penyusunan al-thabat dalam peradaban ilmu...

24
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 1 PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU HADIS: ANALISIS AL-NAFAHAT AL-RAHMANIYYAH FI AL-AWA'IL AL-SALMANIYYAH KARYA SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI حفظه اDR. FARHAH ZAIDAR MOHAMED RAMLI DR. PHAYILAH YAMA @ FADILAH ZAKARIA Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [email protected] [email protected] Al-Thabat dalam konteks peradaban ilmu hadis merupakan sejenis kitab yang mendokumentasikan salasilah sanad bagi kitab-kitab yang pernah dibacakan serta didengari oleh seseorang ilmuan di hadapan sejumlah guru. Al-Thabat juga boleh didefinisikan sebagai karya yang mengumpulkan al-ijazat yang diperolehi oleh seseorang penuntut ilmu daripada para guru bagi meriwayatkan kitab-kitab hadis. Relevansi al-thabat adalah sebagai medium perantara mirip curriculum vitae yang membolehkan seseorang ilmuan menunjukkan salasilah sanad perhubungan ilmu mereka dengan para guru kurun demi kurun sehingga kemuncaknya sampai kepada Rasulullah . Berdasarkan metode analisis kandungan, makalah ini bertujuan untuk menghuraikan resensi dan relevansi penyusunan serta penyebaran periwayatan sebuah kitab al-thabat hadis yang disusun oleh seorang tokoh ilmuan benua Nusantara kontemporari iaitu Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Nadwi al-Maliki حفظه اyang bertajuk al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah. Penemuan menunjukkan relevansi utama kitab al-thabat ini disusun dan disebarkan adalah kerana ia berfungsi sebagai wasilah pengijazahan penyambungan periwayatan salasilah sanad kepada al-kutub al-sittah antara penyusun dan murid- muridnya dengan gurunya yang bernama Syeikh Salman al-Hussayni al-Nadwi حفظه ا. Persambungan salasilah sanad berperantarakan enam kitab induk hadis ini turut secara langsung bertaut dengan Rasulullah pada kemuncak rantaiannya. Kesimpulan menunjukkan implikasi utama daripada kegiatan pengijazahan periwayatan salasilah sanad sebegini adalah untuk mengekalkan penyambungan salasilah sanad terhadap sumber syariat yang kedua iaitu hadis di antara generasi demi generasi. Kata kunci: al-Thabat, ilmu hadis, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam حفظه ا. PENGENALAN Usaha menyambung periwayatan salasilah sanad antara generasi mutakhir dengan generasi terdahulu menerusi mekanisme sanad dan riwayat merupakan suatu tanggungjawab yang masih perlu dilakukan oleh para ulama yang berkenaan. Shaykh Muhammad c Awwamah menyatakan hal ini bersempena pengiktirafan beliau secara khusus terhadap sumbangan al-musnid kurun ke 14 Hijrah iaitu Muhammad Zahid al-Kawthari dalam bidang riwayat dan sanad (Al Rashid 2009: 12). Justeru itu, adalah tidak menghairankan apabila pada masa kini masih terdapat para ulama dalam konteks Nusantara dan peradaban ilmu hadis seperti Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam 1001

Upload: lyhanh

Post on 30-Jan-2018

247 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1

PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU HADIS: ANALISIS

AL-NAFAHAT AL-RAHMANIYYAH FI AL-AWA'IL AL-SALMANIYYAH

KARYA SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI حفظه اهلل

DR. FARHAH ZAIDAR MOHAMED RAMLI

DR. PHAYILAH YAMA @ FADILAH ZAKARIA

Akademi Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

[email protected]

Al-Thabat dalam konteks peradaban ilmu hadis merupakan sejenis kitab yang mendokumentasikan

salasilah sanad bagi kitab-kitab yang pernah dibacakan serta didengari oleh seseorang ilmuan di

hadapan sejumlah guru. Al-Thabat juga boleh didefinisikan sebagai karya yang mengumpulkan al-ijazat

yang diperolehi oleh seseorang penuntut ilmu daripada para guru bagi meriwayatkan kitab-kitab hadis.

Relevansi al-thabat adalah sebagai medium perantara mirip curriculum vitae yang membolehkan

seseorang ilmuan menunjukkan salasilah sanad perhubungan ilmu mereka dengan para guru kurun demi

kurun sehingga kemuncaknya sampai kepada Rasulullah . Berdasarkan metode analisis kandungan,

makalah ini bertujuan untuk menghuraikan resensi dan relevansi penyusunan serta penyebaran

periwayatan sebuah kitab al-thabat hadis yang disusun oleh seorang tokoh ilmuan benua Nusantara

kontemporari iaitu Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Nadwi al-Maliki حفظه اهلل yang bertajuk

al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah. Penemuan menunjukkan relevansi utama kitab

al-thabat ini disusun dan disebarkan adalah kerana ia berfungsi sebagai wasilah pengijazahan

penyambungan periwayatan salasilah sanad kepada al-kutub al-sittah antara penyusun dan murid-

muridnya dengan gurunya yang bernama Syeikh Salman al-Hussayni al-Nadwi حفظه اهلل. Persambungan

salasilah sanad berperantarakan enam kitab induk hadis ini turut secara langsung bertaut dengan

Rasulullah pada kemuncak rantaiannya. Kesimpulan menunjukkan implikasi utama daripada kegiatan

pengijazahan periwayatan salasilah sanad sebegini adalah untuk mengekalkan penyambungan salasilah

sanad terhadap sumber syariat yang kedua iaitu hadis di antara generasi demi generasi.

Kata kunci: al-Thabat, ilmu hadis, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam حفظه اهلل.

PENGENALAN

Usaha menyambung periwayatan salasilah sanad antara generasi mutakhir dengan generasi

terdahulu menerusi mekanisme sanad dan riwayat merupakan suatu tanggungjawab yang masih

perlu dilakukan oleh para ulama yang berkenaan. Shaykh Muhammad cAwwamah menyatakan

hal ini bersempena pengiktirafan beliau secara khusus terhadap sumbangan al-musnid kurun ke

14 Hijrah iaitu Muhammad Zahid al-Kawthari dalam bidang riwayat dan sanad (Al Rashid

2009: 12). Justeru itu, adalah tidak menghairankan apabila pada masa kini masih terdapat para

ulama dalam konteks Nusantara dan peradaban ilmu hadis seperti Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam

1001

Page 2: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

2

al-Banjari al-Nadwi al-Maliki yang berusaha menghidupkan tradisi periwayatan hadis menerusi

periwayatan salasilah sanad kepada kitab-kitab hadis terutamanya al-kutub al-sittah. Untuk

mencapai objektif ini, beliau telah menyusun sebuah karya al-thabat hadis yang dinamakan

sebagai al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah untuk diijazahkan

periwayatannya kepada para murid beliau.

METODOLOGI KAJIAN

Makalah ini bertujuan untuk menghuraikan resensi dan relevansi penyusunan serta penyebaran

periwayatan kitab al-thabat hadis tersebut iaitu al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il

al-Salmaniyyah. Instrumen pengumpulan data adalah berdasarkan metode analisis kandungan.

Manakala analisis data dilakukan secara deskriptif dan komparatif. Seterusnya dapatan dan

penemuan kajian diperbincangkan sebagaimana berikut.

Tradisi Ulama Hadis Menyusun al-Thabat

Manakala penyusunan kitab al-thabat iaitu kitab khusus yang menghimpunkan nama para guru

al-samac, al-qira’ah dan al-ijazah serta sanad periwayatan ilmu daripada mereka merupakan

satu tradisi dalam kalangan ulama umumnya dan ulama hadis khususnya. Kitab al-thabat ini

turut dikenali dengan beberapa istilah lain iaitu al-mashyakhah, al-macajim, al-fahrasah, al-

barnamaj, al-musalsalat dan al-awa’il (Mawsucah

cUlum al-Hadith, 2007: 309). Kepelbagaian

istilah di atas didapati tidak menjejaskan maksud antara satu sama lain yang masih lagi sinonim

dengan konsep al-thabat. Intisari kandungan karya al-thabat mahupun al-mashyakhah, al-

macajim, al-fahrasah, al-barnamaj dan al-musalsalat atau al-awa’il adalah serupa meskipun

gaya penyusunan antara satu sama lain sedikit berbeza (al-Asl, 1982: 6). Ini adalah kerana

kesemua karya ini menghimpunkan nama para guru al-samac dan al-ijazah serta rangkaian

salasilah sanad mereka hingga sampai kepada sumber ilmu yang terdiri daripada khazanah kitab-

kitab warisan muktabar yang menjadi teras rujukan keilmuan Islam sepanjang zaman. Perbezaan

istilah tersebut juga hanya pada aspek bahasa dan tempat seperti al-barnamaj yang merupakan

istilah yang digunakan di Andalus dan al-fahrasah pula digunakan dalam kalangan ilmuan di

Page 3: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

3

sebelah barat. Manakala ilmuan di sebelah timur menyebutnya dengan al-thabat dan istilah ini

terkenal sehingga kini (cAbd al-Hayy al-Kattani, 1982: 67).

Berikutan itu, Muhammad bin Jacfar al-Kattani (1995: 112) menyenaraikan al-thabat

dalam konteks al-mashyakhat sebagai salah satu daripada jenis-jenis penyusunan kitab dalam

bidang hadis. Beliau mendefinisikan al-mashyakhat sebagai kitab yang mengandungi senarai

nama para guru bagi seseorang penyusunnya. Guru-guru tersebut pula terdiri daripada kalangan

mereka yang penyusun tersebut mempelajari ilmu secara langsung atau sekadar menerima

pengijazahan daripada mereka secara bersemuka atau tanpa bersemuka. Manakala Nur al-Din cItr

(1992: 209-210) memperkenalkan al-mashyakhat di sisi ahli hadis sebagai kitab yang

mendaftarkan nama para guru. Ianya merangkumi kitab-kitab atau hadis-hadis yang ditalaqqikan

dengan para guru yang bersambungan sanad mereka hingga kepada penyusun kitab atau hadis.

Dalam perspektif gaya penyusunan bagi karya al-thabat, terdapat susunan yang dikenali

dengan al-musalsalat dan al-awa’il. Al-Musalsalat merupakan himpunan hadis al-musalsal iaitu

membawa atau memperturunkan sesuatu keadaan atau sifat yang sama daripada seorang perawi

kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau sanad, sama ada ia berbentuk

cara penyampaian hadis atau berkaitan dengan waktu atau tempat penyampaiannya. Begitu juga

sama ada sifat dan keadaan perawi itu berbentuk kata-kata atau perbuatan (al-Sakhawi, 2005:

432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri, 2015: 138).

Manakala semenjak hampir kurun ke 10 Hijrah, pengertian kitab al-awa’il pula

dimaksudkan sebagai kitab yang menyusun hadis-hadis awalan daripada kitab-kitab hadis yang

muktabar seperti hadis pertama Sahih al-Bukhari dan lain-lain. Ia merupakan kitab perantara

bagi memudahkan pembacaan murid di hadapan guru bertujuan untuk memohon pengijazahan

daripadanya. Menerusi kitab al-awa’il, murid hanya membaca hadis terawal bagi setiap

kitab-kitab tersebut dan bakinya diijazahkan oleh guru. Yusuf cAbd al-Rahman al-Mar

cashli

menyenaraikan 12 orang sekadar contoh sebagai penyusun karya al-thabat secara al-awa'il iaitu

antaranya Ibn Dayba' al-Shaibani, cAbd Allah bin Salim al-Basri dan Muhammad Sa

cid Sunbul

(al-Marcashli, 2002: 28; al-Qasimi, 1983: 94). Penelitian lain turut mendapati terdapat 210 buah

karya thabat daripada jenil al-awa'il yang direkodkan dalam karya Fahras al-faharis wa

Page 4: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

4

al-Athbat oleh c

Abd al-Hayy al-Kattani (1982: 361-410). Namun dalam konteks makalah ini,

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam menjelaskan bahawa al-thabat susunan beliau iaitu al-Nafahat

al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah adalah diinspirasikan serta diadaptasi daripada kitab

al-Awa'il al-Sunbuliyyah susunan Muhammad Sacid Sunbul (Syeikh Ahmad Fahmi, 2010: 9).

Profil Penyusun

Gambar 1.0 Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Nadwi al-Maliki حفظه اهلل

Syeikh Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Banjari al-Nadwi al-Maliki merupakan salah seorang

tokoh ulama nusantara terbilang yang dilahirkan di Amuntai, Kalimantan Selatan, Indonesia

pada tarikh 9 Jun 1959. Transisi pendidikan beliau pada awalnya bermula di tempat kelahiran

beliau sendiri. Seterusnya pada tahun 1973 sehingga tahun 1978, beliau melanjutkan

pelajarannya di Pondok Pesantren Darussalam Martapura, Kalimantan Selatan. Pada tahun 1979

pula, beliau mengembara ke Jawa untuk melanjutkan pelajarannya di Yayasan Pesantren Islam

(YAPI) di Bangil, Jawa Timur. Manakala pada tahun 1980, beliau melanjutkan pendidikannya di

Nadwatul Ulama, Lucknow, India serta mendapat didikan tokoh ulama terkemuka dunia Islam

iaitu Sayyid Abu al-Hasan cAli al-Hasani al-Nadwi di sana sehingga beliau memperoleh ijazah

sarjana muda pada tahun 1983( https://id.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Fahmi_Zamzam).

Kemudiannya pada tahun 1984, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam menetap serta mengajar

di Malaysia iaitu di Ma‘had Tarbiyah Islamiyah Derang, Pokok Sena, Kedah. Namun setelah itu,

pada tahun 1985, beliau kembali ke India untuk menyelesaikan pengajian sarjana beliau dalam

bidang Dakwah dan Sastera Arab. Beliau menamatkan pengajian sarjana tersebut pada tahun

Page 5: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

5

1987. Seterusnya pada tahun 1988, beliau berpeluang berguru dengan Syeikh Muhammad Yasin

al-Fadani di Mekah dan berkesempatan memperolehi ijazah cammah dalam ilmu hadith daripada

gurunya tersebut. Kemudiannya pada tahun 2002, beliau juga sempat bertemu dengan Sayyid

Muhammad bin Alwi al-Maliki Al-Hasani semasa kunjungan ulama tersebut di Malaysia serta

dianugerahi gelaran berdasarkan nama keluarga ulama tersebut iaitu “Al-Maliki”. Gelaran ini

dianugerahkan sebagai satu bentuk pengiktirafan khas daripada guru tersebut terhadap keilmuan

mendalam Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam dalam hal ehwal agama (

https://id.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Fahmi_Zamzam).

Dalam konteks Malaysia, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam didapati telah berkhidmat

menyebar serta mengajar ilmu agama lebih daripada 20 tahun khusus di Ma‘had Tarbiyah

Islamiyah, Derang, Kedah sehingga kini. Penglibatan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam dalam

arena keilmuan khasnya di negeri Kedah adalah memberangsangkan. Beliau sering

menyampaikan pengajaran di masjid-masjid di sekitar negeri Kedah. Pengajaran-pengajaran

beliau mendapat sambutan serta diterima baik oleh masyarakat tempatan. Radio RTM Kedah

sendiri sering mengundang beliau untuk mengisi ruangan 'Kemusykilan Agama' yang disiarkan

secara langsung sejak tahun 1994 sehingga tahun 2001. Melalui slot tersebut, beliau dapat

membantu masyarakat menyelesaikan masalah-masalah agama yang timbul dalam kehidupan

seharian mereka.

Pada tahun 2001, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam mendirikan Pondok Pesantren Yayasan

Islam Nurul Hidayah (YASIN) di Muara Teweh, Kalimantan Tengah. Seterusnya pada tahun

2003, beliau mendirikan cawangan YASIN yang kedua di Banjar Baru, Kalimantan Selatan.

Manakala pada tahun 2009, beliau membangunkan lagi cawangan YASIN yang ketiga di Balik

Papan, Kalimantan Timur. Oleh sebab itu, sejak tahun 2001, beliau sentiasa berulang alik di

antara Malaysia dan Indonesia untuk mengurus serta mengajar di keempat-empat institusi

pendidikan berkenaan. Beliau juga pernah memimpin Majlis Ulama Indonesia, Kabupaten Barito

Utara, Kalimantan Tengah daripada tahun 2004 sehingga tahun 2009. Berikut disenaraikan

sinopsis 13 buah kitab yang dikarang mahu pun disusun serta diterjemah atau pun yang ditahkik

oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam ( https://id.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Fahmi_Zamzam).

Page 6: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

6

1. Empat Puluh Hadits Peristiwa Akhir Zaman. Kitab ini selesai ditulis pada 23 Januari

1991 dan diterbitkan oleh Khazanah Banjariah serta dicetak untuk kedua kalinya pada

tahun 2000.

2. Empat Puluh Hadits Penawar Hati. Kitab ini selesai ditulis pada 14 Mac 1992 dan

diterbitkan oleh Khazanah Banjariah serta dicetak kali kelima pada tahun 2003.

3. Empat Puluh Hadits Akhlak Mulia. Kitab ini diterbitkan oleh Khazanah Banjariah dan

dicetak pertama kali pada tahun 2004.

4. Terjemahan Ayyuhal Walad. Kitab ini merupakan terjemahan kepada karya al-Ghazali

yang mengandungi nasihat kepada anak-anak.

5. Terjemahan Ya Bunayya. Kitab ini memuatkan 40 nasihat Imam Ibnul Wardi kepada

anak-anak remaja yang diterjemah serta dihuraikan oleh Syeikh Ahmad Fahmi zamzam.

Ianya selesai ditulis pada 13 Mei 2004 di Masjid Takiyah 21 di suatu tempat yang

dikenali sebagai Sulaimaniyah, Damaskus, Syria.

6. Terjemahan Bustan al-Arifin. Kitab ini adalah terjemahan kepada kitab tasawuf

karangan Imam al-Nawawi yang selesai diterjemah pada 28 Ogos 1995 di suatu tempat

yang dkenali sebagai Darul Hadith al-Asyrafiyyah, Damaskus, Syiria.

7. Terjemahan Qasidah Burdah karya Imam Al-Bushiri. Kandungan utama qasidah ini

ialah puji-pujian kepada Rasulullah , perjuangan baginda dan para sahabat. Kitab ini

selesai ditulis pada 23 Mei 1998. Diterbitkan oleh Khazanah Banjariah dan dicetak kali

keempat pada tahun 2008.

8. Kiamat Hampir Tiba. Ianya selesai ditulis pada 25 Oktober 1997.

9. Sejarah Perkembangan Islam di India. Ianya menceritakan sejarah penyebaran Islam

di India dan perkembangannya. Kitab ini diterbit oleh Khazanah Banjariah dan dicetak

pada tahun 1992.

10. Sejarah Hidup Sayyid Abul Hasan al-Nadwi. Kitab ini menghuraikan sejarah hidup

dan pemikiran guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam tersebut sebagai seorang tokoh ulama

tersohor dalam bidang pendidikan, kesufian, peradaban, politik dan pemikiran Islam.

Ianya selesai ditulis pada 3 April 2000 dan diterbitkan oleh Khazanah Banjariah, Pokok

Sena, Kedah serta dicetak pertama kalinya pada tahun 2000.

11. Sejarah Hidup Sayyid Muhammad Alwi al-Maliki dan Pemikirannya. Kitab ini

membicarakan tokoh ulama yang sangat terkenal di Makkah, keturunan Rasulullah

Page 7: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

7

melalui jalur al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Selesai ditulis pada 21 Februari 2005 dan

diterbitkan oleh Khazanah Banjariah serta dicetak buat pertama kalinya pada tahun 2005.

12. Tahkik kitab Sayr al-Salikin. Kitab ini merupakan terjemahan kepada karya Imam

al-Ghazali iaitu Lubab Ihya Ulumiddin oleh Syaikh Abdul Samad al-Falimbani. Kitab

ini kemudiannya ditahkik oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam dan ianya terdiri daripada

empat jilid. Kandungan kitab adalah memperihalkan metodologi sebenar seseorang

muslim dalam melaksanakan ibadah kepada Allah .

13. Bekal Akhirat. Kitab ini merupakan himpunan surah pilihan, zikir, hizib, selawat, doa,

qasidah, wirid dan tarikat yang diterbitkan oleh Khazanah Banjariah dan dicetak untuk

kali keempat pada tahun 2004.

Resensi al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah

Gambar 1.1 Muka Hadapan al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah

Al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah merupakan sebuah kitab kecil dan nipis

yang diterbitkan oleh Machad

cAli li al-Tafaqquh Fi al-Din iaitu sebuah institusi pendidikan

lanjutan kepada Machad Pesantren Yayasan Islam Nurul Hidayah (YASIN) yang terletak di

Banjar Baru, Indonesia. Ianya diterbit dan dicetak khusus bersempena kunjungan dan ziarah

ilmiah Syeikh al-Muhaddith al-cAllamah al-Sayyid Salman al-Hussayni al-Nadwi ke Ma

chad

Page 8: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

8

berkenaan. Penyusunan kitab ini pula telah berjaya diselesaikan oleh Syeikh Ahmad Fahmi

Zamzam selaku pengasas Machad berkenaan pada tarikh 28 September 2010 di Kuala Lumpur,

Malaysia (Syeikh Ahmad Fahmi, 2010: 2,8).

Reka bentuk Penyusunan

Kitab berjumlah 22 halaman ini disusun reka bentuk kandungannya berdasarkan konsep karya

al-thabat daripada jenis al-awa'il. Dalam konteks kitab Al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il

al-Salmaniyyah, reka bentuk ini bermaksud penyusun memetik setiap hadis terawal yang

terkandung dalam al-kutub al-sittah serta menyenaraikan salasilah periwayatan sanad

keenam-enam kitab berkenaan. Salasilah tersebut adalah menerusi perantaraan guru penyusun

sehingga sampai kepada pengarang atau penyusun asal kitab-kitab tersebut. Guru penyusun yang

dimaksudkan di sini adalah Syeikh al-Muhaddith al-cAllamah al-Sayyid Salman al-Hussayni

al-Nadwi. Manakala jumlah hadis yang dipetik adalah enam buah hadis (Syeikh Ahmad Fahmi,

2010: 9-10).

Faktor Penyusunan

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam (2010.: 7) menjelaskan bahawa al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi

al-Awa'il al-Salmaniyyah disusun khas sebagai wasilah untuk menyambung periwayatan

salasilah sanad kepada al-kutub al-sittah antara para murid beliau dengan gurunya sendiri secara

langsung. Peluang ini dimanfaatkan sebaiknya di atas kehadiran guru beliau iaitu Syeikh al-

Muhaddith al-cAllamah al-Sayyid Salman al-Hussayni al-Nadwi yang dalam rangka lawatan ke

Machad yang beliau asaskan tersebut. Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam tersebut telah

dimohon mengurniakan pengijazahan salasilah sanad kepada al-kutub al-sittah berkenaan dalam

sebuah majlis yang dinamakan sebagai Majlis al-Ijazah wa al-Riwayah li al-Awa'il

al-Salmaniyyah. Pengijazahan tersebut adalah dianugerahkan kepada seluruh hadirin yang terdiri

daripada para murid dan orang ramai.

Di sisi lain, menurut Syeikh Abi al-Huda al-Yacqubi al-Hasani, permohonan

pengijazahan merupakan suatu bentuk komunikasi interaktif berteraskan penghormatan dan

Page 9: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

9

penghargaan dalam hubungan keilmuan di antara para ulama dengan anak-anak murid mereka

(Akram al-Nadwi 2001: 27-30). Namun dalam konteks Malaysia menurut hemat penulis,

permohonan pengijazahan ilmu ini merupakan satu tradisi yang hampir tidak dikenali dan jarang

diaplikasikan pada masa kini. Hal ini berbeza dengan sikap ulama silam yang sentiasa

berlumba-lumba mendapatkan pengijazahan daripada para guru menerusi pertemuan langsung

iaitu secara lisan atau secara bertulis seperti kiriman surat dan lain-lain sebagaimana kenyataan

Syeikh Abi al-Huda al-Yacqubi al-Hasani (Akram al-Nadwi 2001: 27-30). Antara contoh

permintaan pengijazahan yang agak mengkagumkan menurut beliau adalah sejumlah seribu lebih

permintaan pengijazahan yang dipohon oleh Abu cAbd Allah Muhammad bin Yahya bin Sa

cid

al-Maqdisi daripada lebih 1000 orang ilmuan yang hidup sezaman dengannya. Manakala Syeikh

Ibn Taymiyyah pula sebagaimana yang tercatat dalam Fahras al-Faharis merupakan ulama

terawal yang menulis dengan tujuan untuk mendapatkan al-ijazah.

Sumber Rujukan

Seterusnya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam (2010:8) turut menjelaskan bahawa al-Nafahat

al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah adalah disusun dengan merujuk sepenuhnya kepada

salasilah sanad Syeikh al-Muhaddith al-cAllamah al-Sayyid Salman al-Hussayni al-Nadwi dalam

kitab al-thabat beliau yang asal iaitu al-cAqd al-Llujayni fi Asanid al-Muhaddith al-Sharif

Salman al-Hussayni. Kitab al-thabat ini pula adalah susunan anak murid beliau iaitu Syeikh

Muhammad Akram al-Nadwi.

Penjelasan ini turut menunjukkan bahawa secara realitinya, walaupun jarak umat hari ini

dengan baginda telah berlalu lebih 1400 tahun, namun susur galur pertalian salasilah sanad

para ulama dengan baginda masih tidak putus hingga ke hari ini. Susur galur atau rantaian

tersebut jelas dipelihara oleh para ulama (dibukukan). Mereka akan menyambungkan

periwayatannya kepada generasi berikut khususnya kepada para murid. Berikutan itu,

kelangsungan salasilah sanad mampu dikekalkan sehingga kini dengan fungsinya adalah khusus

sebagai ikatan keilmuan periwayatan salasilah sanad antara seseorang guru dengan murid yang

bersambungan sehingga sampai kepada Rasulullah (Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid &

Mohd. Arif Nazri, 2013:67, 69)

Page 10: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

10

Periwayatan Salasilah Sanad kepada al-Kutub al-Sittah

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam (2010: 9) menjelaskan bahawa al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi

al-Awa'il al-Salmaniyyah hanya mendokumentasikan salasilah sanad terhadap al-kutub al-sittah

sahaja. Ini adalah kerana ruang masa yang ada agak terbatas. Justeru itu, beliau hanya memilih

kitab induk dan paling masyhur sahaja dalam ilmu hadis iaitu al-kutub al-sittah sebagai perantara

periwayatan salasilah sanad kitab-kitab hadis kepada para murid beliau.

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam (2010: 10-22) memaparkan hadis terawal atau yang

pertama sekali yang terdapat dalam setiap al-kutub al-sittah tersebut. Setelah itu, beliau

menyenaraikan salasilah sanad periwayatan kepada setiap al-kutub al-sittah tersebut satu persatu

bermula daripada guru beliau dan bertalian sambung menyambung sehingga sampai kepada

penyusun asal kepada al-kutub al-sittah tersebut. Tertib kitab, jumlah bilangan rijal (termasuk

guru penyusun dan penyusun asal al-kutub al-sittah) serta contoh rijal daripada kalangan ilmuan

hadis terkemuka adalah dipaparkan pada jadual 1.0 berikut.

Jadual 1.0 Tertib, Jumlah dan Contoh Rijal Salasilah Sanad Kepada al-Kutub al-Sittah

BIL. NAMA & TERTIB

AL-KUTUB AL-SITTAH

JUMLAH

RIJAL

CONTOH RIJAL DALAM SALASILAH SANAD

1. Sahih al-Bukhari 26 & 18 Ibn Hajar al-cAsqalani & Abu al-Hassan al-Nadwi

2. Sahih Muslim 25 Shah Waliyy Allah al-Dihlawi & Mahmud al-Hassan

al-Deobandi

3. Sunan Abu Dawud 25 Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi

4. Sunan al-Tirmidhi 20 Muhammad cAbd al-Rahman al-Mubarakfuri & Muhammad

Murtada al-Zabidi

5. Sunan al-Nasa'i 21 Ibn Hajar al-cAsqalani

6. Sunan Ibn Majah 20 Al-Qadi Muhammad cAli al-Shawkani

Seterusnya contoh lengkap salasilah sanad kitab terhadap salah satu daripada al-kutub

al-sittah adalah sebagaimana huraian dan paparan berikut.

Page 11: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

11

Contoh Salasilah Sanad Kitab: Sahih al-Bukhari

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam (2010: 10-12) menyenaraikan dua salasilah sanad periwayatan

kepada kitab Sahih al-Bukhari oleh gurunya; Syeikh al-Muhaddith al-cAllamah al-Sayyid

Salman al-Hussayni al-Nadwi. Salasilah pertama terdiri daripada 26 orang rijal dan salasilah

kedua pula terdiri daripada 18 orang rijal yang terdapat dalam senarai salasilah sanad kepada

kitab Sahih al-Bukhari. Jumlah ini adalah termasuk guru beliau dan pengarang asal kitab iaitu

Imam al-Bukhari. Paparan jadual 1.1 berikut menunjukkan kedua-dua salasilah sanad tersebut

sebagaimana yang dinukilkan dalam al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah.

Seterusnya kewujudan dua salasilah ini menyebabkan perbandingan jumlah rijal dapat

dilakukan untuk menentukan salasilah yang bilangan rijalnya sedikit sebagai sanad cali dan

salasilah yang bilangan rijalnya lebih ramai sebagai sanad nazil. Justeru itu, salasilah pertama

sebagaimana paparan jadual 1.1 adalah dapat dikenal pasti sebagai sanad nazil kerana jumlah

bilangan rijalnya iaitu 26 orang adalah lebih ramai berbanding salasilah kedua. Begitu juga

sebaliknya iaitu salasilah sanad yang kedua adalah dapat dikenal pasti sebagai sanad cali kerana

jumlah bilangan rijalnya iaitu 18 orang adalah sedikit berbanding salasilah yang pertama.

Jadual 1.1 Salasilah Sanad Kepada Kitab Sahih al-Bukhari

BIL.

RIJAL

SALASILAH SANAD KEPADA KITAB SAHIH AL-BUKHARI DALAM AL-NAFAHAT

AL-RAHMANIYYAH FI AL-AWA'IL AL-SALMANIYYAH

BIL.

RIJAL

1 al-Sayyid Salman al-Hussayni al-Nadwi 1

Salasilah Pertama Salasilah Kedua

2 & 3 al-Shaykh cAbd al-Sattar al-

cAzami &

al-Shaykh Burhan al-Din al-Sanbahali

Al-Shaykh cAbd al-Fattah Abu Ghuddah 2

4 & 5 cAbd al-Latif al-Saharanfuri & al-Sayyid

Hussayn Ahmad al-Madani

cAbd al-Qadir bin Tawfiq Shalabi al-Tarabalusi 3

6 & 7 al-Shaykh Khalil Ahmad al-Saharanfuri &

al-Sayyid Fakhr al-Din Ahmad

al-Muradabadi

cAbd Allah bin Darwish al-Sukkari 4

8 al-Shaykh Mahmud al-Hassan

al-Daywubandi

al-Wajih cAbd al-Rahman al-Kuzburi 5

9 al-Shaykh cAbd al-Ghani ibn Abi Sa

cid Mustafa al-Rahmati 6

Page 12: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

12

al-Mujaddidi

10 al-Shaykh Ishaq al-Dihlawi cAbd al-Ghani al-Nabulusi 7

11 al-Shaykh cAbd al-

cAziz bin Ahmad bin

cAbd

al-Rahim al-Dihlawi

Najm al-Din al-Ghazzi 8

12 al-Shaykh Ahmad bin cAbd al-Rahim

al-Dihlawi

Badr al-Din al-Ghazzi 9

13 al-Shaykh Salim bin cAbd Allah bin Salim

al-Basri

Abu al-Fath Muhammad ibn Abi al-Hasan

al-Iskandari

10

14 cAbd Allah bin Salim al-Basri

cAishah ibn

cAbd al-Hadi 11

15 Muhammad bin cAla' al-Din al-Babili

16 al-Shams Muhammad al-Ramli

17 al-Qadi Zakariyya al-Ansari

18 Ibn Hajar al-cAsqalani

19 Abu Ishaq Ibrahim ibn Ahmad al-Tanukhi

20 Abu al-cAbbas Ahmad bin Abi Talib al-Hajjar 12

21 Abu cAbd Allah al-Hussayn bin al-Mubarak al-Zabidi 13

22 Abu al-Waqt cAbd al-Awwal bin

cIsa al-Harwi 14

23 Abu al-Hasan cAbd al-Rahman bin Muhammad ibn al-Mazfar al-Dawudi 15

24 Abu Muhammad cAbd Allah bin Hamawayh al-Sarkhasi 16

25 Abu cAbd Allah Muhammad bin Yusuf bin Matar al-Firabri 17

26

Muhammad bin Ismacil al-Bukhari

18

Sanad Nazil Sanad cAli

Ibn al-Salah (1986: 256-257) melontarkan pandangan bahawa sinonim dengan

pentakrifan sanad cali iaitu senarai perawi yang semakin kurang dengan Rasulullah

menjadikan sanad jenis ini dipandang bernilai tinggi. Ini adalah kerana ianya lebih mendekatkan

perawi dengan baginda . Manakala kedekatan dengan baginda pula turut membawa

penghampiran kepada Allah . Al-Nahrawani1 sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Kattani

(1982: 946) mengulas bahawa kelebihan seperti di atas merupakan sesuatu yang amat mulia yang

boleh didapati oleh seseorang perawi. Oleh sebab itu, pencarian sanad cali merupakan satu

1 Beliau dilahirkan pada tahun 917H dan meninggal dunia pada tahun 990H. Merupakan al-muhaddith dan al-

musnid terkemuka pada zamannya. Berasal daripada Nahrawal, India dan pernah berkhidmat sebagai mufti di

Mekah serta dikenali sebagai penyusun kitab sejarah biografi ulama Mekah iaitu al-Acalam bi A

clam Bayt Allah

al-Haram ( al-Kattani 1982: 944-948).

Page 13: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

13

tradisi yang didokong oleh ulama. Antara kata-kata ulama yang menyokong kenyataan ini ialah

perkataan Muhammad bin Aslam al-Tusi iaitu: “Hampirnya sesuatu sanad menunjukkan

hampirnya seseorang kepada Allah ” dan perkataan Imam Ahmad bin Hanbal iaitu: “Mencari

hadis bersanad tinggi merupakan sunnah” dan beliau juga berkata: “Mencari hadis bersanad

tinggi merupakan sunnah orang terdahulu.” (al-Khatib al-Bagdadi 2008: 205-206)

Teks Pengijazahan dan Jenis al-Ijazah

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam (2010: 23) turut merangka teks khas pengijazahan al-Nafahat

al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah sebagaimana dapat dirujuk dalam gambar di bawah.

Gambar 1.2 Teks Pengijazahan al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah

Terdapat dua frasa yang mewakili proses pengijazahan kitab ini yang tertera dalam teks

di atas iaitu frasa pertama adalah sebagaimana berikut:

……......

Page 14: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

14

Maksudnya:

"…Telah memohon pengijazahan daripada saya (iaitu al-Sayyid Salman

al-Hussayni al-Nadwi) oleh saudara saya pada (agama) Allah yang dimuliakan :

(iaitu nama penerima ijazah) akan periwayatan (kitab) al-Awa'il

al-Salmaniyyah."

Manakala frasa kedua pula adalah seperti berikut:

Maksudnya:

" Telah saya mengijazahkan kepada saudara yang dinyatakan tersebut dengannya

(iaitu al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah)."

Frasa pertama menunjukkan bahawa pada dasarnya etika dan protokol pemberian sesuatu

ijazah sanad adalah bermula dengan permintaan murid selaku penerima al-ijazah. Ianya

melambangkan kerendahan diri murid sebagai penerima ijazah dan penghormatan pula kepada

guru sebagai pemberi ijazah. Frasa pertama ini juga telah menentukan secara khusus perkara

yang ingin diijazahkan iaitu al-Awa'il al-Salmaniyyah dan nama penerima al-ijazah tersebut.

Manakala frasa kedua telah mengesahkan deklarasi penganugerahan al-ijazah terhadap

penerimanya dan kitab yang diijazahkan sebagaimana yang dinyatakan oleh guru selaku pemberi

al-ijazah. Justeru itu, proses pengijazahan ini adalah sempurna dan diklasifikasikan sebagai

ijazah 'tertentu kepada yang tertentu". Ijazah ini merupakan pengijazahan dengan cara syeikh

menentukan secara khusus al-mujaz (penerima ijazah) dan kitab yang diijazahkan (al-cIraqi,

1993: 203). Ijazah jenis ini juga merupakan yang terbaik berbanding jenis-jenis al-ijazah yang

lain. Justifikasi kualiti pengijazahan ini sebagai tinggi tarafnya adalah kerana kejelasan

menyatakan kesemua rukun pengijazahan yang empat iaitu nama penerima, nama kitab yang

diijazahkan, nama pemberi ijazah dan lafaz pengijazahan (Mawsucah

cUlum al-hadith 2007:

210-211; Ibn cImadiyyah 2008:35-45).

Page 15: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

15

Relevansi Penyusunan

Analisis kandungan mendapati relevansi penyusunan al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il

al-Salmaniyyah paling kurang adalah tertakluk kepada tiga faktor utama berikut iaitu

keprihatinan persambungan sanad kepada sumber hadis, pertautan ikatan sanad dengan

Rasulullah dan para ulama serta teladan tradisi ilmuan hadis.

a. Keprihatinan Persambungan Sanad Kepada Sumber hadis

Penyusunan al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah ini jelas menunjukkan

keprihatinan dan kesedaran penyusunnya untuk menyambung periwayatan salasilah sanad

dengan sumber syariat yang kedua iaitu hadis. Kerangka pemikiran yang responsif dan sensitif

terhadap keistimewaan persambungan silsilah sanad hingga kepada sumber hadis iaitu menerusi

perantaraan para penyusun kitab-kitab hadis utama seperti al-kutub al-sittah telah mendorong

karya ini dihasilkan. Persambungan ini dianggap sebagai satu kemuliaan, kebanggaan dan

keberkatan (cAbd al-Hayy al-Kattani, 1982: 67; Akhtar al-Nadwi, 2007:9; Farhah Zaidar, 2014:

246-247).

b. Pertautan Ikatan Sanad dengan Rasulullah dan Para Ulama

Implikasi daripada penyambungan periwayatan salasilah sanad menerusi al-Nafahat

al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah adalah turut sama menatijahkan pertautan ikatan

sanad dengan para ulama serta sumber mutlak ilmu hadis iaitu Rasulullah pada kemuncak

rantaiannya. Kesedaran tentang perkara ini telah meningkatkan lagi relevansi untuk kitab ini

dihasilkan serta diaplikasikan pengijazahannya kepada anak murid penyusun khasnya. Ini adalah

kerana ikatan ini sudah tentu istimewa sejajar dengan keistimewaan kedudukan Rasulullah dan

para ulama dalam epistemologi keilmuan Islam (cAbd al-Fattah Abu Ghuddah, 1992:46-48, 99-

100; Farhah Zaidar, 2014: 245-247 ).

Page 16: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

16

Manakala ulama yang diberi penghormatan sebagai perantara untuk merealisasikan

tujuan tersebut adalah cucunda Rasulullah sendiri iaitu Syeikh al-Muhaddith al-cAllamah

al-Sayyid Salman al-Hussayni al-Nadwi.

Gambar 1.3 Syeikh al-Muhaddith al-cAllamah al-Sayyid Salman al-Hussayni al-Nadwi

Maulana Syeikh al-Muhaddith al-cAllamah al-Sayyid Salman al-Hussayni al-Nadwi

merupakan seorang tokoh ulama dari keturunan Rasulullah yang menetap di India.

Diriwayatkan bahawa jalur keturunan dari sebelah ayahandanya adalah sampai kepada Imam

Husain . Manakala jalur keturunan dari sebelah bondanya pula sampai kepada Imam Hasan .

Kedua-duanya merupakan cucunda Rasulullah . Beliau juga mempunyai hubungan

kekeluargaan dengan dua tokoh ulama terkemuka di India iaitu cAllamah Abu al-Hasan

cAli

al-Hasani al-Nadwi dan Imam Ahmad ibn cIrfan al-Shahid. Beliau dilahirkan pada tahun 1954 di

Lucknow. Beliau dibesarkan dalam suasana pendidikan agama memandangkan ahli keluarganya

yang hampir kesemuanya terdiri daripada ilmuan dalam bidang agama. Beliau mendapat

pendidikan awal di Nadwah al-cUlama serta mula menghafal al-Quran di institusi ini.

(https://pondokhabib.wordpress.com/2011/02/20/maulana-sayyid-salman-al-husaini-al-nadwi/)

Seterusnya Syeikh al-Muhaddith al-cAllamah al-Sayyid Salman al-Hussayni al-Nadwi

menamatkan pengajiannya di peringkat menengah dalam bidang pengajian Islam dan peringkat

tinggi di Kolej Syariah dan Usuluddin di Dar al-‘Ulum Nadwah al-‘Ulama, Lucknow. Pada

tahun 1974, beliau telah menubuhkan sebuah pertubuhan Islam yang diberi nama Jamiat

Page 17: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

17

Shababil Islam (Angkatan Belia Muslim) bersama-sama dengan para sahabatnya yang lain.

Pertubuhan ini dianggap sebagai pertubuhan Islam yang terbesar dan paling aktif di India

sehingga kini. (https://pondokhabib.wordpress.com/2011/02/20/maulana-sayyid-salman-al-

husaini-al-nadwi/)

Syeikh al-Muhaddith al-cAllamah al-Sayyid Salman al-Hussayni al-Nadwi kemudiannya

menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang hadith di Nadwah al-cUlama’ pada

tahun 1976. Setahun kemudian beliau memasuki Fakulti Usuluddin di Universiti al-Imam

Muhammad ibn Sacud al-Islamiyyah di Riyad untuk meneruskan pengajian dalam bidang hadith.

Beliau menerima ijazah pada tahun 1980 dengan keputusan yang sangat membanggakan.

Tesisnya yang berjuduk Jamc Alfaz al-Jarh wa al-Ta

cdil wa Dirasatuha min Kitab Tahdhib al-

Tahdhib li al-Hafiz Ibn Hajar adalah diselesaikan di bawah seliaan tokoh ulama yang sangat

alim dalam bidang usul dan hadith iaitu cAllamah

cAbd al-Fattah Abu Ghuddah.

(https://pondokhabib.wordpress.com/2011/02/20/maulana-sayyid-salman-al-husaini-al-nadwi/)

Sekembalinya ke India, Syeikh al-Muhaddith al-cAllamah al-Sayyid Salman al-Hussayni

al-Nadwi telah dilantik menjadi pensyarah dalam bidang hadith di Dar al-cUlum Nadwah

al-cUlama’. Beliau kemudiannya dilantik menjadi professor penuh dalam bidang tersebut.

Selanjutnya beliau dilantik menjadi pengarah bagi Fakulti Syariah dan Usuluddin. Beliau tidak

sekadar mengajar di institusi tersebut sahaja tetapi juga di lain-lain tempat di seluruh dunia.

Beliau telah diundang menjadi pensyarah jemputan di universiti-universiti Islam dan bukan

Islam di seluruh dunia. Beliau sangat gigih berdakwah dan menabur bakti dalam dunia Islam.

Salah satu sumbangan besarnya ialah penubuhan Madrasah al-Imam Ahmad ibn cIrfan al-Shahid

al-Islamiyyah yang telah ditubuhkannya pada tahun 1975. Selain itu, beliau turut terlibat secara

aktif dalam penubuhan institusi-institusi pendidikan dan kemudahan hospital khususnya kepada

golongan yang tidak berkemampuan. (https://pondokhabib.wordpress.com/2011/02/20/maulana-

sayyid-salman-al-husaini-al-nadwi/)

Manakala antara jawatan yang disandang oleh Syeikh al-Muhaddith al-cAllamah

al-Sayyid Salman al-Hussayni al-Nadwi pada masa ini ialah Rektor Universiti Syed Ahmad

Shaheed, Presiden Jamiah Shabab Islam, Dekan dan Professor Fakulti Syariah dan Usuluddin di

Page 18: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

18

Dar al-‘Ulum Nadwah al-Ulama, Pengerusi Kolej Perubatan dan Hospital Dr. Abdul Ali Unani

Medical College, Ahli Lembaga All India Muslim Personal Law Board, Ahli Lembaga Aligarh

Muslim University dan Ahli Penaung badan Amanah Ebrahim al-Khalil. Ringkasnya perjalanan

dakwah yang dilalui oleh Syeikh al-Muhaddith al-cAllamah al-Sayyid Salman al-Hussayni

al-Nadwi dikatakan mirip seperti ahli keluarganya yang terdahulu iaitu seperti cAllamah Abu

al-Hasan cAli al-Nadwi. Malah beliau dianggap sebagai penerus legasi usaha yang dilakukan

oleh tokoh tersebut.

Meski pun Syeikh al-Muhaddith al-cAllamah al-Sayyid Salman al-Hussayni al-Nadwi

aktif dalam tugas mengajar dan berdakwah, namun hal ini tidak pernah membantutkan usaha

beliau menghasilkan banyak penulisan dalam bahasa Arab dan Urdu. Antara tujuh contoh hasil

penulisannya ialah Jamc Alfaz al-Jarh wa al-Ta

cdil wa Dirasatuha min Kitab Tahdhib al-

Tahdhib li al-Hafiz Ibn Hajar, al-Amanah fi Daw’ al-Qur’an, Al-Tacrif al-Wajiz bi Kutub al-

Hadith, Al-Imam al-Dihlawi wa Ara’uhu fi al-Tashric al-Islami, Lamhah

can

cIlm al-Jarh wa al-

Tacdil, Muqaddimah fi Usul al-Hadith li al-Muhaddith al-Shaykh

cAbd al-Haq al-Dihlawi dan

Al-Fawz al-Kabir fi Usul al-Tafsir li al-Imam Shah Waliyy Allah al-Dihlawi. Selain itu, Syeikh

al-Muhaddith al-cAllamah al-Sayyid Salman al-Hussayni al-Nadwi turut menterjemahkan hasil

karya cAllamah Abu al-Hasan

cAli al-Nadwi ke dalam bahasa Arab. Antara contohnya ialah

Rijal al-Fikr wa al-Dacwah fi al-Islam (Jilid Imam Sarhindi) dan Rijal al-Fikr wa al-Da

cwah fi

al-Islam (Jilid al-Imam Shah Waliyy Allah al-Dihlawi).

(https://pondokhabib.wordpress.com/2011/02/20/maulana-sayyid-salman-al-husaini-al-nadwi/)

Sehubungan dengan subjek perbahasan dalam makalah ini, Syeikh al-Muhaddith al-

cAllamah al-Sayyid Salman al-Hussayni al-Nadwi juga pernah mencatatkan enam kelebihan

umum pengajian hadis secara bersanad berdasarkan soalan bertulis yang penulis kirimkan

kepada beliau semasa beliau dalam rangka lawatan ke Malaysia pada tahun 2010. Beliau

menegaskan pengajian hadis secara bersanad paling tidak akan mendapat enam kelebihan

berikut iaitu:

Page 19: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

19

1. Tujuan keprihatinan kepada sanad-sanad pada masa ini adalah untuk meraih keberkatan

menjalinkan ikatan persambungan dengan Nabi menerusi kaedah ini (pengajian hadis

talaqqi bersanad).

2. Juga sebagai suatu bentuk tanggungjawab dalam memelihara keistimewaan sanad yang

dianugerahkan kepada umat Islam berbanding umat-umat yang lain.

3. Juga sebagai menegakkan hujah kepada orang ramai bahawa sanad-sanad ini masih

kekal boleh dipersambungkan hingga kini dengan sumber-sumber asal ilmu ini serta

kaedah-kaedah untuk menjejaki persambungan tersebut.

4. Juga sebagai suatu bentuk mengingati jasa dan sumbangan para ulama yang terdiri

daripada para perawi yang bertanggungjawab menjaga ilmu ini dengan saling menyebar

serta meriwayatkannya. Juga sebagai keprihatinan generasi kini untuk mengenali

keperibadian dan personaliti rantaian para ulama tersebut dengan lebih dekat.

5. Juga bertujuan untuk menjaga sejarah ilmu ini dan metode-metode yang dipraktikkan

menurut disiplin para perawi dalam periwayatan mereka.

6. Juga generasi kini dapat mempelajari metode-metode ahli hadis yang asal seperti al-imla',

serta al-tahadith yang kesemuanya menatijahkan manfaat yang banyak.

Gambar berikut memaparkan catatan bertulisan tangan oleh Syeikh al-Muhaddith

al-cAllamah al-Sayyid Salman al-Hussayni al-Nadwi dalam menjelaskan enam perkara di atas

sebagaimana dalam simpanan penulis.

Page 20: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

20

Gambar 1.4 Catatan Bertulisan Tangan Syeikh al-Muhaddith al-cAllamah al-Sayyid Salman

al-Hussayni al-Nadwi berkaitan 6 Kelebihan Pengajian Hadis Secara Talaqqi

bersanad sebagaimana dalam simpanan penulis.

c. Teladan Tradisi Ilmuan Hadis

Relevansi penyusunan al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah adalah turut

boleh dihubungkaitkan sebagai meneladani tradisi ilmuan hadis silam yang masih hendak

dipertahankan sehingga kini (Farhah Zaidar, 2014: 247-249). Tradisi tersebut dalam konteks

makalah ini adalah tradisi periwayatan salasilah sanad kitab menerusi mekanisme al-ijazah

berperantarakan kitab al-thabat daripada jenis al-awa'il. Perkara ini telah dijelaskan oleh Syeikh

Ahmad Fahmi Zamzam (2010: 9) bahawa penyusunan kitab ini adalah berinspirasikan reka

bentuk dan tujuan asal kitab al-Awail al-Sunbuliyyah karangan Syeikh Muhammad Sacid Sunbul

dihasilkan iaitu antara lain adalah untuk menyambung pertalian salasilah sanad dengan generasi

terdahulu serta dapat meraih keberkatan daripadanya.

KESIMPULAN

Imbasan menunjukkan sanad pada asalnya dalam konteks ilmu hadis, merupakan senarai perawi

hadis yang juga dikenali dengan rijal hadis. Salasilah rijal hadis ini boleh dirujuk dalam karya

riwayat hadis seperti al-kutub al-sittah. Nama para rijal ini tercatat secara berangkaian dalam

karya-karya tersebut bermula daripada penyusun sehingga berakhir kepada sumber penyampai

mutlak hadis iaitu Rasulullah . Fungsi rijal hadis-hadis dalam al-kutub al-sittah sebagai

penyampai kepada matan hadis menjadikan mereka sandaran kritikan bagi menentukan

penerimaan dan penolakan sesuatu hadis yang diriwayatkan (Muhammad cAjajj al-Khatib 1989:

33; Nur al-Din cItr 1992 : 344; al-Mar

cashli 2002:13).

Namun sanad yang dimaksudkan dalam konteks makalah ini ialah senarai rijal yang

merangkap perawi atau juga disebut guru yang boleh ditemui nama-nama mereka yang

‘tersimpan’ dalam karya-karya al-thabat. Pra-kemuncak salasilah ini bersambungan sehingga

Page 21: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

21

kepada penyusun kitab-kitab turath muktabar dunia Islam termasuk al-kutub al-sittah. Manakala

titik permulaan sanad bermula dengan penyusun karya al-thabat tersebut. Justeru sanad dalam

perspektif makalah ini adalah merupakan senarai rijal/perawi/guru yang berkesinambungan

salasilahnya antara generasi demi generasi sehingga sampai kepada penyusun kitab (al-Marcashli

2002:13). Penghujung salasilah ini khasnya dalam konteks kitab hadis akan kembali bertaut

kepada Rasulullah (al-Fadani, 1983a: 8). Walau pun begitu, rijal sanad ini bukan lagi

sandaran untuk terima dan tolak sesuatu hadis tetapi hanya bagi mengekalkan salasilah sanad

agar tidak putus (Ibn al-Salah 2003: 41).

Kemampuan mengekalkan persambungan salasilah sanad sepanjang 15 kurun sehingga

kepada Rasulullah seperti ini pula adalah menepati kenyataan kebanyakan ilmuan hadis

antaranya Ibn al-Salah (1986:120). Beliau menyifatkan fenomena ini merupakan keistimewaan

ekslusif bagi umat Muhammad . Tambahan pula periwayatan hadis merupakan tradisi yang

sukar dipinggirkan oleh komuniti yang cenderung menghimpunkan nama mereka dengan

kelompok orang-orang salih yang tersenarai dalam salasilah sesuatu riwayat. Al-Khatib

al-Bagdadi (2003: 94) menukilkan hal ini menerusi jawapan Abu Hafs ibn Abi Salamah ketika

ditanya kepada beliau: “Adakah kamu suka meriwayatkan hadis? Beliau menjawab: Siapakah

yang suka namanya digugurkan daripada dewan orang-orang salih?”

Seterusnya Shah Waliyy Allah al-Dihlawi sebagaimana yang dinukilkan oleh Yusuf cAbd

al-Rahman al-Marcashli dalam Ibn Hajar al-

cAsqalani (1992:90-92) juga ada menegaskan bahawa

menyatakan kaedah tahammul yang menyambungkan hubungan antara generasi kini dengan

hadis Rasulullah merupakan satu keperluan. Ini adalah kerana generasi sekarang

sememangnya tidak mendengar langsung daripada baginda . Oleh itu, pasti ada perantara yang

dapat menyambungkan generasi kini dengan hadis baginda . Justeru dalam konteks makalah

ini, aplikasi pengijazahan al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il al-Salmaniyyah telah

mengadaptasi metode tahammul iaitu al-ijazah bagi tujuan penyampaian dan penyebaran hadis

secara bersambungan antara generasi kini sehingga sampai kepada Rasulullah tersebut.

Wallahucalam.

Page 22: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

22

RUJUKAN

cAbd al-Fattah Abu Ghuddah. (1992). Al-Isnad min al-din. Beirut: Dar al-Qalam.

Akhtar al-Nadwi, Muhammad Hassan. (2007). Al-Durr al-thamin bi asanid shaykh Taqiyy

al-Din. Beirut: Dar al-Basha’ir al-Islamiyyah.

Akram al-Nadwi, Muhammad. (2001). Bughyat al-mutabic li asanid al-

callamah al-sharif

Muhammad al-Rabic. Damshiq: Dar al-Qalam.

Anon. (2016), Biodata K.H Ahmad Fahmi Zamzam. ( atas talian:

https://id.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Fahmi_Zamzam) (diakses pada 1 Mac 2016)

al-Asl, Muhammad bin Jabir al-Wadi Ashi. (1982). Barnamaj al-Wadi Ashi. t.tp.: t.pt.

Alrashid, Muhammad bin cAbd Allah. (2009). Zahid al-Kawthari wa ishamatuh fi

cilm

al-riwayah wa al-asanid. t.tp.: t.pt.

al-Azhari, Usamat al-Sayyid Mahmud. (2011). Asanid al-misriyyin. t.tp.: Dar al-Faqih.

al-Fadani, Muhammad Yasin bin Muhammad cIsa. (1983). Thabat Kuzbari wa yalih ithaf al-talib

al-sirriyy bi asanid al-wajih al-Kuzbari. Damshiq: Dar al-Basa’ir.

Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Latifah Abdul Majid & Mohd. Arif Nazri. (2013). Penerokaan

Talaqqi Bersanad (TB) dalam Pengajian Hadis Di Malaysia. Jurnal Islamiyyat, 67, 69)

Farhah Zaidar Mohamed Ramli. (2014). Faktor-faktor Dorongan Aplikasi Talaqqi Bersanad

(TB) dan Keperluannya dalam Pengajian Hadis Di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah.

Jabatan al-Quran dan al-Sunah. Fakulti Pengajian Islam.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 23: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

23

Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Latifah Abdul Majid & Mohd. Arif Nazri. (2015). Historical

Reflection on The Involvement of Hadith Exponents from The 6th Century untill 15th

Hijrah in The Aplication of Talaqqi Bersanad (TB). al-Bayan Journal of Quran &

Hadith Studies, 138.

Habib Ahmad. (2016), Biodata Maulana Sayyid Salman al-Husaini al-Nadwi (atas talian:

https://pondokhabib.wordpress.com/2011/02/20/maulana-sayyid-salman-al-husaini-al-

nadwi/) (diakses pada 1 Mac 2016)

Ibn Hajar al-cAsqalani, Ahmad bin

cAli. (1992). Al-Majma

c al-mu’assis li al-mu

cjam

al-mufahris. Tahqiq: Yusuf cAbd al-Rahman al-Mar

cashli. Jil. 1. Beirut: Dar al-Ma

crifah.

Ibn al-cImadiyyah, al-hafiz Mansur bin Salim al-Hamdaniyy al-Iskandaraniyy al-Shafi

ciyy.

(2008). Juz’ fi al-ijazah. Tahqiq: Nizam Muhammad Salih Yacqubi. Beirut: Dar

al-Basha’ir al-Islamiyyah.

al-cIraqi, Abu al-Fadl

cAbd al-Rahim bin al-Husayn. (1993). Fath al-mughith sharh al-fiyyah

al-hadith. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Ibn al-Solah, Abu cAmr

cUthman bin

cAbd al-Rahman al-Shaharzuri. (1986).

cUlum al-hadith.

Tahqiq: Nur al-Din cItr. Damshiq: Dar al-Fikr.

Ibn al-Solah, Abu cAmr

cUthman bin

cAbd al-Rahman al-Shaharzuri. (2003). Siyanah Sahih

Muslim min al-ikhlal wa al-ghalat wa himayatuh min al-isqat wa al-saqat. Tahqiq: Farid

cAbd al-

cAziz al-Jundi. Beirut: Dar al-Kutub al-

cIlmiyyah.

al-Kattani, cAbd al-Hayy bin

cAbd al-Kabir. (1982). Fahras al-faharis wa al-athbat wa mu

cjam

al-macajim wa al-mashyakhat wa al-musalsalat. Tahqiq: Ihsan

cAbbas. Jil. 1 & 3. Beirut:

Dar al-Gharb al-Islamiyy.

Page 24: PENYUSUNAN AL-THABAT DALAM PERADABAN ILMU …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1001-irsyad-2016.pdf · 432-441; Farhah Zaidar, Latifah Abdul Majid & Mohd Arif Nazri,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

24

al-Kattani, Muhammad bin Jacfar. (1995) . Al-Risalah al-mustatrafah li bayan mashhur kutub

al-sunnah al-musharrafah. Tahqiq: Abu cAbd al-Rahman Salah Muhammad

cUwaydah.

Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

al-Khatib al-Bagdadi, Abu Bakr Ahmad bin cAli. (2008) . Al-Jami

c li akhlaq al-rawi wa adab

al-samic. Tahqiq: Muhammad Ra’fat al-Sa

cid. Jumhuriyyah Misr al-

cArabiyyah: Dar

al-Wafa’.

al-Khatib, Muhammad cAjajj. (1989). Usul al-hadith

culumuh wa mustalahuh. Beirut: Dar

al-Fikr.

al-Khatib al-Bagdadi, Abu Bakr Ahmad bin cAli bin Thabit. (2003). Sharaf ashab al-hadith.

Beirut: cAlah al-Kutub.

al-Marcashli, Yusuf

cAbd al-Rahman. (2002). Mu

cjam al-ma

cajim wa al-mashyakhat wa

al-faharis wa al-baramij wa al-athbat. 4 Jil. Riyad: Maktabat al-Rushd.

Mawsucah

culum al-hadith. (2007). Kaherah: Wizarat al-Awqaf al-Majlis al-‘A

cla li al-Shu’uni

al-Islamiyyah.

Nur al-Din cItr. (1992). Manhaj al-naqd fi

culum al-hadith. Beirut: Dar al-Fikr.

al-Qasimi, Muhammad Jamal al-Din. (1983). Al-Fadl al-mubin cala

caqd al-jawhar al-thamin

wa syarh al-arbacin al-

cajluniyyah. Tahqiq:

cAsim Bahjat al-Baytar, Dar al-Nafa’is

al-Sakhawi, Muhammad bin cAbd al-Rahman. (2005). Fath al-mughith bi syarh al-fiyyah

al-hadith. Tahqiq: cAbd al-Karim bin

cAbd Allah bin

cAbd al-Rahman al-Khudayr &

Muhammad bin cAbd Allah bin Fahayd Alfahayd. Jil. 1, 2 & 3. Riyad: Maktabah Dar

al-Minhaj.

Syeikh Ahmad Fahmi bin Zamzam. (2010). al-Nafahat al-Rahmaniyyah fi al-Awa'il

al-Salmaniyyah. Banjar Baru: Machad

cAli li al-Tafaqquh Fi al-Din.