201301230712_hbef2703 tugasan 1 jan2013 (1)

Upload: lan

Post on 03-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 201301230712_HBEF2703 TUGASAN 1 Jan2013 (1)

    1/3

    TUGASAN 1

    ___________________________________________________________________________

    KOD KURSUS : HBEF2703

    TAJUK KURSUS : KO-KURIKULUMSEMESTER : JANUARI 2013

    ___________________________________________________________________________

    SOALAN TUGASAN

    Secara amnya, semua sekolah di negara ini telah menubuhkan persatuan atau kelab. Para

    pelajar seharusnya didedahkan dengan pelbagai aktiviti di luar kegiatan sekolah atau

    kokurikulum melalui persatuan atau kelab berdaftar yang dianggotai oleh mereka. Terdapat

    pelbagai persatuan yang diadakan di sekolah seperti Kelab Silat, Kelab Bahasa dan Sastera,

    Kelab Fotografi, Kelab Catur, Kelab Bahas, Kelab Lukisan dan Seni Halus. Antara tujuan

    persatuan atau kelab dibentuk adalah untuk mencungkil bakat-bakat pelajar baru yang

    mengambil alih jawatan yang sebelumnya dipegang oleh pelajar senior untuk meneruskanamanah yang diberikan agar warisan sekolah tidak lupus dan terus melangkah ke hadapan.

    Tujuan ini dapat dilaksanakan melalui penganjuran pertandingan, menghadiri majlis, lawatan

    dan sebagainya.

    Sebagai guru, anda mempunyai tanggungjawab penting untuk memastikan bahawa kegiatan

    persatuan atau kelab dilaksanakan dengan baik dan memanfaatkan aktiviti-aktiviti yang

    dirancang demi membentuk pelajar yang seimbang dan potensi pelajar dapat diketengahkan

    melalui persatuan atau kelab yang aktif.

    Berdasarkan senario ini anda dikehendaki mengadakan SATU pertandingan di kalangan ahli

    persatuan atau kelab anda. Anda juga boleh mengadakan pertandingan di antara kelas sekolah

    anda.

    1

  • 7/29/2019 201301230712_HBEF2703 TUGASAN 1 Jan2013 (1)

    2/3

    Anda perlu menyediakan sebuah e-portfolio (sekurang-kurangnya 15 halaman) bagi

    memuatkan pelaksanaan pertandingan persatuan atau kelab yang anda pilih untuk satu

    penggal persekolahan (20 minggu).

    Portfolio anda perlu merangkumi aspek-aspek berikut:

    Latar belakang persatuan atau kelab.

    Persediaan sebelum pertandingan.

    Pelaksanaan sebenar pertandingan dan post-mortem.

    Refleksi jurnal selepas pertandingan.

    Bahan-bahan dalam e-portfolio boleh merangkumi bahan-bahan bercetak, rakaman audio-

    visual, gambar-gambar foto dan lain-lain bahan yang bersesuaian.

    PANDUAN TINDAKAN

    Tugasan ini boleh disiapkan dengan melakukan EMPAT aktiviti terancang berkaitan

    persatuan atau kelab yang diberikan seperti berikut:

    Aktiviti 1: Pencarian maklumat

    Aktiviti 2: Persediaan sebelum pertandingan

    Aktiviti 3: Pelaksanaan sebenar pertandingan

    Aktiviti 4: Jurnal Reflektif

    Peringatan: Anda diingatkan melibatkan diri secara aktif dalam forum kerana 10 markah

    akan diberikan sekiranya anda aktif. Sila ambil peluang keemasan ini untuk meningkatkan

    markah anda.

    2

  • 7/29/2019 201301230712_HBEF2703 TUGASAN 1 Jan2013 (1)

    3/3

    3