buletin april-jun 2014

10

Upload: buicong

Post on 02-Feb-2017

241 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin April-Jun 2014
Page 2: Buletin April-Jun 2014

ohd Afiq Bin Muhammad , satu nama yang tidak asing di dalam dunia keusahawanan politeknik Malaysia. Pelajar yang menjadi kebanggaan Politeknik Nilai ini telah berjaya meraih kejuaraan bagi Anugerah Kecemerlangan Pelajar Politeknik (AKEPP) bagi kategori Keusahawanan 2013.

Graduan berumur 21 tahun yang baru saja menamatkan pengajian Diploma Pengajian Perniagaan (E-Commerce ) di Politeknik Nilai ini telah merangkul kejuaraan berprestij AKEPP serta mendapat tempat keempat bagi Malaysia Entrepreneurship Awards (MEA) Bagi peringkat nasional. Afiq bukan setakat menggenggam trofi kemenangan, tetapi pada umur yang begitu muda beliau telah menggenggam beberapa kejayaan dalam dunia perniagaan sebenar. Namun apa yang lebih membanggakan anak muda yangcekal ini sentiasa menanam niat perniagaannya sebagai satu perjuangan fisabillillah.

Berikut petikan perbualan bersama Afiq : Penulis : Bilakah minat terhadap bidang elektronik dan computer ini mula timbul? Afiq : Semenjak saya berumur 5 tahun permainan elektronik adalah kegemaran saya, namun saya bukan setakat main saja tapi saya akan ‘operate’ untuk lihat ‘isi’ di dalamnya. Sewaktu sekolah menengah computer yang dibeli oleh ayah untuk digunakan secara ‘normal’, tapi saya ‘operate’ juga. Penulis : Boleh ceritakan sedikit bagaimana Afiq mula mencebur diri dalam bidang perniagaan? Afiq : Saya bermula secara kecil-kecilan di rumah dengan menjadikan sebuah bilik sebagai woksyop untuk membaiki computer. Saya mengedarkan ‘flyers’ sebagai cara pemasaran. Saya juga berhubung dengan kedai-kedai servis computer untuk mendapatkan pelanggan. Saya mempunyai ‘advantage’ dari segi pembaikan computer kerana memiliki sebuah alat yang saya beli dari G ermany. Penulis : Ibu bapa Afiq ada membantu dari segi kewangan? Maklumlah, alat ini bukan murah kan? Afiq : Semuanya saya usahakan sendiri insyaallah. Saya mengumpul dari upah yang saya dapati membaiki computer secara keci-kecilan sehingga saya mampu

membeli alat ‘trouble shooter’ ini.Akhirnya saya bergabung dengan seorang rakan berbangsa cina dan kami membuka sebuah kedai di Johor Bahru. D an sebelum tamat pengajian D isember lepas saya telah menyewa sebuah kedai milik K operasi LBJ untuk dijadikan sebagai cawangan pertama Afiq Tech. Penulis : Saya kagum. Tentunya bukan jadi dengan mudah kan? Apa pengalaman yang sukar yang boleh Afiq ceritakan? Afiq : H mmm..kejayaan bukan datang bergolek. Tanpa kenderaan sendiri untuk memudahkan pergerakan saya terpaksa menggunakan public transport. Bayangkan membawa 3 laptop dan beberapa barang lain dari K L ke JB dengan menaiki bus. Bukan soal berat saja malah keselamatan juga. Begitu juga pada masa yang sama saya perlu melaksanakan tugas sebagai pelajar. D alam soal ini saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada para pensyarah dan waden yang memahami dan banyak membantu saya. Penulis : Rancangan masa depan Afiq? Maksud saya tentang perniagaan. Afiq : Insyaallah saya telah mengembangkan sayap dengan membuka Afiq Plantation di K elantan. Saya menanam durian belanda (atas

M

1

Page 3: Buletin April-Jun 2014

saranan ustaz rusdin) seluas satu ekar. D alam perancangan akan ditambah menjadi 10 ekar. Penulis : Bagus tu . Durian belanda memang mahal. Dan menanam bunga kantan juga mungkin satu idea yang baik. Afiq : Betul ye puan. Baiklah cadangan puan akan dipertimbangkan. Penulis : Terharu. Selain itu apa lagi visi Afiq? Afiq : Selain itu dalam tempoh untuk bermula adalahAfiq PETR OL STATION , Afiq D EVELOPM EN T ,Afiq G OLD " There is no F R AM ED step in business" because the picture always changing. Semua ini digabungkan di bawah Afiq G R OU P, Inc. In Sha ALLAH semua ini saya lakukan sebelum ke Alam seterusnya sebagai Jihad F i Sabi Lillah untuk saya tinggalkan. Terima K asih Politeknik N ilai memberi saya masa dengan perniagaan serta para pensyarah,

terutama Puan Zaiton Yusok dan U staz R usdin memberikan pertolongan yang sangat penting dan mebantu untuk saya keluar dan masuk kawasan kampus melebihi waktu, kerana ada masa selepas saya tamat waktu kuliah pada pukul 4, antara pukul 5 - hingga 6 petang dan adakalanya kerana kepenatan dan perlu rehat atau ada kerja pelajran perlu disiapkan saya bertolak pada malam kebiasaannya sebelum 12 malam utk saya bertolak ke johor, dan ada masa waktu pulang ke kampus tiba pada waktu pagi atau subuh. Penulis : Terima kasih afiq. Afiq : Terima kasih kembali puan. (Nota Penulis : Lebih membanggakan setakat ini Afiq tidak mengambil mana-mana sumber pinjaman dalam melaksanakan kelangsungan perniagaannya)

Pada 19 Dis 2013 PNS buat julung kalinya telah memeterai jalinan kolaborasi bersama dua buah syarikat Logistik ternama di Malaysia iaitu Premier Path Sdn Bhd dan DGM Support (M) Sdn Bhd.

Adalah disasarkan dengan adanya kolaborasi ini akan merapatkan hubungan PNS dengan pihak industry dalam berbagai bidang kerjasama seperti penasihatan kandungan pengajaran dan pembelajaran, latihan industry pelajar dan latihan staf.

Kedua-dua Pengarah Urusan bagi syarikat tersebut iaitu Datuk Mohd Shukor Bin Yusof (PremierPath System Sdn Bhd) dan En Wan Mustafa bin Wan Zakaria (DGM Support Sdn Bhd)telah hadir untuk menandatangani sendiri dokumen kolaborasi tersebut. Kolaborasi ini adalah khusus dalam bidang logistic yang diterajui oleh syarikat ini adalah dalam pengendalian Logistik barangan berbahaya dan berkeperluan khas.

2

Page 4: Buletin April-Jun 2014

20 Mac - 2 orang pensyarah yang terdiri pensyarah kursus ‘Port Operation and Management’ dan Ketua Program DLS serta 42 orang pelajar DLS semester 6 telah menghadiri program perkongsian ilmu bersama rakan kolaborasi Politeknik Nilai berkaitan ilmu ‘Port Operation and Management’. Objektif program ini adalah para pelajar dapat mengetahui pengurusan Port dan mengetahui prosedur dan dokumen pengurusan port. Rasional program ini adalah dapat memberi pendedahan sebenar tentang pengurusan port yang sebenar serta kebaikan program ini adalah pelajar mendapat pendedahan dan pengalaman tentang mengaplikasi teknologi terkini dalam industri. Penceramah bagi program ini adalah En. Halil Bin Ali yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan Port selama 15 tahun. Di samping perkongsian ilmu En. Halil juga berbesar hati untuk menilai mini projek bagi kursus tersebut. Terima kasih kepada Premear Path

Perkongsian ilmu bersama

3

Page 5: Buletin April-Jun 2014

11 Mac - Dalam meningkatkan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam ilmu logistik dan rangkaian

bekalan 2 orang pensyarah yang terdiri iaitu Pn. Norzianis Binti Rezali (Ketua Program DLS )dan Pn

Shamariza Binti Maarof serta 25 orang pelajar DLS telah mengadakan lawatan akademik ke Konsortium Logistik. Objektif lawatan ini adalah memberi pendedahan secara sebenar tentang fungsi operasi pengeluaran barang di

industri. Disamping itu juga para pelajar dapat meneroka dengan lebih luas proses pelbagai aktiviti di industri serta mengenalpasti pelbagai teknologi terkini di dalam aktiviti rangkaian bekalan. Kebaikan program ini adalah pelajar dapat mengaplikasi pengalaman mereka di dalam kelas dan para pelajar dapat melihat aktiviti-aktiviti sebenar berkenaan proses bahan mentah sehingga pengeluaran

barang siap dikilang yang dilawati. Terima kasih kepada Konsotium Logistik dan Noraini Cookies Sdn. Bhd kerana

sudi menerima kunjungan dari kami.

3

Page 6: Buletin April-Jun 2014

Lawatan ke

SASANA KIJANG, BANK NEGARA MALAYSIA

20 Mei - Seramai 46 orang pelajar terdiri

daripada pelajar DIB 5, DEC4 dan DIB4 telah

mengadakan lawatan ke Sasana Kijang, Bank

Negara Malaysia diiringi oleh Pensyarah

pengiring iaitu Encik Zul Aizat bin Hamdan.

Lawatan ini dapat memberi pengetahuan yang

lebih jelas berkaitan fungsi dan peranan Bank

Negara Malaysia dalam sistem ekonomi

Malaysia. Lawatan ini juga memberi

pengalaman kepada pelajar dan melihat sendiri

apa yang terdapat di dalam Sasana Kijang. Semasa lawatan tersebut pihak Bank Negara telah memberi

taklimat mengenai fungsi dan peranan Bank Negara dalam sistem ekonomi Malaysia. Pelajar juga diberi

peluang untuk menanyakan soalan dalam sesi soal jawab jika terdapat sebarang kemusykilan. Akhir

sekali pelajar dibawa melihat muzium dan galeri yang terdapat di Bank Negara yang mempamerkan

semua aktiviti yang berkaitan dengan Bank Negara. Sesungguhnya lawatan yang dilakukan telah

mendedahkan pelajar kepada perjalanan sebenar Bank Negara.

Lawatan Ke Perbadanan INSURANS DAN DEPOSIT

MALAYSIA (PIDM)

19 Mei - Seramai 46 orang pelajar terdiri daripada pelajar DIB 5, DEC4 dan DIB 4 telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Insurans dan Deposit Malaysia (PIDM) diiringi oleh Pensyarah pengiring iaitu Encik Zul Aizat bin Hamdan. Lawatan ini mengambil masa selama sehari bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang Objektif lawatan adalah untuk memberi pengetahuan yang lebih jelas berkaitan peranan PIDM dan juga menyuntik inspirasi kepada pelajar Diploma Perbankan Islam dan Kewangan untuk menceburkan diri dalam insurans dan takaful. Semasa lawatan tersebut pelajar telah diberi penerangan mengenai peranan PIDM, insurans deposit, perlindungan takaful dan manfaat dan juga kesedaran orang awam mengenai fungsi dan aktiviti yang terlibat dalam PIDM. Semoga lawatan yang dilakukan dapat memberi manfaat kepada pelajar mengenai industri insurans dan takaful.

4

Page 7: Buletin April-Jun 2014

SEMESTER PENDEK SESI

MEI 2014 19 April - 28 Mei -Program DIB telah melaksanakan pengajian semester

pendek bagi pelajar DIB 5 seramai 40 orang. Semester pendek ini disertai oleh

3 orang pelajar DEC4 dan seorang pelajar DIB4. Kursus yang ditawarkan bagi

pengajian semester pendek ini terdiri daripada 2 iaitu Kursus AS 208 Usul

Fiqh dan PA 305 AKPK’s Personal Financial Management. Kursus Usul Fiqh

di ambil oleh pelajar DIB 5 dan DIB4 manakala kursus AKPK diambil oleh

semua pelajar. Kursus Usul Fiqh dikendalikan oleh Ustaz Khairi daripada JPAM

sebagai penyelaras dan dibantu oleh Cik Fakilah Anurul dan En Mohd

Harifadilah (pelatih USIM). Manakala bagi AKPK terdapat beberapa pensyarah

yang terlibat iaitu En Zul Aizat sebagai penyelaras dan dibantu oleh Pn Lilis

Seri yana Sirun, Pn Suraya Warif, En Mohd Noor Baihaqi Mokhtar, En Othman

Jamilan dan En Mohd Afifi Sarip. Sepanjang semester pendek dijalankan,

pelajar menghadiri kelas seperti jadual waktu yang ditetapkan. Pelajar juga

akan mengambil semua penilaian seperti terkandung dalam silibus. Semua

aktiviti berjalan lancar. Terima Kasih kepada pensyarah terlibat

5

Page 8: Buletin April-Jun 2014

15 Mei - Bermula jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Taman Rekreasi Ulu Bendul, Negeri

Sembilan,seramai 45 orang pelajar DIB 5, DIB 4 dan DEC 4 telah melalui satu program realiti yang

dinamakan AKPK Challenge. Program ini mempunyai perkaitan dengan kursus yang di ambil oleh pelajar

pada semester pendek iaitu AKPK’s Personal Financial Management. Pengetahuan mengenai

pengurusan kewangan yang cekap sangatlah diperlukan bagi pelajar untuk kegunaan di masa hadapan.

Daripada pembelajaran teori yang dikongsi oleh pengajar dan

pelajar di dalam kelas, telah dan dilaksanakan dalamprogram

AKPK Challenge 2014. Tiga tugasan yang diberikan

merangkumi “Getting Smart With Your Planning”,

“Getting Smart With Your Money”, dan “Getting Smart in

Your Work”. Kesemua pelajar AKPK semester pendek ini

adalah peserta bagi program ini. Objektif program ini

adalah untuk meningkatkan kesedaran berkaitan

pengurusan kewangan, menjana kemahiran dalam perbelanjaan harian, melahirkan

rasa tanggungjawab dalam diri peserta, memahami kepentingan masa dalam kehidupan dan menyuntik

semangat tolong-menolong sesama manusia. Program ini telah dapat dilaksanakan dengan lancar

dengan sokongan pensyarah yang terdiri daripada Pn Noorazian Ismail, Cik Fakilah Anurul, En Harifadilah

dan En Mohd Afifi Mohd Sarib.

.

26 Jun - Satu Program Motivasi bertajuk ‘Meniti Tangga Kejayaan dan Kecemerlangan’ anjuran Jabatan perdagangan telah di adakan di Dewan Kuliah Utama Politeknik Nilai, melibatkan seramai 80 orang pelajar dari program DEC, DLS dan DIB yang mendapat keputusan PNM kurang daripada 2.50. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Perdagangan iaitu Pn Rokiah Binti Omar manakala ceramah motivasi pula telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Hj. Mohd Yunus Bin Hj. Abdullah. Program ini bertujuan untuk memupuk dan membudayakan nilai-nilai positif dalam pembelajaran di kalangan pelajar secara berterusan ke arah peningkatan pencapaian akademik pelajar. Diharapkan agar program motivasi seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan program ini

6

Page 9: Buletin April-Jun 2014

Selamat Datang

Ketua Jabatan Perdagangan

Pn Rokiah Omar

Staf Baru

Pn. Sofiah Sobi Cik Fakilah Anurul Mohd Azli Navamohan

Pn. Siti Noorain Awaluddin Pn. Siti Muyassarah Abdul Nasir

Pn. Noor Aini Moharad Pn. Siti Raudhah Aziz Pn. Suzanah Ithnain

Cik Nor Anika Shamimi Shamsudin

Semoga Jabatan Perdagangan Semakin Bersinar

7

Page 10: Buletin April-Jun 2014

Terima Kasih

Pn Quyrul Zeta Ishak (mantan KJP)

&

Staf JP

Dr Siti Junaidah M Mujir

Pn Yusrita Yusoep Pn Zaiton Yusok

Pn Sarrunnida Ahmad Zaine

Pelajar LI - En Harifadilah

Jasa mu amat dihargai

8