sabcah ahruf dan implikasi pentafsirannya...
TRANSCRIPT
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1684
SABCAH AHRUF DAN IMPLIKASI PENTAFSIRANNYA TERHADAP ASPEK
AKIDAH: KAJIAN DALAM KHILAF AL-ITHBAT DAN AL-HADHF
Ahmad Shahir bin Masdan (Corresponding Author),
Mahmud Lutfi bin Abd Hadi,
Muhammad Syafee salihin bin Hasan
Hayati bt Husin.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
ABSTRAK
Penurunan al-Quran dengan Sabcah Ahruf ataupun tujuh huruf telah dikategorikan mengikut definisi kefahaman
para Ulama yang telah disepakati sehingga ke hari ini. Tidak dinafikan ianya memberikan sumbangan penting
dalam bidang pentafsiran al-Quran yang boleh memberikan implikasi kepada akidah, fiqh, bahasa dan lain-lain.
Fokus kajian ini adalah tertumpu kepada satu kategori sahaja iaitu Ithbat dan Hadhf. Beberapa ayat al-Quran akan
dikenal pasti dan dikaji implikasi pentafsirannya dari aspek akidah. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu
dengan menganalisis hasil-hasil pengumpulan data dari kitab-kitab, buku-buku dan hasil tulisan ilmiah yang
berkaitan. Setelah itu dihimpunkan bagi melihat perbezaan pentafsiran dan implikasi yang boleh diberikan. Hasil
dapatan penulis mendapati perbezaan makna dalam khilaf tersebut tidak mengubah fakta sebenar dalam
pentafsiran al-Quran bahkan saling memperkuatkan pemahaman terhadap ayat tersebut lebih-lebih lagi dapat
memperkasakan akidah umat Islam. Justeru, diharapkan artikel ini dapat menonjolkan lagi sumbangan pentafsiran
al-Quran melalui kategori-kategori dalam Sabcah Ahruf terutamanya kategori Ithbat dan Hadhf dan menyuburkan
lagi budaya keilmuan dalam masyarakat.
Kata kunci: Sabcah Ahruf, implikasi pentafsiran, akidah, Ithbat, Hadhf.
1. PENDAHULUAN
Penurunan al-Qur’an sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk Sabcah
Ahruf ( Tujuh Huruf ) mempunyai daya penarik yang kuat kepada manusia untuk mengkaji,
meneliti kandungan makna-maknanya dan seterusnya mengamalkannya di dalam kehidupan.
Pendapat Fakhr al-Din al-Razi yang telah direkodkan oleh al-Suyuti di dalam kitabnya al-Itqan fi
cUlum al-Qur’an
1, Sab
cah Ahruf bermaksud kepelbagaian kategori yang di dalamnya terdiri
daripada bentuk-bentuk khilaf di dalam Qira’at2.
1. Al-Suyuti, Jalal al-Din
cAbd al-Rahman al-Suyuti, al-Itqan fi
cUlum al-Qur’an, 1987, Dar Ibn
Kathir, Bayrut, hlm. 145.
1065
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1685
Ilmu Qira’at bukan sahaja memfokuskan kepada sesuatu bacaan atau sebutan sahaja,
bahkan peranannya melangkaui bidang-bidang lain antaranya ilmu tafsir, bahasa, feqah dan
sebagainya. Ulama terdahulu antaranya al-Suyuti (911H) telah meletakkan ilmu Qira’at sebagai
2. Pendapat Fakhr al-Din al-Razi berkenaan dengan maksud Sab
cah Ahruf :
a) Perselisihan pada isim (nama), sama ada ia mufrad atau jamac. Contohnya firman Allah s.w.t. :
) ), bacaan adalah dengan mufrad () , sementara bacaan lain ialah dengan jamac () .
b) Perselisihan pada wajah Icrab. Contohnya firman Allah s.w.t. : (, bacaan dengan
nasab () dan rafac () , sementara bacaan yang lain ialah dengan rafa
c () pada dan nasab pada
() .
c) Perselisihan pada wajab tasrif. Contohnya firman Allah s.w.t. :
() , dibaca dengan nasab Ba’ dan tanpa Alif selepasnya () , kasrah serta bertasydid serta Dal
sukun () , khilaf kedua ialah dengan bacaan rafac Ba’ dan kekal Alif selepasnya () serta fathah
cAin dan Dal () , sementara khilaf ketiga ialah dengan nasab Ba’ dan kekal Alif selepasnya () ,
kasrah cAin serta sukun Dal () .
d) Perselisihan sama ada mendahulukan atau mengkemudiankan. Contohnya firman Allah s.w.t. : (
, bacaannya adalah dengan mendahulukan mafcul dan mengkemudiankan fa
cil, sementara bacaan
yang lain ialah bacaan sebaliknya (.
e) Perselisihan pada ibdal (penukaran huruf). Contohnya firman Allah s.w.t. : () , dibaca dengan
huruf Zai, sementara bacaan lain ialah dengan huruf Ra’ () .
f) Perselisihan sama ada ithbat (menambah) atau hadhaf (membuang) huruf. Contohnya firman Allah
s.w.t. : () , dibaca dengan menambah perkataan () selepas kalimah () menjadikan
) (.
g) Perselisihan pada lahjah. Contohnya pada kalimah () , dibaca dengan sebutan tebal pada huruf Lam
dan bacaan lain dengan sebutan nipis. Begitu juga kalimah, dibaca dengan imalah,taqlil dan fathah () .
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1686
salah satu ilmu yang wajib dikuasai oleh seseorang ahli tafsir untuk menafsirkan ayat al-Qur’an.
Ini adalah disebabkan wajah-wajah Qira’at akan mewujudkan pelbagai ragam pada makna ayat
tersebut seterusnya memberikan hukum-hakam yang berbeza. Tokoh-tokoh mufassirin terdahulu
seperti al-Tabari(310H) di dalam kitabnya Jamic al-Bayan
can Tafsir ay al-Qur’an dan Abu al-
Hayyan al-Andalusiy(745H) di dalam al-Bahr al-Muhit telah memberikan mengaplikasikan
wajah-wajah Qira’at dalam memberi variasi pentafsiran kepada sesuatu ayat.
Kajian ini akan menumpukan kepada satu jenis khilaf sahaja di dalam Sabcah Ahruf iaitu
Ithbat dan Hadhf. Beberapa ayat yang terdapat khilaf tersebut akan dikaji dari segi khilaf Qira’at
antara bacaan riwayat3 Hafs
can
cAsim
4 dengan bacaan riwayat yang lain berpandukan Tariq
ataupun kaedah yang disusun oleh Ibn al-Jazari5 ataupun Qira’at sepuluh. Seterusnya, dapatan
setiap khilaf akan dikaji implikasinya dari aspek akidah dengan berdasarkan pendapat para
mufassirin yang muktabar.
2 Definisi al-Ithbat dan al-Hadhf
2.1 Al-Ithbat dari sudut bahasa:
Perkataan Al-Ithbat ( ) dari segi bahasa bermaksud menetapkan ataupun mengekalkan6
yang berasal daripada perkataan ( ) yang memberikan maksud tetap7.
3. Kaedah tertentu yang disepakati yang disandarkan kepada seorang perawi sahaja dan tidak
dipengaruhi oleh manhaj Qira’at yang lain. Contohnya bacaan pada perkataan ( ) di dalam Surah al-
Ikhlas, ayat 4, Hafs can
cAsim sahaja yang membaca perkataan tersebut dengan huruf waw. Manakala
Qira’at yang lain dibaca dengan huruf hamzah ( ) . Lihat al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid, 2010, Jamciyyah
al-Muhafiz cala al-Qur’an al-Karim, Jordan, hlm 255.
4 Beliau ialah Hafs Bin Sulayman Bin al-Mughirah Bin Abi Dawud al-Asadi al-Kufi, Lahir pada
tahun 90 H. Beliau adalah perawi kepada Imam cAsim. Wafat pada tahun 180 H. Sya
caban Muhammad
Ismail, Al-Qira’at ahkamuha wa Masdaruha, 1999, cet kedua, Dar al-Salam, Kaherah, hlm 61.
5 Beliau ialah Muhammad ibn Muhammad ibn
cAli ibn Yusuf al-Jazariy. Lahir pada 25 Ramadhan
751 H di Damsyik. Wafat pada tahun 833 H. Hasil daripada banyak berguru dengan guru-guru yang
mursyid, beliau telah mempelepori Qira’at cAsharah ataupun Qira’at sepuluh. Antara karangan beliau yang
masyhur ialah Matn Tayyibah al-Nashr fi al-Qira’at al-cAshr. Lihat Nabil Muhammad, Al-Imam Ibn al-
Jazari wa Juhuduh fi cIlm al-Qira’at, 2002M, Dar Ibn Hazm, Bayrut, Hlm. 275-277.
6 cAbd al-
cAli al-Mas’ul, Mu
cjam Mustalahat
cIlm al-Qira’at al-Qur’aniyyah, 2007, Dar al-Salam, Kaherah,
hlm.34.
7 Mahmud Yunus, Kamus Arab –Melayu, 2006, Klang Book centre, hlm. 50.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1687
2.1.1 Dari sudut istilah:
Ianya diberikan contoh di dalam ilmu Qira’at seperti kaedah ya’at al-Zawaid8 iaitu ithbat
ataupun dibacakan huruf ya’ pada akhir sesuatu kalimah tetapi tidak ditulis di dalam mashaf
Uthmani. Khilaf ini melibatkan sama ada ya’ tersebut dibuang ataupun dikekalkan9.
2.2 Al-Hadhf dari sudut bahasa:
Perkatan al-Hadhf ( ) adalah bermaksud membuangkan ataupun mengugurkan10
.
2.2.1 Dari sudut istilah:
Di dalam ilmu Qira’at, perkataan al-Hadhf dikategorikan kepada tiga makna:
i. Salah satu contoh cara sebutan Tashil11
iaitu sebutan antara al-Badal ataupun al-
hadhf12
.
ii. Salah satu daripada cara waqaf di akhir perkataan seperti:
a. Hadhf tanwin berbaris marfuc ataupun majrur:
13مكنون في كتب , كريم لقرءان إنهۥ
b. Hadhf silah ha‘ damir:
14ابصير ۦهكان ب ۥبلى إن ربه
8 Ya’at al-Zawaid ialah huruf ya’ tambahan yang dibaca tetapi tidak di tulis di dalam kaedah Rasm
Uthmani. Lihat Sayyid Lashin cAbd al-Farh, Taqrib al-Ma
cani fi Sharh Hirz al-Amaniy fi al-Qira’at al-Sab
c, 1413H,
Dar al-Zaman, Madinah al-Munawwarah, hlm. 172.
9 cAbd al-
cAli al-Mas’ul, Mu
cjam Mustalahat
cIlm al-Qira’at al-Qur’aniyyah, hlm. 34.
10
Mahmud Yunus, Kamus Arab –Melayu, 2006, Klang Book centre, hlm. 69.
11
Tashil ialah perubahan sebutan perkataan disebabkan ada huruf hamzah. Cara sebutan perubahan tersebut
sama ada tashil hamzah bayna-bayna atau hadhf ataupun badal. Kesemua cara tersebut adalah untuk meringankan
sebutan hamzah. Lihat cAbd al-
cAli al-Mas’ul, Mu
cjam Mustalahat
cIlm al-Qira’at al-Qur’aniyyah, 2007, Dar al-
Salam, Kaherah, hlm.135.
12
Abu al-Rida al-Humawi, al-Qawacid wa al-Isharat fi Usul al-Qira’at, 1986, Dar al-Qalam, Dimahsq,
hlm. 46.
13
Al-Quran, al-Waqicah 56:77-78.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1688
c. Hadhf silah mim al-jamc:
…15أنفسكم كمءامنوا علي ٱلذين يأيها
d. Hadhf ya‘ al-Zawaid:
16أكرمنفيقول ربي ۥونعمه ۥفأكرمه ۥربه ٱبتلىهإذا ما ٱلإنسن فأما
iii. Melibatkan pengguguran huruf tertentu di dalam penulisan al-Quran iaitu huruf alif,
waw, ya’, lam dan nun.
Setelah meniliti definisi kedua-dua tajuk di atas, maka fokus perbincangan di dalam
kertas kerja ini adalah berkisarkan kepada sejenis khilaf Qira’at yang melibatkan sama ada
mengekalkan (ithbat) ataupun membuang (hadhf) satu huruf di dalam satu kalimah iaitu huruf
alif.
3. Implikasi Pentafsiran Khilaf Ithbat dan Hadhf Terhadap Aspek Akidah
Terdapat banyak khilaf Qira’at yang mendatangkan implikasi terhadap perkara-perkara yang
berkaitan dengan hukum akidah iaitu yang berkaitan dengan KeEsaan Allah s.w.t, kenabian,
perkara-perkara ghaib, hari pembalasan dan pelbagai lagi.
3.1 Firman Allah s.w.t:
17
Maksudnya:
Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat
kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah baginda
pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang
zalim (terhadap diri sendiri).
14
Al-Quran, al-Inshiqaq 84:15.
15
Al-Quran, al-Maidah 5:105.
16
Al-Quran, al-Fajr 89:15.
17
Al-Quran, al-Baqarah, 2:51.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1689
Berdasarkan ayat di atas, perkataan ( ) mempunyai dua bentuk bacaan. Bacaan tersebut
ialah:
i. Bacaan pertama dengan ( ), wau baris atas tanpa alif (mad). Bacaan ini
diriwayatkan oleh Imam Abu cAmr, Ya
cqub dan Abu Ja
cfar.
ii. Bacaan kedua dengan ( ا) dengan alif. Ia dibaca oleh imam-imam yang lain18.
Melalui contah di atas, Kedua-dua bacaan ini sah kerana ianya menepati rukun-rukun yang telah
ditetapkan, namun terdapat perbahasan yang perlu dijelaskan. Hujah bagi imam-imam yang
membaca dengan ( ا) kerana mereka mengatakan bahawa janji yang dimaksudkan di dalam
ayat ini ialah janji Allah s.w.t dengan Nabi Musa a.s yang mengandungi maksud kebersamaan19
.
Allah s.w.t. telah berjanji kepada Nabi Musa a.s. selepas baginda keluar dari negeri Mesir supaya
baginda datang ke bukit Tursina setelah bersedia selama 40 malam untuk menemui Allah s.w.t.
bagi mendengar perintah-perintah yang akan diwahyukan kepadanya. Ia merupakan perintah-
perintah yang bersangkutan dengan urusan akidah dan syariat20
.
Adapun bacaan ( ) membawa maksud hanya Allah s.w.t memberi janji kepada Nabi
Musa. Ini berdasarkan kepada iktikad Ahli Sunnah wa al-Jamaah bahawa perbuatan Allah s.w.t
Ianya bermaksud hanya .( أفعال العباد) hendaklah berbeza daripada perbuatan hambanya (أفعال اهلل)
Allah s.w.t. yang boleh mengadakan janji dan menunaikannya secara mutlak. Adapun hamba,
18
Jamal al-Din Muhammad Syaraf, hlm.8.
19
Wazan facala di dalam bahasa arab bermaksud kebersamaan (musharakah).
20
Sayyid Qutb, Tafsir fi Zilal Al-Quran, Dar al-Shuruq, Mesir, Cet: 1, 1418H/1972M, jil. 1, hlm. 71.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1690
sekalipun Nabi, setiap perbuatannya adalah tercipta daripada kemahuan (إرادة) serta kekuasaan
Allah s.w.t sahaja (قدرة)21
.
Hasil daripada perbezaan dua khilaf Qiraat ini menunjukkan sedikit perbezaan dari sudut
iktikad dalam konteks perbuatan hamba dan Tuhannya. Walaupun majoriti imam membaca
dengan ( ا) yang memberi ruang kepada hamba (Nabi Musa) untuk juga dianggap sebagai
pelaku di atas janji di samping penciptaNya, namun mereka tetap beriman bahawa setiap
perilaku manusia adalah ciptaan Allah s.w.t. Keharusan bacaan ( ) adalah dalam konteks
penggunaan bahasa sahaja, tanpa melibatkan maksud hakikat perbuatan ini22
.
3.2 Firman Allah s.w.t:
23
Maksudnya:
“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah s.w.t. itu
ialah orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat serta mendirikan
sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah s.w.t.,
(dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari
golongan yang mendapat petunjuk”.
Di dalam ayat ini, perkataan ( ) mempunyai dua bentuk bacaan. Bentuk-bentuk bacaan
tersebut ialah:
21
Abu Zarcah
cAbd al-Rahman, hlm.96.
22
Muhammad al-Habsy, hlm.141.
23
Al-Quran, al-Tawbah, 9: 18.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1691
1) Bacaan yang pertama ialah ( ). Bacaan ini dibaca oleh jumhur qurra’ dengan lafaz
jamc taksir.
2) Adapun bacaan yang kedua ialah ( ) bacaan ini dibaca oleh imam Ibn Kathir, Abu
cAmr dan Ya
cqub dengan lafaz mufrad
24.
Perbezaan Hukum
Berdasarkan daripada perbezaan khilaf Qiraat tadi, terdapat perbezaan hukum di antara
keduanya, bacaan yang pertama iaitu (مساجد) yang membawa maksud semua masjid-masjid yang
terdapat di dunia ini. Adapun Ibn Kathir dan Abu cAmr membaca dengan (مسجد) yang membawa
maksud al-Masjid al-Haram25
.
Perbincangan
Al-Sabuniy telah membincangkan di dalam kitabnya apakah yang dimaksudkan dengan masjid
di dalam ayat ini. Terdapat dua pendapat ulama yang dibawa di dalam tafsir beliau berkaitan
maksud masjid. Pendapat-pendapat ini ialah:
Pertama: Sebahagian ulama berpendapat yang dimaksudkan masjid di dalam ayat ini ialah masjid
al-Haram. Ini bermakna seseorang itu dianggap benar-benar beriman sekiranya dia
memakmurkan26
Masjid al-Haram. Masjid al-Haram merupakan masjid yang paling mulia yang
ada di muka bumi ini. Ia juga masjid pertama yang didirikan untuk perlaksanaan ibadat kepada
Allah s.w.t. Masjid ini telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Pendapat ini dikuatkan lagi dengan
sebab nuzul pada ayat ini yang diriwayatkan oleh cIkrimah
27.
24
Ibn al-Jazariy, Sharh Tayyibat al-Nashr fi al-Qiraat Al-cAshr, hlm. 244-245.
25
Al-Sabuniy, Rawaic al-Bayan fi Tafsir Ayat al-Ahkam, jil. 1, hlm.410.
26
Perkataan asalnya adalah cimarah. Para pentafsir berselisih pendapat mengenainya maksudnya. Di
antaranya menghidupkan, pembinaan, iktikaf dan sebagainya.
27Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, jil.2, hlm. 353.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1692
Apabila diteliti, riwayat cIkrimah ini tidak dapat ditemui di dalam kitab-kitab hadith yang
sahih. Riwayat berkaitan Masjid al-Haram yang dinyatakan oleh beliau hanya disebutkan oleh al-
Bukhariy seperti berikut:
عن عكرمة، قال لي ابن عباس والبنه علي: "انطلقا إلى أبي سعيد فاسمعا من حديثه". فانطلقا فإذا هو في حائط يصلحه، فأخذ
: كنا نحمل لبنة وعمار لبنتين لبنتين فرآه النبي صلى اهلل عليه رداءه فاحتبى، ثم أنشأ يحدثنا حتى أتى ذكر بناء المسجد. فقال
وسلم فينفض التراب منه ويقول: ويح عمار تقتله الفئة الباغية يدعوهم إلى الجنة ويدعونه إلى النار. قال، يقول عمار: أعوذ باهلل
من الفتن28.
Maksudnya:
“Berkata cIkrimah, bahawa Ibn Abbas r.a. telah berkata padaku dan pada anaknya yang
bernama cAli: "Pergilah kamu berdua mendapatkan Abu Sa
cid dan dengarlah hadith
daripadanya". Mereka berdua pun pergi. Didapati Abu Sacid sedang memperbaiki
tembok, lalu dia pun (setelah melihat kami) mencapai kain serbannya dan duduk. Abu
Sacid mula bercerita kepada kami sehingga sampai kepada kisah pembinaan masjid. Dia
berkata: “Kami dulu mengangkat sekeping batu, tetapi cAmmar pula mengangkat dua
keping sekaligus. Apabila dilihat oleh Nabi s.a.w. beliau pun mengibas-ngibas habuk
dari badannya serta bersabda: Kasihan cAmmar ini, dia akan dibunuh oleh pihak yang
zalim. Dia mengajak ke syurga dan mereka mengajaknya ke neraka. Mendengar
ungkapan Nabi itu, cAmmar lalu berkata: Aku berlindung dengan Allah s.w.t. daripada
terkena fitnah”.
Kedua: Sebahagian ulama pula berpendapat yang dimaksudkan masjid di dalam ayat ini ialah
semua masjid adalah dikira, termasuklah al-Masjid al-Haram. Dengan ini sesiapa yang
memakmurkan mana-mana masjid merupakan orang yang benar-benar kuat imannya.
Kesimpulan
Di dalam hal ini, seseorang itu dianggap benar-benar beriman sekiranya dia memakmurkan
mana-mana masjid yang terdapat di dunia ini. Jika dilihat maksud imarah itu sendiri di antaranya
ialah menghidupkan. Perumpaannya ialah menghidupkan bumi dengan pelbagai jenis tanaman
dan tumbuh-tumbuhan. Begitu juga, menghidupkan mana-mana masjid di muka bumi ini dengan
menunaikan solat dan berzikir di dalamnya.
28
Al-Bukhariy, Sahih, al-Salah (k), al-Tacawun fi Bina’ al-Masjid, No.Hadith: 428.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1693
Di samping itu, membangunkan masjid merupakan amalan yang mendapat ganjaran
pahala yang besar. Ini kerana masjid merupakan tempat beribadat bagi umat Islam. Oleh yang
demkian, sesesiapa yang membangunkan mana-mana masjid di muka bumi ini, maka Allah s.w.t
akan bangunkan baginya suatu bangunan seumpamanya di syurga. Perkara ini jelas berdasarkan
hadith Rasulullah s.a.w:
أن عاصم بن عمر بن قتادة حدثه أنه سمع عبيد اهلل الخوالني أنه سمع عثمان بن عفان يقول عند قول الناس فيه حين بنى مسجد
رتم وإني سمعت النبي صلى اهلل عليه وسلم يقول: من بنى مسجدا، )قال بكير: حسبت أنه الرسول صلى اهلل عليه وسلم: إنكم أكث
قال: يبتغي به وجه اهلل(، بنى اهلل له مثله في الجنة.29
Maksudnya:
“Bahawasanya cAsim bin
cUmar bin Qatadah memberitakan bahawa dia pernah
mendengar cUbaidullah al-Khaulaniy yang mendengar pula daripada
cUthman bin
cAffan berkata dari hal ramai orang yang sibuk mengatakan tentang dirinya ketika dia
ikut membangunkan masjid Rasulullah s.a.w: Kamu sekalian banyak sangat bercakap itu
dan ini, dan sesunggguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata:
Barangsiapa yang membangunkan masjid, (kata Bukair, aku dengar rasanya Baginda
menyebut dengan tujuan keredhaan Allah s.w.t), nescaya Allah s.w.t. akan bangunkan
baginya seumpanya suatu bangunan di dalam syurga”.
Walaubagaimanapun, perintah tersebut termasuklah juga al-Masjid al-Haram iaitu
mengimarahkannya dengan menunaikan ibadah haji dan umrah30
. Tuntutan ini berdasarkan
firman Allah s.w.t:
31
Maksudnya:
“Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada syiar (lambang)
ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan
umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di
29
Muslim, Sahih, al-Zuhd wa al-Raqaiq (k), Fadl Bina’ al-Masjid, No.Hadith: 5297.
30
Wizarat al-Awqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah , al-Mawsucah al-Fiqhiyyah, jil. 1, hlm. 440.
31
Al-Quran, al-Baqarah, 2: 158.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1694
antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka
sesungguhnya Allah s.w.t. memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui”.
4. Rumusan
Perselisihan qiraat yang berlaku dalam bacaan al-Quran adalah merupakan rukhsah yang Allah
S.W.T berikan kepada seluruh umat Islam dan penurunan al-Quran dengan tujuh huruf telah
memberikan sumber ilham yang sangat besar dalam mengkaji rahsia di sebaliknya. Hasil
penilitian dan kajian di dalam artikel ini, didapati bahawa khilaf-khilaf yang berlaku tidaklah
memberikan perbezaan yang terlalu ketara kerana kebanyakan pandangan yang dikemukakan
saling berkaitan dan saling lengkap melengkapi. Ini juga menunjukkan bahawa khilaf ithbat dan
hadhf memainkan peranan yang sangat penting di dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an
sekaligus memberikan implikasi dari sudut akidah.
Implikasi yang terhasil dari sudut akidah dapat dilihat dari contoh yang pertama iaitu
yang melibatkan bagaimana janji Allah s.w.t pasti akan ditunaikan tetapi janji manusia hanya
akan bergantung kepada Allah s.w.t sahaja yang dapat menunaikannya. Maka sebagai seorang
mukmin yang baik pasti akan meletakkan ucapan InsyaAllah selepas dia berjanji atas sebab
Allah s.w.t jualah yang akan membantu seseorang itu menunaikan janjinya. Manakala contoh
yang kedua dapat dilihat kesan pengimarahan masjid dapat membentuk keimanan yang kuat
kepada seorang muslim. Sekiranya kedua-dua contoh tersebut dapat diterapkan di dalam jiwa
seorang muslim, maka akan lahirlah seorang yang bertakwa, sentiasa berusaha menunaikan janji,
takut untuk tidak menunaikan janji dan sentiasa mengimarahkan masjid seiring dengan acuan
yang dikehendaki oleh Allah S.W.T dan RasulNya.
5. Rujukan
Al-Quran al-Karim
Al-Itqan fi cUlum al-Qur’an, Jalal al-Din
cAbd al-Rahman al-Suyuti, 1987, Dar Ibn
Kathir, Bayrut.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1695
Al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid, 2010, Jamciyyah al-Muhafiz
cala al-Qur’an al-Karim,
Jordan.
Al-Qira’at ahkamuha wa Masdaruha, Syacaban Muhammad Ismail, 1999, cet kedua, Dar
al-Salam, Kaherah.
Al-Imam Ibn al-Jazari wa Juhuduh fi cIlm al-Qira’at, Nabil Muhammad, 2002M, Dar Ibn
Hazm, Bayrut, Hlm. 275-277.
Mucjam Mustalahat
cIlm al-Qira’at al-Qur’aniyyah,
cAbd al-
cAli al-Mas’ul, 2007, Dar al-
Salam, Kaherah, hlm.34.
Taqrib al-Macani fi Sharh Hirz al-Amaniy fi al-Qira’at al-Sab
c, Sayyid Lashin
cAbd al-
Farh, 1413H, Dar al-Zaman, Madinah al-Munawwarah.
Kamus Arab –Melayu, Mahmud Yunus, 2006, Klang Book centre, hlm. 69.
Al-Qawacid wa al-Isharat fi Usul al-Qira’at, Abu al-Rida al-Humawi, 1986, Dar al-
Qalam, Dimahsq.
Mashaf Dar al-Sahabah fi al-Qira’at al-cAshr al-Mutawatirah min Tariq Tayyibah al-
Nashr, Jamal al-Din Muhammad Sharaf, Dar al-Sahabah li al-Turath bi Tanta, Mesir.
Tafsir fi Zilal Al-Quran, Sayyid Qutb, Dar al-Shuruq, Mesir, Cet: 1, 1418H/1972M.
Hujjah al-Qira’at, Abu Zarcah
cAbd al-Rahman al-Zanjalah, 1997, Muassasah al-Risalah,
Mesir.
Muhammad al-Habsy.
Sharh Tayyibat al-Nashr fi al-Qiraat Al-cAshr, Ahmad bin Muhammad bin Muhammad
Ibn al-Jazariy al-Dimashqi, 2000, Dar al-Kutub al-cIlmiyyah, Bayrut, Lubnan.
Rawaic al-Bayan fi Tafsir Ayat al-Ahkam, Muhammad
cAli al-Sabuniy,1980, Maktabah
al-Ghazali
Tafsir al-Qur’an al-cAzim, Abu al-Fida Ismail bin Kathir al-Dimashqi, 2000, Maktabah
Awlad al-Shaykh li al-Turath, Kaherah, Mesir.
Sahih al-Bukhari, Abi cAbd Allah Isma
cil al-Bukhariy, 1998, Bayt al-Afkar al-Dawliyah
li al-Nashr, Saudi Arabia.
Sahih Muslim, Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al-Qushairi al-Naisaburi, 2006, Dar
al-Tayyibah, Riyadh, Saudi Arabia.
al-Mawsucah al-Fiqhiyyah, Wizarat al-Awqaf wa al-Shu’un al-Islamiyyah, 1983, Kuwait.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1696