dalam

    MyGuru.

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 7

    1.5 CIRI-CIRI SAHSIAHSejauh mana anda mengenali diri anda? Pernahkah anda memahami ciri-ciri sahsiahyang ada dalam diri anda? Secara umumnya, ciri-ciri sahsiah termasuk keunikan dengan

    maksud tersendiri, kesesuaian atau keupayaan untuk berubah hasil pembelajaran dan organisasi.Dengan perkataan lain, ia bukan sekadar himpunan tingkah laku, tetapi melibatkan corak tingkah lakudan operasi yang bersifat konsisten.

    Sahsiah merangkumi empat aspek berikut iaitu;

    a. Berfikir secara positifb. Menangani stressc. Mengurus keperluan kerjayad. Mengurus diri dan kehidupan

    a. Hubungan dengan tuhanb. Kejiwaan yang kentalc. Konsep kendiri yang mantap

    a. Mempamerkan tingkah lakub. Penampilan kendiric. Pengurusan kendiri

    a. Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasib. Penerimaan terhadap orang lainc. Persediaan untuk memberi dan menerima pendapat

    Rajah 1.2 Empat aspek dalam sahsiah

    Di samping itu, ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam adalah digariskan berpandukan Al-Quran. Islam menggariskan panduan lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 8

    tidak tersasar daripada matlamat mencari keredhaan Allah serta ibadat kepada Pencipta. Terdapatlapan ciri yang digariskan mengikut perspektif Islam seperti dalam Rajah 1.3.

    Rajah 1.3 Ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 9

    1.6 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN SAHSIAHembangunan sahsiah seseorang individu adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.Menurut Mohd Ismail et al. (2004), faktor baka termasuk saiz badan, penyakit, kecerdasandan temperamen. Faktor persekitaran pula merangkumi aspek keluarga seperti didikan ibubapa dan taraf sosioekonomi keluarga, pengalaman awal kanak-kanak, kebudayaan,

    pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa, dan masyarakat (rujuk Rajah 1.4).

    Rajah 1.4 Faktor baka dan faktor persekitaran mempengaruhi pembangunan sahsiah

    P

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 10

    Faktor BakaBerikut adalah empat elemen penting dalam faktor baka yang mempengaruhi pembangunan sahsiahindividu (Mohd Ismail et al. 2004);

    a) Saiz BadanSaiz badan akan menentukan kesesuaian seseorang dalam melakukan aktiviti. Kebolehanmelakukan sesuatu aktiviti akan meningkatkan keyakinan diri individu serta menjadi tumpuanorang. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan penghargaan kendiri individu danseterusnya membentuk sahsiah diri yang sihat.

    b) PenyakitTerdapat beberapa jenis penyakit yang mungkin diwarisi melalui baka seperti asma, kencingmanis, sakit jantung dan sebagainya. Individu yang menghidapi penyakit ini pada usia yangmuda akan menyekat aktiviti sosialnya dan kemungkinan menjejaskan hubungan dirinya denganrakan-rakan. Hal ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi pembangunan sahsiah individuke arah yang tidak sihat disebabkan perkembangan sosial dan emosi terganggu.

    c) KecerdasanSetiap orang mempunyai kecerdasan yang berbeza untuk membantu individu menyelesaikanmasalah seharian mereka. Kemampuan individu dapat diukur berdasarkan prestasi akademikatau pekerjaan. Menurut Azizi et al. (2007), kecerdasan mempunyai hubungan yang signifikandengan prestasi akademik. Individu akan membentuk sahsiah yang positif sekiranya mempunyaitahap kecerdasan tinggi dan sebaliknya.

    d) TemperamenTemperamen merupakan sifat semula jadi individu yang boleh mempengaruhi interaksi antaraindividu dengan individu yang lain. Individu yang stabil emosinya lebih mudah bergaul mesradengan orang lain serta tenang dalam menghadapi sebarang cabaran yang dihadapi.

    Faktor PersekitaranPersekitaran memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah individu. Antara faktorpersekitaran termasuk keluarga, pengalaman awal, kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya,media massa dan masyarakat (Mohd Ismail et al. 2004).

    a) KeluargaFaktor keluarga merangkumi didikan daripada ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga.Didikan daripada ibu bapa sejak kecil banyak mempengaruhi perkembangan sahsiah ataupersonaliti individu. Cara komunikasi ibu bapa, berpakaian, pemakanan serta perhubungandengan ahli keluarga secara tidak langsung telah diterapkan dalam diri kanak-kanak. Keluargayang mesra dan harmoni lebih menggalakkan pembentukan sahsiah yang sihat. Corak didikan

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 11

    ibu bapa yang bersifat demokratik akan membantu kanak-kanak dalam proses membuatkeputusan.

    Selain itu, kedudukan kewangan keluarga juga menentukan jenis-jenis kemudahan yangboleh disediakan untuk anak-anaknya seperti bahan pengajaran tambahan. Ibu bapa yangmampu membeli buku rujukan tambahan, komputer, alat permainan atau alat muzik lebih banyakmenyediakan peluang kepada anak-anak untuk mempelajari sesuatu yang baru dan sebaliknya.Dalam erti kata yang lain, terdapat proses sosialisasi yang berlainan di antara dua kelas iaitukelas bawahan tidak menggalakkan anak berfungsi dengan lebih sempurna berbanding dengananak-anak kelas pertengahan atau atasan yang lebih bersedia untuk masuk ke sekolah,disebabkan persekitaran yang berlainan.

    b) Pengalaman AwalPengalaman awal kanak-kanak memberi kesan yang besar terhadap kehidupan di kemudian harisemasa kanak-kanak tersebut melangkah ke peringkat dewasa. Kanak-kanak yang selaludihukum kerana melakukan kesilapan akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasamerasa bimbang dan bersalah. Hal ini juga menyebabkan terbentuknya perasaan rendah diridan terancam sehingga menjejaskan harga diri atau konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Impaktersebut secara tidak langsung telah menjejaskan perkembangan sahsiah individu sertacenderung membentuk sahsiah kendiri yang negatif.

    c) KebudayaanKebudayaan yang berbeza mempunyai norma dan nilai yang berbeza. Budaya sama adadaripada keluarga atau masyarakat telah dipupuk dalam diri individu sejak kecil lagi. Penekanankepada satu-satu nilai dalam satu-satu kebudayaan tertentu akan mempengaruhi pembangunansahsiah kanak-kanak. Contohnya, sesebuah keluarga yang menekankan kekayaan dankebendaan sebagai nilai yang penting dalam hidup, maka kanak-kanak yang membesar akanbersifat materialistik.

    d) Pengaruh SekolahSekolah adalah agen sosialisasi yang berfungsi secara formal. Tindakan atau tingkah laku yangditunjukkan oleh pengetua dan guru akan menjadi teladan kepada murid-murid di sekolah.Pengetua yang tidak tegas akan melahirkan pelajar yang pasif, kurang inovatif serta takutmembuat perubahan. Hal ini akan menyebabkan sifat kepimpinan murid-murid terbantut. Selainitu, guru merupakan agen sosialisasi yang berpengaruh. Guru yang penyayang akan membentukemosi murid-murid yang stabil. Sifat-sifat baik ini akan menjamin sahsiah yang sihat. Sebaliknya,guru yang tidak adil, pilih kasih atau suka memarahi murid-murid lebih cenderung melahirkansahsiah murid-murid yang tidak baik. Maka, persekitaran sekolah merupakan situasi yangmenggalakkan pembangunan sahsiah berlaku. Suasana sekolah yang baik dapat membantupembangunan sahsiah yang sempurna disebabkan terdapat bimbingan guru dan persekitaranyang menyenangkan.

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 12

    e) Pengaruh Rakan SebayaMenurut Glidewell (dalam Mohd Ismail et al. 2004: 27), terdapat tiga cara utama bagaimanaindividu dapat dipengaruhi oleh rakan mereka. Pertama, anak-anak muda dipengaruhi olehrakan sebaya apabila mereka ingin diterima atau disukai oleh kumpulan rakan mereka; kedua,mereka terpengaruh dengan kepimpinan dan kemampuan rakan mereka. Ketiga, mereka inginmembuktikan kebolehan diri dan memperolehi pengakuan dan penghargaan rakan.

    f) Media MassaMedia massa memberi pengaruh yang kuat terhadap pembangunan sahsiah individu.Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting seperti program-program bercorakkeagamaan, sains, national geography dan sebagainya akan membantu perkembangan intelekseseoran individu. Secara langsung melalui program-program ini lebih menggalakkan individuuntuk berfikir, membangkitkan motivasi dan minat untuk belajar.

    g) MasyarakatMasyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkananggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban untuk menolongorang lain. Tetapi, masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda denganmengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan lebih banyak insan yang mengejar harta bendadan kemewahan. Mereka sanggup melakukan tingkah laku yang melanggar undang-undangdemi memperolehi kekayaan. Hal ini jelas menggambarkan bahawa bagaimana nilai masyarakatboleh menghasilkan sahsiah individu yang tidak diingini.Oleh itu, adalah penting untuk melihat kepada dua faktor utama tersebut iaitu faktor baka dan

    faktor persekitaran dalam usaha untuk membangunkan sahsiah murid-murid di sekolah nanti. Dengankata lain, guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapibertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang danbudaya yang diterima olehnya.

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 13

    Berdasarkan pengalaman hidup anda, kaitkan dengan dua faktor utama yang palingmempengaruhi diri anda dalam konteks pembangunan sahsiah.

    _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Statistik telah menunjukkan bahawa keruntuhan sahsiah di kalangan remaja semakinserius berlaku. Terdapat pihak yang menuding jari untuk menafikan tanggungjawab

    terhadap pembentukan sahsiah remaja kini. Apakah pendapat anda berkaitan dengan isu tersebut?

    RUMUSANPembangunan sahsiah merupakan penampilan kendiri seseorang secara keseluruhan iaitu dari aspekfizikal, emosi, spiritual, cara berfikir dan berinteraksi. Ia juga tidak dapat dipisahkan dengankepercayaan agama. Oleh itu ia memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan individu danmasyarakat. Bagi membangunkan sahsiah individu faktor persekitaran dan faktor keluarga adalahpenting selain faktor kendiri individu itu sendiri.

    KATA KUNCI1. Sahsiah 4. Baka2. Akhlak 5. Persekitaran3. Penampilan

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 14

    PENILAIAN KENDIRI1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan pembangunan

    sahsiah.2. Senaraikan ciri utama dari perspektif Islam yang menunjukkan seseorang itu mempunyai sahsiah

    yang tinggi.3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan sahsiah? Bagaimanakah ia mempengaruhi

    pembentukan tersebut?

    JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

    Keperibadian PersonalitiPenilaian PerasaanJasmani PerlakuanRohani AkhlakAkal NaluriPerangai KognitifSentimen KecerdasanMinat SikapCita-cita KepercayaanPembinaan Akidah Nilai-nilaiPenampilan IbadahPenghayatan Al-Quran Pengetahuan AgamaBerkeluarga Adab KehidupanPerhubungan Sesama Manusia Mencari rezekiPembangunan Jiwa / Hati Budi Pekerti

    A

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 15

    RUJUKANAbdul Jalil Borham (1998). Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaannya di IPT di

    Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asrama PeringkatKebangsaan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

    Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan danperkembangan. Petaling Jaya: Longman.

    Abdullah Nashih Ulwan (1994). Pesanan kepada pemuda Islam. Kuala Lumpur, Penerbitan Al-Ramadhan.

    Al-Ghazali (1989). Bimbingan mukmin pada mencari ridha al-Alamin. (Terjemahan oleh Sayyid AhmadSemait). Singapura: Pustaka Nasional Ptd. Ltd.

    Asmah Bee Mohd Noor & Iran Herman (1995). Membina kesejahteraan remaja. Bangi: Tekno Edar:Azizi Yahaya, Shahrin Hasim, Nordiana Mohd Nor & Noordin Yahaya (2007). Hubungan kecerdasan

    emosi dengan prestasi pencapaian akademik. Unpublished Article. Pp1-17.Cloninger, S. (2008). Theories of personality: Understanding persons (5th Ed.). New Jersey: Pearson

    Education Inc.Ee Ah Meng (1996). Psikologi pendidikan 1: Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (1997). Psikologi personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    Kamarul Azmi Jasmi (2002). Paradigma Imam al-Nawawi Dalam Pembinaan Insan: Kajian TeksTerhadap Kitab Riyad al-Salihin. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    Kamus Dewan (2011). Dipetik pada 6 Mac 2011 daripadahttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sahsiah&id=+Cari.

    Mohd Ismail Mustari (1999). Belia sebagai insan cemerlang dari perspektif Islam: Kajian status belia-belia Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor : Unplished Thesis. Universiti Kebangsaan Islam.

    Mohd Ismail Mustari, Selamat Hashim, Azmi Shah Surathman, Abd Basit Abd Samat, Abdul RahmanHamzah, & Abdul Hafiz Abdullah (2004). Kajian sahsiah pelajar-pelajar Sekolah MenengahAgama Kerajaan Johor Kluang, Kluang, Johor. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

    Mohd Nasir Ripin, Azmishah Suratman, Ramli Awang, Sayed Mahussain Sayed Ahmad, dan ZulkifleeHaron, (2006). Kajian Program Bina Sahsiah Staf di IPTA: Kajian kes di UTM & USM. LaporanKajian. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

  • Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 16

    Shahabuddin Hashim & Rohizan Yaacob (2007). Teori personaliti dari perspektif Islam, Timur, danBarat. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

    Siti Fatimah Abdul Rahman (1993). Asas-asas masyarakat cemerlang. Kuala Lumpur: InstitutKefahaman Islam Malaysia.

    Wan Azmi Ramli (1992). Pembangunan masyarakat dari perspektif kebajikan. Kuala Lumpur: UtusanPublication & Distributors Sdn Bhd.