zon analogue jun 2015

6
 Laporan Audit Keseluruhan 5S Peringkat Dalaman KKTM Petaling Jaya Jun 2015 Juruaudit: En Mohamad Fauzi Bin Mohd Lazim Zon Audit: Analogue Tempat: Pejabat Asrama, Asrama, Surau, Kafeteria, Tandas, Bilik Rehat dan Ginmasium.

Upload: mim-fauzi

Post on 02-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laporan Audit Keseluruhan 5S Zon Analogue Jun 2015

TRANSCRIPT

  • Laporan Audit Keseluruhan 5S Peringkat Dalaman

    KKTM Petaling Jaya

    Jun 2015

    Juruaudit:

    En Mohamad Fauzi Bin Mohd Lazim

    Zon Audit: Analogue

    Tempat:

    Pejabat Asrama, Asrama, Surau, Kafeteria, Tandas, Bilik Rehat dan

    Ginmasium.

  • Pejabat Asrama:

    Catatan / Pemerhatian:

    - Keadaan sangat kondusif sebagai tempat kerja.

    Cadangan Penambahbaikan:

    - Tiada.

    Gimnasium:

    Catatan / Pemerhatian:

    - Keadaan yang kondusif kerana terdapat kipas dan pendingin hawa. Susunan peralatan pada

    jarak yang sesuai dan tidak terlalu penuh. Namum begitu, terdapat lampu terbakar dan

    terdapat kekotoran pada dinding gymnasium.

    Cadangan Penambahbaikan:

    - Lampu yang rosak perlulah ditukar.

  • Bilik Rehat:

    Catatan / Pemerhatian:

    - Bilik rehat ini telah diubah suai menjadi pejabat asrama (sebahagian kecil) dan bilik makan

    VIP. Bilik makan VIP masih belum lengkap sepenuhnya.

    Cadangan Penambahbaikan:

    - Susunan meja perlu diubahsuai kerana terlalu rapat dan sempit. Perlu disediakan meja

    buffet untuk meletakkan makanan dan minuman.

    Kafeteria

    Catatan / Pemerhatian:

    - Penambahan kipas dan penggantian lampu telah dibuat untuk keadaan yang lebih kondusif.

    Cadangan Penambahbaikan:

    - Sediakan bekas makanan yang bertutup bagi menjamin kebersihan.

  • Surau:

    Catatan / Pemerhatian:

    - Lebih selesa dengan penambahan unit pendingin hawa. Terdapat langsir yang boleh

    memisahkan antara Jemaah lelaki dan wanita, ini memudahkan dan menyenangkan aktiviti

    ibadah.

    Cadangan Penambahbaikan:

    - Tiada.

    Asrama:

    Catatan / Pemerhatian:

    - Sistem pendawaian asrama telah dinaiktaraf dengan penambahan soket dan kipas. Keadaan

    asrama lebih kondusif dan selesa dengan pengurangan bilangan katil. Untuk asrama tingkat 4,

    pemasangan tile sudah siap sepenuhnya. Langsir baru juga akan dipasang untuk semua

    asrama. Grill pintu telah dipasang dan pintu asrama telah diganti baru untuk meningkatkan

    ciri keselamatan asrama. Terdapat sedikit kerosakan pada siling asrama tingkat 9 dan

    terdapat pintu asrama yang disendal menggunakan alat pemadam api.

    Cadangan Penambahbaikan:

    - Ganti siling yang pecah. Alat pemadam api haruslah diletakkan pada tempat yang sesuai.

  • Tandas:

    Catatan / Pemerhatian:

    - Keadaan bersih dan kemas. Cuma terdapat pili yang bocor kecil. Ada juga pintu tandas yang

    ditampal ROSAK.

    Cadangan Penambahbaikan:

    - Ganti/baiki alatan jika terdapat kerosakan.

    Markah Audit bagi keseluruhan kawasan Zon Analogue

    Kawasan Markah sebenar Peratus %

    Pejabat Asrama 76/85 89

    Gimnasium 38/45 73

    Bilik Rehat 63/85 74

    Kafeteria 51/60 85

    Surau Tingkat 7 59/65 91

    Surau Tingkat 6 54/65 83

    Bilik 901 45/50 90

    Bilik 902 46/50 92

    Bilik 903 46/50 92

    Bilik 904 46/50 92

    Bilik 905 22/25 88

    Tandas Tingkat 9 53/60 88

    Bilik 801 45/50 90

  • Bilik 802 45/50 90

    Bilik 803 45/50 90

    Bilik 804 45/50 90

    Bilik 805 18/20 90

    Tandas Tingkat 8 51/60 85

    Bilik 401 39/50 78

    Bilik 402 39/50 78

    Bilik 403 39/50 78

    Bilik 501 34/50 68

    Bilik 502 34/50 68

    Bilik 503 34/50 68

    0102030405060708090

    100

    Peratusan Audit Zon Analogue Jun 2015