kaunseling pemusatan insan

Upload: izzatun-nuhyah

Post on 10-Jul-2015

970 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

UNIT 3 BAB 6

BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSANPENGENALANBab ini akan memperkenalkan Teori Pemusatan Insan yang dipelopori oleh Carl Rogers. Kaunseling pemusatan insan adalah satu pendekatan untuk membantu individu atau kumpulan berasaskan kepada falsafah bahawa pertumbuhan psikologikal akan berlaku sekiranya individu atau kumpulan itu mendapat layanan yang dirasakan jujur, mesra dan empati. Menaruh sepenuh kepercayaan kepada kaunselor adalah asas bagi kaunseling pemusatan insan. Rogers percaya bahawa setiap manusia mempunyai kecenderungan ingin memenuhi potensi yang ada pada dirinya sendiri (to self-actualise). Dengan itu, setiap manusia akan bertindak dan bergerak maju ke hadapan untuk memenuhi kecenderungan ini. Anda akan mendapati teori ini lebih bermakna sekiranya konsep-konsep penting seperti kongruen, penerimaan positif tanpa syarat, empati, fenomenologi dan lain-lain, difahami dengan betul.

OBJEKTIFDi akhir bab ini, anda seharusnya dapat: 1. mengenali sejarah hidup Carl Rogers dan teori personalitinya; 2. mengenalpasti proses kaunseling mengikut pendekatan teori kaunseling pemusatan insan; 3. mengenalpasti beberapa strategi untuk membantu klien; dan 4. memahami konsep-konsep penting yang terdapat dalam teori kaunseling pemusatan insan.

6.1 PENGENALAN UMUMSejarah Hidup Carl Rogers, pelopor kepada Teori Pemusatan Insan, dilahirkan pada 8hb. Januari 1902, di Oak Park, Illinois, dan meninggal dunia pada 1987. Dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisiplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi, Rogers mula belajar di University of Wisconsin dalam bidang pertanian, tetapi dua tahun kemudian dia menukar pengajiannya kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary di New York. Walau bagaimanapun, Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan.

132

OUM

UNIT 3 BAB 6

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.1: Carl Rogers (1902-1987)

Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia University dan mendapat Ph.D pada tahun 1928. Semasa di Columbia lagi, Rogers sudah cuba mengharmonikan idea-idea yang bertentangan seperti fahaman wawasan Freudian dengan kaedah statistik saintifik, dan seterusnya fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati (intuition) dengan objektif dan klinikal dengan statistik. Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf Pengarah di Child Study, Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York, Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State University (1940-1943), Profesor Psikologi dan Pengarah Kaunseling di University of Chicago (1945-1957), Profesor Psikologi dan Psikiatri di University of Wisconsin (1957-1963), Pengarah di Western Behavioral Sciences Institute (19631968), dan Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 - 1987).

6.1.1

Teori Personaliti (Pandangan Terhadap Manusia)

Asas kejadian manusia bersifat positif. Arah pergerakan manusia lebih kepada kesempurnaan kendiri (self-actualisation), kemantapan dan bersosialisasi. Rogers tidak begitu bersetuju dengan pandangan ini, terutamanya, agama Kristian yang menganggap manusia umumnya cenderung membuat dosa. Begitu juga dengan Freud yang mengatakan manusia tidak rasional, tidak sosial, ganas dan suka merosakkan diri sendiri dan orang lain. Menurut Rogers, sememangnya manusia ada berkelakuan demikian, tetapi pada masa itu, dia berkeadaan neurotik, dan berfungsi tidak sepenuhnya seperti manusia yang sebenar. Manusia bebas untuk mengalami dan memenuhi keperluan asas manusia apabila dia berupaya untuk berfungsi dengan sepenuhnya. Sebenarnya, makhluk manusia adalah positif dan bersosial, boleh dipercayai dan konstruktif. Misalnya, tingkah laku manusia ada persamaan dengan tingkah laku seekor singa. Menurut Rogers, seekor singa merupakan binatang konstruktif dan boleh dipercayai dalam golongan makhluk singa. Walaupun singa biasanya digambarkan sebagai binatang buas tetapi makhluk ini mempunyai kualiti yang baik. Dia membunuh hanya apabila dia lapar, bukan membunuh dengan sewenang-wenangnya.

OUM

133

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

UNIT 3 BAB 6

Rajah 6.2: Sekumpulan singa berehat di bawah pokok yang redup di tengah padang rumput

Seekor singa membesar daripada anak yang begitu bergantung kepada kebebasan; dan ia bertukar daripada menjadi makhluk yang pentingkan diri sendiri kepada makhluk yang sentiasa bekerjasama dan menjaga kepentingan kumpulan. Jadi, apa yang jelas di sini ialah pandangan Rogers terhadap manusia adalah begitu positif, sama seperti pandangan Maslow dan Goldstein yang menekankan bahawa organisme bergerak ke depan untuk mencapai potensi diri sendiri. Tidak ada penggerak yang distruktif dalam diri manusia, kesemuanya bergerak ke tahap personaliti yang sihat, self-actualising dan self-realising.

6.2 KONSEP UTAMAMari kita meneliti konsep-konsep utama yang dipelopori oleh Carl Rogers.

6.2.1 FenomenologiSatu konsep yang dipertahankan oleh Rogers ialah pandangan fenomenologinya. Menurut Rogers: Seseorang individu menpersepsikan dunia ini mengikut pandangan uniknya yang tersendiri, dan persepsi-persepsi ini menjadi latar fenomenanya. Seseorang individu bertindak balas kepada persekitaran sebagaimana yang dilihatnya, dan persekitaran ini mungkin tidak menyerupai definisi persekitaran seperti yang digunakan oleh ahli pengkaji lain.

Rajah 6.3: Bagaimana seseorang itu melihat dunia ini dari kacamatanya 134

OUM

UNIT 3 BAB 6

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Latar fenomena seseorang individu termasuk persepsi sedar dan tidak sedar, sama ada digambarkan (symbolised) atau pun tidak digambarkan (unsymbolised). Penentu pentingnya tingkah laku, terutama sekali bagi orang yang sihat, ialah tingkah laku digambarkan (sedar) dan/atau berkeupayaan digambarkan. Walaupun dunia fenomena merupakan alam persendirian, ia boleh dipersepsikan di sini (terutamanya bagi kes-kes klinikal) sebagaimana yang terjelma kepada individu ini, iaitu melihat tingkah lakunya dengan matanya sendiri, dan bagaimana hipotesis perkara ini memberi makna psikologi kepada dirinya. Semasa kita menjalani sesi kaunseling, kita akan seolah-olah terlibat sama dengan drama yang dialami oleh klien dan rnemasuki alam fenomena klien.

Dalam kehidupan seharian, kita berjumpa dengan manusia yang mempunyai pelbagai personaliti dan prinsip kehidupan. Pernahkah anda terfikir bagaimana mereka membentuk prinsip kehidupan mereka sendiri, terutamanya bagaimana mereka melihat dunia sekeliling mereka? Adakah pengalaman yang dialami oleh seseorang individu mempengaruhi cara mereka melihat persekitaran dan kehidupan mereka?

6.2.2

Konsep Mengetahui

Terdapat tiga cara mengetahui, iaitu: subjektif; objektif; dan interpersonal.

Pengetahuan subjektif merujuk kepada pengetahuan yang kita dapati dari rujukan dalaman sendiri. Pengetahuan objektif melibatkan pengetahuan yang kita ketahui dan telah disahkan oleh pemerhatian orang lain. Interpersonal ialah pengetahuan yang didapati dari dunia orang lain melalui sikap empati. Di dalam pengetahuan secara fenomena, kita menggunakan kemahiran empatik untuk memahami latar fenomena seseorang - pengetahuan fenomenologi. Semua jenis pengetahuan ini perlu digunakan dalam terapi dan kajian. Dari segi pembentukan teori, Rogers memulakan dengan pemerhatian yang senang dan kemudian mengembangkannya supaya menjadi sempuna. Permulaan permerhatian Rogers biasanya bermula di dalam kliniknya, kerana di sini terdapat bahan-bahan fenomena yang boleh diperhatikan dan kemudiannya dijalinkan untuk menjadi satu gambaran keseluruhan. Oleh itu, kita dapati bagaimana hipotesis yang dikemukakan oleh Rogers adalah jelas (explicit), dan di antara satu sama lain juga diterangkan dengan jelas dan teratur.

OUM

135

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

UNIT 3 BAB 6

6.2.3 Struktur PersonalitiTerdapat dua konstruk utama yang penting untuk memahami teori personaliti Rogers, iaitu Organisme dan Kendiri. (a) Organisme Jika dilihat dari sudut psikologi, organisme merupakan pusat segala pengalaman. Pengalaman melibatkan segala yang dialami oleh organisme dalam kesedaran bagi sesuatu masa. Pengalaman menyeluruh ini merupakan latar fenomena, iaitu rangka rujuk yang hanya diketahui oleh individu itu sahaja. Bagaimana seseorang bertingkah laku bergantung kepada latar fenomenanya (realiti subjektif) dan bukan kerana keadaan rangsangan (realiti luaran). Latar fenomena tidak sama dengan latar kesedaran. Kesedaran perlu melibatkan penjelmaan (gambaran) sesetengah pengalaman. Latar fenomena kehidupan melibatkan kesedaran (symbolised) dan tidak sedar (unsymbolised). Seseorang biasanya akan memastikan pengalaman yang dijelmakan dengan keadaan dunia sekitaran. Dengan pengesahan terhadap dunia membolehkan dia hidup dengan realistik. Walau bagaimanapun, ada juga persepsi yang tidak diinginkan atau dicuba dengan tidak lengkap, dan pengalaman yang tidak diuji ini boleh membuatkan dia bertingkah laku yang tidak realistik atau merosakkan dirinya sendiri. Jadi persoalannya,bilakah masanya kita dapat menentukan yang mana merupakan wakil persepsi yang betul dan yang mana pula yang tidak realistik? Rogers menghuraikan dengan menyatakan:

Apa yang dialami atau difikirkan oleh seseorang sebenarnya bukanlah realiti bagi seseorangitu, ia merupakan satu hipotesis sementara terhadap realiti, satu hipotesis yang mungkin benar atau salah. Seseorang tidak akan membuat satu penilaian kecuali selepas dia membuat percubaan. Apakah dia percubaan ini? la melibatkan pengesahan tentang kebenaran pusat segala maklumat yang didapati, dengan hipotesis yang dibentuk oleh organisme berlandaskan kepada makluman sebelumnya. Seperti kita menguji garam, dengan merasanya. (b) Kendiri Kendiri merupakan sebahagian dari latar fenomena yang perlahan-lahan menjadi terpisah. la ialah satu konsepsi keseluruhan persepsi yang tersusun dan konsisten yang mewakili ciri-ciri aku dan persepsi terhadap perhubungan di antara aku dengan orang lain, dan pelbagai lagi aspek kehidupan, bersama dengan nilai-nilai yang tersemat dengan persepsi ini. Ia merupakan satu keseluruhan yang terdapat di dalam kesedaran, satu gestalt yang berubah-ubah tetapi spesifik dalam satu jangka masa tertentu.

136

OUM

UNIT 3 BAB 6

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.4: Seorang model yang bergaya di muka depan majalah

Seseorang individu mempersepsikan sesuatu objek dan pengalaman bertingkah laku yang nampaknya berkait dengan dirinya sebagai satu objek. Dia memberi makna kepada objekobjek ini. Keseluruhan/kesemua sistem persepsi dan makna menjadikan latar fenomena dikenali sebagai Kendiri. Konsep kendiri yang berkaitan ialah kendiri idaman (ideal self). Kendiri idaman atau unggul merupakan konsep kendiri yang diingini oleh seseorang. la melibatkan persepsi dan makna yang mempunyai perkaitan dengan kendiri yang dihargai oleh individu, orang yang signifikan dan masyarakat. Ada beberapa butiran yang menarik berkenaan dengan konsep kendiri yang dihuraikan oleh Rogers, iaitu: pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi terhadap persepsi; pendiri mengandungi sifat gabungan (configurational), - mewakili satu yang terurus dan konsisten secara keseluruhan. Walaupun kendiri dikatakan berubah-ubah, dia mempunyai pola, sepadu dan tersusun. Dia bukan terjadi dari ribuan rangsangan stabil yang bertindak bebas/berlainan, tetapi merupakan satu pola tetap keseluruhan yang berubah dengan pertambahan baru tetapi masih mengekalkan kualiti yang sama; kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa-apa. Seseorang individu tidak mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia mempunyai satu gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri; dan gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pula timbul dalam kesedaran. Jika takrif kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar, sukar mengoperasionaliskan kendiri untuk dibuat kajian.

Dalam ribuan sesi kaunseling yang dijalankan oleh Rogers, begitu banyak kenyataan yang merujuk kepada kendiri seperti kendiri sebenar dan kendiri idaman. Pengalaman ini membuatkan Rogers begitu pasti dengan konsep kendiri pengalaman yang dialami manusia dan matlamat manusia ialah untuk menjadi kendiri-sebenar (real-self).

OUM

137

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

UNIT 3 BAB 6

6.2.4

Proses Perkembangan Personaliti

Rogers menumpukan pandangan terhadap personaliti yang menekankan dari keseluruhan kepada perubahan. Manusia bergerak ke hadapan, dengan itu mempunyai pola kesempurnaan. Berlainan dengan Freud, yang menganggap personaliti tekal dan stabil, dan tenaga dapat disalurkan. Tidak ada penggerak dalam diri manusia tetapi lebih kepada kecenderungan terhadap penyempurnaan-kendiri. The organism has one basic tendency and striving to actualize, - maintain, and enhance its experiencing organism. Beliau tidak mempercayai manusia mempunyai banyak motif. Konsep penyempurnaan melibatkan: kecenderungan organisme untuk bergerak dari struktur yang senang kepada yang berbeza-beza; bergerak dari kebergantungan kepada kebebasan; dari kekekalan dan tegas kepada perubahan dan kebebasan; melibatkan organisme terhadap pengenderuan keperluan atau ketegangan; tumpuan mereka lebih kepada keseronokan atau kepuasan yang didapati dari aktiviti yang meningkatkan pertumbuhan organisme; aktiviti yang kreatif dilakukan oleh organisme; dan organisme berfungsi untuk mengekalkan konsistensi di antara persepsi-kendiri dengan kekongruenan dan persepsinya dengan pengalamannya. Kebanyakan cara kita bertingkah laku yang sudah disesuaikan oleh organisme adalah yang konsisten dengan konsep kendiri. Organisme tidak bergerak untuk mencari keseronokan atau mengelak dari kesakitan tetapi semata-mata untuk mengekalkan organisasinya (strukturnya). Oleh itu, individu hanya benar kepada dirinya sahaja. Seseorang akan bertingkah laku dengan cara yang konsisten dengan mengekal konsep-kendirinya, walaupun tingkah laku ini tidak memberi apa-apa ganjaran kepadanya. Misalnya, seseorang yang mengatakan dirinya pemalas, akan sedaya upaya cuba tidak datang ke kuliah, walaupun dengan berbuat demikian dia ketinggalan dalam banyak hal! Ekoran dari kenyataan tersebut, timbul pula satu persoalan iaitu: Bilakah masanya seseorang itu mengalami ketidakkonsistenan dalam dirinya. Bagaimana pula mengekalkan konsistensi dalam keadaan demikian? Untuk menjelaskan perkara ini, Rogers menyatakan: Seseorang berada dalam keadaan tidak kongruen apabila dia mengalami percanggahan di antara kendiri yang dipersepsikan dengan pengalamannya yang sebenar. Misalnya, jika seseorang beranggapan dirinya seorang yang tidak suka membenci, tetapi sekarang mengalami kebencian, dia berada dalam keadaan yang tidak kongruen. Ketidakkongruenan merupakan satu keadaan ketegangan dan kecelaruan dalaman. Apabila ketidakkongruenan berlaku dan individu itu tidak menyedarinya, dia senang diserang oleh kebimbangan.

138

OUM

UNIT 3 BAB 6

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.5: Seseorang sedang dilanda kebimbangan sebab dia akan menghadapi peperiksaan, atau malapetaka

Kebimbangan berlaku kerana ketidakselarasan di antara pengalaman dan persepsi terhadap kendiri. Dalam banyak keadaan, individu menggambarkan pengalamannya dan oleh itu timbul dalam kesedaran. Tetapi, individu juga berkeupayaan untuk mengekalkan pengalaman dengan tidak tergambar (unsymbolised) dan dengan itu tidak sampai kepada kesedaran.

6.2.5

Proses Subception

Pada fikiran anda, apakah yang dikatakan proses subception?

Individu boleh mengalami sesuatu rangsangan dengan tidak membawa kepada kesedaran. Misalnya, seseorang individu boleh mempastikan sesuatu pengalaman sebagai mengancam, berkonflik dengan konsep-kendiri, dan tidak menggambarkan pengalaman itu supaya ia jadi sedar. Oleh kerana ia bertujuan untuk mengekalkan kongruen di antara kendiri dengan pengalaman, seseorang individu menidakkan sesuatu pengalaman kepada kesedaran. Penafian ini menimbulkan kebimbangan, pengalaman yang diketepikan mungkin timbul dalam kesedaran. Organisme mesti mengekal konsep kendirinya, dan responnya ialah dengan meningkatkan penggunaan bela-diri, iaitu untuk mempertahankan pengalaman kendiri yang berkonflik dengan kendiri. Ada dua proses pembelaan diri iaitu, pengherotan (distortion) dan penafian (denial).

6.2.6

Perkembangan Personaliti

Rogers tidak mengkaji perkembangan individu dari kecil hingga dewasa - secara khusus. Beliau mempercayai bahawa pembentukan personaliti secara umum bagi semua individu. Perkembangan kanak-kanak bergantung kepada sokongan ibu bapa/persekitaran. Kajian terhadap kanak-kanak yang tinggi harga kendiri menunjukkan bahawa mereka datang dari keluarga yang menerima, menunjukkan minat, memberi layanan dan mesra, dan mempunyai gaya hidup yang permisif, berserta dengan amalan demokrasi bukan mendera.

OUM

139

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

UNIT 3 BAB 6

Rajah 6.6: Seorang ibu membelai anaknya

Proses perkembangan berlaku secara sejadi (natural) iaitu organisme berkembang, membeza-bezakan pengalaman, menjadi lebih bebas, meningkatkan keupayaan bersosialisasi dan terus mencari kesempurnaan pengalaman kendiri. Kendiri akan terpisah dari ruang fenomena dan akan menjadi berbeza dan kompleks tetapi dalam masa sama masih mengekalkan keseluruhan. Perkembangan kendiri akan mengambil kira tentang keperluan penerimaan orang lain yang akan bersaing dengan pengalaman organisme kendiri. Proses penapisan berlaku jika keperluan orang lain lebih kuat dari pengalaman kendiri. Secara asasnya, Rogers menyatakan yang penting ialah kanak-kanak boleh berkembang secara kongruen dan mencari kesempurnaan. Kanak-kanak yang sihat hidup dalam susana yang bebas bagi dirinya menerima dirinya, diterima oleh ibu bapanya walaupun ada tingkah laku yang kurang disenangi untuk diterima mereka.

6.2.7

Kecelaruan Psikologi

Seseorang yang sihat boleh menerima kepelbagaian pengalaman yang membentuk kepada satu keseluruhan (gestalt). Di sini akan berlaku kongruen di antara pengalaman dan kendiri, iaitu individu ini akan menjadi terbuka kepada pengalaman dan tidak defensive. Sebaliknya bagi orang neurotik (mengalami kecelaruan), ciri-ciri berikut boleh diperhatikan: struktur kendiri tidak lagi sepadanan dengan pengalaman organisme; banyak menafikan pengalaman untuk ditimbulkan dalam kesedaran, secara diherotkan atau dinafikan; dan kesannya ialah orang yang tegar, tegas dan defensif mempertahankan kendiri yang tidak kongruen.

Individu juga menggunakan mekanisme bela-diri seperti istilah Freud (kewajaran, fantasi dan lain-lain), tetapi yang terpenting bagi huraian pendekatan pemusatan insan ialah pengherotan dan penafian. Rogers berpendapat, untuk memulihkan orang yang berkecelaruan, kaunselor perlu mempunyai sikap-sikap tertentu dan sudah mencukupi untuk membantu perubahan klien. Ia diistilahkan sebagai syarat-syarat yang perlu dan mencukupi (the necessary and sufficient conditions). Sikap ini ialah kongruen, penerimaan positif tanpa syarat dan empati.140

OUM

UNIT 3 BAB 6

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

(a) Kongruen Konsep kongruen merujuk kepada kendiri seseorang yang menyamai apa yang dialaminya. Kendiri dan pengalaman mempunyai persamaan. Kaunselor yang ingin membantu klien haruslah seseorang yang tidak mengalami pengalaman yang tidak konsisten dan berkonflik. (b) Penerimaan Positif Tanpa Syarat Semua manusia mahukan perhubungan yang bermakna; diterima, disayangi, dihormati dan dipercayai. Kaunselor, apabila berhubung dengan klien, perlulah menerima klien dengan hati terbuka, tidak menilai kebaikan dan keburukannya, dan menghargai perhubungan dengan klien. Penerimaan yang tidak berbelah bahagi ini membolehkan klien berhubung dengan terbuka dan bercakap dengan bebas. (c) Empati Konsep empati merujuk kepada keupayaan kaunselor memahami klien dan membantu dengan tepat seperti apa yang dialami oleh klien itu sendiri. Kaunselor bagaikan mengalami apa yang dialami oleh klien, jika tidak secara perasaan mestilah sekurangkurangnya secara kognitif. Dengan mempersepsikan dunia dalaman klien dengan tepat kaunselor akan memahami apa yang dialami oleh klien.

Kadang-kadang, kaunselor juga boleh terbawa-bawa dalam memikirkan masalah klien. Apakah cara untuk mengelakkan perkara seumpama ini berlaku?

6.3 PROSES KAUNSELINGSemasa Rogers memperkenalkan terapi ini, beliau mendapat sambutan kerana pendekatannya berbeza dengan apa yang diamalkan semasa itu, iaitu lebih kepada psikoanalitik atau tingkah laku. Pendekatan pemusatan insan ini memberi tumpuan kepada perhubungan yang dibina oleh kaunselor dan kliennya. Bagi pihak kaunselor, beliau perlu mempunyai ciri-ciri tertentu untuk menjadikan perhubungan ini bermakna untuk klien dan berkesan dalam sesi-sesi kaunseling. Manakala bagi pihak klien pula, dia perlu mengalami keadaan psikologi tertentu sebelum menjalani sesi kaunseling.

6.3.1

Syarat-syarat Terapi

Menurut Rogers (1957), apa yang perlu dalam membentuk perubahan personaliti manusia yang dialami dalam kaunseling ialah beberapa ciri utama sikap yang boleh menggerakkan sesi kaunseling. Rogers menyuarakan pendapatnya bahawa perubahan personaliti yang berlaku di dalam diri individu dalam kaunseling ialah perubahan luaran dan dalaman ke arah kesepaduan, berkurangan konflik dalaman, lebih banyak tenaga yang digunakan untuk hidup yang lebih berkesan dan perubahan tingkah laku yang dianggap menjadi lebih matang. Berdasarkan kepada pengalaman klinikalnya, Rogers telah menyarankan beberapa syarat yang perlu untuk memulakan perubahan positif ini, dan syarat-syarat ini apabila digunakan serentak nampaknya sudah mencukupi untuk memulakan perubahan. Pada awalnya, Rogers

OUM

141

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

UNIT 3 BAB 6

(1957), mengemukakan syarat-syarat ini sebagai satu siri hipotesis yang perlu diuji dan sehingga 1985, setelah sekian lama di dalam pengujiannya, Rogers (1985) masih menganggap syarat- syarat ini masih tekal dan boleh digunakan dan dijadikan satu panduan untuk memahami hubungan kaunselor dengan klien dalam teori pemusatan insan. Rogers (1957), menyarankan enam syarat penting untuk berlakunya perubahan personaliti apabila sesi kaunseling dijalankan. Syarat-syarat yang perlu dan harus kekal berterusan untuk beberapa ketika dalam kaunseling supaya perubahan personaliti berlaku ialah: dua insan berada di dalam perhubungan psikologi; insan pertama yang kita akan gelarkan sebagai klien berada di dalam keadaan tidak kongruen mudah terpengaruh atau bimbang; insan kedua yang kita gelarkan sebagai kaunselor adalah kongruen dan sepadu di dalam perhubungan; kaunselor menerima klien dengan tidak bersyarat; kaunselor itu mengalami kefaharnan empatik terhadap rangka rujukan dalaman klien dan berusaha untuk mengkomunikasikannya; dan usaha kaunselor untuk mengkomunikasikan kepada klien akan kefaharnan empatik dan penerimaan yang tidak bersyarat tercapai setidak-tidaknya sedikit.

Jika kesemua enam syarat tersebut terdapat di dalam proses kaunseling dan ia berterusan untuk beberapa waktu, syarat-syarat lain tidak perlu untuk memulakan perubahan personaliti. Keenam-enam syarat yang dikemukakan oleh Rogers meliputi tiga konsep utama, iaitu: satu corak perhubungan; satu keadaan psikologi yang dialami klien;dan tiga jenis sikap yang dipegang kaunselor.

Ketiga-tiga konsep utama yang disarankan ini perlu dilihat secara keseluruhan kerana ia berkaitan di antara satu dengan yang lain. (a) Satu Perhubungan Syarat pertama ialah kaunseling itu hendaklah dilakukan sebagai satu perhubungan. lni bermakna syarat pertama ini berkehendakkan kedua-dua insan ini berhubung, dan kedua mereka ini mempersepsikan ruang lingkup pengalaman berlainan terhadap satu sama lain. Rogers menganggap bahawa syarat pertama ini merupakan satu andaian yang perlu untuk memberi makna kepada syarat-syarat yang lain. Dari satu aspek yang lain, andaian ini merupakan takrif kepada makna kaunseling seperti yang disarankan oleh pengarangpengarang lain seperti Arbuckle (1974), Patterson (1974) dan Corey (1984). Rogers (1957) mengatakan bahawa kaunseling ialah satu perhubungan yang amat personal dan subjektif, di antara individu dengan individu. Kesemua mereka mentakrifkan kaunseling sebagai satu perhubungan.

142

OUM

UNIT 3 BAB 6

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.7: Sesi kaunseling berkumpulan

(b) Keadaan Klien Klien yang inginkan bantuan dari kaunselor hendaklah berada di dalam keadaan tidak kongruen, mudah dipengaruhi dan bimbang. Seseorang mengalami keadaan tidak kongruen apabila pengalaman sebenar organisme tidak seimbang dengan garnbaran kendirinya. Rogers (1957) memberi contoh bagaimana seorang ibu mengalami kesakitan setiap kali anak tunggalnya mahu meninggalkan rumah. Keinginan sebenar ialah untuk anaknya terus tinggal bersamanya kerana ia memberi kepuasan untuk dirinya. Tetapi untuk mempersepsikan keinginan ini sebagai satu kesedaran, adalah tidak konsisten dengan pandangannya terhadap dirinya sebagai seorang ibu yang baik. Walau bagaimanapun, menjadi sakit adalah konsisten dengan konsep kendirinya, dan dengan ini pengalaman tadi (mahukan anaknya kekal bersama) dijelmakan secara herot sebegini. Apa yang terjadi sekarang ialah satu keadaan yang tidak kongruen di antara kendiri yang dipersepsikan (ibu sakit yang mahukan perhatian anak) dan pengalaman sebenar (ibu yang tidak mahu anaknya meninggalkannya).

Rajah 6.8: Seorang ibu menanyakan arah tujuan anaknya apabila anaknya mahu keluar rumah

OUM

143

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

UNIT 3 BAB 6

Apabila seorang itu tidak sedar akan pengalaman dirinya yang tidak kongruen, ia akan lebih terdesak kepada perasaan bimbang dan kecelaruan. Ada pengalaman yang berlaku secara mendadak yang menyebabkan individu itu tidak boleh membiarkannya. Ada pula keadaan tidak kongruen yang disedari sedikit-sedikit. Keadaan pertama menyebabkan dia merasa tercabar manakala yang kedua akan menimbulkan kebimbangan. Kedua-dua keadaan ini menunjukkan bahawa pengalaman sebenar organisme tidak kongruen dengan konsep kendiri individu itu, dan keadaan inilah yang didapati apabila proses perhubungan kaunseling akan bermula.

Pernahkah anda terdengar bagaimana seorang wanita yang baru melahirkan anak, boleh bertukar menjadi gila meroyan? Apakah faktorfaktor yang menyebabkan wanita itu bertukar sikap?

6.3.2 Tiga Sikap KaunselorSekarang, mari kita melihat kepada tiga sikap yang perlu ada pada seorang kaunselor. (a) Kongruen Sikap pertama yang perlu ada di dalam perkembangan teraputik ini ialah kongruen, keikhlasan ataupun kesepaduan. lni bermakna, dalam perhubungannya dengan klien, kaunselor sentiasa bebas dan bersungguh-sungguh untuk mengalami dirinya yang sebenar secara sedar, dan bukannya bertopeng sama ada secara sedar ataupun tidak untuk menggambarkan dirinya. Perlu diingatkan juga bahawa adalah mustahil bagi seseorang kaunselor bersikap sedemikian di dalam semua aspek kehidupannya. Oleh yang demikian, ia mencukupi sekadar kaunselor bersikap sebegini semasa dalam proses perhubungannya dengan klien.

Rajah 6.9: Kaunselor sedang memberi input pada klien-kliennya di dalam satu bilik kecil

144

OUM

UNIT 3 BAB 6

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

(b) Penerimaan Positif Tanpa Syarat Apabila kaunselor mendapati dia mengalami satu perasaan kemesraan menerima setiap aspek pengalaman klien sebagai sebahagian kehidupan klien, ini dikatakan bahawa dia sedang mengalami penerimaan positif tanpa syarat. Penerimaan ini menunjukkan tidak ada penilaian positif atau negatif dilakukan. Ianya melibatkan penerimaan semua pengalaman klien sama ada yang berbentuk negatif seperti jahat, sedih, takut, mengalah dan pengalaman ganjil atau pun yang berbentuk positif seperti baik, positif, matang, yakin dan perasaan bersosial. Kesemua perasaan ini, termasuk juga sama ada diri klien itu konsisten atau tidak, diterima sepenuhnya dengan mesra dan bukan secara menguasai atau pun kerana memenuhi keperluan kaunselor. Ini bermakna klien itu diterima sebagai seorang insan yang tersendiri dengan kebenaran untuknya menerima perasaan dan pengalamannya sepenuh hati. (c) Empati Syarat ketiga ialah supaya kaunselor mengalami satu kefahaman yang tepat dan empatik akan keadaan klien terhadap pengalamannya. Di sini, kaunselor cuba mengalami dunia klien seperti dunianya sendiri tetapi dengan tidak melupakan perkataan macamlah (as if). Kaunselor akan cuba mengalami perasaan klien seperti marah, takut atau serba salah, sebagaimana dia yang mempunyainya walaupun dirinya sendiri tidak pernah mengalami marah, takut atau serba salah. Apabila kaunselor begitu jelas dengan klien dan dia pula bebas bergerak di dalam dunianya, kaunselor bolehlah mengkomunikasikan kefahaman terhadap apa yang sudah jelas ternampak oleh klien, dan juga menyuarakan makna terhadap pengalaman klien yang tidak begitu sedar. Kaunselor perlu bersikap empatik supaya: dia dapat memahami perasaan klien; tidak sangsi apa yang dimaksudkan oleh klien; kata-kata kaunselor sesuai dengan perasaan dan isi percakapan klien; dan nada suara kaunselor menunjukkan dia begitu berupaya untuk berkongsi akan pengalaman klien.

6.3.3

Perkembangan Personaliti

Untuk memahami ketiga-tiga sikap yang disarankan oleh Rogers dengan kesesuaian penggunaannya, ia perlu dilihat bersama dengan konsep personaliti yang disarankan oleh Rogers. Kesediaan kaunselor untuk memulakan perhubungan kaunseling dengan klien memerlukan satu pandangan yang jelas apakah bentuk personaliti manusia yang sedang berhadapan dengannya ini. Teori personaliti yang dimajukan oleh Rogers berkembang dari pengalamannya membuat sesi-sesi kaunseling dengan individu dan kelompok semenjak bermulanya dia berkhidmat dengan kanak-kanak di klinik bimbingan kanak-kanak hinggalah penglibatannya dengan kelompok encounter. From these hours and from my relationships with these people, I have drawn most of whatever insight I posess into the meaning of therapy, the dynamics of interpersonal relationships, and the structure and functioning of personality. Rogers (1957)

OUM

145

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

UNIT 3 BAB 6

Prinsip utama yang dapat dikonsepsikan oleh Rogers dari pengalaman teraputiknya ialah apabila klien mempersepsikan iaitu kaunselor menerimanya dengan sepenuh hati, tanpa apa-apa syarat, dan memahaminya secara empatik akan rujukan dalaman dirinya, satu proses perubahan akan bermula. Semasa proses ini berlaku, klien akan menjadi bertambah sedar akan perasaan dan pengalaman sebenarnya dan konsep kendirinya akan menjadi lebih kongruen dengan pengalaman keseluruhan organismenya. Apabila individu ini mencapai kongruen sepenuhnya, dia dikatakan sebagai seorang yang berfungsi sepenuhnya. Perubahan yang berlaku ini disebabkan oleh organisme diri seseorang, apabila mendapat kebebasan akan berkecenderungan bergerak kehadapan mencapai kesempumaan. Teori personaliti Rogers bersandarkan kepada fahaman fenomenologi dan menggunakan konsep kendiri untuk penerangan perkembangan individu. It pictures the end-point of personality development as being a basic congruence between the phenomenal field of experience and the conceptual structure of the self - a situation which, if achieved, would represent freedom from internal strain and anxiety, and freedom from potential strain; which would represent the maximum in realistically oriented adaption; which would mean the establishment of an individualised value system having considerable identity with the value system of any other equally well-adjusted member of the human race. Rogers (1951) Organisme mempunyai satu kecenderungan dan tujuan asas, iaitu untuk kesempurnaan, mengekal dan mengembangkan pengalamannya. lni bermakna organisme ini mempunyai satu tenaga penggerak yang mempunyai satu tujuan kehidupan. Kecenderungan untuk bergerak kehadapan inilah merupakan pegangan kepada kaunselor untuk perubahan personaliti dalam diri klien. Mengikut Rogers, perkembangan diri ini hanya boleh beroperasi apabila pilihan-pilihan tertentu dapat dipersepsi dengan jelas dan dapat digambarkan dengan sepenuhnya oleh klien. Dengan perkataan lain, seseorang itu tidak dapat menyempurnakan dirinya kecuali dia dapat membezakan di antara cara bertingkah laku yang progresif dan regresif.

6.3.4

Proses Terapi

Sungguhpun individu mempunyai kecenderungan bergerak ke hadapan, dia juga terdedah kepada pengaruh persekitaran, terutamanya persekitaran sosial. Jika penilaian terhadap seseorang kanak-kanak semasa dia membesar, berbentuk positif (penerimaan positif tanpa syarat), perkembangan kendirinya tidak akan bercanggah dengan kecenderungan organisme bergerak kedepan.

146

OUM

UNIT 3 BAB 6

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.10: Kanak-kanak sedang membesar dari umur 1 tahun ke 3 tahun

lni bermakna harga dirinya tidak tercabar dan sealiran dengan perkembangan organisme, dan seterusnya akan menyebabkan perkembangan dan penyesuaian diri untuk kehidupan yang berkesan. Malangnya, semasa seseorang itu membesar, tidak semua penilaian yang diterima itu adalah dalam bentuk positif, atau yang berbentuk negatif. Penilaian ini akan membentuk konsep kendiri seseorang. Jika penilaian oleh orang yang penting dalam sekitaran dirinya itu mendorong perkembangan dirinya, ia akan membentuk konsep kendiri yang positif. Walaubagaimanapun, sekiranya penilaian itu sentiasa bercanggah dengan penilaian dirinya sendiri, dan tambahan pula kuasa penilaian orang yang penting di sekitarnya lebih mempengaruhi dirinya, konsep kendirinya akan berkembang secara herot dan dia akan sentiasa mengalami keadaan yang selalu terancam. Oleh kerana dia perlu mengekalkan kesepaduan konsep dirinya maka pengalaman yang terancam ini akan dipendamkan atau pun diherotkan maknanya. lni bermakna pengalaman-pengalaman yang sealiran dengan harga diri akan dipersepsikan dan digambarkan dalam kesedaran dengan tepat, tetapi pengalaman yang bercanggah dengan harga diri akan dipersepsikan dengan herot atau pun tidak dibenarkan meresapi sampai ke peringkat sedar. Kehadiran pengalaman yang telah diuruskan ke dalam struktur kendiri dengan betul mengakibatkan timbulnya ketidakkongruenan di antara diri dengan pengalaman. Ketidakkongruenan di antara diri dengan pengalaman akan membentuk tingkah laku yang tidak kongruen juga. lni bermakna ada sesetengah tingkah laku yang konsisten dengan konsep kendiri dan dijelmakan dengan tepat dalam kesedaran, manakala sebahagian lagi tingkah laku menggambarkan pengalaman-pengalaman organisme yang belum diterapkan ke dalam struktur kendiri; dengan itu belum lagi dicamkan ataupun telah pun diherotkan untuk disesuaikan dengan kendiri. Sesuatu pengalaman yang tidak kongruen dengan struktur kendiri akan digambarkan sebagai mengancam. Jika pengalaman ini digambarkan dengan tepat dalam kesedaran, ia akan membuat diri menjadi tidak konsisten, dan satu keadaan kebimbangan akan timbul. Tetapi, proses bela-diri menghalang perkara ini berlaku. la akan cuba mengekalkan persepsi pengalaman itu supaya menjadi konsisten dengan struktur kendiri dan harga diri. Walau bagaimanapun, pembelaan diri ini akan mengakibatkan persepsi yang tidak tepat dan tegar atau menjadikan niatnya tidak betul.

OUM

147

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

UNIT 3 BAB 6

Di dalam keadaan yang mana ketidakkongruenan diri dengan pengalaman menjadi besar, proses pembelaan diri tidak akan berupaya untuk bergerak dengan berjaya dan ia akan menimbulkan kebimbangan dan menyebabkan kecelaruan. Untuk menjadikan diri ini kongruen kembali, syarat-syarat tertentu yang dikenakan untuk penerimaan perlu dikurangkan, manakala keadaan kemesraan yang tidak bersyarat perlu diadakan. Manakala mengkomunikasikan keadaan yang tidak bersyarat ini ianya perlu dilakukan dalam suasana kemesraan yang penuh dengan empati. Apabila penerimaan sepenuhnya ini dipersepsikan oleh individu itu, ia akan mengurangkan rasa bimbang.

Rajah 6.11: Seseorang sedang mengalami proses hipnosis

Bagi membentuk individu sebegini, suasana yang tidak mengancarn perlu diwujudkan semasa perhubungan sesi mula dijalankan. Dalam keadaan kemesraan sebegini kaunselor akan mendorong klien untuk menerokai pengalamannya yang tidak disedari diherotkan dan membawanya keluar di peringkat kesedaran. Proses perhubungan yang teraputik akan menggalakkan klien secara perlahan-lahan menerima perasaan-perasaan yang mengancarn ini untuk diasilimasikan kepada struktur konsep kendirinya. Pemahaman dan penerimaan penilaian yang mengancam ini akan menjadi permulaan untuk membentuk satu struktur diri yang lebih fleksibel dan menerima secara berpanjangan.

6.4

STRATEGI MEMBANTU KLIEN

Bagi kaunseling pemusatan insan, perhubungan merupakan inti pati; ia berada di peringkat permulaan, dalam proses perkembangan dan di akhir kaunseling. Tidak ada strategi atau teknik tertentu yang disarankan oleh pendekatan pemusatan insan seperti teori-teori lain. Penekanan utama ialah berbalik kepada perhubungan dan syarat-syarat yang akan dilalui oleh kaunselor dan klien.

6.4.1

Perhubungan Kaunseling

Kaunseling boleh disifatkan sebagai satu proses perhubungan antara seorang individu dengan seorang atau lebih individu lain. Perhubungan ini adalah berbeza dari seorang individu dengan individu lain. Bagi seseorang kaunselor, dia harus patuh kepada beberapa prinsip atau garis panduan yang dipersetujui dalam profesionnya apabila berada dalam perhubungan sedemikian.148

OUM

UNIT 3 BAB 6

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Pertamanya, dia haruslah berminat dengan berterus terang, dan jujur dengan setiap klien. Carl Rogers, pernah berkata bahawa seorang klien mestilah merasa dirinya diterima oleh kaunselor. Minat demikian boleh disampaikan kepada klien dalam banyak cara; menepati masa pertemuan, menjadi sensitif terhadap apa yang dikemukakan oleh klien dengan gerak geri dan air muka, dan gerak balas pertuturan terhadap apa yang dicakapkan oleh klien. Minat demikian hendaklah tidak dibuat-buat atau secara berpura-pura. Keduanya, klien mestilah mempunyai kepercayaan terhadap kaunselor, dan merasa selamat berada dengannya. Dalam konteks ini, kerahsiaan adalah penting. Jika seorang klien itu ingin menenangkan helah bela dirinya (defences) dan melepaskan segala kelemahan dan kekuatannya, dia ingin mempastikan bahawa segala kelemahan-kelemahan ini tidak digunakan untuk membinasakannya nanti, setelah dia meluahkannya. Di samping kerahsiaan, kepercayaan (trust) dan penghormatan terhadap kebolehan kaunselor, klien perlu juga menyukainya sebagai seorang individu, dan bersikap positif terhadap keilmuan yang dimiliki oleh seorang kaunselor itu. Sememangnya tidak ada sesuatu teknik yang mudah untuk mempastikan rasa kepercayaan terhadap kaunselor. Ini merupakan satu proses yang memakan masa dan perlulah kaunselor itu secara berterusan menunjukkannya dengan perbuatan, tutur bahasa, dan sikap yang benar-benar ingin membantu klien.

Rajah 6.12: Kaunselor sedang meneliti dokumen di dalam pejabatnya

Ketiganya, perhubungan kaunseling adalah terhad dalam banyak keadaan, dan had-had ini bertujuan untuk perkembangan. Misalnya, temu ramah kaunseling dijalankan dalam masamasa tertentu, secara temujanji, dan biasanya mengikut had masa tertentu. Ada juga hadhad tentang perkhidmatan yang ingin atau boleh diberikan oleh kaunselor. Ia tidak melakukan sesuatu untuk klien, misalnya seperti seorang pekerja kebajikan melawat ke rumah. Juga ada had tentang rapatnya hubungan dengan klien. Kaunselor tidak mengemukakan pendapatnya dalam kaunseling seperti dalam perbualan seharian. Walaupun dia akan bertemu kliennya dalam kegiatan-kegiatan sosial, ia akan mengelak dari hubungan persahabatan dengan mereka. Dia juga akan mengelak dari memainkan peranan orangorang lain yang penting bagi klien itu - emak, bapa, kekasih dan sebagainya. Yang penting ialah bahawa batasan-batasan demikian itu bertujuan untuk menunjukkan bahawa tanggungjawabnya terletak pada klien. Apa yang perlu dibuat, klien itu hendaklah melakukannya sendiri. Ia tidak seharusnya bergantung kepada orang lain untuk membuat sesuatu keputusan baginya atau melindunginya daripada akibat sesuatu tindakannya sendiri.

OUM

149

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

UNIT 3 BAB 6

Oleh kerana proses kaunseling merupakan satu perhubungan, kita dapati Rogers tidak mengutamakan teknik-teknik tertentu dalam membantu klien dan juga tidak ada tahap-tahap tertentu yang akan dilalui oleh klien. Walaupun demikian, dari pemerhatian dan analisis sesi-sesi kaunseling yang dilakukan Rogers, terdapat beberapa kemahiran tertentu yang banyak digunakan oleh beliau. Walaupun kemahiran bukan sebenarnya teknik tetapi ia boleh digunakan dalam proses membina perhubungan kaunseling yang merupakan tumpuan utama kaunseling pemusatan insan. Secara umumnya, kemahiran-kemahiran ini diperjelaskan oleh Ivey (1998). Walaupun tidak kesemuanya digunakan oleh Rogers tetapi boleh dijadikan sebagai panduan.

6.4.2

Kemahiran-kemahiran Kaunseling

Kemahiran-kemahiran asas kaunseling spesifik yang digunakan dalam proses membuat kaunseling ialah: soalan (terbuka dan tertutup); dorongan minima; parafrasa; rumusan; refleksi perasaan; konfron/mencabar; fokus; dan refleksi/mentafsir makna.

(a) Soalan Jika soalan terbuka digunakan, kaunselor dapat menjangkakan bahawa klien akan dapat memberi respon yang lebih bebas. Sebaliknya, soalan tertutup akan membuat klien bercakap pendek dan tepat terhadap maklumat yang dikehendaki. Soalan boleh membantu klien bercakap atau terus bercakap atau tidak bercakap. Soalan yang bersesuaian boleh mendalami dunia klien. Ia juga boleh membantu kaunselor mengenalpasti masalah yang dihadapi klien dengan lebih tepat. Ia juga boleh mengarah perbincangan, mengembang atau menutup perbincangan.Soalan boleh berbentuk terbuka atau tertutup dan memulakannya dengan apa, bagaimana, dan kenapa. (b) Dorongan Minima Klien ingin mengetahui sama ada dia difahami atau tidak apabila dia menceritakan masalahnya, pandangan atau pendapatnya. Dia mahu dirinya dan dunianya difahami oleh kaunselor. Dorongan adalah seperti anggukan, hemhem,teruskan, ya ya,saya faham atau perkataan lain yang ringkas dan tepat. Semua respon yang ringkas ini memberitahu klien bahawa kaunselor sedang mengikuti cerita yang disampaikan oleh klien dan ada bersama-sama dengan klien. Respon ini perlu diberikan bersesuaian dengan rentak cerita klien. (c) Parafrasa Selain daripada mengikuti jalan cerita klien, kaunselor juga perlu memberi tahu klien yang dia memahami cerita klien. Satu cara ialah dengan memparafrasa apa yang diceritakan

150

OUM

UNIT 3 BAB 6

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

oleh klien dengan ringkas. Apabila klien mendengar ringkasan yang direspon kembali oleh kaunselor, beliau akan menyedari bahawa kaunselor betul-betul faham apa yang diceritakan oleh beliau. Parafrasa juga membantu kaunselor mempastikan apa yang diceritakan oleh klien itulah yang difahaminya. Parafrasa bukan mengulang kembali semua apa yang diceritakan tetapi ringkasan inti yang tepat. (d) Rumusan Hampir sama dengan parafrasa tetapi merangkumi lebih banyak maklumat dan berkehendakkan pendengaran cerita yang lebih lama sebelum membuat respon. Dalam rumusan, mungkin terdapat beberapa idea atau tema yang dirangkaikan. Adakalanya, rumusan digunakan pada permulaan sesi kaunseling untuk memberithau klien tentang kandungan sesi yang sebelumnya. Juga, ia digunakan di akhir sesi untuk menggarapkan cerita yang disampaikan sepanjang sesi kaunseling. (e) Refleksi Perasaan Apabila klien bercerita, ia akan melibatkan emosi. Emosi yang terkandung dalam ayat-ayat pertuturan perlu disedari oleh kaunselor. Dengan membuat refleksi perasaan, kaunselor memberitahu klien yang dia faham apa yang dirasai atau dialami klien. Apabila klien menyedari bahawa kaunselor memahami apa yang dirasainya, dia akan meluahkan lagi perasaannya. Perasaan yang terpendam atau pun yang dahulunya dicerita secara luaran sahaja akan dihuraikan satu persatu. Perasaan mendalam memudahkan perhubungan dan penerokaan berlaku dengan cepat. Perlu diingatkan bahawa apabila refleksi perasaan dibuat, ia perlu tepat, jika tidak kaunselor akan memberi gambaran yang dia tidak memahami perasaan klien. Kaunselor perlu mempunyai simpanan perkataan-perkataan perasaan yang bersesuaian dan tepat.

Rajah 6.13: Suasana sedih dan penuh emosi apabila klien meluahkan masalahnya kepada kaunselor

(f) Konfron/mencabar Walaupun Rogers sendiri tidak banyak mencabar kliennya dalam sesi-sesi kaunseling, tetapi adakalanya kaunselor pemusatan insan terpaksa mencabar klien untuk mendapat sesuatu maklumat atau menggerakkan perkembagan klien. Cabaran yang dilakukan hendaklah dalam bentuk pelawaan dan ajakan supaya klien melihat dirinya dengan lebih dalam atau tidak berselindung dengan perkara yang selamat sahaja.

OUM

151

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

UNIT 3 BAB 6

Konfron dilakukan setelah perhubungan antara klien kaunselor sudah mencapai peringkat yang tinggi. Jika cabaran dibuat terlalu awal, kemungkinan besar klien akan rasa terggugat atau tercabar. Sama ada klien menjadi marah atau berundur masuk ke dalam diri. Jika terdapat idea atau pun perasaan yang bertentangan, konfron boleh dilakukan untuk mengesahkan kebenaran yang mana satu. Kemahiran konfron memerlukan kepakaran yang tinggi. Jika betul penggunaannya, ia dapat mendalami dengan cepat, sebaliknya jika salah penggunaannya dia akan membuat klien enggan bercakap, atau pun tidak berminat meneruskan sesi kaunseling. (g) Memfokus Cerita yang disampaikan oleh klien perlu diarahkan kepada situasi-situasi tertentu, bukan secara paksaan atau manipulatif tetapi melihat alirannya. Satu perspektif persekitaran perlu diletak dalam jalan ceritanya. Dengan memberi tumpuan, kaunselor juga tidak akan terawang-awang merata-rata. Dia sentiasa mengikuti luahan klien dengan teliti dan membalas dengan tepat. (h) Refleksi/Mentafsir Makna Refleksi makna melibatkan keupayaan kaunselor untuk menyelam ke alam dunia klien dan memahami apa yang dialami dan dirasai klien. Kemahiran ini memerlukan kejituan kaunselor memahami keseluruhan cerita dan dapat mentafsirkan apa yang mungkin tidak diceritakan oleh klien. Refleksi makna tidak semestinya dibuat oleh kaunselor tetapi juga dibuat oleh klien dengan galakan kaunselor supaya klien mencari makna akan perbuatan atau perasaannya. Memandangkan tafsiran makna memasuki alam yang kurang nampak, ia perlu dilakukan dengan teliti. Adakalanya klien belum bersedia untuk makna kehidupaannya ditafsirkan kaunselor. Oleh itu, kaunselor perlu berwaspada kerana jika tidak, klien akan menafikan tafsiran walaupun ia benar.

6.5 CONTOH-CONTOH KES KAUNSELINGSungguh pun verbatim atau transkrip berikut tidak mampu menggambarkan selok belok perhubungan yang berlaku dalam kauseling berserta dengan nada suara, ekspresi muka, gerak geri dan pelbagai lagi bahasa bukan sesi kaunseling, ia diharapkan dapat mencerminkan perjalanan yang berlaku semasa sesi kunseling pemusatan insan. Di akhir respon kaunselor, dinyatakan jenis kemahiran yang digunakan dan dinamik yang sedang berlaku semasa sesi berjalan. Kes 1 (sebahagian dari verbatim) Aminah berumur 25 tahun. Kl: Saya cukup marah dengan dia. Apa tidaknya, mula-mula dia berjanji nak datang berjumpa dengan keluarga saya. Katanya nak berkenalan dengan kedua ibu bapa saya. Tapi sekarang ni dah tiga bulan dia bertangguh-tangguh. Katanya, tak ada masa, sibuklah, banyak kerja, kena pergi out station, macam-macam lagi alasannya. Saya dah naik boring dengan dia. Saya rasa nak putuskan perhubungan dengan dia. Kalau dia tak ada masa untuk saya buat apa saya beria-ia benar.152

OUM

UNIT 3 BAB 6

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Ko: Saya merasakan bahawa saudari begitu marah dengan dia kerana tidak menunaikan janji dan mengambil berat terhadap diri saudari. (Kaunselor memberi tekanan kepada perasaan marah). Kl: Mana tidaknya, hari Ahad minggu lepas kami dah berjanji untuk balik ke kampung saya berjumpa dengan keluarga saya. Tapi pagi Sabtu boleh dia kata dia kena pergi out station. Saya pun was-was juga betulkah dia ni pergi out station atau hanya mencari helah tak mahu jumpa orang tua saya. Saya tahu dia selalu kena buat kerja luar pejabat kerana tugas dia begitu, tapi takkan tak boleh tangguh tugas itu kerana kita dah berjanji dengan orang tua di rumah, dan saya dah beri tahu emak yang kita nak datang. Ko: Nampaknya saudari bukan sahaja marah kepada beliau tetapi juga rasa kecewa kerana tidak menepati janji. (Kaunselor memberi tumpun kepada refleksi perasaan, perasaan marah ditambah dengan kecewa). Kl: Ya lah ini bukan kali pertama dia mungkir janji. Kalau setakat dia dengan saya tidak melibatkan orang lain, ok saya boleh terima. Dah banyak kali dia kansel appointment dengan saya. Saya boleh maafkan kerana saya tahu, dia ni memang sebuk kerja luar. Tapi mak saya memang nak sangat berjumpa dengan boyfriend saya ni. Ko: Walaupun sebelum ini pernah dia tidak berjumpa dengan saudari tetapi yang akhir ini nampaknya sukar dimaafkan, terutamanya apabila melibatkan emak. (Penekanan ialah kepada peristiwa yang baru berlaku). Kl: Ya lah.. emakkan dah tunggu dan kita pun dah janji. Kalau ya pun, bagilah notis awal sikit. Selalu dia begitu, last minit baru dia bagi tahu kat kita. Menyusahkan. Hari itu saya terpaksa minta maaf banyak dengan emak saya. Maklum sajalah dia orang sudah buat sedikit persediaan. Nasib baik emak saya tu bukan kaki leter, kalau tidak entahlah. Tapi yang saya tak faham apabila tak jumpa saya dia akan bawa macam-macam hadiah, terutama apabila balik out station. Dan dia pun nampaknya begitu mengambil berat tentang saya. Ajak saya keluar, melayan kerenah saya dan begitu loving kepada saya. Jika terkenangkan perkara ini saya taklah marah sangat. Saya tahu dia sayangkan saya tapi kadang-kadang saya rasa dia lebih sayangkan kerjanya dari saya. Ko: Nampak macam saudari mempunyai persaan yang bercampur-campur, marah dan sayang. Keseluruhannya rasa sayang tapi adakalanya marah kepada dia apabila tidak menepati janji. (Kaunselor cuba mendalami perasaan berbaur yang dialami oleh klien. Perasaan bertentangan ini menimbulkan konflik yang menyebabkan klien rasa tidak kongruen) Kl: Mungkin saya perlu memahami selok belok kerja dia. Kalau dia memang kena buat kerja out station selalu, saya kenalah banyak bersabar. Kalau tidak, kenalah cari boyfriend lain (sambil ketawa). Saya tahu ada dua tiga orang yang minat dengan saya tapi saya buat tak layan saja. Mereka ni selalu senyum kat saya dan ada juga yang ajak saya keluar. Apa kata, kalau saya senyum balik kat depa dan terima pelawaan pergi minum-minum (sambil senyum). Ko: Kalau tak silap saya saudari kata saudari sayang pada dia tapi sekarang ni apa yang saya dengar ialah saudari nak cuba berkenalan dengan orang lain pula. (Kaunselor mahu pastikan keinginan baru ini, terutama pula disertakan dengan senyum. Perkara ini perlu di dalami)

OUM

153

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

UNIT 3 BAB 6

Kl: Saya memang sayang kepada dia tapi kalau asyik-asyik kena tinggal saja, saya pun naik bosan juga. Orang lain boleh keluar tiap-tiap hari minggu; saya terperap kat TV saja. Saya rasa apa salahnya sekali-sekali keluar dengan orang lain. Mungkin kita boleh lihat pula bagaimana layanan orang lain terhadap kita. Ko: Untuk mengisikan kesunyian, saudari bercadang nak keluar dengan teman lain. (Kaunselor menamakan perasan baru iaitu kesunyian dan meninjau idea baru klien untuk keluar dengan teman baru). Dalam petikan sesi kaunseling ini kita boleh lihat beberapa perkara yang biasanya diberi tumpuan oleh kaunselor pemusatan insan iaitu penggunaan kemahiran refleksi perasaan dan parafrasa. Dorongan minima walaupun banyak digunakan sukar ditranskripsikan. Walaupun ringkas, kita boleh lihat perkembangan yang sedang berlaku dalam sesi ini, iaitu, perasaan-perasaan dikenalpsti dan pilihan tentatif klien sedang diterokai bersama oleh kaunselor. Sesi kaunseling ini akan berterusan dengan memberi tumpuan kepada perasaan dan pilihanpilihan baru yang sedang diterokai oleh klien. Kes 2 (Petikan permulaan kaunseling) Raju 12 tahun. Kes Raju ini menggambarkan seorang murid tahun 6 yang sedang mengalami tekanan diri dan konflik dengan kawan-kawan. Klien ini dirujuk oleh guru kelas. Kaunselor sekolah mempersilakan klien (budak sekolah) duduk di dalam pejabatnya. Ko: Sila duduk Raju.

Kl: (Raju duduk di kerusi dengan berpandang ke luar bilik, dan badannya bersandar longlai di atas kerusi). Ko: Saya diminta oleh guru kelas untuk berjumpa dengan Raju. Agaknya apa yang saya boleh tolong Raju? Kl: Ko: (Tidak menjawab, masih melihat ke luar bilik dan mengeluh) Mungkin Raju boleh ceritakan kepada saya apa yang menyebabkan Raju mengeluh.

Kl: Tak ada apa-apa Cikgu (walaupun Puan Zainab merupakan kaunselor sepenuh masa dan berdaftar, murid-murid masih memanggil beliau Cikgu) Ko: Saya dapat rasakan yang Raju mempunyai sesuatu nak disampaikan kepada saya. Kalau boleh saya ingatkan balik bahawa percakapan kita berdua ini merupakan rahsia antara kita berdua sahaja. Jadi Raju bolehlah cerita apakah perkara yang mengganggu awak pada masa ini. Kl: (Mata mula memandang kepada kaunselor dan dengan perlahan mula bercerita). Dia orang selalu usik saya Cikgu. Saya geram dengan dia orang Cikgu. Kalau boleh saya nak tempeling mereka. Ko: Saya faham yang Raju begitu marah kepada mereka. Kalau boleh, bolehkah Raju ceritakan apa yang dilakukan mereka sehinggakan awak begitu marah.

154

OUM

UNIT 3 BAB 6

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Kl: Dia orang panggil saya macam-macam, bulat, gemuk, fatso. Saya tak ada kacau mereka, saya duduk diam-diam di belakang kelas dan buat kerja saya. Saya mahu mereka jangan ganggu saya, saya tak mahu berkawan dengan mereka semua (sambail teresakesak menangis). Ko: Murid-murid kelas Raju selalu mengganggu Raju.

KL: Saya tak nak berkawan dengan mereka, biar saya seorang, mereka tak perlu tegur saya. Ko: Apa yang saya faham ni ialah Raju tidak mahu berkawan dengan murid-murid di dalam kelas. Adakah ini bermakna Raju tidak mempunyai kawan baik di dalam kelas? Kl: (teresak-esak lagi sekali) Mereka tak mahu berkawan dengan saya. Dari dulu lagi saya tak ada kawan baik, tak boleh berbual-bual macam dia orang. Semua perkara saya simpan dalam hati. Tak ada yang nak mendengar cerita saya. Ko: Raju rasa keseorangan, tidak ada kawan-kawan yang boleh berkongsi cerita.

Kl: Memang Cikgu,dalam kelas tu saya tak ada seorang pun kawan; semuanya asyik nak mengenakan saya. Kalau saya cuba nak bercakap, mereka akan melaung-laung supaya saya diam. Apa yang tak kena dengan saya, saya pun tak tahu. Walau pun saiz badan saya besar saya pun ada perasaan juga. Ko: Perasaan yang macam mana yang Raju mahu berkongsi dengan kawan-kawan.

(Kaunseling ini bersambung dengan memberi tumpuan kepada perasaan-perasaan yang sedang dialami Raju dan bagaimana perasaan ini boleh dikongsi bersama dengan kawankawan) Petikan kaunseling ini ingin memberi gambaran bahawa klien yang dirujuk juga boleh menjalani kaunseling pemusatan insan. Apa yang perlu dilakukan oleh kaunselor ialah menerima klien sepenuhnya dan memberi ingatan tentang perhubungan kerahsiaan yang dijalini. Penekanan kaunselor yang cuba memahami dunia klien, walaupun dia seorang murid sekolah, amatlah penting. Perasaan-perasaan klien perlu dihayati dan dikomunikasikan kembali kepada klien supaya beliau menyedari bahawa ada orang yang sedang mendengarnya dan memahaminya sekarang ini, walau pun murid kelasnya tidak mendengar beliau. Suasana yang selamat dan teraputik ini akan menggalakan klien bercerita dengan lebih mendalam dan juga menerokai punca-punca yang meyebabkan beliau tidak ada ramai kawan dan seterusnya mencari langkah-langkah yang sesuai untuk mebina perhubungan baru dengan kawan-kawan sedarjah.

6.6 SUMBANGAN TEORI PEMUSATAN INSANSepanjang pembelajaran anda setakat ini, cuba fikirkan tentang sumbangan teori pemusatan insan terhadap kaunseling.

OUM

155

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

UNIT 3 BAB 6

Teori pemusatan insan memberi sumbangan yang besar kepada kaunseling dan psikoterapi. Pendekatan ini begitu terbuka hingga boleh digunakan oleh pelbagai jenis kaunseling seperti kaunseling individu, kelompok dan keluarga. Teori ini juga boleh diguna pakai di dalam situasi yang berbeza-beza, misalnya dalam bidang pendidikan, organisasi kerajaan atau swasta, kebajikan pusat pemulihan, hospital, dan pelbagai situasi yang lain. Kaunseling yang tidak berpusatkan kepada kaunselor ini memberi sepenuh tumpuan kepada keupayaan klien untuk memikul tanggung jawab membuat keputusan. Kaunselor membantu klien meneroka, memahami dan mendapat kesedaran terhadap persoalan hidupnya dan klien sendiri akan memilih alternatif perubahan yang dikehendaki setelah berbincang bersama dengan kaunselor. Ini bermakna klien dapat merasakan dia berkuasa menentukan hidup. Sambutan yang diberi kepada kaunseling pemusatan insan sejak ia diperkenalkan pada tahun 50an dulu dapat bertahan hingga sekarang. Satu sumbangan yang berharga bagi pengamal-pengamal kaunseling ialah kaunseling atau psikoterapi tidak dikuasai secara ekslusif oleh mereka yang menggelarkan diri mereka pakar, terutamanya terapis psikoanalitik. Sekarang ini, kita dapati ramai ahli masyarakat yang dapat menggunakan perkhidmatan kaunseling dan bukan hanya segelintir yang berkeupayaan membayar dengan bayaran yang tinggi. Kaunseling pemusatan insan juga dapat menekankan kepentingan perhubungan hormat menghormati antara klien dengan kaunselor sebagai satu elemen utama dalam menjalankan kaunseling. Tiga sifat kaunselor iaitu kongruen, penerimaaan positif tanpa syarat dan empati sudah menjadi ciri kepastian bagi pendekatan kaunseling yang berlainan. Selain daripada sumbangan terhadap aplikasi kaunseling dan terapi, Rogers sebagai pelopor teori pemusatan insan juga menyumbang kepada psikologi personaliti yang merupakan landasan kepada teori ini. Secara khusus, beliau telah menyumbang dari segi kefahaman terhadap manusia, menekankan idea tentang perhubungan interpersonal dalam perkembangan personaliti, perubahan semasa melalui proses kaunseling dan menunjukkan keterbukaan dan fleksibiliti untuk penyelidikan secara saintifik. Konsep fenomenologi yang dipegang Rogers membawa tiga pengaruh utama dalam memahami personaliti. Apa yang penting ialah pengalaman yang dialami individu bukan sangat maklumat profesional atau pun yang sepatutnya dialami. Pertama, pendekatan fenomenologi mencabar pendekatan yang digelar objektif untuk memahami tingkah laku manusia. Objektif merujuk kepada mengkaji individu dari luar, secara tingkah laku, mekanikal dan tidak lebih terlibat secara personal. Rogers mempertikaikan bentuk kajian objektif terapi sedemikian. Beliau membuktikan bahawa manusia boleh dikaji secara fenomena (mendalami dunia subjektif individu) dan mengorak langkah baru untuk mengkaji secara ini, yang juga saintifik. Kedua, Rogers mendalami kajian terhadap konsep kendiri. Pemerhatian secara langsung semasa sesi kaunseling membolehkan kajian dilakukan dalam dunia individu, sama ada yang sihat atau bercelaru. Ketiga, Rogers mengajak kita memahami individu dengan memberi kepercayaan kepadanya. Dengan penerimaan dan persekitaran yang menyokong, individu akan berkembang ke arah kebaikan dan kesempurnaan.

156

OUM

UNIT 3 BAB 6

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rogers dianggap sebagai bapa kepada kaunseling moden kerana mencadangkan bahawa individu yang tidak kongruen (bercelaru) boleh diberi bantuan untuk perubahan dengan ketiga-tiga sikap ini yang merupakan tulang belakang kepada kaunseling pemusatan insan. Pandangan ini membolehkan kaunselor memberi perkhidmatan kaunseling kepada ramai manusia yang mengalami masalah kehidupan harian.

6.6.1

Kelemahan Teori Pemusatan Insan

Satu kelemahan yang ketara bagi teori pemusatan insan ialah, bukan kerana kelemahan teorinya tetapi lebih kepada cara teori ini diaplikasikan. Terdapat sebahagian kaunselor yang salah faham atau menyalahgunakan teori ini di peringkat amalan. Ramai kaunselor yang memahami prinsip-prinsip teori ini (atau memikirkan yang mereka memahami), dan secara falasafah bersetuju dengan prinsip-prinsipnya (atau memikirkan mereka bersetuju), mendapati sukar untuk mempraktikkan teori ini dengan berkesan. Misalnya, kaunselor sekolah selalu beranggapan bahawa oleh kerana ciri teori ini yang tidak mengarah, ia sukar dimanfaati oleh murid-murid yang sudah biasa menerima arahan dari guru-guru kelas. Pandangan ini lebih kepada keinginan kaunselor yang mahukan kuasa mengarah dalam menjalankan kaunseling dan tidak semestinya klien tidak sesuai dengan pendekatan teori pemusatan insan. Perhubungan antara kaunselor dengan klien yang begitu mesra dan menerima klien tanpa syarat, boleh menimbulkan kegelisahan kepada kaunselor yang tidak dapat memastikan had-had perhubungan. Potensi untuk menyalahgunakan keintiman perhubungan ini boleh dianggap sebagai satu kekurangan faktor mengawal. Sempadan antara pakar dan pesakit tidak terdapat dalam teori ini. Walaupun sebenarnya ia bukan kelemahan teori ini, ia lebih merupakan penyalah gunaan kuasa terhadap klien dalam situasi perhubungan saling hormat menghormati. Kritikan terhadap teori ini yang selalu didengar ialah kaunselor pemusatan insan senang dimanipulasikan oleh klien. Memang benar klien yang ingin memanipulasikan kaunselor lebih senang berbuat demikian kerana ciri penerimaan tanpa syarat, dan juga pengiayaan alam subjektif fenomenologi klien oleh kaunselor. Jika keseluruhan proses kaunseling pemusatan insan difahami dengan betul, persoalan ini tidak timbul kerana pada akhirnya klien akan menyedari bahawa memanipulasikan kaunselor yang memberi tumpuan menolong sepenuhnya kepada beliau akan cuma merugikan dirinya sendiri yang mahukan pertolongan. Satu lagi kritikan ialah teori ini tidak sesuai dengan orang yang mengalami kecelaruan psikologi yang teruk. Ia lebih sesuai kepada persoalan kehidupan harian. Klien-klien yang mengalami kecelaruan mental seperti psikotik atau neurosis berlebihan, kurang berkesan jika menggunakan pendekatan ini. Oleh kerana tiada strategi atau teknik khusus dimajukan oleh pendekatan ini, kadangkala ia menyusahkan kaunselor, terutama yang baru, untuk menerokai masalah klien. Pengunaan kemahiran-kemahiran seperti refleksi, parafrasa atau rumusan yang terlalu mekanikal boleh menimbulkan kebosanan kepada klien, sehingga mempengaruhi perkembangan keseluruhan sesi kaunseling. Kritikan ini boleh diterima jika ia khusus kepada kemahiran kaunselor, tetapi tidak pula menujukkan bahawa teori ini lemah dari segi proses kaunseling. Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

OUM

157

TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

UNIT 3 BAB 6

Latihan 6.11. Teori kaunseling pemusatan insan mempunyai pandangan terhadap manusia yang tersendiri. Apakah pandangan tersebut? Nyatakan konsep kendiri dalam teori Carl Rogers. Apakah tiga sikap kaunselor yang mencukupi dan perlu ada untuk menjayakan proses kaunseling menurut Carl Rogers? Kemahiran-kemahiran asas kaunseling ada banyak. Nyatakan empat kemahiran asas yang anda rasakan amat penting.

2. 3.

4.

RUMUSANBab ini telah menerangkan teori kaunseling pemusatan insan dengan terperinci dan konsepkonsep penting yang berkaitan dengan teori ini juga diberikan penjelasan. Contoh dalam bentuk skrip dimuatkan untuk memberi gambaran bagaimana proses kaunseling dijalankan. Untuk menghayati teori pemusatan insan dan menjadi seorang kaunselor pemusatan insan, seseorang perlu memahami huraian prinsip dan konsep yang dikemukakan oleh Rogers dengan lebih mendalam. Amalan yang dilakukan perlu mengikut tahap-tahap yang tertentu, dan perubahan tingkah laku yang dilihat adalah berdasarkan urutan perubahan yang mungkin berlaku mengikut huraian teori ini. Kaunseling akan menjadi berkesan apabila syarat-syarat yang disarankan diikuti dengan betul dan proses yang dilalui oleh klien mengikut perkembangan yang disarankan.

158

OUM