konsep kecerdasan emosi dalam...

22
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 783 KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAM DR. NORSALEHA MOHD. SALLEH Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected] DR. NOOR HAFIZAH MOHD. HARIDI Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected] ABSTRAK Tulisan ini bertujuan menerangkan tentang konsep Kecerdasan emosi dalam Islam. Ramai pengkaji dan sarjana daripada Barat telah membuat kajian berkaitan dengan psikologi manusia dan mengemukakan beberapa model yang berkaitan dengan kecerdasan emosi seperti Artkinson, Lazarus dan Goleman. Walau bagaimanapun, konsep kecerdasan emosi yang dibincangkan oleg sarjana Barat adalah bersifat humanistik dan fizikal sahaja tanpa menyentuh isu tauhid dan hubungan hati dengan Tuhan. Menurut sarjana Barat, seseorang akan mencapai tahap kecerdasan emosi yang tinggi apabila dia berkemampuan mengungkap dan mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain, berkemampuan memotivasi diri sendiri dan berkemampuan mengelola emosi sendiri dengan baik dan membina hubungan dengan orang lain. Keupayaan yang dibentuk ini adalah nilai luaran yang wajar ada pada seseorang yang mencapai tahap yang tinggi dalam kecerdasan emosi. Berbeza dengan konsep kecerdasan emosi dalam Islam. Menurut al-Ghazali seseorang boleh mencapai tahap yang tinggi dalam kecerdasan emosi apabila berjaya memandu hatinya mengenal diri, mengenal Allah, mengenal akhirat dan mengenal alam. Hati yang dimaksudkan oleh al-Ghazali ialah hati yang sentiasa mengikat dirinya dengan peraturan dan tuntutan agama bukan hati yang dikawal selia oleh nafsu yang merosakkan. Walaupun hati berperanan seperti raja kepada seluruh anggota badan dan menjadi penentu kepada baik buruknya diri seseorang, namun hati itu sendiri mempunyai ikatan dan hubungan yang kukuh dengan penciptanya iaitu Allah SWT. Hati yang baik adalah hati yang sentiasa ingat kebesaran Allah SWT, melakukan yang halal, meninggalkan yang haram dan menjauhi yang syubhah, takut jatuh kepada yang haram. Mana kala hati yang rosak adalah hati yang mudah dipengaruhi nafsu dan hasutan syaitan sehingga mudah melakukan maksiat kepada Allah SWT dan meninggalkan suruhanNya. Berdasarkan kenyataan ini, kajian akan mengemukakan satu model kecerdasan emosi Islam yang mengandungi elemen tauhid dan ubudiah kepada Allah SWT. Kata kunci: kecerdasan, emosi, Islam, humanistik, Barat Pendahuluan Kajian-kajian tentang kemanusiaan dan psikologi manusia yang diperkenalkan oleh ahli-ahli falsafah Greek seperti Plato (423-347 SM) dan Aristotle (470-399 SM) telah berjaya dikembangkan oleh ahli-ahli falsafah Islam seperti al-Kindī (801-873), Ibn Sīna (980-1037), al- al-Ghazālī (1058-1111) dan Ibn Khaldūn (1332-1395). Banyak tulisan dan manuskrip para 1061

Upload: phungquynh

Post on 01-Feb-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

783

KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAM

DR. NORSALEHA MOHD. SALLEH

Akademi Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

DR. NOOR HAFIZAH MOHD. HARIDI

Akademi Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

ABSTRAK

Tulisan ini bertujuan menerangkan tentang konsep Kecerdasan emosi dalam Islam. Ramai pengkaji dan sarjana

daripada Barat telah membuat kajian berkaitan dengan psikologi manusia dan mengemukakan beberapa model

yang berkaitan dengan kecerdasan emosi seperti Artkinson, Lazarus dan Goleman. Walau bagaimanapun, konsep

kecerdasan emosi yang dibincangkan oleg sarjana Barat adalah bersifat humanistik dan fizikal sahaja tanpa

menyentuh isu tauhid dan hubungan hati dengan Tuhan. Menurut sarjana Barat, seseorang akan mencapai tahap

kecerdasan emosi yang tinggi apabila dia berkemampuan mengungkap dan mengenali perasaan sendiri dan

perasaan orang lain, berkemampuan memotivasi diri sendiri dan berkemampuan mengelola emosi sendiri dengan

baik dan membina hubungan dengan orang lain. Keupayaan yang dibentuk ini adalah nilai luaran yang wajar ada

pada seseorang yang mencapai tahap yang tinggi dalam kecerdasan emosi. Berbeza dengan konsep kecerdasan

emosi dalam Islam. Menurut al-Ghazali seseorang boleh mencapai tahap yang tinggi dalam kecerdasan emosi

apabila berjaya memandu hatinya mengenal diri, mengenal Allah, mengenal akhirat dan mengenal alam. Hati yang

dimaksudkan oleh al-Ghazali ialah hati yang sentiasa mengikat dirinya dengan peraturan dan tuntutan agama

bukan hati yang dikawal selia oleh nafsu yang merosakkan. Walaupun hati berperanan seperti raja kepada seluruh

anggota badan dan menjadi penentu kepada baik buruknya diri seseorang, namun hati itu sendiri mempunyai ikatan

dan hubungan yang kukuh dengan penciptanya iaitu Allah SWT. Hati yang baik adalah hati yang sentiasa ingat

kebesaran Allah SWT, melakukan yang halal, meninggalkan yang haram dan menjauhi yang syubhah, takut jatuh

kepada yang haram. Mana kala hati yang rosak adalah hati yang mudah dipengaruhi nafsu dan hasutan syaitan

sehingga mudah melakukan maksiat kepada Allah SWT dan meninggalkan suruhanNya. Berdasarkan kenyataan ini,

kajian akan mengemukakan satu model kecerdasan emosi Islam yang mengandungi elemen tauhid dan ubudiah

kepada Allah SWT.

Kata kunci: kecerdasan, emosi, Islam, humanistik, Barat

Pendahuluan

Kajian-kajian tentang kemanusiaan dan psikologi manusia yang diperkenalkan oleh ahli-ahli

falsafah Greek seperti Plato (423-347 SM) dan Aristotle (470-399 SM) telah berjaya

dikembangkan oleh ahli-ahli falsafah Islam seperti al-Kindī (801-873), Ibn Sīna (980-1037), al-

al-Ghazālī (1058-1111) dan Ibn Khaldūn (1332-1395). Banyak tulisan dan manuskrip para

1061

Page 2: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

784

sarjana ini yang membincangkan tentang iman dan amal soleh serta hubungan elemen ini dalam

membentuk kecerdasan emosi dan spiritual seseorang. al-Kindī (801-873) merupakan salah

seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi sekiranya tidak

mempunyai hubungan yang baik dengan Allah Taala. Begitu juga dengan Ibn Sīna (980-1037)

yang berpandangan hati manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal yang

membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda, kerana hati itu sendiri boleh mencapai idea yang

tidak disedari oleh seseorang melalui perasaan, imaginasi dan anggaran. Beliau menganggap

kebolehan tersebut sebagai faktor utama kepada tingkah laku. Mana kala al- Ghazālī (1058-

1111) pula mengkaji hampir kesemua aspek dalam psikologi dalam penulisannya yang ulung

Kitab Ihya’ Ulum al-Din. Beliau berpendapat hati adalah suatu entiti spiritual yang mengawal

fungsi fizikal dan organik manusia serta menguasai deria untuk melaksanakan keperluan-

keperluan tubuh badan (al- Ghazālī t.th.).

Pendirian dan pandangan al-Kindī, Ibn Sina, al- Ghazālī dan lain-lain sarjana Islam

tentang psikologi manusia turut dikembangkan oleh pakar-pakar psikologi Barat sehingga

muncullah teori kecerdasan minda yang dibangunkan oleh Alfred Binet (1857-1911), Theodore

Simon (1872-1961), Jean Piget (1896-1980) dan lain-lain. Mana kala kecerdasan emosi

dibangunkan oleh Daniel Goleman (1998), Peter Salovey (1990) dan John Mayer (1990). Begitu

juga kecerdasan spiritual yang dibangunkan oleh Zohar dan Marshall (2010) dan Robert

Emmons (2008) serta ramai lagi sarjana Barat yang muncul dengan berbagai-bagai pendekatan.

Walau bagaimanapun, kemunculan sarjana Islam moden membicarakan tentang emosi dan

spiritual dalam konteks pendekatan Islam membantu mengimbangi pandangan masyarakat

terhadap isu-isu yang berkaitan dengan hati, perasaan dan kerohanian. Antara sarjana Islam

moden yang membicarakan tentang emosi dan spiritual ialah Otsman Najāty (2008), Said Hawa

(1994), Malik Badri (1989), Hasan Langgulung (1983), Zakiah Daradjat (1970) dan lain-lain

lagi.

Latar Belakang Kajian

Dalam usia muda, remaja mengalami perkembangan hati yang agak ketara. Mereka akan

mengalami berbagai-bagai jenis tekanan termasuk perubahan fizikal akibat daripada akil baligh,

mengenal pasti identiti diri sendiri dan kelompok sosial mana paling sesuai dengan mereka

Page 3: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

785

(Diyana Rose 2009). Pandangan turut diakui oleh Josephson (2007) yang berpendapat dalam usia

sebegini, golongan remaja mempunyai perkembangan dan hubungan biologinya yang tersendiri

yang menyebabkan mereka mudah terdedah dengan gejala gangguan mental. Dalam diri mereka

mula berlaku konflik hati yang terumbang-ambing oleh berbagai-bagai pengaruh perkembangan

yang bersumberkan diri sendiri dan pengaruh persekitaran atau luaran. Hati mereka masih belum

mencapai tahap matang bagi menghadapi sebarang gangguan dan pengaruh dalaman dan luaran.

Dalam waktu yang sama, golongan remaja ini terpaksa mengimbangi antara

keperihatinan dan keakraban hubungan sesama rakan, kejayaan akademik, kurikulum dan

pembangunan jati diri yang kukuh serta bermoral (Diyana Rose 2009). Kemampuan

mengimbangi antara keperluan diri sendiri dan tuntutan sekeliling termasuk tuntutan ibu bapa,

rakan-rakan dan guru-guru mengakibatkan golongan remaja dan pelajar berhadapan dengan

tekanan perasaan. Masalah tekanan perasaan yang tidak terkawal dan berterusan akan

mengakibatkan kepada gangguan hati dan mental yang boleh membawa kepada simpton

kemurungan dan kebimbangan yang melampau dalam kalangan pelajar. Hal ini didedahkan

dalam kajian yang dilakukan oleh Josephson (2007) terhadap kemurungan yang berlaku dalam

kalangan kanak-kanak dan remaja adalah disebabkan oleh sikap lepas tangan dan kurang

perhatian ibu bapa dan penjaga serta sikap terlalu mengongkong kebebasan kehidupan anak-anak

mereka.

Di sinilah peranan yang perlu dimainkan oleh pendidikan agama bagi mempengaruhi

golongan remaja supaya mampu mengatasi konflik dan gejolak batin yang ada dalam diri

mereka. Pendidikan agama sangat penting bagi mendatangkan rasa ketenteraman dan sejahtera,

apatah lagi pada usia ini nilai-nilai sosial mula tumbuh dalam diri mereka. Bimbingan agama

akan membantu golongan remaja menghadapi konflik dalaman dan luaran dengan lebih bersedia

dan sedar. Salahlaku paling banyak direkodkan oleh Kementerian Pendidikan sepanjang tahun

1999 ialah kes ponteng sekolah (Jamali Basri 2001). Mengikut Abdul Raof (2000), daripada

98,449 kes salahlaku pelajar dilaporkan di sekolah rendah dan menengah seluruh negara, seramai

38,053 atau 38.6% adalah kes ponteng sekolah. Di Sekolah Menengah Kebangsaan, masalah

demikian selalu berlaku terutama kepada pelajar yang berada di kelas lemah.

Masalah penyakit mental semakin serius dan ia boleh melanda sesiapa saja tanpa mengira

lingkungan umur atau jenis pekerjaan yang dilakukan. Bilangan pesakit mental yang menerima

rawatan di hospital awam telah meningkat 15.6 peratus kepada 400,227 orang pada 2010

Page 4: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

786

berbanding tahun sebelumnya (Mohammad Shatar Sabran 2011) 1

. Laporan yang dikeluarkan

oleh Kementerian kesihatan (2008) melalui kajian yang dilakukan oleh The 2nd

National Health

and Morbidity Survey ( NHMS II 1996) turut menunjukkan 6.4 peratus orang pernah terlintas

dalam fikiran untuk membunuh diri. Mana kala kajian The Third National Health and Morbidity

Survey (NHMS III 2006) terhadap kanak-kanak dan remaja yang mengalami masalah kesihatan

mental di Malaysia menunjukkan jumlah peningkatan yang agak tinggi. Masalah kesihatan

mental kanak-kanak dan remaja Melayu telah meningkat daripada 11.9% pada tahun 1996

kepada 20.4% pada tahun 2006.

Manakala masalah kesihatan mental kanak-kanak dan remaja yang beragama Islam pula

telah meningkat daripada 14.0% pada tahun 1996 kepada 20.4% pada tahun 2006. Peningkatan

jumlah ini amat membimbangkan kerana pelajar sekolah atau golongan remaja ini merupakan

aset yang sangat penting kepada negara. Berikut adalah jadual yang menunjukkan kadar

peningkatan masalah kesihatan mental dan gangguan emosi dalam kalangan remaja yang berusia

12 hingga 16 tahun dalam tempoh sepuluh tahun iaitu dari tahun 1996 sehingga tahun 2006.

Dalam jadual 2.3 di bawah menunjukkan peningkatan sebanyak 8.5% bilangan remaja

Melayu yang mengalami masalah kesejahteraan hati dalam tempoh 10 tahun, di mana remaja

Cina mengalami peningkatan mendadak sebanyak 13.2%. Begitu juga dalam kes bunuh diri yang

melibatkan golongan remaja di mana 42% daripada sampel remaja yang dikaji menunjukkan

kecenderungan untuk membunuh diri. Berikut pula adalah jadual yang menunjukkan kes cubaan

membunuh diri yang cuba dilakukan oleh golongan remaja dalam tahun 2006.

Jadual 1: Kadar peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja

dalam tempoh 10 tahun (National Health and Morbidity Survey III 2006).

Etnik NHMS II % NHMS III % Julat %

Melayu 11.9 20.4 8.5

Cina 3.6 16.8 13.2

India 24.6 26.7 2.1

Bumiputra lain 23.6 20.5 - 3.1

Lain-lain 27.7 20.0 -7.7

Agama

Islam 14.0 20.4 6.4

Kristian 15.3 20.2 4.2

Buddha 3.5 17.5 14.0

1 Temu bual dengan Profesor Madya Dr. Shatar Sabran, Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia

(UPM) dan pakar motivasi oleh wartawan Utusan Malaysia Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah pada 23 Jan 2011.

Page 5: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

787

Hindu 26.8 27.1 0.3

Lain-lain 10.8 14.7 3.9

Jadual 2: Bilangan kes cubaan membunuh diri mengikut usia (NHMS III 2006)

Umur Besar Sampel Bil. KET

16-19 1428 539

20-24 3068 990

25-29 2871 774

30-34 2601 689

35-39 2516 603

Remaja yang mengalami masalah emosi dan hati ini bukan sahaja merosakkan diri mereka

sendiri, bahkan mereka sanggup melakukan kesalahan yang mengganggu ketenteraman dan

kesejahteraan orang lain seperti membunuh, merogol, mencabul dan mendatangkan kecederaan

kepada orang lain. Laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (2014)

menunjukkan peningkatan kadar jenayah kekerasan membabitkan juvana berusia lapan tahun

hingga 18 tahun sebanyak 15 peratus. Menurut laporan tersebut sebanyak 12, 103 kes juvana

dilaporkan dalam tempoh dua tahun, iaitu 3,399 kes pada tahun 2012 dan 8,704 kes pada tahun

2013. Mengikut statistik ini, daripada tujuh ketegori kes jenayah kekerasan yang dilaporkan, tiga

kategori kes dilihat meningkat tinggi secara mendadak. Kes rogol telah meningkat pada tahun

2013 kepada 824 kes berbanding 386 kes pada tahun 2012. Manakala kes mencederakan telah

meningkat kepada 745 kes pada 2013 berbanding 325 kes pada tahun 2012. Begitu kes samun

tanpa senjata sebanyak 238 kes pada tahun 2012 telah mendadak meningkat kepada 685 kes pada

tahun 2013.

Jadual 3: Peningkatan kes jenayah juvana dalam tempoh dua tahun (2012-2013)

Jenis Kesalahan 2012 2013 Kadar peningkatan

Merogol 386 kes 824 kes 213%

Mendatangkan Kecederaan 325 kes 745 kes 229%

Samun tanpa senjata api 238 kes 685 kes 288%

Lain-lain jenayah 2,405 kes 6,450 kes 268%

Total 3,399 kes 8,704 kes 256%

Salah satu punca mengapa golongan remaja mengalami gangguan emosi seperti stres ialah

tiada sokongan sosial seperti rakan dan ibu bapa. Ramai ibu bapa suka menyalahkan anak

mereka jika berlaku sesuatu dan ini menyebabkan anak mereka tidak berani berkongsi masalah.

Punca stres juga banyak berlaku disebabkan kawasan persekitaran. Seumpama rakan-rakan yang

Page 6: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

788

tidak mahu mendengar masalahnya. Statistik cubaan bunuh diri juga semakin meningkat.

Dengan pendedahan awal cara mengatasi masalah mental di sekolah, pelajar dapat mengetahui

cara menyalurkan masalah mereka dengan betul (Shatar Sabran 2011) 2

.

Seramai 450 juta orang di seluruh dunia mengalami gangguan mental tertentu seperti

kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar tetapi kurang separuh daripada mereka menerima

rawatan yang diperlukan (WHO 2009). Peningkatan jumlah pesakit mental dilihat selari dengan

ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa beban masalah kesihatan mental

dijangka akan terus meningkat pada kadar 15 peratus menjelang 2020. Menjelang 2020 juga,

salah satu dari gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat kedua dari

segi beban penyakit selepas penyakit jantung. Oleh sebab itulah Kementerian Kesihatan mulai

bulan Januari 2011 telah memperkenalkan modul kesihatan mental di sekolah menengah untuk

menangani masalah stres yang semakin meningkat dengan sebanyak 400,227 pesakit mental

menjalani rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun 2010. Program menangani kesihatan

mental seawal umur remaja itu buat permulaan diperkenalkan di empat sekolah perintis selama

enam bulan sebelum dikembangkan ke seluruh negara menjelang akhir tahun 2011. Empat

sekolah perintis yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi,

Seberang Perai; Sekolah Menengah Simpang Bekoh, Jasin; Sekolah Menengah St. Michael,

Penampang dan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan.

Modul ini antaranya bertujuan memberi pendedahan kepada guru untuk mengenal pasti

pelajar yang berdepan stres dan kemurungan bagi memastikan pelajar berkenaan menerima

rawatan dan bimbingan seawal mungkin. Program ini dilaksanakan bersama dengan

Kementerian Pendidikan dan perbincangan akan dilakukan sama ada ia akan dilaksanakan dalam

kurikulum pelajaran atau melalui aktiviti kokurikulum (Liow Tiong Lai 2011). Pendidikan

kesihatan mental telah mula diperkenalkan di sekolah menengah di United Kingdom pada tahun

2001 dan Scotland pada tahun 2004 (Woolfson, L. Mooney & D. Bryce 2008). Menurut Weist

& Murray (2007) pendidikan kesihatan mental di sekolah sebagai satu pakej yang mengandungi

pencegahan, pengenalan dan gabungan antara masalah emosi dan tingkah laku sebagaimana

memperkenalkan kemahiran hidup dan sosial.

2 Temu bual dengan Profesor Madya Dr. Shatar Sabran, Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia

(UPM) dan pakar motivasi oleh wartawan Utusan Malaysia Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah pada 23 Jan 2011.

Page 7: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

789

Oleh yang demikian, ada program yang mempunyai spektrum yang luas berpotensi untuk

disampaikan, bermula dengan pemilihan murid yang menjadi sasaran dilihat pada peningkatan

risiko gangguan emosi dan tingkah laku (Stewart et al. 2001), kepada satu sasaran fokus yang

menyeluruh bagi setiap remaja di sekolah dengan mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan

serta pencegahan masalah (Pfeiffer & Reddy 1998; Graeff-Martins et al. 2008). Satu program

yang menyeluruh mungkin menumpukan kepada pencegahan daripada penyalahgunaan diri

sendiri (Perry et al. 2003), pencegahan daripada masalah tingkah laku (Greenberg et al 1995)

atau pun promosi kepada kesihatan secara general (Patton et al. 2003). Remaja yang mengalami

kemurungan akan menunjukkan perubahan emosi dan tingkah laku seperti kurang tumpuan dan

fokus, tiada nafsu makan dan rasa ingin tidur yang berterusan. Tindakan membunuh diri

merupakan simpton yang ada kaitan dengan kemurungan. Penyakit ini terdedah kepada golongan

kanak-kanak dan remaja yang dilingkungi oleh persekitaran yang menekan emosi dan perasaan

mereka.

Peningkatan peratus kemurungan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak daripada 1%

kepada 3% dan kemurungan dalam kalangan remaja daripada 3% kepada 9% mendapati usia

yang semakin meningkat mempunyai potensi yang lebih mudah untuk mendapat kemurungan.

Justeru itu, kemurungan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja harus dilihat dari

sudut faktor yang menyumbang ke arah berkembangkannya penyakit itu. Kanak-kanak sendiri

mempunyai hubungan biologinya yang tersendiri yang menyebabkan ia mudah terdedah dengan

gejala ini (Josephson 2007).

Gejala gangguan emosi yang timbul ialah sering merasa cemas yang tidak menentu,

perasaan malas serta tiada kegairahan untuk melaksanakan tugasan, rasa lesu dan tidak bermaya.

Semua masalah ini perlu dirawat dan diatasi dengan segera. Sekiranya permasalahan ini

dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang rawatan, ia akan membawa kepada penyakit

kebimbangan dan kerisauan yang melampau (anxiety), neurasthenia, histeria dan sebagainya.

Fungsi hati seperti fikiran, perasaan, pandangan dan keyakinan hidup harus dapat saling

membantu dan bekerja sama antara satu sama lain, sehingga wujudnya keharmonian yang

mampu menjauhkan seseorang daripada perasaan ragu-ragu, kebimbangan, kegelisahan dan

konflik dalaman dirinya. Keharmonian antara hati dengan tindakan dapat dicapai melalui

keyakinan kepada ajaran agama, kepercayaan kepada norma-norma sosial, undang-undang,

moral dan sebagainya.

Page 8: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

790

Setiap orang perlu mempersiapkan dirinya untuk menerima perubahan dalam kehidupan.

Fungsi hati dan semua unsur yang berkait dengannya haruslah bertindak menyesuaikan

perubahan tersebut dengan dirinya dan orang lain. Kerja sama ini hendaklah berlaku dalam

harmoni dan saling bantu-membantu. Kadang-kadang perubahan yang berlaku dalam kehidupan

seseorang begitu besar sehingga berada di luar batas kemampuan seseorang untuk memikulnya,

seperti kematian orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, kelaparan dan kemiskinan

hidup. Di sinilah berlakunya gangguan emosi yang membawa kepada kebingungan, kemurungan,

menjauhkan diri dari orang lain dan masyarakat.

Kecerdasan Emosi dari Perspektif Sarjana Barat

Perkataan emosi dalam Kamus Dewan (2013) merujuk kepada batin, perasaan dan hati.

Perkataan emosi lazim digunakan oleh pengkaji Barat seperti Atkinson et al. (1999), Goleman

(1997), Santrock (1988) dan Lazarus (1991) dalam menggambarkan tindak balas yang wujud

dalam perasaan manusia yang melahirkan perasaan marah, takut, sedih, sayang, terkejut dan lain-

lain. Menurut Goleman (1997) emosi itu sebagai suatu perasaan dan fikiran yang khusus, suatu

keadaan biologis dan psikologis dan serangkaian kecenderungan untuk bertindak. Manakala

kecerdasan emosi pula ialah kemampuan mengungkap dan mengenali perasaan sendiri dan

perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi

sendiri dengan baik dan membina hubungan dengan orang lain.

Manakala Cooper dan Sawaf (2000) pula berpendapat kecerdasan emosi ialah apabila

hati mampu mengaktifkan nilai-nilai yang paling dalam dan berjaya mengubah apa yang ada

dalam fikiran menjadi amalan. Ia merupakan sumber semangat dan keberanian, intergriti dan

komitmen, ia menuntut kita belajar, mencipta kerjasama, memimpin dan melayani. Salovey dan

Mayer (1990) pula berpendapat, kecerdasan emosi ialah kebolehan seseorang memantau

perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain, membezakan antaranya dan menggunakan

maklumat tersebut untuk membimbing pemikiran dan tindakan. Covey (2007) pula berpendapat

kecerdasan emosi ialah pengetahuan diri, kesedaran diri, kepekaan sosial, empati dan keupayaan

untuk berkomunikasi dengan orang lain. Manakala kecerdasan spiritual pula merupakan

dorongan kepada pencarian makna dan perhubungan dengan yang Agung.

Menurut Weisenger (2000), kecerdasan emosi merupakan kebolehan untuk merasa,

memahami dan mengaplikasikan kuasa di sebalik emosi dalam hidup manusia sehari-hari.

Page 9: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

791

Kecerdasan emosi berpunca daripada emosi, perasaan dan gerak hati. Emosi bukanlah sesuatu

yang boleh dirasional secara intelek. Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri, semangat

dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi

kegagalan. Termasuk pula kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-

lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak

melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan terdalam daripada orang lain.

Pengertian yang dikemukakan oleh pengkaji dan sarjana Barat terhadap emosi dan kecerdasan

emosi keseluruhannya berkait rapat dengan kemampuan dan kebolehan diri sendiri mengurus

dan mengawal emosi menggunakan berbagai-bagai pendekatan.

Menurut al-Najātī (2008) kecerdasan emosi menurut sarjana Barat lebih memandang

kepada kejayaan menjalani kehidupan material, kemampuan melaksanakan tanggungjawab,

kemampuan mengurus masalah hidup dan keupayaan membina kemahiran sosial dengan orang

lain. Hal ini ditegaskan lagi oleh Ibn Hazam (1989), Ibn Taimiyah (t. th.) dan Ibn Qayyim al-

Jawzi (2008) yang menjelaskan peranan keimanan kepada Allah SWT, mengikut panduan yang

betul sebagaimana yang terdapat al-Quran al-Karim, mengikuti ajaran Rasulullah SAW dan

beribadat kepada Allah SWT sebagai jalan yang boleh menyelamatkan manusia daripada keluh

kesah dan gelisah serta mencapai ketenangan hati dan kebahagian jiwa.

Pandangan Sarjana Islam terhadap peranan hati

al-Ghazālī (1058-1111) banyak membahaskan tentang fenomena emosi, tindak balas

emosi manusia terhadap persekitaran serta penyakit hati yang membelenggu kehidupan manusia

untuk terus hidup tenang. Begitu juga Ibn Taymiah (1989) dan Aidh al-Qarny (1999) telah

mengupas perkara-perkara yang menghalang seseorang mencapai bahagia, antaranya ialah

penyakit hati dan jauhnya manusia daripada Tuhan. Menurut Najati (1993) golongan sarjana

Islam mendahului sarjana Barat dalam pengkajian terhadap jiwa dan emosi manusia dengan

mengemukakan kaedah dan penyelesaian yang menyeluruh terhadap permasalahan jiwa dan

emosi. Yang menarik dalam kajian dan metodologi mereka kaitkan permasalahan jiwa dan hati

dengan pentauhidan kepada Allah SWT serta kekuasaan Allah SWT ke atas semua makhlukNya.

al-Ghazālī (2005) berpendapat dorongan yang mendominasi fikiran dan penilaian baik dan

buruk hendaklah dikawal dan diselenggara dengan baik. Hati manusia haruslah

Page 10: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

792

ditransformasikan menuju kesempurnaan. Tingkat yang paling tinggi adalah hati yang bersih

daripada sebarang kejahatan dan perasaan yang buruk kepada orang lain dan terselamat daripada

hasad dengki serta sentiasa berhubungan dengan Allah Taala. Menurut al-Ghazālī (1994), rahsia

ketenangan hati seseorang ialah apabila ia kembali menyerahkan dirinya kepada Allah Taala. al-

Ghazālī (1972) juga berpendapat manusia sebenar mampu berubah, boleh diubah dan dibentuk

serta melakukan transformasi dalam kehidupannya.

Tingkahlaku manusia boleh diubah dan dididik menjadi sebagaimana yang kita

kehendaki. Dalam hal ini al-Ghazālī berpendapat, proses pendidikan yang boleh merubah sikap

manusia iaitu melalui teknik mujahadah dan riadah. Mujahadah adalah satu aktiviti pendidikan

dalam usaha untuk melawan hawa nafsu yang menjadi penyumbang kepada banyaknya

perbuatan dan tingkah laku manusia yang buruk. Biasanya manusia yang melakukan kejahatan

dan keburukan akibat terpengaruh dengan hawa nafsu yang sentiasa berusaha merosakkan jiwa

manusia. Riadah pula adalah aktiviti pendidikan bersifat pelaziman yang mesti sentiasa

diusahakan berulang-kali agar nafsu manusia biasa dengan amalan tersebut dan akhirnya menjadi

tabiat manusia. Apabila manusia berjaya menguasai hawa nafsunya, memandu nafsunya ke arah

kebaikan dan jalan yang diredai Allah SWT ketika itulah sebenarnya manusia telah mencapai

darjat kebahagiaan yang sebenar.

Ketika membahaskan isu kebahagiaan yang sebenar, al-Ghazālī (2000) berpendapat

manusia boleh mencapai bahagia apabila manusia berjaya mendidik dirinya mengenal empat

perkara, iaitu Mengenal Diri sendiri, mengenal Allah SWT, mengenal alam dunia dan mengenal

alam akhirat. Mengenal Diri sendiri menjadi konteks pendidikan pertama seseorang, sekiranya

ingin mencapai bahagia. Dalam hal ini, al-Ghazālī (2000), berpendapat diri manusia terbahagi

kepada fizikal dan batin. Sebagaimana manusia mengenali tabiat dan sifat fizikal yang

dimilikinya, manusia juga perlu mengenali tabiat dan sifat batin yang tersembunyi dalam dirinya.

Sehubungan dengan itu, hati manusia diibaratkan seperti raja kepada segala anggota badan

manusia, di mana dalam hati itulah bertempatnya nafsu dan emosi manusia.

Allah SWT menciptakan hati manusia dengan berbagai-bagai sifat dan ragam. Ada

masanya hati manusia itu keluh kesah, ada masanya hati manusia itu tenang, ada masanya dia

pendendam, marah, gembira dan ada waktunya hati manusia itu dalam ketakutan dan

kebimbangan. Semua perasaan yang wujud dalam hati manusia ini memerlukan bimbingan dan

panduan agar dia terus berada dalam landasan yang benar dan diredai Allah SWT. Menurut al-

Page 11: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

793

Ghazālī (2000), apabila manusia Mengenal Dirinya sendiri, lebih mudahlah dia mengawal dan

menentukan halatuju dirinya dan tidak membiarkan dirinya musnah dan hancur kerana pujukan

hawa nafsu yang tidak pernah puas dan menerima segala ketentuan Allah SWT. Beliau juga

berpendapat mengenal jiwa manusia akan membawa kepada mengenal Allah SWT dan

menerima hakikat kejadian mereka sebagai hamba yang perlu patuh dan taat kepada ketentuan

Allah SWT.

Hati adalah nukleus dan pusat segala arahan. Menurut Imam al-Nawawi, hati adalah

tempat bersemayannya akal dan rumah kepada roh. Ia adalah seketul daging dalam tubuh

manusia yang membentuk, menggerak dan mengelokkan hidup seseorang. Ia juga bertindak

mencederakan dan mengawal tingkah laku seseorang. Hati yang baik adalah hati yang sentiasa

ingat kebesaran Allah SWT, melakukan yang halal, meninggalkan yang haram dan menjauhi

yang syubhah, takut jatuh kepada yang haram. Hati yang rosak adalah hati yang mudah

dipengaruhi nafsu dan hasutan syaitan sehingga mudah melakukan maksiat kepada Allah SWT

dan meninggalkan suruhanNya.

Hati berperanan mengawal tingkah laku dan penampilan diri seseorang. Menurut Ibn Sina

(t. th.) setiap manusia mempunyai daya emosi yang membantunya membina hubungan

kemasyarakatan dengan orang lain. Seseorang akan melahirkan perasaan gembira dan ketawa

apabila dirinya merasa kagum dan takjub pada diri sendiri. Begitu juga seseorang itu akan

menangis apabila dia merasa malu akibat perasaannya disakiti. Perasaan takut akan muncul

dalam diri seseorang yang merasa masa depannya boleh terancam. Menurut Ibn Sīnā lagi daya

dalaman kita akan menunjukkan reaksi takut, marah, segan, malu, ketawa dan sebagainya kesan

tindak balas daripada perasaan yang wujud di dalam diri. Malah apa jua perubahan yang ada

dalam perasaan seseorang akan mempengaruhi perubahan fizikal sama ada dari sudut bahasa

badan, air muka dan tindakan.

Seseorang akan mencapai ketenangan hati apabila mempunyai hubungan yang rapat

dengan Allah SWT apabila banyak menyerahkan urusan hidupnya di bawah ketentuan dan takdir

Ilahi. Menurut al- al-Ghazālī (t. th.) ketenangan hati seseorang akan tercapai apabila ia

mengetahui tentang hakikat dirinya sebagai seorang hamba, menyedari hubungannya dengan

Allah SWT sebagai seorang hamba yang mesti akur dan pasrah kepada ketentuan Tuhannya,

mengakui kewujudan alam akhirat sebagai tempat terakhir kehidupan dan sentiasa membina

hubungan yang baik dengan manusia, binatang dan alam keseluruhannya. Apabila manusia

Page 12: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

794

berjaya memperoleh keempat-empat nilai ini dalam hidup ini, ia akan mendapat ketenangan hati

yang sebenar.

Kerangka Konsep Kecerdasan Emosi dalam Islam

Kerangka kecerdasan emosi dalam Islam membincangkan tentang konsep Kecerdasan emosi

yang dikemukakan oleh beberapa sarjana Islam. Konsep ini dikemukakan berdasarkan

pandangan sarjana Islam seperti Imam al-Ghazālī (1058-1111), Ibn Qayim al-Jawzī (1292-1350),

Ibn Taimiyah (1263-1328) dan Hamka (1908-1981).

1- Konsep Ketenangan Hati al-Ghazali

Tulisan ini membincangkan tentang Konsep Ketenangan Hati al-Ghazali yang menggariskan

empat laluan menuju Ketenangan Hati iaitu Mengenal Diri (Makrifat Al-Nafs), Kesedaran

Rabbani (Makrifatullah), Mengenal Akhirat (Makrifat Al-Akhirat) dan Kesedaran Sosial

(Makrifat Al-Alam). Konsep ini mempunyai elemen tauhid dalam setiap konstruk yang

diperkenalkan. Antara sarjana yang mengunapakai konsep ini ialah Najāty (2001) dan al-Bilali

(1997).

Rajah 1 Konsep Ketenangan Hati (Insan Sa

cadah) al-Ghazali

Kecerdasan emosi dalam Islam adalah apabila seseorang berjaya mencapai ketenangan

hati dan kebahagian jiwa kerana Allah SWT. Menurut al-Ghazālī (2005) ketenangan hati yang

sebenar (Insan Sacadah ) boleh dicapai apabila manusia berkemampuan mengenali diri sendiri

dalam erti kata mampu mengawal tingkah lakunya berpandukan hati nurani, mengenali Allah

Page 13: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

795

Taala, mengenali alam yang terkandung di dalamnya manusia, haiwan dan tumbuhan serta

kemampuannya mengenali hari akhirat yang terdapat di sana hari pembalasan dan ganjaran di

atas semua perbuatan di dunia. Kemampuan mengenali empat domain utama ketenangan hati

(Insan Sacadah) ini iaitu kenali diri, kenali Allah, kenali alam dan kenali hari akhirat akan

membawa seseorang itu menyerahkan kehidupannya kepada Allah Taala dalam setiap perbuatan

dan ketentuan yang ditakdirkan Allah Taala ke atasnya seterusnya menjadi Insan Kamil yang

dekat dengan Allah SWT (Ibn Taimiyah 1988).

Hati manusia itu akan menjadi tenang apabila ia menyerahkan segala kehidupannya

kepada Allah SWT yang menentukannya. Keadaan ini berlaku apabila ia benar-benar mengenali

Allah SWT dengan sifat-sifat dan nama-namaNya yang mulia, serta memahami kekuasaan dan

perbuatan Allah Taala ke atas makhlukNya. Dalam hal ini al-Ghazālī (1994) telah menjelaskan

ciri-ciri hati yang bagaimana yang akan mencapai tahap ketenangan dan kebahagiaan yang

hakiki. Apabila al-Ghazālī membuat perumpamaan hati manusia dan anggota tubuh badan

dengan sebuah kota yang mempunyai raja, menteri, askar dan pegawai-pegawainya.

Sebagaimana seluruh pegawai dan askar perlu dikawal dan ditadbirkan dengan baik, begitulah

juga dengan seluruh anggota badan manusia ini perlu dikawal dengan baik oleh hati yang

menjadi raja. Kemampuan hati mengawal urus seluruh anggota badannya ini agar mematuhi

kehendak hati dan akal akan membentuk kecerdasan emosi yang baik yang disebut juga oleh al-

Ghazālī sebagai kimiya’ al-sa’adah.

Berikut adalah EMPAT domain yang terdapat dalam konsep ketenangan hati al-Ghazali;

i- Mengenal Diri – Macrifat al-Nafs

Mengenal Diri menjadi konteks pendidikan pertama seseorang, sekiranya ingin mencapai tahap

emosi yang stabil dan cerdas. Dalam hal ini, al-Ghazālī (2000), berpendapat diri manusia

terbahagi kepada fizikal dan batin. Sebagaimana manusia mengenali tabiat dan sifat fizikal yang

dimilikinya, manusia juga perlu mengenali tabiat dan sifat batin yang tersembunyi dalam dirinya.

Sehubungan dengan itu, hati manusia diibaratkan seperti raja kepada segala anggota badan

manusia, di mana dalam hati itulah bertempatnya nafsu dan emosi manusia. Allah SWT

menciptakan hati manusia dengan berbagai-bagai sifat dan ragam. Ada masanya hati manusia itu

Page 14: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

796

keluh kesah, ada masanya hati manusia itu tenang, ada masanya dia pendendam, marah, gembira

dan ada waktunya hati manusia itu dalam ketakutan dan kebimbangan. Semua perasaan yang

wujud dalam hati manusia ini memerlukan bimbingan dan panduan agar dia terus berada dalam

landasan yang benar dan diredai Allah SWT. Menurut al-Ghazālī (2000) dalam diri manusia ada

sifat yang boleh merosakkan hati sekiranya tidak dirawat dan dikawal dengan baik. Dengan

pendekatan Mengenal Diri, seseorang boleh mengenali kekuatan dan kelemahan dirinya dan

seterusnya berusaha berubah menjadi individu yang lebih baik dan mulia di sisi Allah SWT.

ii- Kesedaran Rabbani – Macrifat Allah

Kesedaran rabbani adalah pintu kepada alam ghaib yang wajib diimani oleh semua orang-orang

Islam. Al-Ghazālī (2000) berpendapat apabila manusia melihat keajaiban kejadian mereka yang

terdiri daripada tangan, kaki, kepala dan seluruh anggota badan yang saling berperanan dan

membantu antara satu sama lain, itu sebenarnya menunjukkan kehebatan Allah SWT dalam

penciptaanNya. Pemerhatian ini akan membawa manusia mengenal sifat-sifat dan nama-nama

Allah SWT serta kekuasaanNya ke atas manusia, seterusnya meletakkan manusia sebagai hamba

yang sentiasa bersyukur dan berserah diri kepadaNya. Persediaan untuk mengenali Allah SWT

bukanlah dengan anggota badan semata, tetapi juga perlu dirasai oleh emosi dan rohani. Hamdi

(2010) ketika mengulas pandangan al-Ghazālī berpendapat hati itulah yang mengetahui Allah

SWT mendekati dan bekerja kerana Allah Taala serta berusaha kepadaNya, manakala anggota

badan pula adalah pengikut yang akan melaksanakan segala perintah hati tersebut. Subdomain

bagi kesedaran Rabbani ialah menghayati sifat-sifat Allah Taala, amanah dalam mengurus diri,

kekuasaan Allah Taala ke atas diri, niat amal kerana Allah Taala dan pergantungan hidup

kepada Allah Taala.

iii- Kesedaran Sosial – Macrifat Alam

Macrifat alam (Kesedaran Sosial) adalah menjadikan dunia dan alam nyata ini sebagai tempat

persinggahan dan kehidupan manusia yang sementara. Dunia merupakan tempat manusia

melakukan kebaikan, menerima ujian dan cabaran kerana selepas itu manusia akan mendapat

balasan dan ganjaran mengikut amalan yang dilakukan sewaktu di dunia. Allah SWT

Page 15: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

797

menyediakan dunia sebagai medan ujian untuk manusia membina kehidupan dan mengumpulkan

sebanyak mungkin amalan kebaikan yang boleh menjadi syafaat sewaktu dikumpulkan di padang

mahsyar. Oleh sebab itu Allah Taala menguji manusia dengan ketakutan, kelaparan, kehilangan,

kemiskinan, kematian dan lain-lain adalah semata-mata untuk melihat siapakah dalam kalangan

hambaNya yang paling baik amalannya. Subdomain bagi Kesedaran Sosial ialah memenuhi

keperluan asas, menerima peraturan alam (sunnatullah), kehidupan dunia bersifat sementara dan

mengurus godaan dan tipu daya dunia.

iv- Mengenal akhirat – Macrifat Akhirat

Mengenal Akhirat adalah menyedari bahawa alam akhirat dipenuhi dengan berita-berita tentang

syurga dan neraka serta perjalanan untuk sampai ke syurga dan neraka. Syurga disediakan Allah

SWT kepada mereka yang beriman yang sabar dengan ujian dan ketentuan Allah SWT sewaktu

hidup di dunia. Manakala neraka pula dipenuhi dengan orang-orang kufur yang mengingkari

perintah Allah SWT serta mereka yang menolak takdir dan ketentuan Allah SWT sewaktu di

dunia. Mengenal alam akhirat seumpama memperkenalkan tentang pembalasan buruk dan baik

yang dilakukan oleh manusia sewaktu di dunia. Mereka yang bersabar dan redha dengan

ketentuan Ilahi dan menyerahkan kehidupannya kepada Allah SWT akan mendapat ganjaran

yang besar di sisi Allah SWT. Subdomain bagi Mengenal Akhirat ialah mencapai keredaan

Allah Taala sebagai matlamat hidup, akhirat tempat pembalasan baik dan buruk, mencintai Allah

Taala dalam setiap perbuatan, mengutip kebaikan di dunia, persediaan untuk berubah dan

menerima kesusahan di dunia demi kebahagiaan di akhirat.

Keempat-empat pendekatan al-Ghazālī ini, merupakan kemuncak bagi menghasilkan

kecerdasan emosi dalam diri seseorang. Mempunyai hati yang tenang adalah syarat untuk

mencapai kebahagiaan yang sebenar. Dalam hal ini, amatlah penting saranan yang dikemukakan

oleh al-Ghazālī dalam konteks ketenangan hati. Ia bermula dengan Mengenal Diri (macrifat al-

nafs), Kesedaran Rabbani (macrifatillah), Kesedaran Sosial (ma

crifat al-

calam) dan Mengenal

Akhirat (macrifat al-akhirat). Inilah kesyumulan konsep Ketenangan Hati yang diperkenalkan

oleh al-Ghazālī. Melalui pemusatan kepada pengawalan hati dan ketundukan hati kepada

kehendak agama dan keperluan akal manusia, al-Ghazālī cuba mengajak manusia mensucikan

Page 16: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

798

hati daripada segala bentuk kejahatan dan kehinaan kerana kebaikan hati tersebut akan

mempengaruhi seluruh anggota badan fizikal manusia dan begitulah sebaliknya.

Konsep Ketenangan Hati yang diperkenalkan oleh al-Ghazālī merangkumi aspek dunia

dan akhirat apabila melibatkan kepercayaan dan akidah dalam membentuk ketenangan hati.

Mengenal Allah SWT dan mengenal hari akhirat adalah dua elemen akidah yang menjadi

tonggak dan kekuatan hati seseorang untuk mudah menerima ketentuan dan ujian Allah SWT.

Inilah juga elemen yang diterap dan ditanam oleh Rasulullah SAW selama 13 tahun di Mekah

terhadap para sahabat sebelum berhijrah ke Madinah. Menurut al-Ghazālī (t. th.) dalam diri

manusia ada unsur perasaan dan emosi yang bertindak balas hasil daripada tindak balas

sekeliling yang berlaku di sekitarnya. Tindak balas ini adalah satu bentuk fitrah yang wujud

secara spontan dalam diri manusia. Fitrah ini bertindak balas bagi memenuhi kehendak asas

kehidupan seperti keperluan kepada makanan, minuman, pakaian, perhubungan jenis serta apa

jua usaha yang mendorong seseorang bagi memelihara kelangsungan hidup dan mengekalkan

kewujudannya di dunia ini. Manusia juga bertindak balas apabila berhadapan dengan sesuatu

yang mengancam nyawa dan diri. Tindak balas ini mungkin akan membawa kepada berperang

mempertahankan diri atau berdendam dengan musuh yang mengancam dirinya.

Pandangan al-Ghazālī tentang keperluan manusia ini diakui benar dengan keluarnya

Teori Kepuasan Maslow. Maslow (1943) pula memperkenalkan konsep kesempurnaan kendiri

(self-actualization) iaitu mencapai potensi diri yang bermakna kepada seseorang. Menurut

Maslow, manusia dilahirkan dengan mempunyai kuasa dalaman untuk menghasilkan potensi diri

maksimum yang dikenali sebagai kesempurnaan kendiri (self-actualization). Untuk mencapai

kesempurnaan kendiri, perlu melalui beberapa tahap. Ia bermula daripada tahap asas ia itu

keperluan fisiologi diikuti oleh keperluan keselamatan seterusnya kepada keperluan sosial

kemudian meningkat kepada keperluan penghormatan dan akhirnya tahap mencapai

kesempurnaan kendiri.

al-Ghazālī (2005) menggambarkan dalam diri manusia mempunyai empat sifat iaitu sifat

binatang buas, sifat binatang biasa, sifat syaitan dan sifat ketuhanan. Sebab itulah, apabila

seseorang itu dikuasai perasaan marah, dia boleh menyerang, memukul atau mencela orang yang

dianggap musuhnya tanpa belas kasihan. Malah sifat ketuhanan yang ada dalam dirinya

mendorongnya untuk menguasai orang lain, sombong, menjadi ketua dan sebagainya. Dia

berbangga apabila dilihat sebagai orang yang hebat, mengetahui segala benda dan emosinya

Page 17: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

799

boleh merudum jatuh apabila dia dianggap sebagai bodoh atau jahil. Kesemua tindak balas ini

berkait rapat dengan dorongan manusia untuk memelihara diri dan menjaga kelangsungan hidup

di dunia ini.

2- Konsep Tazkiyah al-nafs al-Bilālī

Seorang kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal lagi tentang keimanan dan kekuasaan

Allah SWT mengatasi segala kuasa yang lain dan kekuasaan Allah SWT yang menentukan

segala perkara di dunia ini, akan mudah berhadapan dengan ujian dan cabaran ketika mereka

dewasa, malah apabila mereka berhadapan dengan situasi seumpama ini, mereka akan terus

menyerahkan diri kepada Allah SWT dan menerima ketentuan Allah SWT dengan penuh redha

dan bersabar. Manakala, bagi mendidik jiwa dan nafsu agar sentiasa patuh dan tunduk kepada

Allah SWT. Abdul Hamid Al-Bilālī (1992) telah menganalisa bagaimana para tabien mendidik

nafsu dan jiwa agar sentiasa berada dalam jalan yang benar dan istiqamah.

Menurut al-Bilālī (1992) nafsu manusia boleh dididik melalui penanaman rasa takut

kepada Allah SWT dengan mencegah jiwa dari mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan,

mendidik nafsu untuk bersabar, merawat nafsu dengan kesusahan dan keperitan, mengelak

daripada bersifat kedekut dan bakhil, sentiasa bertawakal atau berserah diri kepada Allah SWT,

membuat semakan dan muhasabah diri, sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT melalui

solat tahajud, membaca al-Quran, berdoa, solat sunat dan lain-lain, menghayati bacaan ayat al-

Quran al-Karim sebagai penawar kepada segala penyakit, memelihara fizikal dan tubuh badan

kita daripada perkara-perkara yang merosakkan seperti menjaga kesihatan, pemakanan dan

pergaulan, membina hubungan antara dunia dan akhirat, mengurus nafsu untuk tahu berkata

tidak atau ya, membina hubungan persaudaraan dengan ramai orang dan yang terakhir adalah

berdoa. Kaedah yang dikemukakan oleh al-Bilālī dalam mendidik nafsu berdasarkan kekuatan

tiga paksi iaitu menjaga kepentingan diri sendiri, menjaga hubungan dengan Allah SWT dan

menjaga hubungan dengan manusia. Ketiga-tiga faktor ini dapat membantu sesorang mendidik

nafsunya mengikut dan tunduk kepada kehendak syarak dan agama.

Page 18: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

800

Rajah 2 Konsep Tazkiyah al-nafs al-Bilālī

Dalam Konsep Ketenangan Hati, al-Ghazālī telah menyentuh empat aspek yang penting

dalam kehidupan manusia bagi mencapai tahap kebahagiaan yang hakiki iaitu manusia dengan

diri sendiri, manusia dengan Tuhan, manusia dengan alam, manusia dengan akhirat. Konsep

ketenangan hati al-Ghazālī mengambil kira paksi ketuhanan dan tauhid dalam setiap pendekatan

yang dikemukakan. al-Ghazālī yang merupakan tokoh pendidikan Islam zaman klasik telah

berjaya mengemukakan idealisme dan pandangan yang diterimapakai oleh dunia pendidikan

melalui kitabnya Ihya Ulum al-Din.

Konsep Ketenangan Hati al-Ghazālī telah digunakan oleh Utsman Najātī dalam kajiannya

terhadap ilmu kejiwaan dalam al-Quran dan Hadis yang membawa kepada empat indikator

ketenangan hati;

(i) Hubungan individu dengan Allah Taala dari aspek keimanan kepada Allah,

Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Akhirat serta Qada’ dan Qadar Allah Taala. Begitu

juga mentaati segala perintah dan menjauhi segala laranganNya.

(ii) Hubungan individu dengan diri sendiri dari aspek mengetahui potensi diri,

berupaya menyelaras kehendak sesuai dengan kemampuan, berusaha mencapai

optimalisme kemanusiaannya sesuai dengan kemampuannya, memenuhi

keperluan nafsu dengan cara yang halal dan syara’, berupaya mengurus sifat-sifat

negatif yang tidak menepati kehendak syara’.

(iii) Hubungan individu dengan orang lain, dari aspek berkasih sayang, tolong-

menolong, melaksanakan tanggungjawab sosial, pesan memesan antara satu sama

lain dan sebagainya.

(iv) Hubungan individu dengan alam semesta dari aspek menyedarikan kedudukannya

sebagai makhluk yang mulia di alam ini serta tugasnya sebagai khalifah Allah

Menjaga kepentingan diri sendiri Menjaga hubungan dengan Allah SWT Menjaga hubungan dengan manusia

Tazkiyah al-Nafs al-Bilālī

Page 19: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

801

Taala di muka bumi, berusaha memakmurkan bumi dan menjaga keamanan dunia

dari sebarang kejahatan dan kekacauan.

Penutup

Kesimpulannya, konsep kecerdasan emosi dalam Islam adalah satu konsep yang unik dan

tersendiri. Tauhid menjadi paksi utama dalam menentukan garis panduan kecerdasan

emosi dalam Islam. Dalam waktu yang sama, menjelaskan tentang peranan akidah Islam

dalam menyuburkan perasaan reda dan syukur dalam diri terutamanya golongan remaja

dalam menghadapi pancaroba kehidupan. Hal ini berbeza dengan kecerdasan emosi yang

diperkenalkan oleh Sarjana Barat. Kecerdasan emosi Barat meletakkan faktor humanis

sebagai neraca seseorang itu mampu mencapai tahap kecerdasan yang baik atau tidak.

Penghayatan dalam agama bukanlah neraca nilai bagi seseorang itu mencapai tahap

kecerdasan emosi yang tinggi. Oleh sebab itu, konsep kecerdasan emosi dalam Islam ini

wajar dikembangkan dan dijadikan sebagai satu garis panduan bagi melihat tahap

kecerdasan emosi sebenar menurut Islam.

Rujukan

Al-Quran al-Karim

Abdul Raof Hussin. 2000. Situasi disiplin pelajar sekolah kini: Isu, masalah dan

penyelesaian. Kertas kerja seminar PIBG kebangsaan kali ke-5. Melaka. 9 Ogos.

Adnan Yusopp. 2002. Kurikulum baru Pendidikan Islam kementerian Pendidikan Malaysia

menghadapi era globalisasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). KISDAR,

Bangi, Selangor, 16 Julai.

American Psychiatric Association. 1979. DSM-III: Diagnostic and statistical manual of

mental disorders. Ed. 3. Washington, DC.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=337756 6 Jun 2008. 16:37

PM.

Cooper, R. K. & Sawaf, A. 2000. Executive EQ: Emotional intelligencein leadership and

organizations. London: Orion Business Books.

Cotton, S., Larkin, E., Hoopes, A., Cromer, B. A. & Rosenthal, S. L. 2005. The impact of

adolescent spirituality on depressive symptoms and health risk behaviors. Journal

of Adolescent Health. 36(6). 592.e7-592.e14.

Page 20: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

802

Covey, S. R. 2007. The seven habits of highly effective people. New York: Fireside Simon

& Schuster Inc.

Diyana Rose Kamalludin. 2009. Kemurungan beri kesan kehidupan remaja. Utusan

Malaysia. 27 Jan 2009.

Elkind, D. 1967. Children and adolescence: Interpretive essays on Jean Piaget. New

York: Oxford University Press.

Erskine, R.G. 1975. The ABC’s of effective psychotherapy. Transactional Analysis

Journal. 5. 163-165.

Al-Ghazālī , Abū Hamīd Muhammad ibn Muhammad. T. Th. Ihya’ ulum al-din. Kaherah:

Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiah.

Al-Ghazālī , Abū Hamīd Muhammad ibn Muhammad. 1988. Ihya’ ulumuddin. Terj. Ismail

Yaacub. Jil. Ke-4. Singapura: Pustaka Nasional.

Al-Ghazālī , Abū Hamīd Muhammad ibn Muhammad. 2008. Ringkasan ihya’ ulumuddin.

Terj. Abdul Rosyad Siddiq. Jil. Ke-2. Jakarta: Penerbit Akbar Media.

Al-Ghazālī , Abū Hamīd Muhammad ibn Muhammad. 1994. Majmu’ah rasa’il al-Imam

al-Ghazālī . Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiah.

Goleman, Daniel. 1997. Kecerdasan emosional. Terj. T. Hermaya. Jakarta: Penerbit PT

Gramedia Pustaka Utama.

Goleman, D. 1998. Working with emotional intelligence. New York: Bantam Books.

Goleman, D. 1999. Emotional competence excecutive excellent. New York: Bantam

Books.

Graeff-Martins, A., Flament, M., Fayyad, J., Tyano, S., Jensen, P. & Rohde, L. 2008.

Diffusion of efficacious interventions for children and adolescents with mental

health problems. Journal of Child Psychology and Psychiatry. 49. 335–352.

Greenberg, M., Kusche, C., Cook, E. & Quamma, J. (1995) Promoting emotional

competence in school-aged children: the effects of the PATHS curriculum.

Development and Psychopathology. 7. 117–136.

Hamka. 2003. Kesepaduan iman dan amal soleh. Shah Alam: Pustaka Dini.

Hasan Langgulung. 1983. Psikologi dan kesihatan mental di sekolah-sekolah. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hasan Langgulung. 1983. Teori-teori kesihatan mental. Kajang: Penerbitan Pustaka Huda.

Hawa, Said. 1994. Induk pensucian diri. Terj. Syed Ahmad Semait & M. Abdai Rathomy.

Singapura: Pustaka Nasional.

Hazman Hassan. 2011. Pengaruh satanisme dalam fenomena metal di Malaysia: Analisa

dari perspektif akidah Islam. Tesis Ph.D. Akademi Pengajian Islam: UM.

Ibn Khaldūn. 1986. Muqaddimah Ibn Khaldūn. Terj. Ahmadie Thoha. Jakarta: Pustaka

Firdaus.

Ibn Khaldūn. 2009. Mukadimah Ibn Khaldūn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibn Qayyīm, Abū Bakr bin Ayūb al-Jawziyah. 2008. Madārij al-Sālikin. Terj. Arifin

Ladari. Puchong: Berlian Publication.

Ibn Taymiyah, Ahmad. T. th. Amrādh al-qulūb wa syifā’uha. Jil. 10. Majmū’ah fatāwa

Syeikh al-Islam Ahmad bin Taymiyah. Saudi: al-Ri’āsah al-cāmah li syu’ūn al-

haramayn al-syarīfayn.

Ibn Qayyīm, Abū Bakr bin Ayyūb al-Jawziyah. 1997. Miftāh Dār al-Sa’adah. Kaherah:

Dār al-Hadīth.

Ibn Sīnā. T. th. al-Syifā’. Kaherah: Matbacah al-Khayriyah.

Page 21: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

803

Institute for Public Health (IPH). 2008. The Third National Health and Morbidity Survey

(NHMS III) 2006. Psychiatric Morbidity. Ministry of Health. Malaysia.

Institute for Public Health (IPH). 1999. The Second National Health and Morbidity Survey

(NHMS II) 1996. Psychiatric Morbidity. Ministry of Health. Malaysia.

Jamali Basri. 2001. Pengurusan konflik di sekolah menengah: Satu kajian kes. Tesis Ph.D.

Fakulti Pendidikan. Bangi: UKM.

Josephson, Allan M. 2007. Depression and suicide in children and adolescents: A spiritual

perspective. Southern Medical Journal. Vol. 100. Num. 7 July 2007. Page: 744-745.

Karzūn, Anis Ahmad. 1998. Manhaj al-Islāmī fī tazkiyah al-nafs. Jil. Ke-2. Beirut: Dār Ibn

Hazm.

Kementerian Kesihatan Malaysia. 2004. The 2nd National health and morbidity survey.

Kementerian Kesihatan Malaysia. 2006. The 3nd National health and morbidity survey.

Kementerian Dalam Negeri. 2014. Statistik kes jenayah juvana dalam tempoh dua tahun

2012-2013..

al-Kindī, Abū Yūsuf Yacqūb ibn Ishāq. 1980. Risālah al-hīlah li dafci al-ahzān.

Dlm. Abd al-Rahmān Badawī (pnyt.). Rasā’il falsafiyah. Bayrūt: Dār Andalus.

Lazarus, R. & Folkman, S. 1984. Stress, apprasisal and coping. New York: Springer

Publishing.

Malik Badri. 1989. Konflik ahli psikologi Islam. Petaling Jaya: IBS Buku.

Maslow, A. H. 1943. A Theory of Human Motivation. Psychology Review, July. 388-389.

Mohd. Ridhuan Tee Abdullah. 2009. Pengaruh budaya Barat dalam kehidupan belia. Dlm.

Norbaya Ahmad, Haslinda Abdullah, Abd. Halim sidek, Sarjit S. Gill dan

Dzulhailmi Dahalan. Pembangunan belia abad ke-21. Serdang: Universiti Putra

Malaysia.

Mohd. Sabri Mamat, Syed Najmudin Syed Hassan dan Ab Halim. 2010. Amalan ibadat

harian dan sumbangannya kepada kecerdasan emosi remaja. Journal of Islamic and

Arabic Education. 1(1). 29-40.

Monat, A. & Lazarus, R. 1991. Stress and coping. An anthology. New York: Columbia

University Press.

Najāty, Muhammad Uthmān dan al-Sayid, Abd al-Halīm Mahmūd. 2008. ilm al-nafs fī al-

turāth al-Islāmī. Kaherah: Dār al-Salām.

Najāty, Muhammad Uthmān. 2001. al-Qur’ān wa ilm al-nafs. Cet. Ke-7. Kaherah: Dār al-

Syurūq.

Najāty, Muhammad Uthmān. 2001. Hati manusia dalam sorotan al-Quran. Terj. Ibn

Ibrahim. Jakarta: Cendekia Sentra Muslim.

Najāty, Muhammad Uthmān. 1993. al-Hadīs al-nabawy wa ilm al-nafs. Beirut: Dār al-

Syurūq.

Najāty, Muhammad Uthmān. 1993. al-Dirāsāt al-nafsāniyah cinda al-

culamā’ al-muslimīn.

Beirut: Dār al-Syurūq.

Patton, G., Bond, L., Butler, H. & Glover, S. (2003) Changing schools, changing health?

Design and implementation of the gatehouse project. Journal of Adolescent Health.

33 231–239.

Perry, C., Komro, K., Veblen-Mortenson, S., Stigler, M., Munson, K.,Stigler, M. & Lytle,

L. 2003. A randomized controlled trial of the middle and junior high school

D.A.R.E. and D.A.R.E. Plus programs. Archives of Pediatrics and Adolescent

Medicine. 157. 178–184.

Page 22: KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAMconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1061-irsyad-2016.pdf · seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

804

Peter A. Boelens, Roy R. Reeves, William H. Replogle & Harold G. Koenig. 2009. A

randomized trial of the effect of prayer on depression anxieti. International Journal

of Psychiatry in Madecine. Amityville: 2009. Vol. 39. Iss. 4. Hlm: 377-378.

Petersen, A. C. 1988. Adolescent development. Annual Review of Psychology. 39. 583-

607.

Pfeiffer, S. & Reddy, L. 1998. School-based mental health programmes in the United

States: present status and a blueprint for the future. Educational and Child

Psychology. 15. 109–125.

al-Rasyīd, Solāh Sālleh. 2000. Kun Mutma’innan. Kuwait: Markaz al-Manar al-Islamiy

Rorlinda Yusof. 2009. Kecerdasan emosi, efikasi kendiri dan sumbangan terhadap

komitmen tugas guru kaunseling sekolah menengah. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan.

UKM.

Saemah Rahman, Noriah Mohd. Ishak, Zuria Mahmud dan Ruslin Amir. 2008. Indeks dan

profil kecerdasan emosi pelajar sekolah menengah. Jurnal Teknologi. 48(E). Jun

2008: 187-202.

Salovey, P. & Mayer, J. D. 1990. Emotional intelligence, imagination, cognition and

personality. Intelligence. 9. 185-211.

Santrock, J. W. 1998. Psychology: The science of mind and behavior. Iowa: Wm. C.

Brown Publishers.

Siti Rahayah Ariffin dan Nor Azaheen Abdul Hamid. t.th. Profil kemahiran pemikiran

kritikal antara pelajar aliran Sains dan bukan sains. Malaysian Education Dean’s

Council Journal. Vol.3. hal. 1-22.

Stewart, D., Carter, J., Drinkwater, J., Hainsworth, J. & Fairburn, C. 2001. Modification of

eating attitudes and behaviour in adolescent girls: a controlled study. International

Journal of Eating Disorders. 29. 107–118.

Stewart, A. J., & Salt, P. 1981. Life stress, life-styles, depression and illness in adult

women. Journal of Personality and Social Psychology. 40(6). 1063–1069.

Teuku Iskandar. 2004. Kamus dewan. Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.

Weist, M. & Murray, M. 2007. Advancing school mental health promotion globally.

Advances in School Mental Health Promotion. Inaugural issue, 2–12.

Woolfson R. , Woolfson L., Mooney L. & Bryce. D. 2008. Young people’s views of

mental health education in secondary schools: a Scottish study. Renfrewshire

Educational Psychology Service. Glasgow: Paisley and University of Strathclyde.

Zakiah Daradjat. 1972. Kesihatan mental. Jakarta: Gunung Agung.

Zakiah Daradjat. 1970. Peranan agama dalam kesihatan mental. Cet. Ke-2. Jakarta:

Gunung Agung.

Zohar, D. & Marshall, I. 2004. Spiritual capital: Wealth we can live by. San Francisco:

Berrett-Koehler Publishers Inc.

Zohar, D. & Marshall, I 2000. SQ: Spiritual intelligence – The ultimate intelligence. Great

Britain: Bloomsbury.