1076 doktrin khurafat -...

21
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 945 DOKTRIN KHURAFAT : PEMAHAMAN MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AL-HADITH ROGAYAH BINTI CHEK Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. [email protected] No. Tel. 019- 8898190 / 019-439870 ZAINORA DAUD Akademi Islam KUIS [email protected] Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman, seiring perkembangan pasca moden, kemajuan ketamadunan yang pesat serta perkembangan ilmu secara global. Ini berlaku rentetan munculnya media massa yang pelbagai dan perbualan dari mulut ke mulut antara generasi masih jelas keberadaan budaya dan amalan karut marut sehingga membawa kepada perkara syirik dan khurafat. Walaupun dasarnya, budaya dan amalan tersebut dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata dengan beralaskan bahawa masyarakat kini sudah bijak menilai antara baik dan buruk serta antara realiti dan fantasi. Namun, ini telah memberi gambaran realiti keberadaan fahaman serta amalan khurafat dalam kalangan masyarakat. Justeru, artikel ini adalah bertujuan untuk menjelaskan secara lebih komprihensif pengertian khurafat dari aspek al-Quran dan al- Hadith dan meninjau doktrin khurafat yang sangat bertentangan merangkumi pelbagai bentuk dan gaya serta perkara berkaitan dengannya. Metodologi kajian secara kualitatif dijalankan menerusi rujukan dokumentasi sebagai instrumen kajian, dikukuhkan lagi tinjauan penyelidikan lepas serta sumber primer a-Quran dan al- Hadith, pandangan ulama terdahulu dan ilmuan kontemporari. Analisis kajian secara induktif dilaksanakan bagi merumuskan segala maklumat dan hasil kajian. Hasil kajian jelas menunjukkan permasalahan khurafat ini tidak boleh dianggap remeh dan perlu dibanteras secara ilmiah di dalam memberi kefahaman kalangan masyarakat supaya masyarakat tidak terus terjebak atau terperangkap dalam bahaya khurafat. Segala halangan-halangan atau sekatan-sekatan psikologi dalam kalangan individu yang meyakini khurafat, perlu dipecahkan agar mereka tidak berada dalam keadaan ketakutan dan bebas untuk melaksanakan tuntutan sesuatu tugas dengan sempurna di dalam melahirkan masyarakat yang benar-benar berpaksikan al-Quran dan al-Hadith. Kata kunci : Doktrin, Khurafat, Pemahaman,Al-Quran,Al-Hadith, Kontemporari 1. Pengenalan Agama Islam yang bertunjangkan al-Quran dan al-Hadith sebagai satu perlembagaan yang menjadi panduan kepada umat Islam telah membawa ajaran akidah tauhid yang memerangi berhala dan semua akidah yang kontra dengan tauhid. Bangsa Arab Jahiliyyah yang berpegang dengan penyembahan patung dan berhala serta dipenuhi oleh berbagai unsur yang berlawanan dengan akidah tauhid. Oleh yang demikian, Islam telah memerangi segala apa jua rupa dan bentuk akidah yang salah, sesat dan berlawanan dengan akidah tauhid seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran dan al-Hadith.Walaupun Islam menentang khurafat, namun khurafat terus wujud dalam kalangan masyarakat Islam sehingga kini. Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w, khurafat bukanlah sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi. Namun, apakah faktor-faktor yang menyumbang kelangsungan gejala khurafat sehingga kini kalangan masyarakat Islam? Ini memerlukan 1076

Upload: lynhan

Post on 07-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

945

DOKTRIN KHURAFAT : PEMAHAMAN MENURUT

PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AL-HADITH

ROGAYAH BINTI CHEK

Jabatan al-Quran dan al-Hadith

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya.

[email protected]

No. Tel. 019- 8898190 / 019-439870

ZAINORA DAUD

Akademi Islam

KUIS

[email protected]

Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman, seiring perkembangan pasca moden,

kemajuan ketamadunan yang pesat serta perkembangan ilmu secara global. Ini berlaku rentetan munculnya

media massa yang pelbagai dan perbualan dari mulut ke mulut antara generasi masih jelas keberadaan budaya

dan amalan karut marut sehingga membawa kepada perkara syirik dan khurafat. Walaupun dasarnya, budaya

dan amalan tersebut dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata dengan beralaskan bahawa masyarakat

kini sudah bijak menilai antara baik dan buruk serta antara realiti dan fantasi. Namun, ini telah memberi

gambaran realiti keberadaan fahaman serta amalan khurafat dalam kalangan masyarakat. Justeru, artikel ini

adalah bertujuan untuk menjelaskan secara lebih komprihensif pengertian khurafat dari aspek al-Quran dan al-

Hadith dan meninjau doktrin khurafat yang sangat bertentangan merangkumi pelbagai bentuk dan gaya serta

perkara berkaitan dengannya. Metodologi kajian secara kualitatif dijalankan menerusi rujukan dokumentasi

sebagai instrumen kajian, dikukuhkan lagi tinjauan penyelidikan lepas serta sumber primer a-Quran dan al-

Hadith, pandangan ulama terdahulu dan ilmuan kontemporari. Analisis kajian secara induktif dilaksanakan

bagi merumuskan segala maklumat dan hasil kajian. Hasil kajian jelas menunjukkan permasalahan khurafat ini

tidak boleh dianggap remeh dan perlu dibanteras secara ilmiah di dalam memberi kefahaman kalangan

masyarakat supaya masyarakat tidak terus terjebak atau terperangkap dalam bahaya khurafat. Segala

halangan-halangan atau sekatan-sekatan psikologi dalam kalangan individu yang meyakini khurafat, perlu

dipecahkan agar mereka tidak berada dalam keadaan ketakutan dan bebas untuk melaksanakan tuntutan

sesuatu tugas dengan sempurna di dalam melahirkan masyarakat yang benar-benar berpaksikan al-Quran dan

al-Hadith.

Kata kunci : Doktrin, Khurafat, Pemahaman,Al-Quran,Al-Hadith, Kontemporari

1. Pengenalan

Agama Islam yang bertunjangkan al-Quran dan al-Hadith sebagai satu perlembagaan yang

menjadi panduan kepada umat Islam telah membawa ajaran akidah tauhid yang memerangi

berhala dan semua akidah yang kontra dengan tauhid. Bangsa Arab Jahiliyyah yang

berpegang dengan penyembahan patung dan berhala serta dipenuhi oleh berbagai unsur yang

berlawanan dengan akidah tauhid. Oleh yang demikian, Islam telah memerangi segala apa jua

rupa dan bentuk akidah yang salah, sesat dan berlawanan dengan akidah tauhid seperti yang

dinyatakan di dalam al-Quran dan al-Hadith.Walaupun Islam menentang khurafat, namun

khurafat terus wujud dalam kalangan masyarakat Islam sehingga kini. Berdasarkan ayat-ayat

al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w, khurafat bukanlah sesuatu yang baru dan telah

wujud sejak zaman Rasulullah lagi. Namun, apakah faktor-faktor yang menyumbang

kelangsungan gejala khurafat sehingga kini kalangan masyarakat Islam? Ini memerlukan

1076

Page 2: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

946

kesinambungan usaha yang gigih dan dakwah berterusan khususnya bagi menghalang budaya

khurafat terus merebak dari generasi ke generasi. Pemahaman yang tepat dan jelas tentang

khurafat perlu diterapkan secara sempurna kepada masyarakat seiring kefahaman menurut

perspektif al-Quran dan al-hadith.

2.0 Pengertian Khurafat dari Aspek Bahasa

Maksud doktrin ialah prinsip atau kepercayaan yang dianggap benar dan satu-satunya dapat

diterima (Hajah Noresah bt Baharom, 2002). Maksud ‘Khurafat’ pula ialah ajaran yang

bukan-bukan, atau karut, dongeng dan tahyul (Hajah Noresah bt Baharom,2002). ‘al-

khurafat’ juga bermaksud cerita bohong, dongeng dan tahyul atau sesuatu yang tidak masuk

akal. Semua kepercayaan, keyakinan atau kegiatan yang tidak memiliki dasar atau bersumber

daripada ajaran agama tetapi diyakini bahawa hal tersebut berasal dan memiliki dasar

daripada agama (Ensiklopedia Islam, 2004).

Merujuk kepada etimologi, adalah ternyata khurafat berasal dari bahasa arab kharafa-

yakhrifu-kharfan-khurafatan. Padanan bahasa Inggerisnya merujuk kepada supersition atau

supertitio dalam bahasa Latinnya yang membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita

bohong dongeng dan tahayul atau sesuatu hal yang tidak masuk akal atau sesuatu yang dusta

tetapi menarik (Ensiklopedia Hukum Islam, 1997) atau sesuatu cerita yang dusta tetapi

menarik (Ibnu Manzur, 1907). Menurut aspek terminologinya bererti lemah akal kerana

ketuaan atau orang yang rosak akalnya sebab nyanyuk kerana terlalu tua (Ibnu Manzur,

1907). Manakala, dalam buku kecil Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan

Akidah, JAKIM 2006, mendefinasikan khurafat ialah cerita-cerita yang mempersonakan

yang dicampuradukkan dengan pekara dusta, khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat

istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang amat bertentangan dengan ajaran Islam.

Semua pekara yang berkaitan perlu dijauhi oleh semua orang Islam, kerana ia merupakan

dosa. Tegasnya, kurafat adalah amalan atau fahaman atau tingkahlaku atau perbuatan yang

bercanggah dengan akidah dan syariah Islam. Oleh itu kurafat boleh diketagorikan sebagai

ajaran sesat (JAKIM, 2006).

3.0 Pengertian Khurafat Dari Sudut Istilah

Page 3: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

947

Menurut Husin ‘Abdul Wahid, khurafat adalah perkara yang saling bersilih ganti dengan

dongeng yang asasnya tidak wujud. Khurafat adalah merupakan dongeng yang berubah-ubah

yang dikhayalkan dan digambarkan oleh masyarakat sebagai makhluk halus yang boleh

berubah kepada menyerupai sesuatu. Sesuatu gambaran yang dikhayalkan berdasar realiti

semasa atau identiti masyarakat setempat Hai Bin Yaqdzan berpandangan khurafat berlaku

atas sebab manusia yang sifatnya inginkan motivasi dan perlukan kekuatan dalam menjalani

kehidupan. Kompenan yang penting kewujudan khurafat ini adalah dari generasi berpindah

ke generasi seterusnya dengan versi yang sama tetapi ditokok tambah dan penyelewengan

yang semakin berkembang (Hussin ‘Abdul Wahid, 1980).

Manakala Dr Ali Mahfuz, seorang ahli teologi Islam, mendefinisikan khurafat adalah sesuatu

yang tidak dapat diterima oleh akal yang sihat. Orang yang membawa hal-hal yang bersifat

khurafat biasanya suka memutarbalikkan fakta, memberikan hal-hal yang bersifat dusta dan

menonjolkan hal-hal yang batil (Hussin Abdul Wahid, 1980).

Dari sudut kategori bid’ah pula, keberadaan khurafat adalah sebahagian dari bid’ah yang

diertikan sebagai penambahan kepada apa yang dibenarkan syarak. Penambahan dalam hal-

hal ibadah disebut bid’ah, manakala dalam kepercayaan (akidah) dinamakan bidah akidah

atau khurafat (H.Djarnawi Hadi Kusuma, t.t.).

Al-Sheikh ‘Ali Mahfuz menjelaskan bid’ah akidah (khurafat) sebagai kepercayaan kepada

sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w. (Ali Mahfuz, t.t)

Justeru, setiap

individu perlu memahami secara jelas dan tidak memandang remeh perkara bid’ah agar tidak

terjerumus ke dalam khurafat.

4.0 Pengertian Khurafat dari Aspek Pandangan Ulama

Berpandukan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan malaysia

Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Augus 1996 telah

membincangkan Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah

memutuskan bahawa bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan

panduan kepada orang ramai (E-Fatwa,1996):

Page 4: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

948

i. Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang,

adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari

ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat

karut atau dusta.

ii. Azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan

bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudharatkan orang lain dengan menggunakan

objek-objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa

ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja.

iii. Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat. Segala amalan dan kepercayaan

yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, hadith,

ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam.

iv. Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan

oleh setengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan orang-orang yang

bersahabat dan menggunakan jin dan tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong

di dalam golongan orang-orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri.

v. Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal,

ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang

dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Justeru, pendekatan yang digunakan oleh penulis dalam mengklasifikan bentuk amalan

khurafat dalam masyarakat Islam adalah bercirikan seperti berikut:

i. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak samaada al-Quran dan al-Hadith

(Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei Darussalam,2010).

ii. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut (Kementerian

Hal Ehwal Agama Brunei Darussalam,2010) .

iii. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercanggah

dengan Islam (JAKIM, 1997).

iv. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan yang

memudharatkan dan menyeleweng dari akidah Islam (JAKIM, 1997).

v. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk

tujuan tertentu (JAKIM,1997).

vi. Mempunyai unsur-unsur negatif pada akidah dan syariah Islam (JAKIM,1997).

Page 5: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

949

Manakala digolongkan syirik jika percaya bahawa ada yang memberi kesan selain Allah,

percaya bahawa ada yang mempunyai kekuasaan mutlak selain Allah. Seperti iktikad

(kepercayaan orang-orang yang mengabdi diri kepada berhala dan meminta pertolongan

kepadanya dalam perkara yang diluar kuasa manusia, seperti meminta menang dalam

pertandingan atau perlawanan, meminta sembuh dari sakit tanpa usaha berubat (Inilah syirik

yang dilakukan oleh kaum watsani (penyembah berhala,tugu dan sebagainya), dan golongan

seperti mereka. Syariat datang menghapuskannya dan Islam menghanjurkan untuk

mengembalikan perkara diluar kekuasaan manusia dan sebab-sebab alami kepada Allah yang

Maha Esa sahaja (Muhammad Abduh, 1960) .

Berdasarkan keterangan yang dikemukakan, bolehlah dirumuskan bahawa istilah doktrin

khurafat merujuk kepada samaada sesuatu perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah,

bilangan tertentu sesuatu perkara, konsep, prinsip atau mazhab yang dipercayai dan

diiktikadkan dengan yakin sebagai boleh mendatangkan kebahagiaan atau penderitaan kepada

seseorang. Hakikatnya, semua itu merupakan sesuatu yang tidak sekali-kali terdapat sumber

dan suruhan agama Islam yang suci. Pada waktu yang sama bertentangan dengan logik akal

yang sihat dan tidak bersandarkan kepada realiti, kerana ia merupakan sesuatu yang batil,

langsung tidak mengandungi unsur kebenaran.

5.0 Pemahaman Doktrin Khurafat Menurut Perspektif al-Quran

Al-Quran hanya menyatakan hukum secara ringkas dan melalui kaedah kuliyyah (Yusuf al-

Qaradawi, 2006). Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang sebab dan implikasi

daripada perbuatan khurafat. Walaupun tidak ada satu ayat khusus yang menyebutkan secara

jelas tentang perkataan khurafat (Che Zarina Sha’ari, 2002). Antara contoh ayat al-Quran ini

menyebutkan, orang mukmin mesti percaya hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa memberi

nikmat atau bala kepada manusia. Ini dinyatakan dalam Firman Allah s.w.t (Che Zarina

Sha’ari, 2002):

Maksudnya:“Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan

menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah

bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan

Page 6: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

950

kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang

beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51 )

Menerusi ayat ini Allah s.w.t telah menjelaskan segala kebaikan dan kemudaratan adalah

datangnya dari Allah s.w.t dan atas izin dan ketetapan-Nya jua. Ayat ini memberi petunjuk

kepada Rasulullah s.a.w bagaimana menghadapi sikap para munafiqin itu dan memerintahkan

agar baginda menjawab pernyataan orang munafiqin dengan mengatakan “Sekali-kali tidak

ada sesuatu yang akan menimpa diri kami selain apa yang telah ditetapkan dan ditakdirkan

oleh Allah s.w.t. Dia-lah pelindung kami dan hanya kepada-Nya kami dan orang-orang

mukmin bertawakkal (H.Halim Bahreisy,1998). Allah S.W.T juga memperkukuhkan tentang

sifat Allah yang berkuasa dan ke-Esaan-Nya dengan menafikan sekerasnya perbuatan dan

kepercayaan dongeng dan tidak benar sebilangan masyarakat seperti yang disebut di dalam

dalam al-Quran:

Maksudnya:“(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah

Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri?Dia pula yang

menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan

segala-galanya. Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah

Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,

yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya dan

(ingatlah) Dialah yang mentadbirkan segala-galanya.”

( Surah al-An’am 6: 101-102)

Ayat ini memperjelaskan kesesatan dari kaum musyirikin yang mempersekutukan Allah

dengan Jin dan lain-lainnya, padahal Allah-lah pencipta langit dan segala sesuatu dan

mengetahui segala sesuatu. Semua yang ada adalah makhluk yang dijadikan, bukan anak

Allah walau berupa malaikat atau nabi dan rasul yang terdekat dengan Allah S.W.T. Allah

juga menekankan kepada setiap insan bahawa itulah sesungguhnya Allah yang bersifat

kekuasaan, kebesaran, tiada Tuhan kecuali Dia, pencipta segala sesuatu, maka hanya Allah

kalian harus mengabdi, menyembah, taat dan patuh, bahkan Dia-lah yang menjamin segala

sesuatu (H.Halim Bahreisy, 1988).

Page 7: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

951

Allah s.w.t juga melarang keras makhluknya mensyirikkan-Nya seperti yang dijelaskankan

di dalam al-Quran:

Maksudnya:“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan

siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari

dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu

sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya

beribadat kepada Allah.” (surah Fussilat 4 : 37)

Ayat di atas juga membuktikan keberadaan khurafat dan perkara syirik sejak zaman

Rasulullah s.a.w. dan nabi sebelumnya lagi. Allah s.w.t tetap menekankan di dalam al-Quran

tentang kekuasaan-Nya sebagai asas pemantapan aqidah antaranya Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

(Surah al-Fatihah 1 : 4)

Hamba Allah yang sebenarnya ialah: Orang yang menyembah kepada-Nya tidak kepada yang

lain. Kerana tiada sesuatu yang boleh memberi manfaat atau mudharat selain Allah berkuasa

memberi pengadilan (Ahmad Sonhadji Mohammad, 1988).

Antara amalan khurafat yang masih diamalkan masyarakat kontemporari ialah amalan tilik

menilik nasib. Iaitu perbuatan bertenung dan mempercayai apakah baik atau buruknya akibat

keputusan hasil tindakan yang akan dilaksanan. Amalan mempercayai tilik nasib adalah

perbuatan khurafat dan dilarang keras di dalam Islam. Al-Quran membuktikan kewujudannya

dengan menjelaskan tiada yang tahu perkara ghaib kecuali Allah. Sepertimana Firman Allah

s.w.t.

Page 8: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

952

Maksudnya: “ Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi

yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah

mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup

semula (sesudah mati).(Surah al-Naml 27: 65)

Berdasar maksud ayat ini juga menjelaskan kekuasaan-Nya sebagai kesinambungan pada ayat

sebelum-Nya yang membuktikan Allah mencabar kaum yang mengerjakan amalan syirik agar

membuktikan tentang kebenaran syirik yang dilakukan oleh kaum kafir musyrik (JAKIM,

2001).

Secara terperinci Allah menjelaskan lagi:

“Maksudnya: Katakanlah: Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi

diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah

dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan

mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah

dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah

(Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan

membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.”

(Surah Al-‘Araf 7 : 188)

Ayat-ayat al-Quran di atas telah menerangkan secara umum keberadaan khurafat dan methide

mengatasi serta implikasi khurafat. Ini dikukuhkan lagi dengan al-Hadith bagi menolak

beberapa amalan yang bertentangan dengan Islam dan menjelaskan kebenaran ajaran Islam.

6.0 Pemahaman Doktrin Khurafat Menurut Perspektif al-Hadith

Page 9: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

953

Istilah khurafat dan kemunculan asal usulnya bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi

(Ensiklopedia Hukum Islam, 1997). Istilah ini muncul setelah timbulnya cerita tentang khurafat,

Abi al-Kalabi menceritakan bahawa ada seorang lelaki dari Bani ‘Uzrah. Suatu hari ia telah

ditangkap oleh jin, setelah itu ia pun dikembalikan oleh jin kepada kaumnya lantas ia

menceritakan tentang peristiwa dan kejadian aneh dan menakjubkan yang pernah ia lihat

semasa berada di alam jin. Sebaik mendengar cerita itu, orang ramai menjadi ta’ajub dan

berkata bahawa ia sesuatu yang tidak masuk akal dan ia adalah cerita khurafat (Ibnu Manzur,

1907),.

Asal usul khurafat ini juga telah diriwayatkan menerusi hadith tersebut:

Maksudnya:“Dari Aisyah berkata; "Pada Suatu malam Nabi s.a.w bercerita

kepada para istrinya, lalu ada salah seorang dari mereka berkata; 'Wahai

Rasulullah, itu adalah cerita khurafat.' Rasulullah s.a.w bersabda: "Apakah

kalian tahu apa itu khurafat? khurafat adalah seorang laki-laki dari

‘Udzrah yang ditawan oleh para jin di masa jahiliyyah, ia tinggal bersama

mereka dalam jangka waktu sekian lama, kemudian para jin tersebut

mengembalikannya kepada wujud manusia, lalu Khurafat bercerita kepada

orang ramai tentang hal-hal yang menghairankan yang ia lihat di alam jin,

hingga akhirnya orang-ramai berkata; cerita Khurafat." Ayahku berkata;

Abu ‘Uqail ini adalah tsiqah, nama dia Abdulloh bin Aqil Ats-Tsaqafi.

(Musnad Ahmad :24085)

7.0 Pemahaman dalam bentuk-Bentuk Khurafat Menurut Perspektif Al-Quran Dan

Hadith

Selain hadith-hadith yang menjelaskan asal usul khurafat, makna, sebab dan implikasi serta

hukum meyakini amalan khurafat, terdapat juga hadith-hadith lain menjelaskan bentuk-

bentuk keberadaan khurafat di zaman Rasulullah s.a.w. yang perlu difahamai secara tuntas

Page 10: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

954

oleh masyarakat bagi mengenalpasti pro dan kontra setiap amalan dalam syariat Islam.

Antara ayat al-Quran dan hadith-hadith berkaitan adalah:

7.1 Pertama: Peristiwa Pohon Bai’atur Ridwan

Ketika pemerintahan Khalifah 'Umar bin al-Khatthâb, muncul gejala pada sebagian kaum

muslimin yang memiliki kebergantungan kepada barang-barang peninggalan dan kenangan

sejarah yang tidak bercantum keutamaannya dalam nas. Peristiwa pokok ini telah

mempengaruhi aqidah dan amalan dalam agama masyarakat ketika itu dilihat Umar r.a

menyumbang kepada kepercayaan dan amalan masyarakat kearah khurafat dan syirik .

Khalifah 'Umar bin al-Khattâb dan para sahabat melarang dan memperingatkan manusia dari

perbuatan tersebut. Tertera dalam Al-Quran sejarah Rasulullah bersama sahabat di bawah

sebuah pohon sepertimana Firman Allah s.w.t dalam surah al-Fath ayat18:

Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Allah redha akan orang-orang yang

beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu

(wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di

Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya

tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu

Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas

mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya”.(al-Fath:48:15)

Sebab penurunan ayat al-Quran ini yang mengisahkan ketika Rasulullah s.a.w

mengumpulkan seluruh mukminin di bawah pohon dan mengambil sumpah mereka untuk

bersedia berjihad memerangi orang-orang kafir yang menghalang mereka untuk memasuki

Mekah mengerjakan umrah ketika itu. Umat Islam berbai’ah (bersumpah) satu persatu

dengan cara meletakkan tangannya ke atas tangan Rasulullah. Baginda yang terakhir

meletakkan satu tangan baginda sendiri ke atas tangan baginda sendiri sambil mengatakan

bahwa yang satu adalah tangan Usman, Baginda telah mewakili Usman berbai’at. Ini adalah

salah satu penghormatan unik terhadap Usman dimana Rasulullah s.a.w mengibaratkan

Page 11: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

955

tangan baginda sebagai tangan Usman. Setelah kembalinya Usman bersama rombongan

mukminin tersebut, maka iapun berbai'at untuk dirinya sendiri (Ahmad Bin Abdul Rahman

al-Suyan, 1999).

Mereka yang ikut serta dalam peristiwa bai'aturridwan ini telah diberi penghormatan

besar oleh Allah dan Rasulnya. At-Tabari mentafsirkan ayat ini dari kisah Rasulullah s.a.w

dan Allah sangat menyukai sumpah yang telah diucapkan oleh para sahabat ini. Bai’at ini

terjadi di bawah pohon di Hudaibiyah.

Umar bin Khattab memerintahkan agar pohon (bai’atur ridwan ) untuk ditebang. Beliau

menebangnya karena ramai manusia yang pergi ke sana dan salat di bawahnya. Ini

membuatnya bimbangakan terjadi fitnah (kesyirikan) terhadap mereka (Ahmad Bin Abdul

Rahman al-Suyan, 1999).

7.2 Kedua: Kisah Kepercayaan Keramat Pada Pohon Zatu Anwat.

Kisah pohon zatu anwath, iaitu pohon milik orang musyrik yang menggantungkan senjata-

senjata mereka di pohon tersebut karena dianggap keramat. Rasulullah s.a.w. melarang

perkara tersebut. Ini diriwayat kan dari Abu Waqid al-Laitsi r.a., dia berkata,

Maksudnya:“Dahulu kami berangkat bersama Rasulullah s.a.w. keluar

menuju Khaibar. Lalu, baginda melalui pohon orang musyrik yang

dinamakan zatu Anwat. Mereka menggantungkan senjata mereka. Lalu

mereka berkata, “Wahai Rasulullah!Buatkanlah untuk kami zatu

Anwat.(tempat menggantungkan senjata) sebagaimana mereka memiliki

zatu Anwat..” Rasulullah s.a.w menjawab, “Subhanallah! Sebagaimana

yang dikatakan oleh kaum Musa: Jadikanlah untuk kami sesembahan

sebagaimana mereka memiliki sesembahan-sesembahan.” Kalian benar-

benar akan mengikuti kebiasaan-kebiasaan orang-orang sebelum

kalian.” (Sunan Tirmidzi : 2106 )

Penjelasan bahwa tabarruk (ambil berkah) dengan pohon dan batu, beri’tikaf di situ dan

menggantungkan hati padanya merupakan kesyirikan yang terjadi pada umat ini. Mereka

Page 12: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

956

yang terjerumus dalam hal ini, maka mereka mengikut jalan Yahudi dan Nasrani

meninggalkan jalan dan petunjuk Nabi s.a.w.

7.3 Ketiga: Percaya Kepada Sial Majal Gerhana Matahari

Seperti yang disebutkan dalam hadith antaranya:

Maksudnya:“Abu Bakrah berkata, "Kami pernah duduk-duduk bersama

Rasulullah s.a.w lalu terjadi gerhana matahari. Rasulullah berdiri

menjulurkan selendangnya hingga masuk ke dalam masjid, kamipun ikut

masuk ke dalam Masjid, baginda lalu mengimami kami shalat dua rakaat

hingga matahari kembali nampak bersinar. Setelah itu baginda bersabda:

"Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan mengalami gerhana

disebabkan karena matinya seseorang. Jika kalian melihat gerhana keduanya,

maka dirikanlah shalat dan banyaklah berdoa hingga selesai gerhana yang

terjadi pada kalian." (Shahih Bukhari :982)

Menerusi hadith lain juga Rasulullah s.a.w menerangkan:

Maksudnya:“Al Mughirah bin Syu'bah berkata, "Pada masa Rasulullah

s.a.w. pernah terjadi gerhana matahari, iaitu di hari wafatnya putera

baginda, Ibrahim. Orang ramai lalu berkata, "Gerhana matahari ini terjadi

karena meninggalnya Ibrahim!" Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda:

"Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan mengalami gerhana

Page 13: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

957

disebabkan karena mati atau hidupnya seseorang. Jika kalian melihat

gerhana, maka salat dan berdoalah kalian kepada Allah."

(Shahih Bukhari :985)

Hadith di atas jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. menentang kepercayaan dan amalan

khurafat yang jelas melemahkan diri dan pemikiran seseorang. Kepercayaan terhadap

gerhana matahari yang berlaku disebabkan matinya seseorang adalah salah dan khurafat.

7.4 Keempat: Percaya Kepada Kesan Binatang

Rasulullah pernah melarang mereka yang percaya hujan turun disebabkan oleh binatang.

Antara hadith yang menerangkan larangan ini ialah, Zaid Bin Khalid menceritakan,

Rasulullah menjadi imam solat subuh di Hudaidiyyah, selepas hujan turun pada sebelah

malamnya. Apabila telah selesai solat, baginda berpaling kepada orang ramai dan berkata,

tahukah saudara sekalian apa kata Tuhan saudara? Mereka menjawab, “Allah dan Utusan-

Nya yang lebih tahu”. Rasulullah pun menerangkan, Allah menerangkan ‘Ada hamba-ku

yang bangun pagi dalam keadaan beriman yakin kepada-ku dan ada pula yang kafir kepada

binatang. Manakala mereka berkata, “Hujan turun kepada kami disebabkan binatang itu

binatang ini,’ itulah orang yang kafir kepada-Ku dan yakin kepada binatang” (Riwayat

Bukhari Dan Muslim), (Imam Nawawi,2012).

Maksudnya: “Dari Jabir dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam bersabda: Tidak ada penyakit yang menular secara sendirian,

tidak ada pengaruh atau tanda bahaya karena suara burung, dan tidak ada

hantu." (Shahih Muslim :4119)

7.5 Kelima: Kepercayaan Tahayyul, safar dan pengaruh burung

Page 14: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

958

Maksudnya: “Telah menceritakan kepada kami Qatadah dari Anas

bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak penyakit menular tanpa izin Allah,

tidak ada pengaruh disebabkankan seekor burung, Tetapi yang

mengagumkanku ialah Al Fa'l, yaitu kalimah hasanah atau kalimat

thayyibah." (Shahih Muslim : 4123)

Rasulullah s.a.w menerangkan tiada pengaruh dan kesan bala atau kecelakaan disebabkan

burung dan juga tidaka akan berlaku kesan penyakit menular tanpa izin Allah s.w.t. bersabda

Rasulullah lagi maksudnya:

Maksudnya: “Dari Jabir Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada penyakit

yang menular secara sendirian tanpa izin Allah, tidak ada hantu

bergentayangan dan tidak ada shafar (penyakit perut) yang terjadi

dengan sendirinya."

(Shahih Muslim:4120)

Justeru, masyarakat arab Jahilliyyah di zaman Rasulullah s.a.w. mempunyai keparcayaan

bahawa bulan safar banyak mendatangkan bala, untung nasib di kemudian hari yang

kononnya dapat diketahui melalui cara menilik untung dan burung hantu membawa sial. Ini

jelas menyalahi akidah dan dianggap khurafat kerana bertentangan dengan hadith Rasulullah

s.a.w . seperti yang telah dijelaskan di atas (Al-Bukhari al-Karmani,1981). Kepercayaan

kaum Musyabbihah dan kaum Mujassimah yang menyifatkan Allah menyerupai makhluk,

juga dianggap khurafat (Ali Mahfuz,t.t). Ini kerana menyalahi firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:“ Tidak ada sesuatu yang menyerupai Allah s.w.t.”(As-Syura 42:11).

Page 15: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

959

Kesimpulannya menunjukkan bahawa perkara–perkara khurafat itu sememangnya banyak

jenis dan bentuknya. Ini dipandang kepada istilah khurafat itu sendiri, apa sahaja kepercayaan

yang bertentangan dengan ajaran Islam dinamakan khurafat. Bentuk-bentuk khurafat di

zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat ini masih jelas dilihat keberadaanya dalam kalangan

masyarakat Melayu hingga kini.

6.0 Hukum Terhadap Amalan Khurafat

Apabila membicarakan persoalan khurafat, Islam berpandangan bahawa semua bentuk

pemujaan yang terdapat dalam animisme adalah termasuk dalam ‘syirik’, ertinya

mempersekutukan Tuhan, kerana pemujaan yang terdapat di dalamnnya hanya tertumpu

kepada bahagian-bahagian alam yang diciptakan Tuhan (Warden Amir, 1976) . Islam telah

mengharamkan amalan khurafat kepada manusia menerusi al-Quran dan al-Hadith sebagai

petunjuk jelas kepada manusia. Amalan khurafat dan menyeleweng dan berkait rapat dengan

syirik amat dimurkai Allah S.W.T dan amat ditegah dalam Islam seperti yang dinyatakan

antaranya sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:“Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id dari 'Ubaidullah telah

bercerita kepadaku Nafi' dari Shafiyyah dari salah seorang istri Nabi Shallallahu

'alaihi wa salam dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa salam bersabda: "Barangsiapa

mendatangi peramal lalu mempercayai ucapannya, shalatnya selama empatpuluh

hari tidak diterima." (Musnad Ahmad : 22138)

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Jin ayat 6 :

Maksudnya:“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan)

beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan

meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan

Page 16: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

960

permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan

jahat.” (Surah al-Jin72:9)

Firman Allah s.w.t dam surah Al-nisa’ Ayat 116:

Maksudnya:“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang

mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan

yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya

(menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan

Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan

kesesatan yang amat jauh.”

Hukum orang yang menafikan ke-Esaan Allah S.W.T dengan meyakini sesuatu yang lain

selain Allah, contohnya pemujaan kubur dengan mempercayai boleh menolak musibah

adalah syirik besar (Mohammad Solih Al-Asimain,1426). Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: “Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan

sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan

tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi

orang-orang yang berlaku zalim.” (Surah Al-Maidah 5:72)

Manakala terdapat banyak Hadith Rasulullah s.a.w yang menyentuh berkaitan hukum perkara

yang diada-adakan tanpa ada nas yang benar, dongeng dan khurafat ini antaranya:

Page 17: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

961

Maksudnya:“Dari Al Qasim bin Muhammad dari 'Aisyah radliallahu 'anha

ia berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa membuat-buat suatu

perkara yang tidak ada dalam agama kami, maka akan tertolak." Ibnu Isa

menyebutkan, "Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa membuat perkara

baru selain dari yang kami perintahkan maka akan tertolak."

(Sunan Abu Daud:3990)

Al-Hafiz Ibnu Rejab berkata: “Hadis ini merupakan antara dasar Islam, iaitu sebagai

timbangan amal secara zahir sebagaimana hadis yang berbunyi “ Setiap amalan itu tergantung

niat” menjadi timbangan amal secara batin (Sheikh Sa’ad Yusuf Abu Aziz, t.t).

Maksudnya:“Dari Kharijah bin Ash Shalt At Tamimi dari Pamannya ia

berkata, "Kami datang dari sisi Rasulullah s.a.w, kemudian kami datang

menemui suatu perkampungan Arab. Penduduk kampung itu kemudian

berkata, "Sesungguhnya kami telah diberitahu bahwa kalian datang dari

orang ini (Rasulullah s.a.w) dengan membawa kebaikan. Apakah kalian

memiliki ubat atau jampi? Sesungguhnya kami memiliki orang yang kurang

akal yang terikat." Bapa saudara Kharijah berkata, "Kami lantas

menjawab, "Ya." Kemudian mereka datang membawa orang yang kurang

akal yang terikat tersebut. Kemudian aku bacakan kepadanya Surat Al

Fatihah selama tiga hari pagi dan petang. Setiap kali aku selesai

membacanya aku kumpulkan ludahku kemudian aku ludahkan. Kemudian

orang tersebut seolah-olah telah terlepas dari belenggu." Bapa saudara

Page 18: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

962

Kharijah berkata lagi, "Kemudian mereka memberiku hadiah. Lalu aku

katakan, "Tidak akan aku bagikan hingga aku bertanya kepada Rasulullah

s.a.w." Baginda lantas bersabda: "Makanlah, demi Dzat yang

memanjangkan umurku. Sungguh, ada orang yang memakan dengan sebab

jampi batil, namun engkau makan dengan menggunakan jampi yang benar."

(Sunan Abu Daud:3402)

Justeru, Islam mensyariatkan berdoa untuk kesembuhan pesakit, menjampinya dengan al-

Quran al-Karim dan membaca ayat-ayat penyembuh seperti yang diharuskan syarak (Sheikh

Muhammad Al-Ghazali,2012). Sebagaimana setiap amal yang tidak dilakukan kerana Allah,

pelakunya tidak mendapat pahala, maka begitu juga setiap amal yang tidak berdasarkan

perintah Allah s.w.t dan Rasul-Nya, maka amal itu dikembalikan kepada pelakunya dengan

kata lain tidak mendapat pahala (Sheikh Muhammad Al-Ghazali,2012). Justeru, Doktrin

khurafat iaitu kepercayaan menganggap benar akan perkara khurafat perlu di dipatahkan

hujahnya berdasar kebenaran yang nyata dari al-Quran dan al-hadith. Kebenaran al-Quran

dan hadith-hadith yang memberi faham tentang bentuk amalan karut marut, dongeng dan

tiada asas dalam al-Quran dan al-hadith adalah dilarang di dalam Islam. Amalan yang

dilarang di zaman Rasulullah nyata bertentangan dengan konsep ketauhidan dan perlu

dipertanggungjawabkan kepada setiap muslim untuk mematuhi dan mencegah sehingga ke

hari ini.

8.0 Kesimpulan

Artikel ini jelas menunjukkan bahawa doktrin khurafat iaitu berkaitan semua cerita atau

rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan

atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan

perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta. Lantaran itu, sentimen khurafat yang

berkembang sejak zaman awal Islam hingga masa kini, perlu ditangani dari akar umbi

melalui pemahaman sebenar berkaitan khurafat oleh setiap individu muslim terhadap kesan

bahaya pegangan khurafat. Malahan amalan serta budaya doktrin khurafat dari perspektif al-

Quran, hadith dan pandagan ulama menunjukkan hukumnya adalah haram kerana ia jelas

bertentangan dengan ajaran Islam yang memerintahkan hamba-hambaNya hanya beribadat

dan menyembah Allah sahaja dan tiada sebarang kemudharatan yang berlaku melainkan

dengan Qadha’ dan Qadar Allah.

Page 19: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

963

Melalui Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, khususnya komunikasi dan

informasi seiring perubahan kontemporari perlu di pelbagaikan alternatif menyampaikan

pemahaman secara tepat dan perbandingan yang betul atas makna khurafat, bentuk, sebab-

sebab berlaku dan kaedah penyelesaian khurafat dan perlu diambil serius oleh segenap

lapisan masyarakat. Pelbagai bentuk doktrin khurafat juga jelas kelihatan amat bertentangan

dengan al-Quran dan al-Hadith sehingga boleh merosakkan aqidah umat Islam. Penyelesaian

dan pemahaman secara sempurna oleh Rasulullah berkaitan khurafat yang berlaku sejak

zaman Rasulullah s.a.w perlu diaplikasi hingga kini oleh setiap badan dakwah dan setiap

individu. Khususnya, sebagai jaminan akidah dan amalan sebenar berdasar al-Quran dan al-

Hadis dalam seluruh kehidupan. Adanya keyakinan, keimanan yang kuat dan ilmu agama

yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadith yang sahih di hati setiap mukmin, sudah pasti

akan menolak fitnah, khurafat, tahayyul, pembohongan dan lainnya.

Rujukan

Abu Dau. (2011) 39990.Ensiklopedia Hadith Kitab 9 Imam, ter: Lidwa Pusaka Lembaga

Ilmu Dakwah & Publikasi Sarana Keagamaan.

Ahmad Bin Abdul Rahman al-Suyan. (1999) Manhaj Al-Talaqqi Wa al-Istidlal Baina ahlu

al-Sunnah wa al-Mubtadi’ah, Bil.2. Dar al-Assalam.

Ahmad Sonhadji Mohammad. (1988)“Tafsir al-Quran Juz 1”, Kuala Lumpur: Pustaka al-

Mizan, Jalan Raja Alang.

Al-Bukhari al-Karmani. (1981/1401). Juzu 21, cet. Beirut: Dar Ihya al-Arabi.

Al-Mu’jam al-Falsafi. (1983). Qahirah, : al-Hay’ah al-Ammah li Shu’un al-Matabi’ al-

Amiriyyah S.v “Kharafah”.

Ali Mahfuz. (t.t) Al-Ibda’ Fi Madhar al- Ibtida’, Dar al-I’tisan, cct.7, t.t, 52.

Asma’ Abu Bakar. (1992). ‘Umar Ibnu al-Khattab, Min Khilal al-Tafsir al-Quranniyy al-

Ma’thur ‘Anhu, Ter: Beirut, Lubnan: Dar kutub al-‘Alamiyyah.

Che Zarina Sha’ari , “Khurafat antara Adat dan Agama” dalam Majalah al-Islam. ( Kuala

Lumpur: Utusan Melayu (M) Berhad, bil.338, (Febuari 2002), 20.

E-Fatwa, Portal Rasmi Fatwa Malaysia, Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam.

Ensiklopedia Hukum Islam 1997 : Ensiklopedi Islam 1994; dan Mu’jam al-Falsafi 1983.Lihat

juga, kamus Dwi-Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979, 261.

Page 20: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

964

Ensiklopedia Hukum Islam, (1997), Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve, 936.

Ensiklopedia Islam (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004), 3: 57.

JAKIM. (1997). Garis Panduan Khurafat dan Azimat (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia.

Hajah Noresah bt Baharom et.al. (2002) Kamus Dewan Edisi Ketiga, ( Ampang, Selangor

Darul Ehsan: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

H.Djarnawi Hadi Kusuma. (t.t) Ahli Sunnah Wal-Jamaah , Bid’ad Dan Khurafat, cct.TV,

Percetakan Percetakan Persatuan Yogyakarta.

H.Halim Bahreisy, H.Said Bahreisy. (1998). Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir. ( Kuala

Lumpur: Vic tory Agency, P.O Box 12359, 18, Jalan Kovil Hilir.

H.Halim Bahreisy, H.Said Bahreisy, Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir, 293-295.

Hussin A’bdul Wahid. (1998). Al-Tafsir al-a’lami llilkharafat, I’tiraafaat I’frit, terbit: Dar

akhbar al-yaum, Jumhuriyyah Misr al-Arabiyyah Qimah al-Isytirak al-Tsanawi 06,

Janiha Misriyyah.

Hj. Mustakin. (1999). Indeks al-Quran Panduan Mencari Ayat Al-Quran, ter: Kuala Lumpur:

Pustaka Jiwa Sdn.Bhd.

Halaqah.Net, dikemaskini 12 Jun 2010, diakses 6 April 2016, Http://Www.Religious

Affairs.Gov.Bn/Index.Php?Ch= Bm_Artikelislam&Pg= Bm_Info_Islam&Ac=76

H.Moh Abdaib Rothom. (2000). Shahih Bukhari Jil 1,II,III, ( Kuala Lumpur : Victory

Agency, Jalan Kovil Hilir.

Ibnu Manzur. (1907). Lisan al-‘Arab. Beirut.

Imam Nawawi. ( 2012). Riyadus Solihin,terjem: Ainon Mohd et.al ( Selangor: PTS Islamika

Sdn. Bhd. Jln DBP Batu Caves.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2001). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian

Al-Quran”. Kuala Lumpur: Darul Fikr, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei Darussalam, Khurafat Menurut Islam:Pengaruh

Dan Kesannya Kepada Aqidah Umat Islam, Laman sesawang, Islam untuk semua

Mohammad Solih Al-Asimayn. (1426H) Fatawa arkan –Al-Islam ter: Dar al-Syiriya.

Muhammad Abduh. (1353H/1960). Risalah Tauhid. Mesir : Al-Manar.

Musnad Ahmad. 24085, (2011). Ensiklopedi Hadith Kitab 9 Imam, ter: Lidwa Pusaka

Lembaga Ilmu Dakwah & Publikasi Sarana Keagamaan

Page 21: 1076 DOKTRIN KHURAFAT - conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1076-irsyad-2016.pdf · Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

965

Muzakarah Kali Ke-40, Akidah, Tarikh keputusan: 9 Ogos 1996. Diakses pada 2 Febuari

2015.

Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan Akidah, (JAKIM, 2006), 16.

Prof Hamka, Tafsir al-Azhar, juzu’ 7,8,9, Yayasan NurulIslam, t.t, 216.

Sheikh Abdullah Basmieh. (2013). Tafsir Pimpinan Al-Rahman, (Kuala Lumpur: Dar al-Fikr,

Jln Abd Rahman Idris off Jln Raja muda Abdul Aziz.

Sheikh Muhammad Al-Ghazali, Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, Syeikh Wahbah Al-Zuhaili.

(2012). Membersihkan Diri Dan Masyarakat Daripada Bid’ah Dan Khurafat. terj:

Prof. Madya Dr. Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, tr: Al-Hidayah House Of

Publishers SDN BHD, Cet: Zafar Sdn. Bhd.

Sheikh Sa’ad Yusuf Abu Aziz. (t.t). Ensiklopedia Sunnah & Bidaah, Ter: Perniagaan

Jahabersa, Taman Kempas, Johor Bharu, johor. Cet: Percetakan Impian Sdn.Bhd, Jln

Rosemerah 1/3, Taman Johor Jaya, Johor Bharu.

Sunan Abu Daud 3402, Bab Pengubatan Dan Tata Cara Ruqyah.

Yusuf al-Qaradawi. (2006). Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab. Cet. Ke-2. Beirut: Dar al-Syuruq.

Yusuf al-Qardhawi. (1973), al-Halal wa al-Haram, fi al-Islam, Beirut al-Maktab al-Islami.

Della Summers et. al. (2003), Longman Dictionary of Contemporary English,

England : Pearson Education Limited.

Yusuf al-Qardhawi. (1996). Al-‘Aqlu wal-‘Ilmi Fil-Quran al-Karim, Ter: Maktabah Wahbah,

Qahirah, Cet: Matba’ah al-Madani, Mu’assasah Sa’udiyyah, Mesir.

Warden Amir. (1976), Perbandingan Agama, Jil 1, Semarang : Toha Putra, 22-23.