analisis kandungan kertas laporan tarekat...

18
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 1610 ANALISIS KANDUNGAN KERTAS LAPORAN TAREKAT NAQSHABANDIYAH KHALIDIYAH YANG DIBAWA OLEH KADIRUN YAHYA DALAM PROSES PENGHAKIMAN TERHADAP TAREKAT NAQSHABANDIYAH KHALIDIAH YANG DIPIMPIN PROF. DR. KADIRUN YAHYA. HAMIDUN MOHAMAD HUSIN Jabatan Usuluddin, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi, Selangor. [email protected] ABSTRAK Tarekat Naqshabandiyah yang dibawa Prof. Kadirun Yahya telah diharamkan pihak berkuasa agama negara ini seawal tahun 1980an atas dakwaan berlakunya beberapa penyimpangan dalam doktrin dan pengamalannya. Artikel ini berusaha menganalisa satu kertas laporan bertajuk“Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyah Yang Dibawa Oleh Kadirun Yahya” yang disediakan khusus bagi pendengaran terhadap kes tarekat ini di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia pada 1981. Justeru makalah ini cuba membincangkan peranan kertas kerja ini dalam isu Naqshabandiyah Kadirun Yahya dan melakukan analisis kandungan terhadap isi dan pandangan yang dikemukannya. Kajian menggunakan pendekatan kepustakaan dokumentasi sejarah dengan melakukan analisa dokumen dengan membuat rujukan silang terhadap literatur Naqshabandi yang berkaitan selain kaedah utama iaitu membuat pemerhatian lapangan. Kajian mendapati bahawa sekalipun kesan negatif yang ditinggalkan kertas kerja ini terhadap keselesaan malah keberadaan perkumpulan peramalan kerohanian ini di Malaysia tidak dapat dinafikan, agak mengejutkan kerana kertas kerja tersebut mengandungi beberapa kejanggalan dalam beberapa dapatan dan pandangannya. Kata kunci : Analisis Kandungan, ‘Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyah Yang Dibawa Oleh Kadirun Yahya, Prof. Dr. Kadirun Yahya. 1. Pengenalan Umum mengetahui tarekat Naqshabandiyah adalah salah satu tarekat muktabar yang dapat ditemui di dalam masyarakat muslim. Namun tarekat Naqshabandiyah Khalidiyah yang dipimpin Prof. Kadirun Yahya telah diharamkan pihak berkuasa di peringkat Kebangsaan pada Mesyuarat Muzakarah Jawatankauasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-3 pada 15-16 November 1981 di Terengganu. Kertas Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyah Yang Dibawa Oleh Kadirun Yahya yang dibincangkan ini adalah laporan yang 1018

Upload: vuonghanh

Post on 01-Feb-2018

312 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1610

ANALISIS KANDUNGAN KERTAS LAPORAN TAREKAT NAQSHABANDIYAH

KHALIDIYAH YANG DIBAWA OLEH KADIRUN YAHYA DALAM PROSES

PENGHAKIMAN TERHADAP TAREKAT NAQSHABANDIYAH KHALIDIAH YANG

DIPIMPIN PROF. DR. KADIRUN YAHYA.

HAMIDUN MOHAMAD HUSIN

Jabatan Usuluddin,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi, Selangor.

[email protected]

ABSTRAK

Tarekat Naqshabandiyah yang dibawa Prof. Kadirun Yahya telah diharamkan pihak berkuasa agama negara ini

seawal tahun 1980an atas dakwaan berlakunya beberapa penyimpangan dalam doktrin dan pengamalannya. Artikel

ini berusaha menganalisa satu kertas laporan bertajuk“Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyah Yang Dibawa Oleh

Kadirun Yahya” yang disediakan khusus bagi pendengaran terhadap kes tarekat ini di dalam Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia pada 1981. Justeru makalah ini cuba

membincangkan peranan kertas kerja ini dalam isu Naqshabandiyah Kadirun Yahya dan melakukan analisis

kandungan terhadap isi dan pandangan yang dikemukannya. Kajian menggunakan pendekatan kepustakaan

dokumentasi sejarah dengan melakukan analisa dokumen dengan membuat rujukan silang terhadap literatur

Naqshabandi yang berkaitan selain kaedah utama iaitu membuat pemerhatian lapangan. Kajian mendapati bahawa

sekalipun kesan negatif yang ditinggalkan kertas kerja ini terhadap keselesaan malah keberadaan perkumpulan

peramalan kerohanian ini di Malaysia tidak dapat dinafikan, agak mengejutkan kerana kertas kerja tersebut

mengandungi beberapa kejanggalan dalam beberapa dapatan dan pandangannya.

Kata kunci : Analisis Kandungan, ‘Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyah Yang Dibawa Oleh Kadirun Yahya,

Prof. Dr. Kadirun Yahya.

1. Pengenalan

Umum mengetahui tarekat Naqshabandiyah adalah salah satu tarekat muktabar yang dapat

ditemui di dalam masyarakat muslim. Namun tarekat Naqshabandiyah Khalidiyah yang dipimpin

Prof. Kadirun Yahya telah diharamkan pihak berkuasa di peringkat Kebangsaan pada Mesyuarat

Muzakarah Jawatankauasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

kali ke-3 pada 15-16 November 1981 di Terengganu. Kertas Tarekat Naqshabandiyyah

Khalidiyah Yang Dibawa Oleh Kadirun Yahya yang dibincangkan ini adalah laporan yang

1018

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1611

disediakan khusus oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri

bagi Muzakarah Jawatankauasa Fatwa kali ke-3 yang dinyatakan di atas.1

Bersesuaian dengan Minit Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang ditulis dengan tulisan bertaip

jawi, kertas laporan Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyah Yang Dibawa Oleh Kadirun Yahya ini

juga ditulis bertaip jawi. Dokumen ini telah diperolehi dari simpanan Bahagian Pengurusan

Fatwa JAKIM, Putrajaya.

Adalah dipercayai ia satu satunya laporan rasmi disediakan pihak berkuasa agama di peringkat

nasional mengenai kumpulan ini. Dengan demikian ia sangat penting dan instrumental dalam

proses penghakiman terhadapnya, malah penting bagi memahami isu tarekat ini secara

keseluruhan. Ini selaras pandangan Abdullah Fahim Abdul Rahman (Penolong Pengarah

Penyelidikan, BAHEIS) yang menyatakan bahawa sehingga tahun 1990, kertas tersebut adalah

satu satunya laporan berdasar kajian yang pernah dibuat tentang perkumpulan berkenaan.2

Salinan laporan yang sama boleh didapati di Arkib Negara dengan nombor perolehan 1998/

0025513 dengan tajuk Kertas Lapuran Tarekat Naqshabandiyyah al-Khalidiyah – Kadirun

Yahya yang ditulis secara bertaip tulisan rumi. Agak menarik kerana tarikh laporan ini adalah

pada 22 hb, Julai 1981, iaitu empat bulan lebih awal dari tarikh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

pada 15-16 November 1981. Dan adalah berkemungkinan dokumen Muzakarah adalah salinan

semula dalam tulisan jawi daripada dokumen asal bertulisan rumi milik pihak Pusat

Penyelidikan, Bahagian Ugama, Jabatan perdana Menteri. Apa juga kebenarannya,

1 1981. Minit Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke

-3. 15-16 November. 2 Abdullah Fahim Abd Rahman. 1990. Satu Analisa Perbandingan Antara Doktrin-doktrin Dalam Ajaran Taslim,

Ajaran Ahmad Laksamana dan Tarekat Naksyabandiyah Kadirun Yahya Hal.13.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1612

Selain kertas laporan yang dibincangkan ini, terdapat dua dokumen rasmi lain berkenaan tarekat

ini ditemui. Yang pertama ialah siaraya umum berkenaan kesalahan kumpulan tarekat ini oleh

Majlis Ugama Islam Kelantan pada 4 Ogos 1980, berdasarkan keputusan Jemaah Ulamak Majlis

Agama Islam Kelantan pada 20 Januari 1978.

3 Siaraya umum ini turut telah dikepilkan Laporan

‘Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyah Yang Dibawa Oleh Kadirun Yahya’ yang sedang kita

bicarakan ini sebagai Lampiran D.

Manakala dokumen yang kedua ialah kertas kerja Tarekat Naqshabandiyah dan

Permasalahannya yang dinukil oleh Sahibussamahah Mufti Negeri Sabah, Tuan Haji Said bin

Haji Ibrahim dan telah dibentangkan pada Muzakarah Jawatankauasa Fatwa, Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-14 meeting pada 22-23 November 1985.4

Dibandingkan dengan dua dokumen di atas, kertas laporan dinilai lebih komprehensif dan lebih

fokus. Siaraya umum oleh Majlis Ugama Islam Kelantan pada 1980 yang dinyatakan di atas

sesuai fungsinya adalah sangat ringkas. Manakala kertas kerja Tarekat Naqshabandiyah dan

Permasalahannya, pula, selain dilihat agak fokus dalam menggarap beberapa ‘kesalahan’

berdasarkan kefahaman penyedia makalah terhadap adab-adab murid terhadap guru dalam kitab

Tanwir al-Qulub karangan Muhammad Amin al-Kurdi, ia menyorot dua perguruan Naqshabandi

secara serentak iaitu Naqshabandiyah Kadirun Yahya dan Naqshabandiyah Haji Yahya Rambah

(Semenyih), menyebabkan apa-apa kesalahan yamg dinyatakan tidak dapat ditunjukkan secara

khusus kepada salah satu perguruan sahaja.

3 Hamidun Mohamad Husin (a). 2015. The Fraternity of Naqshabandiyah Khalidiyah of The Prof. Dr. H. Kadirun

Yahya Foundation In Malaysia. A Critical Evaluation of Its Sufi Teachings And Practices. Hlm. 223. 4Hamidun Mohamad Husin(b). Analisis Kandungan Kertas Kerja ‘Tarekat Naqshabandiyyah dan

Permasalahannya’ Dalam Proses Penghakiman Terhadap Tarekat Naqshabandiyah Yang Dibawa Prof. Kadirun

Yahya. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober

2015.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1613

2. Metodologi Kajian

Penelitian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap kertas kerja ‘Kertas Lapuran

Tarekat Naqshabandiyyah al-Khalidiyah – Kadirun Yahya’ berdasarkan kerangka disiplin

tarekat Naqshabandiyah. Selain menganalisa dan membuat rujukan silang kepada literatur

Naqshabandi yang berkaitan, analisis kandungan yang dibuat turut dibantu pemerhatian

lapangan.

3. Diskripsi Kertas Laporan ‘Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyah Yang Dibawa Oleh

Kadirun Yahya’

Meskipun terdapat dua versi kertas laporan seperti dinyatakan di atas, isi kandungan kedua-dua

versi adalah 98% sama. Perbezaan paling ketara antara kedua-duanya adalah dari sudut medium

penulisan jawi – rumi, dengan sedikit perbezaan dari segi pernomboran topik dan subtopik.

Kertas laporan versi asal Minit Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke -3 (15-16 November 1981), ditulis secara bertaip dalam

Bahasa Melayu dangan tulisan jawi di atas kertas A4. Ia mengandungi 49 halaman laporan

dengan 21 halaman lampiran (A hingga E (iii).

Manakala salinan yang diperolehi dari Arkib Negara Kuala Lumpur (dengan nombor carian

1998/ 0025513), ia ditulis dalam Bahasa Melayu secara bertaip dengan tulisan rumi di atas kertas

A4. Adalah dipercayai ia adalah naskah penulisan semula dari versi asal Minit Muzakarah dlm

tulisan Bahasa Melayu bertaip jawi. Bertarikh 22 July 1981, kertas laporan disediakan oleh Pusat

Penyelidikan Islam, Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri @ BAHEIS). Ia mengandungi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1614

45 halaman laporan dengan 15 halaman lampiran (A hingga E (iii). Perbezaan jumlah halaman

antara versi asli jawi dan rumi didapati berpunca dari faktor perbezaan typesetting tulisan bertaip

jawi – rumi itu sendiri.

Secara perbandingan susunan subtopik, lampiran kedua-dua dokumen dan perinciannya adalah

seperti berikut:

Versi Asal (Jawi) Minit

Muzakarah Jawatankuasa

Fatwa

Versi Arkib Negara

Kuala Lumpur

Perincian/ Catatan menarik.

1. Pendahuluan

( < 1 halaman)

Menyamai Versi Asal (jawi)

1. Pendahuluan

Hasil penyelidikan yang dilakukan ini

adalah ekoran aduan orang ramai

yang ragu dengan perjalanan tarekat

ini.

2.Tujuan Kertas Kerja

( 1 perenggan, < 1 halaman)

Ditiadakan Sebagai pemakluman supaya tindakan

wajar dapat diambil

3.Latarbelakang

( 1 halaman)

Per nomboran berubah:

2. Latarbelakang.

Isi Menyamai Versi Asal (jawi)

Dinyatakan bagaimana tarekat ini

sangat berpengaruh kerana telah

menarik seramai 40 ribu pengikut

merangkumi ramai menteri, golongan

atasan dan berpengaruh sehinggalah

orang awam, di mana ia telah

menimbulkan perubahan negatif

kepada mereka – antaranya taat setia

berlebihan kepada guru, mengabaikan

tanggungjawab, kepercayaan salah

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1615

seperti guru tarekat adalah khalifah

Rasulullah, ahli tarekat ini dijamin

masuk syurga dan sebagainya.

-

4.Sumber Maklumat ( 2 ½

halaman)

4.1 Bahan bercetak,

4.2 Temuramah,

4.3 Laporan-laporan Siasatan dan

Penyelidikan )

3. Sumber Maklumat

Isi Menyamai Versi Asal (jawi)

ia merujuk enam bahan bercetak

diambil dari sumber tarekat ini

(seperti buku Capita Selekta Tentang

Agama tulisan Prof Kadirun Yahya

sendiri) dan sumber lain termasuk

satu yang memang dikenal menolak

amalan tarekat (iaitu buku Fatwa

Tentang Tarekat Naqshabandiyah

karangan Sheikh Ahmad Khatib Abd

Latif). Selain itu ia turut

menemuramah Prof. Kadirun sendiri

dan murid kanannya Abdul Ghani

Pakpahan, Haji Sharif Ali (wakil Prof

Kadirun di Malaysia), Datin Aishah

Abdullah dan Datin Zainab

Muhammad (keduanya isteri orang

kenamaan / murid Prof. Kadirun), En

Adnan Sulaiman (bekas murid tarkat

ini) dan 18 orang individu / murid

Prof. Kadirun.

5. Pengasas Tarekat &

Bibliografinya ( 13 halaman)

5.1 Pengenalan Peribadi Pengasas,

4. Pengasas Tarekat & Bibliografinya

Sedikit perubahan. Item viii) Nama

Laporan menceritakan riwayat hidup

Prof Kadirun dengan agak terperinci

(diambil dari sumber tarekat),

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1616

Nama. Gelaran, kelahiran, keluarga,

alamat perhubungan di Indonesia &

Malaysia, Alamat Wakil di

Malaysia.

5.2 Riwayat Hidup Ringkas

Pengasas,

5.2.1. Semasa Dalam Kandungan

5.2.2. Semasa Kecil

5.2.3.Pendidikan (1 halaman)

5.2.4 Kepakaran

5.2.5. Jawatan (2 halaman)

5.2.6. Pengalaman & Keistimewaan.

i- Hubungan Langsung dengan

Allah & dikunjungi Malaikat.

ii- Raja Dunia & Akhirat.

iii-Penyerahan Ijazah & Dinobatkan

sebagai Shaykh Tarekat.

iv- lain lain Keistimewaan

Ahli Tarekat yang Tulin ( أ

.Lebih bernilai dari bukit emas ( ب

Pernah Ghaib ( ت

Menerima Pusaka dari Nabi ( ث

Khidiri.

Berpengetahuan Lengkap dan orang

Besar Zahir dan Batin

& Menerima bendera Kerasulan (ح

ibu (tiada maklumat dlm versi asal

jawi ).

Dlm versi arkib item ini

ditiadakan.

Isi lainnya menyamai versi asal

(jawi).

pendidikannya, kepakarannya,

kegiatan dan kerjayanya,

keistimewaanya dengan panjang lebar

(termasuk cerita kerohaniannya),

5.2.6 Menceritakan pelbagai cerita

kehebatan Prof. Kadirun,

sebahagiannya bersifat .

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1617

Pusaka Jabal Qubis

Boleh memberi Syafaat dan (خ

mendapat Kasyaf.

6.Universiti Pembangunan

Pancabudi (Unpab) - (3½

halaman).

6.1 Piagam Unpab

6.2 Pakaian Pelajar di Unpab

6.3 Rumah bersuluk & suasananya.

5. Universiti Pembangunan Pancabudi

(Unpab).

Isi Menyamai Versi Asal (jawi).

-Tidak ada pelajar memakai tudung

kepala.

-Pakaian mesti tidak menjolok mata.

-Umumnya pakaian dan pergaulan

tidaklah begitu dikawal. Zahirnya

suasana seperti university sekular

biasa.

-Gambar Prof. Kadirun dikatakan

diletakan di bawah bantal dalam

kelambu

7. Amalan Dalam Tarekat, Syarat &

Cara Masuk Tarekat

7.2 Cara masuk Tarekat (1 halaman)

7.3 Amalan & Cara zikir (2

halaman)

7.4 Penggunaan Air Tawajjuh

7.5 Penggunaan foto guru mursyid

7.6 Masa beramal

7.7. Pusat Beramal/berzikir (1½

halaman)

7.8 Amalan Suluk (< 1 halaman)

7.9 Pantang Larang Semasa Suluk

6. Amalan Dalam Tarekat, Syarat &

Cara Masuk Tarekat.

Isi Menyamai Versi Asal (jawi).

7.4 Penggunaan air tawajjuh (yang di

minum semasa baiah, rasanya seperti

air putih biasa saja).

7.5 Penggunaan foto guru (untuk

menghadirkan wajah guru

8. Kepercayaan Dalam Tarekat Ini

(3½ halaman)

7. Kepercayaan Dalam Tarekat Ini.

Isi Menyamai Versi Asal (jawi).

Laporan antara lain menyatakan:

8.7 tarekat ini yang teragung & paling

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1618

Kesalahan pernomboran 8.16 ditulis

menjadi 8.61

benar, tiada lain sepertinya.

8.8. Jaminan syurga bagi ahli tarekat

ini.

8.9. Mursyid tarekat ini wali kutub/

paling agung.

8.10 Pengamal tarekat ini akan

sentiasa dihormati masyarakat.

8.12 Guru Nampak anak murid di

mana jua mereka berada dan

mengetahui rahisa hatinya.

8.16 ahli mesti tumpua taat setia

kepatuhan kepada mursyidnya.

9. Surat Keputusan Ayah Guru

(1 Perenggan 2 ½ baris)

8. Surat Keputusan Ayah Guru

Isi Menyamai Versi Asal (jawi).

Ia adalah ketatapan susunan tempat

duduk anak murid tarekat ini dalam

majlis rasmi/ majlis tawajjuh. (Bukan

untuk semua tujuan).

10. Akibat/Kesan2 Tarekat ini.

(1 Perenggan/ 3 baris )

10.1 Pemberian/ Hadiah dan

Kesannya dari Sudut Ekonomi.

10.2 Kesan dari Sudut Sosial

10.3 Kesan dari (Sudut)

Keselamatan.

9. Akibat/Kesan2 Tarekat ini.

Isi Menyamai Versi Asal (jawi).

Laporan menyimpulkan tarekat ini

memberi kesan sangat ekstrim

kepada pengikut dengan pemberian

kepada Prof Kadirun, aspek

kerosakan sosial menyertai kumpulan

tarekat ini dan boleh menimbulkan

ancaman keselamatan kepada negara.

11. Fatwa Yang Telah Dikeluarkan. 10. Fatwa Yang Telah Dikeluarkan.

Isi Menyamai Versi Asal (jawi).

Siaraya Fatwa Majlis Agama Islam

Negeri Kelantan. ( 1/78) (10) (سوليت (

Bertarikh 4 Ogos 1980, bahawa

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1619

amalan tersebut bertentangan dengan

Quran & Hadis.

12. Ulasan & Pandangan

12.1 Arti/ Harta Tarekat

12.2.1 Perbezaan Silsilah Tarekat

12.2.2 Tarekat Sebenar

12.2.3 Menokok Tambah Amalan

Adalah Bidaah

12.3 Mengenai Amalan

12.5 Mengenai Kepercayaan

12.6 Perkara 2 Am.

11. Ulasan & Pandangan

-Isi Menyamai Versi Asal (jawi).

-Cara pernomboran diubah suai

seperti berikut :

11.1 Arti/ Harta Tarekat

11.2 Perbezaan Silsilah Tarekat

11.3 Tarekat Sebenar

11.4 Menokok Tambah Amalan

Adalah Bidaah

11.5 Mengenai Amalan

11.6 Mengenai Kepercayaan

11.7 Perkara perkara Am.

11.2 Laporan menyatakan keraguan

kepada tarekat kerana mana yang

betul antara 3 silsilah yang

dinyatakan.

13. Kesimpulan

13.1 Dari Sudut Kepercayaan

13.1 Dari Sudut Amalan

13.1 Dari Sudut Kesan dan Akibat

(Ekonomi, Keselamatan & Sosial)

13.4 Pandangan

12. Kesimpulan

Isi Menyamai Versi Asal (jawi).

14. Cadangan 13. Cadangan

Maksud Isi Menyamai Versi Asal

(jawi).

Laporan mencadangkan agar

muzakarah Mufti memberi fatwa

sama ada tarekat ini boleh diamalkan

atau tidak.

Lampiran A: Universiti Sama -

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1620

Pembangunan Pancabudi

(3 halaman)

Lampiran B : Wajib Dibaca

(2 ½ halaman)

Sama -

Lampiran C: Surat Keputusan

Ayahguru

(4 ½ halaman)

Sama -

Lampiran D: Siaraya MAIK

(3 halaman)

Sama -

Lampiran E: Silsilah Tarekat

Naqshabandiyah Khalidiyah

(6 ½ halaman)

Sama Dilampirkan 3 Lampiran Silsilah

berbeza.

Bagi versi salinan asal terdapat sedikit ejaan jawi yang sangat tidak menepati maksud asal

Bahasa Arab/ Bahasa Melayu seperti contoh berikut:

Bil. Salah Ejaan Halaman Ejaan Rumi Ejaan Sepatutnya.

خالدية Khalidiyyah 1 خليدية 1

الخالدي Al-Khalidi 13 الخليدي 2

اتيبچ 3 3 Chatib أحمد خطيب

عبد الوهاب Abdul Wahhab 13,14 ,12 ,8 ,7 عبد الواهب 4

فرسيدن Presiden 11 فريسدنه 5

ريكتور Rektor 11 فكتور 6

مولد Maulid 12 موليد 7

سلوك/ سولوك Suluk 28 ,12 سولوق/ سولوك 8

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1621

بنتل Bantal 28 بنتغ 9

ݞمموت 10 14 Memotong ݞمموتو

كوبه Kubah 14 قوبه 11

مأموم Makmum 15 مأمون 12

/ خيديرخيديري 13 15,16, Khidhir خضير

كشف Kasyaf 47 ,31 .29 ,17 كاشف /قاشف 14

الفاريسي al-Farisi 29 الفريسي 15

(Sayyidi/ Sidi) سيدي Saudi (Sayyidi) 18 سودي 16

سيكولير Sekular 19 سكولر 17

برتافاكور Bertafakur 21 برتفكور 18

بهاء الدين Bahauddin 21 بحودين 19

بيعة Bai’ah 22 بائعه 20

لحد Lahad 23 لهب 21

عبد الغني Abdul Ghani 26 عبد الغاني 22

ولي قطب Wali Kutub 31 ولي كتوب 23

مان Mana 37 ماس

ڽ 2سحبب 24 38 Sahabat-

sahabatnya

ڽ2بةصحا

صير بنت فاهت نمحمد 25 39 Muhammad Nasir

Batu Pahat

صير باتو فاهتنمحمد

اتيفڬني Negative 39 نيڬيتيف 26

- Abu Qasim al 42 ابو قاسيم القسجيري 27 قاسم القشيريأبو

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1622

Qusjairy

خالد Khalid 42 خالق 28

عزلة Uzlah 43 عذله 29

كينڠمو Mungkin 46 مونكين 30

سيرييوس Serius 49 سرييس 31

الهي أنت مقصود 32

ورضى قيامه لوب

Lampiran B, 2 Ilahi Anta

Maqsudi, Wa

Ridhaka Matlubi

إلهي أنت مقصودي

ورضاك مطلوبي

توبة اللهم إنا نسئلك 33

واالنابة واالستقامة على

الشريعة العراء وطريقة

البيضاء برحمتك يا ارحم

الراحمين

Lampiran B, 2 - اللهم إنا نسئلك التوبة واإلنابة

واالستقامة على الشريعة

الغراء والطريقة البيضاء

برحمتك يا أرحم الراحمين

Lampiran C, 2 Iskandar اسكندرذوالكرنعيم 34

Zulkarnain

اسكندرذوالقرنين

Lampiran C, 3 Abdul Ghani عبد الڬاني فأفهن 35

Pakpahan

ي فأفهنغنعبد ال

طيفور ابي جزيد بيستنني 36

قد وسيره

Lampiran E, (i) Abu Yazid al-

Bistami al-Taifur

Quddisa Sirrahu

أبي يزيد البسطامي الطيفور

قدس سره

4. Perbincangan & Dapatan Kajian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1623

Tanpa mengurangi sedikitpun penghargaan atas penyediaan kertas kerja ini dalam usaha

memelihara agama Allah, harus diakui ia telah menimbulkan beberapa kegusaran. Beberapa

pemerhatian dapat dicatatkan seperti berikut :

i. Pernyataan sumber kepada beberapa maklumat penting seperti kepercayaan salah mereka

tidak dinyatakan. Antaranya gambar Prof. Kadirun diletakkan di bawah bantal tempat

suluk -bagi ahli yang belum jelas ingatannya kepada wajah sang mursyid (hlm. 28, versi

jawi), maklumat denda puasa 100 hari dan bakal ditimpa bagi mereka yang

membocorkan rahsia tarekat ini (hlm. 29 & 44, versi jawi), Nur yang membolehkan Prof.

Kadirun mengetahui perkara ghaib dan mendapat kebolehan luarbiasa, manusia disuruh

menyembah Kaabah kerana Kaabah telah disalurkan Nur Allah dan Nur Muhammad, cap

tarekat Naqshabandiyah (yang berasal dari Nabi s.a.w ada pada Prof. Kadirun (hlm. 30,

versi jawi), Prof Kadirun adalah wali Qutub/ wali paling agung dan tarekat ini paling

agung dan ada jaminan syurga bagi pengamalnya (hlm. 31, versi jawi).

ii. Laporan telah menyandarkan sumber pandangannya yang “tarekat Naqshabandiyah

menurut yang diamalkan orang sekarang bukanlah ia tarekat Naqshabandiyah yang asli”

kerana telah ditambah amalan bidaah yang tidak diamalkan Nabi s.a.w, kepada buku

Fatwa Tentang Tarekat Naqshabandiyah karya Shaikh Ahmad Khatib Abdul Latif yang

memang diketahui secara dasar menolak amalan tarekat Naqshabandiyah.

iii. Laporan dilihat menolak beberapa amalan tarekat dengan kupasan yang kurang matang

seperti masalah kemestian solat sunat wudhuk/ taubat (hlm. 39, versi jawi), cara tidur,

cara duduk berzikir dan berzikir memejamkan mata/ lidah dilipat menyentuh langit-langit

(hlm. 40, versi jawi),.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1624

iv. Laporan mendasari penolakannya kepada tarekat ini berdasarkan laporan para pengadu

bahawa anak murid tarekat ini telah berubah menjadi tidak rasional, tidak

bertanggungjawab malah sanggup mati demi tarekat ini. Dengan mengandaikan perkara

teresebut benar dilakukan murid berkenaan, ia masih tidak dapat mengesahkan bahawa

mereka berubah sedemikian hasil didikan konstruktif tarekat ini. Kemungkinan bahawa

kejadian tersebut adalah kes terpencil mestilah dihapuskan sebelum tarekat ini

dipersalahkan. Yang jelas tiada bukti sejauhmana kekerapan atau nisbah peratus kes

seumpamanya di kalangan pendokong tarekat ini dikemukakan laporan.

v. Kesimpulan bahawa tarekat ini bermasaalah kelihatan dibuat secara tergesa-gesa

dimulakan dengan premis bahawa ia ada ramai pengikut berpengaruh, mempunyai 40

ribu ahli, mempengaruhi 7 menteri dan bertapak di 12 negeri di Malaysia. Maka apabila

dikatakan mereka ini tidak bertanggungjawab dan hanya mendengar ketuanya sahaja

sehingga sanggup bergadai nyawa akhirnya mereka dinilai sebagai sangat berbahaya dan

mesti ditangani. Memandangkan perkara ini melibatkan keselamatan negara, peranan

atau paling tidak pandangan pihak Polis, Perisikan Tentera dan Majlis Keselamatan

Negara secara khusus tentunya sangat wajar dirujuk oleh laporan. Tanpa kajian khusus

mengenai entiti yang dipersoalkan, pandangan seorang dua ahli muzakarah yang berlatar

belakangkan keselamatan dalam perkara sebegini tentunya tidak memadai.

vi. Laporan diandaikan telah tersilap kerana menilai pengikut tarekat ini terlalu taat

manakala gurunya pula terlalu kuat pengaruhnya sehingga soal tempat duduk bersama

guru pun ditentukan tanpa sebarang bantahan murid (hlm. 32, versi jawi). Soal tempat

duduk yang dinyatakan bukalah tempat duduk dalam aktiviti social biasa, sebaliknya bagi

ritual rasmi seperti majlis tawajjuh dan seumpamanya.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1625

vii. Kenyataan laporan yang menimbulkan keraguan terhadap tarekat ini kerana gagal

menentukan silsilah mana yang betul dari tiga sanad yang dinyatakan adalah dinilai

kurang tepat. Sanad tarekat sebagaimana sanad hadis dapat disahkan mereka yang

berkeahlian, di mana ada kemungkinan ada yang lebih sahih dari yang lain, atau mungkin

ada yang tidak sahih malah palsu atau boleh jadi ketiga-tiganya benar pada haknya yang

tersendiri. Keadaan ada ramai orang mempunyai sanad berbeza dalam tarekat yang sama

bukan suatu yang luarbiasa atau tidak dapat diterima akal waras.

viii. Laporan didapati tidak memberi sebarang komentar terhadap cerita luarbiasa dan

karamah tentang Prof Kadirun antaranya tentang kasyaf, anugerah yang pernah

diterimanya dan lain-lain. Hal ini agak menimbulkan pertanyaan meskipun penceritaan

yang dibawa tentangnya sangat terperinci.

ix. Berdasarkan perkembangan yang berlaku pada tahun tahun berikutnya selepas laporan ini

dibentangkan pada 1981, hanya aspek kepercayaan Nur Allah dan Nur Muhammad

daripada tiga elemen utama kesalahan tarekat yang diutarakan laporan ini), dan aspek

amalan (penggunaan foto guru bagi menghadirkan wajah guru (rabitah) sahaja

dikekalkan menjadi kesalahan tarekat ini dalam ‘pusingan’ seterusnya dalam dokumen

kesalahan tarekat ini di pihak berkuasa negeri-negeri. Ini dikaitkan dengan beberapa

hujah baru lain - spt kesalahan mentafsir ayat Quran, atau roh (orang yang telah mati)

berterbangan [bahasa Indonesia: bergentanyangan] adalah sebenarnya sangat berkaitan

dengan isu Nur Allah & Nur Muhammad dan amalan rabitah. Kehujahan isu keselamatan

negara dan isu sosial (soal pengabaian tanggungjawab dan keharmonian keluarga) yang

dibentangkan dalam laporan ternyata tidak dapat bertahan dengan ujian masa apabila ia

tidak lagi dipermasalahkan lagi kemudian.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1626

5. Penutup

Agak mengejutkan kerana kertas kerja ini mengandungi beberapa kejanggalan dalam beberapa

dapatan dan pandangannya, sementelahan kesan yang dicetuskan olehnya sangat besar. Justeru,

adalah wajar wacana mengenainya dibuka semula bagi melihat semula sekiranya terdapat

perkara yang telah terlepas dari pandangan pada masa-masa lalu.

6. Rujukan

1981. “Tarekat Nakshabandiyah Khalidiah Yang Dibawa Oleh Kadirun Yahya” (dalam skrip

jawi). Minit Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia Kali ke -3. 15-16 November.

1985. “Tariqat Naqshabandiyah Khalidiyah Kadirun Yahya”. Minit Muzakarah Jawatankuasa

Fatwa kali ke 12. 21-22 Januari.

1985. “Tariqat Naqshabandiyah Khalidiyah Yang Dipimpin Oleh Kadirun Yahya”. Minit

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 13. 1-2 Julai.

1985. “Tariqat Naqshabandiyah Khalidiyah Kadirun Yahya (Ulasan/Hujah)”. Minit Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa kali ke 14. 22-23 Oktober.

1986. “Tariqat Naqshabandiyah Khalidiyah Kadirun Yahya”. Minit Muzakarah Jawatankuasa

Fatwa kali ke 16. 18-19 Februari.

1986. “Tariqat Naqshabandiyah Khalidiyah Kadirun Yahya”. Minit Muzakarah Jawatankuasa

Fatwa kali ke 17. 06 Oktober.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1627

Abdullah Fahim Abd Rahman. 1990. Satu Analisa Perbandingan Antara Doktrin-doktrin Dalam

Ajaran Taslim, Ajaran Ahmad Laksamana dan Tarekat Naksyabandiyah Kadirun Yahya

(Master Thesis Fakulti Pengajian Islam). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Arkib Negara Kuala Lumpur (1998/ 0025513). Kertas Lapuran Tarekat Naqshabandiah al-

Khalidiyah–Kadirun Yahya. Pusat Penyelidikan, Bahagian Ugama, Jabatan perdana

Menteri. 22 hb. Julai 1981.

Hamidun Bin Mohamad Husin (a). 2015. The Fraternity Of Naqshabandiyah Khalidiyah Of The

Prof. Dr. H. Kadirun Yahya Foundation In Malaysia. A Critical Evaluation Of Its Sufi

Teachings And Practices. (Ph.D Thesis). USIM.

Hamidun Mohamad Husin (b). Analisis Kandungan Kertas Kerja ‘Tarekat Naqshabandiyyah dan

Permasalahannya’ Dalam Proses Penghakiman Terhadap Tarekat Naqshabandiyah Yang

Dibawa Prof. Kadirun Yahya. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015

(IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015.

Said Haji Ibrahim, Haji (Sahibussamahah Mufti Negeri Sabah).“Tarekat Naqshabandiyyah Dan

Permasalahannya” (in Jawi script). (Paper). Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan bagi hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-14. Bilik Mesyuarat Tun

Abdul Raziq Bangunan Sultan Ibrahim Johor Bahru. 22-23 Oktober 1985.