05 - kkd2063 - unit 2 - kepentingan pembangunan sahsiah.pdf

14
Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 17 UNIT 2 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan kepentingan mempelajari pembangunan sahsiah. 2. Menghuraikan kepentingan pembangunan sahsiah dari skop bidang pendidikan. 3. Membezakan kepentingan pembangunan sahsiah berdasarkan diri guru, murid dan rakan sekerja. 2.1 PENGENALAN rofesion perguruan adalah antara profesion yang diiktiraf dan dihormati di Malaysia. Guru dianggap sebagai individu yang kaya dengan sumber maklumat, berperanan mendidik dan membimbing pelajar dengan ilmu pengetahuan. Peranan yang dipikul oleh seseorang guru bukan sahaja terhad kepada murid, malah turut melibatkan bagaimana guru membantu rakan sekerja serta dirinya sendiri agar sama-sama dapat menjalankan kewajipan tugas dengan sempurna. Oleh demikian, bagi merealisasikannya guru bukan sahaja perlu lengkap dengan ilmu pengetahuan khusus secara formal, akan tetapi perlu disertai sahsiah diri. Bolehkah anda mengenalpasti ciri-ciri sahsiah diri yang anda miliki? Catatkan pada ruang di bawah. Selepas anda selesai mencatatkannya, sila baca semula ciri-ciri sahsiah anda dan kemudian nomborkan secara urutan ciri sahsiah mana yang lebih mencerminkan diri anda secara lebih dominan. Rajah 2.1 Senarai ciri-ciri sahsiah yang mencerminkan diri saya P

Upload: azizah-ahmad

Post on 02-Aug-2015

225 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Uploaded from Google Docs

TRANSCRIPT

Page 1: 05 - KKD2063 - UNIT 2 - KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.pdf

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 17

UNIT 2KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:1. Menyatakan kepentingan mempelajari pembangunan sahsiah.2. Menghuraikan kepentingan pembangunan sahsiah dari skop bidang pendidikan.3. Membezakan kepentingan pembangunan sahsiah berdasarkan diri guru, murid dan

rakan sekerja.

2.1 PENGENALAN

rofesion perguruan adalah antara profesion yang diiktiraf dan dihormati di Malaysia. Guru dianggapsebagai individu yang kaya dengan sumber maklumat, berperanan mendidik dan membimbingpelajar dengan ilmu pengetahuan. Peranan yang dipikul oleh seseorang guru bukan sahaja terhad

kepada murid, malah turut melibatkan bagaimana guru membantu rakan sekerja serta dirinya sendiri agarsama-sama dapat menjalankan kewajipan tugas dengan sempurna. Oleh demikian, bagimerealisasikannya guru bukan sahaja perlu lengkap dengan ilmu pengetahuan khusus secara formal, akantetapi perlu disertai sahsiah diri.

Bolehkah anda mengenalpasti ciri-ciri sahsiah diri yang anda miliki? Catatkan pada ruang dibawah. Selepas anda selesai mencatatkannya, sila baca semula ciri-ciri sahsiah anda dan

kemudian nomborkan secara urutan ciri sahsiah mana yang lebih mencerminkan diri anda secara lebihdominan.

Rajah 2.1 Senarai ciri-ciri sahsiah yang mencerminkan diri saya

P

Page 2: 05 - KKD2063 - UNIT 2 - KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.pdf

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 18

Jadual 2.1 Senarai ciri-ciri sahsiah unggul

Mesra Rebut peluang Baik hati Bertoleransi BermatlamatBeri peluang Berani Menolong Tenang DominanSabar Periang Optimis Boleh dipercayai TeraturPragmatik Bercita-cita Sensitif Pemurah BIjaksana

Bandingkan catatan ciri sahsiah anda dengan senarai ciri-ciri sahsiah di bawah. Adakahterdapat ciri-ciri sahsiah yang sama? Sila tandakan ( √ ) pada ciri sahsiah anda yang sama

sebagaimana ciri sahsiah yang terkandung dalam Jadual 2.1.

Bagaimana pula dengan ciri-ciri sahsiah (rujuk Jadual 2.1) yang setakat ini belummencerminkan diri anda. Adakah anda boleh memiliki ciri-ciri sahsiah tersebut?

2.2 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri

ecara asasnya, kita berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang diri kita sendiri dan juga diriorang lain. Dalam menganalisis perlakuan sendiri, kita akan tertanya-tanya mengapa kita begitusukar untuk menentukan corak pengajaran dan pembelajaran mana yang sesuai yang membantumurid yang selaras dengan keupayaan dan kekuatan diri, walhal rakan sekerja yang lain sudahlama membuat keputusan tersebut. Kita juga adakala kelu untuk menjelaskan mengapa ada murid

tertentu yang kita selesa dan boleh memberi reaksi yang sangat menggalakkan akan tetapi ada pelajaryang tidak menerima layanan sedemikian daripada kita. Kita juga mungkin berfikir sejenak mengapa kitabegitu kompetetif dengan guru yang lain ketika menjalankan tugas sedangkan berada dan bertugas dalamsatu sekolah yang sama, malah satu kelab persatuan yang sama.

Mengambilkira semula pengalaman-pengalaman yang dilalui dengan individu lain dalam pelbagaibidang sebenarnya dapat membantu diri untuk membuat perubahan yang adaptif bagi mencapai kepuasandalam kehidupan. Ketika proses perubahan, kita berhadapan dengan konflik dalaman yang perludiselesaikan dan penyelesaian tersebut membawa diri kepada tahap tahap peringkat pertumbuhan diriyang seterusnya dalam hidup. Menurut Ryckman (2004), pertumbuhan yang membawa perubahan sahsiahini memberi kesan langsung terhadap tahap produktiviti diri serta apa dan bagaimana kita menyumbangdalam bidang sosial.

S

Page 3: 05 - KKD2063 - UNIT 2 - KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.pdf

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 19

Rajah 2.2 Proses penilaian kendiri

Setiap individu pasti mengalami proses penilaian kendiri sebagaimana dalam Rajah 2.2.Cuba renung sejenak apa yang telah anda lalui dalam kehidupan. Apakah perubahan yang

anda lalui ke arah pertumbuhan kendiri yang baik atau sebaliknya. Bagaimana ia berlaku?

Mencorakkan kendiri

etiap individu mempunyai sahsiah diri yang tersendiri yang berperanan sebagai piawaian ke arahpencapaian dalam kehidupan. Tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa sahsiah yang anda milikiadalah antara aset diri yang paling penting. Melalui sahsiah diri, ia dapat membantu bagaimanaanda membentuk pengalaman yang telah ditempuhi mahupun yang akan datang. Semuapencapaian yang dikecapi termasuk jangkaan anda tentang masa depan akan mempengaruhi

sahsiah diri anda. Tahukah anda, apabila anda menjangkakan diri anda sebagai guru yang cemerlang,secara tidak langsung anda akan menunjukkan sahsiah diri yang tinggi seperti menjadi rakan sekerja yangsuka membantu. Keadaan kesihatan diri anda juga dipengaruhi oleh sahsiah diri anda sendiri dan jugasahsiah individu disekeliling anda. Sahsiah diri yang anda miliki juga berupaya menghadkan ataumembolehkan anda mencuba segala peluang dan pilihan yang ada. Contohnya, ia juga boleh mengawalanda daripada berkongsi pengalaman atau maklumat tertentu dan boleh membuatkan anda mengambilkesempatan ke atas orang lain. Dengan demikian, sahsiah boleh membuatkan seseorang lebih tertutupatau lebih terbuka dengan dunia individu lain.

S

Page 4: 05 - KKD2063 - UNIT 2 - KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.pdf

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 20

Rajah 2.3 Cara seseorang mencorakkan kendiri adalah berbeza

Fikirkan sejenak pengalaman anda di sekolah. Anda mungkin boleh memahami situasiseperti dalam Rajah 2.3 di atas. Sila kongsikan pengalaman yang membuatkan anda

menampikan sahsiah diri yang sihat dan sebaliknya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah ia berlakudisebabkan pengalaman itu sendiri atau cara anda mencorakkannya?

Memerihalkan sahsiah secara menyeluruh

ekerap mana anda dapat menjelaskan atau menyatakan diri anda sendiri sebagai seorang yangmempunyai sahsiah yang unggul? Bila merujuk kepada sahsiah yang unggul, ia berkait denganindividu yang bersifat mesra, selesa untuk berhubung, peramah dan mudah untuk bergaul. Apakahciri-ciri rakan sekerja atau murid yang anda selesa? Bagaimana anda boleh memilih dan

mengesan individu tersebut? Jika anda sebagai guru kelas, bagaimana anda memilih murid sebagai ketuakelas?

Anda biasanya akan dapat mengetahui apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang murid yang andaistilahkan sebagai seorang murid yang teruk. Sahsiahnya kemungkinan dicirikan dengan membuat halsendiri, agresif, tidak mesra, sukar untuk dibantu, sukar untuk mendapatkan kerjasama ataupunmenunjukkan ciri permusuhan. Anda kemungkinan tidak begitu selesa untuk mengajar kelas yang manamuridnya tidak mendengar cakap, membuat kerja sendiri, keras kepala atau banyak cakap. Sebenarnyasebarang keputusan yang anda buat, ia berdasarkan persepsi anda terhadap sahsiah yang dimiliki olehindividu terbabit. Dengan erti kata lain, kita cuba memberikan penjelasan tentang kritieria tertentu

S

Page 5: 05 - KKD2063 - UNIT 2 - KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.pdf

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 21

berdasarkan pemerhatian tingkahlaku daripada orang lain. Menurut Schultz dan Schultz (2009),keupayaan memberikan penjelasan ini bukan sahaja membantu kita untuk memperolehi jawapan dariperasaan ingin tahu yang timbul, akan tetapi boleh memberikan kita rasa kawalan dalam kehidupan.

Pernahkah anda berhadapan dengan watak guru dan murid yang digambarkan dalam Rajah2.4 di bawah? Bolehkah anda menyenaraikan kemungkinan ciri-ciri sahsiah mereka?

Adakah ciri yang anda senaraikan benar-benar menggambarkan watak mereka dan apa justifikasianda memerihalkan dengan ciri sedemikian?

Bagaimana pula anda melihat diri anda sendiri dalam konteks tersebut?

Rajah 2.4 Interaksi antara guru dengan murid

Page 6: 05 - KKD2063 - UNIT 2 - KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.pdf

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 22

Penjelasan secara teoritikal

udah untuk menyatakan seseorang itu sama ada mempunyai sahsiah unggul mahupun sahsiahyang teruk. Namun bukan cara yang betul dan beretika menyatakan keadaan sahsiah itu dengansekilas pandang ataupun melalui satu atau dua pengalaman dengan individu terbabit.Memperihalkan seseorang samada mempunyai sahsiah unggul atau sahsiah teruk adalah suatu

yang kompleks. Ini kerana manusia itu sendiri adalah kompleks dan boleh berubah berdasarkan situasi danjuga dengan siapa mereka berhubung. Menggunakan perkataan yang lebih tepat dalam konteks bahasayang diterima adalah perlu bagi memerihalkan sahsiah seseorang secara lebih jitu. Oleh itu, pengalamandiri sedia ada hasil dari interaksi belum mencukupi untuk memerihalkan seseorang (Maltby, Day danMacaskill (2007). Ia perlu disepadukan dengan penjelasan formal secara teoritikal dan kepelbagaianbidang dan individu. Dengan lain perkataan, selain menggunakan pengalaman sedia ada, olahan maknadan idea secara formal melalui teori dan latihan kursus dapat membantu seseorang untuk lebih memahamidan membantu individu lain termasuk rakan sekerja, murid mahupun diri sendiri secara efektif. Dalam unit-unit seterusnya, penjelasan tentang bagaimana dan apa yang membentuk sahsiah diri dapat difahamimelalui aspek teoritikal. Melalui penjelasan secara teori, individu dapat menjelaskan ciri sahsiah secaramenyeluruh dan menentukan bagaimana seseorang melihat dunia persekitarannya.

Apabila anda berhadapan dengan murid-murid yang tidak menyiapkan tugasan / kerjasekolah, pada pandangan anda apa yang membuatkan mereka berkeadaan sedemikian?

Sila bandingkan pandangan penjelasan anda ini dengan penjelasan dari aspek teoritikal pada unit 3, 4, 5dan 6._______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Menjangkakan dan meramal tingkahlaku

erdasarkan pengalaman kehidupan dan interaksi dengan pelbagai individu yang dilalui, lazimnyaseseorang akan memperolehi makna dan idea apa yang dimaksudkan dengan sahsiah. Kesannya,ia dapat membantu seseorang untuk membuat perancangan dan menjadikan diri lebih peka tentangbagaimana memberikan tindakbalas pada masa akan datang yang bersesuaian dengan situasi.Namun, tidak semua dapat menerapkan pengalaman tersebut dalam pengalaman baru yang bakal

ditempuhi. Anda mungkin ada mengenali rakan sekerja, murid atau melihat diri anda sendiri yangmempunyai masalah dalam keyakinan diri atau sukar untuk bersifat terbuka. Namun, permasalahansahsiah ini tidak dibantu dan malangnya, tiada individu yang mengambil inisiatif untuk membantu walaupunmempunyai pengalaman dan pengetahuan.

M

B

Page 7: 05 - KKD2063 - UNIT 2 - KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.pdf

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 23

Apa yang diharapkan, secara khususnya guru dapat mengenalpasti keupayaan dan potensi yang dimilikisetiap murid dan selanjutnya cuba berusaha menggalakkan mereka melibatkan diri dalam mana-manapeluang, khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mahupun dalam aktiviti ko-kurikulumsecara optimum. Kesannya, progres diri murid menjadi lebih positif dan berkembang memandangkan gurudapat memahami personaliti murid dari perspektif menyeluruh dan tidak terhadap dari satu kacamatasahaja.

Apabila anda benar-benar mengetahui tentang sahsiah seseorang, anda berupaya membuatjangkaan tentang bagaimana mereka akan bertingkahlaku. Dengan memahami personaliti

diri sendiri dan juga orang lain, banyak perkara yang dapat dilakukan untuk mengatasi sesuatu situasi yangsukar. Bagaimana anda menjangkakan personaliti anda sendiri apabila berhadapan dengan situasiberikut?

Jadual 2.2 Jangkaan reaksi guru berdasarkan situasi

SITUASI JANGKAAN REAKSI ANDA

Ketika perhimpunan pagi sekolah sedangdijalankan, terdapat sekumpulan pelajar yang barutiba ke sekolah. Keadaan itu mengakibatkangangguan kerana lagu Negaraku sedangdinyanyikan.

Murid bertingkahlaku seperti memahami apa yangdiajar. Apabila soalan diajukan, mereka dapatmemberi jawapan yang betul.

Berlaku pertentangan idea ketika mesyuarat gurudiadakan.

Anda dilantik sebagai guru penasihat bagi sebuahpersatuan/kelab di sekolah.

Page 8: 05 - KKD2063 - UNIT 2 - KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.pdf

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 24

2.3 FAKTOR DAN TERAS YANG MEMPENGARUHI SAHSIAH

alam kehidupan, kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan sifat manusia. Adasebahagiannya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan diri kita. Umpamanya kita berasa seronokapabila berbincang dengan rakan-rakan sekerja yang mempunyai pandangan yang sama tentangcara untuk mendisiplinkan murid. Hasilnya, pelbagai idea dan kaedah dapat dikemukakan. Namun

adakalanya timbul beberapa idea dan kaedah yang agak berbeza meskipun masing-masing berlandaskanpendekatan yang sama. Apatah lagi jika berbincang dengan kelompok rakan yang sememangnyamempunyai pandangan yang secara terang-terangan sudah berbeza.

Rajah 2.5 Perbezaan pandangan dan penilaian antara individu terhadap perkara yang sama

Mari kita fikirkan sejenak tentang situasi dalam Rajah 2.5 di atas. Mengapakah wujudnyaperbezaan pandangan? Apakah punca yang menyebabkan individu mempunyai

pegangannya tersendiri dan tidak sama dengan individu lain? Bagaimana pandangan memberi impakdalam sahsiah diri?_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Sahsiah boleh berubah menjadi lebih baik atau pun sebaliknya mengikut peredaran masa. Namun adapandangan yang mengatakan sebaliknya. Sahsiah dilihat sebagai sesuatu ciri yang stabil (Cervone danPervin, 2008). Mengapakah ini berlaku? Manusia berubah kemungkinan kerana mereka belajar darikesilapan. Tetapi semakin sebati sesuatu ciri dalam diri seseorang, semakin sukar untuknya berubah.Oleh itu, ia akan mengambil masa yang lama kerana mengubah pelbagai aspek yang ada dalam diribukanlah suatu yang mudah. Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan jika mahukan perubahanitu benar-benar berjaya. Oleh yang demikian kefahaman tentang sahsiah dari pelbagai aspek dan landasanasas diperlukan bagi membolehkan perubahan personaliti dapat dicapai.

D

Page 9: 05 - KKD2063 - UNIT 2 - KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.pdf

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 25

Rajah 2.6 Faktor-faktor yang mempengaruhi sahsiah

Faktor-faktor di atas (Rajah 2.6) adalah faktor umum yang mempengaruhi sahsiah seseorang. Namun,adakah anda sedar yang pembentukkan sahsiah anda sebenarnya turut dipengaruhi beberapa teras yanglain?. Secara asasnya, terdapat tiga teras utama yang turut mempengaruhi lapan faktor yang telahdinyatakan iaitu wawasan negara; Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) serta EtikaPerguruan.

Sekarang giliran anda untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tiga teras utamayang membentuk sahsiah guru. Cuba dapatkan maklumat berkaitan Wawasan 2020,

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) serta Etika Perguruan dan buat perbandingan. Berasaskan matlamatpembangunan negara, Malaysia mendokong wawasan dalam usaha untuk mencapai matlamat sebagaisebuah negara maju. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malahmerangkumi segala aspek kehidupan termasuk ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dankebudayaan.

Page 10: 05 - KKD2063 - UNIT 2 - KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.pdf

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 26

Mari kita bandingkan pula antara tiga teras utama tersebut dengan lapan faktor-faktor umumyang mempengaruhi sahsiah diri. Berdasarkan kategori faktor-faktor umum dan tiga teras

utama sebagai sandaran, catatkan bagaimana kedua-dua perkara tersebut dapat membina sahsiah dirianda sekarang.

Page 11: 05 - KKD2063 - UNIT 2 - KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.pdf

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 27

Page 12: 05 - KKD2063 - UNIT 2 - KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.pdf

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 28

RUMUSAN

1. Ciri sahsiah yang dimiliki oleh individu lazimnya akan mengalami perubahan. Proses yang dialamiini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan ia dilihat sebagai proses pertumbuhan kendiri.

2. Dengan memahami situasi, jenis individu yang kita berhubung serta peraturan, kesemua ini akanmenggambarkan diri individu.

3. Apabila kita dikatakan memahami seseorang dengan baik, bijak membuat keputusan danberupaya menyelesaikan masalah secara berkesan, ia sebenarnya bermula dengan keupayaankita dalam memerihalkan sahsiah secara menyeluruh dan objektif.

4. Penjelasan secara teoritikal dapat membantu kita untuk mendapatkan gambaran tentangkeperibadian sahsiah secara lebih saintifik dan bersepadu. Ini kerana melalui pemahaman teorikita akan berupaya menapis unsur bias pengalaman peribadi dalam memahami sahsiah diri danjuga orang lain.

5. Meskipun sahsiah boleh berubah berasaskan masa dan peningkatan usia, sahsiah jugamerupakan satu unsur yang stabil. Oleh demikian, sebagai guru kita dapat menjalankan tugasdengan lebih baik kerana dapat membuat jangkaan dan ramalan terhadap tingkahlaku yangdipamerkan oleh rakan sekerja dan murid.

6. Terdapat pelbagai faktor yang membentuk sahsiah. Walaupun secara dasarnya, manusiamempunyai faktor yang sama, namun kita menggunakan faktor yang berbeza dari segi keutamaanuntuk membentuk sahsiah diri.

Page 13: 05 - KKD2063 - UNIT 2 - KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.pdf

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 29

PETA KONSEPBerdasarkan enam aspek kepentingan pembangunan sahsiah yang dibincangkan dalam unitini, sila senaraikan penjelasan setiap aspek kepentingan dari sudut diri anda sebagai guru,

diri murid dan juga rakan sekerja di dalam Jadual 2.3 di muka surat sebelah.

Jadual 2.3 Kepentingan pembangunan sahsiah dari aspekdiri sendiri (guru), murid dan juga rakan sekerja.

ASPEK Anda sebagai guru Murid Rakan sekerja

Proses pertumbuhankendiriMencorakkan kendiri

Memerihalkan sahsiah

Penjelasan teoritikal

Meramal tingkahlaku

Perkara yangmempengaruhisahsiah

KATA KUNCI

1. Kepentingan sahsiah2. Pertumbuhan kendiri3. Corak kendiri4. Penjelasan teoritikal5. Faktor-faktor

Page 14: 05 - KKD2063 - UNIT 2 - KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.pdf

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 30

PENILAIAN KENDIRI

1. Senaraikan sebab mengapa anda perlu mempelajari dan memahami pembangunan sahsiah?2. Apakah perbezaan utama kepentingan pembangunan sahsiah terhadap diri, murid serta rakan

sekerja? Bagaimana perbezaan kepentingan ini wujud?

RUJUKAN

Cervone, D., Pervin, L. A. (2008). Personality: Theory and research. (10th Ed.). Hoboken, NJ: John Wiley &Sons, Inc.

Maltby, J., Day, L., dan Macaskill, A. (1007). Personality, individual differences and intelligence. London:Pearson Education Ltd.

Ryckman, R. M. (2004). Theories of personality. (8th Ed.) Belmont, CA: Wadsworth/ Thomson Learning.

Shultz, D. P., dan Schultz, S. E. (2009). Theories of personality. (9th Ed.) Belmont, CA: Wadsworth.