aural dan nyanyian (repaired)

28
BAHAGIAN B Penulisan Akademik Nyanyian Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Bahagian ini memberi pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik vokal seperti register/perletakan suara, artikulasi, sebutan dan pelontaran suara yang baik sebelum menyanyi. Fokusnya ialah mengenali alat-alat vokal dan anatomi manusia yang berkaitan dengan pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang sistematik untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa menyanyi. Nyanyian Semerta Apakah maksud nyanyian semerta? Nyanyian semerta adalah kemampuan untuk membaca skor lagu tanpa berlatih sesuatu skor itu. Penyanyi semerta yang professional boleh menyanyikan skor lagu hanya dengan menggunakan minda mereka tanpa menggunakan bunyi alat muzik atau menyanyikannya. Untuk memperoleh kemahiran menyanyi semerta yang lancar, latihan demi latihan perlu dilakukan. i) Latihan-latihan yang sesuai dalam aktiviti nyanyian semerta. Mengenali teori-teori asas muzik adalah penting untuk kelancaran dalam aktiviti nyanyian semerta. Sebagai seorang

Upload: devii-ravintaran

Post on 13-Aug-2015

480 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

best

TRANSCRIPT

Page 1: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

BAHAGIAN B

Penulisan Akademik

Nyanyian

Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Bahagian ini

memberi pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik vokal

seperti register/perletakan suara, artikulasi, sebutan dan pelontaran suara yang baik

sebelum menyanyi. Fokusnya ialah mengenali alat-alat vokal dan anatomi manusia

yang berkaitan dengan pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang

sistematik untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa

menyanyi.

Nyanyian Semerta

Apakah maksud nyanyian semerta? Nyanyian semerta adalah kemampuan untuk

membaca skor lagu tanpa berlatih sesuatu skor itu. Penyanyi semerta yang

professional boleh menyanyikan skor lagu hanya dengan menggunakan minda

mereka tanpa menggunakan bunyi alat muzik atau menyanyikannya. Untuk

memperoleh kemahiran menyanyi semerta yang lancar, latihan demi latihan perlu

dilakukan.

i) Latihan-latihan yang sesuai dalam aktiviti nyanyian semerta.

Mengenali teori-teori asas muzik adalah penting untuk kelancaran dalam

aktiviti nyanyian semerta. Sebagai seorang guru muzik, mereka perlu peka

mengenai latar belakang pengetahuan mengenai teori muzik murid-murid.

Pengenalan mengenai teori asas muzik adalah penting bagi memulakan aktiviti

nyanyian semerta.

Teori asas muzik adalah seperti mengenali not-not muzik. Terdapat 7 not

asas dalam muzik. Not tersebut adalah C D E F G A B. Ada not yang berada di atas

garisan bar dan ada juga not yang berada di dalam garisan bar. Skel C major

merupakan skel yang paling asas dalam teori muzik. Dalam skel C major tiada

Page 2: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

penggunaan sharp dan flat. Sangat penting untuk mahir dalam skel C major ini

kerana ia merupakan satu-satunya skel yang paling asas sekali dalam semua skel.

Terdapat 7 konsep asas dalam muzik iaitu konsep melodi, irama, tekstur,

harmoni, ekspresi, bentuk dan warna ton. Ketujuh konsep ini juga merupakan asas

dalam nyanyian semerta.

Konsep irama adalah konsep utama yang perlu dikuasai. Ini kerana semua

jenis muzik mempunyai irama mereka tersendiri. Konsep irama adalah muzik yang

bergerak pada beat tertentu dan setiap beat mempunyai nilai sama ada panjang

atau pendek. Di samping itu, konsep irama ini juga adalah kumpulan beat yang

membentuk tanda masa atau meter. Untuk memudahkan penyanyi semerta

menyanyikan skor lagu, pendedahan irama lagu tersebut merupakan langkah

pertama untuk menyanyi skor secara semerta.

Konsep irama ini boleh dilatih dengan latihan menepuk beat mengikut irama

dan menyanyikan notasi irama dalam skor lagu.

Setelah mengenali irama dalam skor lagu, barulah penyanyi semerta

mengenalpasti melodi dalam skor lagu tersebut. Dalam hal ini, konsep melodi juga

merupakan asas yang penting dalam aktiviti nyanyian semerta. Melodi adalah

susunan pic secara melintang. Dalam melodi terdapat pic yang rendah dan tinggi.

Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi, rendah dan mendatar. Pic

dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat. Pic yang berkaitan antara

satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu.

Page 3: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

Kebiasaannya untuk mengenalpasti melodi dalam sesebuah skor, langkah

pertama yang digunakan adalah menyanyikan solfa skor lagu tersebut. Dengan

menyanyikan solfa, ia lebih memudahkan penyanyi semerta mengenalpasti melodi

dalam lagu tersebut.

Konsep harmoni ialah hasil gabungan dua atau lebih pic yang disusun secara

menegak dan dinyanyikan atau dimainkan secara serentak. Ia juga merupakan dua

atau lebih rangkaian melodi yang digabungkan dan dibunyikan secara serentak.

Dalam koir, konsep harmoni sering kali dipraktikkan. Secara tidak lansung konsep

harmoni juga adalah sebahagian daripada aktiviti nyanyian semerta. Ini kerana ahli

pasukan koir mempunyai skor mereka sendiri dan menyanyikan skor secara

semerta.

Selain itu, konsep ekspresi turut terlibat dalam aktiviti nyanyian semerta ini. Ini

kerana dalam sesebuah skor, terdapat beberapa penggunaan ekspersi seperti forte,

crescendo, piano dan lain-lain. Penyanyi semerta perlu peka terhadap penggunaan

ekspresi dalam skor lagu. Ini kerana setiap simbol-simbol ekspresi mempunyai

fungsinya yang tersendiri. Oleh itu, adalah sangat penting untuk untuk setiap

penyanyi semerta mengenali banyak mengenai simbol-simbol ekspresi ini.

Untuk memudahkan penyanyi semerta peka terhadap penggunaan ekspresi

dalam nyanyian semerta ini, highlightkan setiap unsur ekspresi yang terdapat dalam

skor lagu.

Untuk konsep tekstur, bentuk dan warna ton, penyanyi harus peka akan

kewujudan mengenai ketiga-tiga konsep ini. Daripada itu, penyanyi semerta dapat

menilai bagaimana perjalanan skor lagu tersebut. Dalam konsep tesktur adakah lagu

tersebut dalam homofoni, monofoni atau polifoni. Manakala dalam konsep bentuk, ia

lebih menekankan mengenai frasa-frasa dalam lagu tersebut. Di samping itu,

penggunaan frasa dalam lagu melatih penyanyi semerta dalam teknik pernafasan.

Konsep warna ton ialah bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber

mempunyai ciri-ciri tersendiri. Sesuatu bunyi itu mempunyai mutu yang berlainan

dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri.

Konsep bentuk memberi peluang kepada penyanyi semerta untuk mencipta

idea kreatif untuk mendalami lagi aktiviti nyanyian semerta. Contohnya menepuk

Page 4: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

irama bukan hanya menggunakan tepukan tangan. Tetapi penggunaan alat perkusi

atau tubuh badan yang lain menceriakan lagi suasana semasa melakukan aktiviti

nyanyian semerta.

ii.) Apakah persediaan umum yang perlu dibuat sebelum membaca dan

menyanyikan nyanyian secara semerta?

Langkah pertama adalah mengenalpasti klef yang digunakan sama ada

dalam klef trebel, klef bass, klef alto ataupun klef tenor. Kebiasaannya dalam

nyanyian semerta klef yang seringkali digunakan pada peringkat awal nyanyian

semerta adalah klef trebel.

Selepas itu, melihat pada irama dalam skor lagu tersebut. Adakah dalam

meter empataan, duaan atau tigaan. Setelah itu, tepuk irama meter tersebut untuk

melihat bagaimana pergerakan irama dalam setiap bar skor lagu.

Mengenalpasti samada penggunaan nada major atau minor. Penggunaan

nada dalam lagu tersebut juga perlu dikenalpasti. Ini untuk memudahkan lagi aktiviti

nyanyian semerta.

Mengetahui penggunaan kord dalam skor lagu. Dengan ini, penyanyi semerta

tahu not tersebut terdiri daripada triad yang sesuai atau tidak. Di samping itu,

mengenali kord lagu juga membantu penyanyi semerta dalam menyanyikan solfa

lagu tersebut.

Menganalisis penggunaan-penggunaan istilah Italian seperti simbol-simbol

dalam muzik. Ini membantu penyanyi untuk nyanyian semerta dapat menyanyikan

lagu tersebut dalam stail yang sesuai.

Skor lagu banyak menggunakan unsur dinamik seperti crescendo,

decrescendo dan banyak lagi. Adalah penting untuk seorang penyanyi semerta

mengetahui kewujudan unsur-unsur ini dalam sesebuah skor untuk menghidupkan

lagi ekspresi lagu tersebut.

Page 5: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

Akhir sekali melihat sama ada terdapat tanda ulang pada skor tersebut. Ini

untuk memastikan penyanyi nyanyian semerta sentiasa peka jika lagu perlu diulang

atau tidak.

Page 6: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

Pengurusan Grafik 1

Apek teori

7 Konsep yang perlu

dikuasai dalam

meningkatkan

kemahiran nyanyian

semerta

Melodi - susunan pic secara melintang

Irama - muzik yang bergerak pada beat

tertentu

Harmoni - gabungan dua atau lebih pic yang disusun

secara menegak

Ekspresi - Satu gabungan

semua elemen deskriptif

termasuk tempo,dinamik

Tekstur - ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi

yang didengar

Bentuk - Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan

beberapa pic/ton

Warna ton - Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber

mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Page 7: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

Pengurusan Grafik 2

Pesediaan Umum

Apakah Persediaan Umum yang perlu dibuat sebelum membaca

dan menyanyikan nyanyian secara semerta.

Mengenal pasti klef yang digunakan

Mengenal pasti irama

Mengenal pasti penggunaan nada major

atau minor

Mengenal pasti penggunaan kord

Menganalisis penggunaan istilah

Itlian

Mengenal pasti penggunaan simbol-simbol

dinamik

Melihat tanda ulang

pada skor

Page 8: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

C. PENULISAN REFLEKSI

Setelah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan aural dan nyanyian

semerta ini, akhirnya dengan berkat Tuhan saya telah berjaya menyelesaikannya.

Tugas menganalisis skor pada kali ini tidaklah sesukar seperti menganalisis skor

seperti semester-semester yang lalu. Ini mungkin kerana setelah sering kali

melakukan tugasan menganalisis skor.

Sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak perkara yang perlu diambil

kira seperti bagaimana cara untuk merancang dalam melaksanakan aktiviti ini.

Pertama sekali saya mencari 6 buah skor lagu. Setiap skor lagu tersebut mestilah

mengandungi 3 flat/syarp ke atas. 4 daripada lagu tersebut mestilah lagu patriotik di

mana dua daripadanya adalah dalam nada major dan dua lagi dalam nada minor.

Begitu juga dalam lagu kanak-kanak. Salah satu mestilah dalam nada minor dan

satu lagi dalam nada major.

Skor yang saya dapat adalah skor daripada lagu-lagu lama yang telah saya

simpan. Skor lama tersebut digunakan untuk dijadikan sebagai sumber untuk

mendapatkan maklumat.

Antara kelebihan atau kekuatan sepanjang menyelesaikan tugasan ini ialah

yang pertama adalah setiap jeda yang diperlukan berjaya saya perolehi kerana ada

beberapa jeda yang sukar untuk dijumpai dalam setiap skor seperti major 6, major 7,

perfek 8 kerana jeda ini dijumpai pada skor-skor tertentu sahaja. Akan tetapi berkata

kesabaran dan kerajinan, akhirnya saya menjumpai kesemua jeda tersebut.

Dalam penulisan akademik pula, untuk mendapatkan sumber-sumber

daripada internet adalah mudah tetapi untuk mengarangnya dalam penulisan

akademik bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penggunaan kemahiran

yang pelbagai seperti kemahiran mengambil isi-isi penting, contohnya dalam soalan

tugasan yang pertama, apakah aspek-aspek teoiri yang penting dalam nyanyian

semerta.

Dalam aspek kelemahan pula, dalam menjalankan tugasan ini, banyak

perkara dan kesalahan yang telah saya lakukan. Seperti melabel jeda dalam skor

lagu tersebut. Oleh itu, saya terpaksa membuatnya semula.

Page 9: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

Kelemahan yang seterusnya adalah, saya dapati skor yang saya perolehi

itu rata-ratanya tidak mempunyai kesemua maklumat yang saya cari akan tetapi,

dengan kegigihan dan kecekalan, saya terus berjuang untuk mencari skor yang

mana terdapat kesemua maklumat-maklumat ini.

Oleh itu dalam kelemahan yang saya hadapi ini, saya telah melakukan

beberapa penambahbaikan seperti membuat semula analisis jeda dalam skor lagu.

Sangat penting untuk meperbaiki setiap kesilapan dalam menjalankan tugasan

kerana hal ini akan mempengaruhi markah kerja kursus yang diberi. Antara

penambahbaikan yang telah saya lakukan adalah mencari semula skor yang lain

yang mempunyai sumber maklumat yang lengkap mengikut soalan kertas kerja

kursus.

Sebagai kesimpulannya, kerja kursus pendek ini telah membawa suatu

pengalaman yang baik dan menarik kepada saya dalam proses saya menjadi

seorang yang bergelar guru.

Page 10: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

Analisis Skor

JEDA Semitone

MAJOR 2

Minor 3

MAJOR 3

Perfect 4

Perfect 5

Minor 6

MAJOR 6

MAJOR 7

Octave/Perfect 8

Page 11: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

RUJUKAN

1. Wikipedia The Free Encyclopedia, (2013, February 1) Sight-Reading.

Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Sight-reading.

2. Howard Richman of Sound Feelings Publishing, Reseda, California (2001).

Sight Reading & Sight Singing. Retrived from

http://www.vocalist.org.uk/sight_reading.html

3. Channel 4's 4 Talent, City Academy (2013). Sight Reading For Singers.

Retrieved from http://www.city-academy.com/beginners-music-theory-course

4.  Raja Sulaiman bin Raja Kamil, Aprisiasi Pendidikan Muzik ( 2012, Mac 12).

Asas Nyanyian. Retrieved from http://aspirasipendidikmuzik.blogspot.com/

5. Cikgu Amin, Teacher, Sg Buloh, Selangor, Malaysia, citramuzika (2012, Mac

27). Konsep Muzik (7 elemen). Retrieved from

http://citramuzika.blogspot.com/2012/03/konsep-muzik-7-elemen.html

6. Mr. Mu Aku Dunia & Muzik (2011) Teori Asas 1: JEDA (Interval). Retrieved

from http://akuduniamuzik.blogspot.com/2012/01/teori-asas-1-jeda-

interval.html

Page 12: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

Sight-readingFrom Wikipedia, the free encyclopedia

This article is about sight-reading in music. For sight-reading of spoken text, see Cold reading (theatrical).

Sight-reading is the reading and performing of a piece of written music, specifically when the performer

has not seen it before, also called a prima vista. Sight-singing is often used to describe a singer who is

sight-reading.

Contents

  [hide] 

1 Terminology

o 1.1 Sight-reading

o 1.2 Sight transposition

o 1.3 Sight-playing

o 1.4 Sight-singing

2 Psychology

3 Professional use

4 Pedagogy

5 Assessment and standards

6 Notes

7 References

8 See also

[edit]Terminology

[edit]Sight-reading

Authors in music literature commonly use the term "sight-reading" generically for "the ability to read and

produce both instrumental and vocal music at first sight ... the conversion of musical information from sight

to sound" (Udtaisuk 2005). Udtaisuk and some other authors prefer the use of the more specific terms

"sight-playing" and "sight-singing" where applicable. This differentiation leaves a third more restricted use

of the term "sight-reading" for the silent reading of music without creating sound by instrument or voice.

Highly skilled musicians can sight-read silently; that is, they can look at the printed music and hear it in their

heads without playing or singing; see Audiation. (True sight-reading or sight-singing—not code-deciphering

—is actually notational audiation.) Less able sight-readers generally must at least hum or whistle in order to

sight-read effectively. This distinction is analogous to ordinary prose reading during the early Middle Ages,

when the ability to read silently was notable enough for St. Augustine to comment on it (Manguel

1996). Franz Liszt was famous for his capacity to play advanced piano pieces sight-reading the notes.

Page 13: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

Sight Reading for SingersCourse Outline

Tutors

Timetable & Booking

Venues

Sight Reading for Singers

If you wish to expand your musical skills and learn the basics of music theory, then our Sight Reading for Singers course is for you.

This course makes a perfect pair for other City Academy courses such as Choir, Singing and Musical Theatre. So why not double up and make the most of your musical self?

If you are complete musical beginner, or need a little refresher then this course will take you through the basics of reading and following music, in a fun and supportive atmosphere, leaving you brimming with confidence in your musical knowledge.

Sight Reading Skills Development

We'll begin with the basics and go from there, guaranteeing a thorough musical understanding. We keep the classes light and fun, so if the idea of studying music theory fills you with dread this is your chance to get to grips with it in a relaxed atmosphere.

Exact content may differ depending on students' needs and course duration, but topics generally covered include:

Identifying clefs

Staves

What makes up a major scale

Basic major scales and key signatures

Identifying note lengths and names

Basic minor keys

Chords

Italian Terms

Dynamics

More complex rhythms

All major and minor key signatures and scales

Following sheet music - codas, repeat marks etc

Full recap

Page 14: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

Basic sight singing

You will receive friendly feedback throughout

Something to Think About

We think it is helpful to read this: 'Associated Board Guide to Music Theory' available at Amazon.

Sight Reading for Singers Course Progression

Beginners Musical Theatre Classes »

City Academy Choir »

Improvers Singing Lessons »

Asas NyanyianSuara ManusiaUdara yang keluar dari rongga-rongga dalam paru-paru menggetarkan pita suara yang terdapat dalam peti suara manusia lalu menghasilkan bunyi suara manusia.Bunyi suara ini kemudian “dibentuk” olehorgan vokal yang terdapat di sekitar mulut dan hidung. Bahagian tubuh (organ) yang bertanggungjawab membentuk bunyi yang dapat dikenali ialaha) Bibirb) Gigic) Rongga Hidungd) Rongga Mulutd) Lelangit kerase) Lelangit lembutf) Lidah

Postur Semasa Menyanyi   Postur adalah kedudukan badan semasa menjalankan sesuatu aktiviti muzik, contohnya menyanyi, bermain rekoder atau bermain piano. Tidak kira samada secara duduk atau berdiri, kedudukan postur tubuhhendaklah betul semasa menyanyi. Ini membolehkan pengaliran udara masuk dan keluar berlaku dengan selesa. Postur yang baik juga membolehkan seseorang kelihatan segak,kemas dan nampak bersedia serta mengelakkan cepat letih Secara amnya, tubuh dari kepala hingga ke kaki hendaklah lurus. Ini dilakukandengan duduk atau berdiri tegak.Walaupun begitu semua otot tubuh hendaklah lembut dan selesa.

Page 15: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

Teknik Asas PernafasanMenarik nafas hendaklah lakukan melalui hidung, udara dikumpulkan secukupnya supaya suara nyanyian bertenaga dan stabil. Pada asasnya, nafas diambil semasa pertukaran frasa melodi. Biasanya notakhir frasa melodi mempunyai nilai yang panjang. Sedikit latihan pernafasan perlu dilakukan sebelum menyanyi supaya rongga-ronga dalam tubuh cukup bersedia semasa aktiviti menyanyi.Dicatat oleh Raja Sulaiman bin Raja Kamil di 5:14 PG Tiada ulasan:E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Page 16: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

AKU DUNIA & MUZIK Home

Teori Asas 1 : JEDA (Interval)Posted by mr Mu , at 15:12

Salam..agak lama tidak update blog ini. Memandangkan cuti sekolah bermula maka blog ini

pun terpaksa bercuti sekali.HEHEHE apapun bagi meneruskan sesi pembelajaran kita, saya

akan menyambung tajuk teori muzik ini dengan tajuk JEDA (Interval).

Apa dia JEDA (Interval)?

Jeda ialah jarak antara bunyi. Lebih kurang jarak antara dua bunyi la. Contoh antara

bunyi x dan y. Diantara bunyi x dan y tersebut adalah JEDA(Interval). Boleh faham???

JEDA pula akan diukur dalam Ton dan Separuh Ton ataupun lebih dikenali dengan semiton.

Bunyi bagi muzik pula lebih telah dicipta dengan melebelkan bunyi tersebut dengan abjad.

Iaitu dari abjad Ahingga G. Lihat contoh dibawah :

A B C D E F G A' B' C' D'

Setiap abjad yang berakhir dengan huruf G akan bermula semula dengan huruf A semula

namun bunyi pada huruf tersebut akan lebih tinggi nadanya.

Walaupun abjad A, B, C dan seterusnya digunakan tidak bermakna setiap bunyi akan

bermula dengan huruf A. Setiap bunyi akan bermula dengan nada tersendiri dan tidak

Page 17: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

terikat dengan huruf A sahaja. Besar kemungkinan bunyi juga boleh bermula dari

huruf G atau C.

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Analisis Skor

2 Penulisan Akademik

3 Refleksi

4 Rujukan

5 Lampiran

Page 18: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

Analisis Skor

Lagu Patriotik

(nada minor)

Page 19: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

Analisis Skor

Lagu Patriotik

(nada major)

Page 20: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

Analisis Skor

Lagu kanak-kanak

(nada major)

Page 21: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

Analisis Skor

Lagu kanak-kanak

(nada minor)

Page 22: Aural Dan Nyanyian (Repaired)

JABATAN PENDIDIKAN MUZIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK

(INDIVIDU)

TAHUN: 2013 SEMESTER: 3

MZU3109

AURAL DAN NYANYIAN SEMERTA IIDISEDIAKAN OLEH:

ELKANA JOHN

No. K/P: 920929-12-6510

KUMPULAN AKADEMIK: ANGKA GILIRAN:

G3.4(sem. 3) 2012171340012

PENSYARAH:

PN. CHING ING HOE

TARIKH SERAHAN: TARIKH DITERIMA:

18 MAC 2013

Page 23: Aural Dan Nyanyian (Repaired)