INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
465
KESALAHAN JALI DALAM KALANGAN PESERTA MAJLIS TILAWAH AL-
QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KE-59 TAHUN 2016
MUHAMMAD SYAFEE SALIHIN
No. Tel. 013-9917262
SHAHARUDDIN PANGILUN
IKMAL ZAIDI HASHIM
MAHMUD LUTFI ABDUL HADI
Akademi Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ASBTRAK
Al-quran merupakan kitab suci yang diwahyukan kepada Nabi S.A.W melalui perantaraan Jibril dengan
cara talaqqi dan musyafahah. Proses penyampaian wahyu melalui kaedah talaqqi dan musyafahah ini
berterusan daripada Nabi kepada para sahabat dan generasi berikutnya. Disiplin ini mesti dipatuhi supaya
kesalahan dalam pembacaan dapat diatasi dan menepati cara bacaan sebagaimana diturunkan kepada
baginda S.A.W. Walaupun begitu, kesalahan dalam pembacaan al-Quran dalam kalangan peserta Majlis
Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Kebangsaan berkaitan bidang tajwid dan fasahah sering juga berlaku.
Oleh itu, satu kajian telah dilaksanakan untuk mengkaji tahap penguasaan bacaan peserta MTQ berkaitan
dengan bidang tajwid dan fasahah. Rekabentuk kajian adalah kajian kualitatif dengan menggunakan
kaedah observasi pada bacaan peserta. Hasil kajian keseluruhan dalam bidang tajwid, para peserta dapat
memenuhi bacaan al-Quran bertajwid dengan baik iaitu memperolehi markah melebihi 34 markah
daripada 40 markah yang diperuntukan untuk bidang ini. Hasil kajian dalam bidang fasahah pula, terdapat
peserta yang melakukan kesalahan tertukar baris dan huruf serta kesalahan dalam menghentikan dan
memulakan bacaan. Implikasi kajian penting dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat akan
kepentingan bacaan al-Quran dengan bertajwid supaya bertepatan dengan bacaan daripada Nabi S.A.W.
Kata kunci : Kesalahan, Jali, peserta, Majlis Tilawah al-Quran
1035
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
466
1. PENDAHULUAN
Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah S.W.T kepada junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W sebagai bukti kebenaran risalah yang dibawa baginda. Ia
diturunkan melalui perantaraan Jibril A.S kepada Baginda S.A.W dengan kaedah talaqqi
dan mushafahah. Disiplin ini telah dipraktikkan oleh Nabi S.A.W kepada para sahabatnya
ketika mengajar pembacaan al-Quran. Begitulah seterusnya sehingga ke generasi
berikutnya. Talaqqi dan mushafahah ini adalah merupakan kaedah yang paling baik
dalam meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran kepada seseorang pembaca al-Quran.
Walaupun kaedah terkini seperti menggunakan alat bantuan seperti kaset, MP3, telefon,
komputer dan buku-buku rujukan teori tentang ilmu Tajwid, namun ia tetap tidak dapat
menyaingi kaedah talaqqi dan mushafahah ini.
Oleh yang demikian, menjadi kewajipan bagi setiap orang untuk mempelajari dan
memahami kesemua kaedah ilmu tajwid sebagaimana amalan yang dilakukan oleh
Rasulullah S.A.W ketika mengajar para sahabat menyebut dan membaca ayat-ayat suci
al-Quran sepertimana baginda menerima bacaan tersebut daripada Jibril A.S (Abu cAmr
al-Dani 2006).
2. PERMASALAHAN KAJIAN
Kewajipan untuk membaca al-quran dengan tepat dan betul menjadi suatu kemestian
kepada semua pembaca al-Quran. Kewajipan ini tidak hanya tertumpu semasa
pertandingan bacaan al-Quran, semasa solat ataupun semasa dijemput untuk
mempersembahkan bacaan al-Quran, bahkan menjadi kewajipan pada setiap masa dan
keadaan untuk membaca al-Quran dengan menepati semua hukum tajwid. Pengamatan
awal, pengkaji mendapati terdapat kesalahan bacaan para peserta di Majlis Tilawah Al-
Quran peringkat kebangsaan 2015 dalam bidang tajwid. Mereka ini adalah wakil peserta
dari negeri- negeri seluruh Malaysia. Namun kesalahan-kesalahan dalam pembacaan al-
Quran juga tetap berlaku. Seterusnya ucapan daripada Pengerusi Jemaah Hakim Dato'
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
467
Haji Othman Bin Mustapha dalam majlis penutup Majlis Tilawah al-Quran 2015
menjelaskan terdapat kesalahan bacaan Qari dan Qariah berkaitan hukum Tajwid dan
Fasohah seperti tertukar baris dan tertukar huruf. Selain itu terdapat juga peserta yang
tidak dapat membezakan sifat tebal nipis dan sifat isticla’ istifal suatu huruf. Oleh yang
demikian menjadi ransangan kepada pengkaji untuk melakukan kajian dengan lebih lanjut
berkaitan tahap penguasaan bacaan para peserta dalam Majlis Tilawah Al-Quran
peringkat kebangsaan 2016 dalam bidang tajwid.
3. PERSOALAN KAJIAN
Secara khususnya kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencari jawapan kepada
beberapa persoalan berikut :
a. Apakah konsep asas berkaitan kesalahan hukum tajwid dalam pembacaan ayat al-
Quran?
b. Sejauh manakah tahap kesalahan tajwid para peserta dalam Majlis Tilawah al-Quran
peringkat kebangsaan 2016?
4. OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini diharapkan akan mencapai objektif berikut :-
a. Menjelaskan konsep asas berkaitan kesalahan hukum tajwid dalam pembacaan ayat
al-Quran.
b. Mengenal pasti tahap kesalahan tajwid para peserta dalam Majlis Tilawah al-Quran
peringkat kebangsaan 2016.
5. LIMITASI KAJIAN
Perbahasan ilmu Tajwid terlalu luas. Oleh itu, pengkaji melimitasikan kajian ini berkaitan
kesalahan-kesalahan yang nyata atau jaly para peserta Majlis Tilawah al-Quran peringkat
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
468
kebangsaan 2016 dalam bidang fasohah sahaja mengikut riwayat Hafs can
cAsim menurut
tariq al-Shatibyyah.
6. PENGENALAN ILMU TAJWID
Al-Tajwid dari sudut bahasa: kata terbitan dari ( - تجويد يجود - جود ) yang bermaksud
mengelokkan akan sesuatu ( Ahmad Khalid Syukri 2003 ). Menurut al-Dani (444H) al-
Tajwid adalah cara menunaikan setiap huruf-huruf akan hak-haknya, menyusun
kedudukannya, mengembalikan satu huruf dari huruf-huruf mu`jam kepada makhraj
asalnya, menuruti dengan mengikut batasan serta barisnya, memantapkan lafaznya dan
mengukuhkan sebutannya makhraj dan sifatnya daripada berlebih-lebihan dan tidak
melampaui atau memberati.1
Al-`Atar (569H) pula menjelaskan “Sesungguhnya mentajwidkan bacaan dan
mengelokkannya adalah mentashihkan huruf-huruf dan membetulkannya,
mengeluarkannya dari tempat-tempat keluarnya serta menyusun kedudukannya, dan
mengembalikan kepada asalnya dengan mengikut batasan tanpa melampauinya yang
mambawa kepada kecacatan, dan menguranginya yang membawa kepada kebinasaan.
Apabila mengurangi sesuatu dari sifatnya maka akan menghilangkan atau mengurang dari
had-had batasannya)2.
Al-Marcasyi (115H) pula berkata tajwid adalah suatu ilmu yang membahaskan
padanya berkenaan dengan makhraj-makhraj huruf dan sifat-sifatnya. Ilmu tajwid
berfungsi untuk menunaikan hak-hak huruf dari aspek makhrajnya dan sifat-sifatnya3.
Secara keseluruhan, dapat dirumuskan sekitar pentakrifan-pentakrifan tersebut, al-
Tajwid dari segi istilah adalah mendatangkan atau menunaikan semua huruf-huruf akan
hak yang mustahak baginya dari sudut makhraj huruf sifat-sifat huruf serta waqf dan
ibtida’ tanpa kesukaran atau menyeleweng.
1 Al-Tahdid fi al-Itqan wa al-Tajwid. m/s 70
2 Al-Tamhid fi ma’rifah al-Tajwid. m/s 62
3 Jahd al-Maql. m/s 83
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
469
7. KESALAHAN-KESALAHAN DALAM BACAAN AL-QURAN
Makna al-Lahn dari segi bahasa: kesalahan yang berlaku pada al-icrab dan berlawanan
dengan wajah yang betul pada nahw (Ahmad Khalid Syukri 2003). Makna al-Lahn di sisi
ulamak Tajwid: iaitu kesalahan pada bacaan dan terpesong dari yang betul, dan ianya
mempunyai dua bentuk iaitu jaly iaitu yang berat dan khafy iaitu yang ringan (Mahmud
Khalil al-Husari 2002).
1. Al-Lahn al-Jaly:
Al-lahn al-jaly adalah kesalahan yang dilakukan oleh pembaca al-Quran seperti
mengubah baris icrab atau bina’ ataupun mengubah sesuatu huruf dengan huruf yang
lain seperti ( الضالين ) diubah kepada ( الظالين ), dan ( أنعمت ) diubah kepada ( أنعمت )
samada akan menyebabkan perubahan pada makna ataupun tidak, maka ianya dikira
sebagai kesalahan yang berat dan boleh membawa kepada dosa ke atas pembaca al-
Quran sekiranya dia mampu untuk belajar (al-Nadawi 2007). Maka hukum bagi
kesalahan ini adalah haram syarice.
Berikut adalah contoh kesalahan yang sering berlaku ke atas pembaca al-Quran dan
perlu diambil perhatian terhadapnya bagi menjauhi dari melakukan kesalahan.
1. Menukar satu huruf dengan huruf yang lain seperti menjadikan huruf sin kepada
huruf sad contohnya ( يسطون ) dan menjadikan huruf zay kepada huruf sin
contohnya ( الرجز ).
2. Mematikan huruf yang berbaris.
3. Membariskan huruf yang sukun.
4. Memanjangkan sebutan satu harakat sehingga menjadi mad.
5. Membuang huruf mad.
6. Meringan atau menghilangkan sebutan al-musyaddad contohnya ( إياك ) dibaca
dengan ( إياك ).
7. Mentasydidkan sebutan yang ringan.
8. Mengubah baris dengan baris yang lain.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
470
9. Menambah satu huruf atau lebih ataupun menambah satu perkataan atau lebih.
10. Membuang satu huruf atau lebih ataupun membuang satu perkataan atau lebih.
11. Mengidghamkan Huruf lam al-tacrif kepada sebahagian huruf al-qamariah.
2. Al-Lahn al-Khafy:
Al-lahn al-jaly adalah kesalahan yang dilakukan oleh pembaca al-Quran pada hukum-
hukum tajwid seperti menghilangkan sebutan ghunnah atau mad atau idgham dan
seumpamanya (Ahmad Khalid Syukri 2010). Kesalahan ini mempunyai pelbagai
peringkat antaranya peringkat yang ringan dan peringkat yang lebih ringan umpama
kesalahan sebahagian kecil dari tajwid seperti mengurangkan darjat ghunnah atau
meringankan dari hadnya. Dan hukum bagi kesalahan ini adalah makruh,ada juga
pendapat yang lemah mengatakan hukumnya adalah haram kerana menjejaskan
bacaan yang sahih (Al-Nadawi 2007). Kesalahan ini boleh dibahagikan kepada dua
peringkat iaitu:
1. Sekiranya kesalahan tersebut menghilangkan hukum yang zahir maka hukumnya
adalah haram.
2. Sekiranya kesalahan tersebut hanya menghilangkan hukum yang kecil maka
hukumnya adalah makruh berbeza dengan lahn al-Jaly kerana hukumnya haram
secara qatci.
8. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian ke atas
bacaan para peserta MTQ 2016. Di dalam kajian ini, pengkaji telah melakukan observasi
dengan menggunakan alat bantuan elektronik iaitu telefon, MP3 dan alat perakam suara
ke atas bacaan peserta MTQ 2016 semasa mereka mengalunkan ayat suci al-Quran dalam
pertadingan tersebut. Melalui dengan cara ini pengkaji dapat mengetahui sejauh mana
tahap kesalahan jaly para peserta dalam pertandingan MTQ 2016. Ahmad Sunawari Long
(2008) menjelaskan pemerhatian yang dilakukan menggunakan instrumen pemerhatian
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
471
mekanikal iaitu menggunakan MP3 adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran
sebenar sesuatu keadaan.
Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan pada kali ini melibatkan
penyertaan seramai 30 orang peserta iaitu 15 orang Qari dan 15 orang Qariah termasuk 2
penyertaan 2 orang peserta johan menunggu (JAKIM 2016). Daripada 30 orang peserta
MTQ 2016, pengkaji telah melakukan sebanyak 18 pemerhatian iaitu sebanyak 18 orang
peserta yang menjadi sampel dalam kajian ini. Persampelan pemerhatian ini berdasarkan
persampelan secara rawak mudah.
9. PANDUAN PERATURAN MAJLIS TILAWAH PERINGKAT
KEBANGASAAN
9.1 Peraturan bagi Peserta MTQ 2016
Berikut adalah peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Jakim dan mesti
dipatuhi oleh semua peserta Majlis Tilawah Al-Quran 2016 sebagaimana yang
diperuntukkan dalam buku panduan Jakim (Jakim 2009) :
1. Peserta qariah hendaklah tidak berada dalam keadaan uzur syari. Sekiranya qariah
itu uzur syarice, maka bolehlah digantikan dengan qariah yang menjadi naib johan
atau berikutnya dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri berkenaan
dengan syarat mendapat persetujuan Pengerusi Jawatankuasa Induk.
2. Setiap peserta dikehendaki hadir dalam majlis pengundian bagi menentukan
giliran membaca dan tidak boleh mewakilkannya kepada sesiapa pun kecuali
dalam keadaan yang amat mustahak dan mendapat kebenaran daripada urus setia.
3. Setiap peserta hendaklah mengundi ayat dan dua jenis tarannum untuk dibaca
pada waktu yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua jam sebelum majlis
dijalankan dan tidak boleh mewakilkannya kepada sesiapa pun.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
472
4. Keputusan undian adalah muktamad. Peserta tidak dibenarkan sama sekali
menukar giliran membaca atau ayat yang hendak dibaca selepas pengundian
dibuat, kecuali dalam hal kecemasan setelah mendapat kebenaran penganjur.
5. Peserta yang tidak hadir dalam majlis pengundian atau membuat pertukaran
selepas pengundian tanpa mendapat kebenaran penganjur boleh dibatalkan
penyertaannya.
6. Peserta hendaklah berada di majlis tilawah sekurang-kurannya 30 minit sebelum
majlis bermula.
7. Peserta yang ditetapkan giliran membaca pada malam-malam tertentu hendaklah
berada di astaka 10 minit sebelum gilirannya membaca.
8. Setiap peserta dikehendaki membaca bermula daripada ayat dan empat jenis
tarannum termasuk dua jenis tarannum yang ditetapkan dalam tempoh 10 minit.
9. Setiap peserta hendaklah berpakaian lengkap (menutup aurat dengan sempurna),
iaitu baju kebangsaan bagi qari dan pakaian yang sesuai bagi qariah ketika
mempersembahkan bacaan dan semasa majlis penyampaian hadiah. Peserta
qariah tidak dibenarkan memakai penutup muka semasa mempersembahkan
bacaan dan semasa majlis penyampaian hadiah.
9.2 Penentuan Ayat
1. Ayat-ayat yang akan dibaca oleh semua peserta dipilih oleh sebuah jawatankuasa
yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Induk dari juzuk 1 hingga juzuk 30 al-Quran
al-Karim.
2. Pemilihan ayat-ayat dan dua jenis tarannum yang ditetapkan kepada peserta
ditentukan dengan cara undi, iaitu pada hari giliran peserta itu membaca.
3. Setiap peserta tidak dibenarkan menukar ayat-ayat yang telah ditetapkan melalui
undian kepadanya.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
473
9.3 Penentuan Bilangan Peserta Pada Setiap Malam
1. Pihak penganjur berhak menentukan bilangan peserta yang membaca pada setiap
malam.
9.4 Kaedah Penghakiman Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat
Kebangsaan
Kaedah ini bertujuan untuk membantu Jemaah Hakim MTQ Peringkat Kebangsaan
menjalankan tugas-tugas penghakiman dalam MTQ Peringkat Kebangsaan seperti yang
diperuntukkan dalam Peraturan MTQ Peringkat Kebangsaan. Kaedah ini memberi
panduan secara terperinci kepada semua anggota Jemaah Hakim dalam setiap tugas yang
mereka lakukan dan membantu mereka melaksanakannya dengan cekap dan berkesan.
Berikut adalah jadual 1 berkaitan bahagian-bahagian penghakiman dalam MTQ peringkat
kebangsaan.
Jadual 1 bahagian-bahagian penghakiman
NOM BIDANG WAJARAN/MARKAH
1 Tajwid 40
2 Tarannum 25
3 Fasohah 20
4 Suara 15
Sumber : Jakim, 2009
Jadual 2 berikut adalah perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penghakiman
bahagian Tajwid :
Jadual 2 Perkara penting dalam penghakiman bidang Fasohah
Item Perkara
1 Cermat dan fasih dalam bacaan.
2 Mahir menyebut kalimah-kalimah dan ayat-ayat.
3 Terpelihara segala huruf, harakat (baris) dan tashdid.
4 Menepati kaedah waqf dan ibtida’ termasuk Waqf Jibril atau Waqf Nabawi.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
474
5 Bacaan menurut lahjah Arab Fusha.
6 Bacaan sederhana, tidak terlalu cepat atau terlalu lambat.
7 Tidak bercampur aduk antara bacaan tartil dan tadwir.
Sumber : Jakim, 2009
Setiap persembahan bacaan peserta akan dikira persembahan yang istimewa dalam bidang
Tajwid dan Fasohah sekiranya mengandungi ciri-ciri seperti dalam jadual 3 berikut:
Jadual 3 persembahan istimewa dalam bidang Fasohah
Nom Fasohah
1 Bacaan dengan lahjah Arab. 3 Bacaan yang cermat dan
bertadabbur.
2 Dapat menyempurnakan ayat yang
panjang dalam satu nafas.
4
Sumber : Jakim, 2009
Manakala kaedah dan peraturan pemotongan markah dalam bidang Tajwid ialah dipotong
satu markah bagi setiap satu kesalahan khafy dan dipotong dua markah bagi setiap satu
kesalahan jaly iaitu nyata (Jakim 2009). Jadual 4 berikut adalah perkara-perkara yang
dihakimi dalam bidang fasohah :
Jadual 4 Perkara-perkara dihakimi dalam bidang Tajwid dan Fasohah
Bidang Nom Perkara dihakimi Pemotongan markah
Fasohah
1 Tersalah memulakan bacaan atau ayat
yang ditetapkan
dipotong tiga markah
2 Menamatkan bacaan melebihi 30 saat
sebelum cukup tempoh yang
diperuntukkan
dipotong satu markah
3 Tertinggal atau melangkau ayat semasa
dalam bacaan
dipotong dua markah
4 Tidak membaca ayat atau surah yang
telah ditetapkan
bacaan ditolak (tidak
diberi markah)
5 Jika berulang-ulang kesalahan nyata
(jaly) atau tiada kelancaran yang
berterusan maka markah fasohah
dibatalkan (tidak diberi markah).
Sumber : Jakim, 2009
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
475
10. ANALISIS BACAAN PESERTA MTQ 2016
Di dalam kajian ini, pengkaji telah melakukan sebanyak 18 pemerhatian daripada 30
orang jumlah keseluruhan peserta dalam pertandingan MTQ 2016. Penganilisan bacaan
para peserta MTQ 2016 ini, adalah merujuk kepada panel daripada Jabatan Tahfiz al-
Quran dan Al-Qiraat KUIS bagi memperoleh kesahan daripada pakar dalam bidang
berkaitan. Selain itu pengkaji juga merujuk kepada kitab tajwid yang muktabar dalam
bidang berkaitan sebagai rujukan tambahan.
Daripada 18 pemerhatian yang dilakukan, terdapat 6 orang peserta yang tidak
melakukan sebarang kesalahan. Manakala seramai 7 orang peserta melakukan kesalahan
khafy dan seramai 5 orang telah melakukan kesalahan jaly dalam bidang tajwid dan
fasohah. Berikut adalah jadual 5 kesalahan dalam bidang fasohah peserta MTQ 2016:
Berikut adalah jadual 5 kesalahan jaly bidang fasohah peserta MTQ 2016
Peserta Kesalahan Fasohah Catatan
Ayat Bacaan salah
1
يضل
عليها قول
-salah baris
- tertinggal “ ال ”
2
salah baris- باليلل
3
salah baris dan- فانبذت
huruf
4
نسرر
نجعل لكم
-tertukar huruf
-salah baris
5
Mula dari ( وأنا ) -tersalah ibtida’
Sumber : Observasi 2016
Jadual 5 diatas adalah hasil keputusan daripada pemerhatian yang dilakukan ke
atas 18 bacaan peserta MTQ 2016. Daripada 18 pemerhatian yang dilaksanakan terdapat
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
476
5 peserta yang telah melakukan kesalahan jaly pada bahagian fasohah. Ini sangat
membimbangkan kerana dikhuatiri kesalahan ini akan membawa kepada makna yang
menyimpang daripada makna sebenar ayat tersebut. Berikut disenaraikan huraian
kesalahan berdasarkan jadual 5 di atas.
1. Kesalahan peserta pertama adalah melakukan kesalahan dengan menukar baris
fathah kepada baris dhommah pada kalimah ( يضل ) dalam ayat 15 ke surah al-
Isra’. Kesalahan kedua peserta pertama adalah telah meninggalkan ( ال ) pada
kalimah ( القول ), sedangkan kalimah ini mempunyai ( ال ).
2. Kesalahan peserta kedua adalah menambahkan ( ال ) pada kalimah ( بليل ) dalam
ayat 72 surah al-Qasas. Kalimah ini tidak mempunyai ( ال ).
3. Kesalahan peserta ketiga adalah tertukar baris bacaan pada kalimah ( فانبذ ) ayat ke
58 Surah al-Anfal dengan membaca ( تذفانب ).
4. Kesalahan bagi peserta keempat pula adalah tertukar huruf pada kalimah ( نسير )
pada ayat 47 surah al-Kahfi dengan membaca ( رنسر ) dan kesalahan kedua adalah
mengidghamkan kalimah ( نجعل لكم ) pada kalimah yang sepatutnya dibaca dengan
izhar.
5. Kesalahan peserta kelima pula adalah kesalahan berkaitan dengan ibtida’ bacaan
pada ayat 92 surah al-Ambia’ iaitu peserta telah memulakan bacaan pada
perkataan ( وأنا ربكم ).
11. HURAIAN ANALISIS BACAAN PESERTA MTQ 2016
Rumusan keseluruhan kajian terhadap bacaan para peserta MTQ 2016 berkaitan bidang
fasohah adalah baik. Kebanyakan para peserta dapat membaca dengan baik ayat suci al-
Quran semasa pertandingan berlangsung. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa orang
peserta telah melakukan kesalahan jaly seperti tertukar baris dan huruf dalam ayat al-
Quran serta terdapat dalam kalangan perserta yang tidak memahami dan mengetahui
berkaitan disiplin asas dalam waqf dan ibtida'.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
477
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji melalui praktikal
pembacaan para peserta MTQ 2016, keseluruhan peserta mempunyai suara yang merdu
dan mampu mempersembahkan bacaan al-Quran dengan pelbagai tarannum. Memiliki
suara yang merdu menjadi akan menjadi suatu tarikan kepada setiap orang mendengar
bacaan al-Quran. Walaubagaimanapun, suara yang merdu tidak akan mencapai
kesempurnaan bacaan kecuali setelah menepati bidang tajwid dan fasohah dalam
pembacaan. Pengkaji mendapati seramai 5 orang peserta telah melakukan kesalahan jaly
seperti menambah huruf yang tiada dalam ayat, tertinggal huruf yang sepatutnya dibaca,
tertukar baris bacaan, tertukar huruf serta kesilapan dalam memulakan bacaan (ibtida’).
Pengkaji juga mendapati bahawa terdapat sebahagian peserta menghentikan bacaan pada
kalimah yang tertentu berdasarkan panjang dan pendek nafas mereka.
Kesalahan jaly dalam bidang fasohah ini sepatutnya tidak berlaku dalam kalangan
para peserta MTQ 2016 kerana mereka adalah merupakan wakil-wakil bagi negeri-negeri
di Malaysia yang mana mereka merupakan peserta yang terbaik di negeri masing-masing.
Namun, setiap manusia pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan
kesalahan. Oleh itu, menjadi kemestian kepada setiap peserta untuk memperbanyakkan
talaqqi dan mushafahah bersama guru al-Quran bagi memantapkan lagi pembacaan
dalam bidang fasohah ini.
12. HASIL PENILAIAN JEMAAH HAKIM MTQ 2016
Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan pada tahun 2016 telah menyaksikan
penyertaan seramai 30 orang peserta iaitu 15 orang Qari dan 15 orang Qariah termasuk 2
penyertaan 2 orang peserta johan menunggu. Bacaan Qari dan Qariah telah dihakimi oleh
seramai 12 orang hakim. Setiap bidang penghakiman iaitu tajwid, tarannum, fasohah dan
suara masing-masing dinilai oleh 3 orang hakim.
Secara keseluruhanya dalam bidang tajwid, para peserta dapat memenuhi bacaan
al-Quran bertajwid dengan baik. Ini terbukti apabila semua Qari dan Qariah memproleh
markah melebihi 34 markah daripada 40 markah peruntukan untuk bidang ini.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
478
Walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh peserta,
antaranya ialah :
1. Ketidakselarasan dalam kadar harakat mad, contohnya terdapat peserta yang
terlalu mengalunkan suara sehingga terdapat dalam kalangan peserta yang
membaca mad jaiz sehingga 6 harakat.
2. Harakat pada ghunnah, terdapat peserta membaca melebihi kadar 2 harakat kerana
semata-mata memenuhi kehendak tarannum yang dibawa.
3. Hakim turut mendapati sebahagian peserta masih keliru seperti sifat itbaq dan
isticla’ yang bercampur aduk di antara nipis dengan tebal bagi sifat sesuatu huruf.
4. Terdapat juga peserta yang melakukan kesalahan jaly (nyata) seperti tersalah baris
dan huruf dalam ayat al-quran yang dibaca semasa pertandingan.
13. KESIMPULAN
Pembacaan al-Quran merupakan sunnah muttabacah (bacaan yang diikuti). Menjadi suatu
kemestian kepada setiap pembaca al-Quran untuk membaca dan menyebut ayat-ayat
kallamullah yang mulia ini dengan tepat samaada dari sudut tajwid atau fasohah supaya
dapat meraih pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Disiplin asas dalam pengajian al-
Quran ini adalah melalui kaedah talaqqi dan mushafahah. Kaedah ini terbukti dapat
memberi panduan kepada setiap pembaca al-Quran untuk membaca dengan tepat
sebagaimana al-Quran diturunkan kepada Baginda S.A.W. Oleh yang demikian,
kesalahan dalam pembacaan samaada berkaitan bidang tajwid dan fasohah tidak dapat
diselesaikan melainkan melalui proses kaedah talaqqi dan mushafahah bersama guru al-
Quran yang berkelayakan.
Rujukan
Ahmad Sunawari Long. (2009). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam,
Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi : Penerbit UKM.
Abu cAmr al-Dani. (444H). Jamaluddin Muhd Syaraf (pnyt.) 2006. Al-Muktafa fi al-
Waqf wa al-Ibtida’.Tanta : Dar al-Sahabah li al-Turath.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
479
Abdul Qadir Leong. (2002). Tajwid al-Quran Rasm cUthmani. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn. Bhd.
Atiyyaṯ Qābil Naṣ r. (2007). Ghāyaṯ al-Murād fi cIlm al-Tajwīd. Ed. Ke 7. Qaherah :
Maktabaṯ al-Madiniah al-Raqmiah.
Jakim. (2011). Peraturan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan (Pindaan)
2009.
Rauḍ at Jamāl al-Ḥaṣ rī, Dr (2005). Al-Manhal al-Mufīd fī Uṣ ūl al-Qirā’aṯ wa al-
Tajwīd. Dimashq: Dār al-Kalām al-Ṭ ayyib.
Ishak bin Abbas. (1988), Memahami Tajwid dan Tartil al-Quran, Kuala Lumpur. Penerbit
Seri Kota.
Nadawi, Surur Shihabuddin. (2007). Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs An cAsim
Melalui Tariq Asy-Syatibiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Qamhawi, Muhammad al-Sadiq al- (2003), Al-Burhan fi Tajwid al-Qur’an, Kaherah, Dar
al-Syuruq al- Dawliyyah.
Qudah, Dr. Muhammad ‘Isam Muflih al-, Dr Ahmad Khalid Syukri dan Dr. Ahmad
Muhammad al- Qudah al- (2003), Al-Wadih fi Ahkam al-Tajwid, Urdun, Dar al-
Nafais.
Sya’ban bin Muhammad Isma’il Dr (2004), Al-Qira’at Ahkamuha wa Masdaruha,
Kaherah, Dar al- Salam.