falsafah akhlak miskawayh -...

12
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 416 FALSAFAH AKHLAK MISKAWAYH KAMAL AZMI ABD. RAHMAN Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ABSTRAK Miskawayh (m. 1030) adalah seorang tokoh penting dalam perkembangan ilmu falsafah akhlak Islam. Sumbangan penyelidikan dan penulisan Miskawayh telah menjadikan ilmu falsafah akhlak sebagai salah satu disiplin ilmu Islam yang tersendiri. Beliau telah membentangkan sebuah kerangka pemikiran falsafah akhlak yang unik walaupun terdapat pengaruh elemen-elemen Yunani dalam penulisannya. Dikenali melalui magnum opus Tahdhīb al-Akhlāq, penulisan beliau juga telah mempengaruhi beberapa tokoh yang lain seperti al - Ghazālī (m. 1111). Kajian ini adalah kajian kualitatif yang akan membahaskan tentang falsafah akhlak menurut Miskawayh melalui penulisan Tahdhīb dan juga dapatan kajian pengkaji -pengkaji lain tentang beliau. Kajian mendapati perbahasan akhlak Miskawayh adalah berbentuk falsafah, dipengaruhi oleh pandangan ahli falsafah Yunani seperti Aristotle dan menekankan aspek realisasi etika melalui perhubungan sosial manusia dalam masyarakat. Selain itu, beliau juga menekankan aspek praktikal dan latihan yang menjadikan akhlak adalah sesuatu yang responsif terhadap pendidikan. Kata kunci: Miskawayh, falsafah, akhlak, Tahdhīb al-Akhlāq 1. Pendahuluan Akhlak atau etika adalah salah satu daripada cabang perbincangan ilmu falsafah. Ia mempunyai kaitan dengan perbahasan aksiologi dan estetika yang menjelaskan tentang nilai. Ilmu akhlak secara khususnya pula adalah kajian tentang khulq atau keadaan jiwa. Sejak zaman klasik era Yunani lagi tokoh-tokoh falsafah seperti Aristotle (322 SM) dan Plato (348 SM) cuba untuk menjelaskan isu-isu yang terdapat dalam perbincangan akhlak atau etika. Perbincangan tokoh-tokoh tersebut kemudian telah mempengaruhi perkembangan ilmu falsafah akhlak Islam yang telah dipelopori oleh Miskawayh di era pertangahan. Beliau merupakan seorang tokoh yang bertanggungjawab menjadikan falsafah akhlak sebagi satu cabang ilmu Islam yang bebas kerana pada peringkat awal, faslafah akhlak menjadi sebahagian daripada perbahasan ilmu politik. Lahir di Rayy, Iran, Abū ʿ Alī Amad ibn Muammad ibn Yaʿ qūb Miskawayh al- Khāzin pada awalnya bercita-cita untuk menjadi ahli kimia. Walaupun begitu, Miskawayh telah berdepan dengan beberapa kesulitan termasuk masalah yang berkaitan dengan hal keluarga menyebabkan beliau mengambil kepputusan untuk meninggalkan bidang tersebut. 1032

Upload: phungtruc

Post on 06-Feb-2018

308 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: FALSAFAH AKHLAK MISKAWAYH - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1032-irsyad-2016.pdf · Sumbangan Miskawayh Dalam Ilmu Falsafah Akhlak Islam Miskwayh adalah

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

416

FALSAFAH AKHLAK MISKAWAYH

KAMAL AZMI ABD. RAHMAN

Akademi Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Miskawayh (m. 1030) adalah seorang tokoh penting dalam perkembangan ilmu falsafah akhlak Islam.

Sumbangan penyelidikan dan penulisan Miskawayh telah menjadikan ilmu falsafah akhlak sebagai salah satu

disiplin ilmu Islam yang tersendiri. Beliau telah membentangkan sebuah kerangka pemikiran falsafah akhlak

yang unik walaupun terdapat pengaruh elemen-elemen Yunani dalam penulisannya. Dikenali melalui magnum

opus Tahdhīb al-Akhlāq, penulisan beliau juga telah mempengaruhi beberapa tokoh yang lain seperti al-

Ghazālī (m. 1111). Kajian ini adalah kajian kualitatif yang akan membahaskan tentang falsafah akhlak menurut

Miskawayh melalui penulisan Tahdhīb dan juga dapatan kajian pengkaji-pengkaji lain tentang beliau. Kajian

mendapati perbahasan akhlak Miskawayh adalah berbentuk falsafah, dipengaruhi oleh pandangan ahli falsafah

Yunani seperti Aristotle dan menekankan aspek realisasi etika melalui perhubungan sosial manusia dalam

masyarakat. Selain itu, beliau juga menekankan aspek praktikal dan latihan yang menjadikan akhlak adalah

sesuatu yang responsif terhadap pendidikan.

Kata kunci: Miskawayh, falsafah, akhlak, Tahdhīb al-Akhlāq

1. Pendahuluan

Akhlak atau etika adalah salah satu daripada cabang perbincangan ilmu falsafah. Ia

mempunyai kaitan dengan perbahasan aksiologi dan estetika yang menjelaskan tentang nilai.

Ilmu akhlak secara khususnya pula adalah kajian tentang khulq atau keadaan jiwa. Sejak

zaman klasik era Yunani lagi tokoh-tokoh falsafah seperti Aristotle (322 SM) dan Plato (348

SM) cuba untuk menjelaskan isu-isu yang terdapat dalam perbincangan akhlak atau etika.

Perbincangan tokoh-tokoh tersebut kemudian telah mempengaruhi perkembangan ilmu

falsafah akhlak Islam yang telah dipelopori oleh Miskawayh di era pertangahan. Beliau

merupakan seorang tokoh yang bertanggungjawab menjadikan falsafah akhlak sebagi satu

cabang ilmu Islam yang bebas kerana pada peringkat awal, faslafah akhlak menjadi

sebahagian daripada perbahasan ilmu politik.

Lahir di Rayy, Iran, Abū ʿ Alī Aḥ mad ibn Muḥ ammad ibn Yaʿ qūb Miskawayh al-

Khāzin pada awalnya bercita-cita untuk menjadi ahli kimia. Walaupun begitu, Miskawayh

telah berdepan dengan beberapa kesulitan termasuk masalah yang berkaitan dengan hal

keluarga menyebabkan beliau mengambil kepputusan untuk meninggalkan bidang tersebut.

1032

Page 2: FALSAFAH AKHLAK MISKAWAYH - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1032-irsyad-2016.pdf · Sumbangan Miskawayh Dalam Ilmu Falsafah Akhlak Islam Miskwayh adalah

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

417

Beliau pernah berkhidmat dengan beberapa kerajaan di bawah pemerintahan Banī Buwayhid.

Dalam tempoh tersebut, beliau telah mengkaji buku-buku falsafah terutamanya buku-buku

tulisan Aristotle. Gelaran al-khāzin yang bermaksud penjaga, pemegang amanah atau

bendahara diberikan kerana beliau merupakan seorang bendahara merangkap pustakawan

kerajaan Buwayhid di era pemerintahan Sultan ʿ Aḍ ud al-Dawlah (983M). Gelaran tersebut

juga merupakan satu anugerah kepadanya kerana dianggap sebagai polymath, seorang yang

mempunyai banyak khazanah atau ilmu. Selain itu, beliau juga terlibat dalam kumpulan

perbincangan falsafah yang terdiri daripada ahli falsafah yang berpengaruh di zamannya

seperti seperti al-Sijistānī (1001 M) dan al-Tawḥ īdī (1023 M). Di lewat usianya, Miskawayh

pernah bertemu dengan Ibn Sīnā (1037 M) yang pada ketika itu merupakan seorang pemuda

yang sedang ghairah mencari ilmu. Pertemuan antara Miskawayh dan Ibn Sīnā tersebut juga

menurut Ansari (1964) telah memperlihat kematangan pemikiran Miskawayh dan kemurnian

akhlaknya.

Miskawayh juga dikenali sebagai muʿ allim al-thālith atau guru ketiga selepas al-

Farābī dan Aristotle sebagai guru pertama kerana penguasaanya dalam ilmu logik dan

falsafah Yunani. Beliau hidup berlatarbelakangkan suasana intelektual yang sedang

memuncak di era pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Pada ketika ini, usaha penterjemahan

karya-karya asing terutama karya Yunani ke Bahasa Arab sedang giat dijalankan. Ia ditambah

lagi dengan peranan yang dimainkan oleh Bait al-Ḥ ikmah sebagai pusat penterjemahan dan

perpustakaan awam besar bagi menyimpan khazanah ilmu. Miskawayh lebih aktif dalam

bidang penulisan pada tempoh 20 tahun terakhir hayatnya berbanding awalnya. Tahdhīb telah

ditulis ketika umur beliau telah mencecah 80 tahun. Antara penulisan beliau yang lain ialah

al-Hawāmil wa al-Shawāmil dan Tajārib al-Umam (The Experience of the Nation) yang

mempunyai 6 jilid. Tiga jilid terakhir telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dan

diedit oleh D. S. Margoliouth dengan tajuk Eclipse of the ʿ Abbīssid Caliphate.

Miskawayh telah membentangkan sebuah pandangan falsafah akhlak yang unik dan

tersendiri walaupun dipenagruhi oleh elemen-elemen asing terutamanya elemen Yunani.

Beliau cuba untuk menjelasakan akhlak dalam bentuk yang praktikal melalui idea interaksi

sosial. Selain itu, penulisan beliau di dalam Tahdhīb juga mendepankan elemen-elemen

pendidikan dan pemurnian akhlak melalui cerita-cerita sisipan kesungguhan beliau sendiri

Page 3: FALSAFAH AKHLAK MISKAWAYH - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1032-irsyad-2016.pdf · Sumbangan Miskawayh Dalam Ilmu Falsafah Akhlak Islam Miskwayh adalah

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

418

untuk memperbaiki akhlaknya. Berkaitan dengan hal ini Miskawayh (1966:42) telah

merekodkan di dalam Tahdhīb:

Para pembaca buku ini seharusnya tahu bahawa aku telah berjaya secara berperingkat-

peringkat dalam membuang kejahatan daripada jiwaku, ketika usia tua selepas

pengukuhan akhlak, aku telah berjuang dalam satu peperangan yang hebat.

2. Sumbangan Miskawayh Dalam Ilmu Falsafah Akhlak Islam

Miskwayh adalah seorang tokoh ilmuan Islam yang terawal membincangkan tentang etika

dan akhlak dengan menyatukan antara teori dan praktik (Ahmad Mahmud Shubhi 2001).

Walaupun karya Miskawayh merentasi pelbagai disiplin ilmu, beliau lebih dikenali sebagai

ahli falsafah akhlak atau etika berbanding sebagai seorang sejarawan, ahli teologi, ahli kimia

atau ahli fizik. Beliau lebih banyak memfokuskan tentang akhlak berbanding ahli falsafah

Islam yang lain dan juga merupakan orang yang bertanggungjawab menelaah falsafah etika

tulisan Aristotle (Ahmad Mahmud Shubhi 2001; Nadia Jamal al-Din, 1994). Kajian-kajian

terdahulu mengenai pemikiran Miskawayh juga tertumpu kepada persoalan etika atau akhlak

berbanding disiplin ilmu lain yang dikuasai oleh beliau. Antara kajian dan penulisan

signifikan yang membahaskan tentang falsafah akhlak Miskawyah ialah Ibn Miskawayh:

Falsafatuhu al-Akhlāqiyyah wa Maṣ ādiruhā (Abd al-‘Aziz ʿ Izzāt 2006), The Ethical

Philosophy of Miskawayh (M. Abdul Haq Ansari 1964), Some Aspect of Miskawayh’s

Tahdhib al-Akhlāq (Walzer 1956) dan Christian and Muslim Ethics (Mohd. Nasir Omar

2003). Selain itu, himpunan makalah-makalah tulisan M. Arkoun juga banyak

membincangkan tentang falsafah etika menurut Miskawayh. Artikel-artikel tersebut adalah

Etika dan Sejarah dalam Kitab Tajārib al-Umam, Humanisme Arab dalam Kitab al-Hawamil

wa al-Syawamil dan Kajian Leksikon Etika Muslim telah ditulis dalam Bahasa Perancis dan

diterjemahkan ke Bahasa Indonesia di dalam buku yang bertajuk Pembedahan Pemikiran

Islam (2000).

Kesarjanaan Miskawayh dalam bidang akhlak dan pengaruh karyanya, Tahdhīb al-

Akhlāq diperakui The Encyclopedia of Islam (1960). Tahdhīb adalah sebuah penulisan yang

bertemakan perbahasan falsafah akhlak. Karya ini telah mempengaruhi perbincangan falsafah

etika Islam selepasnya (Y Mohamed 2000; Mohd. Nasir Omar 2010; Nasr & Leaman 2001)

terutama dalam penulisan al-Ghazālī (1111M), al-Ṭ ūsī (1274M) dan beberapa ahli falsafah

Page 4: FALSAFAH AKHLAK MISKAWAYH - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1032-irsyad-2016.pdf · Sumbangan Miskawayh Dalam Ilmu Falsafah Akhlak Islam Miskwayh adalah

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

419

yang lain. Majid Fakhry (1975) juga menganggap bahawa tulisan beliau di dalam Tahdhīb

merupakan tulisan etika yang paling komprehensif dan sistematik. Zurayk (1968)

menyatakan di dalam terjemahan Tahdhīb dalam Bahasa Inggeris tentang ketokohan

Miskawayh dalam bidang falsafah etika Islam atas beberapa alasan. Pertamanya, beliau telah

merumuskan dan menjelaskan dengan luar biasa tentang asas-asas falsafah praktikal yang ada

pada zaman tersebut. Selain itu, Miskawayh juga banyak mempengaruhi kepada tokoh-tokoh

falsafah etika Muslim selepas itu sama ada dengan mengikuti tradisi falsafah atau dalam

tradisi yang berbeza. Oleh itu, menurut Bakhtiar H. Siddiqui (2001), Miskawayh adalah

pengasas falsafah etika di alam Islam yang dikenali melalui penulisannya Tahdhīb al-Akhlāq

wa Taṭ hīr al-Aʿ rāq.

Kebanyakan pengarang buku-buku falsafah Islam mengiktiraf Miskawayh sebagai

seorang tokoh falsafah Islam yang penting di zaman medieval atau pertengahan. Antaranya

ialah Hasyimsyah Nasution (1999) di dalam bukunya yang bertajuk Filsafat Islam

menjelaskan tentang konsep falsafah moral Miskawayh yang menitikberatkan etika praktikal

dalam kehidupan bermasyarakat. De Boer (1983) di dalam bukunya The History of

Philosophy in Islam juga telah membincangkan secara ringkas falsafah etika Miskawayh

yang bertunjangkan kepada etika sosial. Buku tulisan Kraemer (1986) yang bertajuk

Humanism in the Ranaissance of Islam dan artikel yang bertajuk Humanism in the

Renaissance of Islam: A Preliminary Study pada tahun 1984 menyatakan tentang kotokohan

Miskawayh dalam sejarah ketamduanan era Buwayhid. Menurut beliau, Miskawayh

mempunyai kecenderungan dalam falsafah etika dan sains politik. Arkoun (2000)

menyatakan bahawa buku Tajārib al-Umam boleh dikelompokkan sebgai karya adab terbaik

yang membahaskan tentang etika-politik. Oleh kerana itu juga Leaman (2008) menganggap

Miskawayh adalah seorang ahli politik dan pada masa yang sama adalah seorang ahli

falsafah.

Falsafah etika Miskawayh menjadi perbincangan utama buku-buku yang bertemakan

tentang falsafah akhlak atau etika Islam. Mohd. Nasir Omar (2010) di dalam bukunya

Falsafah Akhlak telah membincangkan tentang falsafah akhlak menurut pandangan

Miskawayh. Mohd. Nasir Omar (2013) di dalam artikel Ethics in Islam: A Brief Survey juga

menjelaskan tentang sejarah perkembangan ilmu falsafah etika Islam. Menurut beliau,

falsafah etika Islam di peringkat awal yang dibahaskan oleh tokoh-tokoh seperti al-Kindī

Page 5: FALSAFAH AKHLAK MISKAWAYH - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1032-irsyad-2016.pdf · Sumbangan Miskawayh Dalam Ilmu Falsafah Akhlak Islam Miskwayh adalah

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

420

(873 M), Ibn Sīnā dan al-Farābī (950M) adalah sebahagian daripada disiplin ilmu Islam yang

lain. Ilmu falsafah etika Islam menjadi sebuah disiplin yang bebas dan perbahasan yang lebih

mendalam mula terbentuk melalui tulisan-tulisan tokoh terkemudian seperti Miskawayh, al-

Ghazālī, al-Ṭ ūsī dan al-Dawwānī. Selain itu, Ahmad Mahmud Shubhi (2001) di dalam

bukunya Fislafat Etika: Tanggapan Kaum Rasionalis dan Intuisionalis Islam juga

menjelaskan tentang pandangan akhlak Miskawayh yang mementingkan aspek sosial.

Pengkaji terkenal dalam falsafah Islam, Majid Fakhry (1994) telah membincangkan tentang

etika Islam di dalam bukunya Ethical Theories in Islam dengan menyentuh secara umum

penulisan Tahdhīb. Idea-idea etika Miskawayh yang berkisar tentang kejiwaan, fadhilat atau

kebaikan, keadilan dan persahabatan, kebahagiaan, pemeliharaan akhlak dalam bentuk

teoritikal dan praktikal juga turut dibahaskan secara ringkas.

3. Penulisan Akhlak Miskawayh

Di dalam penulisannaya, Miskawayh telah membentangkan idea falsafah akhlak yang

universal (Mohamed Imran Mohamed Taib, 2004). Walaupun begitu, perbahasan falsafah

akhlak Miskawayh dipengaruhi oleh penulisan tokoh-tokoh Yunani. Hal ini diperakui oleh

Mohd. Nasir Omar (2003) yang menjelaskan bahawa terdapat pengaruh etika Aristotle

terhadap perkembangan pemikiran falsafah Islam terutamanya dalam penulisan Miskawayh.

Majid Fakhri (1994) juga menyatakan bahawa idea Neo-Platonik dan Nichomacean Ethics,

Aristotle dalam tradisi Yunani telah mempengaruhi penulisan Miskawayh. Selain itu, terdapat

beberapa kajian yang pernah dijalankan sebelum ini bagi tujuan mengkaji konsep keadilan

menurut Miskawayh telah membuktikan terdapatnya pengaruh penulisan Aristotle dan Plato

dalam penulisan Miskawayh. Antaranya ialah kajian Majid Fakhry (1975) yang bertajuk

Justice in Islamic Philosphical Ethics: Miskawayh’s Mediating Contribution, Y Mohamed

(2000) dengan artikel yang bertajuk Greek Thought in Arab Ethics: Miskawayh’s Theory of

Justice, Konsep Keadilan Dalam Pemikiran Akhlak Aristotle (M. 322 SM) dan Miskawayh

(M. 1030 SM) oleh Zul’azmi b. Yaakob (2005) dan Shaida (t.th.) dalam artikelnya yang

bertajuk Ibn Miskawayh’s Concept of Justice and Its Metaphysical Foundations.

Miskawayh bersetuju dengan idea falasfah Yunani yang selari dengan prinsip Islam

kerana usahanya adalah untuk mengharmonikan wahyu dengan kebenaran falsafah serta

Page 6: FALSAFAH AKHLAK MISKAWAYH - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1032-irsyad-2016.pdf · Sumbangan Miskawayh Dalam Ilmu Falsafah Akhlak Islam Miskwayh adalah

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

421

pemikiran rasional. Kecenderungan Miskawayh untuk menerima pengaruh falsafah Yunani

dan mengutamakan penggunaan akal dalam penulisannya menyebabkan beberapa pengkaji

seperti M. Arkoun melebel beliau sebagai humanis Muslim. Arkoun (2000) menyatakan

bahawa Miskawayh adalah seorang humanis yang bijaksana kerana banyak menggunakan

akal atau rasional iaitu dengan merujuk kepada pemikiran Aristotle dan Plato berbanding

wahyu. Walzer (1956) menjelaskan bahawa Miskawayh meneruskan usaha-usaha

kebanyakan ahli falsafah Muslim di eranya untuk mengharmonikan falsafah Yunani dengan

alam Islam dan memperoleh manfaat daripadanya. Dalam penulisannya, Miskawayh telah

menggabungkan berbagai pemikiran falsafah sebelumnya seperti Plato, Aristotle, Plotinus,

Galen dan doktrin Islam. Perbincangan metafizik beliau adalah pinjaman falsafah neo-

Platonik manakala sumber utama penulisan etika beliau pula adalah Aristotle. Oleh itu,

penulisan Tahdhīb adalah sintesis pandangan neo-Platonik dan Aristotelianisme (Walzer

1956). Idea Miskawayh yang telah dipengaruhi oleh tradisi ilmu Yunani ini kemudiannya

diadaptasi oleh al-Ghazālī dengan merujuk kepada sumber-sumber tradisi Islam (Mohamed

Imran 2004).

Walaupun begitu, menurut Ansari (1964), idea yang dibentangkan oleh Miskawayh

tidak hanya dipengaruhi metafizik dan psikologi neo-platonik, akan tetapi juga berdasarkan

kepada kerangka agama dan kebudayaan tamadun Islam. Oleh kerana itu, etika Miskawayh

bukanlah suatu penghasilan semula atau reproduksi etika Yunani semata-mata, sebaliknya

adalah suatu usaha untuk memahami etika Islam dengan menggunakan medium falsafah

Yunani. Sentisis ilmu Yunani bersama syariat Islam menerbitkan suatu idea etika yang

rasional, komprehensif dan Islamik. Shaida (t.th.) menyatakan bahawa pengaruh Aristotle

dalam penulisan Miskawayh disebabkan oleh suasana intelektual Arab pada waktu itu yang

dipengaruhi oleh elemen-elemen Yunani serta wujudnya persamaan nilai-nilai kebaikan

antara wahyu dengan apa yang dinyatakan oleh pemikir Yunani seperti keberanian,

kesederhanaan, kesabaran dan keadilan. Mohamed Imran (2004) juga menyatakan bahawa

walaupun dipengaruhi oleh Yunani, Miskawayh seharusnya juga dinilai dengan adil kerana

beliau juga sentiasa merujuk kepada Quran, Hadis, kata-kata ʿ Ali b. Abī Ṭ ālib, Ḥasan al-

Baṣ rī dan juga puisi Arab. Selain itu, petikan-petikan daripada tokoh-tokoh Yunani juga

membuktikan Miskawayh menghargai kebenaran walaupun ianya datang daripada suatu

kebuadayaan dan tamadun yang asing. Semangat ini jugalah yang telah melahirkan ramai

tokoh falsafah dan ahli sains Islam di abad pertengahan.

Page 7: FALSAFAH AKHLAK MISKAWAYH - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1032-irsyad-2016.pdf · Sumbangan Miskawayh Dalam Ilmu Falsafah Akhlak Islam Miskwayh adalah

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

422

Miskawayh memberikan penekanan terhadap interaksi sosial dalam perbahasan

falsafah akhlak. Aspek kepentingan interkasi sosial bukanlah sesuatu yang baru dalam etika

kerana ia bertujuan untuk menjelaskan bahawa setiap falsafah dan pemikiran mempunyai

dimensi praktikal dan aspek reaslisasinya. Menurut Miskawayh, pergaulan dan interaksi

sosial dalam masyarakat adalah medium penting untuk merealisasikan akhlak dalam bentuk

yang praktikal. Ini juga didasari oleh pandangannya tentang konsep manusia sebagai makhluk

yang hidup bermasyarakat. Menurut Miskawayh (2005), manusia mempunyai sifat uns

(ānasa bi al-ṭ abʿ i) dan keramahan yang memerlukan mereka untuk saling berinteraksi

antara satu sama lain. Pensyariatan solat berjemaah dan kefardhuan haji juga merupakan

medium bagi manusia untuk merelaisasikan sifat uns tersebut (Miskawayh 2005). Berkaitan

dengan hal ini, Miskawayh banyak membincangkan tentang persahabatan (al-ṣ adāqah) dan

kasih sayang (al-maḥ abbah) sebagai prinsip asas dalam perhubungan sosial kerana pada

pandangan beliau manusia tidak akan mampu memperolehi kehendak asasnya melainkan

dengan bantuan orang lain. Mohd. Nasir Omar (2005) juga menjelaskan tentang etika sosial

menurut pandangan Miskawayh terkandung di dalam bab kasih sayang dan persahabatan.

Oleh itu, akhlak yang baik menurut Miskawayh bukan sekadar merit sahaja, tetapi berada

dalam aktiviti dan interaksi manusia dengan manusia lain (Mohd. Nasir Omar 2010).

Oleh kerana mementingkan dimensi sosial dalam akhlak, Miskawayh (2005) menolak

amalan pemencilan diri melalui cara hidup kerahiban. Amalan ini menyebabkan manusia

tidak bergaul dengan masyarakat dan kemampuan manusia terhadap kebaikan atau kejahatan

juga tidak terarah kepada objeknya (Ahmad Mahmud Shubhi 2001). Seperti pengkaji lain

yang mengkaji tentang Miskawayh, aspek falsafah etika yang ditekankan ialah tentang

perhubungan sosial melalui persahabatan dan pemahaman konsep manusia sebagai political

animal atau al-insān madaniyyun bi al-tabʿ maka, kehidupan pemencilan diri dikritik kerana

tidak mampu untuk mempraktikkan nilai-nilai seperti keadilan dan keberanian (Majid Fakhry

1994). Miskawayh (2005) menyatakan bahawa manusia hanya boleh mencapai kesempurnaan

dan kebahagiaan melalui kehidupan kolektif iaitu apabila semua anggota masyarakat saling

bantu-membantu dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Manusia sebagai makhluk

sosial memerlukan kehidupan kota di mana interaksi antara sesama manusia dapat dilakukan

dengan aktif. Maka, kehidupan zuhud dengan mengasingkan diri dan amalan pertapaan

dikritik oleh Miskawayh kerana tidak mampu mencapai kebaikan kemanusiaan. Manusia

Page 8: FALSAFAH AKHLAK MISKAWAYH - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1032-irsyad-2016.pdf · Sumbangan Miskawayh Dalam Ilmu Falsafah Akhlak Islam Miskwayh adalah

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

423

yang berakal tidak akan memilih untuk hidup berasingan kerana tidak mempunyai kebaikan.

Kepentingan persahabatan dan pergaulan juga adalah sifat terpuji yang terhasil daripada

kehidupan bermasyarakat (Mohamed Imran 2004).

Penulisan akhlak Miskawayh menjelaskan bahawa seseorang hanya boleh mencapai

kesempurnaan apabila dia adalah hidupan sosial dan juga rasional (Nadia Jamal al-Din 2001).

Lantaran itu, manusia harus hidup bersama dan saling berhubung kerana pengalaman mereka

akan bertambah dan kebaikan akan terbina di dalam jiwa dengan cara mempraktikkan

kebaikan tersebut. Interaksi dan perhubungan sosial ini akan menampakkan kebaikan seperti

amanah, berani dan kemurahan hati dan jika sebaliknya, kebaikan tidak akan kelihatan dan

manusia akan menjadi beku dan mati. Oleh itu, semua kebaikan termasuk keadilan tidak

hanya dipraktikkan kepada diri sahaja akan tetapi kepada manusia lain dalam kehidupan

masyarakat (Y Mohamed 2000). Miskawayh juga tidak pernah mengasingkan diri daripada

politik dan realiti sosial bahkan secara aktif menyertainya sebagai satu khidmat kepada

komuniti (Mohd. Nasir Omar 2010). Malahan, penulisan beliau tentang sejarah dan tamadun,

Tajārib al-Umam yang telah disiapkan sebelum menulis Tahdhīb bukan sekadar penulisan

sejarah sebaliknya adalah minat dan perhatian awal beliau kepada asas kemoralan individu

dan juga etika sosial.

Miskawayh telah menjelaskan idea pemurnian jiwa dan akhlak di dalam Tahdhīb.

Matlamat akhlak adalah untuk mendapatkan kebahagiaan, melakukan pemurnian melalui

pengawalan diri (self-control) dan juga mengekalkan perhubungan dengan orang lain melalui

kasih-sayang dan persahabatan (Mohd. Nasir Omar 2003). Fadhilat atau kebaikan akan

memberikan manusia kebahagiaan sebaliknya kenikmatan yang diperolehi daripada deria

manusia adalah superficial dan tidak akan memberikan manusia kebahagiaan. Nilai-nilai

kebaikan seperti al-nafs (jiwa), al-ḥ ikmah (kebijaksanaan), al-ʿ iffah (kesederhanaan), al-

shajāʿ ah (keberanian), al-ʿ adālah (keadilan) dan al-saʿ ādah (kebahagiaan) yang

disebutkan di dalam Waṣ iyya juga mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam

perbahasan akhlak beliau. Menurut pandangan Miskawayh, karakter manusia boleh berubah

melalui latihan pengulangan sehingga menjadi tabiat (Hamid Reza Alavi 2009). Oleh itu,

personaliti bukan terbentuk daripada warisan dan persekitaran sosial semata-mata sebaliknya

personaliti juga lahir daripada konflik di antara rasional dan tidak rasional yang menerbitkan

suara hati moral yang menjadi teras intrinsik bagi khulq ataupun personaliti (Bakhtiar H.

Page 9: FALSAFAH AKHLAK MISKAWAYH - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1032-irsyad-2016.pdf · Sumbangan Miskawayh Dalam Ilmu Falsafah Akhlak Islam Miskwayh adalah

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

424

Siddiqui 2001). Oleh yang demikian, latihan adalah bertujuan untuk menjadikan suara hati

moral seseorang sentiasa dipengaruhi oleh akal yang rasional.

Penulisan Tahdhīb juga mementing aspek pendidikan dan pemurnian akhlak.

Penekanan metode didikan dan pemulihan akhlak oleh Miskawayh menurut Nasr dan

Leaman (2001) merupakan antara sebab penulisannya mendapat perhatian serta popular.

Miskawayh juga telah memberikan penekanan khusus kepada pendidikan akhlak peringkat

awal iaitu sejak di zaman kanak-kanak lagi. Miskawayh (2005) menyatakan bahawa

mendidik anak-anak ialah sebagai satu usaha untuk membentuk akhlak yang baik. Oleh itu,

kandungan atau isi didikan itu mestilah daripada sumber yang benar. Kanak-kanak hendaklah

dilarang daripada membaca syair-syair yang buruk dan ditegah menerima perkataan-

perkataan yang mengandungi dusta, kejian, umpatan, dan sebagainya. Mereka seharusnya

dididik daripada sumber tasyrī (syariat) supaya mereka terbiasa dengan syariat-syariat Allah.

Melalui penulisan Tahdhīb, Miskawayh telah membahaskan akhlak dalam bentuk

falsafah yang praktikal yang boleh difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan serta tidak

seperti cabang-cabang falsafah yang lain yang bersifat spekulatif, (Mohamed Imran

Mohamed Taib 2004). Pandangan Miskawayh tentang personaliti dan akhlak manusia juga

berlawanan dengan pandangan personaliti tanpa moral atau akhlak yang dibentuk di zaman

moden. Menurut Bakhtiar H. Siddiqui (2001), perbezaan ini disebabkan oleh kajian psikologi

era medieval yang dipelopori oleh Miskawayh mendepankan idea psikologi berdasarkan

kepada metafizik manakala pada era moden yang dipelopori oleh W. Wundt (1020M) dan W.

James (1910M) pula adalah psikologi empirikal – bergantung kepada fakta eksperimen dan

tidak mempunyai kaitan dengan jiwa dan minda. Oleh yang demikian, falsafah akhlak yang

dibahaskan oleh Miskawayh di dalam penulisannya adalah sebuah perbahasan akhlak yang

komprehensif dan menyeluruh jika dibandingkan dengan falsafah etika umum yang didasari

oleh pemahaman ilmu psikologi moden.

4. Rumusan

Miskawayh dikenali sebagai sarjana terawal dalam sejarah keilmuan Islam yang telah

membincangkan tentang falsafah akhlak melalui karya Tahdhīb al-Akhlāq. Melalui

sumbangan beliau, falsafah akhlak Islam telah beridiri sendiri kerana akhlak sebelum itu

Page 10: FALSAFAH AKHLAK MISKAWAYH - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1032-irsyad-2016.pdf · Sumbangan Miskawayh Dalam Ilmu Falsafah Akhlak Islam Miskwayh adalah

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

425

adalah sebahagian daripada cabang dengan ilmu politik kenegaraan. Walaupun keseluruhan

pengkaji bersetuju bahawa terdapat pengaruh Yunani dalam penulisan falsafah akhlak

Miskawayh, penulisan beliau tetap mempunyai keunikan tersendiri terutamanya pada aspek

teori dan praktikal perbincangan akhlak. Hakikatnya, penulisan beliau juga merujuk kepada

Quran dan Hadis serta tradisi keilmuan Islam. Aspek praktikal dalam falsafah akhlak

Miskawayh boleh dilihat pada perbahasan kasih-sayang (al-maḥ abbah) dan persahabatan

(al-ṣ adāqah). Penekanan yang beliau berikan terhadap realisasi akhlak melalui interaksi

sosial sesama manusia juga meyebabkan beliau mengkritik cara hidup kerahiban dan

pemencilan diri. Menurut beliau, kaedah ini bercanggah dengan kehendak akhlak Islam.

Selain itu, Miskawayh menekankan aspek pendidikan dan pemurnian akhlak. Baginya,

akhlak adalah dinamik dan bersifat responsif terhadap latihan dan pendidikan.

Rujukan

Ahmad Mahmud Shubhi. 2001. Filsafat Etika: Tanggapan Kaum Rasionalis dan Intusionalis

Islam. Jakarta: PT Serambi Ilmu Sastera.

Al-ʿ Amrū, ʿ Abdullah bin Muḥ ammad. 2006. Al-Akhlāq Baina Madrasataini al-Salafiyyah

wa al-Falsafah (Miskawayh wa ibn al-Qayyim Namuzajan). Riyāḍ : Jāmiʿ ah al-

Imām Muḥ ammad bin Saʿ ūd al-Islāmiyyah.

Asmawati Suhid. 2009. Pendidikan Akhlak dan Adab Islam. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors Sdn Bhd.

Azmul Fahimi Kamaruzaman. 2010. Genesis Tajribah Miskawayh Dalam Tajārib al-Umam.

Islamiyyat 32: 25-39.

Bakhtiar H. Siddiqui. 2001. Miskawaih’s Thought on Human Personality. Intellectual

Discourse 9 (1): 29-46.

Becker, Lawrence C. & Becker, Charlotte B. 2001. Encyclopedia of Ethics. Edisi ke 2. Vol 2.

London & New York: Routledge.

Bertens, K. 2003. Etika dan Moral. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Blackburn, Simon. 2005. Oxford Dictionary of Philosophy. New York: Oxford University

Press.

De Boer, T. J. 1983. The History of Philosophy in Islam. Terj. Jones, Edward R. New Delhi:

Cosmo Publication.

Page 11: FALSAFAH AKHLAK MISKAWAYH - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1032-irsyad-2016.pdf · Sumbangan Miskawayh Dalam Ilmu Falsafah Akhlak Islam Miskwayh adalah

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

426

De Lacy O’Leary, D.D. 1963. Arabic Thought and Its Place in History. London: Routledge

and Kegan Paul LTD.

Ghazali Darusalam. 2003. Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributtions Sdn. Bhd.

Hamid Reza Alavi. 2009. Ethical Views of Ibn Miskawayh and Aquinas. Philosophical

Papers and Review 1 (4): 1-5.

Hasyimsyah Nasution. 1999. Filsafat Islam. Jakarta: Penerbit Gaya Media Pertama.

Hourani, George F. 2007. Reason and Tradition in Islamic Ethics. New York: Cambridge

University Press.

Ibrahim Abu Bakar. 1989. Some Aspects of Miskawayh’s Thought. Islāmiyyāt 10: 115-123.

ʿ Izzat, ʿ Abd al-ʿ Azīz. 1946. Miskawayh: Falsafatuhu al-Akhlāqiyyah wa Maṣ ādiruhā.

Kamal Azmi Abd. Rahman. 2015. Pendidikan Akhlak Menurut Miskawayh (M. 1030).

Prosiding Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (IsPEN 2015), hlm. 111-122.

Kraemer, Joel L. 1986. Humanism in the Ranaissance of Islam. Leiden, Netherland: E. J.

Brill.

Kraemer, Joel L. 1984. Humanism in the Renaissance of Islam: A Preliminary Study. Journal

of the American Oriental Study. 104 (1): 135-164.

M. Abdul Haq Ansari. 1964. The Ethical Philosophy of Miskawayh. India: The Aligarh

University Press.

Majid Fakhry. 1994. Ethical Theories in Islam. Leiden, New York, Koln: E.J Brill.

Majid Fakhry. 1970. History of Islamic Philosophy. New York: Columbia University Press.

Majid Fakhry. 1975. Justice in Islamic Philosophical Ethics: Miskawayh’s Mediating

Contribution. Journal of Religious Ethics 3 (2): 243-254.

M. Amin Abdullah. 1992. The Idea of Universality of Ethical Norms in al-Ghazali and Kant.

Ankara: Bu Kitabin.

M. Arkoun. 2000. Pembedahan Pemikiran Islam. Terj. Hidayatullah. Bandung, Indonesia:

Penerbit Pustaka.

Miskawayh. t.th. Al-Fawz al-Asghār. Bayrūt: Dār al-Maktabah al-Ḥayah

Miskawayh. 2005. Tahdhīb al-Akhlāq wa Taṭ hīr al-Aʿ rāq. Ṭ alīʿ ah al-Nūr.

Miskawayh. 1968. The Refinement of Character. Terj. Zurayk, Constantine K. Beirut:

American University of Beirut.

Page 12: FALSAFAH AKHLAK MISKAWAYH - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1032-irsyad-2016.pdf · Sumbangan Miskawayh Dalam Ilmu Falsafah Akhlak Islam Miskwayh adalah

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

427

Mohamed Imran Mohamed Taib. 2004. Friendship: Miskawayh and the Ethical Tradition.

The Muslim Reader Magazine Jan-Apr: 1-5.

Mohd. Nasir Omar. 1994. Miskawayh’s Theory of Self-Purification and the Relationship

between Philosophy and Sufism. Journal of Islamic Studies 5(1): 35-51.

Mohd. Nasir Omar. 2003. Christian and Muslim Ethics. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mohd. Nasir Omar. 2010a. Ethics in Islam: A Critical Survey. The Social Sciences 8 (5): 387-

392.

Mohd. Nasir Omar. 2010b. Falsafah Akhlak. Bangi, Selangor: Penerbitan Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Nasir Omar. 2013. Ethics in Islam: A Brief Survey. Islāmiyyāt 33: 157 – 171

Nadia Jamal al-Din. 2001. Miskawayh (A.H. 320-421/A.D.932-1030). Prospects: The

Quarterly Review of Comparative Education. 24(1): 1-18

Nasr, Seyyed Hossien & Leaman, Oliver. 2001. History of Islamic Philosophy. London &

New York: Routledge.

S. A. Shaida. t.th. Ibn Miskawayh’s Concept of Justice and Its Metaphysical Foundations.

299-317.

Walzer, R. 1956. Some Aspects of Miskawayh’ Tahdhīb al-Akhlāq. Istituto per l'Oriente.

Y Mohamed. 2000. Greek Thought in Arab Ethics: Miskawayh’s Theory of Justice.

Phronimon 2: 242-259.

Zul’azmi b. Yaakob. 2005. Konsep Keadilan Dalam Pemikiran Akhlak Aristotle (M. 322 SM)

dan Miskawayh (M. 1030 SM). Disertasi Ijazah Sarjana Usuluddin. Fakulti Pengajian

Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.