15 lampiran 6 (huraian rph b)

11
KPD4063 KAEDAH MENGAJAR 1 MODEL HUNTER / PENGAJARAN DALAM AMALAN Murid yang diajar mengikut ‘Teori Pengajaran Dalam Amalanadalah berdasarkan kepada Hunter (1991). Beliau menyatakan bahawa pengajaran meliputi suatu siri keputusan profesional yang mempengaruhi tahap pembelajaran seseorang murid. Keputusan-keputusan ini adalah berkenaan dengan isi kandungan pelajaran, bagaimana murid mencapai pembelajaran melalui aktiviti tertentu dan tingkah laku guru yang spesifik dalam kelas. Hunter percaya bahawa konseptualisasi pengajaran dengan ketiga-tiga keputusan tersebut boleh membekalkan suatu rangka rujukan . Ini bermakna keputusan pengajaran dan tindakan boleh diterangkan, diinterpretasi, dibincang, dinilai dan diperbaiki. Program Hunter memberikan suatu reka bentuk yang mengandungi sembilan unsur untuk mengajar suatu pelajaran. Unsur-unsur dalam pengajaran ini ialah: Rajah 1: Model Hunter atau Pengajaran dan Amalan Set induksi Menyatakan objektif Input pengajaran modelan Semak kefahaman murid Pantau dan ubah suai Praktis terbimbing Praktis bertempoh Penutup

Upload: sufi-lee-fizah-chuswan

Post on 07-Jul-2015

4.173 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 15 lampiran 6 (huraian rph b)

KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

1

MODEL HUNTER / PENGAJARAN DALAM AMALAN

Murid yang diajar mengikut ‘Teori Pengajaran Dalam Amalan’ adalah berdasarkan kepada Hunter (1991).

Beliau menyatakan bahawa pengajaran meliputi suatu siri keputusan profesional yang mempengaruhi tahap

pembelajaran seseorang murid. Keputusan-keputusan ini adalah berkenaan dengan isi kandungan pelajaran,

bagaimana murid mencapai pembelajaran melalui aktiviti tertentu dan tingkah laku guru yang spesifik dalam

kelas.

Hunter percaya bahawa konseptualisasi pengajaran dengan ketiga-tiga keputusan tersebut boleh

membekalkan suatu rangka rujukan . Ini bermakna keputusan pengajaran dan tindakan boleh diterangkan,

diinterpretasi, dibincang, dinilai dan diperbaiki. Program Hunter memberikan suatu reka bentuk yang

mengandungi sembilan unsur untuk mengajar suatu pelajaran. Unsur-unsur dalam pengajaran ini ialah:

Rajah 1: Model Hunter atau Pengajaran dan Amalan

Set induksiMenyatakan

objektifInput

pengajaran

modelanSemak

kefahamanmurid

Pantau danubah suai

Praktisterbimbing

Praktisbertempoh

Penutup

Page 2: 15 lampiran 6 (huraian rph b)

KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

2

1. Set Induksi (Anticipatory Set)

Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran

yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Ee Ah Meng (1987) menyatakan set

induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti

sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran. Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan

bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama

mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya

mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara

memulakan pengajaran di mana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru

menyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan

pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menimbulkan minat dan

menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran

yang dipersembahkan oleh guru mereka. Sehubungan itu, set induksi juga memberikan lebih

pemahaman dan aplikasi idea melalui penggunaan contoh, gambar, cerita, soalan dan perkara-perkara

yang boleh menarik perhatian pelajar. Di samping membolehkan murid menjangka apa yang akan

dipelajari

Rajah 2: Contoh set induksi berbantukan computer

Page 3: 15 lampiran 6 (huraian rph b)

KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

3

2. Menyatakan Objektif Dan Tujuan

input – murid mendapat maklumat baru

modeling – guru memberikan contoh-contoh, demonstrasi, idea,

menguji kefahaman – guru menguji di celah-celah pelajaran

latihan berpandu – murid berlatih dengan skala yang dipelajari dan diselia oleh guru

latihan bebas – murid membuat tugasan yang diberi oleh guru tentang apa yang telah dipelajari secara bebas

Jadual : Jadual Teori Pengajaran dan Amalan

Semasa guru hendak membuat keputusan, guru tersebut haruslah membuat keputusan berasaskan kepada

pengajaran yang berkesan. Ini seterusnya memerlukan guru memahami sains pengajaran kerana ini akan

menjadi asas untuk guru dalam membuat keputusan. Di samping itu, guru haruslah berkemahiran untuk

melaksanakan keputusan yang tepat. Model ini boleh dipraktikkan dengan merancang soalan yang diperoleh

daripada tiga jenis keputusan di atas iaitu:

Apakah yang murid akan belajar?

Bagaimanakah murid akan belajar?

Page 4: 15 lampiran 6 (huraian rph b)

KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

4

Keputusan yang bersangkutan dengan kadar pembelajaran, pemindahan pembelajaran kepada situasi

yang baru.

Page 5: 15 lampiran 6 (huraian rph b)

KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

5

Huraian Rancangan Pengajaran Harian B (Pelajar Sederhana)

Pengenalan

Huraian rancangan pengajaran harian ini adalah sangat penting bagi menunjukkan perkaitan antara teori yang

telah dipelajari dengan penyediaan pelan pengajaran yang telah disediakan oleh guru. Oleh yang demikian,

tujuan dalam menghuraikan langkah yang terdapat dalam RPH adalah bagi menentukan tahap rasional dan

justifikasi terhadap sesuatu yang telah dirancang. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya

psikologi, sosiologi, falsafah dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersama dalam huraian yang telah

dinyatakan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Manakala, soalan taksiran yang

disediakan oleh guru merupakan satu langkah bagi melihat keberkesanan objektif yang hendak dicapai dan

disemak sendiri oleh pelajar dalam menentukan maklumbalas dari pelajar.

Profil Kelas

Rancangan pengajaran harian ini, melibatkan pelajar-pelajar kelas tingkatan 5 Perdaganagan 2 iaitu

seramai 30 pelajar yang wajib mengambil subjek Perdagangan. Kelas ini terdiri daripada 15 pelajar lelaki dan

15 pelajar perempuan. Saya merupakan guru bagi subjek Perdagangan untuk kelas ini. Sebelum saya mengajar

mereka, saya akan melihat kepada Rancangan Pengajaran Tahunan terlebih dahulu. Selepas itu, saya akan

menerangkan kepada pelajar mengenai topik yang akan saya ajar dalam subjek Perdagangan ini. Latar belakang

pelajar di dalam kelas ini adalah sederhana berdasarkan daripada keputusan peperiksaan meraka pada tahun

lepas. Faktor pelajar yang ramai didalam kelas ini dapat memudahkan guru dalam menjalankan aktiviti dan

mengambil prestasi mereka. Hal ini kerana mereka tidak ada masalah dalam memberi tumpuan. Kecenderungan

Page 6: 15 lampiran 6 (huraian rph b)

KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

6

murid di kelas ini disebabkan oleh teori kognitif intrapersonal yang mengatakan mereka lebih memahami diri

mereka sendiri dan yakin akan kebolehan mereka sendiri tanpa bantuan orang lain.

Oleh yang demikian, tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut ialah mengenai faktor-faktor

pemilihan media pengiklanan. Sesi P&P ini dijalankan selama 80 minit dimana P&P bermula pada jam 7.30

pagi hingga 8.50 pagi. Sebelum ini pelajar telah didedahkan dengan jenis-jenis media pengiklanan dan

mempunyai sedikit pengalaman melalui keadaan semasa. Oleh itu, dalam sesi P&P ini lebih menumpukan

terhadap faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh peniaga dalam menentukan media pengiklanan untuk

memasarkan produk mereka.

Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran merupakan penggerak utama kepada isi kandungan kursus dan struktur pengukurannya.

Pengukuran hasil pembelajaran merupakan kunci penting dalam memastikan objektif dan matlamat dapat

dicapai sama ada dalam jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Oleh itu, dalam pembentukan hasil

pembelajaran yang berkesan saya telah menggunakan kaedah Mager. Melalui kaedah Mager ini saya dapat

gambaran yang jelas dan terperinci terhadap setiap komponen yang diukur iaitu audience (A), behavior (B),

condition (C), dan desired criteria (D). Oleh yang demikian, saya telah menetapkan dua hasil pembelajaran

dalam proses p&p yang dilaksanakan. Hasil pembelajaran yang pertama ialah :

Sebelum tamat tamat proses pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar-pelajar

Tingkatan 5 Perdagangan 2 (A) dapat ;

a) Menghuraikan (B – Aras 2) 70% faktor-faktor pemilihan (D) media pengiklanan

Perkataan menghuraikan merupakan kata kerja yang telah saya guna dalam menentukan hasil

pembelajaran. Hal ini kerana perkataan menghuraikan merupakan kata kerja yang telah diletakkan pada aras

kedua dalam Model Taksonomi Bloom iaitu aras kefahaman. Berdasarkan andaian, saya mengjangkakan pelajar

dapat menyenaraikan dan menghuraikan sebanyak 70% daripada tujuh faktor yang perlu dipertimbangkan

dalam pemilihan media pengiklanan mengikut tahap pemahaman mereka dan hanya 30% sahaja pelajar yang

kurang tepat dalam menghuraikan faktor-faktor tersebut. Saya beranggapan bahawa pelajar tersebut tidak faham

terhadap topik tersebut atau pelajar kurang memberi tumpuan sewaktu proses P&P dilaksanakan.

Manakala, hasil pembelajaran kedua yang telah ditetapkan ialah :

b) Mengenal pasti (B – Aras 4 ) faktor-faktor pemilihan media pengiklanan yang diambil kira dalam

iklan perniagaan yang dipilih

Dalam Taksonomi Bloom perkataan mengenalpasti terletak pada aras analisis iaitu aras keempat dalam

Taksonomi Bloom sebelum aras aplikasi. Tujuan saya memilih aras ini adalah untuk menguji tahap pemikiran

pelajar sama ada mereka dapat menguasai pembelajaran yang saya sampaikan atau sebaliknya. Oleh itu, saya

menjangkakan pelajar akan akan mengenalpasti setiap faktor yang terdapat dalam penentuan pemilihan media

Page 7: 15 lampiran 6 (huraian rph b)

KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

7

pengiklanan yang perlu dipertimbangkan oleh peniaga atau syarikat sebelum mengiklankan produk keluaran

mereka di pasaran.

Huraian Aktiviti

Dalam pembentukan rancangan pengajaran harian ini, saya telah menggunakan model Hunter’s Lesson Cycle

Design (1976) sebagai panduan dalam menghasilkan rancangan pengajaran harian ini. Tujuan saya

menggunakan model ini adalah memudahkan saya dalam menyemak kefahaman pelajar dan dapat memantau

segala aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. Selain itu, melalui model ini guru juga dapat melakukan praktis

terbimbing dan praktis bertempoh bagi memantapkan kefahaman pelajar terhadap topik berkenaan.

Set Induksi

1. Dalam set induksi ini, saya telah memperuntukkan selama 5 minit sebelum memulakan proses P&P. Oleh

itu, saya telah memaparkan gambar-gambar yang berkaitan dengan media cetak dan media eletronik. (Rujuk

Lampiran BBM 1)

Oleh yang demikian, melalui pengetahuan sedia ada pelajar akan meneka gambar yang saya pamerkan

tanpa sebarang pertanyaan daripada saya. Saya beranggapan bahawa gambar yang saya paparkan pelajar

sudah biasa lihat dalam kehidupan seharian mereka seperti gambar risalah, akhbar dan majalah. Penggunaan

gambar dalam set induksi ini dapat menunjukkan sesuatu yang baru kepada murid dengan jelas dan tepat

(Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003). Hal ini kerana melalui gambar dapat menerangkan dengan

jelas konsep atau idea yang ingin disampaikan oleh guru.

Selain itu, saya juga menerapkan nilai kerjasama dalam set induksi ini di mana 5 daripada 30 orang

pelajar telah memberi kerjasama dengan meneka gambar yang dipaparkan secara sukarela yang mempunyai

hubung kait dengan topik pengajaran yang ingin disampaikan.

Memaklumkan Hasil Pembelajaran.

2. Guru memaklumkan hasil pembelajaran kepada pelajar supaya pelajar dapat membuat gambaran terhadap

kepentingan dalam menguasai isi pelajaran yang akan disampaikan oleh guru. Tujuan hasil pembelajaran ini

disampaikan kepada pelajar adalah bagi memastikan pelajar memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran serta menguasai perkara yang disampaikan oleh guru (Ng Kim Choi, 2011).

Input Pengajaran

3. Dalam menyampaikan input mengenai topik yang akan diajar, saya telah menggunakan alat bantu mengajar

iaitu slaid power point yang telah disediakan oleh guru (Rujuk Lampiran BBM 2). Tujuan saya memilih

slaid power point ini dalam menyampaikan input pengajaran topik tersebut adalah untuk meningkatkan

minat pelajar terhadap topik yang diajar dan membantu pelajar dalam menguasai isi pelajaran topik tersebut.

Page 8: 15 lampiran 6 (huraian rph b)

KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

8

Jean Piaget (1950) menyatakan bahawa kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul

dalam usahanya menyesuaikan diri dalam persekitaran. Pembelajaran berbantukan komputer ini dapat

memberikan peluang kepada pelajar dalam memahami sesuatu konsep. Manakala, Rashidi (1986)

menyatakan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini dapat mewujudkan

persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana pembelajaran yang seronok untuk pelajar.

Oleh yang demikian, berdasarkan slide power point saya telah menerangkan kepada pelajar mengenai

sub topik yang saya akan ajar iaitu sebanyak 5 daripada 7 faktor pemilihan media pengiklanan yang terdiri

daripada kos pengiklanan, luas pasaran, dasar kerajaan, saiz perniagaan, sasaran pengguna, tujuan

pengiklanan, serta jenis dan sifat barangan. Di samping itu, saya juga menyatakan contoh yang bersesuaian

dengan topik pengajaran saya. Misalnya, faktor kos pengeluaran ini perlu di pertimbangkan oleh peniaga

yang mempunyai modal yang kecil dalam mengiklankan produk syarikat mereka seperti perniagaan runcit.

Oleh itu, melalui contoh yang diberi pelajar akan lebih mudah untuk memahami.

Permodelan

4. Dalam langkah ini saya menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) kepada kelas yang

saya ajar ini iaitu kelas pada tahap sederhana. Oleh yang demikian, melalui kaedah ini pelajar akan berusaha

untuk mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah dengan usahanya sendiri. Proses ini kan

menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut kajian yang dijalankan oleh Nor Ratna

Masrom (2005) mendapati bahawa pelajar tidak akan mampu menguasai pelajaran dan menyelesaikan

pelajaran sekiranya pelajar tidak memahami proses dalam perlaksanaan kaedah PBL.

Maka, Lynda Wee (2004) telah menggariskan tujuh langkah dalam melaksanakan proses PBL. Langkah

–langkah tersebut adalah pembahagian kumpulan, mengenalpasti masalah, menjana idea, isu pelajaran,

pembelajaran kendiri, sintesis dan aplikasi, dan refleksi dan tindak balas. Selain itu, kajian tersebut

mendapati bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu untuk

melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna dan cekap. Justeru itu, Edward dan

Monika (1995) telah menggariskan lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah

mengenalpasti masalah, menganalisis masalah dan mengumpul data, membuat keputusan, mengenalpasti

penyelesaian yang terbaik dan melaksanakan keputusan.

Oleh yang demikian, dalam melaksanakan PBL ini saya telah membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan

yang terdiri daripada 6 orang pelajar sama ada pelajar lelaki atau pelajar perempuan. Bagi mewujudkan

suasana yang harmoni saya telah memberi kebenaran kepada pelajar untuk menetapkan ahli kumpulan

masing-masing dengan syarat dalam setiap kumpulan perlu mempunyai seorang pelajar lelaki dan berlainan

bangsa. Hal ini kerana saya ingin merapatkan jurang antara pelajar Melayu, Cina dan India supaya wujud

semangat 1 Malaysia yang diterapkan oleh pihak kerajaan.

Page 9: 15 lampiran 6 (huraian rph b)

KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

9

Apabila pelajar telah membentuk kumpulan, guru akan meminta seorang wakil daripada setiap

kumpulan untuk mengambil sampul yang mengandungi gambar suatu jenis perniagaan. Sampul yang diberi

kepada pelajar mengandungi gambar suatu jenis perniagaan. Dalam 5 sampul tersebut saya meletakkan

gambar bagi setiap jenis perniagaan iaitu perniagaan runcit, perniagaan borong, pasaraya, kedai kecantikan,

dan kedai cermin mata. Dengan itu, melalui gambar pelajar perlu menghuraikan 5 daripada 7 faktor yang

mereka pelajari dalam mempertimbangkan media pengiklanan yang bersesuaian bagi memasarkan produk

yang dijual mengikut jenis perniagaan. Kemudian, pelajar perlu berbincang dengan ahli kumpulan mereka

mengenalpasti 5 faktor pemilihan media pengiklanan yang diambil kira oleh peniaga sebelum mengiklankan

produk mereka. Contohnya, kumpulan 1 membincangkan gambar perniagaan runcit. Oleh itu, pelajar perlu

berfikir cara-cara untuk mengiklankan barangan daripada perniagaan runcit ini dengan mengambil kira 5

faktor pemilihan media pengiklanan. Kumpulan ini telah memilih faktor kos pengeluaran, sasaran

pengguna, jenis barangan, tujuan pengiklanan dan saiz peniagaan. (Rujuk Lampiran BBM 3)

Semak Kefahaman Pelajar.

5. Dalam langkah ini guru memainkan peranan sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang

dilakukan oleh pelajar. Pelajar diberi kebebasan untuk menyatakan dan menyumbangkan idea dalam

perbincangan diantara ahli kumpulan (Noor Azizah, 2002). Oleh itu, guru hendaklah menyatakan bahawa

setiap ahli kumpulan perlu diberikan peluang dalam menyumbangkan idea dan menghormati idea serta

menyokong idea rakan-rakan lain.

Selain itu, setiap hasil perbincangan yang telah dicapai dalam kumpulan perlu direkodkan oleh pelajar.

Hal ini kerana dapat memudahkan pelajar untuk membuat rujukan. Aktiviti perbincangan dalam kumpulan

ini juga dapat menerapkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif iaitu menjana idea. Idea yang kreatif

dapat membantu pelajar dalam memahami topik yang dipelajari pada hari tersebut sama ada untuk dirinya

dan rakan-rakan yang lain.

Pantau dan ubahsuai

6. Dalam langkah ini guru perlu memantau bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas. Hal ini

kerana bagi memastikan mutu pembelajaran sentiasa konsisten dan menepati isi pelajaran yang

disampaikan. Mohd Salleh (2006) juga menyatakan kepentingan pemantauan dalam proses P&P kerana

melalui pemantauan dapat menentukan pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Oleh yang

demikian, guru perlu memberi panduan kepada pelajar bagi menyelesaikan masalah dalam aktiviti pelajar.

Menurut Suppiah (2008), bagi mencapai pengajaran yang berkesan guru perlu mempunyai kemahiran

professional dan berpengetahuan. Oleh itu, pemantauan ini tergolong dalam kemahiran guru bagi

menguruskan situasi bilik darjah dan kemahiran komunikasi antara guru dengan pelajar. Guru perlu bijak

Page 10: 15 lampiran 6 (huraian rph b)

KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

10

dalam berkomunikasi dengan pelajar supaya emosi pelajar tidak terganggu dan proses P&P dapat dijalankan

dalam keadaan yang harmoni.

Praktis Terbimbing

7. Dalam langkah ini pelajar diberikan masa selama 20 minit untuk melakukan perbincangan di dalam

kumpulan. Setiap ahli kumpulan akan bekerjasama dalam mengaplikasikan dan mengeluarkan segala isi

pelajaran yang dikehendaki berdasarkan kepada rujukan yang tertentu seperti buku teks, buku rujukan dan

bimbingan guru. Oleh yang demikian, kemahiran sosial yang telah diterapkan dalam aktiviti yang dijalankan

ialah mengintergrasikan idea semua ahli kumpulan dalam membentuk jawapan yang dikehendaki mengikut

ketetapan.

Selain itu, pelajar dikehendaki untuk menghasilkan nota ringkas mengikut kumpulan masing-masing.

Apabila tamat masa untuk perbincangan pelajar dikehendaki menukarkan nota ringkas mereka kepada

kumpulan yang lain. Kumpulan tersebut akan menilai dan menyemak isi pelajaran yang terdapat dalam nota

ringkas tersebut dengan dibimbing oleh guru. Nota ringkas tersebut boleh dihasilkan mengikut kreativiti ahli

kumpulan masing-masing. Menurut Skinner (1953) dalam teori perlaziman menyatakan bahawa gerak balas

boleh dikuatkan atau dihapuskan jika diberi peneguhan sebaik sahaja gerak balas tersebut dilakukan.

Peneguhan bermaksud perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi seperti

kata-kata pujian, senyuman, memberi hadiah dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya akan memberi

respon terhadap kumpulan yang menghasilkan nota ringkas yang menarik, mudah difahami, dan kreatif.

Nota ringkas yang sangat menarik akan diberi ganjaran dan hasil kerja mereka akan saya jadikan panduan

serta rujukan kepada semua pelajar kelas tersebut. Pendekatan ini dilakukan bagi memupuk semangat dan

minat pelajar untuk memberikan dan menintegrasikan idea dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Praktis Bertempoh

8. Menerusi praktis ini guru akan meminta pelajar untuk merumuskan isi pelajaran yang diperolehi daripada

pengajaran dan aktiviti yang telah dilaksanakan. Oleh yang demikian, pelajar akan diberikan soalan taksiran

bagi menguji tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran (Rujuk Lampiran BBM 4).

Pelajar diberi masa selama 5 minit untuk menjawab soalan ini manakala, jawapan akan ditulis pada papan

hitam/putih selepas pelajar menjawab soalan tersebut. Soalan taksiran ini adalah berbentuk aneka pilihan.

Guru menganalisa pencapaian murid dengan mengarahkan murid-murid mengangkat tangan mengikut skor

markah yang diperolehi dan membuat penilaian berdasarkan skor yang diperolehi bagi setiap murid.

Penutup

9. Oleh itu, melalui skor markah yang telah diperolehi sebanyak 80% pelajar dapat skor 7 ke atas daripada 10

soalan yang diberi. Saya telah merumuskan isi pelajaran yang disampaikan kepada pelajar melalui proses

Page 11: 15 lampiran 6 (huraian rph b)

KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

11

pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan pada hari tersebut. Sub topik faktor pemilihan media

pengiklanan merupakan topik yang terakhir dalam Bab 6 (Promosi). Oleh yang demikian, saya telah

merumuskan keseluruhan bab 6 dengan mengimbas kembali setiap subtopik yang telah diajar kepada pelajar

Tingkatan 5 Perdagangan 2. Saya mengakhiri proses P&P pada hari tersebut dengan ucapan terima kasih

kepada pelajar di atas sikap kerjasama pelajar dalam menjalankan aktiviti pada hari tersebut.