3 - tugasan projek

Upload: niesa08

Post on 18-Oct-2015

134 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

none

TRANSCRIPT

  • 5/27/2018 3 - Tugasan projek

    1/4

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

    TUGASAN PROJEK

    TAJUK PROGRAM: NAMA PELAJAR:

    KOD DAN NAMA KURSUS: SEMESTER:

    TARIKH MULA: TARIKH HANTAR:

    I. Hasil Pembelajaran Kursus :

    1. Mencipta karya muzik pendek dengan mengintegrasikan pengetahuan konsep muzikmenggunakan kibod digital (LL2) ;

    2. Mempersembah, menghayati dan melaporkan secara bertulis hasil ciptaan muzikeksperimental dari pelbagai sumber danpersembahan muzikal yang telah ditonton ;

    3. Mengaplikasikan teknik-teknik permainan ensembel instrumental yang dipelajaridalam persembahan ensembel ;

    4. Mewujudkan kebolehan bekerja secara berpasukan dan mengamalkan nilai-nilai etikapersembahan ; dan

    5. Mengaplikasikan teknik memimpin yang betul semasa memimpin sesuatupersembahan ensembel vokal atau instrumental.

    Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5

    II. Objektif Projek:

    1. Mengumpul maklumat tentang ciptaan eksperimental, perisian Sonar dan rakamanMIDI serta mengumpul bahan bukti untuk menunjukkan proses penggubahan.

    2. Merancang dan melaksanakan satu persembahan instrumental secara berkumpulandan menggubah muzik iringan dengan kreativiti masing-masing.

    3. Membuat laporan dan ulasan kritis tentang persembahan yang dipersembahkan olehanda dan rakan dan menyokong hujah yang dikemukakan dengan memberijustifikasi.

    PPG Ambilan Jun 2011

    MZU 3119Ciptaan & Ensembel II

    1 / 2014 (Jan - Mei 2014)

    8 Mac 2014 6 April 2014

  • 5/27/2018 3 - Tugasan projek

    2/4

    III. Tugasan Projek (100%)

    Kursus ini memfokuskan pengetahuan dan cara-cara menghasilkan muzik ciptaaneksperimental yang berasaskan kepada pelbagai sumber, ensembel instrumental,dan memimpin. Ensembel instrumental meliputi permainan ensembel rekoder danperkusi.

    A Persembahan (80%)

    1. Tugasan individu : Dalam tugasan ini anda dikehendaki mencipta sebuahkarya muzik eksperimental MIDI dengan menggunakan kibod, kabel MIDI,aplikasi komputer dan perisian Cakewalk Sonar. (40%) :

    i. Durasi ciptaan anda sekurang-kurangnya 3 minit denganmenitikberatkan ciri-ciri ciptaan seperti motif, sekuen, imitasi,pengulangan dan lain-lain. (20%)

    ii. Anda juga dikehendaki menggubah lagu ciptaan anda dengan

    memasukkan sekurang-kurangnya 4 trek selain daripada trek melodi.(contoh : trek dram, trek bes, trek piano dan trek string, dll) danhendaklah disimpan (save) dalam format MIDI sebagai minus oneuntuk dijadikan muzik iringan. (10%)

    iii. Mempersembahkan hasil gubahan minus oneanda denganmenggunakan perisian Sonar, komputer dan kibod. Anda dikehendakimemainkan melodi ciptaan anda secara solo dengan alat muzik ATAUdinyanyikan secara solo. (10%)

    2. Tugasan berkumpulan : secara BERKUMPULAN (ensembel) 7 orang, andadikehendakimerancang dan melaksanakan satu persembahan muzik

    instrumental dengan melodi dimainkan oleh rekoder soprano sepanjangsekurang-kurangnya 5 minit. (40%) :

    i. Gubahan ensembel rekoder soprano boleh diambil dari mana-managubahan yang telah sedia ada. Anda boleh memasukkan rekoder alto,tenor dan juga bes jika anda mahu memasukkannya.

    ii. Pecahan pemain : seorang konduktor (pemimpin), 4 orang pemainrekoder dan 2 orang pemain perkusi.

    iii. Persembahan ensembel hendaklah diiringi oleh minus onemuzik MIDIuntuk menonjolkan lagi kreativiti pelajar. Dalam minus onetersebut,

    anda dikehendaki menggabungkan alat-alat muzik mengikut kreativitikumpulan anda.

    B Ulasan Kritis dan Laporan Persembahan (20%)

    Secara individu :1. Anda dikehendaki membuat satu laporan tentang ensembel yang telah anda

    dan rakan anda persembahkan. Dalam laporan tersebut anda perlu :i. menyatakan etika persembahanii. membuat ulasan secara kritis tentang konduktor, pemilihan lagu dan

    gubahan minus one muzik iringan serta permainan alat muzik yang

    dimainkan.

  • 5/27/2018 3 - Tugasan projek

    3/4

    C Panduan Pelaksanaan Projek

    1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan berkumpulan

    2. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu.

    3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

    3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini3.2 Fon Arial3.3 Saiz huruf - 113.4 Langkau 1.5 baris3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)3.6 Lampiran adalah wajib3.7 Jawab dalam Bahasa Malaysia sahaja

    4 DC/DVD ciptaan melodi, gubahan minus onedan gubahan ensembelhendaklah disertakan sekali bersama dengan ulasan kritis dan laporanpersembahan.

    5. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

    6. Anda perlu membuat latihan yang mencukupi untuk menghasilkan ensembelyang bertaraf tinggi dari segi melodi, irama, tempo, dan ekspresi.

    7. Anda WAJIB menyertakan Borang Maklum Balas Tugasan dan KriteriaPemarkahan di hadapan tugasan anda.

    8. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan.Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskangred kerja kursus anda.

    9. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat mengikutformat yang ditetapkan oleh IPG.

    10. Tugasan A membawa markah 80%. Tugasan B membawa markah 20%.

    D Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut :

    Ulasan Kritisa. Kefahaman tentang ciri-ciri sesebuah lagu yang betul dalam setiap bentuk

    lagu mengikut proforma kursus.b. Keupayaan menilai kekuatan dan kelemahan persembahan ensembel dan ciri

    lagu dan memberi justifikasi.c. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah

    dikemukakan.d. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan

    sokongan ilmiah.e. Format dan organisasi laporan perlu tersusun dengan kemas, teratur, jelas

    dan koheren.f. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi

    kehendak tugasan.

  • 5/27/2018 3 - Tugasan projek

    4/4

    E Kriteria Pentaksiran

    Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan

    Disediakan oleh: Disemak oleh:

    ............................................. .............................................................(SAMSI BIN IJAI) ( SAMSI BIN IJAI )Unit Muzik Pakar Bidang (SME) Pendidikan MuzikJabatan Sains Sosial Jabatan Sains Sosial

    IPG Kampus Ipoh IPG Kampus Ipoh

    Tarikh : 3 Mac 2014 Tarikh : 3 Mac 2014

    Disahkan oleh :

    ...............................................................(EN. MOHD KAMAL BIN MAT YUSOF)Ketua Jabatan,Jabatan Sains Sosial,IPG Kampus Ipoh

    Tarikh : 5 Mac 2014