2_21 jun 2012_bidang linguistik.pptx

28
 BIDANG LINGUISTIK OLEH: PUAN NORHA Y A TI BINTI IDRIS  JABA T AN PENGA JIAN MELA YU IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH

Upload: noraina-safila

Post on 01-Nov-2015

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BIDANG LINGUISTIK

BIDANG LINGUISTIKOLEH:PUAN NORHAYATI BINTI IDRISJABATAN PENGAJIAN MELAYUIPG KAMPUS KENINGAU, SABAHLINGUISTIK AMLinguistik teori (atau am) adalah berkenaan dengan rangka-rangka untuk memerihalkan bahasa-bahasa dan teori-teori individu dari segi aspek-aspek bahasa yang sejagat.LINGUISTIK AMLinguistik teori (atau am) adalah berkenaan dengan rangka-rangka untuk memerihalkan bahasa-bahasa dan teori-teori individu dari segi aspek-aspek bahasa yang sejagat.LINGUISTIK AMLinguistik am dibahagikan kepada sebilangan bidang yang berasingan untuk dikaji secara tersendiri:Fonetik ialah kajian bunyi-bunyi bahasa manusia.

Fonologi atau fonemik ialah kajian pola-pola bunyi asas bagi seseuatu bahasa.

Morfologi ialah kajian struktur dalaman bagi perkataan-perkataan.LINGUISTIK AMSintaksis ialah kajian bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat yang bertatabahasa.

Semantik ialah kajian makna perkataan-perkataan semantik leksikal dan bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat yang bermakna. LINGUISTIK AMPragmatik ialah kajian bagaimana pengungkapan (baik secara literal, mahupun secara kiasan) digunakan dalam perbuatan-perbuatan komunikasi.

Linguistik sejarah ialah kajian bahasa-bahasa yang hubungan sejarahnya telah diakui melalui persamaan dalam perbendaharaaan kata, pembentukan kata, dan sintaksis.

LINGUISTIK AMTipologi linguistik ialah kajian ciri-ciri tatabahasa yang digunakan merentasi semua bahasa manusia. Silistik linguistik ialah kajian gaya dalam bahasa-bahasa. Analisis wacana ialah kajian ayat-ayat yang disusun menjadi teks.

Ciri-ciri Linguistik Ammengkaji bahasa-bahasa pada sesuatu ketika yang tertentu (biasanya kini)mencari dan menghuraikan gambaran umum untuk bahasa-bahasa tertentu dan untuk antara semua bahasamengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.LINGUISTIK GUNAANLinguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa.Hasil-hasil penyelidikan linguistik boleh juga digunakan untuk pelbagai bidang lain.Banyak bidang linguistik gunaan pada hari ini melibatkan penggunaan komputer secara eksplisit. LINGUISTIK GUNAANSebagai contoh apabila seorang pengkaji itu cubamenggunakan teori linguistik untuk menyatakan sumbangannya terhadap bidang-bidang ilmu lain, maka teori linguistiknya akan bersifat amalan bagi membantu bidang lainDalam hal ini,linguistik teoritis telah berpindah pengertiannya menjadi linguistik gunaan.

LINGUISTIK GUNAANSelain itu linguistik gunaan adalah bidang yang merupakan sekumpulan beberapa displin yang berhubungan. Istilah ini pada mulanya digunakan di dalam ilmu linguistik umum merujuk kepada bidang linguistik yang berhubungan dengan pengajaran bahasaLINGUISTIK GUNAANKesimpulannya, linguistik gunaan merupakan bahasa yang digunakan dalam pengajaran bahasa serta diguna pakai oleh masyarakat dan orang ramai. Ia juga saling berhubung antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur bahasa yang telah dipelajarinya.Jadi,boleh dikatakan, linguistik gunaan mempunyai cabang di bawahnya iaitu bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik.

LINGUISTIK SEJARAHLinguistik perbandingan(asalnyafilologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.

"Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.LINGUISTIK SEJARAHCabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa.LINGUISTIK SEJARAHKajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.

LINGUISTIK SEJARAHBidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asal-usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.LINGUISTIK PERBANDINGANLebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk.Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu

KONTEKSTUALDEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005);

Kontekstual ialah-Berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi~dapat merencanakan perkembangan sastera.

18Kontekstual membawa pengertian:

1.Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.2.Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

19 Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

KONTEKSTUAL20LINGUISTIK KONTEKSTUALSOSIOLINGUISTIK

LINGUISTIK ANTROPOLOGIKALANTROPOLOGILINGUISTIK21 Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik.

Nama sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah : sosio (kependekan daripada sosiologi -disiplin yang meneliti masyarakat, dan linguistik disiplin yang meneliti bahasa.

Memberi tumpuan kepada dua entiti: bahasa dan masyarakat.

SOSIOLINGUISTIK

22 Menunjukkan hubungan sistematik yang wujud antara struktur bahasa dengan struktur sosial-sama ada sesuatu struktur bahasa itu menyebabkan sesuatu struktur sosial tertentu atau hal sebaliknya.

23 Antropologi linguistik adalah satu cabang linguistik yang menelaah hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat tindakan bermasyarakat.

ANTROPOLOGILINGUISTIK24 Adakalanya disebut etnolinguistik menelaah bahasa bukan hanya dari strukturnya semata tapi lebih pada fungsi pemakaiannya dalam konteks situasi sosial budaya.

Menelaah struktur dan hubungan kekeluargaan melalui istilah kekerabatan, konsep warna, pola pengasuhan anak, atau menelaah bagaimana anggota masyarakat saling berkomunikasi pada situasi tertentu seperti pada upacara adat lalu menghubungkannya dengan konsep budayanya.

25 Mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya Mengkaji aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.

LINGUISTIKANTROPOLOGIKAL

26TUGASANBuat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukkan anda faham apa yang dibincangkan.Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini.

TUGASANBuat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield.Huraikan dengan ringkas (menggunakan ayat sendiri) sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual