1080 faktor-faktor yang mempengaruhi...

12
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 1715 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGHAYATAN HIDUP BERAGAMA : SATU SOROTAN LITERATUR Norul Huda Binti Bakar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Jabatan Undang-undang, Akademi Islam, KUIS, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor. (013-2084310) [email protected] Mariam Abd. Majid (PHD) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Jabatan Dakwah dan Pengurusan, Akademi Islam, KUIS, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor. (013-3401616) [email protected] ABSTRAK Penghayatan hidup beragama merupakan darjah seseorang menghidupkan agama dalam dirinya di segenap aspek kehidupan yang melibatkan dimensi fizikal dan rohani. Penghayatan hidup beragama diyakini berperanan sebagai solusi terbaik terhadap pembentukan sahsiah individu Muslim. Individu yang menghayati agama akan melakukan perkara taat dan patuh kepada perintah Allah SWT serta berwaspada daripada melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh menyebabkan kurangnya keimanan kepada Allah SWT. Implikasi penghayatan agama ini juga mampu menyelesaikan permasalahan sosial yang berlaku dalam masyarakat masa kini yang berpunca daripada kurangnya penghayatan terhadap agama. Penghayatan hidup beragama tidak berlaku secara sendirinya dalam kehidupan manusia. Bahkan ianya perlu diusahakan dengan melihat kepada faktor-faktor yang membantu penghayatan tersebut. Justeru, kertas kerja ini akan mengupas faktor-faktor yang mempengaruhi penghayatan hidup beragama individu Muslim berdasarkan sorotan literatur kajian-kajian lepas berkaitan dengan penghayatan hidup beragama. Kata Kunci :, Hidup Beragama, Konsep Hidup beragama, Faktor Penghayatan PENGENALAN Penghayatan hidup beragama merupakan darjah seseorang menghidupkan agama dalam dirinya di segenap aspek merangkumi aspek rohani dan jasmani. Agama yang dimaksudkan dalam penulisan ini merujuk kepada agama Islam yang telah terbukti sempurna, menyeluruh, tersusun dan sistematik dalam kehidupan manusia. Justeru, penghayatan hidup beragama merupakan matlamat ajaran Islam yang diturunkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Ini kerana penghayatan hidup beragama dalam diri seseorang Muslim dapat menanamkan keimanan dalam hati dan membentengi diri daripada penyelewengan 1080

Upload: vanthien

Post on 04-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1080 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1080-irsyad-2016.pdf · 2013). Menurut Yusuf al-Qaradawi (1984) ... yang terdiri daripada iman

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1715

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGHAYATAN HIDUP BERAGAMA

: SATU SOROTAN LITERATUR

Norul Huda Binti Bakar

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Jabatan Undang-undang, Akademi Islam, KUIS, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor.

(013-2084310)

[email protected]

Mariam Abd. Majid (PHD)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Jabatan Dakwah dan Pengurusan, Akademi Islam, KUIS, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang,

Selangor. (013-3401616)

[email protected]

ABSTRAK

Penghayatan hidup beragama merupakan darjah seseorang menghidupkan agama dalam dirinya di segenap aspek

kehidupan yang melibatkan dimensi fizikal dan rohani. Penghayatan hidup beragama diyakini berperanan sebagai

solusi terbaik terhadap pembentukan sahsiah individu Muslim. Individu yang menghayati agama akan melakukan

perkara taat dan patuh kepada perintah Allah SWT serta berwaspada daripada melakukan perkara-perkara maksiat

yang boleh menyebabkan kurangnya keimanan kepada Allah SWT. Implikasi penghayatan agama ini juga mampu

menyelesaikan permasalahan sosial yang berlaku dalam masyarakat masa kini yang berpunca daripada kurangnya

penghayatan terhadap agama. Penghayatan hidup beragama tidak berlaku secara sendirinya dalam kehidupan

manusia. Bahkan ianya perlu diusahakan dengan melihat kepada faktor-faktor yang membantu penghayatan

tersebut. Justeru, kertas kerja ini akan mengupas faktor-faktor yang mempengaruhi penghayatan hidup beragama

individu Muslim berdasarkan sorotan literatur kajian-kajian lepas berkaitan dengan penghayatan hidup beragama.

Kata Kunci :, Hidup Beragama, Konsep Hidup beragama, Faktor Penghayatan

PENGENALAN

Penghayatan hidup beragama merupakan darjah seseorang menghidupkan agama dalam dirinya

di segenap aspek merangkumi aspek rohani dan jasmani. Agama yang dimaksudkan dalam

penulisan ini merujuk kepada agama Islam yang telah terbukti sempurna, menyeluruh, tersusun

dan sistematik dalam kehidupan manusia. Justeru, penghayatan hidup beragama merupakan

matlamat ajaran Islam yang diturunkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan

kepada seluruh manusia. Ini kerana penghayatan hidup beragama dalam diri seseorang Muslim

dapat menanamkan keimanan dalam hati dan membentengi diri daripada penyelewengan

1080

Page 2: 1080 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1080-irsyad-2016.pdf · 2013). Menurut Yusuf al-Qaradawi (1984) ... yang terdiri daripada iman

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1716

terhadap agama (Ibnu Qayyim al-Jawziyah 1983). Yusuf al-Qaradawi (2001) juga menyebutkan

bahawa Islam akan berfungsi sebagai penyelesaian yang terbaik dalam masyarakat apabila Islam

dijadikan sebagai cara hidup bagi para penganutnya.

Justeru itu, kajian ini akan mengupas secara menyorot literatur kajian yang telah dijalankan oleh

para pengkaji agama dan religiositi bagi membentangkan konsep, kepentingan dan faktor-faktor

penghayatan hidup beragama dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian secara kualitatif yang dilakukan dengan mengumpul data dan

maklumat secara dokumentasi. Rujukan terhadap penulisan ilmiah seperti jurnal, makalah dan

buku-buku telah dilakukan bagi mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan. Kesemua

rujukan yang dirujuk adalah berautoriti walaupun terdapat banyak rujukan yang bersifat

sekunder. Bahan berkenaan dianalisis secara historis, induktif dan deduktif.

KONSEP HIDUP BERAGAMA

Menurut Kamus Dewan edisi ke-empat (2015), hayat bermaksud hidup. Menghayati bermaksud

mengalami serta merasai (dalam jiwa) atau meresap ke dalam jiwa. Penghayatan adalah perihal

kepada kata kerja menghayati. Jika diteliti istilah ini menunjukkan terdapatnya perlakuan tertentu

yang dilaksanakan dan darjah perlaksanaannya yang dapat meninggalkan kesan kepada jiwa. Ini

menunjukkan bahawa sekiranya sesuatu perlakuan dilaksanakan tetapi tidak meninggalkan kesan

kepada jiwa, maka perlakuan itu belum dihayati.

Kamus Dewan juga memberikan definisi yang banyak terhadap perkataan hidup. Antara yang

dilihat sesuai maksud hidup dalam kajian ini ialah bernyawa atau bernafas atau berada dalam

keadaan tertentu. Manakala perkataan beragama menurut Kamus Dewan bermaksud mempunyai

agama, menganut sesuatu agama, mematuhi ajaran-ajaran agama dan taat pada agama atau taat

beribadat.

Page 3: 1080 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1080-irsyad-2016.pdf · 2013). Menurut Yusuf al-Qaradawi (1984) ... yang terdiri daripada iman

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1717

Agama dalam Islam disebut sebagai al-din yang didefinisikan oleh ulama’ dengan maksud

hukum tuhan yang dikuatkuasakan untuk orang-orang berakal sihat supaya mereka mendapat

kebaikan pada masa sekarang dan memperoleh kebahagiaan pada masa akan datang sesuai

dengan kehendak mereka sendiri (Mohamad Ali At-Tahanawi 1996). Agama juga bukan sekadar

satu sistem kepercayaan kepada Tuhan tetapi ia juga dikenali sebagai satu sistem kehidupan yang

menyeluruh yang mempunyai syariat dan peraturan (Ramli 1997, Haron Din 2007). Menurut

Muhammad Abdullah Darraz (1990) al-din bermaksud hukum tuhan yang dapat menunjukkan

jalan kepada keyakinan yang benar, cara bersikap dan berhubungan dengan pihak lain dengan

baik.

Penghayatan hidup beragama dari perspektif Islam merujuk kepada menjadikan keseluruhan

ajaran Islam sebagai al-Din atau tatacara hidup (Rafiza 2015). Ia juga dirujuk sebagai

pelaksanaan dan pengamalan agama oleh seseorang muslim dalam kehidupannya (Norsalimah

2013). Menurut Yusuf al-Qaradawi (1984) penghayatan hidup beragama adalah penghayatan di

segenap kehidupan dengan menghayati akidah sebagai pegangan hidup, ibadah sebagai amalan

hidup, syariah sebagai peraturan dan pertimbangan hidup, serta akhlak mulia sebagai etika hidup

termasuk menjauhi perbuatan syirik dan perbuatan-perbuatan lain yang ditegah oleh Allah SWT.

Selain itu, penghayatan hidup beragama ini juga bukan sekadar ritual, cara berkeluarga, cara

bekerja semata-mata malah mencakupi segala dimensi ruang lingkup yang ada (Rafiza 2015).

Zakaria Stapa (2002) menyatakan penghayatan hidup beragama diistilahkan sebagai kegiatan

hidup yang berasaskan agama atau kehidupan beragama dan ia merujuk kepada penghayatan

Islam sebagai satu cara hidup yang merangkumi aspek-aspek akidah, ibadat dan akhlak.

Konsep penghayatan hidup beragama khususnya, adalah menjadikan Islam sebagai tatacara

hidup yang sempurna dan diredai berdasarkan ketaatan kepada Allah SWT dan bertunjangkan

tauhid. Dengan menghayati Islam, seseorang itu membuktikan keyakinan serta kepatuhannya

kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Keyakinan yang meresap ke dalam hati itu seterusnya menggerakkannya untuk membentuk

tingkahlaku dalaman (pemikiran, keyakinan, sikap, perasaan, kehendak dan lain-lain) dan luaran

(percakapan, penglihatan, pendengaran dan lain-lain tingkahlaku) yang sejajar dengan tuntutan

Page 4: 1080 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1080-irsyad-2016.pdf · 2013). Menurut Yusuf al-Qaradawi (1984) ... yang terdiri daripada iman

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1718

Islam. Melalui penghayatan ini juga akan lahirlah keperibadian hamba yang boleh memikul

amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini (Khairul Anwar 2008).

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa hidup beragama adalah kombinasi daripada penghayatan

dan amalan-amalan yang dituntut dalam agama. Hidup beragama ini juga melibatkan dua

dimensi penghayatan iaitu penghayatan dalaman (iman dan ihsan) dan penghayatan luaran

(Islam). Penghayatan dalaman diukur melalui tasawur, manakala penghayatan luaran pula diukur

melalui amalan (Norsalimah 2013). Hidup beragama ini juga melibatkan tiga aspek utama yang

harus disepadukan dan dilaksanakan secara komprehensif. Aspek tersebut ialah akidah, ibadah

dan akhlak.

Seterusnya, kertas kerja ini akan mengupas tentang kesan dan kepentingan penghayatan hidup

beragama dalam diri seorang Muslim.

KEPENTINGAN PENGHAYATAN HIDUP BERAGAMA

Daripada sorotan literatur kajian-kajian lepas mendapati bahawa penghayatan hidup beragama

yang terdiri daripada iman dan amal salih menjamin hakikat kehidupan yang lebih baik (Yusuf

al-Qaradawi 1984). Bahkan penghayatan hidup beragama ini juga dapat meningkatkan

kedudukan manusia ke tahap yang mulia di sisi Allah SWT (Sayyid Qutb 1978, Muhammad al-

Ghazali 1953, Nor Salimah 2013)

Penghayatan hidup beragama juga mendorong orang Islam mempraktikkan segala perintah dan

larangan Allah SWT secara menyeluruh malah akan membawa pelaksanaan hukum syariah

sampai ke matlamatnya (Yusuf al-Qaradawi 1984). Menurut pandangan Shaltut (1966) hati yang

menghayati akan menjadikan manusia yang tidak akan membantah perintah-Nya, menipu,

khianat, mengabaikan kebenaran dan meninggalkan kewajipan. Situasi ini akhirnya dapat

membentuk tamadun dan budaya Islam yang cemerlang bebas daripada penyakit sosial sekaligus

melahirkan masyarakat Islam yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap kebajikan alam

sekitar dan berusaha menegakkan keadilan (Jamiah 2005).

Page 5: 1080 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1080-irsyad-2016.pdf · 2013). Menurut Yusuf al-Qaradawi (1984) ... yang terdiri daripada iman

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1719

Banyak kajian telah dijalankan dan hasilnya telah membuktikan bahawa penghayatan hidup

beragama memberikan kesan yang sangat signifikan dalam kehidupan manusia. Antaranya

menyebutkan bahawa penghayatan hidup beragama juga memberi pengaruh yang besar terhadap

tingkah laku dan personaliti (Ahmad Raba 2001, Jamiah Manap 2005). Penghayatan hidup

beragama seseorang Muslim juga turut memberi ketenangan kepada emosi diri (Hasnan Kassan

2002) dan meningkatkan keyakinan dalam diri manusia (Yusuf al-Qaradawi 1998). Selain itu,

seseorang yang menghayati hidup beragamanya akan dapat mencegah daripada terlibat dengan

aktiviti tidak bermoral dan menyalahi undang-undang negara (Fauziah et al. 2012). Ia juga

memberi kekuatan untuk berdepan dengan cabaran yang negatif (Sharifah et al. 2010).

Bertitik-tolak daripada kepentingan dan peranan penghayatan hidup beragama yang memberi

pengaruh besar dalam kehidupan Muslim, usaha-usaha bagi membangunkan penghayatan hidup

beragama perlu dipergiatkan terutamanya dalam membentuk mekanisme membangunkan

penghayatan hidup beragama secara seimbang dan menyeluruh menurut pandangan Islam.

Antara lain yang perlu diperhalusi adalah faktor-faktor yang mempengaruhi penghayatan hidup

beragama seseorang Muslim.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGHAYATAN HIDUP BERAGAMA

Berdasarkan tinjauan literatur kajian, terdapat beberapa faktor yang dilihat dapat relevan

mempengaruhi penghayatan hidup beragama. Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut :

1. Jantina

Kajian Smith dan rakan-rakan (2003) mendapati bahawa remaja perempuan lebih tinggi

mengatakan agama lebih penting daripada remaja lelaki. Begitu juga remaja perempuan didapati

lebih kerap bersembahyang sertiap hari berbanding remaja lelaki. James (2001) mendapati

remaja perempuan menunjukkan tahap religiositi yang tinggi berbanding remaja lelaki. Kajian

Azma (2005) juga mendapati tahap penghayatan pendidikan Islam pelajar perempuan lebih

tinggi berbanding pelajar lelaki.

Page 6: 1080 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1080-irsyad-2016.pdf · 2013). Menurut Yusuf al-Qaradawi (1984) ... yang terdiri daripada iman

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1720

2. Lokasi

Terdapat banyak kajian yang mendapati faktor penempatan responden mempengaruhi tahap

penghayatan hidup beragama. Antaranya kajian yang di jalankan oleh Smith dan rakan-rakan

(2003) mendapati remaja daripada kawasan Selatan Amerika Syarikat lebih tinggi tahap

religiositi berbanding dengan remaja dari kawasan Barat, Utara Sentral dan Timur Laut. Kajian

yang dijalankan di Malaysia oleh Norsalehah (2014) mendapati bahawa tahap penghayatan

akidah dalam kalangan pelajar di luar bandar lebih tinggi berbanding dengan pelajar di bandar.

3. Kumpulan Etnik

Kajian Smith dan rakan-rakan (2003) mendapati bahawa remaja berkulit hitam mendahului

remaja Hispanik, Asia dan remaja berkulit putih dari segi persepsi tentangkepentingan agama

dan kekerapan sembahyang. Manakala kajian dalam kajian Azimi dan rakan-rakan (2006)

mendapati remaja Islam berbangsa melayu lebih tinggi tahap religiositi berbanding remaja Islam

berbangsa Cina dan Tamil.

4. Latar belakang pendidikan

Latar belakang pendidikan seperti jenis sekolah yang diikuti dan aliran pengajian turut

mempengaruhi tahap penghayatan hidup beragama. Kajian-kajian yang dijalankan oleh Azma

(2006), Norsalehah (2014) dan Azimi dan rakan-rakan ( 2006) mendapati responden yang

mewakili sekolah harian biasa dan sekolah berasrama penuh berbeza tahap penghayatan hidup

beragamanya. Begitu juga dengan aliran pengajian yang diambil oleh responden turut berbeza

antara pengajian agama daengan pengajian bukan agama. Selain itu, pendidikan keagamaan juga

menyumbang kepada penghayatan hidup beragama berdasarkan kajian yang dibuat oleh Rohana

Tan dan rakan-rakan (2013).

5. Peranan ibu bapa

Page 7: 1080 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1080-irsyad-2016.pdf · 2013). Menurut Yusuf al-Qaradawi (1984) ... yang terdiri daripada iman

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1721

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembangunan hidup beragama dan

pembentukan sahsiah anak-anak. Ini kerana ibu bapa merupakan orang yang yang terdekat atau

paling hampir dengan kanak-kanak (Asmawati Suhid, 2009). Selain itu, Asmak Hj. Ali (2006)

dalam kajiannya mengenai peranan ibu bapa dalam menangani salah laku sosial dalam kalangan

remaja merumuskan bahawa ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan

akhlak dalam kalangan remaja. Manakala dalam kajian Ahmad Munawwar Ismail (2009)

mendapati faktor ibu bapa menyumbang 28.3% terhadap pembentukan akhlak dalam kalangan

responden. Dalam kajian Norsalehah (2014) mendapati keprihatinan ibu bapa terhadap

pendidikan akidah anak-anak menyumbang kepada penghayatan akidah dalam diri anak-anak.

6. Pengaruh rakan sebaya

Rakan sebaya juga merupakan antara faktor yang banyak menyumbang dan mempunyai

pengaruh yang kuat terhadap penghayatan akidah dan pembentukan akhlak dalam kalangan

remaja sekolah menengah (Norsalehah 2014, Asmawati Suhid 2009, Che Noraini Hashim 2005).

Kajian Ahmad Munawwar (2009) mendapati faktor penyumbang tertinggi terhadap penghayatan

akhlak pelajar-pelajar adalah faktor rakan-rakan. Begitu juga kajian Asmak Hj Ali (2006) dalam

kalangan remaja di Shah Alam dan Petaling Jaya menunjukkan remaja cenderung untuk merujuk

masalah kepada rakan sebaya.

7. Media Massa

Pengaruh media massa amat besar ke atas generasi muda, khususnya golongan pelajar dan

remaja (Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail, 2009). Penampilan artis melalui media massa

memberi pengaruh terhadap proses pembentukan akhlak remaja dan pelajar sekolah menengah

(Azhar Ahmad, 2006). Para artis sebagai ikon dan fenomena sosial boleh menarik minat remaja

mempunyai peranan dan sumbangan terhadap proses pembentukan akhlak dalam kalangan

remaja dengan cara menyemaikan nilai positif dan adab ketimuran melalui persembahan dan cara

hidup mereka (Mohd. Razak Idris, 2005). Kajian Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail (2009)

menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan antara bahan-bahan hiburan

dengan pegangan nilai akhlak.

Page 8: 1080 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1080-irsyad-2016.pdf · 2013). Menurut Yusuf al-Qaradawi (1984) ... yang terdiri daripada iman

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1722

8. Keadaan Persekitaran

Faktor keadaan persekitaran sekolah juga boleh memberi kesan kepada pembentukan tingkah

laku (Rusni 2005). Persekitaran yang menyokong dan menggalakkan dapat melahirkan kesan

positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai murni.

Dapatan kajian Ab. Halim Tamuri (2007) menjelaskan kewujudan aktiviti-aktiviti keagamaan di

sekolah seperti syarahan agama, kelas tambahan agama, sambutan perayaan-perayaan hari

kebesaran Islam, sembahyang berjemaah dan kem ibadat mempunyai pengaruh yang positif

terhadap pembangunan akhlak pelajar.

9. Masyarakat Sekitar

Kurangnya sikap prihatin dalam sesetengah masyarakat akan memberi kesan yang negatif dalam

pembangunan akhlak pelajar (Ab. Halim Tamuri, 2007). Selain itu, dapatan kajian Azhar Ahmad

(2006) mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi tentang pengaruh faktor

persekitaran masyarakat dengan tahap penghayatan akhlak.

Berdasarkan tinjauan literatur yang telah dibuat didapati faktor-faktor jantina, lokasi responden,

kumpulan etnik, latar belakang pendidikan, peranan ibu bapa, rakan sebaya, media massa,

keadaan persekitaran dan masyarakat sekitar mempunyai hubungan dan pengaruh ke atas

penghayatan hidup beragama. Literatur yang dikutip dalam penulisan ini belum diperincikan

mengikut kumpulan sasar kajian tertentu. Ini kerana, faktor-faktor yang dibentangkan ini bersifat

umum.

PENUTUP

Kajian mengenai penghayatan hidup beragama adalah penting dijalankan bagi menjelaskan

status semasa tahap penghayatan hidup beragamaagar usaha membina individu yang

beragama dapat dilaksanakan dengan berkesan. Hasil sorotan literatur kajian dalam

penulisan ini mendapati sembilan faktor yang berkait rapat dengan penghayatan

Page 9: 1080 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1080-irsyad-2016.pdf · 2013). Menurut Yusuf al-Qaradawi (1984) ... yang terdiri daripada iman

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1723

masyarakat Islam di Malaysia. Faktor-faktor ini diyakini dapat menyumbang kepada

penghayatan hidup beragama dalam diri seorang Muslim.

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri. (2007). Islamic Education teachers’ perceptions of the teaching of akhlaq in

Malaysian secondary schools. Journal of Moral Education, 36 (3), 371-386.

Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. (2009). Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral Dengan

Media Massa: Tinjauan Ke Atas Remaja Melayu Luar Bandar. Sari, 27,199-212.

Ahmad M. Raba. 2001. Major Personalities in the Quran. Kuala Lumpur : A.S Noordeen

Ahmad Munawwar Ismail. (2009). Pengetahuan Akidah Dan Penghayatan Akhlak Dalam

Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia

Asmak Hj Ali. (2006). Salah laku sosial remaja masa kini: Cabaran dan penyelesaiannya. Dlm.

Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin & Jamaluddin Tubah (Editor), Institusi

keluarga menghadapi cabaran alaf baru (hlm. 89-114). Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Asmawati Suhid. (2009). Pendidikan Akhlak Dan Adab Islam: Konsep Dan Amalan. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Azma binti Mahmood. 2005. Pengukuran Tahap Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar-pelajar

Sekolah Menengah di Malaysia. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azhar Ahmad. (2006). Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam Dan

Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah Di Sarawak. Tesis Ph.D. Univerisiti

Kebangsaan Malaysia

Page 10: 1080 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1080-irsyad-2016.pdf · 2013). Menurut Yusuf al-Qaradawi (1984) ... yang terdiri daripada iman

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1724

Azimi Hamzah, Sidek Mohd Noah, Hasnan Kasan, Abdul Lateef Abdullah, Rumaya Juhari,

Khairul Anwar Mastor, Turiman Suandi J& Jamiah Manap. 2006. Muslim Religiosity

and Personality Indexing : Implications for Nation Building. Institut Pengajian Komuniti

dan Keamanan (PEKKA). Serdang.

Che Noraini Hashim. (2005). Keruntuhan akhlak dan pembangunan remaja masa kini: Cabaran

Pendidikan Islam. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 4): Pendidikan Islam ke

arah kemanusiaan sejagat (hlm. 19-28). Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Fauziah Ibrahim et. al. 2012. Memperkasakan Pengetahuan Agama Dalam Kalangan Remaja

Bermasalah Tingkah Laku: Ke Arah Pembentukan Akhlak Remaja Sejahtera. Journal of

Social Sciences and Humanities. 7 : 2012. Hlm 84-93

Haron Din. 1985. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur : Hizbi Sdn. Bhd

Hasnan Kasan. 2002. Kesihatan Jasmani dan Rohani sebagai Asas Kejayaan menurut Islam.

Bangi : UKM

Jamiah Manap. 2005. Kesahan dan Kebolehpercayaan Inventori Religiositi dan Personaliti

Muslim. Universiti Putra Malaysia

James, R.L. 2001. Correlation Between Adolescent Self-Esteem, Religiosity And Perceived

Family Support. http://clearinghouse.mwsc.edu.com. (17 Ogos 2004)

Joseph, S. Smith, D. & Diduca, D. 2002. Religious Orientation And Its Association With

Personality, Schizotypol Traits And Maniac-Depressive Experiences. Mental Health,

Religion And Culture. 5 (73-81)

Page 11: 1080 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1080-irsyad-2016.pdf · 2013). Menurut Yusuf al-Qaradawi (1984) ... yang terdiri daripada iman

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1725

Khairul Anwar dan Hasnan Hasan. 2008. Penghayatan Agama Dan Kepimpinan Pelajar.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan. UTM Skudai. 22-23 Oktober

2008.

Ibnu Qayyil a-Jawziyah. 1983. Miftah al-Dar al-Saadah. Kaherah. Dar al-Hadis

Kamus Dewan edisi ke-empat. 2015. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhammad Abdullah Darraz. 1990. Al-Din Buhuth Mumahhadah li Dirasah Tarikh al-Adyan.

Kuwait : Dar al-Qalam

Muhammad al-Ghazali. 1953. Al-Khuluq al-Muslim. Misr : Dar al-Kitab al-Arabi.

Mohamad Ali At-Tahanawi. 1996. Kasyaf Istilahat al-Ulum wa al-Funun. Beirut : Maktabah

Lubnan Nasyirun.

Mohd. Razak Idris. (2005). Pertubuhan Dakwah Dan Fenomena Siti Nurhaliza. Al-Islam, 378,

36-38.

Nor Salimah Abu Mansur . 2013. Penghayatan Agama Orang Kurang Upaya di Terengganu

Daripada Perspektif Dakwah. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norsaleha bt Mohd Salleh. 2014. Penghayatan Akidah, Ketenangan Hati dan Ketenangan

Rohani Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. Tesis Dr. Fal. Universiti

Kebangsaan Malaysia

Rafiza Mohamed. 2015. Gelandangan Antara Tret Personaliti dan Religiositi. Institut

Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad. Kuala Lumpur

Rohana Tan et al. 2013. Pengaruh Faktor Psikososial ke atas Penghayatan Akhlak Islam dalam

Kalangan Belia Institusi Pengajian Tinggi awam Terpilih. Jurnal Pesonalia Pelajar

16:55-64

Page 12: 1080 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1080-irsyad-2016.pdf · 2013). Menurut Yusuf al-Qaradawi (1984) ... yang terdiri daripada iman

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1726

Rusni Mohd. Nor. (2005). Perkaitan Antara Budaya Sekolah Dengan Pencapaian Akademik

Pelajar Di Negeri Sembilan. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sayyid Qutb. 1978. Haza al-Din. Beirut : Dar al-Syuruq

Sharifah, M.N., Turiman, S., Syamsilah, R., Rahil, M., Haslinda, A., Ismi Arif, I., Muryid, A.

2010. Laporan Kajian Fenomena Merempit dan Potensi Remaja Lasak di FELDA.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Yusuf al-Qaradawi. 2001. Madkhal li Ma’rifah al-Islam. Kaherah : Muassasah al-Risalah li

Tobaah wa al-Nasyar wa al-Tauzi’.

________________. 1984. Ke Arah Pelaksanaan Syariah Islamiyyah. Terj. Abdul Rahman

Ahmad Jalin. Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar

________________. 1998. Al-Iman wa al-Hayat. Kaherah : Muassasah al-Risalah li Tobaah wa

al-Nasyar wa al-Tauzi’.

Zakaria Stapa. 2002. Akidah dan akhlak dalam Kehidupan Muslim. Utusan Publication &

Distributors Sdn Bhd.