kajian tindakan pk

Download Kajian tindakan PK

Post on 04-Jul-2015

1.182 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

TAJUK : PEMBELAJARAN KOOPERATIF BERASASKAN BAHAN MAUJUD Pembelajaran kooperatif merupakan model pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran secara berkumpulan dan ia merupakan pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Setiap ahli kumpulan mempunyai tahap kemampuan yang berbeza-beza (tinggi, sedang, rendah) dan juga terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. TUJUAN : 1) Untuk meningkatkan penglibatan aktif pelajar kerana semua pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2) Untuk memupuk sifat kerjasama antara pelajar kerana setelah pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap ahli kumpulan berperanan untuk memberikan idea masing-masing dan ini boleh menjana pemikiran kreatif dan inovatif para pelajar. 3) Meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar kerana pelajar dikehendaki menyuarakan pendapat dan idea masing-masing kepada tugaan yang diberikan. 4) Membantu pemahaman para pelajar terhadap sesuatu topik kerana bahan maujud ini sendiri adalah bermaksud barang yang wujud, oleh itu barang yang nampak secara fizikal akan lebih "real" dan bahan maujud juga boleh berbentuk multimedia di mana di mana penggunaan video digunakan untuk menunjukkan contoh-contoh bahan maujud yang sukar di bawa ke dalam kelas. 5) Melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran. 6) Setiap kumpulan akan berusaha menyelesaikan permasalahan untuk menerapkan pengetahuan dan keterampilan dalam rangka mencapai tujuan pembelajaran. SIAPAKAH PESERTA KAJIAN? - Pelajar sekolah DI MANAKAH SETTING KAJIAN? - Di dalam kelas AKTIVITI 6

KEKUATAN SUBJEK PENGAJARAN : Guru membuat demonstrasi apabila mengajar sesuatu topik misalnya tajuk system barter Guru memberi contoh-contoh yang membolehkan pelajar mudah faham. Sewaktu guru mengajar topik dokumen perniagaan dalam negeri, guru membawa dokumen sebenar yang terlibat seperti cek, invois dan sebagainya. Guru membuat pertandingan kuiz secara berkumpulan Terdapat juga guru yang membawa keratan akhbar yang berkaitan untuk dibincangkan.

y y y y y

AKTIVITI 7 KELEMAHAN SUBJEK PENGAJARAN :y y y y y y y

Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah/ syarahan) Ilmu lebih berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan meminta pelajar membuat nota dan hafal Tiada berbincangan secara berkumpulan di kalangan pelajar digalakkan untuk membolehkan berlakunya proses penukaran. Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar Pengajaran kadang kala membosankan keranan tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar dibuat. Guru lebih menumpukan kepada penyediaan dari segi nota yang lengkap dan kerja rumah/ latihan secara individu. Pengajaran guru banyak bergantung kepada buku teks tanpa sebarang aktiviti yang menarik

AKTIVITI 8 CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN SUBJEK PENGAJARAN :y y y y

Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran untuk menarik minat pelajar terhadap subjek Sains dan Perdagangan. Contohnya, menggunakan bahan maujud di dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek samada melalui bentuk multimedia atau konvensional. Memperbanyakkan aktiviti di dalam kelas untuk meningkatkan minat dan mengurangkan perasaan jemu pelajar terhadap subjek yang di ajar. Melakukan aktiviti secara berkumpulan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dan mengasah skil komunikasi di kalangan mereka.

y

y

y

Bagi subjek perdagangan, latih pelajar untuk melibatkan diri di dalam aktiviti jualan terutama ketika sekolah melakukan sambutan seperti Hari Guru, Hari Kemerdekaan, Hari Kantin dan lain-lain lagi. Guru perlu melibatkan semua pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar leka dan kurang memahami topik yang di ajar. Guru perlu lebih kreatif dan bersedia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat pelajar dalam memahami sesuatu topik.

AKTIVITI 9 DAN 12 MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN "Menambahbaik kaedah tradisional sekaligus mengingkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains." OBJEKTIF KAJIANy y y

Menilai tahap kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains. Meneroka minat dan kelakuan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Memantau cara penerimaan pelajar terhadap pendekatan yang digunakan.

PERSOALAN KAJIANy y

Adakah pengajaran berasaskan bahan maujud mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains? Adakah pembelajaran secara kooperatif boleh meningkatkan penglibatan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

METHODOLOGYy y y

Refleksi- kenalpasti pelajar yang tidak berminat dan lemah Perancangan-menggunakan pembelajaran kooperatif berasaskan bahan maujud Tindakan-melaksanakan kaedah pembelajaran kooperatif

SETTING - Di dalam kelas macro teaching SAMPLE - 22 orang Pelajar PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATAy y y

SWOT analysis Pemerhatian-tayangan video dan gambar Temubual-tidak berstruktur

AKTIVITI 10 Berdasarkan buku yang anda baca, bincangkan tentang "mengenalpasti masalah Kajian Tindakan" Menjadi kebiasaan apabila ingin memulakan sesuatu kajian tindakan, kita akan berdepan dengan ketidakpastian dan ia bukan perkara luar biasa kerana akhirnya kita akan memulakan sesuatu usaha yang tidak pernah dilalui sebelum ini. Untuk mencari sesuatu kepastian bagi memulakan kajian tindakan kita adalah dengan memilih topik yang sesuai. Langkah awal adalah dengan mencari topik dan ukur samada ia sesuai untuk sesuatu pendekatan di dalam kajian tindakan selain memulakan usaha projek kajian tindakan dengan kenal pasti idea yang tepat tentang apa yang kita ingin siasat dan kaji. Ciri-ciri yang perlu diketahui untuk mengenal pasti kesesuaian topik dan permasalahan kajian tindakan adalah : 1) Pengkaji berniat untuk memperbaiki dan mengubah keadaan. Persoalannya apa yang kita hendak perbaiki? Contohnya, hubungan dengan ibu bapa. Oleh itu, bagaimana kita berhubung dengan mereka setiap hari dan bagaimana kita berfikir tentang mereka? 2) Mengubah tingkah laku sosial. Pengkaji ingin memperbaiki amalan mereka dengan mengubah amalan tersebut dan cari pengetahuan baru tentangnya. Oleh itu, melalui kajian ia akan menambah pemahaman para pengkaji tentang apa dan kenapa kita lakukannya. Tingkah laku sosial bukan sahaja bergantung kepada niat kita tetapi juga bagaimana orang lain berfikir mengenainya. 3) Menghasilkan pengetahuan baru tentang tingkah laku sosial yang tertentu. Kajian tindakan boleh mengubah pengetahuan kita tentang apa yang dikaji kerana ia akan menimbulkan persoalan tentang apa yang kita tahu dan buat. 4) Sentiasa relevan dengan sesuatu yang spesifik. Topik yang dipilih mestilah relevan dan bukan sahaja memenuhi keperluan dan kehendak kita tetapi juga orang lain yang berada disekeliling kita seperti penyelia projek, rakan-rakan, keluarga dan sebagainya kerana mereka juga mungkin mempunyai cadangan atau idea yang boleh memastikan topik yang dipilih tepat dan dapat mencapai tujuan kita. AKTIVITI 13 Kaedah yang akan digunakan di dalam mini kajian tindakan kami adalah kaedah pembelajaran secara kooperatif berasaskan bahan maujud. Kaedah kooperatif boleh digunakan dan diadaptasi di dalam setiap permasalahan yang timbul kerana ianya relevan dan sangat penting untuk mewujudkan semangat kerjasama antara para pelajar. Pembelajaran kooperatif merupakan model pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran secara berkumpulan dan ia merupakan pembelajaran yang melibatkan

pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Setiap ahli kumpulan mempunyai tahap kemampuan yang berbeza-beza (tinggi, sedang, rendah) dan juga terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Oleh itu ia amat sesuai digunakan di dalam apa jua subjek kerana ianya akan meningkatkan penglibatan semua pelajar dan membantu komunikasi sosial antara pelajar. Jika sebelum ini pelajar agak pasif dan hanya berdiam diri di dalam kelas tetapi melalui kaedah ini akan membantu mengatasi masalah tersebut. TEORI KONSTRUKTIVISM Konstruktivisme merupakan pandangan yang melihat pembelajaran sebagai proses regulasi kendiri yang dibina daripada pengetahuan sedia ada pelajar di mana pelajar adalah peserta yang aktif di dalam proses pembelajaran. Pelajar sebagai individu dan bagaimana mereka membina pengetahuan, kepercayaan dan identiti mereka. Galakkan aktiviti dan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar. Sediakan peluang pelajar bekerja bersama-sama. Bantu pelajar novis membina kecekapan.

y y y y

TEORI MOTIVASI Teori Motivasi akan digunakan di sini bagi mendorong minat pelajar untuk mendalami subjek Perdagangan dan Sainsyang dirasakan bosan oleh mereka. Oleh yang demikian, Teori Pengajaran Bruner akan digunakan di sini dengan melihat perkembangan kognitif pelajar untuk membina teori pengajaran dan pembelajaran individu. Menurut Bruner, sesuatu pengajaran perlulah mengandungi 4 perkara berikut: a. menentukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang digunakan sebagai motivasi pelajar. b. bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajari. c. menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari. d. menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian aktiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya. KERANGKA TEORITIKAL Kerangka teor