tajuk 4 kesedaran ruang -...

14
WAJ 3105 LITERASI NOMBOR 1 TAJUK 4 KESEDARAN RUANG HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangka akan dapat: 1. Mengenal pasti bentuk dua matra seperti poligon, segitiga, dan sisi empat; dalam satah geometri. 2. Mengenal pasti pepejal tiga matra seperti kubus, kuboid, silinder, kon, piramid, dan prisma. 3. Menggunakan bahasa dan perbendaharaan kata yang ada kaitan dengan geometri. 4. Menggunakan bahan manipulatif untuk menyiasat ciri-ciri pepejal tiga matra. 5. Membina objek dua matra dan tiga matra menggunakan bahan- bahan mudah atau alat konvensional. 6. Menggunakan konsep geometri dalam kehidupan seharian.

Upload: nguyendat

Post on 08-Mar-2018

248 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

1

TAJUK 4 KESEDARAN RUANG

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangka akan dapat:

1. Mengenal pasti bentuk dua matra seperti poligon, segitiga, dan sisi empat; dalam satah geometri.

2. Mengenal pasti pepejal tiga matra seperti kubus, kuboid, silinder, kon, piramid, dan prisma.

3. Menggunakan bahasa dan perbendaharaan kata yang ada kaitan dengan geometri.

4. Menggunakan bahan manipulatif untuk menyiasat ciri-ciri pepejal tiga matra.

5. Membina objek dua matra dan tiga matra menggunakan bahan-bahan mudah atau alat konvensional.

6. Menggunakan konsep geometri dalam kehidupan seharian.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

2

TAJUK 4 KESEDARAN RUANG

4.0 PENGENALAN

Kesedaran ruang adalah intuisi individu terhadap

bentuk, dan perkaitan yang ujud antara pelbagai

jenis bentuk. Individu yang mempunyai kesedaran

ruang tahu tentang aspek geometri yang ada, dan

pelbagai bentuk yang terhasil daripada objek-objek yang terdapat di

persekitarannya.

Selain itu individu yang mempunyai kesedaran ruang mempunyai keupayaan

untuk membuat gambaran mental tentang hubungan antara sesuatu objek, dan

ruang yang berkaitan. Mereka selesa apabila memberi penerangan tentang

konsep geometri sesuatu objek, dan menghargai bentuk geometri yang terdapat

dalam lukisan, senibina, atau alam semulajadi.

Sebagai guru matematik, kita perlu menerapkan kesedaran tentang ruang dalam

kalangan murid. Contoh bentuk geometri yang ada di persekitaran kita perlu

dikaitkan apabila menjelaskan tentang konsep geometri.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

3

UNIT 4.1 Pepejal Tiga Matra dan Bentuk Dua Matra

4.1.1 PENGENALAN

Bentuk geometri yang telah anda kenalpasti daripada Aktiviti 4.1 dapat

dikelompokkan kepada dua kumpulan utama, iaitu objek dua matra dan

tiga matra. Objek dua matra disebut juga sebagai 2-D, dan tiga matra

sebagai 3-D. Antara bentuk geometri yang dapat dikelompokkan adalah

seperti berikut.

Aktiviti 4.1

Perhatikan kesemua grafik di atas. Rajah 1 menunjukkan sebuah khemah.

Rajah 2 ialah Menara Kuala Lumpur, dan Rajah 3 ialah Louvre, di

Perancis.

Berdasarkan pemerhatian anda, senaraikan semua bentuk geometri yang

dapat anda perhatikan.

Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3

Rajah 4

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

4

Apakah ciri-ciri yang ada pada objek dalam Rajah 4 dan Rajah 5?

4.1.3 Bentuk Dua Matra

Objek seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 dikenali sebagai bentuk dua matra atau 2-D. Ia hanya mempunyai dua dimensi, iaitu panjang dan lebar. Kesemua objek ini berada dalam satu satah, dan tidak mempunyai ketebalan.

Beberapa lagi contoh bagi bentuk dua matra ditunjukkan dalam Rajah 6.

Rajah 5

Rajah 6

segiempat tepat bulatan

segitiga tak sama kaki

segiempat sama segitiga sama sisi

segiempat selari

trapezium

segitiga kaki sama rombus

lelayang

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

5

Setiap poligon segitiga yang terdapat dalam Rajah 6 mempunyai ciri-cirinya yang tertentu. Berpandukan bahan manipulatif yang sesuai, perihalkan setiap segitiga berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan dalam Jadual 1.

Jadual 1

Jenis Segitiga Bilangan sisi sama panjang

Bilangan garis simetri

Saiz sudut

Segitiga sama sisi

Segitiga kaki sama

Segitiga tak sama kaki

Segiempat tepat, segiempat sama, segiempat selari, trapezium, rombus, lelayang adalah contoh bagi bentuk sisi empat. Apakah perbezaan antara setiap bentuk ini? Lakukan Aktiviti 4.2 untuk mengenali pelbagai bentuk sisi empat dengan lebih dekat.

Aktiviti 4.2

Berpandukan bahan manipulatif yang sesuai, senaraikan ciri-ciri setiap

bentuk sisi empat yang dinyatakan berdasarkan aspek berikut; sisi,

sudut, pepenjuru, dan simetri.

Rajah 7

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

6

Poligon boleh mempunyai lebih daripada empat sisi. Perhatikan bentuk dalam Rajah 7, dan tentukan bilangan sisi bagi setiap satunya. Poligon dinamakan berdasarkan bilangan sisinya. Buat rujukan dan lengkapkan Jadual 2 di bawah.

Jadual 2

Jenis Poligon Bilangan sisi poligon

Pentagon 5

6

7

Octagon 8

9

10

11

Dodecagon 12

4.1.2 Pepejal Tiga Matra

Objek seperti yang terdapat dalam Rajah 5 di kenali sebagai pepejal tiga matra atau 3-D. Kesemua objek ini mempunyai tiga dimensi iaitu panjang (atau ketinggian), lebar, dan ketebalan (atau kedalaman).

Rajah 8 berikut menunjukkan beberapa lagi contoh pepejal tiga matra.

Rajah 8

Aktiviti 4.3

Buat rujukan dan kumpulkan grafik pepejal tiga matra yang terdapat dalam kehidupan seharian. Kongsi dengan rakan kelas anda dan simpan dalam folio. Kenal pasti kategori pepejal tersebut. Beberapa contoh ditunjukkan di sebelah.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

7

4.1.4 Ciri Pepejal Tiga Matra

Rajah 9 menunjukkan pelbagai jenis pepejal tiga matra iaitu kubus, sfera,

prisma, kon dan lain-lain. Setiap pepejal ini mempunyai ciri-cirinya yang

tertentu seperti berpermukaan mendatar atau berpermukaan melengkung,

atau gabungan kedua-duanya. Ada pepejal mempunyai tapak berbentuk

segiempat sama, segiempat tepat, bulatan, heksagon dan lain-lain.

Bilangan tepi dan bucu juga berbeza mengikut objek.

Prisma bertapak segitiga dalam Rajah 10 mempunyai enam bucu dan

sembilan tepi. Pepejal ini juga mempunyai tiga permukaan berbentuk

segiempat tepat dan dua permukaan berbentuk segitga.

Rajah 9

kubus sfera

prisma segitiga kon

silinder kuboid prisma heksagon piramid

Permukaan mendatar berbentuk segiempat tepat

bucu

Permukaan mendatar berbentuk segitiga

tepi

Rajah 10

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

8

UNIT 4.2 Membina Bentuk Dua Matra dan Pepejal Tiga Matra

Pelbagai bentuk dua matra boleh dibina dengan menggunakan geobod

(Rajah 11). Bina beberapa bentuk lagi bagi mengukuhkan pemahaman

anda tentang ciri-ciri bentuk dua matra.

Seterusnya bina bentuk dua matra seperti yang terdapat dalam Rajah 6,

dengan menggunakan alat geometri seperti jangka lukis, sesiku dan

pembaris.

Aktiviti 4.4

Bagi setiap objek dalam Rajah 9, tentukan ciri-ciri yang ada pada

setiap objek tersebut.

Jelaskan pemerhatian anda dalam bentuk jadual, bagi menyatakan

bilangan tepi, bilangan bucu, jenis permukaan, bilangan permukaan

mendatar, dan bentuk permukaan yang dipunyai setiap objek.

Gunakan bahan manipulatif bagi membantu anda untuk mendapatkan

gambaran sebenar setiap objek.

Rajah 11

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

9

ICT boleh dimanfaatkan untuk membina bentuk dua matra. Rajah 12

menunjukkan beberapa contoh bentuk yang dibina dengan

menggunakan Geometer’s Sketchpad (GSP).

Aktiviti 4.5

Bentuk dua matra boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan

yang mudah.

i. Bina bulatan dengan menggunakan tali dan paku tekan.

ii. Bina elips dengan menggunakan tali dan dua paku tekan.

Aktiviti 4.6

Bersama rakan anda bina beberapa bentuk dua matra dengan

menggunakan perisian seperti GSP, Smart Draw, MSWord, dan lain-lain.

Cetak hasil kerja dan simpan dalam folio anda.

Rajah 12

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

10

Rangka pepejal tiga matra boleh dibina dengan menggunakan lidi dan

plastisin. Rajah 13 menunjukkan contoh bagi kuboid dan prisma.

Bina rangka bagi pepejal yang lain bersama rakan dalam kumpulan anda.

Rajah 14 menunjukkan bentangan bagi kubus. Bina bentangan bagi

beberapa bentuk tiga matra seperti silinder, piramid, kuboid, kon

mengikut kumpulan. Seterusnya cantumkan tepi yang bersesuaian bagi

membentuk model pepejal dalam tiga matra.

Rajah 13

Rajah 14

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

11

UNIT 4.3 Konsep Ruang dan Hubungannya dengan Aktiviti

4.3.1 Pengenalan Tidak semua orang berfikir tentang konsep dan idea ruang dalam cara

yang sama. Kajian yang telah dijalankan oleh dua orang penyelidik,

Pierre van Hiele dan Dina van Hiele-Geldof pada tahun 1959 telah

memberi maklumat kepada kita tentang perbezaan pemikiran geometri

dalam kalangan individu.

4.3.2 Peringkat Pemikiran Geometri Model van Hiele Model van Hiele menjelaskan bahawa terdapat lima peringkat berhirarki

bagaimana individu memahami konsep atau idea ruang. Lima peringkat

tersebut ialah penggambaran (visualization), analisis, deduksi tak formal,

deduksi, dan rapi (rigor) Setiap lima peringkat menjelaskan proses

bagaimana seseorang itu berfikir, dan apakah jenis idea geometri yang

dimiliki.

Peringkat 0: Penggambaran (Visualization)

Idea pemikiran pada peringkat 0 ialah tentang bentuk dan bagaimana

rupa sesuatu bentuk.

Pada peringkat ini, seseorang dapat mengenali dan menamakan bentuk

berdasarkan pandangan dan ciri-cirinya yang umum.

Hasil daripada pemikiran peringkat 0 ialah seseorang dapat kelompokkan

bentuk yang dilihatnya sebagai ”serupa”.

Peringkat 1: Analisis

Idea pemikiran pada peringkat 1 ialah kemampuan melihat bentuk secara

berkelompok dan bukannya secara berasingan.

Pada peringkat analisis, seseorang berupaya untuk memikirkan semua

bentuk dalam kategori yang sama, dan tidak terhad kepada satu bentuk

sahaja. Sebagai contoh, dia bukan sahaja dapat memberi tumpuan

kepada hanya satu bentuk segiempat tepat, tetapi beberapa jenis

segiempat tepat yang berlainan saiz dan posisi. Justeru dia dapat

membuat perbandingan mengapa sesuatu bentuk itu dikatakan segiempat

tepat dengan melihat kepada bilangan sisi, sisi bertentangan yang selari

dan sama panjang, mempunyai empat sudut tegak, dan lain-lain.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

12

Hasil daripada pemikiran peringkat 1 ialah seseorang dapat

memperihalkan ciri-ciri sesuatu bentuk.

Peringkat 2: Deduksi Tak Formal

Idea pemikiran pada peringkat 2 ialah ciri-ciri bentuk.

Setelah dapat berfikir tentang ciri-ciri objek geometri, seseorang akan

dapat mengembangkan pemikirannya berkaitan dengan hubungan antara

ciri-ciri bentuk, dan juga dalam kalangan ciri-ciri bentuk.

Dia berupaya untuk membuat penaakulan ”jika ... maka”. Sebagai

contoh, ”Jika semua sudut bagi suatu bentuk adalah bersudut tegak,

maka bentuk itu mestilah segiempat tepat. Jika suatu bentuk adalah

segiempat sama, maka bentuk itu juga adalah segiempat tepat.”

Hasil daripada pemikiran peringkat 2 ialah seseorang dapat

memperihalkan hubungan antara ciri-ciri geometri sesuatu bentuk.

Peringkat 3: Deduksi

Idea pemikiran pada peringkat 3 ialah kemampuan memperihalkan

hubungan antara ciri-ciri geometri sesuatu bentuk.

Pada peringkat deduksi, seseorang dapat meneroka lebih daripada ciri-ciri

geometri sesuatu bentuk. Individu mula berfikir tentang struktur sistem

yang terdiri daripada aksiom, definisi, teorem, dan postulat. Pemikiran

begini akan beransur matang menggantikan pemikiran sebelumnya yang

hanya konjektur tentang hubungan antara ciri-ciri geometri. Pada

peringkat deduksi, individu boleh menggunakan pernyataan yang abstrak

tentang ciri-ciri geometri yang berasaskan logik, bukan lagi sekadar intuisi.

Sebagai contoh, ia boleh melihat dengan mudah bahawa pepenjuru-

pepenjuru segiempat tepat, membahagi dua sama antaranya, dan dalam

masa yang sama menghargai pembuktiaannya melalui hujah-hujah

deduksian.

Hasil daripada pemikiran peringkat 3 ialah sistem deduksian aksiom

tentang geometri.

Peringkat 4: Rapi (Rigor)

Idea pemikiran pada peringkat 4 ialah sistem deduksian aksiom tentang geometri.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

13

Pada peringkat paling tinggi dalam hirarki van Hiele, tumpuan adalah tentang sistem aksiom. Individu boleh membanding dan melihat hubungan antara sistem aksiom yang berbeza. Sebagai contoh, geometri sfera adalah berasaskan garisan yang dibina atas sfera, berbeza dengan geometri satah.

Hasil daripada pemikiran peringkat 4 ialah membanding dan membezakan sistem aksiom yang berbeza tentang geometri.

Berdasarkan teori van Hiele, pemikiran geometri pelajar sekolah rendah perlu dibangunkan sekurang-kurangnya hingga ke peringkat 2. Sebagai guru, pelajar perlu dibantu dengan memberi pengalaman dan aktiviti yang bersesuaian supaya mereka mempunyai kesediaan yang baik apabila belajar tentang geometri di peringkat kolej atau universiti.

4.3.3 Konsep Geometri dan Kehidupan Seharian Kemahiran dalam geometri dapat menghasilkan corak yang menarik.

Kefahaman tentang ciri-ciri yang ada bagi sesuatu bentuk, seperti simetri

dan transformasi bentuk dapat dimanfaatkan seperti yang ditunjukkan

dalam Rajah 15.

Aktiviti 4.7

Bersama rakan anda rancang aktiviti pengajaran yang bersesuaian untuk membantu murid supaya pemikiran dan kemahiran geometri bagi setiap peringkat berikut dapat dibangunkan dalam kalangan mereka.

i. Peringkat 0: Penggambaran ii. Peringkat 1: Analisis iii. Peringkat 2: Deduksi tak formal

Rajah 15

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

14

Kemahiran dalam geometri juga diperlukan dalam mereka bentuk

bangunan, dan membina corak yang terdapat pada bangunan. Bentuk

dan corak dapat menghasilkan suatu yang menarik seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 16.

Perhatikan alam semula jadi di sekeliling kita. Aspek geometri dapat

diperhatikan sebagaimana contoh yang ditunjukkan dalam Rajah 17.

Rujukan Van de Walle, J.A. (2007). Elementary and middle schools mathematics: teaching developmentally (6th Ed.). Boston: Pearson Education, Inc.

Rajah 16

Rajah 17

Aktiviti 4.8

Bina corak yang menarik berasaskan konsep dan ciri-ciri bentuk

geometri bagi menghasilkan satu kraftangan yang menarik.