114010619 tugasan 3 cabaran guru

Upload: cmc-ling

Post on 14-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 114010619 Tugasan 3 Cabaran Guru

    1/8

    Tajuk: Bincangkan cabaran-cabaran utama dalam profesion keguruan

    yang terpaksa dihadapi oleh kaum guru.

    Pengenalan

    Para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam

    merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.

    Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah

    mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan

    kesejahteraan negara.

    Malah, perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini

    telah menjadikan kegiatan pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih.

    Guru kini diasak dengan cabaran yang pelbagai memerlukan mereka terus

    kekal di dalam arus globalisasi. Selain itu, para guru juga menghadapi

    tekanan untuk mendisiplinkan murid serta menerima tekanan dan menjadi

    sasaran kemarahan ibu-bapa.

    Konsep Profesion Perguruan

    Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan

    khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang

    tinggi dan latihan yang khas. Contohnya: perundangan, perubatan, perguruan

    dan lain-lain.

    Menurut Kamus Dewan, Perguruan pula bererti sebagai pengajaran,

    misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya.

  • 7/30/2019 114010619 Tugasan 3 Cabaran Guru

    2/8

    Secara kesimpulan bagi definisi di atas, maka profesion perguruan

    boleh diertikan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran

    yang tingggi dan latihan khas.

    Cabaran pula didefinisikan sebagai sesuatu yang menguji kekuatan,

    kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti.

    Cabaran-cabaran Dalam Profesion Keguruan

    Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar

    Pelajaran Kebangsaan dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik

    telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa.

    Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini. Di

    antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah

    menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal

    dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru

    yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan

    cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu

    sahaja tetapi juga masa kini.

    Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga

    semakin mencabar. Hal ini kerana tugas pendidik atau guru bukan setakat

    menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepada

    anak murid. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai pengetahuan.

    Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan

    guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran.

    Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan

  • 7/30/2019 114010619 Tugasan 3 Cabaran Guru

    3/8

    menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan.

    Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal.

    1. Pengendalian emosi yang baik

    Antara cabaran paling utama bagi guru alaf baru ialah pengendalian

    emosi yang baik. Guru-guru harus memahami , pendidik masa kini memang

    terlalu banyak tugasnya. Tetapi ianya harus dilihat dari sudut rasional dan

    kepentingan bersama. Seandainya emosi yang tidak berfikir secara waras,

    maka timbullah perasaan tertekan terhadap bebanan kerja yang sebenarnya

    merupakan tanggungjawab pendidik sendiri. Dalam menghadapi beban yang

    pelbagai ini, strategi perlu disusun rapi .Pembahagian tugas perlu

    dilaksanakan dengan effektif.

    Memang guru juga insan biasa. Adakalanya berdepan dengan

    keadaan murid dan pelajar yang agak keterlaluan tindak tanduknya. Guru

    perlu mempunyai pengendalian emosi yang sangat tinggi, barulah boleh

    mengawal keadaan kelas yang kian susah dikawal disebabkan disiplin murid

    yang semakin merosot. Selain itu, guru juga perlu menghadapi saat-saat getir

    menghadapi pergolakan emosi, termasuk konflik dengan rakan, permintaan

    tinggi daripada ketua jabatan, PPD dan kementerian, aduan daripada ibu

    bapa, ada yang terpaksa berpisah beribu batu dengan keluarga tercinta.

    Tekanan-tekanan yang dihadapi dalam menjalankan tugas sebagai

    pendidik memang memerlukan guru yang mempunyai EQ yang sangat tinggi.

  • 7/30/2019 114010619 Tugasan 3 Cabaran Guru

    4/8

    2. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam era globalisasi

    pada masa kini menjadikan dunia pendidikan memberi penekanan terhadap

    penggunaan teknologi yang selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan. Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini

    menjadikan kegiatan Pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih.

    Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi

    semakin kompleks. Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami

    perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman

    teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah

    banyak membawa banyak cabaran kepada kaum guru.

    Para guru pada hari ini perlu bersikap produktif, proaktif dan responsif

    terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar

    anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Guru perlu

    menyediakan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-

    komunikasi supaya dapat menjadikannya pemankin ke arah menghasilkan

    pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.

    Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam era teknologi

    maklumat:

    i. Merancang dan melaksana pembelajaran melalui prasarana IT.

    ii. Melengkanpkan diri dengan kemahiran dan penggunaan alat

    teknologi.

    iii. Berfikiran positif, bersikap fleksibel, ada sifat kepimpinan dan

    memahirkan diri menggunakan komputer

  • 7/30/2019 114010619 Tugasan 3 Cabaran Guru

    5/8

    3.Mempertingkatkan Profesionalisme

    Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu

    menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk

    mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan

    pengetahuan mengenai strategi dan cara pendidikan harus diperkemaskan

    dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada

    perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru perlu berusaha

    melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran.

    Sehubungan dengan kehendak tersebut, kaum guru masa kini

    terpaksa mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak

    Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan

    Daerah. Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru

    untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan

    yang kian mencabar dan kompleks ini. Hal ini bermaksud, guru selain perlu

    menlaksanankan tugas P&P dalam sekolah, mereka juga perlu menyediakan

    masa untuk menghadiri pelbagai kursus dan menjalankan latihan dalaman di

    sekolah setelah tamat kursus.

    Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi cabaran yang

    perlu dihadapi. Justeru, kaum guru perlu berusaha untuk mengikut langkah

    Kementerian Pelajaran Malaysia yang menggalakkan guru meningkatkan

    kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah

    kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan

    pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa

    melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran untuk

    membangunkan kerjaya guru.

  • 7/30/2019 114010619 Tugasan 3 Cabaran Guru

    6/8

    4. Pengurusan Perubahan dalam Pendidikan

    Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke

    hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan

    adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara

    maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum

    pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion

    keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi kaum guru perlu sentiasa berusaha

    mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa.

    Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu

    dapat ditangani.

    Reformasi kurikulum ialah pembaruan, perbaikan, pengubahsuaian

    atau pemulihan terhadap kurikulum yang sedia ada. Reformasi kurikulum

    adalah perlu disebabkan oleh tiga factor berikut:

    a) Perkembangan sains dan teknologi

    b) Keperluan masyarakat

    c) Perkembangan falsafah dan teori pendidikan

    Para guru perlu sentiasa menyesuaikan diri dalam mengurus

    perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Secara langsung atau

    tidak langsung, perubahan ini akan membawa tekanan dan cabaran kepada

    kaum. Misalnya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan mulai tahun ini.

    Bagi menghadapi cabaran ini, guru perlu membina tahap keyakinan diri yang

    tinggi serta beriltizam, berwawasan, berpandangan global dan senantiasa

    berorientasikan maklumat

  • 7/30/2019 114010619 Tugasan 3 Cabaran Guru

    7/8

    Penutup

    Dunia sekarang mengalami perkembangan yang begitu pesat dalam

    ilmu pengetahuan hampir sampai ke tahap meledak. Oleh itu, guru mestilah

    sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan bidang yang semakin kompleks

    dan canggih ini tidak kira di mana mereka berada serta menguasai kemahiran

    inovasi. Sesungguhnya, proses pendidikan seseorang tidak berhenti dari

    semasa ke semasa tetapi terus beroperasi seumur hidup

    Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan

    perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan

    masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan

    sebagai kelas kedua. Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-

    sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang

    unggul dan disegani ramai. Para guru sebenarnya mempunyai

    tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya

    dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang

    tinggi.

  • 7/30/2019 114010619 Tugasan 3 Cabaran Guru

    8/8

    Bibliografi

    Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung

    Malim: Quantum Books.

    Mok Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan

    Budiman.

    Mok Soon Sang (2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah).

    Komponen 3: Profesionalisme Keguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan

    Budiman.