1060 fenomena dan kesan aliran pemikiran...

17
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 766 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN PADA SYARIAT ISLAM ZAIDUL AMIN SUFFIAN BIN AHMAD Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected] DR. MUHAMMAD YOSEF NITEH Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected] ABSTRAK Kajian ini adalah untuk memberi gambaran fenomena dan kesan aliran pemikiran masa kini yang menjadi amalan masyarakat Islam. Ini tidak terhad kepada bilangan besar fenomena ini, tetapi untuk berdiri di atasnya dan mengetahui pandangan hukum Islam berkaitannya. Jauh dari statistik dan nombor, ideologi-ideologi ini mempunyai aspek dan konotasi untuk menilai bahawa tingkah laku dan pemikiran ini bukan salah satu daripada ciri-ciri undang-undang Islam, tetapi ia adalah pemikiran luar yang memasuki negara Islam dan memberi kesan kepada umat Islam sehingga membawa kepada ketidakseimbangan moral dan mempengaruhi pemahaman yang betul berkenaan undang-undang Islam. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan dua pendekatan, iaitu induktif dengan mengambil pandangan para ulama sarjana dan sastera yang berkaitan dengan subjek ini dengan merujuk kepada bukti dari al-Quran dan Sunnah, dan pendekatan analisis dari segi merujuk kepada bahasa dan makna dengan menganalisis pandangan cendekiawan dan ulama. Kata kunci: Fenomena, kesan, aliran pemikiran, syariat Islam. 1. Pengenalan Perbezaan antara tamadun Islam dan tamadun lain ialah, tamadun Islam bertujuan untuk membina peribadi individu secara menyeluruh, kemudian berpindah kepada pembinaan fizikal. Tamadun Islam adalah tamadun yang diasaskan dari segi emosi, nilai dan etika, termasuk keindahan dan ketinggian peribadi. Adapun tamadun lain menumpukan kepada pembinaan material dan kemewahan kehidupan dengan mengabaikan pembinaan peribadi, emosi, dan juga gagal sepenuhnya untuk memenuhi peranan seperti keunikan Islam iaitu agama naluri. Tamadun asing ini diasaskan dari budaya yang samar-samar dan tidak mempunyai asas yang kukuh. Ianya dapat dilihat dari tatacara pakaian, tingkah laku dan cara berbicara mereka yang tiada aturan dan sempadan 1060

Upload: doanhanh

Post on 13-Feb-2018

264 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

766

FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN PADA

SYARIAT ISLAM

ZAIDUL AMIN SUFFIAN BIN AHMAD

Akademi Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

DR. MUHAMMAD YOSEF NITEH

Akademi Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk memberi gambaran fenomena dan kesan aliran pemikiran masa kini yang menjadi

amalan masyarakat Islam. Ini tidak terhad kepada bilangan besar fenomena ini, tetapi untuk berdiri di atasnya

dan mengetahui pandangan hukum Islam berkaitannya. Jauh dari statistik dan nombor, ideologi-ideologi ini

mempunyai aspek dan konotasi untuk menilai bahawa tingkah laku dan pemikiran ini bukan salah satu

daripada ciri-ciri undang-undang Islam, tetapi ia adalah pemikiran luar yang memasuki negara Islam dan

memberi kesan kepada umat Islam sehingga membawa kepada ketidakseimbangan moral dan mempengaruhi

pemahaman yang betul berkenaan undang-undang Islam. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan dua

pendekatan, iaitu induktif dengan mengambil pandangan para ulama sarjana dan sastera yang berkaitan

dengan subjek ini dengan merujuk kepada bukti dari al-Quran dan Sunnah, dan pendekatan analisis dari segi

merujuk kepada bahasa dan makna dengan menganalisis pandangan cendekiawan dan ulama.

Kata kunci: Fenomena, kesan, aliran pemikiran, syariat Islam.

1. Pengenalan

Perbezaan antara tamadun Islam dan tamadun lain ialah, tamadun Islam bertujuan untuk

membina peribadi individu secara menyeluruh, kemudian berpindah kepada pembinaan

fizikal. Tamadun Islam adalah tamadun yang diasaskan dari segi emosi, nilai dan etika,

termasuk keindahan dan ketinggian peribadi. Adapun tamadun lain menumpukan kepada

pembinaan material dan kemewahan kehidupan dengan mengabaikan pembinaan peribadi,

emosi, dan juga gagal sepenuhnya untuk memenuhi peranan seperti keunikan Islam iaitu

agama naluri.

Tamadun asing ini diasaskan dari budaya yang samar-samar dan tidak mempunyai asas yang

kukuh. Ianya dapat dilihat dari tatacara pakaian, tingkah laku dan cara berbicara mereka yang

tiada aturan dan sempadan

1060

Page 2: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

767

s.a.w., yang dihidupkan oleh orang-orang Arab, melalui pendidikan iman yang menjadi asas

kepada perubahan dan perbezaan tamadun.

Kajian ini akan memberi gambaran fenomena dan kesan aliran pemikiran masa kini yang

menjadi amalan masyarakat Islam. Ini tidak terhad kepada bilangan besar fenomena ini,

tetapi untuk berdiri di atasnya dan mengetahui pandangan hukum Islam berkaitannya. Jauh

dari statistik dan nombor, ideologi-ideologi ini mempunyai aspek dan konotasi untuk menilai

bahawa tingkah laku dan pemikiran ini bukan salah satu daripada ciri-ciri undang-undang

Islam, tetapi ia adalah pemikiran luar yang memasuki negara Islam dan memberi kesan

kepada umat Islam sehingga membawa kepada ketidakseimbangan moral dan mempengaruhi

pemahaman yang betul berkenaan undang-undang Islam.

Sebagai contoh, peragaan pakaian separuh terdedah mengikut jenama Yahudi dan Barat,

bermegah-megah di hadapan antara satu sama lain, pergaulan bebas antara remaja lelaki dan

perempuan, menggemari hidangan atau makanan segera, membawa generasi ini jauh

daripada adat dan tradisi yang diketahui dari ajaran Islam. Ikutan ini mempengaruhi anak-

anak muda ke arah negatif dengan menjauhkan mereka daripada adab dan akhlak mulia. Ia

juga menjauhkan mereka dari seruan kehidupan yang lebih baik, bermakna dan bahagia di

dunia dan akhirat.

Pengaruh budaya Barat yang disebarkan melalui media massa, berterusan menjejaskan corak

pemikiran masyarakat Islam. Samada secara sedar atau tidak, umat Islam telah mula diheret

untuk mengikuti budaya ini sehingga akhirnya meninggalkan etika, akhlak dan ajaran Islam.

Kesannya boleh dilihat pada masa kini ketika berleluasanya zina, arak, riba dan judi di

negara-negara umat Islam, sedangnya semuanya bukan dari ajaran agama Islam. Allah s.w.t.

hanya memerintahkan hambaNya untuk mencari kehidupan yang mendapat keredhaanNya

dan seterusnya memperoleh ganjaran syurga dan dijauhkan dari azab api neraka.

2. Fenomena Berkaitan Akidah dan Syariat Islam

Usaha melemahkan umat Islam dari sudut akidah dan pegangan ini dapat dilihat dari kata-

kata menteri luar Britain, Lord Curzon: “Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah mati

Page 3: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

768

dan ia tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan ruhnya (iaitu)

Islam dan Khilafah”.(Darren Dahl: 1957). Tidak syak lagi bahawa kekuatan umat Islam

adalah bergantung pada keutuhan akidah, dari sudut ketaatan dan kepatuhan pada perintah

dan larangan Allah s.w.t. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Maidah ayat ke-

55 bermaksud: “Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-

orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka

rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)”.

Begitu juga firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Taubah ayat ke 71 bermaksud: “Dan orang-

orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi

setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat

kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah

dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa,

lagi Maha Bijaksana”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali Imran ayat ke-28 bermaksud: “Janganlah orang-orang

yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan

orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka

tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak

menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan

Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa

kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali”.

Wujudnya perbezaan antara tingkah laku dan sikap dalam individu Muslim atau keluarga

adalah akibat daripada kelemahan iman dan sisihan dari persepsi akidah yang sebenar.

Mereka percaya bahawa iman adalah keyakinan dalam hati tanpa membabitkan tingkah laku

dan sikap yang ditonjolkan. Hasilnya, sangat biasa dilihat bahawa individu itu walaupun

sentiasa berdoa, berpuasa dan telah selesai melakukan ibadat haji, namun pada masa yang

sama tidak peduli untuk melangsaikan hutangnya kepada rakan-rakannya. Ada juga yang

berani bersumpah bohong dan menipu dalam urusan jual beli, memakan riba dan selepas

semua itu apabila tiba waktu solat mereka akan solat dan kadangkala menyampaikan ceramah

agama. Malangnya, pada masa yang sama mereka tidak jujur mengamalkan ajaran Islam.

Sikap ini, kita dapati ia seolah-olah mempersendakan agama Islam. Para ulama dan ahli

Page 4: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

769

perundangan Islam bersetuju sesiapa yang mempersendakan atau mengejek agama, dia

adalah seorang yang murtad dan keluar dari Islam.

Tersebarnya amalan bid’ah, khurafat dan sihir di kalangan umat Islam telah menjadikan

mereka jauh dari akidah yang sebenar. Amalan meminta pertolongan dari ahli sihir dan

kubur-kubur masih membelenggu umat Islam. Mereka lupa bahawa perkara ini boleh

membawa kepada mensyirikkan Allah s.w.t. dan mengeluarkan mereka dari landasan

kebenaran. Apabila diingatkan mereka akan perkara ini, mereka akan menjawab dengan

alasan darurat atau ramai orang Islam yang melakukannya.

Seorang mubaligh William Gifford Palgrave mengatakan, “Apabila al-Quran dan kota

Makkah telah ditinggalkan dari negera-negera Arab, ketika itulah kita akan dapat melihat

bangsa Arab masuk ke dalam peradaban Barat dan menjauhkan diri dari Muhammad dan

kitabnya”.(Baker Carl: 1948). Berkata editor akhbar Keizel Uzbekistan pada tahun 1952,

"Adalah mustahil untuk menyebarkan komunis sebelum menghancurkan Islam

keseluruhannya”(Jalal Alam: 2009).

Seorang pemimpin yang telah dipengaruhi ideologi sekular atau liberal tidak akan mendapati

sesuatu yang boleh membuatnya kembali mengikuti ajaran agama dalam apa jua keadaan.

Samada kerana kejahilan dalam agama, atau persengketaan yang wujud antara pandangan

agama dan golongan intelektual sekular yang mengatakan, kebahagiaan yang sebenar akan

dikecapi oleh bangsa itu apabila meninggalkan agama secara total dan melaksanakan undang-

undang mereka sendiri, jauh dari pengaruh agama.

Seorang mubaligh, Takaly mengatakan, “Kita harus menggunakan al-Quran. Sebab, al-Quran

adalah sebuah sejata yang paling ampuh yang ada di dalam Islam untuk melawan Islam itu

sendiri, sehingga kita benar-benar mampu menghancurkan Islam. Kita harus menjelaskan

kepada kaum Muslim bahawa sesungguhnya kebenaran yang ada di dalam al-Quran bukan

perkara baru, sementara, perkara baru yang ada di dalam al-Quran sesungguhnya bukan

perkara yang benar”.(Younus Stefer: 2000).

Berkata seorang ahli pemikir Barat: “ Sesiapa yang mengikuti syariat Islam, mereka ini

golongan yang berfikiran ke belakang dan jumud. Manakala sesiapa yang menjauhi syariat

Page 5: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

770

Islam, mereka adalah golongan yang berfikiran moden dan kehadapan, begitu juga

negara.(Victor Marsden: 2012)

Fenomena inilah yang sedang berlaku di kalangan negara umat Islam kerana mereka lupa

firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Maidah ayt ke-3: “Pada hari ini, orang-orang kafir telah

putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat

perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada

mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah

sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan

Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana

kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak

melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Bagi menjelaskan kepada mereka yang telah menutup pandangan mereka terhadap

perlaksanaan hukum syariat Islam, hukuman bunuh balas bagi pembunuh adalah untuk

menjamin keselamatan nyawa, begitu juga memotong tangan pencuri adalah supaya harta

benda dan pemiliknya terpelihara keamanannya. Manakala pengharaman riba dan rasuah

pula adalah kebanggaan Islam. Ketika mana Islam mengharamkan arak, ia adalah bagi

memelihara kewarasan akal dan minda manusia. Rejam bagi penzina yang muhsan pula

adalah bagi membendung gejala ini, di samping memelihara keturunan dan menjauhkan diri

dari penyakit berbahaya agar kesihatan terjamin. Ini adalah pendekatan syariat Islam yang

mementingkan kebaikan dan kesejahteraan semua manusia, malangnya undang-undang Islam

ini ditolak.

Hakikatnya pada hari ini, manusia perlu menghadapi perkara sebaliknya. Amalan zina yang

berleluasa, riba yang menguasai ekonomi negara sehingga bank-bank Islam juga tidak

terlepas, arak dijual dan mudah didapati dikebanyakan kedai dan pasaraya, kes kecurian yang

sering berlaku tanpa mengira waktu, begitu juga khidmat pelacuran secara terang-terangan

siang dan malam.

Semua jenayah ini kerap berlaku kerana kekurangan sekatan yang sesuai bagi menghalang

sesiapa sahaja daripada melakukan jenayah ini. Tidak terdapat di dalam al-Quran dan hadis

Page 6: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

771

apa-apa keterangan atau teks yang menyokong dan membuktikan perbezaan di antara agama

dan politik atau tadbir urus, begitu juga tidak terdapat penyataan atau pendapat daripada

ulama-ulama mujtahid dan ahli tafsir. Adalah tidak syar’ie apabila pemerintah tidak

menggunakan manhaj agama Islam dalam urusan hariannya, kerana tidak didapati salah

seorang daripada khalifah-khalifah al-Rasyidin yang memerintah, bersumberkan hukum

selain daripada apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Bahkan mereka menganggap peraturan

yang bertentangan dengan apa yang diturunkan oleh Allah, adalah hukum Jahiliah. Manhaj

ini diteruskan oleh generasi Tabi’ dan Tabi’in sehingga kejatuhan daulah Islam akibat dijajah

oleh tentera salib Barat kemudian dipecahkan menjadi negara-negara Islam yang kecil. (Ali

Abdul Halim 2005).

Pesuruhjaya Perancis di Algeria pernah membuat kenyataan sempena 100 tahun jajahan

mereka: “Al-Quran wajib dipisahkan dari orang Arab, begitu juga bercakap dengan bahasa

Arab, barulah kita dapat menguasai mereka”. (Jalal Alam: 2009)

Perkara yang sama turut dikempen dan ditekankan oleh Barat, sesungguhnya dengan

perlaksanaan syariat Islam ia membawa kepada kemunduran dan kejumudan, bertentangan

dengan konsep kemajuan dan kemodenan Barat. Maka lahirlah golongan-golongan yang

mengikut jejak langkah Barat ini dan dilabel sebagai golongan pembaharuan. Sedangkan

bagi golongan yang tidak mengikuti Barat ini dilabel sebagai penentang pembaharuan.

(Bustanuddin Agus: 2011).

3. Fenomena Berkaitan Kerosakan Akhlak dan Tingkah Laku

Telah berkata Samuel Zwimmer, ketua organisasi mubaligh dalam sebuah muktamar

mubaligh di al-Qusd pada tahun 1935 M, mengatakan “Tugas mubaligh yang ditekankan

kepada kalian oleh negara-negara Kristian adalah untuk dijalankan di negara-negara

Muhammad (Islam) bukan memasukkan kaum Muslim ke dalam agama Kristian. Kerana, itu

memberikan petunjuk dan penghormatan kepada mereka. Akan tetapi, tugas kalian adalah

mengeluarkan kaum Muslim dari Islamnya, sehingga ia tidak memiliki hubungan lagi dengan

Allah. Dengan demikian, mereka tidak akan ada lagi hubungan dengan akhlak yang menjadi

tonggak berdirinya umat dalam kehidupannya. Oleh itu, dengan gerakan ini, kalian akan

menjadi kunci terbukanya penjajahan di kerajaan-kerajaan Islam. Sebab, kalian telah

Page 7: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

772

mempersiapkan semua fikiran mereka untuk mengikuti serta berjalan di jalan yang kalian

tempuh; iaitu agar tidak kenal lagi hubungannya dengan Allah dan tidak memiliki keinginan

lagi untuk mengenalinya. Dengan demikian, kalian telah mengeluarkan kaum Muslim dari

Islam, akan tetapi kalian tidak memasukkannya ke dalam agama Kristian. Dan pada saat

itulah, lahir generasi Islam yang sesuai dengan apa yang diinginkan oleh kaum penjajah;

tidak pernah memperhatikan hal-hal yang besar, gemar bersenang-senang, bermalas-malasan

dan selalu ingin menuruti syahwatnya dengan berbagai cara, sehingga syahwat itulah yang

menjadi tujuan dalam kehidupannya. Jadi, jika mereka belajar, tak lain adalah kerana

syahwat, jika mereka mengumpulkan harta juga kerana syahwat dan jika menempati posisi

yang tinggi lagi-lagi dalam jalan syahwat, mereka menjadi orang-orang yang setia untuk

mengorbankan segalanya demi tercapainya syahwat. Wahai para mubaligh, tugas kalian akan

benar-benar sampurna jika kalian mampu melaksanakan semua ini”. (Abdullah Altul: 2008)

Aliran pemikiran Barat telah berusaha menghancurkan perkara yang paling berharga dan

dipelihara oleh Islam iaitu nilai dan akhlak. Kita juga mengetahui bahawa Islam telah

membezakan tingkah laku antara manusia dengan haiwan. Ini dibuktikan dari sejarah

lampau, umat Islam telah menjadi contoh dari sudut akhlak yang mulia dan etika yang sangat

tinggi. Pemikiran Barat ini mempengaruhi corak pemikiran umat Islam dengan cara

merosakkan fitrah manusia iaitu mengutamakan perintah Allah s.w.t., digantikan dengan

keutamaan memenuhi tuntutan hawa nafsu. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A’raf ayat ke

179 bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin

dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat

Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan

Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan

nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah

orang-orang yang lalai”.

Serangan ke atas negara umat Islam ini berlaku tanpa disedari dan berleluasa. Ini dapat

dibuktikan dengan munculnya kedai arak bertaburan di mana-mana dan boleh dibeli pada

bila-bila masa. Merebaknya zina dan maksiat, yang membawa kepada kemunculan

sebilangan besar anak-anak luar nikah, terutamanya isu bayi dibunuh secara zalim dan

kemudian dibuang di tepian jalan, sungai dan tong-tong sampah. Tiada perbezaan antara apa

yang kita dapati sekarang dan tersebar luas di kalangan umat Islam dengan tingkah laku pada

Page 8: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

773

masa jahiliyah sebelum Islam. Penzinaan, minum arak dan membunuh gadis-gadis kerana

takut malu dan membunuh anak-anak kerana takut kemiskinan.

Adapun riba, tidak dicegah dan dihalang dari terus diamalkan. Didapati hampir tidak ada

bank-bank di negara umat Islam yang meninggalkan riba, kerana menurut mereka tanpa riba

tiada keuntungan akan diperolehi. Maka syarikat-syarikat kewangan ini mengaburi mata para

pelanggan Islam mereka dengan nama-nama yang indah, seolah-olah urusan kewangan

mereka jauh dari riba. Akibatnya, masyarakat Islam tidak dapat membezakan antara sistem

kewangan Islam yang sebenar dengan sistem kewangan yang berasaskan riba. Janganlah

dilupai hadis baginda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Akan datang sekelompok (dari umatku)

yang menghalalkan arak, sutera (bagi lelaki) dan alat muzik; dan menamakannya dengan

nama yang lain”. Inilah yang sedang berlaku pada masa kini, helah untuk memintas syariat

Islam dengan mengambil kesempatan atas sangkaan umat Islam bahawa ia diharuskan syara’.

Begitu juga percambahan fenomena keji seperti rasuah, penipuan dan ketamakan.

Mubaligh Kristian Samuel Zwimmer pernah berkata: “Tugas utama mubaligh perlu

dinisbahkan kepada dua ciri Tamadun Barat, pertama roboh dan kedua bina. Adapun yang

dimaksudkan roboh ialah menjauhkan Muslim dari agamanya, walaupun perlu membawa

kepada tidak mempercayai Tuhan. Adapun yang dimaksudkan bina ialah membantu Muslim

yang menyokong Tamadun Barat menentang kaumnya sendiri”. Jelaslah di sini bahawa

pemikir Barat dan Kristian mengetahui sepenuhnya bahawa akhlak yang rosak dan pegangan

yang rapuh boleh membawa kepada keretakan ikatan hubungan masyarakat dan keluarga.

Maka apabila tersebarnya amalan keji dan tidak bermoral, akan membawa kepada

kemerosotan akhlak masyarakat dengan tersebarnya amalan rasuah, penipuan yang

berleluasa, kebencian dan permusuhan di kalangan orang awam, hilangnya sifat amanah dan

kepercayaan sesama Islam dan sebagainya. (Muhammad Qutb: 2000)

Para pemikir Barat telah menggunakan beberapa kaedah untuk memecahkan dan merosakkan

Islam dan umat Islam, antaranya mereka menggunakan wanita sebagai senjata. Mereka

mengetengahkan wanita-wanita yang fasiq dan berpakaian seperti pelacur untuk menarik

orang muda dan kemudiannya perlahan-lahan membawa pada kesesatan. Namun pada masa

yang sama mereka mendakwa bahawa mereka penentang rasuah, penyeludupan manusia, dan

pada masa yang sama juga mereka mengaut keuntungan berjuta-juta.(Jalal Alam: 2009)

Page 9: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

774

Propaganda ini juga bertujuan agar wanita Islam hilang rasa malu dan kesopanan dengan

mengeluarkan fesyen pakaian yang berlawanan dengan ajaran Islam. Mereka cuba untuk

memanipulasi pemikiran anak-anak perempuan Islam agar mengikut cara pemakaian mereka

dengan alasan akan dikagumi banyak lelaki. Mereka juga memperkenalkan alat-alat solek

dan kosmetik agar menjadi perhiasan harian wanita Islam. Mereka sanggup berbelanja

berjuta-juta dolar Amerika bagi memastikan industri fesyen dan kosmetik ini menjadi ikutan

umat Islam.

Pendapat ini disokong dengan kata-kata mubaligh Kristian Takaly: “Kita perlu menggalakkan

penubuhan sekolah gaya Barat sekular, kerana ramai orang Islam telah dilemahkan

kepercayaan mereka terhadap Islam dan al-Quran apabila mereka belajar buku teks Barat dan

belajar bahasa asing".(Syatilih: 2009)

Barat berusaha melahirkan pelajar Muslimah yang mengikuti metodologi pendidikan Barat

sehingga ke satu tahap akan terkeluar dari landasan akidah yang benar, dengan cara

meninggalkan kurikulum pendidikan Islam. Mereka akan menekankan pendidikan yang

tidak memberi manfaat bagi agama dan dunianya. Sebagai contoh, penumpuan wanita Islam

pada masa kini lebih tertumpu kepada bidang seni, fesyen dan kosmetik agar menyerlah dan

menarik perhatian lelaki.(Ghalib A’waji: 2007)

Fenomena ini kita dapati sedang berleluasa di kalangan anak-anak orang Islam. Mereka

merasakan bukan menjadi suatu kesalahan apabila meninggalkan amalan harian yang

dianjurkan oleh Islam. Secara perlahan-perlahan, mereka mula mengamalkan cara kehidupan

bukan Islam khususnya Yahudi dan berbangga dengannya. Situasi ini pernah dinyatakan

oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya,

dalam kitab Ahadith Al-Anbiya’, bab “Apa yang Dinyatakan Berkenaan Bani Israel”, hadis

bernombor 4356, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kamu akan mengikuti jejak

langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga

jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat

bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi

s.a.w. menjawb, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.

Page 10: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

775

Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran ayat ke 156 bermaksud: “Wahai orang-orang yang

beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan

berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk

berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): “Kalau mereka tinggal bersama-

sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh”. (Apa yang mereka katakan itu

tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan

mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang

menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu

lakukan”. Berkata al-Allamah Abdul Rahman dalam kitabnya Taisir al-Rahman:

“Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang hambaNya yang mukmin menyerupai orang-orang

kafir yang tidak beriman supaya tidak dinisbahkan kepada golongan munafik dan kafir.

Berkata mubaligh Kristian Samuel Zwimmer: “Ketika mana orang-orang Islam menjauhi dari

memasuki sekolah aliran Kristian, maka kita akan memudahkan mereka memasuki sekolah

aliran sekular. Sekolah ini akan membantu kita memadamkan ruh Islam dalam diri pelajar-

pelajar”. (Syatilih: 2009)

Bukanlah menjadi tujuan utama para pemikir Barat dan Yahudi ini disebalik perancangan

mereka ini supaya orang Islam menganuti ajaran Nasrani, ini adalah mustahil. Tetapi

cukuplah sekadar dapat menggugat kepercayaan dan keyakinan orang-orang Islam akan

ajaran Islam itu sendiri. Keraguan tentang kesahihan ajaran Islam ini ditanam agar

masyarakat Islam mula menerima kehidupan moden dan menjadikan negara Barat sebagai

ikutan. Pada masa yang sama mereka mencemarkan imej undang-undang, tamadun dan

sejarah Islam di mata pemuda pemudi Muslim, mereka diasingkan dari budaya Islam yang

tulen dengan ditonjolkan wajah tamadun Barat yang digambarkan bebas, menarik dan

sempurna. (Muhammad Qutb: 2002)

Gibb (tokoh mubaligh di Britain) mengatakan, “Islam telah kehilangan dominasinya atas

kehidupan sosial kaum Muslim. Sementara, wilayah kekuasaannya semakin menyempit

sedikit demi sedikit hingga tinggal ritual-ritual yang amat sempit. Semua ini semakin

beranjak sampurna tanpa adanya sebuah kesedaran sedikitpun. Perkembangan ini telah benar-

benar jauh dan tidak mungkin akan kembali lagi. Akan tetapi, kejayaan perkembangan ini

sangat tergantung dengan para tokoh dan pemimpin kaum Muslim, selebihnya para

Page 11: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

776

pemudanya. Semua itu tidak lain adalah hasil kegiatan pendidikan dan kebudayaan sekular”.

(Victor Marsden: 2012)

Dalam bidang pendidikan, terdapat perbezaan di antara pendidikan agama dan pensijilan.

Perbezaan ini adalah dari segi nilai sijil dan pusat-pusat pengajian, serta guru-guru, para

pensyarah, kurikulum pendidikan dan juga dari segi penerimaan sijil. Ia seolah-olah belajar

agama tetapi diperbaharui agar nampak ada kemajuan dan pembaharuan. Perkara ini bukan

berlaku secara kebetulan, tetapi dirancang. Para pelajar pendidikan gaya baru ini mendapat

semua kemudahan dan biasiswa termasuk biasiswa ke luar negara. Mereka juga mendapat

hak keistimewaan daripada kerajaan terutamanya Eropah. Harapan mereka adalah supaya

pelajar-pelajar ini akan mengadaptasi kebudayaan Barat dari segi cara berjalan, berpakaian,

makan dan sebagainya, kemudian menjadi ikutan dan tradisi baru. Propaganda ini sangat

berpengaruh dan telah membawa masyarakat Islam melihat ke masa lalu dan memandang

hina sekolah-sekolah aliran agama, seterusnya menerima pendidikan yang dibawa oleh Barat

ke dalam negara-negara Islam untuk mengajar dan menyampaikan ideologi mereka. (Ghalib

A’waji: 2007).

4. Kesan Aliran Pemikiran Barat Pada Keluarga Muslim

Isu kesaksamaan antara lelaki dan wanita adalah satu perkara yang tidak kurang penting

daripada yang lain. Ia dibincangkan oleh para pemikir dan sarjana, diadakan persidangan

mengenai beberapa isu tentang wanita dan lelaki. Isu perbezaan antara lelaki dan wanita

bukan berkaitan perkara jasmani atau struktur fizikal kedua-dua pihak. Para pengikut aliran

pemikiran Barat mendakwa perbezaan antara lelaki dan wanita hanya berkaitan kehamilan,

kitaran haid, bersalin dan kemaluan. Adapun perkara-perkara yang membezakan antara

lelaki dan wanita dari sudut hak, hak seorang lelaki telah menjadi hak wanita pada masa yang

sama. Jika lelaki berhak menerima harta pusaka begitu juga wanita, jika seorang lelaki

berhak keluar dari rumah tanpa izin begitu juga wanita, dan jika lelaki tidak menutup rambut

beliau begitu juga wanita.(Bustanuddin Agus 2011).

Sesungguhnya agama Islam dan undang-undang Islam tidak menafikan sama sekali apa-apa

perbezaan atau kelainan antara manusia, samada bagi lelaki atau wanita kerana ia adalah

realistik. Akan tetapi undang-undang Islam sebenarnya telah menyusun dan menguruskan

Page 12: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

777

perbezaan ini untuk menepati dan selaras dengan akal dan hakikat, jauh dari kebanggaan dan

fanatik, kerana asas untuk semua penduduk alam semesta ini adalah keadilan. (Ghalib

A’waji: 2007).

Allah s.w.t. juga berfirman dalam Surah al-Nisa ayat pertama yang bermaksud: “Wahai

sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula)

dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya

– Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan

perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan

menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana

sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu”.

Islam mengiktiraf sepenuhnya kewujudan perbezaan antara manusia. Perbezaan ini terletak

dalam pelbagai cara, antaranya dari segi kewangan, kaya dan miskin. Terdapat juga

perbezaan dari segi kuasa, kuat dan lemah, bijak dan bodoh. Tetapi Islam pada masa yang

sama benar-benar menafikan bahawa perbezaan ini adalah penyebab di kalangan manusia

untuk menjadi angkuh sesama mereka. Perbezaan ini datang dan terjadi kerana Allah s.w.t.

bukan ada campur tangan makhluk. Allah s.w.t. menjadikan semua manusia dan manusia ini

ada kekurangan dan kelebihan mengikut kehendakNya.(Muhammad Qutb 1997).

Terdapat beberapa perkara yang mustahil untuk disamakan antara lelaki dan wanita:

1. Adalah mustahil untuk menyamakan manusia pada semua perkara, seperti tidak

mungkin sama orang yang rajin dengan yang malas.

2. Seruan kesetaraan antara lelaki dan wanita ini tidak melihat secara teliti akibatnya

apabila berlawanan dengan fitrah kejadian manusia.

3. Lelaki secara lahiriahnya fizikalnya ditugaskan untuk berperang sedang wanita

tugasnya melahirkan dan menjaga anak.

4. Kesamarataan ini akan membawa kepada terabainya hak pemberian nafkah bagi

suami kepada isterinya, bahkan akan menyebabkan suami boleh menuntut nafkah dari

isteri.

5. Isteri akan menuntut haknya untuk bekerja dan keluar rumah tanpa perlu izin dari

suami dan berlakunya pengabaian waktu bersama anak dan keluarga.

Page 13: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

778

6. Hak kesamarataan ini akan membuatkan wanita memasuki tentera dan mendapat

layanan yang sama seperti lelaki.

Ini adalah kekeliruan dan kecelaruan yang dialami oleh mereka yang mempunyai pemikiran

dan ideologi sesat. Pendekatan ini jauh menyimpang dari undang-undang Islam dan

membawa kepada berlebih-lebihan, ia tidak selari dengan sikap kesederhanaan dan akhlak

juga etika yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Manusia perlu menjalani kehidupan mengikut

landasan yang betul supaya terhindar dari kerosakan dan penyakit.(Bashir al-Bashir: 2004)

Seperti firman Allah s.w.t dalam Surah al-Nisa ayat ke 27 yang bermaksud: “Dan Allah

hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang

(yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak

mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang

besar bahayanya”.

Sesiapa yang dipengaruhi oleh pemikiran Barat ini akan terdorong untuk menurutinya secara

buta kerana mereka ni diberi gelaran sebagai pejuang kebebasan wanita dan diberi publisiti

kerana berani menanggalkan hijab. Maka hilanglah sifat kesopanan dan malu, sehingga

berani bergaul tanpa batasan dan berpakaian gaya Barat.(Safar al-Hawali: 2011)

5. Kekeliruan dan Konflik Antara Lama dan Baru

Seorang mubaligh, Takaly mengatakan, “Kita harus menggunakan al-Quran. Sebab, al-Quran

adalah sebuah sejata yang paling ampuh yang ada di dalam Islam untuk melawan Islam itu

sendiri, sehingga kita benar-benar mampu menghancurkan Islam. Kita harus menjelaskan

kepada kaum Muslim bahawa sesungguhnya kebenaran yang ada di dalam al-Quran bukan

perkara baru, sementara, perkara baru yang ada di dalam al-Quran sesungguhnya bukan

perkara yang benar”.(Syatilih 2009)

Akibat terkesan dengan pemikiran Barat, terdapat orang-orang Islam yang menyeru untuk

mengubah cara hidup Islam dalam setiap perkara atas nama pembaharuan, pembebasan,

kemajuan dan ketamadunan. Kesemua ini berlaku tanpa disedari kerana gelombang

Page 14: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

779

pembaharuan ini merangkumi kepercayaan akidah dan agama, warisan dan sejarah. Di

sinilah bermulanya konflik antara yang lama dan yang baru dan dieksploitasi oleh kuasa-

kuasa yang memusuhi Islam.(Malik Bin Nabi 2002)

Maka terbahagi umat Islam kepada tiga kategori. Pertama, golongan yang menyeru cara

hidup Islam yang sahih. Kedua, golongan yang menyeru memelihara kehidupan yang biasa

sahaja, termasuk adat dan tradisi. Ketiga, orang biasa yang suka hidup beragama dengan

tradisi dan adat resam yang diwarisi. Mereka juga suka untuk mengekalkan adab dan saling

menghormati. (Muhammad Qutb 2012)

Kesan daripada wujudnya golongan-golongan ini akan menyebabkan umat Islam semakin

berpecah dan tidak bersatu sehingga orang-orang kafir mengambil kesempatan atas

perpecahan ini.

6. Seruan Kebebasan dan Pemberontakan

Tidak syak lagi bahawa kebebasan adalah apa yang sedang dicari oleh ramai orang pada hari

ini. Pada masa yang sama, syaitan juga menggunakan kebebasan ini untuk menggoda

manusia melakukan kejahatan, kerosakan, kezaliman dan kemaksiatan. Ditanam di dalam

minda dan pemikiran generasi muda Islam agar menuruti fantasi mereka sehingga mereka

keliru antara perkara baik dan buruk. Atas nama kebebasan, tiada halangan untuk

melepaskan keinginan dan dorongan seperti rasuah, jenayah, zina, liwat, homoseksual dan

dan semua gejala yang mungkin berlaku. (Ghalib A’waji: 2007).

Musuh-musuh Islam telah mendapat idea dan mengembangkan ideologi kebebasan ini dalam

minda belia Islam. Apabila terputusnya hubungan dengan pendidikan Islam ia menjadi bom

psikologi dan intelektual, terutama selepas kegagalan tentera kafir mengatasi tentera Islam.

Isu murtad dalam undang-undang Islam dikecam tanpa henti, atas nama kebebasan dan

melanggar privasi. Gejala-gejala yang datang atas nama kebebasan dan meninggalkan ajaran

Islam ini akan membiarkan manusia melakukan apa sahaja yang mereka mahu bagi

memuaskan nafsu dan keinginan mereka. Ia juga menafikan hukum Allah s.w.t. atas nama

kebebasan dan kesaksamaan. Telah muncul di kalangan penyelidik, cendekiawan dan sarjana

Page 15: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

780

yang terpengaruh dengan pemikiran orientalis dan intelektual kafir mengatakan perlunya

kajian semula dalam bidang sejarah, sastera dan warisan negara tanpa ada kaitan dengan

agama. Adapun pandangan orang kafir ini tidak salah kerana kepercayaan mereka datang

dari Barat yang didakwa sempurna dari kesilapan. Telah banyak kajian-kajian yang dibuat

tentang sejarah Islam dari segi warisan, peradaban dan sasteranya, malangnya

kebanyakannya telah diputarbelitkan dan ditulis dari perspektif Barat. Mereka melakukannya

atas nama kebebasan dan kesaksamaan tanpa menyebut nama Allah sebagai pemilik

kebebasan mutlak. Bagi Barat, semua tulisan-tulisan mereka adalah bukti kesaksamaan dan

kebebasan berpandukan doktrin dan ideologi yang mereka perjuangkan.(Mustafa Bahu:

2012)

7. Kemunduran Daya Intelek

Musibah yang melanda umat Islam adalah hilangnya hasil intelektual dan kurangnya

pembabitan berkaitannya di kalangan Muslim. Ini adalah kerana penyakit yang telah

menimpa umat Islam iaitu terpengaruh dan terikut-ikut dengan ideologi dan pemikiran bukan

Islam, yang sesat dari segala segi. Dunia Islam telah menjadi pusat pemikiran yang rosak

diimport dari Barat, sehingga mengakibatkan hilangnya keaslian daya intelektual kreatif dan

terpaksa mengambil dari negara-negara bukan Islam. Malangnya, daya intelektual ini telah

dibunuh dan dilumpuhkan.(Muhammad Qutb 2012)

Dunia Islam tidak sedar bahaya besar akibat kelemahan pemikiran Barat yang ditiru dan

diimport dari orang-orang kafir. Lebih malang apabila ia berterusan bergantung dan berharap

dengannya tanpa ada usaha untuk bangkit dari cengkaman pemikiran kafir ini, walaupun

Allah s.w.t. telah memerintahkan untuk kembali pada Islam.(Muhammad Hilal: 2000).

Apabila ini berlaku, umat Islam telah melakukan suatu kesalahan besar kerana mereka

menyokong, bersikap pasif dan mengalah dalam mewakili Islam. Sikap berdiam diri dalam

isu global, seolah-olah redha dengan apa yang berlaku pada dunia Islam dan sikap tidak

peduli akan kemusnahannya, telah menjadikan Muslim global tidak dapat mewakili ajaran

Islam yang sebenar. Jangan kita lupakan usaha-usaha gerakan Islam dan kumpulan Islam

yang ikhlas dalam menaikkan kembali daya intelektual Islam.

Page 16: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

781

8. Penutup

Kerosakan akhlak yang berlaku di kalangan masyarakat Barat telah membuktikan kegagalan

pemikiran dan ideologi yang mereka perkenalkan. Amat malang bagi umat Islam yang masih

berpegang dengannya dan meninggalkan ajaran Islam yang sebenar. Bagaimana mungkin

masyarakat yang telah dipandu oleh al-Quran dan sunnah, memilih jalan selainnya.

Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Hud ayat 113 bermaksud: “Dan janganlah kamu

cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api

neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari

Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat

pertolongan”. Syariat Islam menolak aliran pemikiran yang mempunyai kelemahan, lebih

banyak keburukan daripada kebaikan dan membawa kepada kekufuran.

Rujukan :

84918.

9004.

90008

.

9089.

9002

.

8441.

84428.

9080.

8441.

9088.

9009.

9089.

Page 17: 1060 FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1060-irsyad-2016.pdf · ... pergaulan bebas antara remaja lelaki dan ... berleluasanya zina,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

782

9000

.

9002

9088Islam and GlobalisasiJahabera