1.0 konsep geometri “bentuk dan ruang”_empayar islam geometri

Upload: quek-quekquek

Post on 10-Jul-2015

170 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UTHM Sem 2_BBR 23203 Asas Bentuk dan Ruang_En Mohd Saifullah bin Rusiman … Kuliah 1_Bahan Student

TRANSCRIPT

Asas bentuk dan ruang db23203KUMPULAN e AHLI KUMPULAN:MOHAMAD FIRDHAUS BIN ABU BAKAR UMAR BIN NORDIN MOHD FADIL BIN AHMAD ROSNAH BINTI SELAMAT PUTERI ARFAH BINTI NORDIN UNAISAH BINTI BERAHIM

PERKEMBANGAN GEOMETRI SEBELUM EMPAYAR ISLAM Ia merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab alUstugusat[The Elements] hasil karya Euclid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu geo bererti bumi dan metri bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifatsifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskinikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.

PERKEMBANGAN GEOMETRI DALAM ISLAM Kedatangan khalifah Islam pada pemerintahan empayar Islam di Asia Tengah, Utara Afrika, Sepanyol, Portugal dan Parsi yang bermula pada 640M memulakan fenomena baru dalam perkembangan Geometri di mana penerapan unsur algebra memainkan peranan dalam teknik pengiraan geometri. Kedatangan ilmuwan Islam juga memberi impak positif dalam perkembangan teori geometri. Ini kerana ilmuwan dari Eropah tidak mengiktiraf segala penemuan dari dinasti Hellnistic yang menyebabkan segalanya hilang dan musnah.

Penemuan Ilmuwan Islam Walaupun dari segi penemuan, ilmuwan Islam amat terkenal dengan algebra, teori nombor dan sistem teori, tetapi ilmuwan Islam ini juga bertanggungjawab mempertengahkan teknik-teknik baru dalam melopori perkembangan geometri seperti trigonometri dan astrronomi matematik termasuk memperkembangkan Geometri Algebra. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan ahli matematik islam menamakan geometri sebagai bahan algebra.

Al-Khawarizmi Dalam

bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam. Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

Konsep geometri dalam matematik yang diperkenalkan oleh al-

Khawarizmi juga sangat penting dalam bidang astronomi. Ini kerana Astronomi merupakan ilmu yang mengkaji tentang bintang-bintang termasuk kedudukan, pergerakan, dan penafsiran yang berkaitan dengan bintang. Ilmu tersebut perlu digunakan untuk menghitung kedudukan bintang terhadap geometri bumi. Strategi Pengislaman Sains Matematik Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yang beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam. Tauhid Syariah Akhlak

Algebra/aljabar Ia merupakan nadi untuk matematik algebra. Al-Khawarizmi

telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar. Rujukan http://tokohislam2u.tripod.com/id3.html

Thabit Ibnu Qurra Thabit Ibnu Qurra. Ahli Matematik islam yang terkenal dengan

panggilan Thebit. Beliau juga merupakan salah seorang ilmuwan Muslim terkemuka di bidang Geometri. Dia melakukan penemuan penting di bidang matematik islam seperti kalkulus integral, trigonometri, geometri analitik, mahupun geometri non-Eucledian. Pengembangan geometri terhadap teori Pitagoras mengembangkannya dari segi tiga siku-siku khusus ke seluruh segi tiga siku-siku atau disatukan dalam Teorem Pythogoras Rujukan http://www.sumbangan-ilmuwan-muslim-terhadap-ilmugeometri

Ibn Al-Haytham Ibn al-Haytham-melakukan penyelidikan mengenai cahaya dan

memberikan inspirasi bagi para ilmuwan Barat seperti astronom Jerman Johannes Kepler dalm menciptakan mikroskop maupun teleskop.

Rujukan :

http://en.wikipedia.org/wiki/Hellenistic