1057 zakat dan sedekah kepada bukan islam:...

11
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 721 ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: KEHARUSAN INTERAKSI MENURUT ISLAM. ABDUL HAKIM BIN BAHARUDIN @ ISMAIL NIK MOHD NABIL BIN IBRAHIM @ NIK HANAFI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ABSTRAK Zakat dan sedekah merupakan satu bentuk perkongsian harta yang dianjurkan dalam Islam. Kedua-duanya adalah ibadah maaliyyah iaitu mengeluarkan sebahagian harta kepada pihak tertentu dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Namun begitu, ia selalunya dikhususkan kepada individu atau institusi Islam sahaja tanpa dilihat kepada keharusan memberikannya kepada golongan bukan Islam. Justeru itu, penulisan ini mengenengahkan perbincangan hukum dan maslahahnya berpandukan kepada dalil-dalil Al- Quran dan hadis serta pandangan para ulamak terhadap keharusan memberikan zakat dan sedekah kepada bukan Islam. Melalui hujahan dan penilaian yang dilakukan, silap faham masyarakat terhadap isu ini dapat dirungkaikan. Kata kunci: Zakat , sedekah, bukan Islam, pendekatan dakwah Pendahuluan Zakat dan sedekah merupakan amalan ibadah maaliyyah yang banyak membantu meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mengurangkan jurang sosioekonomi sesama mereka. Sikap memberikan bantuan dan berkongsi rezeki yang dilimpahkan oleh Allah S.W.T juga mengukuhkan jalinan persaudaraan sesama Islam selain daripada ganjaran yang besar disediakan oleh Allah S.W.T. Lantaran kelebihan dan manfaat tersebut, umat Islam kebiasaannya tidak keberatan untuk mengagihkan sebahagian harta kepada sesama mereka di atas nama zakat dan sedekah. Manakala bantuan kewangan kepada bukan Islam pula jarang dilihat sebagai satu tuntutan menurut Islam, bahkan ia hanya disandarkan pada rasa belas ihsan dan kemanusian. Hakikatnya, Islam tidak pernah mengabaikan keperluan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan sekalipun mereka dikalangan orang bukan Islam. Al-Quran dan hadis menjadi bukti bahawa mendekati bukan Islam dengan menginfaqkan sebahagian harta adalah satu tuntutan di dalam Islam. Ia tidak hanya menjadi medium seruan manusia kepada agama Allah, bahkan juga dijanjikan ganjaran yang baik sebagaimana zakat dan sedekah yang diberikan kepada orang-orang yang beriman. Justeru itu, beberapa perkara utama yang berkaitan dengan tajuk yang dikemukakan akan dibincangkan di sini, iaitu berkenaan asas interaksi dengan bukan Islam dan agihan 1057

Upload: lamque

Post on 11-Feb-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1057 ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1057-irsyad-2016.pdf · meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mengurangkan jurang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

721

ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: KEHARUSAN INTERAKSI

MENURUT ISLAM.

ABDUL HAKIM BIN BAHARUDIN @ ISMAIL

NIK MOHD NABIL BIN IBRAHIM @ NIK HANAFI

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Zakat dan sedekah merupakan satu bentuk perkongsian harta yang dianjurkan dalam Islam. Kedua-duanya

adalah ibadah maaliyyah iaitu mengeluarkan sebahagian harta kepada pihak tertentu dengan tujuan

mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Namun begitu, ia selalunya dikhususkan kepada individu atau institusi

Islam sahaja tanpa dilihat kepada keharusan memberikannya kepada golongan bukan Islam. Justeru itu,

penulisan ini mengenengahkan perbincangan hukum dan maslahahnya berpandukan kepada dalil-dalil Al-

Quran dan hadis serta pandangan para ulamak terhadap keharusan memberikan zakat dan sedekah kepada

bukan Islam. Melalui hujahan dan penilaian yang dilakukan, silap faham masyarakat terhadap isu ini dapat

dirungkaikan.

Kata kunci: Zakat , sedekah, bukan Islam, pendekatan dakwah

Pendahuluan

Zakat dan sedekah merupakan amalan ibadah maaliyyah yang banyak membantu

meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mengurangkan jurang sosioekonomi sesama

mereka. Sikap memberikan bantuan dan berkongsi rezeki yang dilimpahkan oleh Allah

S.W.T juga mengukuhkan jalinan persaudaraan sesama Islam selain daripada ganjaran yang

besar disediakan oleh Allah S.W.T. Lantaran kelebihan dan manfaat tersebut, umat Islam

kebiasaannya tidak keberatan untuk mengagihkan sebahagian harta kepada sesama mereka di

atas nama zakat dan sedekah. Manakala bantuan kewangan kepada bukan Islam pula jarang

dilihat sebagai satu tuntutan menurut Islam, bahkan ia hanya disandarkan pada rasa belas

ihsan dan kemanusian.

Hakikatnya, Islam tidak pernah mengabaikan keperluan memberikan bantuan kepada

mereka yang memerlukan sekalipun mereka dikalangan orang bukan Islam. Al-Quran dan

hadis menjadi bukti bahawa mendekati bukan Islam dengan menginfaqkan sebahagian harta

adalah satu tuntutan di dalam Islam. Ia tidak hanya menjadi medium seruan manusia kepada

agama Allah, bahkan juga dijanjikan ganjaran yang baik sebagaimana zakat dan sedekah

yang diberikan kepada orang-orang yang beriman.

Justeru itu, beberapa perkara utama yang berkaitan dengan tajuk yang dikemukakan

akan dibincangkan di sini, iaitu berkenaan asas interaksi dengan bukan Islam dan agihan

1057

Page 2: 1057 ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1057-irsyad-2016.pdf · meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mengurangkan jurang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

722

zakat serta sedekah kepada mereka. Perbincangan yang bakal dikemukakan juga hanya

mencari asas keharusan dalam pemberian zakat dan sedekah kepada bukan Islam dan

bukannya menonjolkan keutamaan agihan kepada mereka berbanding orang-orang Islam.

2. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu dengan membuat carian maklumat

daripada beberapa sumber rujukan utama dan sumber-sumber yang berkaitan. Seterusnya

maklumat tersebut dianalisis serta dilakukan penilaian yang sewajarnya bagi memperolehi

dapatan yang sesuai dengan tanggapan awal.

3. Asas Interaksi dengan Bukan Islam

Islam mengiktiraf naluri semulajadi manusia yang dilengkapi dengan perasaan ingin

bermasyarakat dan berhubung antara mereka. Perkembangan tamadun manusia telah

menyaksikan keperluan interaksi antara manusia yang membolehkan mereka saling bantu

membantu dan saling melengkapi keperluan antara satu sama lain. Biarpun berbeza pegangan

dan agama, Islam tidak menghalang interaksi tersebut untuk terus belaku, bahkan banyak

ruang- ruang interaksi yang dianjurkan dalam Islam antaranya ialah :

Saling mengenali antara manusia.

Allah S.W.T telah mencipta manusia dari bangsa, kaum, warna kulit dan bahasa yang

berbeza. Perbezaan ini perlu dimanfaatkan oleh manusia untuk saling mengenali

antara mereka.

Firman Allah Taala dalam Surah Al- Hujurat, ayat 13 :

Maksudnya :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan

perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,

Page 3: 1057 ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1057-irsyad-2016.pdf · meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mengurangkan jurang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

723

supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di

antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah

Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan

kamu).

Perbincangan agama

Seruan ini dinyatakan oleh Allah S.W.T melalui surah Ali Imran: 64.

Maksudnya :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah

yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah

melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan

pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan

orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika

mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada

mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

Muamalah harian

Dalil yang selalu dijadikan panduan dalam keharusan bermuamalah dengan orang

bukan Islam ialah Rasulullah S.A.W pernah menggadaikan baju besi baginda S.A.W

kepada orang yahudi untuk mendapatkan makanan. Sebagaimana hadis yang telah

diriwayatkan oleh Aisyah R.A :

Maksudnya :

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah membeli makanan daripada seorang yahudi

secara hutang dan menjadikan pakaian perangnya sebagai cagaran.

(Riwayat Bukhari & Muslim

Page 4: 1057 ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1057-irsyad-2016.pdf · meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mengurangkan jurang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

724

Memelihara hubungan kekeluargaan

Perbezaan agama tidak memutuskan hubungan kekeluargaan dengan sebab pertalian

darah seperti anak dengan ibu bapanya. Hadis berkenaan Asma binti Abu Bakar

dengan ibunya menjadi panduan dalam hal ini (Nidzam: 2009). Suatu hari ibunya

datang mengunjungi beliau dan memohon bantuan. Lalu Asma’ meminta izin

daripada Rasulullah S.A.W sambil bertanya adakah beliau boleh menyambung

silaturrahim dengan ibunya. Jawab Baginda S.A.W, “Sambunglah silaturrahim

dengannya”.

(Riwayat Bukhari & Muslim)

3. Zakat dan ‘Muallafah Qulubihim’

3.1 Definisi

Menurut Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah, zakat pada bahasa adalah subur, keuntungan dan

bertambah. Manakala di dalam Al-Mu’jam Al-Wasit ia bermaksud berkat, subur, suci dan

baik. Pada istilah pula ulamak Hanafiyyah mentakrifkannya kepada memilikkan satu

bahagian harta tertentu daripada harta tertentu kepada individu tertentu sebagaimana

ditentukan syara’ kerana Allah Taala.

Pengertian zakat dalam mazhab Maliki adalah mengeluarkan satu juzu’ tertentu

daripada harta yang cukup kadar bagi gologngan yang berhak sekiranya sempurna milikan

dan tempoh setahun kecuali bagi harta galian dan tanaman (Wahbah Az-Zuhaily, 2008).

Ulamak Syafieyyah pula memilih pengertian zakat sebagai nama bagi mengambil sesuatu

yang tertentu daripada harta tertentu, dengan sifat tertentu dan untuk golongan tertentu

(Muhammad Az-Zuhaily, 2007) .

Berdasarkan beberapa takrif di atas, boleh disimpulkan bahawa zakat terdiri daripada

tiga elemen; pertama, ia adalah sebahagian harta yang diambil daripada harta tertentu. Kedua,

harta yang diambil perlu memenuhi syarat tertentu dan ketiga ia perlu diberikan kepada

golongan tertentu yang berhak.

3.2 Agihan Zakat

Page 5: 1057 ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1057-irsyad-2016.pdf · meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mengurangkan jurang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

725

Surah At- Taubah ayat 60 menjadi asas yang penting dalam menentukan golongan yang

berhak memperolehi agihan zakat. Terdapat lapan golongan asnaf yang telah ditentukan oleh

Allah S.W.T sebagai penerima zakat iaitu, orang fakir, miskin, amil, muallaf, hamba yang

ingin memerdekakan diri, orang berhutang, golongan yang berada di jalan Allah dan orang

yang bermusafir yang terputus bekalan. Lapan golongan ini boleh diklasifikasikan kepada

tiga kelompok besar menurut Mujaini (2011) :

1. Agihan mengikut keperluan yang melibatkan orang fakir, miskin, hamba,

penghutang dan orang yang bermusafir.

2. Agihan yang bertujuan dakwah dan galakan kepada hidup beragama dan moral

iaitu kepada muallaf dan fi sabilillah.

3. Agihan berdasarkan kepada insentif dan motivasi kepada pengurus zakat iaitu amil.

3.3 Asnaf Muallafah Qulubihim

Salah satu daripada 8 golongan yang disebutkan dalam ayat 60 surah At- Taubah ialah “

” yang bermaksud orang yang dilembutkan hatinya. Al- Qaradhawi (1973) telah

mencadang beberapa keadaan dan golongan yang boleh diberikan zakat dengan tujuan

melembutkan hati mereka sama ada untuk memeluk agama Islam, kekal bersama dengan

Islam dan pemerintahnya atau menghalang kejahatan mereka. Kategori tersebut ialah :

1. Individu yang diharapkan pengikut dan keluarganya untuk memeluk Islam.

2. Golongan yang ditakuti kejahatannya dan berikan zakat supaya tidak melakukan

kejahatannya ke atas umat Islam.

3. Golongan yang baru masuk Islam dan diberikan zakat supaya ia kekal dalam Islam.

4. Ketua- ketua kaum yang mempunyai teman- teman dari kalangan bukan Islam.

Maka diberikan zakat supaya teman- teman mereka tertarik kepada Islam.

5. Pemimpin Islam yang dihormati oleh kaum mereka tetapi mempunyai iman yang

lemah. Mereka mengharapkan bantuan kewangan supaya dikuatkan iman dan

kekal dalam Islam.

6. Orang Islam yang berada berhampiran sempadan negara musuh. Zakat diberikan

kepada mereka supaya mereka mempertahankan perbatasan jika diserang oleh

Page 6: 1057 ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1057-irsyad-2016.pdf · meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mengurangkan jurang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

726

musuh.

7. Orang Islam yang diharapkan bantuan mereka supaya mengutip zakat daripada

golongan yang ingkar menunaikan zakat melainkan dengan cara kekerasan. Maka

zakat diberikan kepada mereka supaya terus dapat membantu pemerintah.

Walaupun pada keseluruhan kategori tersebut tidak dapat dipastikan dalil yang jelas

ianya adalah perbuatan Rasulullah S.A.W. yang mengagihkan sebahagian harta daripada

bahagian zakat, apa yang digariskan oleh Al-Qardhawi boleh dilihat daripada maksud umum

‘muallafah qulubihim’ dan perbuatan memberikan bantuan kewangan yang dilakukan oleh

Rasulullah S.A.W. untuk menjinakkan hati manusia pada situasi- situasi tertentu yang

mungkin datang daripada sumber yang pelbagai.

Umumnya asnaf muallafah qulubihim ini boleh dibahagikan kepada dua kategori,

iaitu Islam dan kafir. Kategori yang pertama merujuk kepada orang yang baru masuk Islam

dan keyakinannya masih lemah. Zakat diberikan kepada mereka sebagai satu galakan beramal

dan menguatkan pegangan mereka.

Manakala pemberian zakat terhadap mereka yang belum memeluk agama Islam,

ulamak telah terbahagi kepada dua pandangan, iaitu :-

Pertama :

Ulamak Maliki dan Hambali berpandangan bahawa golongan ini harus diberikan zakat

kepada mereka untuk menjinakkan hati mereka kepada Islam.

Al-Qardhawi (1973) melihat lafaz “muallafah qulubihim” pada ayat 60 surah At-Taubah

tidak dikhususkan kepada orang Islam sahaja, bahkan termasuk dikalangan musyrikin dan

kafir. Pandangan beliau dikuatkan dengan kata- kata Qatadah yang menyatakan “golongan

arab Badawi adalah dikalangan orang yang dijinakkan hati mereka dan Rasulullah S.A.W

menjinakkan hati mereka dengan pemberian”.

Kedua :

Ulamak Hanafi dan Syafie pula berpandangan bahawa mereka tidak seharusnya diberikan

zakat. Antara hujjah yang dipegang oleh kumpulan ini adalah kerana zakat merupakan harta

yang dikutip daripada orang Islam dan diagihkan kepada orang Islam juga. Ini dijelaskan oleh

Page 7: 1057 ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1057-irsyad-2016.pdf · meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mengurangkan jurang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

727

Rasulullah S.A.W kepada Muaz bin Jabal apabila ingin mengutuskannya ke Yaman

(Wahbah: 2007).

Maksudnya :

Daripada Abdullah bin Abbas, sesungguhnya Rasulullah S.A.W berkata kepada Muaz

apabila ingin mengutuskannya ke Yaman, “Aku memberitahu mereka, sesungguhnya

ke atas mereka sedekah (zakat) yang diambil daripada yang kaya dan diberikan

kepada yang miskin”.

Seterusnya, ulamak juga berbeza pandangan dalam menentukan samada muallafah

qulubihim masih layak menerima zakat atau pun tidak pada zaman kini. Golongan yang

menyatakan bahagian zakat untuk kelompok ini sudah tidak wujud kerana berpegang dengan

tindakan Umar Al-Khatab yang telah menggugurkan bahagian zakat kepada asnaf ini di

zaman pemerintahannya. Beliau berpandangan bahawa Islam pada waktu itu sudah kuat dan

digeruni oleh musuh maka zakat tidak perlu dikeluarkan untuk menjinakkan hati manusia

kepada Islam. Berbeza dengan zaman Rasulullah S.A.W, Islam berada dalam keadaan lemah

(Abu Laith, 2011).

4. Dorongan Memberikan Sedekah Kepada Bukan Islam.

Sedekah yang dimaksudkan di sini adalah pemberian harta secara sukarela dan ingin

mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah S.W.T. Berbanding zakat, ia adalah pemberian

wajib yang telah ditetapkan syarat dan kadarnya. Terdapat banyak nas Al-Quran dan Hadis

yang menjelaskan tuntutan bersedekah dan kelebihannya di sisi Allah Taala. Cuma beberapa

nas yang boleh dijelaskan di sini yang boleh dikaitkan dengan pemberian zakat kepada bukan

Islam.

a) Surah Al-Insan: 8

Page 8: 1057 ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1057-irsyad-2016.pdf · meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mengurangkan jurang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

728

Maksudnya:

“Mereka juga memberi makan daripada bahan- bahan yang mereka sukai kepada

orang- orang miskin, anak yatim dan orang tawanan”.

Ayat di atas menjelaskan amalan- amalan hamba Allah yang soleh yang akan

dikurniakan nikmat dapat meminum sejenis minuman daripada mata air syurga. Diantara

amalan yang dilakukan oleh mereka ialah memberi makan dan minum kepada tawanan

perang. Tawanan yang dimaksudkan ialah kafir harbi iaitu golongan yang memerangi umat

Islam di dalam peperangan dan kemudiannya mereka berjaya ditangkap oleh tentera Islam.

Perbuatan memberi makan tersebut mendapat pujian daripada Allah S.W.T dan diberikan

ganjaran yang baik di syurga (At- Tabari: 2000).

Begitu juga kisah yang masyhur daripada hadis Rasulullah S.A.W berkenaan lelaki

yang memberikan minuman kepada anjing yang dahaga wajar dijadikan renungan dalam

memahami isu ini.

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis ini menceritakan keadaan seorang lelaki yang kehausan, lalu turun ke dalam perigi

untuk mendapatkan air. Apabila dia keluar daripada perigi tersebut, dia mendapati seekor

anjing yang kehausan dan berkata kepada dirinya: “Anjing ini telah kehausan sebagaimana

aku kehausan tadi”. Kemudian lelaki itu memenuhkan kasutnya dengan air dan digigit

kasutnya untuk memudahkannya memanjat naik dari dalam perigi dan diberi minum anjing

itu. Rasulullah S.A.W. menyatakan Allah S.W.T telah memberikan keampunan kepada lelaki

Page 9: 1057 ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1057-irsyad-2016.pdf · meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mengurangkan jurang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

729

tersebut. Para sahabat yang mendengar kisah ini bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah

kebaikan yang kami lakukan kepada haiwan akan mendapat pahala?” Jawab baginda: “Pada

setiap hati yang basah ada pahala”. Iaitu dengan maksud, setiap kebaikan yang dilakukan

kepada benda hidup akan memperolehi ganjaran pahala.

Kesimpulan

Islam tidak menghalang umatnya daripada melakukan kebaikan kepada penganut agama lain.

Biarpun ada sesetengah pihak hanya melihat kebaikan semata-mata atas nama dakwah, tetapi

kebaikan yang dihulurkan itu tiada salahnya jika kerana mengenang budi, persahabatan,

kemanusian mahupun alasan-alasan yang lain. Allah Taala ada berfirman dalam surah Al-

Mumtahanah ayat 8 :

Maksudnya :

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-

orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan

kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang

berlaku adil.

Begitu juga sirah Rasulullah S.A.W. telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam pergaulan

Baginda bersama dengan orang kafir. Antara perlakuan baginda yang memberikan sejumlah

harta kepada orang kafir ialah dalam peristiwa Hunain. Selepas umat Islam berjaya

memenangi peperangan, Rasulullah S.A.W telah membahagikan harta rampasan perang

kepada para sahabat terutama dikalangan mereka yang baru sahaja memeluk agama Islam.

Walaubagaimanapun salah seorang daripada mereka pada waktu itu belum lagi memeluk

agama Islam, iaitu Safwan bin Umayyah (Ibnu Mulqin: 2004).

Page 10: 1057 ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1057-irsyad-2016.pdf · meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mengurangkan jurang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

730

Maksudnya :

Rasulullah S.A.W telah memberikan 100 (harta rampasan perang) kepada Abu Sufyan

bin Harb, Safwan bin Umayyah, Uyainah bin Hasn, Al- Aqra’ bin Habis dan Ilqimah

bin ‘Alathah, manakala Abbas bin Mirdas kurang daripada itu…

(Riwayat Muslim)

Rujukan

Buku

Al-Qaradhawi, Yusuf. 1973. Al-Fiqh Az-Zakah Dirasah Muqaranah Li Ahkamiha Wa

Filsafatiha Fi Dhaui AL-Quran Wa As-Sunnah. (Beirut: Muassasah Ar-Risalah).

At-Tabari, Muhammad. 2000. Al-Jamei’ Li Ahkam Al-Quran. (Muassasah Ar-Risalah).

Az-Zuhaily, Wahbah. 2009. Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu. (Dimasyq, Dar Al-Fikr).

Az-Zuhaily, Wahbah. 2007. At-Tafsir Al-Munir. (Dimasyq: Dar Al-Fikr).

Az-Zuhaily, Muhammad. 2007. Al-Muktamad fi Al-Fiqh As-Syafie. (Dimasyq, Dar Al-

Qalam).

Ibnu Mulqin, Umar bin Ali As-Syafei Al-Masri. 2004. Al-Badr Al-Munir fi Takhriji Al-

Ahadith Wa Al-Athar Al-Waqiah fi Syarh Al-Kabir. (Riyadh, Dar Al-Hijrah Li An-

Nasyr Wa At-Tauzi’).

Mohammad Nidzham Abd Kadir. 2009. Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim. (Kuala

Lumpur, Telaga Biru Sdn Bhd).

Wizarah Al-Auqaf Wa As-Syuuni Al- Islamiyyah. Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah. (Kuwait:

Tabaah Zaat As-Salasil).

Bab daripada buku

Tarimin, Mujaini. 2011. Memperkasa Ijtihad Hukum Agihan Dana Zakat: Satu Saranan

Penjanaan Semula Fiqh Al-Masarif Al-Zakat. Dalam. Transformasi Zakat Daripada

Zakat Saradiri Kepada Zakat Produktif. Pulau Pinang: Pusat Urusan Zakat, Majlis

Agama Islam Negeri Pulau Pinang & Pusat Kajian Penguruan Pembangunan Islam

(ISDEV), USM.

Page 11: 1057 ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1057-irsyad-2016.pdf · meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mengurangkan jurang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

731

Jurnal

Abu Laith Al-Khair Abadi, Muhammad. (2011) Tauzif As-Sunnah An-Nabawiyyah Fi Dhaui

Al-Waqie Al- Muasir. Journal Hadith. 27-58.