46509956 malnutrisi pk

21
Malnutrisi : Pengertian Dan Kandungannya Pengenalan Malnutrisi adalah salah satu masalah kesihatan yang penting yang kini telah dikenal pasti oleh Kerajaan Malaysia. Masalah ini adalah menjadi factor penyumbang kepada masalah- masalah lain seperti nutrisi, parasitisme, tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dan juga aspek sosio-budaya yang berkaitan dengan kesihatan. Malnutrisi menjadi masalah yang penting terutamanya negara-negara mundur yang ekonomi dan pendidikan lemah di dunia seperti Somalia, Senegal dan Uganda di benua Afrika serta Bangladesh, Selatan India dan Pakistan di benua Asia. Di Malaysia ia merupakan masalah yang sederhana yang terkawal, hasil daripada keadaan ekonomi yang stabil dan pendidikan yang berkesan. Cuma malnutrisi ini masih terdapat di kawasan-kawasan pedalaman Malaysia kerana masalah lokasi dan perhubungan antara satu tempat dengan tempat lain yang lebih maju. Di kawasan terpencil ini perkhidmatan penjagaan kesihatan moden adalah rendah atau tidak kedapatan. Mengikut fakta, 2/3 kanak-kanak tidak sihat di dunia adalah di Asia manakala ¼ adalah daripada benua Afrika. Menurut kajian terdapat banyak penyakit yang berpunca daripada malnutrisi. Terdapat persetujuan mengatakan bahawa malnutrisi merupakan punca utama kepada kematian kanak-kanak

Upload: benedict-lim

Post on 24-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Malnutrition

TRANSCRIPT

Malnutrisi

Malnutrisi : Pengertian Dan KandungannyaPengenalan

Malnutrisi adalah salah satu masalah kesihatan yang penting yang kini telah dikenal pasti oleh Kerajaan Malaysia. Masalah ini adalah menjadi factor penyumbang kepada masalah-masalah lain seperti nutrisi, parasitisme, tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dan juga aspek sosio-budaya yang berkaitan dengan kesihatan. Malnutrisi menjadi masalah yang penting terutamanya negara-negara mundur yang ekonomi dan pendidikan lemah di dunia seperti Somalia, Senegal dan Uganda di benua Afrika serta Bangladesh, Selatan India dan Pakistan di benua Asia. Di Malaysia ia merupakan masalah yang sederhana yang terkawal, hasil daripada keadaan ekonomi yang stabil dan pendidikan yang berkesan. Cuma malnutrisi ini masih terdapat di kawasan-kawasan pedalaman Malaysia kerana masalah lokasi dan perhubungan antara satu tempat dengan tempat lain yang lebih maju. Di kawasan terpencil ini perkhidmatan penjagaan kesihatan moden adalah rendah atau tidak kedapatan. Mengikut fakta, 2/3 kanak-kanak tidak sihat di dunia adalah di Asia manakala adalah daripada benua Afrika.Menurut kajian terdapat banyak penyakit yang berpunca daripada malnutrisi. Terdapat persetujuan mengatakan bahawa malnutrisi merupakan punca utama kepada kematian kanak-kanak di negara mundur dan sedang membangun termasuk Malaysia. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga antaranya mengatakan : Seluruh dunia, disebabkan kekurangan langkah kesihatan walaupun langkah yang paling mudah, ramai orang mati disebabkan oleh penyakit yang boleh dicegah dan diubati, yang biasanya dapat dikaitkan dengan malnutrisi, ataupun hidup dengan kecacatan anggota dan mental.Definisi MalnutrisiMalnutrisi adalah satu keadaan yang terhasil atau terjadi apabila badan manusia memperolehi atau menerima kandungan yang tidak seimbang untuk vitamin, mineral dan nutrien yang lain, dimana kandungan tersebut diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tisu badan dan fungsi organ tubuh.Dalam ertikata lain, malnutrisi ( nutrisi yang tidak teratur ) adalah keadaan patologi yang terhasil daripada kekurangan relatif atau mutlak atau kelebihan satu atau lebih nutrien.

Kategori dan Jenis Malnutrisi

Malnutrisi boleh di kategori kepada 2 iaitu :1. Malnutrisi primer keadaan dietari yang tidak teratur.

2. Malnutrisi sekunder ketidaknormalan nutrisi akibat proses penyakit di dalam badan manusia.

Dua kategori utama malnutrisi ini dapat dibahagi lagi kepada empat jenis keadaan patologi seperti yang berikut :i. Nutrisi berkurangan

Keadaan akibat daripada pengambilan nutrien yang tidak mencukupi. Lazimnya ia dalah kesan penggunaan terlalu sedikit nutrien yang penting atau menggunakan atau proses perkumuhan yang terlalu pantas daripada proses menggantikannya. Kanak-kanak, remaja, wanita mengandung dan perempuan yang menyusui bayi sangat memerlukan nutrien tambahan. Kehilangan banyak nutrien boleh juga disebabkan oleh diarrhea, kadar perpeluhan melampau, kehilangan banyak darah dan buah pinggang kurang berfungsi. Sementara itu pengambilan nutrien yang sepatutnya akan terhalang akibat daripada penyakit tua, proses diet yang melampau, alahan makanan, kecederaan yang tertentu atau penggunaan bahan makanan yang sia-sia.ii. Nutrisi berlebihan

Hasil daripada pengambilan makanan yang berlebihan. Dietari yang tidak seimbang ini juga akibat pengambilan makanan berlebihan yang salah dari segi kandungan nutriennya, senaman yang tidak mencukupi dan pengambilan terlalu banyak vitamin atau suplemen diet yang salah. Risiko ini turut bertambah sekiranya memiliki berat badan berlebihan 20 %, pengambilan lemak dan garam berlebihan serta pengambilan dos berlebihan untuk ; niacin untuk merendahkan tahap kolestrol yang tinggi, vitamin B6 untuk melegakan sindrom pre-menstrual, vitamin A untuk menghilangkan masalah kulit dan zat besi atau bahan mineral lain yang tidak mendapat preskripsi doktor. Pengambilan nutrien yang tidak teratur boleh mempengaruhi sistem tubuh badan serta deria bau, rasa dan melihat. Ia juga dapat melahirkan perasaan cemas, perubahan perasaan hati dan simptom psikiatri.iii. Kekurangan spesifik

Keadaan berlaku akibat kekurangan relatif atau mutlak sesuatu nutrien yang penting seperti contohnya asid amino dan vitamin A.

iv. Ketidakseimbangan

Keadaan terhasil akibat daripada pengambilan nutrien yang diperlukan tidak seimbang bukan disebabkan kekurangan sesuatu nutrien.Faktor-faktor Penyebab Malnutrisi

Terdapat faktor tidak langsung dan faktor penyebab cara langsung yang menyebabkab berlakunya malnutrisi. Di antara faktor-faktor penyebab yang utama adalah :

a) Keadaan sosio-ekonomi yang mundur Kemiskinan dan Pengetahuan yang Rendah

Menurut satu kajian : .bagi sesuatu kumpulan yang dikaji, tahap kemiskinan didapati berkadar songsang dengan tahap pengambilan protein sumber haiwan... Ini jelas menunjukkan bahawa kemiskinan adalah salah satu punca utama manutrisi dan berkait rapat dengan tahap pengetahuan yang rendah. Pendapatan yang rendah menyebabkan mereka tidak berkeupayaan membeli makanan yang mempunyai diet yang seimbang. Ini akan menyebabkan diet berkurangan dan tidak sempurna.b) Amalan Pemakanan dan PenyakitTabiat pemakanan semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat. Orang tua yang hilang tabiat pemakanannya akan semakin diancam oleh malnutrisi. Penyakit yang sering menyerang orang tua seperti Alzheimer akan menyebabkan mereka lupa untuk makan makanan yang seimbang.

Risiko malnutrisi juga semakin meningkat bagi orang yang mengidap sesetengah penyakit bahaya contohnya buah pinggang, hati, kanser, AIDS dan gastrik. Penghidap penyakit ini akan terhalang untuk memakan sesuatu jenis diet dan kelemahan sistem badan mereka untuk menyerap makanan yang telah dicernakan.Orang yang bergantung hidup dengan dadah dan alkohol juga mempunyai risiko tinggi terhadap malnutrisi. Golongan ini mempunyai diet tertentu yang perlu diamalkan dalam satu tempoh jangkamasa yang ditetapkan. Diet ini akan mengurangkan keseimbangan makanan yang diambil, dan selalunya golongan ini mempunyai kegagalan dalam sistem pencernaannya akibat kesan pengambilan dadah dan alcohol terutama yang melibatkan organ hati, pankreas dan buah pinggang.Alahan terhadap sesejenis makanan akan menyukarkan seseorang itu memperolehi makanan yang boleh mereka cernakan. Golongan ini memerlukan kalori tambahan yang diambil untuk mengekalkan berat yang diambil dan seterusnya mengekalkan berat badan mereka sendiri.

Sifat terlampau ingin kurus menyebabkan pemakanan yang tidak teratur bagi golongan anoreksia dan bulimia yang terlampau menghadkan pengambilan makanan mereka, sehingga tidak sihat akibat kekurangan nutrien yang penting untuk badan mereka.

Adat resam sesuatu masyarakat juga mempengaruhi amalan makanan sesuatu golongan. Contohnya amalan masyarakat Melayu, wanita di dalam pantang di halang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutrien yang tinggi. Sedangkan pada masa ini ibu yang sedang menyusui bayi memerlukan kandungan nutrien yang tinggi. Ini menyebabkan mereka mudah terdedah kepada penyakit seperti anemia.c) Parasitisme dan Infeksi Penyakit

Masih terdapat penyakit berjangkit dan penyakit berparasit yang kronik berlaku di sesetengah tempat yang boleh menjurus kepada malnutrisi. Penyakit berjangkit yang lazim seperti tuberkulosis, malaria dan semua jenis disentri contohnya cirit birit, sementera penyakit berparasit adalah seperti askaris, trikuris, cacing usus dan kutu kepala.Penyakit- penyakit ini akan menyebabkan masalah-masalah berikut :

Kehilangan nutrien yang tinggi

Keperluan fisiologi yang lebih tinggi terhadap nutrien dengan beban yang lebih, akibat daripada penyakit

Malfungsi sistem penyerapan yang menghasilkan malserapan

Simptom Malnutrisi Di antara simptom-simptom kemungkinan malnutrisi adalah kehilangan berat badan tanpa disedari sebanyak 10 pound atau lebih. Orang yang tidak subur kebiasaannya berbadan kurus dan kepala agak besar dengan keadaan kulit mereka pucat, tebal, kering dan mudah nampak lebam. Gatal-gatal kulit dan perubahan pigmentasi selalu biasa berlaku kepada mereka.Rambut adalah nipis, kerinting kasar dan mudah tercabut dari kulit kepala. Selalu berasa sakit pada bahagian sendi dan tulang mereka lembut dan mudah patah. Bahagian gusi selalu mengalami pendarahan dan lidah yang membengkak, berkedut serta retak-retak. Berlaku gangguan pada penglihatan termasuklah rabun malam dan sangat sensitif pada cahaya serta kilauan. Simptom-simptom malnutrisi yang lain adalah : Diarrhea

Kebingungan Berkeadaan bimbang Kehilangan tindakan refleks dan koordinasi otot semakin berkurangan

Otot tersentak Amenorrhea Bibir dan mulut yang pecah dan retak

Kanak-kanak yang menghidapi malnutrisi kebiasaannya pendek umur, kurus, tidak dan mempunyai daya tahan badan yang sangat lemah.

Diagnosis Malnutrisi

Kehadiran malnutrisi pada seseorang dapat dikesan daripada penampilan keseluruhan diri seseorang, tingkah laku, agihan lemak pada badan dan fungsi organ tubuh badan.Pesakit akan di temu bual dan direkodkan data tentang bahan yang dimakan pada waktu-waktu spesisifik mereka. X-ray boleh dijalankan bagi mengesan isipadu tulang, gangguan pada organ perut dan kerosakan pada bahagian hati serta jantung. Ujian darah dan air kencing juga dapat dilakukan bagi mengukur peringkat kandungan vitamin, mineral dan bahan kumuh pesakit. Status nutrisi pada seseorang juga dapat di anggarkan secara :

Membandingkan berat pesakit dengan carta Standard

Mengira indeks jisim badan (BMI) berdasarkan formula yang membahagikan tinggi terhadap berat

Mengukur ketebalan kadar lipatan kulit (skinfold) atau lilitan pada lengan atasJenis-jenis Penyakit Akibat MalnutrisiDi antara penyakit-penyakit utama berpunca daripada malnutrisi adalah seperti berikut :i. Kwashiorkor

Penyakit berpunca daripada kekurangan zat protein atau di kenali juga sebagai penyakit red boy. Seseorang yang kekurangan protein asidasid amino. Penyakit ini biasanya dijangkiti oleh kanakkanak yang tidak lagi menyusu dengan ibunya ketika berusia 5 tahun dan selalunya akan makan makanan yang mengandungi sama ada bijirin, ubi kentang atau yang berkanji.

Simptom umum Kwashiorkhor :

Penampilan seolah-olah seperti anak gemuk (gemuk air)

Penurunan kesedaran (lebih sering dari anak yang berpenyakit marasmus)

Tubuh menjadi lemah dan urat saraf

Otot-otot mengecil, anak berbaring terus-menerus

Anak sering menolak segala jenis makanan

Rambut berwarna kusam dan mudah dicabut

Gangguan kulit berwarna kemerahan dan merebak serta berubah menjadi hitam dan terkelupas

Pembesaran hati disebabkan kemasukan lemak.Rawatan biasanya ialah memberi kanakkanak makanan yang mengandungi asidasid amino. Susu tepung tanpa lemak juga boleh diberikan bagi meningkatkan zat protein.

ii. Marasmus

Marasmus adalah sejenis penyakit yang terjadi disebabkan oleh kekurangan kalori dan protein (Protein Clorie Malnutrition Diseases). Ia biasanya berlaku pada kanakkanak yang berumur 1 tahun di negara yang miskin dan sedang membangun.Simptomnya adalah seperti :

Wajah seperti orang tua

Sering terdapat penurunan kesedaran

Kulit kering, dingin dan kendur

Otot-otot mengecil sehingga tulang-tulang kelihatan jelas

Sering disertai diare atau konstipasi

Tekanan darah, frekuensi jantung dan frekuensi pernafasan berkurangan Berat badan merosot

Sering cirit birit

Pemakanan yang diambil perlulah dapat menampung kalori dari jumlah protein yang diambil mencukupi dan mengandungi kandungan biologi yang baik serta kandungan mineral dan vitamin. Pengawalan penyakit ini boleh dilakukan dari awal iaitu dengan meminum susu kering tanpa lemak.

iii. Xeroftalmia

Merupakan penyakit mata yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A. keadaan ini menyebabkan mata seseorang itu mengalami sensitif pada cahaya. Akibat dari pada penyakit ini, kelopak mata akan menjadi bengkak akibat daripada tiada rembesan air mata dan seterusnya melekat pada nanah. Selain itu juga, bakteria akan memasuki mata dan tumbuh pada kornea. Jika keadaan ini berterusan pesakit itu boleh menjadi buta.

iv. Rabun Malam

Penyakit ini adalah kegagalan penglihatan untuk menyesuaikan secara pantas dari keadaan yang terang kepada keadaan gelap di dalam bilik pada masa yang lama. Pesakit yang mengalami penyakit ini disebabkan kekurangan vitamin A.

Pesakit hendaklah memperbanyakkan makan makanan yang mempunyai vitamin A yang boleh di dapati dari :

Susu

Mentega keju

Kuning telur

Hati

Ikan berlemak

Sayur sayuran

Buah buahan

v. Beri Beri

Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B1 tiamina. Ia adalah satu penyakit suku bangsa yang bergantung kepada makanan beras kisar sahaja sehingga memberi satu wabak penyakit.

Tanda tanda penyakit ini :

Kecederaan saraf

Kaki dan jarijari kaki menjadi kebas dan terasa sengal sengal.

Pergelangan kaki kaku

Badan menjadi lemah

Susah berjalan

Kemungkinan kaki boleh menjadi lumpuh

Hilang nafsu makan

Cepat letih

Pencernaan makanan tak sempurna

Terdapat dua jenis penyakit beriberi iaitu :

a) Beriberi basah

Penyakit orang dewasa, badan pesakit menjadi bengkak yang bermula dari kaki. Ini disebabkan oleh kelemahan jantung untuk mengepam darah ke paruparu. Oleh itu tisutisu pada tangan akan penuh dengan cecair tisu dan akan membengkak serta boleh menyebabkan kematian.

b) Beriberi kering

Juga terjadi pada orang dewasa, badan tidak menunjukkan bengkak tetapi otototot menjadi lisut dan boleh lumpuh. Penyakit ini adalah dari sistem saraf terutamanya bahagian yang mengawal otototot tangan dan kaki. Lama-kelamaan bahagian ini akan menjadi lemah dan tidak bermaya. Pesakit perlulah makan makanan yang banyak tiamina seperti beras yang belum dikisar, kacang pis dan bijirin tulen.

vi. Penyakit tulang

Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan vitamin D yang menyebabkan tumbesaran tulang yang terencat berlaku pada kanakkanak. Vitamin ini amat penting dalam metabolisme kalsium dan fosfurus yang membolehkan garam tak organik kalsium fosfat dienapkan di dalam tulangtulang. Kekurangan vitamin ini menyebabkan kemerosotan enapan kalsium dalam tulang dan mengakibatkan tulang menjadi rapuh serta mempercepatkan pembongkokkan dan pembantutan.

vii. Beguk

Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan iodin. Kelenjar tiroid membengkak dan menyebabkan kemerosotan metabolisme asas seterusnya menjejaskan fizikal dan mental pesakit. Penyakit ini sering berlaku pada negara yang tiada sumber makanan diri laut, ini keranan ikan air laut mempunyai banyak iodin.

iix. Anemia

Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat besi. Jika berlaku penurunan kepekatan hemoglobin, ini menunjukkan tandatanda berlakunya Anemia. Tandatandanya adalah keletihan, hati membesar, susah bernafas dan kulit yang pucat. Punca kekurangan zat besi adalah dari segi amalan pemakanan, kehilangan darah yang berlebihan dan penyerapan zat besi yang lambat.

Langkah-langkah Rawatan Secara AmKebiasaannya status nutrisi bermula dengan penilaian terhadap nutrisi tersebut. Proses ini membolehkan clinical nutrionist atau pakar pemakanan menentukan kehadiran malnutrisi, menilai kesan terhadap kekacauan nutrisi dan memformulasikan satu diet yang menyimpan nutrisi yang mencukupi.Pesakit yang tidak boleh atau tidak mahu makan atau sesiapa yang tidak dapat menyerap nutrient yang dimakan, akan disuap secara intravenous atau melalui kapilari tiub yang disumbat ke dalam gastrointestinal (GI) tract.Sistem menyuap menggunakan tiub biasanya digunakan kepada pesakit yang menderita terbakar badan atau penghidap penyakit yang melibatkan usus. Prosedurnya ialah memasukkan tiub kecil melalui hidung sepanjang kerongkong sehingga sampai ke dalam perut atau usus kecil. Sekiranya pesakit memerlukan cara tiub dalam jangkamasa yang lama, tiub akan dimasukkan terus ke dalam perut atau usus kecil melalui potongan/hirisan pada bahagian abdomen.Pemakanan secara tiub tidak selalu boleh membekalkan nutrien yang mencukupi kepada pesakit yang : Serius ketidaksuburannya

Memerlukan pembedahan

Menjalani kemoterapi atau rawan radiologi

Terbakar yang serius

Cirit birit dan muntah yang berterusan

Bagi sistem pemakanan melalui saluran darah boleh membekalkan hamper kesemua nutrien yang diperlukan oleh pesakkit.Langkah-langkah Pencegahan AwalMemberi susu badan kepada bayi untuk selama sekurang-kurangnya enam bulan pertama adalah langkah terbaik mencegah malnutrisi pada peringkat awal bayi. Pada peringkat umur melebihi dua tahun adalah digalakkan mengikut tabiat yang berikut : Memakan banyak buah-buahan, bijirin dan sayuran Makan makanan yang berkandungan lemak dan kolestrol yang rendah serta mengandungi kandungan garam, gula dan sodium yang berpatutan

Melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian selama lebih kurang 30 minit beberapa kali dalam seminggu

Mencapai atau mengekalkan berat badan yang ideal

Elakkan penggunaan alkohol yang berlebihan

Setiap pesakit yang dimasukkan ke hospital perlulah di periksa dan di saring bagi mengesan kehadiran penyakit serta keadaan yang boleh menjuruskan kepada malnutrisi tenaga protein. Pesakit yang mempunyai risiko tinggi terhadap malnutrisi perlulah diberi penilaian yang lebih selama mereka dirawat di hospital atau di rumah.

Kesimpulan

Malnutrisi sepatutnya boleh dicegah dari peringkat awal lagi sekiranya masyarakat sedar dan tahu kesan-kesan yang boleh disebabkannya. Pendidikan nutrisi merupakan langkah yang penting bagi melengkapkan pendidikan kesihatan. Pendidikan ini akan menjadi mustahak kepada sistem penjagaan kesihatan yang menekankan langkah-langkah mencegah dan promosi . Dalam erti kata yang lain, pendidikan nutrisi adalah berkesan bagi memerangi kejahilan tentang keperluan nutrisi dan ancaman-ancaman yang berkaitan dengannya. Kita perlu mengadakan aktiviti-aktiviti nutrisi yang cekap seperti pemeliharaan halaman rumah, kebersihan diri, pengimunan dan lain-lain program piawaian nutrisi yang penting dalam mengurangkan serta menghapuskan masalah malnutrisi dalam masyarakat kita.Bahan Rujukan Grigsby, Donna G., MD. "Malnutrition." eMedicine December 18, 2003. http://www.emedicine.com/ped/topic1360.htm. Noura Syifa & Suharni Supaat (2005). Keseimbangan Makanan. Kuala Lumpur. Goodmark Enterprise.

Phuah Kooi Ean (1984). Pemakanan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Loong Hoe (1990). Malnutrisi, Sumber Kesihatan Dan Pendidikan Di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. World Health Organization (WHO) Nutrition web site. http://www.who.int/nut/index.htm.Isi Kandungan

1. Pengenalan

2. Definisi Malnutrisi3. Kategori Dan Jenis

4. Faktor-faktor Penyebab Malnutrisi

5. Simptom-simptom Malnutrisi

6. Diagnosis Malnutrisi

7. Jenis-jenis Penyakit Akibat Malnutrisi

8. Langkah-langkah Rawatan Secara Am

9. Langkah-langkah Pencegahan Awal

10. Kesimpulan

11. Bahan Rujukan