60726862-refleksi 1

Upload: putrla

Post on 03-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 60726862-Refleksi 1

    1/4

    Nor Azaliah binti Dahari

    680207-08-5702

    Refleksi

    Bersyukur pada Tuhan dengan keizinanNya saya telah berjaya menyiapkan

    tugasan bagi matapelajaran MTE 3107 iaitu perancangan dan pengajaran Matematik

    iaitu membuat peta minda bagi satu tajuk matematik yang dipilih serta mengubal satu

    rancangan pelajaran harian yang mencabar pemikiran murid ataupun yang

    mengalakkan murid berfikir.

    Bagi saya tajuk yang dipilih amat menarik dan mencabar sekali kerana pada

    hakikat sebenarnya sepanjang tempoh 20 tahun mengajar saya hanya menekankan

    murid mesti menguasai kemahiran matematik sahaja tanpa mengira samada murid

    bosan atau tidak. Hasil dari kajian tentang rancangan pelajaran harian yang boleh

    mencabar pemikiran murid ini, saya tersedar semula perkara ini juga amat penting

    untuk pencapaian yang lebih baik dan semaksimum mungkin. Murid mesti digalakkan

    sentiasa berfikir agar pemikiran mereka sentiasa aktif dan berkembang.

    Tugasan kedua yang berkaitan dengan menyatakan tajuk-tajuk yang terlibat bagi

    sesuatu topik yang dipilih bukanlah satu tugasan yang sukar kerana ianya sudah

    menjadi suatu kebiasaan bagi saya sebagai guru matematik. Namun begitu didapati

    adalah agak sukar untuk mencari bahan serta sumber rujukan contoh-contoh

    pengajaran yang melibatkan pemikiran kreatif murid. Namun masalah ini dapat juga

    diatasi hasil perbincangan dengan rakan sekumpulan.

    Beberapa kesukaran yang lain terpaksa juga saya tempuhi terutama dengan

    pengurusan masa. Kesuntukan masa ini menjadi satu cabaran yang paling ketara

    dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Saya terpaksa membahagikan masa dengan

    semaksimum yang mungkin di antara menyiapkan tugasan yang diberi dan dalam masa

    yang sama dibebani dengan tugas di awal persekolahan yang sememangnya

    banyak.Kedudukan geografi antara ahli-ahli kumpulan yang agak berjauhan juga

    menyukarkan kami untuk mengadakan perbincangan dengan lebih kerap dan

    berkesan.Kami hanya membuat perbincangan melalui panggilan telefon dan email.

  • 7/28/2019 60726862-Refleksi 1

    2/4

    Nor Azaliah binti Dahari

    680207-08-5702

    Semasa menyiapkan tugasan ini saya juga mendapati secara tidak langsung

    MTE3107 PLANNING AND TEACHING MATHEMATICS merupakan satu mata

    pelajaran yang amat menarik dan amat mencabar sekali. Secara tidak langsung ianya

    dapat memperkayakan lagi pengetahuan sedia ada dan meningkatkan lagi kemahiran

    di dalam bilik darjah,khasnya untuk mata pelajaran Matematik.Penerangan,kuliah dan

    perbincangan yang jelas yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah yang terlibat

    ternyata amat membantu dalam kefahaman dan kelancaran menyiapkan tugasan

    ini.Sebagai penambahbaikan adalah dicadangkan agar masa yang lebih lama

    diperuntukkan dalam menyiapkan satu-satu tugasan.

  • 7/28/2019 60726862-Refleksi 1

    3/4

    Nor Azaliah binti Dahari

    680207-08-5702

    Refleksi

    Bersyukur pada Tuhan dengan keizinanNya saya telah berjaya menyiapkan

    tugasan bagi matapelajaran WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN iaitu membuat

    kajian tentang konsep,isu dan cabaran integrasi dalam aplikasi dan pengurusan

    aktiviti pengajaran dan pembelajaran., secara berkumpulan.

    Bagi saya tajuk yang dipilih amat menarik dan mencabar sekali kerana pada

    hakikat sebenarnya sepanjang tempoh 20 tahun mengajar saya banyak mengajar

    matematik dan jarang dapat mengajar mata pelajaran yang melibatkan kesenian.

    Didapati juga mata pelajaran yang melibatkan kesenian juga semakin dipinggirkan, di

    sekolah terutama yang melibatkan kelas-kelas peperiksaaan awam. Didapati juga ada

    guru-guru tidak mahu mengajar mata pelajran berkaitan dengan alasan tidak tahu

    bagaimana mahu mengajarnya ataupun dengan alasan tidak ada pengalaman.

    Hasil dari kajian yang dibuat saya dan rakan-rakan mendapati integrasi dalam

    pendidikan seni amat luas dan menarik sekali.Ianya juga amat penting kepada murid

    kerana kesenian dapat mengimbangi pemikiran dan emosi murid.Perkara ini harus

    disedari oleh semua pihak.Dalam kajian yang dibuat juga melalui konsep integrasi kami

    mendapati kesenian itu merangkumi banyak perkara dan ianya sentiasa berada di

    sekeliling kehidupan seseorang itu. Oleh itu kepekaan tentang kesenian harus disemai

    mulai dari zaman kanak-kanak ;lagi.

    Namun begitu dalam pencarian makna konsep integrasi dalam kesenian. Ini

    kebanyakan sumber rujukan lebih menekan konsep integrasi dalam kehidupan

    masyarakat di Malaysia. Sumber rujukan integrasi dalam Pendidikan Seni amat

    terhad.Namun begitu berkat usaha kerjasama rakan-rakan sekumpulan permasalahan

    ini akhirnya Berjaya juga diatasi.

    Beberapa kesukaran yang lain terpaksa juga saya tempuhi terutama dengan

    pengurusan masa. Kesuntukan masa ini menjadi satu cabaran yang paling ketara

    dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Saya terpaksa membahagikan masa dengan

    semaksimum yang mungkin di antara menyiapkan tugasan yang diberi dan dalam masa

  • 7/28/2019 60726862-Refleksi 1

    4/4

    Nor Azaliah binti Dahari

    680207-08-5702

    yang sama dibebani dengan tugas di awal persekolahan yang sememangnya

    banyak.Kedudukan geografi antara ahli-ahli kumpulan yang agak berjauhan juga

    menyukarkan kami untuk mengadakan perbincangan dengan lebih kerap dan

    berkesan.Kami hanya membuat perbincangan melalui panggilan telefon dan email.

    Semasa menyiapkan tugasan ini saya juga mendapati secara tidak langsung

    WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN ini merupakan satu mata pelajaran yang amat

    menarik dan amat mencabar sekali. Secara tidak langsung ianya dapat

    memperkayakan lagi pengetahuan sedia ada dan meningkatkan lagi kemahiran di

    dalam bilik darjah,khasnya untuk mata pelajaran Matematik. Ini adalah kerana seni

    boleh diserapkan dalam mata pelajaran matematik bagi mengelakkan kebosanan dan

    fobia murid terhadap mata pelajaran Matematik, bahkan juga bagi mata pelajaran yang

    lain.

    Penerangan,kuliah dan perbincangan berserta demontrasi yang jelas dan amat

    menarik yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah yang terlibat ternyata amat

    membantu dalam kefahaman dan kelancaran menyiapkan tugasan ini. Sebagai

    penambahbaikan adalah dicadangkan agar masa yang lebih lama diperuntukkan

    dalam menyiapkan satu-satu tugasan.