4 refleksi edu3083_sem7_2014

10
1 Refleksi Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus yang diamanahkan bersama dengan rakan-rakan kumpulan mengikut masa yang telah ditetapkan. Dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini, saya dan rakan tugasan saya banyak melakukan perbincangan khusus berkenaan dengan isu yang telah telah diutarakan iaitu ‘Peranan kepimpinan sekolah ke arah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi . Hal ini tidak menjadi masalah yang besar kepada kami kerana kami merupakan guru yang berada di sekolah dan sentiasa mendepani isu berkenaan. Pelbagai pendapat dan buah fikiran yang diutarakan diantara kami dalam kumpulan semasa perbincangan dilakukan. Di samping perbincangan kumpulan, saya dan rakan tugasan saya juga telah mencari maklumat tambahan dengan merujuk buku-buku yang berkaitan serta melalui pembacaan dari bahan cetak yang lain serta penggunaan teknologi untuk menambah sumber-sumber yang yang ada. Pada masa-masa tertentu, terdapat kekangan masa yang menuntut pengorbanan yang lebih dalam menyiapakn tugasan ini terutamanya bagi saya dan rakan saya yang merupakan guru yang mengajar tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR. Namun ianya dapat diatasi dengan baik dalam menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini telah memberi makna yang sangat mendalam kepada saya untuk lebih memahami cabaran guru pada masa akan datang. Cabaran guru semakin hari semakin mencabar, justeru itu setiap guru harus menyediakan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran agar dapat memenuhi kriteria sebagai guru yang baik. Tugasan ini sangat membantu saya dalam menyediakan ilmu dalam diri untuk menjadi guru yang baik. Sistem pendidikan sentiasa berlaku perubahan dari masa ke semasa dalam memenuhi kehendak negara dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang memerlukan warganegaranya berkemahiran tinggi selaras dengan agenda Transformasi Pendidikan Negara. Oleh itu setiap perubahan yang berlaku adalah merupakan cabaran yang harus dihadapi oleh warga pendidik terutamanya guru. Oleh yang demikian tahap profesionalisme keguruan harus turut berlaku perubahan termasuk juga dari segi etika dan akuntabiliti guru.

Upload: awangyie

Post on 22-Jan-2018

141 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4 refleksi edu3083_sem7_2014

1

Refleksi

Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus

yang diamanahkan bersama dengan rakan-rakan kumpulan mengikut masa yang

telah ditetapkan. Dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini, saya dan rakan

tugasan saya banyak melakukan perbincangan khusus berkenaan dengan isu yang

telah telah diutarakan iaitu ‘Peranan kepimpinan sekolah ke arah melahirkan warga

sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi ’. Hal ini tidak menjadi masalah yang

besar kepada kami kerana kami merupakan guru yang berada di sekolah dan

sentiasa mendepani isu berkenaan. Pelbagai pendapat dan buah fikiran yang

diutarakan diantara kami dalam kumpulan semasa perbincangan dilakukan.

Di samping perbincangan kumpulan, saya dan rakan tugasan saya juga telah

mencari maklumat tambahan dengan merujuk buku-buku yang berkaitan serta

melalui pembacaan dari bahan cetak yang lain serta penggunaan teknologi untuk

menambah sumber-sumber yang yang ada. Pada masa-masa tertentu, terdapat

kekangan masa yang menuntut pengorbanan yang lebih dalam menyiapakn tugasan

ini terutamanya bagi saya dan rakan saya yang merupakan guru yang mengajar

tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR. Namun ianya dapat diatasi dengan

baik dalam menyiapkan tugasan ini.

Tugasan ini telah memberi makna yang sangat mendalam kepada saya untuk

lebih memahami cabaran guru pada masa akan datang. Cabaran guru semakin hari

semakin mencabar, justeru itu setiap guru harus menyediakan diri dengan pelbagai

ilmu dan kemahiran agar dapat memenuhi kriteria sebagai guru yang baik. Tugasan

ini sangat membantu saya dalam menyediakan ilmu dalam diri untuk menjadi guru

yang baik.

Sistem pendidikan sentiasa berlaku perubahan dari masa ke semasa dalam

memenuhi kehendak negara dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara

maju yang memerlukan warganegaranya berkemahiran tinggi selaras dengan

agenda Transformasi Pendidikan Negara. Oleh itu setiap perubahan yang berlaku

adalah merupakan cabaran yang harus dihadapi oleh warga pendidik terutamanya

guru. Oleh yang demikian tahap profesionalisme keguruan harus turut berlaku

perubahan termasuk juga dari segi etika dan akuntabiliti guru.

Page 2: 4 refleksi edu3083_sem7_2014

2

Melalui tugasan ini saya dapat memahami lebih berkaitan dengan tahap

profesionalisme keguruan, etika dan akuntabiliti sebagai seorang guru dan

seterusnya dapat memantapkan lagi sifat menjadi seorang guru yang baik. Dengan

memahami prinsip akuantabiliti, seseorang guru akan dapat memahami

tanggungjawab sebagai seorang guru dalam erti kata yang sebenar. Guru harus

menghayati prinsip kebertanggungjawaban sebagai seorang guru yang merangkumi

tanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat, diri sendiri, murid-murid dan

profesien keguruan itu sendiri. Melalui penghayatan yang sempurna, maka guru

akan dapat menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh

dedikasi. Pengabaian terhadap tanggungjawab yang diberikan akan mengakibatkan

lahirnya guru yang tidak beretika dan seterusnya dipertikaikan oleh masyarakat yang

merupakan pelanggan. Ini akan menyebabkan kegagalan dalam melahirkan modal

insan seperti yang dicita-citakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan

seterusnya menjatuhkan martabat profesion perguruan.

Pelbagai isu yang timbul dalam kalangan guru dan profesion keguruan masa

kini yang menjejaskan imej dan kredibiliti para guru. Tindakan-tindakan negatif yang

dilakukan oleh sebilangan guru seperti memukul murid, mencederakan murid

menyebabkan seluruh institusi keguruan dipalit dengan kontroversi. Kredibiliti dan

akauntabiliti guru dipersoal apabila mereka bertindak dengn sesuka hati terhadap

murid hingga mendatangkan kecederaan malah kematian terhadap murid. Peraturan

mengenakan tindakan telah diwartakan dalam pekeliling oleh para guru, tetapi

kejadian memukul murid yang terjadi ini menandakan bahawa guru tidak mematuhi

pekeliling yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kaedah mendidik

pada masa dahulu sudah tidak sama dengan situasi pada masa sekarang walaupun

kaedah yang digunakan pada zaman dahulu telah berjaya melahirkan ramai cerdik

pandai dan cendekiawan terbilang.

Saya menyedari bahawa tugas menjadi seorang guru amat mencabar. Guru

perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi dalam melayani kerenah murid serta

ibubapa yang mempunyai pendidikan akademik dan tidak mudah naik angin

terhadap tindakan yang dilakukan oleh murid. Terdapat pelbagai yang boleh

mendisiplinkan murid yang melakukan kesalahan selain daripada memukul murid.

Hanya dengan membuat bising, murid dipukul oleh guru. Ini menunjukkan guru telah

kehilangan sifat profesional dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.

Page 3: 4 refleksi edu3083_sem7_2014

3

Setelah melakukan tugasan asas kepimpinan dan perkembangan profesional guru,

banyak maklumat yang dapat saya perolehi hasil pembacaan serta penulisan

tugasan ini. Perlunya guru mempunyai kepimpinan yang baik agar ia menjadi conto h

dan ikutan kepada murid memandangkan guru merupakan ‘role model’ kepada

mereka.

Setelah menamatkan tugasan ini saya dapat mengenalpasti cara -cara untuk

menjadi guru yang baik dan mengikut kod etika keguruan serta lebih

bertanggungjawab. Guru perlu patuh terhadap kod etika yang telah ditetapkan dan

menyediakan perkhidmatan yang terbaik baik kepada klien iaitu murid serta ibubapa

mereka. Tiada kekasaran yang boleh dilakukan oleh guru terhadap murid. Guru

perlu menghormati hak murid dan mengetahui punca permasalahan yang berlaku

dan bukan hanya sewenang-wenangnya menghukum murid. Hormat-menghormati

adalah perlu antara guru dan murid. Murid sentiasa memberi ucapan salam kepada

guru dan guru sentiasa mengambil berat terhadap murid dengan selalu bertanyakan

diri mereka. Saya menyedari bahawa bidang keguruan perlu dijulang kembali

dengan guru mematuhi kod etika keguruan. Guru perlu peka dan prihatin terhadap

perkembangan murid.

Kesimpulannya, profesion keguruan merupakan bidang yang tertua di dunia.

Guru tidak lagi berfungsi sebagai penyampai pengetahuan semata-mata, tetapi lebih

daripada itu. Guru adalah pemudahcara dalam proses pembelajaran dan untuk itu

seorang guru harus lebih bersedia dan peka terhadap perubahan yang berlaku di

sekeliling dan menyerap perubahan tersebut dan menterjemahkan kepada murid

dalam melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi selaras

dengan agenda Tranformasi Pendidikan Negara.

Page 4: 4 refleksi edu3083_sem7_2014

4

Bibliografi

Buku rujukan

Ahmad Subki bin Miskon & Syed Ismail bin Syed Mustafa (2010) Asas Kepimpinan

dan Perkembangan Profesional. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia

Sdn. Bhd.

Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007) Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk

KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng (2003). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Institut Tadbiran Awam Negara (1994).Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika Dalam

Perkhidmatan Awam. INTAN. Kuala Lumpur

Mahathir Mohamad (2001). Ucapan Perasmian Kongres Pendidikan Melayu

Pertama, Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Leech, Geoffrey. (1983). Prinsip-prinsip pragmatik. Jakarta: Universitas Indonesia

Sufean Hussin (1996). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 5: 4 refleksi edu3083_sem7_2014

5

Laman Web

Dipetik daripada http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/guru-pukul-murid-

didakwa-1.36431

Dipetik daripada http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view =

article &id=383&Itemid=124&lang=bm

Dipetik daripada http://www.moe.gov.my/

Dipetik daripada file:///C:/Users/Lenovo/Desktop/Berita%20Harian%20% 20%20

Profesion %20perguruan%20patut%20dimartabat.htm

DIpetik daripada http://www.hmetro.com.my/articles/Cikguambilnyawa/Article

Dipetik daripada http://www.sabahforum.com/forum/current-issues/topic896.html

Dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/ info.asp?y=2011&dt=0310

&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm

Dipetik daripada http://skkolapisbeluran.tripod.com/id71.html

Page 6: 4 refleksi edu3083_sem7_2014

6

Lampiran

Lampiran 1

Page 7: 4 refleksi edu3083_sem7_2014

7

Page 8: 4 refleksi edu3083_sem7_2014

8

Lampiran 2

Page 9: 4 refleksi edu3083_sem7_2014

9

Lampiran 3

Page 10: 4 refleksi edu3083_sem7_2014

10