aplikasi strategi pemasaran dalam perancangan...

14
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 569 APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN USAHA DAKWAH TERHADAP GOLONGAN NON MUSLIM MARIAM BINTI ABD. MAJID [email protected] NORLIA BINTI ABD. KARIM Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ABSTRAK Kertas kerja ini membincangkan berkaitan perancangan usaha dakwah terhadap golongan non muslim. Pelbagai cabaran dan persaingan dalam usaha dakwah khususnya terhadap golongan non muslim yang dihadapi dalam dunia dakwah pada hari ini memerlukan perancangan-perancangan strategik agar seruan dakwah yang disampaikan berupaya mempengaruhi penerimaannya oleh sasaran dakwah. Adalah dilihat strategi yang diaplikasi dalam usaha pemasaran sesuatu produk dan perkhidmatan relevan untuk diadaptasi dalam merancang usaha dakwah yang hendak dilaksanakan terhadap golongan non muslim Kajian ini adalah berbentuk analisis kandungan. Strategi pemasaran produk dan perkhidmatan dibentuk berasaskan permintaan pelanggan adalah sinonim dengan perancangan usaha dakwah yang turut harus dibentuk berasaskan keperluan dan keadaan sasaran dakwah. Aplikasi strategi pemasaran dalam merancang usaha dakwah harus mengambilkira aspek penyelesaian, informasi, nilai dan kebolehcapaian yang bakal diperolehi oleh sasaran dakwah khususnya terhadap golongan non muslim supaya hasil usaha dakwah yang disampaikan berupaya mempengaruhi penerimaannya. Kata Kunci : Aplikasi, Strategi Pemasaran, Perancangan Dakwah, Non Muslim 1.0 Pengenalan Strategi dan perancangan merupakan aspek-aspek yang sangat penting dan perlu dititiberatkan dalam apa juga bentuk operasi yang mempunyai matlamat (Zainal Abidin,1992). Kepentingan aspek strategi dan perancangan turut melibatkan operasi atau aktiviti dakwah kerana niat yang baik tidak boleh menjamin ke arah tercapainya matlamat sesuatu usaha dakwah yang dilaksanakan (Rozhan,1990). Kepentingan strategi dan perancangan usaha dakwah ini menjadi lebih perlu diberi perhatian terutama dalam usaha dakwah terhadap golongan non muslim. Ini adalah kerana usaha dakwah terhadap golongan non muslim berhadapan dengan pelbagai cabaran dan persaingan antaranya pegangan agama yang sedang dianuti, pelbagai gerakan lain yang turut bersaing membawa kepercayaan baru selain agama Islam. Pengabaian terhadap aspek perancangan dan strategi dalam usaha dakwah terhadap golongan non muslim mungkin boleh menyebabkan usaha dakwah yang dilaksanakan tidak mendapat sambutan malahan dalam 1045

Upload: duongquynh

Post on 06-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1045-irsyad-2016.pdf · Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

569

APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN

USAHA DAKWAH TERHADAP GOLONGAN NON MUSLIM

MARIAM BINTI ABD. MAJID

[email protected]

NORLIA BINTI ABD. KARIM

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Kertas kerja ini membincangkan berkaitan perancangan usaha dakwah terhadap golongan non muslim.

Pelbagai cabaran dan persaingan dalam usaha dakwah khususnya terhadap golongan non muslim yang

dihadapi dalam dunia dakwah pada hari ini memerlukan perancangan-perancangan strategik agar seruan

dakwah yang disampaikan berupaya mempengaruhi penerimaannya oleh sasaran dakwah. Adalah dilihat

strategi yang diaplikasi dalam usaha pemasaran sesuatu produk dan perkhidmatan relevan untuk diadaptasi

dalam merancang usaha dakwah yang hendak dilaksanakan terhadap golongan non muslim Kajian ini adalah

berbentuk analisis kandungan. Strategi pemasaran produk dan perkhidmatan dibentuk berasaskan permintaan

pelanggan adalah sinonim dengan perancangan usaha dakwah yang turut harus dibentuk berasaskan keperluan

dan keadaan sasaran dakwah. Aplikasi strategi pemasaran dalam merancang usaha dakwah harus

mengambilkira aspek penyelesaian, informasi, nilai dan kebolehcapaian yang bakal diperolehi oleh sasaran

dakwah khususnya terhadap golongan non muslim supaya hasil usaha dakwah yang disampaikan berupaya

mempengaruhi penerimaannya.

Kata Kunci : Aplikasi, Strategi Pemasaran, Perancangan Dakwah, Non Muslim

1.0 Pengenalan

Strategi dan perancangan merupakan aspek-aspek yang sangat penting dan perlu

dititiberatkan dalam apa juga bentuk operasi yang mempunyai matlamat (Zainal

Abidin,1992). Kepentingan aspek strategi dan perancangan turut melibatkan operasi atau

aktiviti dakwah kerana niat yang baik tidak boleh menjamin ke arah tercapainya matlamat

sesuatu usaha dakwah yang dilaksanakan (Rozhan,1990).

Kepentingan strategi dan perancangan usaha dakwah ini menjadi lebih perlu diberi

perhatian terutama dalam usaha dakwah terhadap golongan non muslim. Ini adalah kerana

usaha dakwah terhadap golongan non muslim berhadapan dengan pelbagai cabaran dan

persaingan antaranya pegangan agama yang sedang dianuti, pelbagai gerakan lain yang turut

bersaing membawa kepercayaan baru selain agama Islam. Pengabaian terhadap aspek

perancangan dan strategi dalam usaha dakwah terhadap golongan non muslim mungkin boleh

menyebabkan usaha dakwah yang dilaksanakan tidak mendapat sambutan malahan dalam

1045

Page 2: APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1045-irsyad-2016.pdf · Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

570

beberapa keadaan, ia mungkin boleh menjauhkan golongan non muslim daripada seruan

Islam yang disampaikan.

Terdapat penulisan-penulisan lepas berkaitan cabaran dalam dakwah terhadap

golongan non muslim antaranya penulisan bertajuk Dakwah Kepada Orang Asli di Malaysia :

Permasalahan dan Halangan (Syed Abdurrahman, 2009), Dakwah Kepada Non Muslim di

Malaysia: Konsep, Pendekatan dan Cabaran (Abd Ghafar Don Hailan, 2010) dan Perspektif

Orang Cina Terhadap Agama Islam di Malaysia : Satu Tinjauan Awal (Mohd Azhar et al,

2013). Terdapat juga beberapa tulisan berkaitan adaptasi strategi pemasaran dalam usaha

dakwah Islam antaranya bertajuk Penerapan Konsep Pemasaran Dalam Dakwah

(Mokmin,1996) Dakwah Islamiah Di Malaysia: Satu Tinjauan Kaedah Dan Adaptasi

Pemasaran (Mariam, 2000), Perluasan Konsep Pemasaran (Mariam, 2003) dan Adaptasi

Kaedah Pemasaran Dalam Perancangan dan Pengurusan Dakwah (2015).

Kertas ini bertujuan mengemukakan antara cabaran yang dihadapi dalam usaha

dakwah terhadap golongan non muslim dan strategi pemasaran untuk diaplikasi dalam

perancangan dakwah terhadap golongan non muslim. Kertas ini merupakan suatu sumbangan

keilmuan yang dapat dimanfaatkan oleh organisasi dakwah, individu pendakwah sektor

kerajaan mahupun bukan kerajaan terutama dalam usaha dakwah terhadap golongan non

muslim.

2.0 Cabaran Dalam Dakwah Terhadap Non Muslim

Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dalam usaha dakwah terhadap golongan non

muslim antaranya:

2.1 Islam Tidak Difahami Dengan Tepat

Islam yang tidak difahami dengan tepat merupakan antara salah satu faktor seruan dakwah

Islam tidak diterima oleh golongan non muslim. Kemunculan aliran pemikiran yang salah,

pelbagai pemikiran moden yang mengelirukan seperti kemunculan fahaman liberalism,

pluralism, sekularism, ajaran sesat, Wahabi, Syiah dan ISIS turut menyumbang kepada

permasalahan salah tanggap terhadap Islam. Kajian mendapati penyebaran ideologi

feminisme yang diutarakan oleh Sisters in Islam memberi kesan jangka panjang terhadap

Page 3: APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1045-irsyad-2016.pdf · Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

571

aspek akidah umat Islam yang jika berleluasa akan memberikan kesan jangka panjang

terhadap survival umat Islam (Fatin & Mariam, 2015). Keadaan ini berlaku disebabkan oleh

pelbagai faktor antaranya ketiadaan maklumat atau menerima maklumat yang salah berkaitan

agama Islam.

2.2 Ugutan, hilang sumber kewangan, dibuang keluarga dan majikan

Ugutan, hilang sumber kewangan dan dibuang keluarga dan majikan merupakan antara isu

yang menakutkan golongan bukan Islam untuk menerima dakwah Islam. Memilih Islam

menyebabkan diri disingkirkan atau dihalau keluar oleh keluarga sangat memberi ancaman

terhadap penerimaan dakwah. Ugutan keluarga, ugutan majikan yang terdiri daripada orang

bukan Islam turut mengancam golongan non muslim daripada menerima dakwah Islam.

(Syarul Azman Shaharuddin, 2014). Ini adalah antara cabaran hebat dalam usaha dakwah

khususnya bagi golongan non muslim.

2.3 Kehilangan identiti

Perasaan kebimbangan melupakan keturunan Cina - masuk Islam, masuk Melayu memberi

kesan yang mendalam jika diri seseorang yang bukan-Melayu memeluk Islam. Masyarakat

bukan Islam menganggap golongan muallaf ini telah mengkhianati asal-usul, keturunan,

budaya, warisan dan agama nenek moyang mereka. Ibu bapa mereka merasa marah akibat

dari perbuatan mereka ‘masuk Melayu’ adalah sama seperti meninggalkan kehidupan silam

mereka (Che Ku Shalihah Bt Che Ku Abdul Satar, 2004). Kajian oleh Razaleigh Bin

Muhamat @ Kawangit, et. al. (2011), bertajuk Interaction and Integration of Chinese Muslim

Converts in Malaysia: A Historical Background mendapati masyarakat Cina Muslim

mempunyai hubungan yang sangat kuat terhadap etnik mereka. Kaum Cina menghadapi

dilema perubahan diri apabila memeluk Islam dari segi tingkah laku, pengamalan gaya hidup,

kehidupan sosial dan sebagainya.

2.4 Kurang tenaga dai yang dapat menguasai kehidupan pelbagai kaum

Beberapa masalah yang dihadapi oleh pertubuhan-pertubuhan berkaitan dakwah terhadap

golongan non muslim adalah kekurangan tenaga dai yang dapat menguasai kehidupan

Page 4: APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1045-irsyad-2016.pdf · Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

572

pelbagai kaum seperti keupayaan memahami bahasa serta cara hidup, budaya orang Cina,

India dan Orang Asli. Kajian Anuar Puteh menjelaskan bahawa beberapa masalah yang

dihadapi oleh pertubuhan-pertubuhan berkaitan seperti masalah tenaga pendakwah,

komunikasi, kewangan, sikap prejudis dan sebagainya dapat dikurangkan dengan

mengadakan program-program yang dibangunkan secara sistematik (Anuar Puteh, 1999).

Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan penerimaan dakwah dalam

kalangan non muslim.

2.5 Permasalahan imej umat Islam

Khoo Kay Kim, seorang Profesor Sejarah Malaysia pernah menyatakan bahawa salah satu

faktor utama yang menyulitkan orang Cina di negara ini membuat "apresiasi" terhadap Islam

adalah berpunca dari kemiskinan hidup sebahagian besar dari orang Melayu terutama di

kawasan luar bandar (Muhammad Nur Manuty,1993). Mohd Ridhuan Tee menjelaskan

bahawa pengaruh Melayu tidak banyak mempositifkan imej agama yang dianuti oleh orang

Melayu, tetapi mengelirukan lagi apabila agama Islam disamakan dengan bangsa Melayu

(Mohd Ridhuan Tee, 2006). Kenyataan yang menggambarkan stereotaip masyarakat Cina

terhadap orang Islam dinyatakan juga seperti berikut (Asrul, 2002):

"...majoriti Cina yang melihat Islam sebagai agama mundur kerana di Malaysia,

semua Melayu adalah Muslim. Tapi Melayu dipandang sebagai orang mundur, bangsa

santai dan menetap, dan tentu saja tidak banyak di antara mereka telah menunjukkan

potensi mereka untuk menjadi yang terbaik.."

Apabila persepsi seperti imej ini bertapak dalam sanubari masyarakat, perkara baik tentang

agama Islam yang ingin disampaikan berkemungkinan kurang memberi kesan dan

penerimaan golongan non muslim terhadap Islam tidak kesampaian.

2.6 Perancangan Musuh Islam

Cabaran yang sering dihadapi dalam usaha dakwah kepada Islam adalah propaganda dan

perancangan yang dirangka oleh musuh-musuh Islam. Pelbagai ancaman bertujuan menyekat

Page 5: APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1045-irsyad-2016.pdf · Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

573

perkembangan Islam. Cabaran ini berlaku sejak seruan Islam disampaikan oleh Rasulullah

saw (Al-Bayanuni, 1995).

Berasaskan beberapa cabaran yang dihadapi dalam usaha dakwah terhadap golongan

non muslim, maka jelas dilihat kepentingan suatu perancangan yang strategik dalam usaha

dakwah khususnya terhadap golongan non muslim. Strategi pemasaran dilihat relevan untuk

diadaptasi dalam perancangan dakwah terhadap golongan non muslim yang berhadapan

dengan pelbagai cabaran serta saingan yang sangat kompetatif agar usaha dakwah yang dapat

diterima.

3.0 Kepentingan Strategi Dalam Perancangan Dakwah Terhadap Non Muslim

Pelbagai cabaran yang dihadapi oloh golongan mualaf memerlukan suatu strategi

perancangan yang rapi terhadap usaha-usaha dakwah yang dilaksanakan (Al-Bayanuni,

1995). Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela

agamaNya dalam barisan yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang

tersusun kukuh"

(Surah Al-Saf, ayat 4)

Salah satu bukti kepentingan perancangan dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w.

menekankan agar percakapan yang hendak dituturkan hendaklah dirancang mengikut kadar

penerimaan akal pendengar:

"Bercakaplah dengan manusia mengikut kadar akal mereka…"

(Riwayat al-Bukhari)

Kepentingan perancangan dalam penyampaian sesuatu mesej turut diakui oleh Rahmah

Hashim yang menyatakan bahawa cara menyampaikan ilmu adalah berbeza di antara orang

tua dengan kanak-kanak, orang bandar dengan orang luar bandar, yang berpendidikan tinggi

dengan yang berpendidikan rendah, orang Islam dan orang bukan Islam (Rahmah Hashim,

1993).

Page 6: APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1045-irsyad-2016.pdf · Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

574

Demikianlah perancangan usaha dakwah terhadap seruan Islam yang hendak

disampaikan perlu dirancang dengan strategik agar berupaya menarik golongan bukan Islam

untuk menganuti agama Islam.

4.0 Konsep Pemasaran Dalam Perancangan Dakwah

Falsafah pemasaran telah berubah secara beransur-ansur melalui beberapa peringkat.

Perubahan tersebut dikatakan sebagai evolusi era pemasaran. Proses perniagaan produk

bermula dengan konsep pengeluaran, kemudian beralih kepada konsep jualan seterusnya

kepada konsep pemasaran (Philip Kotler & Gary Armstrong, 1994). Sewaktu era

pengeluaran, permintaan terhadap produk melebihi penawaran yang ditawarkan oleh pihak

pengeluar. Oleh itu, pemasar tidak perlu bersusah payah untuk memasarkan produk mereka

hanya sekadar memperbanyakkan pengeluaran serta menunggu pembeli yang akan datang

(Nik Rahimah Nik Yacob &et. al , 1992).

Era pengeluaran mulai luput dan beralih ke era jualan apabila permintaan terhadap

sesuatu produk menyamai penawaran yang telah ditawarkan. Justeru itu, pemasar terpaksa

berusaha melakukan proses menjual produk yang dikeluarkan oleh mereka. Era jualan

seterusnya beralih ke era pemasaran apabila penawaran yang ditawarkan melebihi permintaan

terhadap sesuatu produk1. Fenomena ini telah menyebabkan pihak pemasar bertindak dengan

lebih kreatif lagi untuk memasarkan produk yang dikeluarkan (Nik Rahimah Nik Yacob & et.

al, 1992).

Rajah 1 – Perbezaan Konsep Jualan Dan Konsep Pemasaran

1Menurut Kotler, produk tidak terhad kepada objek fizikal sahaja tetapi ia mencakupi setiap produk dan

perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengeluar bagi memenuhi - keperluan dan kehendak pengguna.

kilang Produk

sedia ada

Jualan dan

promosi

Keuntungan

menerusi kuantiti

jualan

Keuntungan

menerusi kepuasan

pelanggan

Pemasaran

campuran

Keperluan

pelanggan pasaran

Jualan

pemasaran

Page 7: APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1045-irsyad-2016.pdf · Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

575

Sumber: Nik Rahimah Nik Yacob &et. al (1992)

Konsep pemasaran dirangka awalnya telah dirangka bagi organisasi-organisasi perniagaan

(William G. Nickels, 1978). Pada sekitar 1970-an, konsep pemasaran ini telah diperluaskan

penggunaannya terhadap organisasi-organisasi bukan perniagaan (Philip Kotler & Sidney J.

Levy, 1969). Ia didapati sesuai dan telah mendatangkan banyak faedah setelah diaplikasikan

dalam organisasi bukan perniagaan ini (Philip Kotler & Alan R. Andreas, 1996). Konsep dan

strategi pemasaran ini dirangka bertujuan untuk memastikan agar produk yang dihasilkan itu

dapat diterima oleh pelanggan seterusnya pihak pengeluar akan mendapat pulangan yang

diharapkan tanpa mengabaikan kepentingan pelanggan (Philip Kotler & Gary Armstrong

1994).

Konsep pengeluaran dan konsep jualan mempunyai ciri yang hampir serupa iaitu

berorientasikan pengeluar tetapi ciri konsep pemasaran berbeza kerana ia berorientasikan

kehendak dan kepuasan pelanggan.

Demikian hal keadaan bahawa dakwah perlu dirangka adalah berorientasikan sasaran

dakwah (Ali Mahfuz, 1936). Kesesuaian adaptasi konsep pemasaran dalam penyebaran

dakwah Islam dilihat dari aspek objektifnya2.Terdapat sedikit perbezaan antara matlamat

pemasaran dan matlamat penyebaran dakwah Islam. Konsep pemasaran bermatlamatkan

pulangan yang lebih bersifat monetary tanpa mengabaikan kepentingan pelanggan manakala

matlamat dakwah lebih bersifat non-monetary iaitu kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Oleh sebab itu, usaha dakwah terhadap golongan non muslim penting dirancang

dengan kreatif dan berorientasi keperluan pelbagai golongan non muslim.

5. Evolusi Campuran Pemasaran

Pada tahun 1960, E.Jerome Mc Carthy mengemukakan satu model pemasaran yang dikenali

sebagai model 4P. Model ini menggambarkan tiga bulatan yang berbentuk sepusat.Bulatan

yang pertama diandaikan sebagai pelanggan kerana pelanggan adalah sasaran segala usaha

2Terdapat perbezaan di antara objektif dan matlamat Objektif ialah sesuatu yang hendak dicapai di dalam suatu

jangka masa pendek manakala matlamat ialah sesuatu yang hendak dicapai di dalam suatu jangka panjang.

Objektif konsep pemasaran ialah untuk menjamin produk diterima oleh pelanggan demikian juga objektif

dakwah yang bertujuan agar seruan Islam akan diterima oleh sasaran dakwah.

Page 8: APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1045-irsyad-2016.pdf · Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

576

pemasaran.Bulatan kedua menggambarkan faktor-faktor yang dapat dikawal atau dikenali

sebagai campuran pemasaran iaitu 4P merangkumi produk (product), harga (price), tempat

(place) dan promosi (promotion).Bulatan ketiga pula ialah semua faktor yang tidak dapat

dikawal seperti faktor politik, ekonomi, budaya, undang-undang, teknologi dan sebagainya

(E, Jerome Mc. Carthy 1985). Pembentukan campuran pemasaran 4P yang melibatkan

produk, usaha promosi, nilai atau harga serta tempat agihan digunakan di rancang dalam

sebuah program pemasaran.

Rajah 2- Model Pemasaran 4Ps

Sumber: Nik Rahimah Nik Yacob &et. All (1992)

Pada 2005, Robert Lauterborn telah menyarankan pengubahsuaian fokus pemasaran daripada

organisasi produk terhadap pelanggan dengan mencadangkan strategi pemasaran 4 Cs iaitu

customer value (nilai pada pelanggan), customer cost (kos pada pelanggan), customer

convenience (kemudahan) dan communication (komunikasi) (Ross et.al, 2005).

Seterusnya Chekitan Dev dan Don Schultz telah memperkenalkan campuran

pemasaran SIVA iaitu solution (penyelesaian),iInformation (maklumat), value (nilai) dan

accessibility (kebolehcapaian). Strategi SIVA yang diperkenalkan ini adalah bagi melengkapi

strategi campuran 4Ps yang telah diperkenalkan. Oleh yang demikian satu matrik campuran

pemasaran telah dibentuk dengan menggabungkan campuran 4Ps dan SIVA. Berikut adalah

rajah menggambarkan Campuran Pemasaran 4Ps, 4Cs dan SIVA yang berorientasikan

pelanggan (Dev. S & Schultz, D, 2005);

Rajah 3 – Evolusi Campuran Pemasaran

4P

P

Undang-undang

Sosial

Teknologi

Ekonomi

Budaya

Politik

Page 9: APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1045-irsyad-2016.pdf · Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

577

4 Ps 4Cs SIVA

Produk Keperluan Pelanggan Penyelesaian

Promosi Komunikasi Maklumat

Harga Kos Pelanggan Nilai

Tempat Kemudahan Pelanggan Kebolehcapaian

Sumber : Ross et.al, 2005

6. Strategi Pemasaran Dalam Perancangan Dakwah Terhadap Non Muslim

Strategi campuran pemasaran yang diaplikasi dalam pemasaran produk didapati relevan

diaplikasi sebagai suatu strategi dalam perancangan dakwah terhadap non muslim. Ini kerana,

dakwah yang disampaikan terhadap golongan non muslim tidak sama dengan dakwah yang

disampaikan kepada golongan muslim kerana kepelbagaian latar belakang seperti agama,

kaum, cabaran dan seumpamanya. Usaha dakwah terhadap non muslim perlu dirancang

menepati keperluan khusus terhadap mereka. Aplikasi strategi campuran pemasaran dalam

perancangan dakwah terhadap golongan non muslim hendaklah menitikberatkan beberapa

aspek berikut iaitu:

6.1 Topik Yang Disampaikan (Product)

Produk ditakrifkan sebagai sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, milikan

atau kegunaan yang dapat memuaskan sesuatu keinginan dan kehendak.la bukan sahaja

meliputi barangan fizikal tetapi merangkumi perkhidmatan, individu, tempat, organisasi dan

idea. Perkara yang penting untuk diberi penekanan di dalam sesuatu produk adalah manfaat

yang ditawarkan oleh sesuatu produk (Philip Kotler & Sidney J. Levy 1969). Pembeli hanya

akan memilih sesuatu produk yang akan dapat memenuhi keperluan mereka.

Produk dalam dakwah merupakan ajaran Islam itu sendiri. Sesuatu topik yang hendak

disampaikan mestilah bertepatan dengan keperluan yang dikehendaki oleh golongan non

muslim agar dapat memberikan manfaat atau jawapan kepada persoalan mereka. Rasulullah

saw memfokuskan persoalan tauhid terhadap golongan yang baru menerima Islam dalam

kalangan masyarakat di Mekah yang berhadapan dengan penyembahan berhala.

6.2 Tempat Penyampaian Dakwah (Place)

Para pengedar dipisahkan daripada pelanggan oleh faktor tempat dan masa. Rangkaian agihan

pengedaran perlu diwujudkan bagi mengatasi masalah ini agar aliran barangan tidak terputus

pada satu-satu masa (Nik Rahimah Nik Yacob &et. al (1992).Saluran pengagihan yang cekap

penting bagi menyediakan sesuatu produk yang betul pada masa yang betul atau tepat

(Malcolm Mc. Donald, 1995).

Page 10: APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1045-irsyad-2016.pdf · Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

578

Dakwah juga memerlukan satu sistem pengagihan yang cekap dan sempurna agar

seruan dakwah dapat disampaikan pada waktu yang tepat dan di tempat yang sesuai (Ab.

Aziz Mohd Zin, 1997). Dakwah terhadap golongan non muslim perlu disampaikan pada

waktu dan tempat yang tepat agar seruan dakwah dapat didengari oleh golongan non muslim.

Agihan dalam usaha dakwah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan mengirimkan beberapa

orang utusan sebagai mubaligh untuk menyampaikan dakwah Islamiah. Khalid al-Walid telah

diutus ke Najran untuk mengajar hukum-hukum Islam manakala Saidina Ali, Mu'az b. Jabal

serta Musa al-'Ash'ari telah dihantar ke Yaman (Al-Buti, 1988). Pendakwah perlu pandai

mencari peluang dan kesempatan dalam usaha menyampaikan dakwah Islamiah.Rasulullah

s.a.w. sentiasa mencari tempat yang baru serta bumi yang subur untuk menyemai benih-benih

keimanan dari Mekah ke luar kawasan Mekah (Haron Din, 1988).

Dalam dunia teknologi kini, dakwah tidak boleh memisahkan atau memencilkan

dirinya daripada dunia teknologi maklumat. dakwah perlu diagihkan melalui saluran-saluran

teknologi yang canggih sejajar dengan perkembangan semasa tanpa mengabaikan juga

saluran-saluran dakwah tradisional yang masih ada kesannya (Ab. Aziz Mohd Zin, 1997).

Demikian juga hal keadaannya dalam dakwah yang perlu dipromosi dengan berstrategi agar

mesej dakwah dapat disampaikan secara komprehensif khususnya kepada golongan non

muslim.

6.3 Nilai Seruan Dakwah (Price)

Harga menunjukkan nilai sesuatu produk atau perkhidmatan kepada kedua pihak penjual dan

pambeli. Produk hendaklah dilihat mempunyai nilai yang tinggi bagi mempengaruhi

pelanggan untuk membeli sesuatu produk.

Keuntungan wang bukanlah menjadi nilai utama dalam usaha dakwah tetapi yang

lebih penting ialah pencapaian al-falah iaitu kesampurnaan dunia dan akhirat (Abd.Mukmim

Abd. Ghani, 1997). Nilai atau harga bagi suatu proses dakwah adalah ganjaran daripada Allah

SWT. Dakwah yang disampaikan terhadap golongan non muslim harus berupaya

mempengaruhi mereka untuk merasai ketinggian nilai akidah Islam untuk dianuti berbanding

pegangan selain Islam.

6.4 Kelebihan Dakwah Islam (Promotion)

Page 11: APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1045-irsyad-2016.pdf · Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

579

Promosi diertikan sebagai komunikasi yang digunakan oleh pihak pemasar untuk

memberitahu, menggalak dan meyakinkan pembeli-pembeli yang berpotensi agar mencuba

dan membeli produk yang dipasarkan (Nik Rahimah et.al, 1992). Terdapat empat unsur

dalam suatu campuran komunikasi promosi iaitu pengiklanan, promosi jualan, penjualan

peribadi dan publisiti (Philip Kotler & Gary Armstrong,1994). Pemilihan medium promosi

terbahagi kepada dua bahagian iaitu media cetak, elektronik dan seumpamanya. Promosi

menerusi iklan membentuk suatu imej jangka panjang bagi sesuatu produk dan penyiarannya

dapat dilakukan secara meluas dengan kos yang rendah. Iklan bertujuan memberitahu

mengenai sesuatu produk baru, memujuk, membandingkan dan mengingatkan. Promosi

jualan merupakan suatu aktiviti pemasaran yang mendorong tindakan pembelian oleh

pelanggan dan pengedar atau peniaga yang meliputi aktiviti-aktiviti yang luas seperti jualan

murah, potongan harga, sampel, cabutan tiket bertuah, pemberian kupon (Nik Rahimah et.

al,1992).

Kaedah ini sesuai diadaptasi dalam dakwah terhadap non muslim bertujuan menarik

minat serta membekalkan maklumat kepada pelanggan untuk memberikan rangsangan atau

motivasi agar mereka tertarik kepada mesej yang disampaikan pelanggan membeli barangan

tersebut. Mesej dakwah kepada orang yang telah memeluk Islam tidak sama dengan mesej

dakwah orang yang belum memeluk Islam. Begitu juga mesej dakwah kepada orang Buddha

tidak sama dengan mesej dakwah kepada orang-orang Kristian (Ab Aziz Mohd Zin, 1993).

Kepentingan aspek motivasi atau rangsangan ini dapat dilihat dalam peristiwa peperangan

melalui perintah Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam firmanNya:

"Wahai nabi perangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang.

Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat

menewaskan dua ratus orang (dan pihak musuh yang kafir itu) ; dan jika ada di antara

kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan

kafir di sebabkan mereka (orang-orang kafir) orang-orang yang tidak mengerti"

(Surah al-Anfal, ayat 65)

Campuran pemasaran sangat relevan diaplikasi dalam merancang usaha terhadap golongan

non muslim yang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan pilihan kepelbagaian agama di

sekeliling mereka. Berikut adalah rajah matrik campuran pemasaran dakwah yang diadaptasi

dari matrik campuran pemasaran produk (Dev, S Schultz, D,2005a 2005b);

Rajah 4- Matrik Strategi Campuran Pemasaran Dakwah

Page 12: APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1045-irsyad-2016.pdf · Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

580

Strategi Produk Promosi Harga Tempat

Memenuhi

Keperluan

/Penyelesaian

Maklum Islam

memenuhi

keperluan/menjawab

persoalan

Promosi Islam

memenuhi

keperluan

Nilai yang

diperolehi

Sedia tempat

penyelesaian

diperolehi

Komunikasi/

Informasi

Maklum gambaran

tentang Islam

Promosi

maklumat Islam

kepada sasaran

Maklum

manfaat/nilai

Islam

Sedia bukti

manfaat Islam

Kos Sasaran/

Nilai

Maklum ketinggian

nilai Islam

Promosi Islam

bernilai

Maklum Islam

bernilai tinggi

Sedia keselesaan

atau esklusif

meninggikan nilai

produk

Kemudahan/

Kebolehcapaian

Pelanggan dapat

penyelesaian dengan

Islam

Maklum siapa,

bagaimana dan

dimana utk

dapat ketahui

Islam

Maklum kos

yang ditanggung

untuk dapatkan

Islam

Sedia kemudahan

mendekati Islam

dimana sahaja

yang dikehendaki

Demikianlah dakwah yang disampaikan hendaklah dirancang agar dapat menarik hati dan

mempengaruhi golongan non muslim menerima Islam. Strategi campuran pemasaran dakwah

yang mengambil kira aspek topik atau mesej dakwah yang hendak disampaikan itu dapat

memenuhi keperluan atau memberi jawapan atau penyelesaian terhadap persoalan yang

dihadapi oleh golongan non muslim, menyampaikan maklumat berkaitan Islam yang perlu

diketahui kepada mereka, menjelaskan kelebihan dan nilai Islam jika dianuti serta

menyediakan keselesaan serta kemudahan mendapatkan penerangan berkaitan Islam bagi

golongan non muslim.

7. Kesimpulan

Realiti praktikal dakwah tidak sebagaimana teori yang diketahui kerana usaha dakwah yang

disampaikan mungkin diterima dan ditolak oleh sasaran dakwah disebabkan pelbagai cabaran

yang berlaku. Oleh itu, strategi sangat penting dalam merancang penyampaian seruan dakwah

terhadap golongan non muslim khususnya. Faktor aspek seruan atau topik yang disampaikan,

kaedah informasi yang disampaikan, nilai dan kebaikan yang akan diperolehi serta

kebolehcapaian seruan yang disampaikan perlu diambil kira dalam mencapai matlamat usaha

dakwah yang dilaksanakan.

Rujukan

Page 13: APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1045-irsyad-2016.pdf · Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

581

Ab. Aziz Mohd Zin, 1997. "Dakwah Bukan Sekadar Ceramah", Al-lslam, Oktober.

Ab. Aziz Mohd. Zin,"Dakwah al-Quran Kepada Orang Bukan Islam: Kajian Khusus

Terhadap Dakwah Di Kalangan Masyarakat Cina Di Kuala Lumpur", Tesis Ph. D.

Akademi Islam. Kuala Lumpur.

Abd. Aziz Mohd. Zin, "Minhaj Dakwah Masakini: Suatu Pengenalan", Jurnal

Abd. Ghani Shamsudin, 1997. "Dakwah dan Pembangunan Insan",Seminar Pemantapan

Akhlak Dan Moral Masyarakat Malaysia, anjuran Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya di Universiti Malaya pada 15-16 November.

Abd.Mukmim Abd. Ghani, 1996. "Penerapan Konsep Pemasaran Dalam Dakwah", Jurnal

Usuluddin, Kuala Lumpur, Univ. Malaya, Disember.

Al-Buti, Muhammad Sa id Ramadan,1988. Fiqh Sirah, Mohd. Darus Senawi, terj., Kuala

Lumpur : Dewan Pustaka Fajar.

Ali Mahfuz, 1936. Hidayah al-Mursyidin, Qahirah: al-Maktabah al-Mahmudiyyah al-

Tijariyyah.

Anuar bin Puteh. 1999. Kefahaman Islam Saudara Baru Cina Kuala Lumpur. Bangi: Fakulti

Pengajian Islam,UKM.

Asrul Zamani. 2002. The Malays Ideals. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Che Ku Shalihah bt. Che Ku Abdul Satar. 2004. Hubungan Kekeluargaan Saudara Kita.

Tesis B.A. Pengajian Islam. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Dev, S & Schultz, D.2005. “Simply Siva”, Marketing Management, 14 (2) 36-42.

Dev, S & Schultz. 2005. “A Customer- Focused Approach Can Bring The Current Marketing

Mix Into The 21st Century”, Marketing Management, 14 (1) 16-22.

E, Jerome Mc. Carthy, 1985. Dasar-dasar Pemasaran, Jakarta: Penerbitan Erlangga.

Fatin Nabila & Mariam. 2015. “Kesan Penyebaran Ideologi Feminisme Sisters In Islam

Terhadap Akidah Ummah” Kertas Kerja dibentangkan di International Conference on

Dawah, 15 Nov 2015, Hotel Plaza Garuda Medan Indonesia.

Haron Din (et. al), 1988. Manusia dan Islam, Kuala Lumpur :Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Malcolm Mc. Donald.1995. Marketing Plans How To Prepare Them: How To Use Them,

Oxford: Butterworth - Heinemann Ltd.

Mariam binti Abd. Majid. 2000. Dakwah Islamiah Di Malaysia: Satu Tinjauan Kaedah Dan

Adaptasi Pemasaran, Disertasi Sarjana, Universiti Malaya.

Mariam binti Abd. Majid. 2003. “Perluasan Konsep Pemasaran”, Jurnal KISDAR, Jilid 1. No

1.

Mariam binti Abd. Majid. 2015. “Adaptasi Kaedah Pemasaran Dalam Perancangan Dan

Pengurusan Dakwah” E Jurnal. Jilid II. Isu Mac.

Mohd Azhar Abd. Hamid, Rosman Md. Yusuff , Muhammed Fauzi Othman dan Mohd

Koharuddin Balwi. 2013. “Perspektif Orang Cina Terhadap Agama Islam di

Malaysia: Satu Tinjauan Awal” Jurnal Teknologi (Social Sciences) 60 (2013)

11– 19.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2010. Nasib Melayu di Bumi Melayu. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Muhammad Nur Manuty,1992. "Memperteguhkan Khittah Perjuangan Menghadapi Era

Perubahan",Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ABIM Ke-21.di Universiti Islam

Antarabangsa, Petaling Jaya pada 14-15 November.

Muhammad Nur Manuty. 1993. "Permasalahan Imej Islam Di Dunia Moden", Kefahaman

Orang-Orang Bukan Islam Tentang Islam dan Pembangunan Imej Islam (Sirl

Bengkel Kefahaman Islam), Kuala Lumpur, IKIM

Muhammad. Abu al-Fatah Al-Bayanuni, 1995. Al-Madkhal lla ‘Ilm Da'wah. Beyrut:

Muassasah al-Risalah.

Page 14: APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1045-irsyad-2016.pdf · Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

582

Nik Rahimah Nik Yacob, Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar, 1992. Asas Pemasaran,

Philip Kotler & Alan R. Andreas en, 1996. Strategic Marketing For NonProfit

Organizations, New Jersey: Prentice Hall Inc.

Philip Kotler & Gary Armstrong, 1994. Principles Of Marketing, New Jersey: Prentice-Hall,

Inc,

Philip Kotler& Sidney J. Levy, "Broedening The Concept Of Marketing", Marketing In

Nonprofit Organizations.

Rahmah Hashim, 1993. "Ilmu Komunikasi Metode dan Teknik Dalam Dakwah Islamiah",

Kertas kerja dibentangkan di Seminar Dakwah dan Kepimpinan Peringkat

Kebangsaan anjuran Jab. Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian

Islam, UKM dengan kerjasama Institut Dakwah dan Latihan Islam.JPM, di U.K.M.

pada 2-3 Oktober.

Razaleigh Bin Muhamat @ Kawangit et.al. 2011. Social and Religious Integration of Chinese

Muslim Converts with Malays in Malaysia: An Empirical Study. Bangi: UKM Press.

Ross, Goran, Stephen Pike & Lina Ferstrom. 2005. Managing Intellectual Capital In

Practice, London: Elsevier.

Rozhan Othman,1990. Pengurusan Dakwah. Shah Alam: Ummah Media Sdn. Bhd.

Syarul Azman B. Shaharuddin. 2014. Integrasi Mualaf Cina Terhadap Kebudayaan

Masyarakat Melayu di Negeri Selangor. Tesis Doktor Falsafah Institut Islam Hadhari

(HADHARI). Bangi: UKM

Syed Abdurahman Bin Syed Hussin. 2009. “Dakwah Kepada Orang Asli Di Malaysia:

Permasalahan Dan Halangan. Jurnal Usuluddin Bil. 30 Julai Disember. Kuala

Lumpur : Univ Malaya.

Usuluddin, Bil. 3, Kuala Lumpur, Universiti Malaya, Disember 1995

William G. Nickels, 1978. Marketing Principles A Broadening Concept Of Marketing, New

Jersey: Prentice Hall-Inc.

Zainal Abidin Mohd. Said, 1992. Pengurusan Pemasaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.