huraian sukatan pelajaran pembinaan domestik filepemetaan kandungan 5 format huraian 6 huraian...

38
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PEMBINAAN DOMESTIK TINGKATAN EMPAT dan LIMA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

Upload: vantuyen

Post on 11-Mar-2019

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

2002

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

PEMBINAAN DOMESTIK TINGKATAN EMPAT dan LIMA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

i

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

ii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian

iii

Pendahuluan 1

Matlamat 1

Objektif 1

Organisasi Kandungan 2

Pendekatan Dan Penekanan 3

Pemetaan Kandungan 5

Format Huraian 6

Huraian Tingkatan Empat 7

Huraian Tingkatan Lima 20

iv

KATA PENGANTAR

Para 1 (kosong)

Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik untuk sekolah menengah atas. Buku ini juga menyediakan penerangan bagi membantu guru menguruskan pelaksanaan kurikulum Pembinaan Domestik dalam bengkel. Guru diharap dapat merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan sesuai dengan kebolehan dan minat murid serta persekitaran sekolah supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.

Para 3 (kosong)

( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN ) PengarahPusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

1

Pembinaan Domestik adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.

Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang pembinaan.

Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persediaan awal ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiwan, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan penjagaan.

Dalam kurikulum Pembinaan Domestik tumpuan diberi kepada pelbagai kemahiran dalam kerja menerap bata, kerja melepa, kerja konkrit bertetulang dan

simen ferro serta kerja peranca. Kemahiran kemasan merangkumi kemasan cat emulsi, kemasan gerutu dan memasang jubin.

Murid juga digalakkan merebut peluang kerjaya dalam industri pembinaan. Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.

Matlamat mata pelajaran Pembinaan Domestik adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran dalam kerja menerap bata, lepaan, konkrit, serta kerja membuat kemasan gerutu, cat emulsi dan jubin dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri pembinaan.

Kurikulum Pembinaan Domestik adalah untuk membolehkan murid :

1. Membuat kerja menerap bata dan melepa dalam pembinaan tembok, tiang dan gerbang

2. Membuat kerja merancang tanda tapak pembinaan dan memasang kerangka pintu dan tingkap

ApakahMata

PelajaranPembinaanDomestik?

MatlamatMata

PelajaranPembinaan

Domestik

PENDAHULUAN

MATLAMAT

OBJEKTIF

ObjektifMata

PelajaranPembinaan

Domestik

2

3. Membuat kemasan gerutu, cat emulsi dan jubin

4. Menghasilkan kerja konkrit dan simen ferro

5. Memasang dan menanggalkan peranca dengan selamat

6. Mengguna dan menyenggara alatan dan mesin kerja bata

7. Melakar dan mentafsir lukisan projek

8. Mengenal pasti dan menggunakan bahan binaan dalam kerja pembinaan

9. Mengamalkan peraturan keselamatan dan etika kerja

10. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.

Mata pelajaran ini terbahagi kepada tiga bidang pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti berikut:

RangkaKonsep

ORGANISASI KANDUNGAN

RANGKA KONSEP

BANCUHAN MORTAR KONKRIT

PENGURUSAN TEMPAT KERJA

KEUSAHAWANANKOMUNIKASIRANCANGAN PERNIAGAANKERJAYA

MENJALANKAN PERNIAGAAN SENDIRIMENYUMBANG TENAGA KERJA INDUSTRI PEMBINAAN

KERJAYAMENJALANKAN PERNIAGAAN SENDIRIMENYUMBANG TENAGA KERJA INDUSTRI PEMBINAAN

KEMAHIRAN PEMBINAAN

KERJA KONKRIT

KONKRIT TETULANGKERJA BENTUKSIMEN FERR0

KERJA KONKRIT

KONKRIT TETULANGKERJA BENTUKSIMEN FERR0

KEMAHIRAN PEMBINAAN

KEMASANKEMASAN GERUTU

CAT EMULSIJUBIN

BIRAI HIAS

KEMASANKEMASAN GERUTU

CAT EMULSIJUBIN

BIRAI HIAS

MENERAPBATA

TIANGTEMBOKGERBANG

MELEPATIANGTEMBOKGERBANG

MELEPATIANGTEMBOKGERBANG

MERANCANG TANDAMELAKAR MELUKIS PELAN

MERANCANG TANDAMELAKAR MELUKIS PELAN

3

Deskripsi tiga bidang pembelajaran bagi Pembinaan Domestik adalah seperti berikut:

1. Pengurusan Tempat Kerja

Murid sentiasa mematuhi dan mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan kerja amali dengan mematuhi peraturan dan undang-undang dalam pekerjaan, rawatan kecemasan dan memadam kebakaran. Di samping itu juga murid dilatih menguruskan tempat kerja secara berkesan dengan menitikberatkan kebersihan dan penyenggaraan alatan yang berkaitan.

2. Kemahiran Pembinaan

Dalam bidang pembelajaran ini murid menjalankan latihan amali yang disepadukan dengan teori berkaitan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran yang diperolehi termasuk mengenali bahan, komposisi bancuhan, merancang tanda tapak, jenis ikatan bata, cara sambungan, mengemas ikat, pembinaan gerbang bata dan menguji hasil kerja. Murid juga diberi latihan amali berterusan bagi melakukan kerja melepa dan kemasan seperti menggunakan cat emulsi, kemasan gerutu, memasang jubin dan birai hias. Di samping itu murid didedahkan dalam kerja konkrit, simen ferro dan penggunaan peranca dalam pembinaan serta melakukan kerja memasang dan menanggal dengan mengamalkan langkah keselamatan.

3. Keusahawanan

Murid didedahkan kepada teknik komunikasi yang berkesan, cara melayan pelanggan dan kemahiran membuat keputusan. Di samping itu, murid dibimbing membuat perancangan perniagaan yang mudah dan mengenal pasti organisasi yang membantu usahawan. Murid juga didedahkan dengan peluang kerjaya yang terdapat di industri pembinaan.

Pembinaan Domestik adalah mata pelajaran yang memberi tumpuan terhadap menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali. Bahagian teorinya diserap secara tidak langsung semasa menjalankan kerja amali. Dalammengendalikan kelas, penggabung jalinan perlu diadakan di antara lakaran, lukisan, teori dan amali. Bidang pembelajaran Keusahawanan perlu digabungkan dengan bidang pembelajaran Kemahiran Pembinaan bagi membolehkan murid berdikari dan memajukan diri semasa menceburi industri pembinaan.

Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki di dalam industri pembinaan dan relevan dengan bidang pekerjaan yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan bidang kerjaya masa depan.

KemahiranmelaluiLatihan

Amali

PENDEKATAN DAN PENEKANAN

Kemahiranyang

Relevan

4

Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang baik harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Tumpuan diberi ke arah murid yang berusaha mencapai kecemerlangan, bersungguh menghasilkan produk yang berkualiti dan ingin memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik. Keutamaan juga diberi mengenai kebijaksanaan menggunakan sumber dalam pengendalian dan urusan kerja serta pemeliharaan alam sekitar. Murid harus berfikiran terbuka, menepati masa semasa menyiapkan kerja, berkeyakinan dalam membuat keputusan, bekerjasama, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan persekitaran. Guru harus memastikan murid dapat menunjukkan dan mengamalkan nilai tersebut semasa menjalankan kerja amali.

Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kerja amali, saiz bagi satu kelas mata pelajaran Pembinaan Domestik mestilah tidak melebihi dua puluh lima orang murid.

Alatan audio video perlu disediakan di bengkel Pembinaan Domestik bagi membantu murid memahami proses pembinaan semasa melakukan kerja amali.

Mortar kapur yang digunakan bagi tujuan latihan menerap bata dan melepa mestilah dikitar semula.

Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan dan dipatuhi semasa berada di bengkel pembinaan maupun semasa menjalankan kerja amali di kawasan luar. Sebarang penggunaan alatan perlu diselia oleh guru untuk mengelakkan kemalangan. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja hendaklah dijalankan secara berjadual oleh murid bagi menambahkan pengalaman, semangat bekerjasama dan bertanggungjawab serta mempertingkatkan lagi tahap disiplin murid dan sifat kepimpinan mereka.

Murid digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini di bidang industri pembinaan seperti reka bentuk fizikal, bahan yang digunakan, sumber bagi mendapatkan bahan terkini di pasaran. Kemahiran ICT murid diperkembangkan seperti melayari internet dan berkomunikasi secara elektronik. Rujukan buku dan majalah profesional juga digalakkan.

Guru perlu membuat tunjuk cara pada bahagian yang sesuai sebelum murid menjalankan kerja amali.

Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 disediakan untuk membantu murid menguasai tahap kemahiran dalam setiap unit pembelajaran. Pendekatan dalam modul ini lebih kepada kemahiran praktis di samping maklumat rujukan sebagai pengetahuan teori. Setiap modul mengandungi panduan kerja, maklumat rujukan dan penilaian.

Nilai Murni

Tunjuk Cara

ModulPembelajaran

TeknologiMaklumat

danKomunikasi

Saiz Kelas

AlatanAudioVideo

Bahan KitarSemula

Keselamatan dan

PengendalianBengkel

5

Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran Pembinaan Domestik untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 adalah seperti dalam Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan rancangan pengajaran.

Masa pengajaran mata pelajaran Pembinaan Domestik ialah dua belas waktu seminggu yang mana setiap waktu ialah empat puluh minit.

Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

1. Pengurusan Tempat Kerja ( 2 )

1.1 Organisasi bengkel 1

a. Peraturan dan langkah keselamatan

b. Rawatan kecemasan

c. Memadam kebakaran

d. Etika dan budaya kerja

e. Peraturan dan undang-undang kerja

f. Pemeliharaan alam sekitar dalam industri pembinaan

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

1.2 Jenis alatan, penggunaan dan penyenggaraan 1

a. Penyenggaraan

b. Rekod stok

2. Kemahiran Pembinaan ( 33 ) ( 33 )

2.1 Kerja menerap bata

a. Mengenali jenis bata dan pelbagai bahan dalam kerja bata ½

b. Memotong bata mengikut bentuk dan saiz ½

c. Menyedia mortar 1

d. Menerap bata 9

e. Membina tiang 4

f. Membina tembok 6

g. Membuat bata 4

h. Membina gerbang 6

2.2 Kerja melepa

a. Jenis lepaan ½

b. Bahan dan alatan ½

c. Melepa 5 5

2.3 Kemasan

a. Pengenalan 1

b. Kemasan cat emulsi 3

c. Kemasan gerutu 2

d. Memasang jubin 5

PemetaanKandunganTingkatan 4

danTingkatan 5

BilanganWaktu

Seminggu

PEMETAAN KANDUNGAN

6

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

2.4 Kerja konkrit

a. Ciri konkrit 1

b. Pengkonkritan 2

c. Konkrit bertetulang 2

d. Kerja bentuk konkrit 1

e. Simen ferro 5

2.5 Peranca

a. Pengenalan ½

b. Langkah keselamatan kerja peranca ½

c. Memasang dan menanggal peranca 1

3. Keusahawanan ( 2 )

3.1 Kemahiran berkomunikasi

3.2 Kemahiran membuat keputusan

3.3 Rancangan perniagaan

3.4 Agensi yang membantu usahawan

3.5 Pemasaran

3.6 Peluang kerjaya di industri pembinaan

JUMLAH ( 35 minggu ) ( 35 minggu )

Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajuriaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan.Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.

Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasan dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.

Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu guru merancang dan membekalkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka.

Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan lima diperincikan seperti berikut:

Tiga lajur

Bidang, Unitdan Tajuk

Pembelajaran

HasilPembelajaran

CadanganAktiviti

Pembelajaran

FORMAT HURAIAN

7

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

PEMBINAAN DOMESTIK TINGKATAN EMPAT

8

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1. Pengurusan Tempat Kerja

( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )

1.1 Organisasi bengkel

a. Peraturan dan langkah keselamatan

Mengamalkan langkah keselamatan Tayangan video atau slaid tentang kemalangan yang sering berlaku di tempat kerja.

Perbincangan untuk mengenal pasti punca berlaku kemalangan berdasarkan tayangan video atau slaid.

Mengamalkan aktiviti 4M iaitu membersih, menyusun atur, menilai dan mendisiplin.

NOTA : Amalan 4M ini perlu dipraktikkan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran.

Membersih seperti membersih diri dari aspek fizikal dan minda.

Menyusun atur seperti menyediakan jadual tugasan dan melaksanakan sistem penyimpanan alatan dan bahan.

9

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

b. Rawatan kecemasan

c. Memadam kebakaran

Melakukan rawatan asas pertolongan cemas

Menyatakan pelbagai punca kebakaran dan cara mencegah kebakaran

Menilai seperti menilai sendiri tentang diri, hasil kerja dan tempat kerja.

Mendisiplin seperti mempraktik peraturan keselamatan dan mematuhi arahan.

Tunjuk cara rawatan pertolongan cemas dan merawat kecederaan ringan.

Guru boleh menggunakan tayangan video, slaid atau carta pertolongan cemas serta keselamatan bagi memberikan kesedaran kepada murid.

Menyenaraikan empat punca kebakaran yang dikenalpasti melalui aktiviti sumbangsaran.

Murid dan guru membuat latihan kebakaran (firedrill ).

Tunjuk cara memadamkan kebakaran.

10

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

d. Etika dan budaya kerja Menerangkan perlunya mengamalkan etika kerja

Mengamalkan etika dan budaya kerja untuk menghasilkan kerja dan produk yang berkualiti

Perbincangan perlunya mengamalkan etika kerja.

Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja seperti menepati waktu, amanah, produktif, akauntabiliti, patuh pada peraturan dan undang-undang yang menjadi pegangan semasa menjalankan kerja.

Budaya kerja bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi.

Menganalisis ciri pekerja berdasarkan cerita yang ditonton atau mengumpul biodata pekerja untuk mengenal pasti ciri seorang pekerja yang berjaya.

11

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Menepati masa dan menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan

Memastikan tempat kerja sentiasa bersih dan teratur

Mengenal pasti ciri peribadi yang sesuai sebagai seorang pekerja

Murid mematuhi jadual kehadiran, jadual tugasandan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.

Murid sentiasa memakai pakaian kerja, alat perlindungan keselamatan dan menjalankan kerja membersih seperti yang dijadualkan.

Guru memberikan helaian kerja dan menetapkan masa untuk murid menyiapkan kerja yang diberi.

Merujuk biodata tokoh pekerja untuk mengenal pasti keperibadian seorang pekerja yang berjaya.

Menonton cerita mengenai cara bekerja seseorang dan menganalisis ciri pekerja yang boleh dicontohi atau yang perlu diperbaiki.

12

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

e. Peraturan dan undang-undang kerja

f. Pemeliharaan alam sekitar dalam industri pembinaan

Menyenarai peraturan yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan sesuatu kerja atau projek pembinaan

Menyatakan akta dan undang- undang yang berkaitan dengan pekerja

Menyatakan kesan mengabaikan peraturan dan undang-undang kerja di industri pembinaan

Menerangkan kepentingan memelihara alam sekitar dalam konteks industri pembinaan

Mengenal pasti cara memelihara alam sekitar dalam konteks industri pembinaan

Perbincangan mengenai peraturan yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan sesuatu tugas.

Perbincangan mengenai akta dan undang-undang yang berkaitan dengan bidang pembinaan. Contoh Akta Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Mengumpulkan maklumat dari akhbar, majalah atau internet. Contohnya bancuhan simen tidak mengikut piawaian, ukuran yang tidak tepat dan penggunaan bahan yang tidak berkualiti.

Guru dan murid berkerjasama menganjurkan ceramah oleh pegawai dari Jabatan Alam Sekitar di sekolah atau mengadakan lawatan.

Mengumpulkan maklumat dari akhbar, majalah atau internet mengenai kesan mengabaikan pemeliharaan alam sekitar dan peranan setiap pekerja menjaga alam sekitar.

Perbincangan mengenai cara memelihara alam sekitar dalam konteks industri pembinaan.

13

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.2 Jenis alatan, penggunaan danpenyenggaraan

a. Penyenggaraan

b. Rekod Stok

Mengenal pasti nama dan fungsi alatanMematuhi prosedur penggunaan alatanMengenal pasti cara penyenggaraan alatan

Merekodkan stok secara sistematik

Guru menerangkan kegunaan alatan, cara menyimpan dan menyenggara alatan yang berikut seperti pemaras kayu, pemaras kayu panjang, pemaras keluli, sudip, sudip sikat, sudip kemas ikat, bekas pemegang mortar, aras spirit, tukul bata, pahat bata, skop, cangkul, kereta sorong, kotak sukat, baldi plastik, sesiku pemidang, tolok lapis, benang dan pin.

Perbincangan mengenai stok untuk projek yang dilaksanakan dari aspek bahan dan kuantiti yang perlu dibeli, pembekal, perbelanjaan dan cara menyimpan stok bagi bahan tahan lama, bahan mudah rosak, bahan lupus guna, bahan kawalan dan bahan beracun.

Murid merekodkan semua peralatan yang digunakan sebelum dan selepas bekerja.

Latihan merekod stok bagi bengkel pembinaan secara sistematik.

14

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2. Kemahiran Pembinaan

2.1 Kerja menerap bata

( Cadangan peruntukan masa ialah 21 minggu)

a. Mengenali jenis bata dan pelbagai bahan dalam kerja bata

b. Memotong bata mengikut bentuk dan saiz

Mengenal pasti jenis bata Mengenal pasti jenis bahan kerja bata

Memotong bata mengikut bentuk dan saiz yang dikehendaki

Guru menerangkan jenis bata dan bahan asas kerja bata.

Jenis bata ialah bata tanah liat dan bata simen.

Bahan asas dalam kerja bata ialah pasir, kapur, simen, jaring exmet dan lapis kalis lembap.

Tunjuk cara memotong bata dengan menggunakan tukul bata dan pahat bata.

Ukuran pemotongan bata asas ialah seperti bata kerat setengah, kerat tiga suku dan bata penutup setengah.

Semasa menjalankan aktiviti, keselamatan hendaklah diutamakan iaitu memakai pelindung mata dan kasut keselamatan.

15

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

c. Menyedia mortar Menyediakan mortar mengikut nisbah Alat tangan yang digunakan dalam proses membancuh mortar ialah skop, baldi, kereta sorong dan papan mortar.

Bahan mortar yang digunakan ialah kapur dan pasir yang mana nisbah campuran di antara kapur dan pasir ialah 1:3 atau 1:4.

Tunjuk cara membancuh mortar dan cara menebar dan melekap mortar.

Jadual jenis mortar dan bahan campuran( tidak termasuk air ).

Jenismortar

Bahancampuran

NisbahBancuhan

dempulsimen simen -

mortarkapur kapur + pasir 1:3 atau 1:6

mortarsimen simen + pasir 1:3 atau 1:6

mortarkompo

simen + kapur + pasir 1:2:6 atau 1:3:12

konkrit simen + pasir + batu baur

1:1½ :3 , 1:2:4, 1:2:6 atau 1:5:10

16

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

d. Menerap bata

i. Cara ikatan bata

ii. Jenis ikatan bata

iii. Kerja bata bertetulang

iv. Pemasangan lapis kalis lembap

Mengenal pasti cara ikatan bata Melakar pelan dan pandangan hadapan ikatan bata

Mengenal pasti jenis ikatan bata

Menerap bata mengikut jenis ikatan

Membuat kerja menerap bata dan memasang jaring exmet

Melakukan kerja menerap bata dan memasang lapis kalis lembap

Ikatan bata yang baik mesti mengelak sambungan lurus dan melebarkan beban.

Jenis ikatan bata ialah ikatan Sisi Bata, ikatan Inggeris, ikatan Flemish dan ikatan Kepala Bata.

Murid membina tembok mengikut cara dan jenis ikatan bata.

Jenis tembok yang dipelajari ialah tembok lurus, tembok penjuru dan tembok simpang.

Tunjuk cara pemasangan jaring exmet pada setiap tiga lapisan bata.

Tunjuk cara pemasangan lapis kalis lembab150 mm dari aras tanah.

17

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

v. Membuat kemas ikat

vi. Bata laluan jalan kaki ( pavement brick )

Mengemas ikat semasa pembinaan tembok

Menyusun bata laluan jalan kaki

Murid membuat kemas ikat kepada setiap projek yang dibina.

Jenis kemas ikat yang dicadangkan ialah sambungan condong dan sambungan terbenam.

Tayangan video jenis ikatan bata dan cara menerap bata.

Bata laluan jalan kaki yang digunakan adalah mengikut bentuk dan warna yang terdapat di pasaran.

Membuat aktiviti pemasangan bata jalan kaki secara kumpulan.

18

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

e. Membina tiang

i. Merancang tanda mengikut pelan

ii. Membina tiang tunggal dan tiang lekap beserta penapak bata

f. Membina tembok

i. Pengenalan tembok dan tembok sekat

ii. Merancang tanda, membina tembok dan tembok sekat

iii. Memasang kerangka pintu dan tingkap

Melakar pelan dan pandangan hadapan tiang tunggal dan tiang lekap Melukis pelan dan pandangan hadapan tiang tunggal dan tiang lekap

Membina tiang tunggal dan tiang lekap beserta penapak bata

Melakar dan melukis pelan dan pandangan hadapan tembok dan tembok sekat

Merancang tanda dan membina tembok dan tembok sekat mengikut cara dan jenis ikatan

Memasang kerangka pintu dan tingkap pada tembok mengikut pelan

Melukis tiang tunggal dan tiang lekap dengan menggunakan ikatan Inggeris dan Flemish berpandukan lukisan kerja.

Merancang tanda, membina tiang tunggal dan tiang lekap beserta penapak bata.

Melukis tembok dan tembok sekat.

Tunjuk cara merancang tanda, membina tembok dan tembok sekat mengikut pelan seperti ikatan sisi bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.

Menggunakan kerangka pintu dan tingkap yang telah siap di pasaran dalam kerja amali.

Saiz yang dicadangkan: Tingkap - 1200 mm X 1200 mm Pintu - 900 mm X 2100 mm

19

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.2 Kerja melepa

( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu )

a. Jenis lepaan

b. Bahan dan alatan

c. Melepa

Mengenal pasti jenis lepaan

Mengenal pasti bahan dan alatan melepa

Membuat kerja lepaan dua lapisan dan tiga lapisan pada tembok

Jenis lepaan yang dipelajari ialah lepaan luar rumah dan lepaan dalam rumah.

Alat melepa adalah seperti kayu pemaras, pemaras kayu panjang (1500 mm), pemaras keluli, pemegang mortar dan aras spirit.

Bahan melepa adalah simen, kapur dan pasir.

Tunjuk cara dan membuat lepaan luar rumah dan dalam rumah secara dua lapisan dan tiga lapisan.

Untuk latihan melepa, gunakan bancuhan kapur dan pasir dengan nisbah campuran 1: 3 ( kapur : pasir ).

Untuk kerja lepaan sebenar, bahan yang digunakan ialah simen, kapur dan pasir dengan nisbah campuran 1:1:6 ( simen: kapur: pasir ).

20

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.3 Kemasan

( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu )

a. Pengenalan

b. Kemasan cat emulsi

c. Kemasan gerutu

Mengenal pasti kemasan yang sesuai digunakan pada tembok

Menyediakan permukaan tembok untuk kemasan cat Mengecat permukaan tembok

Membuat kemasan gerutu pada permukaan tembok yang telah dilepa

Terdapat tiga jenis kemasan iaitu kemasan cat, kemasan gerutu dan kemasan jubin.

Perbincangan perbezaan cat emulsi dan cat minyak.

Selepas mengecat tembok yang telah dilepa, murid digalakkan mengecat bangunan sekolah sebagai projek keceriaan sekolah. Murid berasa bangga kerana dapat memberikan sumbangan kepada sekolah.

Tunjuk cara membuat kemasan gerutu.

Nisbah campuran simen dan pasir bagi mortar kemasan gerutu ialah 1:1.

21

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

PEMBINAAN DOMESTIK TINGKATAN LIMA

22

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2. Kemahiran Pembinaan

2.1 Kerja menerap bata

(Cadangan peruntukan masa ialah 10 minggu)

g. Membuat bata

i. Cara membuat bata

ii. Penghasilan bata simen dan blok berliang

h. Membina gerbang

i. Pengenalan

Mengenal pasti cara menghasilkan bata

Membuat bata simen dan blok berliang dengan menggunakan acuan

Melakar pelan dan pandangan hadapan gerbang bata

Menyatakan fungsi gerbang bata

Mengenal pasti bahan kerja gerbang bata

Menghasilkan bata menggunakan acuan keluli dan acuan kayu.

Nisbah campuran mortar simen ialah 1:6 atau 1:8 (simen : pasir) untuk penghasilan bata simen.

Penerangan fungsi gerbang bata dan bahan yang digunakan.

Guru menerangkan bahagian pemusat gerbang seperti tiang, rembat, penyokong, palang lintang dan baji.

23

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

ii. Pembinaan pemusat gerbang

iii. Merancang tanda bukaan tembok gerbang

iv. Membina gerbang bata

Membina pemusat gerbang

Merancang tanda dan membina tembok gerbang mengikut cara dan jenis ikatan

Memasang pemusat gerbang Membina gerbang bata mengikut spesifikasi dan urutan kerja

Murid membina pemusat gerbang dalam kerja kumpulan.

Tunjuk cara merancang tanda bukaan gerbang dan membina gerbang.

Tunjuk cara membina gerbang ikatan Inggeris atau ikatan Flemish.

Tunjuk cara membina gerbang mengikut langkah kerja yang sistematik.

Murid mematuhi langkah kerja dalam pembinaan gerbang termasuk menanggalkan pemusat.

Projek ini merupakan projek kumpulan.

Dua jenis gerbang yang dicadangkan ialah gerbang separuh bulat dan gerbang tembereng.

24

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.2 Kerja melepa

( Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu )

c. Melepa Membuat kerja lepaan dua lapisan dan tiga lapisan pada permukaan belakang gerbang

Tunjuk cara dan membuat lepaan pada permukaan belakang gerbang secara dua lapisan dan tiga lapisan.

Untuk latihan melepa, gunakan bancuhan kapur dan pasir dengan nisbah 1:3 (kapur : pasir).

Untuk kerja melepa sebenar, bahan yang digunakan ialah simen, kapur dan pasir dengan nisbah 1:1:6 ( simen : kapur : pasir ).

25

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.3 Kemasan

( Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu)

d. Memasang jubin

i. Jenis jubin

ii. Memasang jubin

Menyenaraikan jenis jubin yang terdapat di pasaran Mengenal pasti bahan dan alatan semasa memasang jubin

Merancang tanda pemasangan jubinMemasang jubin menggunakan simen biasa dan simen gam

Melawat kilang membuat jubin atau kedai menjual jubin.

Alatan yang digunakan ialah aras spirit, pemotong jubin, sudip jubin, sudip sikat dan playar jubin.

Tunjuk cara merancang tanda dan memasang jubin dengan menggunakan simen biasa dan simen gam.

Untuk latihan, murid disaran menggunakan mortar kapur tetapi untuk kerja sebenar, dempul simen digunakan untuk memasang jubin.

Dempul simen ialah bancuhan simen dengan air sahaja manakala simen gam ialah bahan terus guna yang boleh diperolehi di pasaran.

26

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.4 Kerja konkrit

( Cadangan peruntukan masa ialah 11 minggu )

a. Ciri konkrit

b. Pengkonkritan

Mengenal pasti ciri konkrit yang kuat dalam kerja pembinaan

Menyediakan bancuhan konkrit mengikut nisbah untuk pelbagai kegunaan

Membancuh, menuang dan memadat konkrit

Mematuhi prosedur mengawet konkrit

Kekuatan konkrit dinyatakan sebagai kuat dari segi menahan daya mampatan, kalis air, tahan lasak atau tahan ketukan, mudah dibentuk, tidak reput dan tahan panas.

Bahan konkrit ialah simen, pasir dan batu baur.

Alatan tangan yang digunakan ialah cangkul, skop dan kotak sukat.

Dua cara membancuh konkrit ialah membancuh dengan tangan dan menggunakan mesin penggaul.

Tunjuk cara membancuh, menuang dan memadatkan konkrit secara manual.

Tayangan video cara memadatkan konkrit.

Selepas konkrit dituang dan mengeras ianya perlu diawet iaitu secara ditutup dengan guni basah atau siraman air.

27

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

c. Konkrit bertetulang Mengenal pasti tetulang mengikut kegunaan

Memotong, membengkok dan mengikat besi dalam kerja tetulang

Jadual contoh kegunaan konkrit mengikut nisbah bancuhan antara simen, pasir dan batu baur.

Jenis tetulang yang biasa digunakan dalam kerja konkrit ialah keluli lembut terubah bentuk dan tetulang anyaman.

Nisbah bancuhan konkrit ( simen : pasir : batu baur )

Contoh kegunaan

1 : 1½ : 3 konkrit tegas dahulu dan tangki simpanan air

1 : 2 : 4 konkrit tetulang bagi tiang dan rasuk

1 : 3 : 6 lantai dan konkrit jasad

1 : 5 : 10 tapak tembok dalam peparit pada tanah

28

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

d. Kerja bentuk konkrit

i. Pengenalan kerja bentuk konkrit

ii. Membina dan menanggalkan kerja bentuk konkrit

Mengenal pasti alatan dan bahan kerja bentuk konkrit

Membina ambang, pelapik tiang atau penutup parit

Menanggalkan acuan kerja bentuk konkrit mengikut prosedur

Alatan tangan yang digunakan ialah sudip, pemaras keluli, tukul, playar, pemotong besi,pembengkok besi dan acuan pelbagai bentuk dan saiz.

Bahan kerja bentuk konkrit ialah simen, pasir, batu baur, keluli lembut atau tetulang ayaman.

Projek membina ambang, pelapik tiang atau penutup parit dijalankan secara kumpulan.

Projek ini juga boleh dijadikan projek jualansekiranya terdapat pemintaan di sekitar sekolah.

NOTA : Acuan untuk projek pelapik tiang dan penutup parit boleh didapati di pasaran.

29

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

e. Simen ferro

i. Pengenalan

ii. Cara pembuatan simen ferro

iii. Kemasan

Mengenal pasti bahan dan alatan yang digunakan dalam kerja simen ferro

Menghasilkan satu projek simen ferro dengan cara membina kerangka dan melepa

Membuat kerja kemasan dengan menggunakan cat kilat dan cat emulsi

Penerangan bahan dan alatan yang digunakan seperti pasir, simen, sudip, kasa dawai, playar, rod keluli dan pemotong besi.

Projek kumpulan yang dicadangkan ialah bangku taman, pasu bunga atau objek hiasan seni taman seperti cendawan atau bangau. Projek ini sesuai dijadikan projek keceriaan sekolah.

Murid berasa bangga kerana dapat memberikan sumbangan kepada sekolah.

30

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.5 Peranca ( scaffolding )

( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )

a. Pengenalan

b. Langkah keselamatan kerja peranca

c. Memasang dan menanggal peranca

Mengenal pasti peranca rangka tiub keluli

Mengamalkan langkah keselamatan semasa memasang dan menanggalkanperanca

Memasang dan menanggalkan peranca rangka tiub keluli

Terdapat peranca jenis lain iaitu peranca kayu dan peranca paip keluli.

Guru menunjukkan gambar foto, slaid atau tayangan video bagi memperkenalkan peranca rangka tiub keluli.

Menerangkan peraturan dan langkah keselamatan semasa memasang, mengguna dan menanggalkan peranca.

Tunjuk cara memasang dan membuka peranca sebelum murid melakukan aktiviti.

31

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

3. Keusahawanan

( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )

3.1 Kemahiran berkomunikasi Menyatakan maksud komunikasi

Mengamalkan komunikasi yang jelas, tepat dan bertatasusila semasa berurusan dalam konteks perniagaan pembinaan domestik

Menerangkan kepentingan menjalin perhubungan dengan orang lain

Komunikasi ialah perhubungan yang berlaku antara dua pihak dalam menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara.

Contoh aktiviti seperti simulasi, main peranan dan tayangan video mengenai cara berkomunkasi yang berkesan dalam konteks perniagaan pembinaan.

Simulasi cara berkomunikasi yang berkesan dalam perbincangan dengan pelanggan mengenai cita rasa pelanggan dari segi harga yang dipersetujui, kaedah pembayaran, kualiti, reka bentuk trend terkini dan tempoh siap.

Perbincangan kepentingan membentuk jaringan hubungan ( networking ) dengan pembekal, sub-kontraktor dan pekerja dalam skop perniagaan di industri pembinaan.

Perbincangan kepentingan perhubungan baik antara kontraktor dengan majlis tempatan dan agensi lain yang berkaitan bekalan air, elektrik, kumbahan dan infrastuktur ICT.

32

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

3.2 Kemahiran membuat keputusan

3.3 Rancangan perniagaan

Mempratikkan langkah membuat keputusan dalam projek pembinaan

Mengenal pasti tujuan menyediakan rancangan perniagaan

Menyediakan rancangan perniagaan mudah

Langkah membuat keputusan ialah mengenal pasti masalah, mencari alternatif, memilih penyelesaian yang baik, bertindak dan menilai semula.

Sumbangsaran kesan daripada keputusan yang telah dibuat dan kepentingannya membuat keputusan yang sesuai.

Contoh masalah mengenai bantuan modal, bekalan bahan, sumber buruh, peralatan, kemampuan menyiapkan projek dan tawar menawar harga pembinaan.

Aktiviti sumbangsaran, main peranan dan perbincangan.

Sumbangsaran tujuan menyediakan rancangan perniagaan.

Membuat rancangan perniagaan mudah berkaitan projek pembinaan domestik.

33

BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

3.4 Agensi yang membantu usahawan

3.5 Pemasaran

3.6 Peluang kerjaya di industri pembinaan

Mengenal pasti agensi yang terlibat dalam membantu usahawan

Mengenal pasti cara mendapatkan projek pembinaan

Mengenal pasti peluang kerjaya di industri pembinaan domestik

Perbincangan jenis perkhidmatan dan agensi yang terlibat seperti bimbingan dan latihan oleh MARA dan MEDEC, pelesenan oleh Majlis Kerajaan Tempatan, infrastruktur oleh UDA dan Majlis Kerajaan Tempatan serta kewangan oleh institusi kewangan berlesen.

Projek pembinaan seperti membina, mengubah suai, membaikpulih dan menyenggara bangunan atau sebahagian daripada bangunan.

Perbincangan tentang kerjaya individu di industri pembinaan seperti bermula dari pekerja biasa, sub-kontraktor, kontraktor kecil, pembekal barang pembinaan hingga kepada penubuhan konsortium kontraktor pembinaan.

Merujuk daftar kerjaya dalam ‘Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia’, terbitan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 1998.

Murid menyenaraikan kerjaya yang terdapat di sekeliling tempat tinggal mereka dalam skop pembinaan domestik.