17597613-teori-pemusatan-insan

Upload: alieyshah

Post on 08-Apr-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    1/22

    Teori Pemusatan Insan

    1.0 Pengenalan

    Teori Pemusatan Insan disebut juga sebagai teori konsep kendiri atau teori

    fenomenologi yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan (humanistic), gestalt

    dan kewujudan. Ia diasaskan oleh Carl Ransom Rogers di dalam tahun 40an yang

    menamakannya kaunseling bukan-arahan atau kaunseling pusatan-klien. Ia mencabar

    pendekatan-pendekatan pusatan-kaunselor dan kaunseling arahan yang mengandaikan

    bahawa kaunselor itu dalam semua hal dan berkeupayaan membantu kliennya di dalam

    semua bidang.

    Ia mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat, saranan,

    arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh kaunselor. Cabaran

    ini dilakukan oleh Rogers semata-mata kerana kepercayaan dan keyakinannya bahawa

    manusia itu memang baik, memang boleh dipercayai, dan memang mempunyai

    keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka sendiri serta menyelesaikan

    masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa campur tangan secara langsung oleh

    kaunselor. Ia berpendirian bahawa manusia itu boleh menuju ke arah penentuan kendiri,

    jika mereka dibawa terlibat di dalam perhubungan kaunseling atau terapi. Baginya sifat-

    sifat peribadi dan sikap kaunselor serta hubungan antara klien dengan kaunselor itu

    adalah merupakan dua faktor utama bagi kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa

    memerlukan arahan-arahan yang langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan

    sebelum dan selepasnya. Kerana itulah tatacara dan teknik tidak penting baginya.

    Melalui penglibatannya yang meluas di dalam kaunseling dan psikoterapi

    individu, Rogers telah mengemukakan teori dan pendekatannya yang dinamakan terapi

    1

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    2/22

    Teori Pemusatan Insan

    pusatan-klien di dalam tahun 1951. Teori ini terus diperbaikinya dan hasilnya diterbitkan

    di dalam tahun 1962.

    Teori dan pendekatan yang dikemukakan oleh Rogers ini mencetuskan minat yang

    mendalam di kalangan para pendidik yang menekankan pengajaran pemusatan pelajar. Di

    samping itu, Rogers juga telah mencuba teorinya untuk digunakan dengan kelompok-

    kelompok, dan juga dalam kaunseling keluarga pada tahun 1970 dan 1972. Sejak

    kebelakangan ini seolah-olah sudah muncul minat untuk menerapkan teorinya di dalam

    bidang perhubungan antarabangsa dan politik.

    2.0 Latar Belakang Tokoh

    Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois

    Chicago. Rogers merupakan anak ke-empat dari enam orang adik beradik. Ayahnya

    merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibubapanya sangat kuat

    berpegang kepada agama. Rogers mempunyai adik beradik seramai enam orang dan lima

    daripada mereka adalah lelaki. Hubungan mereka adik beradik sangatlah rapat. Rogers

    amat rapat dengan ibunya berbanding ayahnya.

    Semasa kecil Rogers adalah seorang murid yang cerdik dan pintar. Walaupun

    dilahirkan dalam keluarga yang ramai, Rogers merupakan seorang pelajar yang suka

    mengasingkan diri dan pendiam di sekolah. Beliau sangat sensitif orangnya.

    Rogers telah memasuki Universiti Wisconsin dan memperolehi pencapaian di

    dalam bidang akademik yang sangat baik. Di universiti itu beliau mengambil bahagian

    dalam pelbagai aktiviti, termasuk rombongan ke negeri China sebagai perwakilan dalam

    2

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    3/22

    Teori Pemusatan Insan

    World Student Christian Federation Conference. Beliau mendapat Ijazah pertamanya

    dalam bidang Sejarah pada tahun 1924. Beliau menerima Ijazah kedoktorannya pada

    tahun 1931.

    Pada tahun 1928, sebelum menerima ijazah kedoktorannya, beliau mula bekerja di

    Rochester New York, terutamanya dengan kanak-kanak dan remaja yang bermasalah

    yang dirujuk oleh mahkamah dan agensi-agensi kepada Child Study Department of the

    Society for the Prevention of Cruelty to Children. Kemudian beliau dilantik menjadi

    pengarah kepada Rochester Guidance Center. Pada tahun 1940 dia menjadi professor di

    Ohio State University. Di antara tahun 1945 sehingga 1957 beliau terlibat secara

    langsung dengan Counseling Center di University Of Chicago. Rogers kemudian

    berpindah ke University Of Wisconsin. Pada tahun 1964 beliau menyertai Western

    Behavioral Science Institute sebagai resident fellow. Dari tahun 1968 sehingga beliau

    meninggal dunia, Rogers menjadi resident fellow di Center for studies di La Jolla,

    California. Rogers telah menulis beberapa buah buku antara lain buku-buku yang

    ditulisnya ialah Counseling and Psychotherapy (1942), Client-centered Therapy (1951),

    On Becoming a Person (1961), Carls Rogers On Encounter Groups (1970).

    Rogers banyak menerima penghormatan di sepanjang hidupnya. Beliau

    merupakan orang pertama menjadi pengerusi kepada American Association for Applied

    Psychology . Beliau bertugas sebagai pengerusi American Psychocogical Association

    (APA) dari tahun 1946 1947 . Rogers meninggal dunia di La Jolla, California pada 4

    Februari 1987 ketika berusia 85 tahun selepas menjalani pembedahan tulang punggung

    yang patah akibat satu kemalangan.

    3

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    4/22

    Teori Pemusatan Insan

    3.0 Pandangan Terapi Terhadap Kejadian Manusia

    Menurut Amir Awang (1987), Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup

    teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara positif

    dan membina jika wujud perasaan percaya mempercayai, hormat menghormati yang

    boleh dirasai dan dialami. Rogers menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu

    tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya.

    Ia menolak anggapan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar,

    didera, diberi ganjaran, dikawal dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa

    manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai kecenderungan dan keupayaan

    semulajadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri,

    andainya wujud keadaan-keadaan yang sesuai.

    Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan

    membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia

    boleh membuat keputusan sendiri yang membawa keoada kebebasan dan berdikari. Sifat-

    sifat yang ada pada manusia adalah seperti membina, bekerjasama, boleh dipercayai,

    bersifat realistik dan sanggup bersosial. Perasaan-perasaan negatif yang terdapat pada

    manusia seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian keperluan seperti kasih

    sayang, keselamatan dan penerimaan.

    Andaian-andaian teori ini terhadap manusia adalah seperti :

    1. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita

    dengan orang-orang lain.

    4

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    5/22

    Teori Pemusatan Insan

    2. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep

    kendirinya.

    3. Masalah-masalah yang berlaku kerana timbul atau wujudnya antara konsep

    kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu.

    4. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia

    untuk berkongsi masalahnya.

    Menurut Suradi Salim (1996), manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan

    mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang

    boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau akan

    berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan berjaya.

    Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya menentukan tingkah

    lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau disediakan dengan persekitaran

    yang menggalakkan, manusia akan berkembang dengan yakin ke arah nirwana kendiri

    menjadi apa sahaja yang dia inginkan. Jika manusia tidak menerima kasih sayang dan

    sokongan orang yang penting baginya, kemungkinan besar manusia menganggap dirinya

    tidak berharga dan menganggap orang lain tidak boleh dipercayai, serta mereka akan

    bersikap mempertahankan diri dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang.

    Persepsi seseorang tentang diri dan persekitaranya merupakan realiti baginya.

    Bagi Rogers, untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif dan

    membina, mestilah wujud tiga suasana atau keadaan, iaitu;

    1. Kejujuran, keikhlasan da kebenaran

    2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat

    5

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    6/22

    Teori Pemusatan Insan

    3. Kefahaman yang mendalam

    Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam hubungannya

    dengan kaunselor, ia juga akan mula menghayati sifat-sifat dan ciri-ciri ini dan seterusnya

    lebih bersedia untuk menerima pengalaman-pengalaman yang dilaluinya.

    4.0 Matlamat Terapi

    Matlamat yang ingin dicapai di dalam kaunseling / Terapi Pemusatan Insan ini

    bukanlah sekadar menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dialami pada masa itu,

    tetapi apa yang lebih diutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan besepadu bagi

    diri seseorang individu itu.

    Tujuan kaunseling adalah untuk membantu klien di dalam proses

    perkembangannya, agar ia dapat menghadapi dan mengatasi masalah masa kini dan

    masalah-masalah di masa hadapan.

    Dengan berasaskan kepada matlamat yang ingin dicapai, maka klien haruslah

    bersedia untuk memisahkan dirinya daripada apa yang selama ini telah sebati dengan

    dirinya bagi membolehkan dirinya berhadapan dengan realiti. Menurut Amir Awang

    (1987), terdapat beberapa perkara yang dapat diperhatikan dan dirasai oleh klien itu

    sendiri untuk mencapai maksud yang ingin dituju di dalam kaunseling :

    i) Klien bersedia menerima, merasai dan mengalami realiti yang sebenar, tanpa

    mengherot-berotkannya untuk disesuaikan dengan struktur kendiri seseorang itu.

    Klien tidak lagi bimbang atau takut untuk berhadapan dengan realiti. Ia sedia

    6

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    7/22

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    8/22

    Teori Pemusatan Insan

    5.0 Teknik Pemusatan Insan

    Menurut Hansen, Stevic & Warner (1986), Kaunseling Pemusatan Insan

    mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang

    dan mencapai atau menuju ke arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan satu-

    satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman

    klien untuk menuju ke arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan

    diri, memerlukan kemesraan, dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai

    kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi.

    Menurut Gelso & Carter (1985), hubungan kaunselor dengan klien dilihat sebagai

    ramuan yang penting di dalam psikoterapi. Dalam perhubungan kaunseling, komunikasi

    difokuskan kepada individu yang mengalami masalah. Rogers (1986) menyarankan tiga

    suasana yang fasilatatif iaitu :

    i. Ketulenan sebenar atau kongruen

    ii. Penerimaan, mengambil berat dan bersangka baik

    iii. Mempunyai kefahaman empati

    Kajian yang telah dibuat menunjukkan kaunseling pemusatan insan yang dicadangkan

    oleh Rogers adalah sesuai untuk menggalakkan peningkatan penyesuaian psikologikal

    pada diri klien. Melalui kaunseling pemusatan insan, klien telah meningkatkan

    penghargaan kendiri. Menurut Carkhuff dan Berenson (1967), kajian-kajian telah

    mengesahkan kepentingan sumbangan empati, penghormatan dan ketulenan dalam proses

    kaunseling. Brammer dan Shostrom (1982), satu ciri utama yang membezakan kaunseling

    8

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    9/22

    Teori Pemusatan Insan

    pemusatan insan dengan pendekatan lain ialah meningkatnya tahap tanggungjawab pada

    diri klien berbanding dengan yang dijangkakan oleh kaunselor.

    Amir Awang (1987), menjelaskan bahawa Rogers telah mengemukakan beberapa

    sifat yang terdapat di dalam teori ini. Antaranya ialah teori ini dianggap sebagai fleksibel

    dan sedia menerima perubahan dari semasa ke semasa. Ia memberi fokus kepada

    keupayaan klien serta tanggungjawabnya untuk mencari jalan bagi menghadapi

    kenyataan, dan seterusnya menghasilkan tingkahlaku yang sesuai dengan realiti.

    Pendekatan teori ini memberi tumpuan utama kepada dunia fenomenologi klien sendiri.

    Ini bermaksud setiap klien melihat kenyataan atau realiti menurut kaca mata dan

    teropongnya sendiri. Manakala kaunselor harus bersedia untuk menerima persepsi

    subjektif ini dan harus bersedia merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh

    klien melalui proses empati. Kaunselor juga harus mengelak dari mencemuh,

    menyangkal, mengkritik atau sebagainya.

    Pendekatan teori ini boleh digunakan dengan semua jenis klien iaitu normal,

    neurotik dan psikotik. Melalui hubungan yang dibina oleh kaunselor bersama klien yang

    kongruen, menerima kliennya tanpa syarat dan mempunyai keupayaan untuk berempati,

    klien dengan sendirinya akan menemui dirinya sendiri melalui proses kaunseling. Dengan

    menggunakan teori ini kaunselor hendaklah ikhlas, jujur, mesra dan bersedia menerima

    kliennya, serta mempunyai kebolehan untuk berempati secara tepat. Dengan sifat dan

    kebolehan ini, klien bolehlah diajak untuk memberi fokus kepada apa yang dirasai dan

    dialaminya masa kini dan pada ketika itu.

    Sebagai suatu teori yang menekankan usaha bersama di antara kaunselor dan

    klien untuk membolehkan klien berkembang, kaunselor dan klien terlibat secara langsung

    9

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    10/22

    Teori Pemusatan Insan

    di dalam proses berkembang untuk menuju ke arah matlamat, manakala kuasa dan

    kawalan tidak dipegang oleh kaunselor. Malah klienlah yang memilikinya, dan klien juga

    yang menentukan bagaimana ia hendak menggunakan kuasa dan kawalan ini bagi

    mengembangkan dirinya.(Rogers, 1977).

    Antara teknik-teknik teori Pemusatan Insan ialah :

    5.1 Penerimaan Tanpa Syarat

    Teknik ini menekankan supaya kaunselor mempunyai sikap menerima klien tanpa

    syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama ada

    baik atau jahat. Dalam ertikata lain, kaunselor haruslah bersedia menerima

    kliennya tanpa mengenakan apa-apa syarat ke atasnya. Ia harus bersedia

    menerima kliennya tanpa prasangka atau sebarang penilaian. Kaunselor juga

    haruslah juga sering berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada kliennya

    yang ia sedia menerima kliennya, agar kliennya rasa senang terhadapnya lantas

    memuji, menyanjung atau menghargai kesediaanya menerima klien. Sikap ikatan

    dua hala ini (double binding) hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada

    udang disebalik batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, klien akan dapat

    merasa ketulenan kaunselor tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya

    persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan

    personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.

    10

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    11/22

    Teori Pemusatan Insan

    5.2 Empati

    Sifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan

    orang lain dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut

    pandangannya, iaitu cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien.

    Di dalam teknik ini memerlukan kaunselor mempunyai kefahaman empati

    yang tepat. Klien yang datang bersamanya membawa dunia subjektifnya, yang

    tentu berbeza daripada dunia subjektif kaunselor itu sendiri. Dari huraian klien,

    baik melalui bahasa mahupun melalui gerak-geri tubuh badannya, kaunselor

    haruslah berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat merasai,

    mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam

    objektifnya dari realiti yang sebenar.

    5.3 Ketulenan

    Sifat jujur, ikhlas dan tulen harus ada pada kaunselor yang menggunakan

    teknik ini. Ketulenan adalah kebolehan untuk menjadi sejati dan benar dengan

    orang lain. Kaunselor tidak sepatutnya menyelewengkan komunikasi,

    menyembunyikan motif atau bertindak dengan agenda yang tersembunyi,

    berpura-pura dan mengelak.

    Kaunselor haruslah bersikap terbuka dengan klienya. Ia tidak tersekat-sekat atau

    teragak-agak untuk menyampaikan apa jua yang dirasainya, baik yang positif mahupun

    negatif. Dengan yang demikian ia dapat menjadi sebagai contoh atau model kepada

    11

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    12/22

    Teori Pemusatan Insan

    kliennya untuk juga bersifat terbuka, jujur dan ikhlas di dalam menyatakan perasaan dan

    pengalamannya.

    5.4 Aktif Mendengar dan berfikir

    Mendengar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi kaunseling.

    Tumpuan yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan kepada apa yang

    klien cakap samada secara lisan atau bukan lisan. Tumpuan atau perhatian

    merupakan prasyarat terhadap membantu. Pendengar yang aktif akan memberi

    maklum balas tentang apa yang dicakapkan menggunakan perkataannya sendiri

    untuk tiga sebab iaitu ;

    a. ia akan memastikan ia betul-betul faham apa yang dicakapkan oleh kliennya

    b. ia akan memastikan ia betul-betul telah mendengar

    c. ia akan membantu klien membuat pendedahan kendiri

    Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor

    sedang mendengar dan menggalakkan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh

    membantu untuk merangka suatu ketetapan yang lebih memuaskan. Menurut Mc

    Kay, Davis dan Fanning (1983) menyatakan bahawa mendengar dengan aktif

    memerlukan kaunselor bekerjasama di dalam proses berkomunikasi. Ini

    termasuklah parafrasa, menjelaskan dan maklum balas.

    5.4.1 Parafrasa

    Parafrasa bermaksud mengatakan dengan perkataan sendiri apa yang telah

    dikatakan oleh klien seperti;

    12

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    13/22

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    14/22

    Teori Pemusatan Insan

    menjadi satu dilema untuk menjadi kongruen kerana ia kadangkala

    bercanggah dengan sikap tidak menghukum.

    5.6 Mendengar untuk merasa

    Interaksi yang berkesan melibatkan pemahaman yang mendalam terhadap

    dunia seseorang dan menyatakan kefahaman itu kepada klien. Melalui

    pendengaran dan tindakan yang tepat, halangan yang merintangi

    persefahaman dua hala boleh dihindari. Dinkmeyer & Losoney, 1980,

    mengenalpasti dan menyatakan perasaan dalam sesuatu mesej boleh dirangka

    dalam bentuk;

    perasaan kamu sekarang

    jika apa yang saya dengar ini betul

    5.7 Mendengar dengan empati

    Mendengar dengan empati bermaksud kaunselor menyedari bahawa walaupun

    sesuatu perkara amat berat tetapi kaunselor perlu juga membantunya.

    Kaunselor perlu bertanya diri sendiri bagaimana kepercayaan dan keputusan

    walau pun ia mungkin gagal tetapi boleh mengurangkan kerisauan klien.

    14

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    15/22

    Teori Pemusatan Insan

    5.8 Menghormati

    Menghormati adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaan

    tentang keunikan orang lain, toleransi terhadap perbezaan atau kelainan,

    kemahuan dan keinginan untuk berinteraksi dengan orang lain secara sama

    rata.

    5.9 Penerimaan yang mesra

    Teknik ini merupakan keupayaan untuk bersifat terbuka, peramah dan

    menerima menggunakan komunikasi bukan lisan yang boleh menyampaikan

    isyarat-isyarat kongruen, keterbukaan dan kesudian untuk mendengar.

    5.10 Konfrontasi

    Konfrontasi merupakan keupayaan untuk memberitahu seseorang individu itu

    tentang perselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap dirinya sendiri,

    dengan cara yang tidak agresif, tidak menghakimi, tidak kritikal atau tidak

    defensif (mempertahankan diri). Ia bertujuan untuk menyedarkan individu

    tersebut sama ada tingkah lakunya menggalakkan atau menghalang

    perhubungan interpersonalnya.

    15

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    16/22

    Teori Pemusatan Insan

    5.0 Peranan Kaunselor

    Dengan adanya sikap dan kebolehan berempati, kaunselor haruslah berperanan

    seperti yang dijelaskan oleh Corey (1996);

    a. Kaunselor berfungsi sebagai fasilitator bagi perkembangan seseorang klien.

    Kaunselor haruslah mewujudkan suasana teraputik iaitu mewujudkan suasana

    yang tenang, selesa dan sesuai agar dapat menggalakkan klien mengalami

    suatu rasa bebas untuk meneroka dan mengalami cabang-cabang hidup yang

    disangkalnya. Oleh itu klien dapat dibantu supaya tidak bersifat defensif.

    Kaunselor harus menganggap klien sama taraf dengan kaunselor dan berusaha

    mengenali masalahnya.

    b. Kaunselor perlu mewujudkan suasana iaitu kaunselor harus berada dalam

    keadaan kongruen dan klien berada dalam keadaan tidak kongruen. Kaunselor

    bersedia menerima tanpa syarat, prasangka dan tidak beranggapan buruk

    terhadap klien. Kaunselor harus berempati bagi merasai dan mengalami apa

    yang dirasai dan dialami oleh klien.

    c. Kaunselor haruslah memperlihatkan kepada kliennya yang ia dianggap

    sebagai sama taraf dengan dirinya dan secara bersama mereka akan berusaha

    untuk mengenali masalah klien dan mengatasinya.

    d. Kaunselor tidak akan mendiagnos masalah klien. Ia hanya menjadi sebagai

    cermin yang akan membantu klien melihat dirinya dan masalahnya dengan

    jelas.

    16

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    17/22

    Teori Pemusatan Insan

    Untuk mempastikan tercapainya perkara-perkara yang disebutkan di atas, haruslah

    wujud:

    a. pertemuan, baik secara langsung atau tidak langsung, di antara kaunselor

    dengan klien

    b. kaunselor haruslah di dalam kongruen, dan klien pula berada di dalam

    keadaan tidak kongruen

    c. Kaunselor bersedia menerima kliennya tanpa syarat, tanpa sebarang prasangka

    dan anggapan

    d. Kaunselor boleh berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai dan

    dialami oleh klien

    e. Kaunselor haruslah bersifat jujur, ikhlas dan terbuka

    f. Klien pula haruslah dapat melihat dan merasai, tak banyak sedikit, sifat-sifat

    dan kebolehan-kebolehan di atas yang ada pada kaunselor

    6.0 Peranan Klien

    Untuk sesuatu sesi kaunseling itu mencapai kejayaan, klien juga tidak terlepas

    memainkan peranannya; antara peranan-peranan klien adalah seperti:

    a. Klien haruslah memutuskan bahawa dia memerlukan khidmat kaunseling dan

    datang secara sukarela dan bukan atas dasar paksaan atau disuruh oleh orang

    lain

    b. Pada awalnya, klien menghadapi kebimbangan, percanggahan perasaan dan

    fikiran

    17

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    18/22

    Teori Pemusatan Insan

    c. Klien harus merasa bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan

    dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan klien

    d. Klien merasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah diri

    e. Klien akan cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan klien sendiri

    f. Klien akan menentukan pilihan dan tindakannya sendiri. Kaunselor hanya

    bertindak membantu klien dalam membuat pilihan

    g. Klien berupaya dan bersedia untuk berubah

    h. Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru

    7.0 Aplikasi teori dalam bidang kaunseling

    Teori ini sangat sesuai digunakan di dalam seting sekolah kerana ia

    menekankan kaedah pengajaran pemusatan pelajar. Ini bersesuaian kerana teknik-

    teknik dan tatacara-tatacara yang digunakan adalah berbentuk nasihat, saranan,

    pujukan dan pengajaran adalah sesuai untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah

    rendah dan menengah. Teori ini juga sangat berkesan dalam mengubah tingkah

    laku pelajar.

    8.0 Kekuatan Terapi

    Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai ialah

    membina individu agar dapat berkembang dengan sihat. Oleh itu antara kekuatan teori ini

    menurut mereka ialah :

    18

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    19/22

    Teori Pemusatan Insan

    a. menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klien

    b. Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran

    kaunselor merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi mewujudkan

    perhubungan

    c. Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan

    dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri

    9.0 Limitasi Teori

    Seperti teori-teori yang lain, terapi pemusatan insan ini juga mempunyai kekurangan dan

    kelemahannya. Antara lain ialah ;

    a. Terapi ini tidak mempunyai satu set teknik atau tatacara yang tertentu yang

    terdapat di dalam setengah-setengah psikoterapi.

    b. Terapi ini kurang menyediakan panduan tentang cara mewujudkan hubungan

    kaunselor dengan klien

    c. Kebanyakkan konsep di dalam terapi ini tidak dapat dibuktikan dan diukur

    dengan mudah. Ianya terlalu abstrak.

    19

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    20/22

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    21/22

    Teori Pemusatan Insan

    untuk melahirkan isi hatinya dengan tenang dan teratur. Ini sudah tentu boleh

    menghasilkan kesimpulan-kesimpulan yang juga tidak tepat.

    Tanpa sedikit sebanyak panduan, arahan, manipulasi proses kaunseling akan

    memakan masa yang amat panjang. Biar apa sekalipun kelemahan-kelemahan yang

    terdapat di dalam teori ini, satu hal yang tidak dapat dinafikan ialah teori ini amat

    memudahkan klien untuk meluahkan isi hatinya, kerana melalui perhubungan yang mesra

    di antara kaunselor dan klien, klien begitu yakin yang kaunselor merupakan orang yang

    boleh diharap dan memang bertanggungjawab serta bersunguh-sungguh akan berusaha

    menolongnya.

    21

  • 8/7/2019 17597613-Teori-Pemusatan-Insan

    22/22

    Teori Pemusatan Insan

    Bibliografi :

    1. Sapora Sipon & Wan Anor Wan Sulaiman (2002), Pengantar Kaunseling. Kuala

    Lumpur. Prentice Hall

    2. Amir Awang (1987), Teori Dan Amalan Psikoterapi, Pulau Pinang. Universiti

    Sains Malaysia.

    3. Jess Feist & Grehory J.Feist (1998), Theories Of Personality Fourth Edition,

    United States Of America . McGraw-Hill Companies.