1035 kesalahan jali dalam kalangan peserta majlis tilawah...

15
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 465 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH AL- QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KE-59 TAHUN 2016 MUHAMMAD SYAFEE SALIHIN [email protected]. No. Tel. 013-9917262 SHAHARUDDIN PANGILUN IKMAL ZAIDI HASHIM MAHMUD LUTFI ABDUL HADI Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ASBTRAK Al-quran merupakan kitab suci yang diwahyukan kepada Nabi S.A.W melalui perantaraan Jibril dengan cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian wahyu melalui kaedah talaqqi dan musyafahah ini berterusan daripada Nabi kepada para sahabat dan generasi berikutnya. Disiplin ini mesti dipatuhi supaya kesalahan dalam pembacaan dapat diatasi dan menepati cara bacaan sebagaimana diturunkan kepada baginda S.A.W. Walaupun begitu, kesalahan dalam pembacaan al-Quran dalam kalangan peserta Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Kebangsaan berkaitan bidang tajwid dan fasahah sering juga berlaku. Oleh itu, satu kajian telah dilaksanakan untuk mengkaji tahap penguasaan bacaan peserta MTQ berkaitan dengan bidang tajwid dan fasahah. Rekabentuk kajian adalah kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah observasi pada bacaan peserta. Hasil kajian keseluruhan dalam bidang tajwid, para peserta dapat memenuhi bacaan al-Quran bertajwid dengan baik iaitu memperolehi markah melebihi 34 markah daripada 40 markah yang diperuntukan untuk bidang ini. Hasil kajian dalam bidang fasahah pula, terdapat peserta yang melakukan kesalahan tertukar baris dan huruf serta kesalahan dalam menghentikan dan memulakan bacaan. Implikasi kajian penting dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan bacaan al-Quran dengan bertajwid supaya bertepatan dengan bacaan daripada Nabi S.A.W. Kata kunci : Kesalahan, Jali, peserta, Majlis Tilawah al-Quran 1035

Upload: phungdien

Post on 02-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1035 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH ...conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1035-irsyad-2016.pdf · cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

465

KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH AL-

QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KE-59 TAHUN 2016

MUHAMMAD SYAFEE SALIHIN

[email protected].

No. Tel. 013-9917262

SHAHARUDDIN PANGILUN

IKMAL ZAIDI HASHIM

MAHMUD LUTFI ABDUL HADI

Akademi Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ASBTRAK

Al-quran merupakan kitab suci yang diwahyukan kepada Nabi S.A.W melalui perantaraan Jibril dengan

cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian wahyu melalui kaedah talaqqi dan musyafahah ini

berterusan daripada Nabi kepada para sahabat dan generasi berikutnya. Disiplin ini mesti dipatuhi supaya

kesalahan dalam pembacaan dapat diatasi dan menepati cara bacaan sebagaimana diturunkan kepada

baginda S.A.W. Walaupun begitu, kesalahan dalam pembacaan al-Quran dalam kalangan peserta Majlis

Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Kebangsaan berkaitan bidang tajwid dan fasahah sering juga berlaku.

Oleh itu, satu kajian telah dilaksanakan untuk mengkaji tahap penguasaan bacaan peserta MTQ berkaitan

dengan bidang tajwid dan fasahah. Rekabentuk kajian adalah kajian kualitatif dengan menggunakan

kaedah observasi pada bacaan peserta. Hasil kajian keseluruhan dalam bidang tajwid, para peserta dapat

memenuhi bacaan al-Quran bertajwid dengan baik iaitu memperolehi markah melebihi 34 markah

daripada 40 markah yang diperuntukan untuk bidang ini. Hasil kajian dalam bidang fasahah pula, terdapat

peserta yang melakukan kesalahan tertukar baris dan huruf serta kesalahan dalam menghentikan dan

memulakan bacaan. Implikasi kajian penting dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat akan

kepentingan bacaan al-Quran dengan bertajwid supaya bertepatan dengan bacaan daripada Nabi S.A.W.

Kata kunci : Kesalahan, Jali, peserta, Majlis Tilawah al-Quran

1035

Page 2: 1035 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH ...conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1035-irsyad-2016.pdf · cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

466

1. PENDAHULUAN

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah S.W.T kepada junjungan

besar Nabi Muhammad S.A.W sebagai bukti kebenaran risalah yang dibawa baginda. Ia

diturunkan melalui perantaraan Jibril A.S kepada Baginda S.A.W dengan kaedah talaqqi

dan mushafahah. Disiplin ini telah dipraktikkan oleh Nabi S.A.W kepada para sahabatnya

ketika mengajar pembacaan al-Quran. Begitulah seterusnya sehingga ke generasi

berikutnya. Talaqqi dan mushafahah ini adalah merupakan kaedah yang paling baik

dalam meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran kepada seseorang pembaca al-Quran.

Walaupun kaedah terkini seperti menggunakan alat bantuan seperti kaset, MP3, telefon,

komputer dan buku-buku rujukan teori tentang ilmu Tajwid, namun ia tetap tidak dapat

menyaingi kaedah talaqqi dan mushafahah ini.

Oleh yang demikian, menjadi kewajipan bagi setiap orang untuk mempelajari dan

memahami kesemua kaedah ilmu tajwid sebagaimana amalan yang dilakukan oleh

Rasulullah S.A.W ketika mengajar para sahabat menyebut dan membaca ayat-ayat suci

al-Quran sepertimana baginda menerima bacaan tersebut daripada Jibril A.S (Abu cAmr

al-Dani 2006).

2. PERMASALAHAN KAJIAN

Kewajipan untuk membaca al-quran dengan tepat dan betul menjadi suatu kemestian

kepada semua pembaca al-Quran. Kewajipan ini tidak hanya tertumpu semasa

pertandingan bacaan al-Quran, semasa solat ataupun semasa dijemput untuk

mempersembahkan bacaan al-Quran, bahkan menjadi kewajipan pada setiap masa dan

keadaan untuk membaca al-Quran dengan menepati semua hukum tajwid. Pengamatan

awal, pengkaji mendapati terdapat kesalahan bacaan para peserta di Majlis Tilawah Al-

Quran peringkat kebangsaan 2015 dalam bidang tajwid. Mereka ini adalah wakil peserta

dari negeri- negeri seluruh Malaysia. Namun kesalahan-kesalahan dalam pembacaan al-

Quran juga tetap berlaku. Seterusnya ucapan daripada Pengerusi Jemaah Hakim Dato'

Page 3: 1035 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH ...conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1035-irsyad-2016.pdf · cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

467

Haji Othman Bin Mustapha dalam majlis penutup Majlis Tilawah al-Quran 2015

menjelaskan terdapat kesalahan bacaan Qari dan Qariah berkaitan hukum Tajwid dan

Fasohah seperti tertukar baris dan tertukar huruf. Selain itu terdapat juga peserta yang

tidak dapat membezakan sifat tebal nipis dan sifat isticla’ istifal suatu huruf. Oleh yang

demikian menjadi ransangan kepada pengkaji untuk melakukan kajian dengan lebih lanjut

berkaitan tahap penguasaan bacaan para peserta dalam Majlis Tilawah Al-Quran

peringkat kebangsaan 2016 dalam bidang tajwid.

3. PERSOALAN KAJIAN

Secara khususnya kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencari jawapan kepada

beberapa persoalan berikut :

a. Apakah konsep asas berkaitan kesalahan hukum tajwid dalam pembacaan ayat al-

Quran?

b. Sejauh manakah tahap kesalahan tajwid para peserta dalam Majlis Tilawah al-Quran

peringkat kebangsaan 2016?

4. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini diharapkan akan mencapai objektif berikut :-

a. Menjelaskan konsep asas berkaitan kesalahan hukum tajwid dalam pembacaan ayat

al-Quran.

b. Mengenal pasti tahap kesalahan tajwid para peserta dalam Majlis Tilawah al-Quran

peringkat kebangsaan 2016.

5. LIMITASI KAJIAN

Perbahasan ilmu Tajwid terlalu luas. Oleh itu, pengkaji melimitasikan kajian ini berkaitan

kesalahan-kesalahan yang nyata atau jaly para peserta Majlis Tilawah al-Quran peringkat

Page 4: 1035 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH ...conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1035-irsyad-2016.pdf · cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

468

kebangsaan 2016 dalam bidang fasohah sahaja mengikut riwayat Hafs can

cAsim menurut

tariq al-Shatibyyah.

6. PENGENALAN ILMU TAJWID

Al-Tajwid dari sudut bahasa: kata terbitan dari ( - تجويد يجود - جود ) yang bermaksud

mengelokkan akan sesuatu ( Ahmad Khalid Syukri 2003 ). Menurut al-Dani (444H) al-

Tajwid adalah cara menunaikan setiap huruf-huruf akan hak-haknya, menyusun

kedudukannya, mengembalikan satu huruf dari huruf-huruf mu`jam kepada makhraj

asalnya, menuruti dengan mengikut batasan serta barisnya, memantapkan lafaznya dan

mengukuhkan sebutannya makhraj dan sifatnya daripada berlebih-lebihan dan tidak

melampaui atau memberati.1

Al-`Atar (569H) pula menjelaskan “Sesungguhnya mentajwidkan bacaan dan

mengelokkannya adalah mentashihkan huruf-huruf dan membetulkannya,

mengeluarkannya dari tempat-tempat keluarnya serta menyusun kedudukannya, dan

mengembalikan kepada asalnya dengan mengikut batasan tanpa melampauinya yang

mambawa kepada kecacatan, dan menguranginya yang membawa kepada kebinasaan.

Apabila mengurangi sesuatu dari sifatnya maka akan menghilangkan atau mengurang dari

had-had batasannya)2.

Al-Marcasyi (115H) pula berkata tajwid adalah suatu ilmu yang membahaskan

padanya berkenaan dengan makhraj-makhraj huruf dan sifat-sifatnya. Ilmu tajwid

berfungsi untuk menunaikan hak-hak huruf dari aspek makhrajnya dan sifat-sifatnya3.

Secara keseluruhan, dapat dirumuskan sekitar pentakrifan-pentakrifan tersebut, al-

Tajwid dari segi istilah adalah mendatangkan atau menunaikan semua huruf-huruf akan

hak yang mustahak baginya dari sudut makhraj huruf sifat-sifat huruf serta waqf dan

ibtida’ tanpa kesukaran atau menyeleweng.

1 Al-Tahdid fi al-Itqan wa al-Tajwid. m/s 70

2 Al-Tamhid fi ma’rifah al-Tajwid. m/s 62

3 Jahd al-Maql. m/s 83

Page 5: 1035 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH ...conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1035-irsyad-2016.pdf · cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

469

7. KESALAHAN-KESALAHAN DALAM BACAAN AL-QURAN

Makna al-Lahn dari segi bahasa: kesalahan yang berlaku pada al-icrab dan berlawanan

dengan wajah yang betul pada nahw (Ahmad Khalid Syukri 2003). Makna al-Lahn di sisi

ulamak Tajwid: iaitu kesalahan pada bacaan dan terpesong dari yang betul, dan ianya

mempunyai dua bentuk iaitu jaly iaitu yang berat dan khafy iaitu yang ringan (Mahmud

Khalil al-Husari 2002).

1. Al-Lahn al-Jaly:

Al-lahn al-jaly adalah kesalahan yang dilakukan oleh pembaca al-Quran seperti

mengubah baris icrab atau bina’ ataupun mengubah sesuatu huruf dengan huruf yang

lain seperti ( الضالين ) diubah kepada ( الظالين ), dan ( أنعمت ) diubah kepada ( أنعمت )

samada akan menyebabkan perubahan pada makna ataupun tidak, maka ianya dikira

sebagai kesalahan yang berat dan boleh membawa kepada dosa ke atas pembaca al-

Quran sekiranya dia mampu untuk belajar (al-Nadawi 2007). Maka hukum bagi

kesalahan ini adalah haram syarice.

Berikut adalah contoh kesalahan yang sering berlaku ke atas pembaca al-Quran dan

perlu diambil perhatian terhadapnya bagi menjauhi dari melakukan kesalahan.

1. Menukar satu huruf dengan huruf yang lain seperti menjadikan huruf sin kepada

huruf sad contohnya ( يسطون ) dan menjadikan huruf zay kepada huruf sin

contohnya ( الرجز ).

2. Mematikan huruf yang berbaris.

3. Membariskan huruf yang sukun.

4. Memanjangkan sebutan satu harakat sehingga menjadi mad.

5. Membuang huruf mad.

6. Meringan atau menghilangkan sebutan al-musyaddad contohnya ( إياك ) dibaca

dengan ( إياك ).

7. Mentasydidkan sebutan yang ringan.

8. Mengubah baris dengan baris yang lain.

Page 6: 1035 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH ...conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1035-irsyad-2016.pdf · cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

470

9. Menambah satu huruf atau lebih ataupun menambah satu perkataan atau lebih.

10. Membuang satu huruf atau lebih ataupun membuang satu perkataan atau lebih.

11. Mengidghamkan Huruf lam al-tacrif kepada sebahagian huruf al-qamariah.

2. Al-Lahn al-Khafy:

Al-lahn al-jaly adalah kesalahan yang dilakukan oleh pembaca al-Quran pada hukum-

hukum tajwid seperti menghilangkan sebutan ghunnah atau mad atau idgham dan

seumpamanya (Ahmad Khalid Syukri 2010). Kesalahan ini mempunyai pelbagai

peringkat antaranya peringkat yang ringan dan peringkat yang lebih ringan umpama

kesalahan sebahagian kecil dari tajwid seperti mengurangkan darjat ghunnah atau

meringankan dari hadnya. Dan hukum bagi kesalahan ini adalah makruh,ada juga

pendapat yang lemah mengatakan hukumnya adalah haram kerana menjejaskan

bacaan yang sahih (Al-Nadawi 2007). Kesalahan ini boleh dibahagikan kepada dua

peringkat iaitu:

1. Sekiranya kesalahan tersebut menghilangkan hukum yang zahir maka hukumnya

adalah haram.

2. Sekiranya kesalahan tersebut hanya menghilangkan hukum yang kecil maka

hukumnya adalah makruh berbeza dengan lahn al-Jaly kerana hukumnya haram

secara qatci.

8. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian ke atas

bacaan para peserta MTQ 2016. Di dalam kajian ini, pengkaji telah melakukan observasi

dengan menggunakan alat bantuan elektronik iaitu telefon, MP3 dan alat perakam suara

ke atas bacaan peserta MTQ 2016 semasa mereka mengalunkan ayat suci al-Quran dalam

pertadingan tersebut. Melalui dengan cara ini pengkaji dapat mengetahui sejauh mana

tahap kesalahan jaly para peserta dalam pertandingan MTQ 2016. Ahmad Sunawari Long

(2008) menjelaskan pemerhatian yang dilakukan menggunakan instrumen pemerhatian

Page 7: 1035 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH ...conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1035-irsyad-2016.pdf · cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

471

mekanikal iaitu menggunakan MP3 adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran

sebenar sesuatu keadaan.

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan pada kali ini melibatkan

penyertaan seramai 30 orang peserta iaitu 15 orang Qari dan 15 orang Qariah termasuk 2

penyertaan 2 orang peserta johan menunggu (JAKIM 2016). Daripada 30 orang peserta

MTQ 2016, pengkaji telah melakukan sebanyak 18 pemerhatian iaitu sebanyak 18 orang

peserta yang menjadi sampel dalam kajian ini. Persampelan pemerhatian ini berdasarkan

persampelan secara rawak mudah.

9. PANDUAN PERATURAN MAJLIS TILAWAH PERINGKAT

KEBANGASAAN

9.1 Peraturan bagi Peserta MTQ 2016

Berikut adalah peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Jakim dan mesti

dipatuhi oleh semua peserta Majlis Tilawah Al-Quran 2016 sebagaimana yang

diperuntukkan dalam buku panduan Jakim (Jakim 2009) :

1. Peserta qariah hendaklah tidak berada dalam keadaan uzur syari. Sekiranya qariah

itu uzur syarice, maka bolehlah digantikan dengan qariah yang menjadi naib johan

atau berikutnya dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri berkenaan

dengan syarat mendapat persetujuan Pengerusi Jawatankuasa Induk.

2. Setiap peserta dikehendaki hadir dalam majlis pengundian bagi menentukan

giliran membaca dan tidak boleh mewakilkannya kepada sesiapa pun kecuali

dalam keadaan yang amat mustahak dan mendapat kebenaran daripada urus setia.

3. Setiap peserta hendaklah mengundi ayat dan dua jenis tarannum untuk dibaca

pada waktu yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua jam sebelum majlis

dijalankan dan tidak boleh mewakilkannya kepada sesiapa pun.

Page 8: 1035 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH ...conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1035-irsyad-2016.pdf · cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

472

4. Keputusan undian adalah muktamad. Peserta tidak dibenarkan sama sekali

menukar giliran membaca atau ayat yang hendak dibaca selepas pengundian

dibuat, kecuali dalam hal kecemasan setelah mendapat kebenaran penganjur.

5. Peserta yang tidak hadir dalam majlis pengundian atau membuat pertukaran

selepas pengundian tanpa mendapat kebenaran penganjur boleh dibatalkan

penyertaannya.

6. Peserta hendaklah berada di majlis tilawah sekurang-kurannya 30 minit sebelum

majlis bermula.

7. Peserta yang ditetapkan giliran membaca pada malam-malam tertentu hendaklah

berada di astaka 10 minit sebelum gilirannya membaca.

8. Setiap peserta dikehendaki membaca bermula daripada ayat dan empat jenis

tarannum termasuk dua jenis tarannum yang ditetapkan dalam tempoh 10 minit.

9. Setiap peserta hendaklah berpakaian lengkap (menutup aurat dengan sempurna),

iaitu baju kebangsaan bagi qari dan pakaian yang sesuai bagi qariah ketika

mempersembahkan bacaan dan semasa majlis penyampaian hadiah. Peserta

qariah tidak dibenarkan memakai penutup muka semasa mempersembahkan

bacaan dan semasa majlis penyampaian hadiah.

9.2 Penentuan Ayat

1. Ayat-ayat yang akan dibaca oleh semua peserta dipilih oleh sebuah jawatankuasa

yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Induk dari juzuk 1 hingga juzuk 30 al-Quran

al-Karim.

2. Pemilihan ayat-ayat dan dua jenis tarannum yang ditetapkan kepada peserta

ditentukan dengan cara undi, iaitu pada hari giliran peserta itu membaca.

3. Setiap peserta tidak dibenarkan menukar ayat-ayat yang telah ditetapkan melalui

undian kepadanya.

Page 9: 1035 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH ...conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1035-irsyad-2016.pdf · cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

473

9.3 Penentuan Bilangan Peserta Pada Setiap Malam

1. Pihak penganjur berhak menentukan bilangan peserta yang membaca pada setiap

malam.

9.4 Kaedah Penghakiman Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat

Kebangsaan

Kaedah ini bertujuan untuk membantu Jemaah Hakim MTQ Peringkat Kebangsaan

menjalankan tugas-tugas penghakiman dalam MTQ Peringkat Kebangsaan seperti yang

diperuntukkan dalam Peraturan MTQ Peringkat Kebangsaan. Kaedah ini memberi

panduan secara terperinci kepada semua anggota Jemaah Hakim dalam setiap tugas yang

mereka lakukan dan membantu mereka melaksanakannya dengan cekap dan berkesan.

Berikut adalah jadual 1 berkaitan bahagian-bahagian penghakiman dalam MTQ peringkat

kebangsaan.

Jadual 1 bahagian-bahagian penghakiman

NOM BIDANG WAJARAN/MARKAH

1 Tajwid 40

2 Tarannum 25

3 Fasohah 20

4 Suara 15

Sumber : Jakim, 2009

Jadual 2 berikut adalah perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penghakiman

bahagian Tajwid :

Jadual 2 Perkara penting dalam penghakiman bidang Fasohah

Item Perkara

1 Cermat dan fasih dalam bacaan.

2 Mahir menyebut kalimah-kalimah dan ayat-ayat.

3 Terpelihara segala huruf, harakat (baris) dan tashdid.

4 Menepati kaedah waqf dan ibtida’ termasuk Waqf Jibril atau Waqf Nabawi.

Page 10: 1035 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH ...conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1035-irsyad-2016.pdf · cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

474

5 Bacaan menurut lahjah Arab Fusha.

6 Bacaan sederhana, tidak terlalu cepat atau terlalu lambat.

7 Tidak bercampur aduk antara bacaan tartil dan tadwir.

Sumber : Jakim, 2009

Setiap persembahan bacaan peserta akan dikira persembahan yang istimewa dalam bidang

Tajwid dan Fasohah sekiranya mengandungi ciri-ciri seperti dalam jadual 3 berikut:

Jadual 3 persembahan istimewa dalam bidang Fasohah

Nom Fasohah

1 Bacaan dengan lahjah Arab. 3 Bacaan yang cermat dan

bertadabbur.

2 Dapat menyempurnakan ayat yang

panjang dalam satu nafas.

4

Sumber : Jakim, 2009

Manakala kaedah dan peraturan pemotongan markah dalam bidang Tajwid ialah dipotong

satu markah bagi setiap satu kesalahan khafy dan dipotong dua markah bagi setiap satu

kesalahan jaly iaitu nyata (Jakim 2009). Jadual 4 berikut adalah perkara-perkara yang

dihakimi dalam bidang fasohah :

Jadual 4 Perkara-perkara dihakimi dalam bidang Tajwid dan Fasohah

Bidang Nom Perkara dihakimi Pemotongan markah

Fasohah

1 Tersalah memulakan bacaan atau ayat

yang ditetapkan

dipotong tiga markah

2 Menamatkan bacaan melebihi 30 saat

sebelum cukup tempoh yang

diperuntukkan

dipotong satu markah

3 Tertinggal atau melangkau ayat semasa

dalam bacaan

dipotong dua markah

4 Tidak membaca ayat atau surah yang

telah ditetapkan

bacaan ditolak (tidak

diberi markah)

5 Jika berulang-ulang kesalahan nyata

(jaly) atau tiada kelancaran yang

berterusan maka markah fasohah

dibatalkan (tidak diberi markah).

Sumber : Jakim, 2009

Page 11: 1035 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH ...conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1035-irsyad-2016.pdf · cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

475

10. ANALISIS BACAAN PESERTA MTQ 2016

Di dalam kajian ini, pengkaji telah melakukan sebanyak 18 pemerhatian daripada 30

orang jumlah keseluruhan peserta dalam pertandingan MTQ 2016. Penganilisan bacaan

para peserta MTQ 2016 ini, adalah merujuk kepada panel daripada Jabatan Tahfiz al-

Quran dan Al-Qiraat KUIS bagi memperoleh kesahan daripada pakar dalam bidang

berkaitan. Selain itu pengkaji juga merujuk kepada kitab tajwid yang muktabar dalam

bidang berkaitan sebagai rujukan tambahan.

Daripada 18 pemerhatian yang dilakukan, terdapat 6 orang peserta yang tidak

melakukan sebarang kesalahan. Manakala seramai 7 orang peserta melakukan kesalahan

khafy dan seramai 5 orang telah melakukan kesalahan jaly dalam bidang tajwid dan

fasohah. Berikut adalah jadual 5 kesalahan dalam bidang fasohah peserta MTQ 2016:

Berikut adalah jadual 5 kesalahan jaly bidang fasohah peserta MTQ 2016

Peserta Kesalahan Fasohah Catatan

Ayat Bacaan salah

1

يضل

عليها قول

-salah baris

- tertinggal “ ال ”

2

salah baris- باليلل

3

salah baris dan- فانبذت

huruf

4

نسرر

نجعل لكم

-tertukar huruf

-salah baris

5

Mula dari ( وأنا ) -tersalah ibtida’

Sumber : Observasi 2016

Jadual 5 diatas adalah hasil keputusan daripada pemerhatian yang dilakukan ke

atas 18 bacaan peserta MTQ 2016. Daripada 18 pemerhatian yang dilaksanakan terdapat

Page 12: 1035 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH ...conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1035-irsyad-2016.pdf · cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

476

5 peserta yang telah melakukan kesalahan jaly pada bahagian fasohah. Ini sangat

membimbangkan kerana dikhuatiri kesalahan ini akan membawa kepada makna yang

menyimpang daripada makna sebenar ayat tersebut. Berikut disenaraikan huraian

kesalahan berdasarkan jadual 5 di atas.

1. Kesalahan peserta pertama adalah melakukan kesalahan dengan menukar baris

fathah kepada baris dhommah pada kalimah ( يضل ) dalam ayat 15 ke surah al-

Isra’. Kesalahan kedua peserta pertama adalah telah meninggalkan ( ال ) pada

kalimah ( القول ), sedangkan kalimah ini mempunyai ( ال ).

2. Kesalahan peserta kedua adalah menambahkan ( ال ) pada kalimah ( بليل ) dalam

ayat 72 surah al-Qasas. Kalimah ini tidak mempunyai ( ال ).

3. Kesalahan peserta ketiga adalah tertukar baris bacaan pada kalimah ( فانبذ ) ayat ke

58 Surah al-Anfal dengan membaca ( تذفانب ).

4. Kesalahan bagi peserta keempat pula adalah tertukar huruf pada kalimah ( نسير )

pada ayat 47 surah al-Kahfi dengan membaca ( رنسر ) dan kesalahan kedua adalah

mengidghamkan kalimah ( نجعل لكم ) pada kalimah yang sepatutnya dibaca dengan

izhar.

5. Kesalahan peserta kelima pula adalah kesalahan berkaitan dengan ibtida’ bacaan

pada ayat 92 surah al-Ambia’ iaitu peserta telah memulakan bacaan pada

perkataan ( وأنا ربكم ).

11. HURAIAN ANALISIS BACAAN PESERTA MTQ 2016

Rumusan keseluruhan kajian terhadap bacaan para peserta MTQ 2016 berkaitan bidang

fasohah adalah baik. Kebanyakan para peserta dapat membaca dengan baik ayat suci al-

Quran semasa pertandingan berlangsung. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa orang

peserta telah melakukan kesalahan jaly seperti tertukar baris dan huruf dalam ayat al-

Quran serta terdapat dalam kalangan perserta yang tidak memahami dan mengetahui

berkaitan disiplin asas dalam waqf dan ibtida'.

Page 13: 1035 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH ...conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1035-irsyad-2016.pdf · cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

477

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji melalui praktikal

pembacaan para peserta MTQ 2016, keseluruhan peserta mempunyai suara yang merdu

dan mampu mempersembahkan bacaan al-Quran dengan pelbagai tarannum. Memiliki

suara yang merdu menjadi akan menjadi suatu tarikan kepada setiap orang mendengar

bacaan al-Quran. Walaubagaimanapun, suara yang merdu tidak akan mencapai

kesempurnaan bacaan kecuali setelah menepati bidang tajwid dan fasohah dalam

pembacaan. Pengkaji mendapati seramai 5 orang peserta telah melakukan kesalahan jaly

seperti menambah huruf yang tiada dalam ayat, tertinggal huruf yang sepatutnya dibaca,

tertukar baris bacaan, tertukar huruf serta kesilapan dalam memulakan bacaan (ibtida’).

Pengkaji juga mendapati bahawa terdapat sebahagian peserta menghentikan bacaan pada

kalimah yang tertentu berdasarkan panjang dan pendek nafas mereka.

Kesalahan jaly dalam bidang fasohah ini sepatutnya tidak berlaku dalam kalangan

para peserta MTQ 2016 kerana mereka adalah merupakan wakil-wakil bagi negeri-negeri

di Malaysia yang mana mereka merupakan peserta yang terbaik di negeri masing-masing.

Namun, setiap manusia pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan

kesalahan. Oleh itu, menjadi kemestian kepada setiap peserta untuk memperbanyakkan

talaqqi dan mushafahah bersama guru al-Quran bagi memantapkan lagi pembacaan

dalam bidang fasohah ini.

12. HASIL PENILAIAN JEMAAH HAKIM MTQ 2016

Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan pada tahun 2016 telah menyaksikan

penyertaan seramai 30 orang peserta iaitu 15 orang Qari dan 15 orang Qariah termasuk 2

penyertaan 2 orang peserta johan menunggu. Bacaan Qari dan Qariah telah dihakimi oleh

seramai 12 orang hakim. Setiap bidang penghakiman iaitu tajwid, tarannum, fasohah dan

suara masing-masing dinilai oleh 3 orang hakim.

Secara keseluruhanya dalam bidang tajwid, para peserta dapat memenuhi bacaan

al-Quran bertajwid dengan baik. Ini terbukti apabila semua Qari dan Qariah memproleh

markah melebihi 34 markah daripada 40 markah peruntukan untuk bidang ini.

Page 14: 1035 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH ...conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1035-irsyad-2016.pdf · cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

478

Walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh peserta,

antaranya ialah :

1. Ketidakselarasan dalam kadar harakat mad, contohnya terdapat peserta yang

terlalu mengalunkan suara sehingga terdapat dalam kalangan peserta yang

membaca mad jaiz sehingga 6 harakat.

2. Harakat pada ghunnah, terdapat peserta membaca melebihi kadar 2 harakat kerana

semata-mata memenuhi kehendak tarannum yang dibawa.

3. Hakim turut mendapati sebahagian peserta masih keliru seperti sifat itbaq dan

isticla’ yang bercampur aduk di antara nipis dengan tebal bagi sifat sesuatu huruf.

4. Terdapat juga peserta yang melakukan kesalahan jaly (nyata) seperti tersalah baris

dan huruf dalam ayat al-quran yang dibaca semasa pertandingan.

13. KESIMPULAN

Pembacaan al-Quran merupakan sunnah muttabacah (bacaan yang diikuti). Menjadi suatu

kemestian kepada setiap pembaca al-Quran untuk membaca dan menyebut ayat-ayat

kallamullah yang mulia ini dengan tepat samaada dari sudut tajwid atau fasohah supaya

dapat meraih pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Disiplin asas dalam pengajian al-

Quran ini adalah melalui kaedah talaqqi dan mushafahah. Kaedah ini terbukti dapat

memberi panduan kepada setiap pembaca al-Quran untuk membaca dengan tepat

sebagaimana al-Quran diturunkan kepada Baginda S.A.W. Oleh yang demikian,

kesalahan dalam pembacaan samaada berkaitan bidang tajwid dan fasohah tidak dapat

diselesaikan melainkan melalui proses kaedah talaqqi dan mushafahah bersama guru al-

Quran yang berkelayakan.

Rujukan

Ahmad Sunawari Long. (2009). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam,

Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi : Penerbit UKM.

Abu cAmr al-Dani. (444H). Jamaluddin Muhd Syaraf (pnyt.) 2006. Al-Muktafa fi al-

Waqf wa al-Ibtida’.Tanta : Dar al-Sahabah li al-Turath.

Page 15: 1035 KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH ...conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1035-irsyad-2016.pdf · cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

479

Abdul Qadir Leong. (2002). Tajwid al-Quran Rasm cUthmani. Kuala Lumpur: Pustaka

Salam Sdn. Bhd.

Atiyyaṯ Qābil Naṣ r. (2007). Ghāyaṯ al-Murād fi cIlm al-Tajwīd. Ed. Ke 7. Qaherah :

Maktabaṯ al-Madiniah al-Raqmiah.

Jakim. (2011). Peraturan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan (Pindaan)

2009.

Rauḍ at Jamāl al-Ḥaṣ rī, Dr (2005). Al-Manhal al-Mufīd fī Uṣ ūl al-Qirā’aṯ wa al-

Tajwīd. Dimashq: Dār al-Kalām al-Ṭ ayyib.

Ishak bin Abbas. (1988), Memahami Tajwid dan Tartil al-Quran, Kuala Lumpur. Penerbit

Seri Kota.

Nadawi, Surur Shihabuddin. (2007). Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs An cAsim

Melalui Tariq Asy-Syatibiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Qamhawi, Muhammad al-Sadiq al- (2003), Al-Burhan fi Tajwid al-Qur’an, Kaherah, Dar

al-Syuruq al- Dawliyyah.

Qudah, Dr. Muhammad ‘Isam Muflih al-, Dr Ahmad Khalid Syukri dan Dr. Ahmad

Muhammad al- Qudah al- (2003), Al-Wadih fi Ahkam al-Tajwid, Urdun, Dar al-

Nafais.

Sya’ban bin Muhammad Isma’il Dr (2004), Al-Qira’at Ahkamuha wa Masdaruha,

Kaherah, Dar al- Salam.