perbandingan teori penterjemahan arab-melayu dalam...

21
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 1110 PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL-QURAN MUHAMMAD FIRDAUS BIN HJ ABDUL MANAF MOHD HAZWAN BIN HAMRI [email protected] [email protected] Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab Jabatan Tahfiz & al-Quran Akademi Islam, KUIS ABSTRAK Makalah ini memberikan tumpuan kepada teori-teori penterjemahan Arab-Melayu yang terdapat di dalam al-Quran. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah 'comparative' atau perbandingan antara beberapa teori terjemahan yang terdapat dalam penterjemahan langsung dengan penterjemahan tidak langsung. Dapatan kajian membolehkan para pengkaji mengetahui latar belakang setiap teori ini secara umum dan mampu membuat perbandingan antara satu sama lain dalam memilih kaedah terjemahan dan analisis kritikan yang sesuai dengannya. Kata Kunci: Perbandingan, Teori, Penterjemahan, Bahasa Arab, Bahasa Melayu PENDAHULUAN Teori terjemahan sebenarnya satu disiplin linguistik yang menjelaskan kerangka pendekatan atau aliran pemikiran yang digunakan dalam sesuatu kaedah penterjemahan yang hendak dilakukan (Newmark 1981: 21). Maheram Ahmad (2008: 128-129) menyebut bahawa teori penterjemahan ini membekalkan semacam kerangka dasar, petunjuk dan peraturan untuk menterjemahkan teks dan menilai terjemahan. Ia juga dianggap sebagai satu gambaran latar untuk menyelesaikan sesuatu masalah terjemahan. Oleh demikian, banyak teori baharu dalam bidang penterjemahan yang ditemui mengikut peredaran zaman. Masing-masing mempunyai pendekatan tersendiri dalam menterjemahkan sesuatu teks bahasa sumber ke dalam bahasa 1092

Upload: vokiet

Post on 06-Feb-2018

545 views

Category:

Documents


37 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1110

PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU

DALAM AL-QURAN

MUHAMMAD FIRDAUS BIN HJ ABDUL MANAF

MOHD HAZWAN BIN HAMRI

[email protected]

[email protected]

Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab

Jabatan Tahfiz & al-Quran

Akademi Islam, KUIS

ABSTRAK

Makalah ini memberikan tumpuan kepada teori-teori penterjemahan Arab-Melayu

yang terdapat di dalam al-Quran. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah

'comparative' atau perbandingan antara beberapa teori terjemahan yang terdapat

dalam penterjemahan langsung dengan penterjemahan tidak langsung. Dapatan

kajian membolehkan para pengkaji mengetahui latar belakang setiap teori ini secara

umum dan mampu membuat perbandingan antara satu sama lain dalam memilih

kaedah terjemahan dan analisis kritikan yang sesuai dengannya.

Kata Kunci: Perbandingan, Teori, Penterjemahan, Bahasa Arab, Bahasa Melayu

PENDAHULUAN

Teori terjemahan sebenarnya satu disiplin linguistik yang menjelaskan kerangka

pendekatan atau aliran pemikiran yang digunakan dalam sesuatu kaedah

penterjemahan yang hendak dilakukan (Newmark 1981: 21). Maheram Ahmad (2008:

128-129) menyebut bahawa teori penterjemahan ini membekalkan semacam kerangka

dasar, petunjuk dan peraturan untuk menterjemahkan teks dan menilai terjemahan. Ia

juga dianggap sebagai satu gambaran latar untuk menyelesaikan sesuatu masalah

terjemahan. Oleh demikian, banyak teori baharu dalam bidang penterjemahan yang

ditemui mengikut peredaran zaman. Masing-masing mempunyai pendekatan

tersendiri dalam menterjemahkan sesuatu teks bahasa sumber ke dalam bahasa

1092

Page 2: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

2110

sasaran. Ada teori yang setia kepada teks bahasa sumber dan ada juga yang setia

kepada teks bahasa sasaran.

Muhammad Arshad Abdul Majid (2009: 71) membahagikannya teori-teori ini

secara umumnya terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu teori penterjemahan

langsung atau 'direct translation' dan teori penterjemahan tidak langsung atau

'indirect translation'. Secara ringkasnya, terjemahan langsung bermaksud pendekatan

terjemahan yang setia mungkin dengan teks sumber dari segi makna, nahu, gaya serta

kesan terhadap pembaca asal. Lazimnya, ia sesuai digunakan untuk wacana sastera,

agama, teks kudus dan perundangan. Manakala terjemahan tidak langsung pula ialah

pendekatan terjemahan yang kurang setia dengan teks sumber kerana membenarkan

penterjemah mengadaptasi, mengubah suai sebahagian bentuk wacana asal kerana

mengutamakan kefahaman yang lebih natural untuk pembaca sasaran. Pendekatan ini

biasanya diterapkan dalam penulisan seperti karya ilmiah, akhbar dan ucapan awam.

TEORI PENTERJEMAHAN LANGSUNG

Sebagaimana keterangan sebelum ini, penterjemahan cara ini berasaskan teori

penterjemahan yang setia kepada teks sumbernya. Ia selari dengan idea bahawa

penterjemahan seharusnya menyampaikan maksud yang sama dengan teks yang asal.

Penterjemah harus bebas daripada konteks pendengar sasaran dan mereka mesti

bergantung pada konteks bahasa sumber. Hal ini dilakukan dengan tujuan menjamin

kesan teks bahasa sumber supaya tidak terjejas. Kebiasaannya pendekatan ini banyak

diaplikasikan dalam penterjemahan wacana sastera, perundangan agama dan al-

Quran.

Walau bagaimanapun, teori penterjemahan cara lama ini seringkali

menyebabkan banyak kesilapan pada terjemahan yang dihasilkan kerana penterjemah

lebih banyak menumpukan kepada bentuk teks asal. Salah faham terhadap teks

sumber juga berlaku kerana pendengar sasaran terpaksa membiasakan diri dengan

konteks bahasa sumber, walaupun sebahagian budaya teks sumber tidak difahami

dalam budaya teks sasaran (Abdullah Hassan 2006: 37). Puteri Rosalina Abdul Wahid

Page 3: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

3110

dalam bukunya 'Meneroka Penterjemahan Bahasa Melayu' (2012: 46-47)

membahagikan bentuk penterjemahan langsung ini kepada beberapa kelompok utama

termasuklah semantik, formal, relevans, harfiah dan literal.

TEORI PENTERJEMAHAN TIDAK LANGSUNG

Jika penterjemahan langsung memberikan tumpuan kepada teks bahasa sumber,

penterjemahan tidak langsung pula memberikan perhatian kepada teks bahasa sasaran.

Muhammad Arshad Abdul Majid (2009: 71) menyebut bahawa teori jenis ini

membenarkan penterjemah mengadaptasi, mengubah suai, menokok tambah dan

membuang unsur-unsur seperti morfologi, sintaksis, semantik, stilistik serta bentuk

keseluruhan wacana asal. Aliran ini menekankan pembaca bahasa sasaran sebagai

khalayak utama sesuatu terjemahan dihasilkan. Menurut teori ini, penekanan terhadap

keselesaan pembaca dalam memahami sesebuah karya terjemahan amat

dititikberatkan. Penterjemahan cara ini tidak setia kepada bahasa sumber sepenuhnya

daripada aspek susunan bentuk asalnya, walaupun isi kandungannya dikekalkan.

Penterjemah adakalanya mentafsir bagi pihak pembaca serta membina semula

susunan kata baharu yang sejadi dengan budaya, bentuk dan kaedah bahasa sasaran.

Sebagai contoh perkataan putih seperti 'salji' diterjemahkan dengan perkataan putih

seperti 'salju' atau 'kapas' kerana mungkin budaya bahasa sasaran tersebut tidak

mempunyai salji. Lazimnya aliran ini sesuai diterapkan dalam wacana seperti karya

ilmiah, akhbar dan ucapan awam. Justeru kebiasaannya, pendekatan ini tidak sesuai

untuk terjemahan al-Quran kerana dikhuatiri isi, konteks dan kesan teks bahasa al-

Quran ini akan terjejas kerana terpaksa disejadikan dalam budaya konteks bahasa

sasaran kecuali pada beberapa tempat. Terdapat beberapa pembahagian teori

penterjemahan tidak langsung ini. Antaranya ialah komunikatif, dinamik, bebas dan

idiomatik (Puteri Rosalina Abdul Wahid 2012: 54).

TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL-QURAN

Page 4: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

4110

Perkembangan terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Melayu mungkin boleh dilihat

dengan kemasukan Islam seawal kurun ke-13 bermula dari Perlak di Sumatera,

Acheh, Melaka dan seterusnya di seluruh pelusuk Asia Tenggara. Penterjemahan yang

dikira hampir sejadi dalam budaya Melayu klasik muncul dalam kalangan generasi

yang kedua iaitu pada penghujung tahun 30-an dan sekitar tahun 40-an. Selepas tahun

40-an pula, bahasa terjemahan al-Quran dipermudahkan dan terjemahan makna

mengikut konteks diperkenalkan.

Sebenarnya pada tahun 1970, sudah pun bermula usaha penterjemahan al-

Quran ke dalam bahasa moden sebagaimana terjemahan bahasa Melayu yang

dilakukan oleh Faisal Hj Othman dan Abdullah Basmeih dengan tajuk 'Tafsir

Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran'. Berdasarkan perkembangan

sejarah penterjemahan al-Quran ke dalam bahasa Melayu ini, kajian mendapati

bahawa proses terjemahan yang dilakukan tersebut telah menggunakan beberapa teori

termasuklah semantik, formal, relevan, harfiah, literal dan dinamik seperti keterangan

berikut:

i. Semantik

Persamaan yang dicari oleh penterjemah konsep lama ini ialah persamaan

bentuk yakni mementingkan bahasa sumber serta cuba sedaya-upaya

mengekalkan bentuk bahasa itu serta isi kandungannya yang terdiri daripada

unit nahu, persamaan penggunaan perkataan, makna yang terkandung seperti

dalam teks asal, rima, rentak, permainan bahasa dan struktur nahu yang luar

biasa. Justeru terjemahan sebegini dianggap lebih rumit dan terperinci yang

akhirnya akan menghasilkan terjemahan berbentuk ganjil, lebih kompleks

kerana penterjemah cuba menyalurkan proses pemikiran yang terkandung

dalam teks tanpa mengabaikan maksud sebenar penulis asal (Nida 1981: 57).

Walau bagaimanapun, teori semantik ini menegaskan bahawa makna

perkataan yang mengungkapkan mesej sebenar teks asal lebih penting

daripada bentuk sesuatu teks. Newmark dalam bukunya 'The Art of

Page 5: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

5110

Translating Narrative Discourse' (1986: 27) menjelaskan bahawa ciri utama

teori semantik ini sebenarnya ialah cuba menghuraikan makna konteks yang

ada dalam teks sumber setepat mungkin dengan mengekalkan unsur

budayanya, setakat yang dibenarkan oleh isi dan bentuk bahasa sumber.

Justeru, penterjemahan ini kelihatan seolah-olah memberi penekanan kepada

mesej sebenar teks asal dan mengetengahkan budaya konteksnya. Sebagai

contoh ayat, 'Go on, little girl! No one’s going to eat you unless you come

back with the kimono still in your hands ' diterjemahkan sebagai 'Pergilah

budak kecil! Tiada siapa yang akan makan kau kecuali kau turun semula ke

mari dengan kimono itu masih di tanganmu'. Penterjemahan istilah kimono

sebagai unsur budaya pakaian tidak dilakukan dengan bentuk mentafsir,

mengubah suai isi dan makna teks asal, agar makna yang dimaksudkan oleh

pengarang asal tidak diselewengkan.

Penekanan teori ini terhadap makna yang terkandung dalam setiap

perkataan dilihat amat sesuai untuk digunapakai bagi wacana politik, teks

keagamaan dan kitab suci seperti al-Quran. Oleh itu, aliran ini paling banyak

diaplikasikan dalam bidang penterjemahan karya agung seperti teks sastera

dan teks keagamaan yang amat aktif pada kurun ke-15 hingga kurun ke -19 di

barat (Puteri Rosalina Abdul Wahid 2012: 48). Allah S.W.T berfirman:

قينادالص نم وهو تر فكذببد نم قد هصقمي كان إنو

(Surah Yusuf 12: 27)

Terjemahannya:

Jika baju gamisnya koyak di bahagian belakang, maka wanita itulah yang

dusta dan Yusuf termasuk orang yang benar (Terjemahan al-Hidayah al-Quran

al-Karim 2013: 238).

Berdasarkan ayat al-Quran sebelum ini, terjemahan dilihat

menggunakan teori semantik dengan mengekalkan perkataan ‘gamis’ bagi

perkataan qamis (قــمـيـص). Merujuk Kamus Besar Arab-Melayu Dewan (2006:

1933), ia adalah sejenis pakaian seperti jubah yang dipakai oleh orang-orang

Arab dan ia bukannya sebahagian daripada budaya asal bagi pakaian orang-

Page 6: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

6110

orang Melayu. Namun terjemahan masih mengekalkan perkataan 'gamis'

tersebut agar makna asalnya benar-benar difahami dengan jelas.

i. Formal

Aliran ini merupakan salah satu bentuk terjemahan langsung yang setia kepada

teks sumber. Pendekatan teori ini juga menumpukan kepada isi dan bentuk

teks asal untuk menghasilkan terjemahan yang berkualiti mengikut bentuk

struktur nahu dan mesej teks asal bahasa sumber. Aliran yang diperkenalkan

oleh Nida ini banyak kali digunakan oleh beliau dalam menterjemahkan kitab

Injil (Nida 1964: 63-99).

Melalui teori ini, penterjemah sedaya-upaya mengekalkan unsur

budaya bahasa asal. Penterjemahan menggunakan teori ini juga menumpukan

kepada bentuk serta struktur wacana asal yang terdiri daripada tanda bacaan,

pemenggalan perenggan, koma dan noktah, walaupun terdapat sedikit

kejanggalan terhadap pemahaman atau pembacaan dalam bahasa sasaran.

Pendekatan ini bagaimanapun membenarkan penterjemah membuat nota kaki

sebagai keterangan tambahan bagi memudahkan pembaca sasaran. Justeru,

penterjemahan ini seolah-olah dilihat memberikan penekanan kepada mesej

sebenar teks bahasa sumber dan unsur budaya serta mengutamakan unsur

nahunya (Nida & Taber 1974: 92).

Konsep formal ini seolah-olah sama dengan konsep yang ada pada

teori semantik. Namun ia sedikit berbeza kerana teori ini lebih memberikan

tumpuan kepada aspek nahu atau sintaksis bahasa sumber. Ini bermakna mana-

mana terjemahan yang dilakukan mestilah mengikut struktur nahu bahasa

sumber tanpa mengabaikan mesej sebenar teks bahasa sumber dan unsur

budayanya. Dalam terjemahan kitab agama, teori ini lebih senang diterapkan

Page 7: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

7110

kerana kesetiaannya kepada teks bahasa sumber. Sebagai contoh bacaan doa,

'La Hawla Wala Quwwata Illa Billah al-cAli al-

cAzim' ( ال حـول وال قــوة إال بـاهلل

diterjemahkan dengan perkataan, ‘Tidak ada daya serta (الـعـلـي الـعـظـيـم

kekuatan melainkan daya kekuatan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha

Besar’. Terjemahan yang dilakukan mengikut struktur nahu bahasa sumber

berdasarkan teori formal ini (Puteri Rosalina Abdul Wahid 2012: 49).

Penterjemahan menggunakan bentuk teori ini lebih jelas dilihat melalui firman

Allah S.W.T:

بسم اهلل الرحمن الرحيم

(Surah al-Fatihah 1: 1)

Terjemahannya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (Terjemahan

al-Hidayah al-Quran al-Karim 2013: 1).

Berdasarkan ayat al-Quran sebelum ini, perkataan bismi (بــسـم)

bermaksud 'dengan nama' (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 1188),

Allah (اهلل) ialah Allah (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 60), al-

Rahman (الـرحـمـن) bermaksud 'Yang Maha Pemurah' (Kamus Besar Arab-

Melayu Dewan 2006: 873) dan al-Rahim (الـرحـيـم) bermaksud 'Maha

Penyayang' (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 873). Dalam

terjemahan tersebut kelihatan struktur nahu bahasa sumber dalam terjemahan

masih dikekalkan tanpa mengikut struktur tatabahasa sasaran apabila

terjemahan 'bismillah al-rahman al-rahim' (بــسـم اهلل الـرحـمـن الـرحـيـم) tersebut

dimulakan dengan perkataan 'Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi

Maha Penyayang'.

Struktur terjemahan yang mengikut teori formal ini pada asalnya

dianggap sebagai satu kesalahan daripada sudut tatabahasa Melayu kerana ayat

ini dianggap tidak sempurna, tergantung dan tidak mempunyai makna yang

jelas apabila dimulai dengan perkataan 'dengan'. Namun ia masih dikekalkan

Page 8: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

8110

kerana penterjemahan yang dilakukan bersandarkan kepada satu teori khusus

yang pasti mempunyai nilai-nilai makna disebalik terjemahan yang dilakukan.

ii. Relevan

Menurut Gutt dalam bukunya 'Translation and Relevance' (1991: 17), teori ini

merupakan cabang baharu dalam dunia terjemahan linguistik yang

diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson. Pendekatan teori yang diketengahkan

oleh beliau ini sebenarnya mengambil pendekatan teori semantik dan teori

komunikatif. Teori semantik menghuraikan makna konteks yang ada dalam

teks sumber setepat mungkin dengan mengekalkan 'unsur budayanya', setakat

yang dibenarkan oleh isi dan bentuk bahasa sumber. Manakala teori

komunikatif pula ialah penumpuan kepada hubungan komunikasi yang

difahami dan relevan antara penutur atau penulis teks bahasa sumber dengan

pendengar bahasa sasaran (Speber & Wilson 1986: 71).

Nor Hashimah Jalaludin dalam bukunya 'Semantik dan Pragmatik'

(1993: 1103) menjelaskan bahawa teori relevan sebenarnya berasal daripada

komunikasi ransangan yang menuntut penuturnya untuk menghasilkan

ransangan yang jelas dan nyata agar pendengar dapat memahami maksud

sebenar yang hendak disampaikan oleh penutur tersebut. Penutur seharusnya

mampu memilih perkataan yang sesuai supaya dapat mengembangkannya

dalam konteks asal pendengar, di samping menitikberatkan maksud, budaya

dan kesan teks sumber. Justeru, bentuk komunikasi antara penutur dan

pendengar mestilah difahami dan benar-benar relevan antara kedua-duanya.

Sebagai contoh apabila seorang rakyat bercakap dengan rajanya, dia akan

membiasakan dirinya dengan panggilan 'patik' atau 'hamba' dan bukan 'aku'

atau 'saya'. Begitu juga apabila dia memanggil rajanya itu dengan panggilan

'tuanku' dan bukannya 'kau' atau 'awak'. Manakala raja pula akan membiasakan

dirinya dengan panggilan 'beta’ dan bukannya 'aku' atau 'saya' sebagaimana

kisah yang terdapat dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T:

اتقرب عبس ىي أرإن كلالم الق

Page 9: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

9110

(Surah Yusuf 12: 43)

Terjemahannya:

Raja itu bertitah, ‘Sesungguhnya beta melihat tujuh ekor lembu ...’

(Terjemahan al-Hidayah al-Quran al-Karim 2013: 240).

Berdasarkan ayat al-Quran sebelum ini, perkataan qala (قـال)

diterjemahkan sebagai 'bertitah' dan bukannya 'bercakap' atau 'berkata' (Kamus

Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 1954-1955). Manakala kata ganti diri

pertama atau mutakallim (مـتــكــلـم) yang terdapat pada perkataan 'ara' (أرى)

pula diterjemahkan sebagai 'beta' dan bukannya 'aku' atau 'saya'. Terjemahan

yang menggunakan teori relevan ini dilakukan ini dianggap tepat dan relevan

dengan budaya dalam bahasa istana yang digunakan oleh seseorang raja.

iii. Harfiah

Istilah ini telah diperkenalkan sejak abad pertama sebelum Masihi oleh sarjana

Roman, iaitu Cicero dan Horace. Aliran ini difahami dengan melakukan

penterjemahan terhadap teks sumber satu demi satu tanpa ada satu kata pun

tertinggal dengan setepat mungkin berdasarkan makna sebenar teks. Proses ini

dilakukan dengan mencari padanan kata teks asal yang sehampir mungkin

dengan kata dalam bahasa sasaran dan memastikan bahasanya juga tidak terasa

janggal. Konsep terjemahan ini dilihat seakan-akan sama dengan konsep

terjemahan literal. Namun setelah penelitian dilakukan jelas menunjukkan

bahawa aliran ini lebih setia kepada teks bahasa sumber berbanding dengan

aliran literal yang hampir cenderung kepada teks bahasa sasaran walau pun

aliran literal ini termasuk dalam bahagian penterjemahan secara langsung

sekali pun. Penterjemah melalui konsep ini akan mematuhi susunan kata

dalam bahasa sumber agar sama dengan susunan kata dalam bahasa sasaran

(Carlyle 2011: 27).

Page 10: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

10110

Catford dalam bukunya 'A Linguistic Theory of Translation' (1965:

37) menyatakan bahawa perkataan harfiah berdasarkan ilmu linguistik disebut

sebagai terjemahan struktur kata kerana penterjemahan yang dilakukan lebih

memberikan penumpuan kepada padanan terjemahan kata demi kata daripada

bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Justeru, kesetiaan penterjemah

keseluruhannya akan tertumpu kepada peraturan bahasa sumber, sedangkan

padanan konteks antara kedua-duanya jarang diberikan perhatian.

Kesimpulannya, penterjemahan yang dilakukan menggunakan teori harfiah ini

ialah penterjemahan satu demi satu dengan setepat mungkin tanpa ada satu

pun yang tertinggal, sedangkan padanan konteks antara kedua-duanya jarang

diberikan perhatian.Contoh penterjemahan harfiah dalam al-Quran yang

mengekalkan terjemahannya satu lawan satu atau kata demi kata seperti firman

Allah S.W.T:

دأح اهلل وه قل

(Surah al-Ikhlas 112: 1)

Terjemahannya:

Katakanlah (wahai Muhammad): 'Dialah Allah Yang Maha Esa' (Terjemahan

al-Hidayah al-Quran al-Karim 2013: 604).

Ayat al-Quran sebelum ini jelas menunjukkan bahawa penterjemahan

yang dilakukan menggunakan pendekatan teori harfiah apabila setiap kata

bahasa sumber diterjemahkan demi kata pula ke dalam bahasa sasaran.

Perkataan qul (قــل) diterjemahkan sebagai 'katakanlah' (Kamus Besar Arab-

Melayu Dewan 2006: 1954-1955), huwa (هـو) diterjemahkan sebagai 'Dialah'

(Kamus Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 2551), Allah (اهلل) iaitu Allah

(Kamus Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 60) dan ahad (أحـد) diterjemahkan

sebagai 'Yang Maha Esa' (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 18).

Justeru terjemahan kata demi kaya bagi ayat 'qul huwa Allah ahad' ( قــل هـو اهلل

.'ialah 'Katakanlah, Dialah Allah Yang Maha Esa (أحـد

iv. Literal

Page 11: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

11110

Menurut William dalam bukunya 'History of Literary Translation' (1955: 31),

ada sebahagian penterjemah cuba menyamakan teori literal ini dengan teori

harfiah kerana konsep yang dilihat seakan-akan sama antara kedua-dua teori

tersebut walau pun pada hakikatnya berbeza. Literal merupakan salah satu

teori terjemahan yang kontroversial dalam kalangan sarjana bidang terjemahan

sejak dahulu lagi. Umumnya, penterjemahan menggunakan teori ini lebih setia

kepada teks bahasa sumber yang menumpukan kepada bentuk kata teks bahasa

sumber dan pada masa yang sama menjaga kegramatisan bentuk kata teks

bahasa sasaran. Perkara ini yang membezakannya dengan terjemahan harfiah

kerana konsep yang dibawa oleh harfiah ini hanya menumpukan

penterjemahan satu demi satu dengan setepat mungkin tanpa ada satu pun

yang tertinggal, sedangkan padanan konteks antara kedua-dua bentuk bahasa

sama ada sumber mahu pun sasaran jarang diberikan perhatian.

Snell-Hornby dalam bukunya 'Translation Studies' (1978: 21)

menerangkan bahawa penterjemahan literal ini memfokuskan kepada titik

persamaan bentuk kedua-dua bahasa walau pun kebarangkalian mesej makna

dalam bahasa asal itu kurang difahami. Sedangkan prinsip terjemahan

menuntut agar penterjemahan yang dilakukan mestilah difahami dan bukannya

terjemahan hanya sekadar lahir daripada bentuk bahasa, bahkan

hubungkaitnya dengan frasa, pengaruh penutur sasaran, budaya dan konteks

yang pelbagai. Oleh demikian dapat difahami bahawa teori ini menghasilkan

bentuk penterjemahan satu demi satu dengan setepat mungkin dan padanan

konteks antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran amat diberikan

perhatian. Dalam erti kata yang lain, teori ini membuat terjemahan struktur

bahasa sumber melalui kata demi kata berdasarkan padanan struktur dan

konteks bahasa sasaran (Fauzi Jumingan 2001: 61). Sebagai contoh firman

Allah S.W.T:

تقينى للمديه هف بيال ر تابالك ذلك

(Surah al-Baqarah 2: 2)

Terjemahannya:

Page 12: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

12110

Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang

bertaqwa (Terjemahan al-Hidayah al-Quran al-Karim 2013: 2).

Berdasarkan ayat al-Quran tersebut, terjemahan yang dibuat

menggunakan teori literal. Terlebih dahulu, proses terjemahan struktur bahasa

sumber kepada struktur bahasa sasaran dilakukan secara kata demi kata.

Perkataan zalika (ذلـك) diterjemahkan sebagai 'ini' (Kamus Besar Arab-Melayu

Dewan 2006: 804), al-kitab (الـكـتـاب) diterjemahkan sebagai 'kitab' (Kamus

Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 1973), la (ال) diterjemahkan sebagai 'tidak

ada' (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 2049), rayb (ريـب)

diterjemahkan sebagai 'keraguan' (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan 2006:

995-996), fih (فـيـه) diterjemahkan sebagai 'padanya', hudan (هـدى)

diterjemahkan sebagai 'petunjuk' (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan 2006:

2494) dan lil muttaqin (لـلــمتقين) diterjemahkan sebagai 'bagi mereka yang

bertaqwa' (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 212). Justeru ayat 'zalika

al-kitab la' raby fih hudan lil muttaqin' (ذلـك الـكـتـاب ال ريـب فـيـه هـدى لـلـمـتــقـيـن)

diterjemahkan sebagai 'Ini kitab tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi

mereka yang bertaqwa'. Kemudian, susunan semula perkataan mengikut

struktur dan konteks ayat dalam bahasa sasaran dilakukan. Akhirnya muncul

terjemahan baharu mengikut teori literal ini iaitu 'Kitab ini tidak ada keraguan

padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa'.

vi. Dinamik

Nida memperkenalkan istilah dinamik atau dinamis ini dalam bukunya

'Towards A Science of Translation' (1964: 166) ketika menterjemahkan kitab

Injil. Penterjemahan ini dilakukan dengan menekankan makna mesej teks asal

yang hendak disampaikan dan kesan pembacaan, bersesuaian dengan konteks

budaya penerima iaitu bahasa sasaran. Proses ini mestilah bersifat natural serta

tidak berbau unsur terjemahan yang melalui tiga peringkat termasuklah proses

analisis, pemindahan mesej dan menstruktur semula nahu bahasa sasaran.

Setelah sesuatu teks bahasa sumber dianalisis, makna yang difahami akan

Page 13: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

13110

dipindahkan ke dalam bahasa sasaran dengan melalui proses pengstrukturan

semula nahu mengikut bahasa sasaran terlebih dahulu.

Menurut Mohd Bakri Aziz @ Saari (2010: 47-48), penterjemahan

menggunakan teori ini tidak terikat dengan bentuk asal teks bahasa sumber,

malah hasil terjemahan mestilah mempunyai bentuknya yang tersendiri. Ia

cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran. Tujuan utamanya ialah

penyampaian mesej teks sumber kepada pembaca sasaran sebaik-baiknya. Ia

tidak memaksa pembaca teks bahasa sasaran memahami corak budaya dalam

konteks bahasa sumber untuk mendapatkan mesej yang disampaikan. Untuk

menghasilkan terjemahan yang bersifat dinamik, penterjemah seharusnya

membuat pengubahsuaian dalam aspek tatabahasa seperti susunan perkataan,

pertukaran bentuk kata nama kepada kata kerja dan sebagainya. Sebagai

contoh firman Allah S.W.T:

اناسن إحيدالالوبو

(Surah al-Israk 17: 23)

Terjemahannya:

Dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu sebaik-baiknya

(Terjemahan al-Hidayah al-Quran al-Karim 2013: 284).

Ayat al-Quran ini jelas menunjukkan bahawa terjemahan yang

dilakukan adalah bersifat dinamik. Perkataan wa (و) diterjemahkan sebagai

'dan', bi al-walidayn (بـالــوالـديـن) diterjemahkan sebagai 'pada ibu bapa' (Kamus

Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 2691) dan ihsana (إحـسـانـا) diterjemahkan

sebagai 'berbuat baik' (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 443). Oleh

demikian ayat 'wa bi al-walidayn ihsana' (وبـالــوالـديـن إحـسـانا) diterjemahkan

sebagai 'dan pada ibu bapa berbuat baik'. Setelah melalui peringkat analisis

dan pemindahan mesej daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran,

terjemahan akan melalui proses pengstrukturan semula ayat mengikut nahu

bahasa sasaran agar terjemahan yang dihasilkan dapat difahami dan bersifat

natural. Akhirnya terjemahan yang dianggap tepat mengikut teori ini ialah

Page 14: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

14110

'Dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu sebaik-baiknya'

sebagaimana terjemahan yang didapati pada terjemahan ayat al-Quran sebelum

ini.

KESIMPULAN

Berdasarkan teori-teori penterjemahan yang dijelaskan sebelum ini, ada sebahagian

daripadanya sesuai digunakan sebagai kerangka sesuatu proses terjemahan dilakukan.

Manakala sebahagiannya pula tidak sesuai dan ia bergantung kepada konteks sesuatu

teks sama ada yang memberikan tumpuan kepada bahasa sumber mahu pun bahasa

sasaran. Teori-teori terjemahan terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu teori

penterjemahan langsung dan teori penterjemahan tidak langsung. Teori penterjemahan

langsung yang terdiri daripada semantik, formal, relevan, harfiah dan literal

merupakan terjemahan yang setia kepada bahasa sumber. Manakala teori

penterjemahan tidak langsung pula yang terdiri daripada komunikatif, dinamik, bebas

dan idiomatik merupakan terjemahan yang setia kepada bahasa sasaran.

Penterjemahan Arab-Melayu dalam al-Quran menggunakan lima teori tersebut iaitu

Teori penterjemahan Arab-Melayu yang digunakan dalam al-Quran ialah teori

semantik, formal, relevan, harfiah, literal dan dinamik. Konsep setiap teori yang

dinyatakan sebelum ini seakan-akan sama, namun masing-masing mempunyai ciri-ciri

tertentu yang membezakan antara satu sama lain.

RUJUKAN

Abd Aziz Abdul Talib. 1996. Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan

Contoh. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Abd Basir Awang. 2002. Ketidakbolehterjemahan Katawi Dari Bahasa Arab ke

Bahasa Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. Disertasi Sarjana.

Abdullah Hassan. 1980. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Penerbit Fajar

Bakti, Petaling Jaya.

Page 15: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

15110

Abdullah Hassan. 1983. Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur.

Abdullah Hassan. 1987. Nota Ringkas Terjemahan. Penerbit Fajar Bakti, Kuala

Lumpur.

Abdullah Hassan. 2006. Morfologi. PTS Professional, Batu Caves Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan. 2006. Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu. Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Abdullah Hassan. 2008. Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. PTS

Professional Publishing Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.

Ahmad Zaki Ibrahim dan Norhayati Hamzah. 2007. Soroton Gerakan Penterjemahan

dan Penerbitan Buku-buku dalam Dawlah Abbasiyyah di Baghdad. Journal of

al-Tamaddun. Kuala Lumpur.

Ainon Muhammad. 1991. Panduan Menterjemah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur.

Ainon Muhammad. 1980. Pengantar Terjemahan. Penerbitan Adabi, Kuala Lumpur.

Ali Mahmood. 2007. Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu. Open

University Malaysia, Kuala Lumpur.

Ali Mahmood. 2010. Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu. Open

University Malaysia, Kuala Lumpur.

Arrowsmith, W & R Shattuck.1961. The Art and Craft of Translation. The University

of Texas Press, Texas.

Page 16: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

16110

Antone al-Dahdah. 1999. Al-Mucjam al-Wasid fi Tasrif al-Afal. Maktabah Lubnan,

Lubnan.

cArif Karkhi Abu Khudayri. 1993. Prosiding Persidangan Penerjemahan

Antarabangsa ke-4; Persatuan Penerjemah Malaysia. Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

cArif Karkhi Abu Khudayri. 1994. Talim al-Lughah al-

cArabiyyah li Ghair al-

cArab:

Dirasat fi al-Manhaj wa Turuq al-Tadris. Dar al-Thaqafah li al-Nashr wa al-

Tawzic, Misr.

Asmah Omar. 1979. Aspek Penterjemahan dan Interpretasi. Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

Asmah Omar. 1993. Nahu Melayu Mutakhir. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala

Lumpur.

Bell, Roger T. 1991. Translation dan Translating. London: Longman.

Brislin. R.W. 1979. Translation: Application and Research. Gardner Press, New

York.

Carlye. 2011. The Carlye Letters. Durham: Duke University Press.

Catford, J.C. 1965. A Linguistic Theory of Translation. Oxford University, London.

al-Dahdah, Abu Faris. 2004. Sharh Alfiyyah Ibn Malik. Maktabah al-Aybakan,

Riyadh.

Al-Fayruz, Abadi, Majd al-Din Muhammad bin Yacqub. 1997. Al-Qamus al-Muhit.

Taqdim: Muhammad cAbd al-Rahman al-Marashli. Jil. 2. Beirut: Dar Ihya al-

Turath al-cArabi wa Muassasat al-Tarikh al-

cArabi.

Page 17: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

17110

Frederick J. Newmeyer. 1996. Teori Tatabahasa Keterbatasan dan Kemungkinannya

(Terjemahan). Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

al-Hamlawi, Ahmad. 2003. Shaza al-cArf. Dar al-Fikr, Misr.

al-Haud, Ahmad. 2007. Qadiyyah al-Icrab. Damascus, Syria.

Gutt, Ernst-August. 1991. Translation and Relevance. Oxford: Basil Blackwell.

Hashim Musa. 1993. Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. Dewan

Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur.

Ibn Hisham, Abu Muhammad cAbdullah Jamaluddin Yusuf. 1987. Mughni al-Labib.

Maktabah Asriyyah, Beirut, Lubnan.

Ibn Jinnī, Abu al-Fath cUthmān. 1313 H/1965 M. Al-Munsif li Kitāb al-Tasrīf. Mesir:

Maktabat wa Matbacat Mustafā al-Bābī al-Halabī.

Ibn Jinni, Abu al-Fath Uthman. 1903. Al-Khasa’is. Dar Kutub al-Misriyyah, Misr.

Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. 2006. Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur.

Kamus al-Miftah. 2008. Al-Azhar Media, Negeri Sembilan.

Khalusi, Safa. 1982. Fann al-Tarjamat. Baghdad: Dar al-Hurriyat Li al-Tibacat.

Khalusi, Safa. 2000. Fann al-Tarjamat. Cetakan kedua. Kaherah

Liaw Fock Fang dan Abdullah Hassan. 1994. Nahu Melayu Moden. Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Page 18: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

18110

Maheram Ahmad. 2008. Permasalahan Penterjemahan Arab-Melayu: Satu Analisis

Teks Sastera. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis Doktor Falsafah.

Mohamad Syukri Abdul Rahman & Adnan Mat Ali. 2012. Minat dan Persepsi

Pelajar Terhadap Program Sarjana Muda Bahasa Arab (Terjemahan)

(Kepujian); Prosiding Nadwah Bahasa dan Kesusasteraan Arab Ketiga.

Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Mohd Bakri Aziz @ Saari. 2010. Ketepatan Padanan Terjemahan Puisi Arab Dalam

Kitab La Tahzan: Satu Analisis Bandingan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disertasi Sarjana.

Mohd Haris Sulaiman. 2011. Penguasaan Kemahiran Perterjemahan Perkataan Arab

Berimbuhan di Kalangan Pelajar IPTA. Universiti Malaya. Tesis Sarjana

Mohd. Hilmi b. Abdullah. 2008. Teori & Kaedah Penterjemahan Arab-Melayu.

Kelantan: Pustaka HILMI.

Mohd. Rosdi Ismail. 2003. Bahasa Arab Mikro; Binaan Kata & Fungsi Makna.

Percetakan Darul Naim, Kelantan.

Mokhtar Ahmad. 1986. Penerjemah Seperti Tukang Perabot. Pelita Bahasa, Kuala

Lumpur.

Muhammad Arshad Abdul Majid. 2009. Terjemahan Arab-Melayu Dari Sudut Makna

Pengkhususan: Satu Analisis Pendepanan Dalam Surah al-Baqarat. Universiti

Malaya. Tesis Doktor Falsafah.

Muhammad Bukhari Lubis, Muhammad Fauzi Jumingan dan Khairunnawa

Mohamed. 1998. Penerjemahan Arab Melayu Arab Peraturan & Dasar.

Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor.

Page 19: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

19110

Muhammad Bukhari Lubis. 1993. Kursus Penerjemahan Arab-Melayu; Seminar

Terjemahan Arab-Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Muhammad Fauzi Jumingan. 2012. Penterjemahan ialah Satu Perniagaan; Prosiding

Nadwah Bahasa dan Kesusasteraan Arab Ketiga. Penerbit Universiti Putra

Malaysia.

al-Mucjam al-Asasi. 1997. Al-Munazzamah al-

cArabiyyah li al-Tarbiyyah wa al-

Thaqafah wa al-cUlum, Beirut, Lubnan.

Mucjam al-Mustalahat al-

cArabiyyat fi al-Lughat wa al-Adab. 1984. Beirut: Maktabat

Lubnan.

Mujahid, Abd Karim. 1991. cIlm al-Lisan al-

cArabi. Amman: Dar al-Quds.

al-Munjid fi al-Lughah wa cAlam. 2002. Dar al-Mashriq Publisher, Beirut, Lubnan.

Nabbahan, M. Rudolf. 1999. Teori menterjemah bahasa Inggeris. Yogjakarta:

Pustaka Pelajar.

Newmark. 1981. Approaches to Translation. Oxford.

Newmark. 1986. The Art of Translating Narrative Discourse. London.

Nida, E.A. 1964. Toward A Science of Translation. Leiden: E.J. Bril.

Nida, E.A. & C.R. Taber. 1974. The Theory and Practice of Translation. Leidin: E.J.

Brill, Leidin.

Nida, E.A. 1975. Compenential Analysis of Meaning.The Hague. Mouton.

Nida & Taber. 1974. The Theory and Practice of Translation. Leidin: E.J. Brill,

Leidin.

Page 20: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

20110

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood. 2008.

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga; Entri ‘ia’. Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala

Lumpur.

Nik Safiah Karim. 1996. Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala

Lumpur.

Peter Newmark. 1994. Pendekatan Penterjemahan (Terjemahan). Dewan Bahasa &

Pustaka Kuala Lumpur.

Puteri Rosalina Abdul Wahid. 2012. Meneroka Penterjemahan Bahasa Melayu.

Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Snell-Horby. 1988. Translation Studies: An Integrated Approach. Amsterdam.

Soheir Abd Moneim Sery. 1993. Terjemahan dan Kemajuan; Kertas kerja Diskusi

Ilmiah Pengajian Islam UKM.

Steiner. 1976. After Babel: Aspect of Language and Translation. Oxford University

Press, London.

Syed Ali. 1990. Arabic For Beginners. Golden Book Centre Sdn. Bhd., Kuala

Lumpur.

Terjemahan al-Hidayah al-Quran al-Karim. 2013. Al-Hidayah House of Quran Sdn

Bhd, Selangor

Taufiq cUmar. 1999. Kaifa Nata

callam al-I

crab. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan.

Van Slyle, G. Guinet, J.F., Seitz, F. & Benejam, R. 1983. Better Translation for

Better Communication. Pergamon Press, London.

Page 21: PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1092-irsyad-2016.pdf · PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU DALAM AL

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

21110

William. 1955. History of Literary Translation. England: University Press of

America.