[3] diskusi ke-15

Upload: dzarrin

Post on 02-Jun-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KE-15

    1/4

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KE-15

    2/4

    Baginda itu tidak dihiraukan. Bahkan ada di antara mereka hamba abdi, khadam dan anak-

    anak nakal bani Thaqif melontar Baginda dengan batu-batu kecil sehingga luka kedua belah

    kaki Baginda yang mulia itu. Zaid bin Harithah yang mengiringi Baginda ke sana cuba

    melindungi Rasulullah daripada serangan dan lontaran anak-anak nakal itu hingga luka

    beberapa tempat di kepalanya. Dalam keadaan sedemikian, akhirnya Baginda sampai di

    sebuah dusun yang dimiliki oleh Atabah bin Rabiah di mana anak-anak tadi sudah tidak

    mengikuti Baginda lagi. Di dusun itu Rasulullah berhenti di bawah pokok anggur di mana dua

    orang anak lelaki Rabiah melihat baginda. Di situlah Rasulullah menadah tangan lalu berdoa:

    "..........

    Wahai Tuhanku, Dikau sahajalah tempatku mengadu kelemahan tenagaku dan kekurangan

    bicaraku, kehinaanku di mata ramai, wahai Tuhan yang Maha Pengasih..

    Sementara itu, dua orang anak lelaki Rabiah yang ternampak perlakuan Rasulullah berasa

    kasihan terhadap Rasulullah lalu mereka menyuruh budak suruhan mereka yang bernama

    Edas membawa buah anggur yang diisi di dalam pinggan kepada Baginda. Semasa Rasulullah

    ingin memakan buah anggur tersebut, Baginda telah menyebut kalimah Bismillah terlebih

    dahulu.

    Dengan penuh kehairanan Edas menyoal Rasulullah : Sebutan yang tuan hamba sebutkan

    tadi belum pernah hamba dengari dari penduduk di sini.Kemudiannya Rasulullah bertanya

    kembali. Kamu ini berasal dari mana? Lalu Edas menjawab : Sebenarnya saya ini

    beragama Nasrani dan berasal dari sebuah kampung di al-Musil iaitu Ninawa. Jawab

    Rasulullah pula : Jadi kamu ini sekampunglah dengan seorang manusia yang soleh

    bernama Yusuf bin Matta?. Bagaimana tuan hamba boleh kenal Yusuf bin Matta?Tanya

    Edas pula dan dijawab oleh Rasulullah : Dia saudaraku, kerana dia adalah Nabi dan aku juga

    Nabi. Dengan tidak membuang masa Edas pun menerpa ke arah Rasululah dan memeluk

    Rasulullah seeratnya lantas mengucup kepala, kedua kaki dan tangan Rasulullah.

    Ibnu Ishaq telah menceritakan : Setelah itu Rasulullah S.A.W beredar dari Thaif dan pulang

    semula ke Makkah sehingga apabila Baginda tiba di suatu dusun tamar , Baginda beristirehat

    dan bangun di tengah malam melakukan solat malam. Dalam masa yang sama, beberapa

    orang daripada kalangan mereka seperti melintasi kawasan tersebut dan mereka terdengar

    segala bacaan Rasulullah. Setelah tamat Baginda membaca, mereka pun beredar dari situ

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KE-15

    3/4

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KE-15

    4/4

    Tindakan yang diambil oleh Zaid bin Harithah yang sanggup menjadikan

    dirinya sebagai benteng kepada serangan kanak-kanak nakal agar batu kecil

    yang dilontarkan kepada Rasulullah tidak mencederakan Baginda sehingga

    terluka kulit kepalanya di bebebrapa tempat.

    Setiap Muslim wajib mempunyai dan mempersiapkan angkatan tentera yang

    ikhlas dan sanggup mengorbankan harta benda dan jiwa raga sepertimana

    yang pernah dilakukan oleh Muslimin yang bersama Rasulullah S.A.W

    Apakah kesannya kepada Nabi Muhammad dengan segala apa yang telah

    dilihat dan dialaminya ketika perjalanan Baginda ke Thaif dan apakah

    implikasinya kepada Baginda.

    Jawapannya sepertimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah kepada

    Zaid sebagai menjawab pertanyaan beliau tentang apakah Baginda akan

    pulang juga sedangkan kaumnya telah pun menghalau Baginda keluar dari

    Kota Makkah, dengan tenang Baginda menjawab : Wahai Zaid,

    sesungguhnya Allah akan memberi kelapangan dan jalan keluar dari apa

    yang engkau sebutkan itu dan sesungguhnya Allah akan menolong

    agamaNya dan mengangkat NabiNya.

    Dari sini dapatlah kita perhatikan bahawa segala apa yang dilihat dan

    dialami oleh Rasulullah di Thaif sedikit pun tidak memberi kesan terhadap

    kepercayaan dan keimanan dengan Allah S.W.T atau melemahkan keazaman

    untuk berdakwah dalam jiwa Baginda.

    RUJUKAN

    1. Fathul Bari : 6: 198- Sumber Ibnu Ishak, Sahih Bukhari 1:458 (dikeluarkan oleh Muslim dan

    Nasaie).

    2. Feqh al-Sirah, Muhammad Said Ramadhan al-Buti (terjemahan : Ust. Mohd Darus Sanawi)